Sabtu, 7 Jun 2014

KATA-KATA ITU








Assalammualaikum wbt....

Teringat kata-kata ramai antara sahabat , teman dan kawan rapat… …“sya… aku pun bila balik kg, bila tahu kakak aku tidak jadi balik pun sedih, apa lagi seorang ibu…”…. Itu kata-kata teman yang boleh dikatakan “close” dengan ku…. Suatu masa dulu…

Kini aku merasainya pula.... di musim cuti sekolah ini.. apabila adik lelakiku pulang kembali ke muar ...bersama isteri dan anaknya setelah bercuti di kampong kami hampir seminggu …aku sendiri rasa sayu… ohhh!!! Aku sudah makin dewasa agaknya… sudah mula sensitive…

Teringat kata-kata temanku yang lain… “nikmatilah hidup ini sekarang kawan bersama family dan adik beradik, kerana masa kini berlalu pantas sekali… sedar-sedar masing-masing sudah punya cucu… kita sudah tidak punya masa “sharing” segala rahsia seperti zaman adik beradik remaja, muda , belia dan baru berkahwin dan punya anak kecil dahulu…. Nikmatilah..dan hargailah memori itu… kerana apabila masing-masing punyai cucu .. punyai masalah anak sendiri dari kahwin hingga kerja dan kewangan… masa kita bersama makin singkat..dan terus singkat…. Hargailah….. usah terlalu bz mengejar duniawi kerana satu waktu kau akan sedari.. betapa banyak perkara bernilai yang kau terlepas…” itu kata-kata kawan ku.. yang aku sendiri tidak tahu.. kemana perginya dia sekarang ini… ia .. masa pantas sungguh berlalu….

Hidup kita sudah ditentukan oleh illahi.. qada dan qadar.. takdir kita… nampaknya aku kena akur… semakin dewasa … semakin hati ini sensitive.. semakin aku kena mengalah pada kehidupan… aku tidak boleh berkeras lagi mengikut kata hati…. Ketika aku mengenali dan berkawan dengan insan yang hidup merantau lama di New York, belajar dan bekerja.. aku sendiri bersetuju sepenuh hati… ketika muda kita patut berjuang untuk hidup sendiri… semua berjuang untuk hidup sendiri , masa depan sendiri… kejar segala impian.. berhijrah dan migrate bersungguh-sungguh untuk mendapat satu lagi hak kerakyatan selain Malaysia.. jadi Permanent Resident di Negara luar… Negara lain…. 

Aku selalu berfikir… lambat laun kita tetap hidup sendiri… berapa ramai orang tua-tua yang akhirnya ditinggal di rumah sendiri menunggu anak pulang ketika raya dan cuti sekolah…. Atleast ada anak pulang ye… dan berapa ramai orang tua yang tinggal dirumah orang tua… serta berapa ramai.. insan yang berkorban kehendak jiwa impian diri hanya kerana orang tua tidak merestui.. tidak memahami.. dan akhirnya setelah orang tua mereka meninggal dunia… mereka pun terpaksa melupakan impian lama mereka… ia insyallah.. kerana pengorbanan mereka… Allah swt membalas diakhirat nanti.. kerana hidup yang hakiki adalah diakhirat.. sedangkan dunia ini sementara….

Ia memang akhirnya aku fahami.. .pendapat kita akan berubah seiring dengan siapa kita berkawan.. .. apabila kita berpeluang mengenali dan berkawan dengan insan lain.. yang punya pendapat lain… baru aku faham kenapa berkawan kena beribu… 

