Badam yang telah siap dibakar |
Assalammualaikum wbt...
Selamat berpuasa untuk pembaca my blog tersayang.. tinggal tidak sampai 2 minggu lagi untuk bulan berkah ini berakhir.. dan saya rasa tentu ramai tidak sabar menunggu 10 terakhir Ramadhan untuk mencari malam terbaik dari seribu bulan iaitu malam Lailatul Qadar... saya berdoa kita semua berpeluang berjumpa malam itu disamping beribadat dan berdoa banyak-banyak...
Baiklah diringkas entry ini.. kali ini saya ingin berkongsi dengan pembaca blog tersayang saya tentang khasiat badam kerana ketika hampir hari raya ini.. terlalu banyak kuih-kuih dan kek serta desert termasuk coklat yang hias, di tabur dan diisi dengan badam... saya actually adalah peminat badam terutama coklat yang berisi badam juga biskut almond london.. yup! siapa tidak minat coklat dan badam especially perempuan....
Sorry darlingz.. .sekali lagi saya terpaksa hanya copy paste sahaja khasiat ini daripada blog lain kerana saya agak 'busy' hari ini. .walau bagaimanapun segala maklumat dari blog tersebut sudah cukup membuatkan badam ini makin memukau...untuk segera dibeli.. heheheha.. so berikut antara khasiat badam :-
1. Badam mengandungi 20 kali lebih banyak protein jika
dibandingkan dengan bijirin lain.
2. Kandungan lemak dan karbohidratnya tinggi, oleh itu ia
mengandungi gula yang tinggi berbanding dengan buah-buahan yang lain.
3. Kandungan vitamin B dalam badam mengatasi kandungan vitamin dalam telur, begitu juga niasin yang dimilikinya melebihi gandum.
4. Kandungan kalsium juga mengatasi kandungan elemen itu dalam susu dan kandungan fosforusnya melebihi kandungan fosforus dalam keju. Kanak-kanak amat sesuai memakan badam kerana khasiatnya dapat membantu tumbuh besaran mereka, selain membina tulang dan gigi.

5. Badam mengandungi kuantiti lemak yang tinggi, namun 90%
dari lemak dalam badam adalah lemak taktepu dimana badan anda perlukan.
Kandungan lemak mono taktepu (monounsaturated fat) yang tinggi dalam badam
sepertimana terdapat di dalam minyak zaitun membuatkan badam menjadi penawar
bagi memerangi kolesterol LDL di dalam badan.
6. Badam Mengurangkan Paras Kolesterol,
Merendahkan Risiko Darah Tinggi dan Serangan Jantung .Bahagian selaput
biji badam sahaja terdapat sekurang-kurangnya 20 jenis flavonoids (antioksida)
utama. Asid folik yang terdapat di dalam badam dipercayai dapat menurunkan
paras homocystein, iaitu sejenis asid amino yang boleh menyebabkan saluran
darah menjadi sempit; dengan itu juga mengurangkan risiko penyakit jantung dan
darah tinggi. Memakan badam dapat menurunkan paras dua bio penanda bagi kesan
tekanan oksidatif dalam sekumpulan sukarelawan 27 lelaki dan wanita yang
mempunyai kadar kolestrol yang tinggi. Dalam satu kajian yang telah disiarkan
di dalam ‘American Journal of Clinical Nutrition’, dilaporkan bahawa badam
berupaya menurunkan tahap kolesterol setanding dengan kesan dari penggunaan
dadah ’statin’. Kajian seterusnya pula mendedahkan bahawa badam setanding
dengan dadah ’statin’ dalam mengurangkan tahap protein ‘C-reactive’ yang
merosakkan ateri.
7. Badam juga dikatakan dapat menghalang osteoporosis. 30gm
badam (25-30 biji) mempunyai kandungan kalsium sama seperti terdapat dari 1/4
cawan susu.
8. Badam adalah
makanan seimbang dan paling tinggi khasiat di kalangan kekacang: Badam
mengandungi protein, serat, kalsium, magnesium, kalium, zinc, selenium, kuprum,
phosphorus, biotin, riboflavin, niacin, besi, vitamin E serta antioksida lain
yang tinggi. Contohnya, segenggam badam (35gm), dapat membekalkan 45% dari
keperluan harian Vitamin E dan Manganese.
9. Badam Menghalang
Obesiti (Kegemukan): Di dalam satu kajian yang pernah disiarkan di dalam
International Journal of Obesity and Related Metabolic Disorders, dilaporkan
bahawa diet yang diperkaya dengan badam telah berjaya mengatasi masalah obesiti
jauh lebih berkesan dibandingkan dengan diet berkalori rendah dari kabohidrat
kompleks.
10. Badam Meredakan
Diabetes: Di dalam suatu kajian yang telah disiarkan di dalam The
Journal of Nutrition, badam telah ditambah kepada diet sekumpulan pengidap
diabetes tahap ke-2.
Keputusan ujian menunjukkan diet dengan badam telah menurunkan glycemic
response dan insulin response. Kumpulan yang mengambil diet bersama badam ini
telah menunjukkan penurunan kebergantungan kepada ubatan .Ini bermakna dengan
mengambil badam, masalah diabetes dapat dikurangkan.
11. Badam Membantu Menghalang Batu Karang: Kajian dan pengumpulan data ke atas wanita selama 20 tahun oleh ‘Nurses’ Health Study’ menunjukkan wanita yang memakan sekurang-kurangnya 1oz (30gm) kekacang atau mentega kacang dalam seminggu mengalami penurunan 25% risiko batu karang.
12. Badam Menghalang Osteoporosis: Badam juga dikatakan dapat menghalang osteoporosis. 30gm badam (25-30 biji) mempunyai kandungan kalsium sama seperti terdapat dari 1/4 cawan susu. Kalsium amat berguna bagi menghalang osteoporosis. Diet kurang kalsium juga boleh mecetuskan risiko barah usus?
13. Badam bagus sekali untuk Wanita Hamil: Kandungan folate yang tinggi di dalam badam amat berguna sekali bagi wanita yang sedang hamil. Folate adalah penting bagi mengelakkan dari kecacatan pada bayi ketika hamil.
14. Badam Mengurangkan Risiko Berbagai Penyakit: Beberapa kajian juga menunjukkan bahawa beberapa jenis kekacang, terutamanya badam, dapat mengurangkan risiko barah, diabetes, nyanyok (Alzheimer’s disease) dan beberapa penyakit kronik yang lain.

Sumber rujukan dari : http://herbadantumbuhan.blogspot.com/2011/07/badam-khasiat-dan-ubatan.html . Terima kasih kepada pemilik blog berinfomasi ini...
badam yang siap dibakar yang dibeli oleh saya di Pasar Kurma, Kuantan Pahang |
So, lepas ini rajin-rajinlah makan badam dan bancuh susu isi serbuk badam. Terima kasih kerana membaca entry ini.. selamat berbuka puasa dan berterawih. .salam sayang dari saya.. luv!! muahhzz!!
5 ulasan:
nice sharing :D sebab tu Nabi SAW galakkan kita makan badam..
betul tu ct... lepas ni nampaknya mcm kena copy plak entry makanan kegemaran nabi dari blog lain.. heheheh..sebelum tulis entry sendiri dari hati.. hahaha....sabor jer ler... ahaks!
Pasta Korma tu di mana?
Pasar kurma berdekatan tunas manja jln beserah kuantan pahang. Sebaris dgn mercedes benz @ 7eleven.
Catat Ulasan