Assalammualaikum wbt....
Berbicara tentang tafsir mimpi,... saya teringat tentang kenangan menunaikan umrah bersama group Yaskin Kota Bharu ,dibawah kelolaan Tuan Haji Ir Shamsuddin... saya tidak ingat bagaimana akhirnya group kami berborak tentang tafsir mimpi... dan saya mendapat ilmu yang amat berguna pada hari itu mengenai tafsiran mimpi...diringkaskan kata-kata Tuan Haji Ir.Shamsudin mengikut pemahaman saya.. beliau berkata, jika bertanya tentang tafsir mimpi.. tanyalah orang berilmu.. kerana orang pertama yang memberi tafsir mimpi tersebut.. itulah yang berlaku... jika tidak bertemu orang berilmu (biasanya berhati mulia), simpan sahaja mimpi itu.. .dan berdoalah agar ia memberi makna baik agar terhindar dari perkara buruk... itu yang saya ingati dan pegang sejak hari tersebut....
Tiba-tiba minggu ini, ketika saya merasa ingin melihat buku-buku agama di rak buku dirumah saya.. .saya terpandang ini yang telah bertahun saya beli tetapi tidak pernah diberi peluang membacanya.. (actually berpuluh buku yang i beli tetapi tidak pernah dibaca)... kebetulan.. ada tajuk mengenai tadbir mimpi didalamnya... so, saya sharing sedikit tentang entry mimpi yang terdapat didalam buku ini dengan anda pembaca my blog yang amat saya hargai... mungkin anda juga berminat untuk membeli buku ini selepas membaca entry ini...
Buku yang mengingatkan saya tentang kata-kata tn.hj Ir Shamsudin |
Memberi Erti Dan
Tadbir Mimpi
Nabi SAW sebagai
manusia biasa sering juga bermimpi dalam tidur. Baginda mengetahui mana mimpi
yang ada tadbirnya dan yang mana tidak. Permulaan ketentuan baginda akan
menjadi Nabi SAW ialah datangnya mimpi
benar. Apa yang diisyaratkan oleh mimpi itu terjadi pada keesokan harinya.
Mimpi seperti itu disbeut Ru’ya dan banyak sekali dialami oleh baginda SAW.
Sahabat-sahabat
baginda juga sering bermimpi dan mana-mana mimpi yang ada maksudnya akan
baginda huraikan tadbirnya. Umpamanya kalimat azan sekarang ini asal mulanya
dari mimpi seorang sahabat. Sewaktu disampaikan kepada baginda, lalu Nabi SAW
tetapkan sebagai kalimat azan dalam islam.
Bila baginda SAW
selesai melakukan solat subuh berjemaah, maka baginda akan bertanya kepada para
sahabat.
“Siapakah
diantara kamu yang bermimpi malam tadi? Ceritakan kepadaku!”
Sesiapa yang
bermimpi segera menyampaikan kepada Nabi SAW dan baginda akan tadbirkan apa
maksud mimpi itu.
Pada suatu hari
seorang wanita datang menemui Nabi SAW. Beliau ingin bertanyakan maksud mimpi
yang dialaminya.
“Suami sedang
pergi dan tinggalkannya aku dalam mengandung. Semasa aku tidur, aku telah
bermimpi dirasakan tiang rumahku pecah. Dan aku melahirkan anak lelaki yang
buta sebelah matanya.” Demikian wanita itu menceritakan mimpinya kepada Nabi
SAW.
“Bagus,” jawab
baginda. “Insyaalah, suami engkau akan selamat kembali dengan sihat dan engkau
akan melahirkan anak yang baik”.
Wanita itu
berasa lega mendengarnya.
Tetapi pada
suatu masa yang lain, wanita itu datang ke rumah Nabi SAW. Baginda tiada
dirumah dan beliau disambut isteri baginda Aisyah. Wanita itu bertujuan
menceritakan mimpinya, oleh kerana Nabi tidak ada maka disampaikan kepada
Aisyah, begitu juga tentang mimpinya yang dahulu diterangkan kepada Nabi SAW.
“Jika benar
mimpi engkau itu, bahawa ternyatalah iaitu suami engkau akan mati dan engkau
melahirkan anak yang jahat”. Demikian Aisyah mentadbirkan mimpi wanita itu.
Mendengar
keterangan Aisyah wanita itu terkejut lalu terduduk dan menangis. Tiba-tiba
wanita Nabi SAW kembali ke rumah. Setelah diketahui punca wanita itu menangis,
maka baginda menegur Aisyah.
“Aisyah
berhentilah! Bila engkau mentadbirkan mimpi seseorang muslim, tadbirkan kearah
yang baik. Sebab mimpi akan terjadi dengan melihat pula bagaimana orang
mentadbirkannya.” Kata Nabi SAW.
Nabi
memperingatkan demikian itu agar orang bermimpi jangan sampai mendapat
kesulitan dengan mimpinya. Sama ada baik atau buruk hendaklah ditenteramkan
sedapat mungkin. Lebih lagi kalau mentadbirkan mimpi secara duga-dugaan sahaja
sangatlah berbahaya.
******Rujukan dari
buku “Kisah RIngkas Kehidupan Rasullah SAW”.. penulis Nawawi Dusuki. Diterbitkan
oleh wholesale-mart business point sdn bhd , berharga rm12 sahaja.****
So, sila beli cepat ye... kerana banyak lagi ilmu yang pasti anda semua suka yang terdapat dialam buku yang bagi saya amat murah berbanding ilmu yang terdapat didalamnya.
Terima kasih kerana membaca entry ini.. Salam sayang dari saya... luv! luv! muahhhhzz!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan