bintang polaris - bintang yang cantik dan terang serta senang dicari (terutama di bulan June - Sept) - tqvm utk google ats image ini |
Assalammualaikum
wbt….dan hai…
Aidilfitri bakal
berakhir…Pantas sekali masa berlalu… sehingga kadang-kadang walau kenangan
lepas datang menjelma.. kenangan itu hanya tinggal ‘kabur-kabur’.. wajah mereka
yang pernah menghiasi hati… tidak lagi ‘meracuni’ perasaan dan menghadirkan
rindu….
Alangkah indah
hati bila tidak merindui sesiapa.. tidak mengharapkan sesiapa.. tidak menunggu
sesiapa… tidak meng’skodeng’ wechat. Whatapp , facebook atau ‘life’
sesiapa….indahnya… apabila bangun tidak membayangkan sesiapa… sungguh indah…..paling
indah bila tidak merindui, mengharapkan sesiapa… makan rasa semua sedap… mandi
pun rasa bahagia.. ingin hidup bagaimana pun ikut suka.. segala ikut hati… tapi
soalnya berapa lama hati kita boleh ‘sendiri’?....
Wahai
insan-insan yang istimewa… boleh tak jangan ketuk pintu hati kami lagi?...
jangan bagi kami mengharap.. jangan bagi rindu datang dihati kami lagi… jangan
biar kami berteman sunyi.. .ketika kami tidak mengenali kalian.. ketika kami
tidak merindui sesiapa.. hati kami tidak sesunyi ini… tapi apabila rindu dan
sayang telah ada untuk kalian.. mengapa sunyi itu sering …memayungi hati kami
yang serius.. tidak ingin terbabit dengan sebarang mainan dan jalinan perasaan lagi...
Aku ingin
‘terbang’ pergi jauh dari sesiapa pun yang aku takut bakal meracuni hati..
bakal membuat aku terluka… tak sanggup lagi jatuh hati.. merindu insan yang
hanya pandai memberi harapan.. apalagi bertepuk sebelah tangan… .disaat dan
ketika ini.. sungguh aku tidak ingin terlibat dalam permainan perasaan lagi..
rasanya seperti sungguh aku tidak bersedia.. sedih sekali untuk menolak
perasaan ini. .tetapi aku terpaksa… mungkin aku sendiri terlalu lemah.
.sehingga tidak sanggup ‘fight’ untuk hati sendiri… berubah dan menjadi lebih
baik untuk kebahagiaan sendiri…
Maaflah.. aku
tidak sanggup bercinta lagi.. tidak sanggup simpan rasa hati lagi…aku ingin
terbang jauh.. jauh dari sesiapa yang aku takut akan ‘terhinggap’ lagi… aku
ingin jauh dari segala media social... tetapi hidup sekarang memaksa aku tetap
mengikutinya… aku ingin pergi jauh… tapi sungguh aku tidak tahu kemana…memang
benar kata orang yang hilang akan berganti.. tetapi.. jika hilang.. asyik
berganti.. aku sendiri pun penat sendiri…serius penat sekali…..
Aku ingin
terbang.. terbang tinggi… membelah
awan..tinggi sekali… ketika malam sunyi kesejukan dengan angin malam lembut
menyapa dingin menemani aku.. bukan air
mata… atau kesedihan yang aku bawa dalam mimpi-mimpiku… aku ingin terbang tanpa
perlu takut kepada petir kilat dalam cuaca sejuk nyaman ditemani bintang-bintang
dan bulan…. Aku ingin memandang kebawah tanpa rasa ketakutan… memandang kebawah
dengan rasa bahagia.. dan memandang keatas dengan perasaan kagum dan penuh
semangat untuk terbang tinggi dan terus tinggi menuju ke bintang-bintang yang
bergemerlapan.. yang meng’jauh’ kan aku. .dari mereka yang ‘bakal’ menyakiti
aku.. atau mereka yang tidak menghargai aku atau mereka yang aku sendiri tidak’
berani berkorban’ untuknya…. Maafkan aku…. Sungguh aku ingin terbang…..
" semoga saja kan kau dapati
hati yg tulus mencintaimu
tapi bukan aku "
hati yg tulus mencintaimu
tapi bukan aku "
Lirik Lagu Nyanyian Keris Patih
Tajuk : - Tapi Bukan Aku
Salam sayang
dari saya… terima kasih kerana membaca entry ini… luv , hug & kiss…
muahzzz….
Tiada ulasan:
Catat Ulasan