Bila berkawan dengan insan lain..yang bekerja diluar Negara dan bersungguh-sungguh ingin pulang ke Malaysia dan kerja diMalaysia.. aku sering tidak bersetuju… bagi aku, berapa ramai yang ingin berhijrah.. bekerja dinegara luar… merasai pengalaman baru.. tetapi tidak diberi peluang…sedangkan mereka yang diberi peluang.. bersungguh-sungguh ingin pulang berkerja dinegara sendiri walau gaji dan pendapatan jauh kurang dari pendapatan diluar Negara.. tetapi kini aku faham… ia seiring usia….kita akan lebih menghargai kekeluargaan… kita tidak pasti umur ahli keluarga kita… dan kita juga tidak pasti umur kita bila dijemputNYA…. Lebih-lebih lagi bila kita tahu.. insan yang kita sayangi dan cintai… menghidapi penyakit… tentulah lagi sedih…. (teringat pengalaman .anak kucing kesayangan sakit di Kampung. .setiap hari call my mum dan balik kg every week, demi memastikan anak kucing masih hidup dan bertambah sembuh..takutnya jika ada apa-apa malapetaka menimpa.. itu baru anak kucing..oh!!!) sampai bila kita hanya ingin mengejar duniawi… pesan kawan saya satu waktu dahulu…. “Jangan kejar dunia… pasti dunia akan lari tapi kejarlah akhirat,, ,nescaya dunia akan mengikutimu…”…. Sungguh berguna kata-kata) itu… 

Banyak lagi kata-kata teman, kawan dan sahabat lain yang masih aku ingati…yang nampaknya aku kena setujui… teringat kata kawanku yang pernah tinggal sebumbung… “dulu.. cikgu aku selalu cakap ketika aku bersekolah, sekarang ye lah.. kamu rasa, masa berlalu lambat… tunggu selepas kamu umur 25 tahun.. kamu akan rasa masa berjalan pantas sekali… ... “… nampaknya aku kena bersetuju sekali dengan kata-kata cikgu kawan ku itu..tapi aku ingin tambah.. lepas umur 30 lagi rasa pantas sesungguh-sunguhnya….35 tahun lagilah.. 40 tahun lagi lah pula… (itu pun jika masih diberi kesempatan untuk hidup)….oh!! tuhan jadilah aku hambamu yang bertambah beriman dari hari ke hari.. usia ke usia..dan mati dalam keadaan beriman. .aaaminnn…

Kata temanku yang lain lagi….”sejauh mana kau berlari. .sepelusuk mana kau pergi… akhirnya kau akan tahu..apa yang kau ingin hanya orang yang ikhlas terima kau seadanya…yang akan setia sudah dan senang.. akan sampai waktu… kau tidak mengharapkan rupa dan harta orang lain…kau akan menolak semua tu.. ..kau sendiri pun tidak akan sanggup “dia” menanggung susah kerana kau… kau akan belajar melepaskan… dan belajar mencintai dan menerima cinta.. bila kau yakin kau tidak akan sanggup melukakan insan yang kau pilih.. walau asalnya dia bukan “taste” kau.. seperti aku…” .. kata kawanku yang lain …”kau akan sedar dan tahu kau benar-benar jatuh cinta.. bila kau rasa  diri kau langsung tidak layak baginya… sedangkan kau memang rindu dan sayangkan dia..kau sendiri akan mengelakkan diri darinya… dan berlawan dengan perasaan sendiri, walau kau sendiri dapat rasa… kau pasti akan dapat cintanya jika mencuba bersungguh.. tapi kau sanggup undur diri untuk dia bersama insan yang lebih baik”…oh!!!!!! ..bila teringat kata-kata itu… aku terfikir…. Tuhan.. layakkah aku????..... oh!!! Memang aku makin sensitive…… jika tidak aku tidak akan teringat semua kata-kata ini….

Terima kasih atas setiap kata-kata… aku akan ingatinya selalu…teman , sahabat dan rakan… terima kasih atas segala kata-kata itu…..

Banyak lagi kata-kata yang aku ingati.. .terutama kata-kata ibu dan ayahku… arwah nenek ku… semuanya kusimpan rapi… aku percaya kini semua kata-kata mereka….

Terima kasih kerana membaca entry ini… salam sayang dari saya… luvvvvvv!!!!luvvv!! luvvv!! Muahhhhzzzz!!!







Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...