Isnin, 20 Mac 2017

Nikmat Yang Berbeza


Cuti sekolah adalah hari dan minggu 'cheatday'  dan bersuka ria bersama keluarga dan anak saudara 

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Benar kata bijaksana, ada perkara yang anda tidak akan jumpa dan belajar di Google.
Anda hanya akan belajar melalui pengalaman dan orang yang jauh lebih tua.

Ilmu yang akan anda dapat dari perasaan yang tidak akan boleh ditulis dalam artikel atau disampaikan melalui syarahan, kata kata,  lukisan atau gambar.

Jika kamu masih muda,  duduk dan berbual dengan warga emas yang jauh lebih tua dari kamu,  tua dari ibu bapa mu kerana ada banyak perkara mereka yang jauh lebih tua akan memberimu ilmu yang tidak akan kamu baca dan perolehi di mana-mana.  Ilmu yang kamu sendiri tidak pandai sampaikan.  Sehingga pengalaman yang kamu lalui akan mengingatkan kamu kepadanya.

Buah nona hasil kebun sendiri
Cuti sekolah baru bermula,  dan hari cuti tentu di penuhi dengan aktiviti bersama keluarga. 

Tidak perlu tunggu cuti sekolah,  cukup Sabtu atau Ahad,  itu hari yang sering saya terlepas untuk menjaga diet dan sering menyebabkan saya culas untuk menikmati makanan di luar.  Bukan mudah menjaga pemakanan terutama jika aktiviti anda penuh di luar. 

Berstatus bujang bukan bererti masa anda tidak dihabiskan bersama kanak-kanak.  Hari minggu adalah hari saya menggunakan ia bersama anak anak saudara saya.  

Jika keluar bersama Harris dan Zara,  mencari dan membeli buah-buahan adalah wajib.  Zara dan Harris ialah peminat buah utama semenjak masih kecil. 

Semakin cerdik dalam menilai.  Belajar melalui pengalaman. Hasil buah di depan mata jauh lebih dipercayai berbanding buah di pasaran walaupun dilabel organik kecuali ia sah mendapat persijilan organik. 

Maka hobi baru kini mula ditanam, mahu serius menjadikan hobi bercucuk tanam salah satu dari hobi terbaru. 

Teh cendawan mekah dan buah mangga. Lihat buah pisang yang mula menunjukkan hasil. 
Bukan mudah untuk bercucuk tanam di tanah yang dipenuhi batu batu kecil di dalamnya.  Namun itu bukan alasan untuk tidak mencuba menanam dan berbudi pada tanah. 

Mengetahui betapa harga buah-buahan semakin meningkat naik termasuk harga buah organik maka percubaan menanam lebih banyak pokok mula difikirkan. 

Masih belum bersungguh dan mula betul betul menanam benih namun perkara itu sedang bermain di fikiran untuk diteruskan.  

Cuaca panas terik mungkin agak menyukarkan aktiviti cucuk tanam,  namun agak indah jika berjaya mencabar diri sendiri untuk mula meminati aktiviti bercucuk tanam. 

Aktiviti bercucuk tanam bukan sahaja memberi hasil yang bukan sedikit namun turut membantu anda lebih aktif dan mengeluarkan peluh sekaligus menjadikan tubuh lebih sihat. 

Maka ia adalah aktiviti berganda keuntungan selain tumbuhan terkenal sebagai penyumbang kepada oksigen yang menjadi nadi utama untuk hidup manusia. 

Selain binatang,  tumbuhan juga makhluk Allah. Sebagai pencinta alam semula jadi maka tidak pelik jika saya meminati bidang tanaman sebagai hobi. 

Setelah mencabar diri menulis dan berblogging.  Belajar menjual produk sendiri yang masih bertatih, tidak salah untuk belajar hobi baru.  Mana tahu dari hobi baru ini saya berpeluang menjual hasil tanaman organik sendiri. 

Baiklah.  Tahun baru 2017 sudah berlalu untuk suku tahun pertama. 

Masih ada 9 bulan untuk mencipta kenangan baru yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. 

Tidak kira apa yang orang lain katakan mengenai tahun 2017 yang paling penting kita tetap akan laluinya jika terus dipanjangkan umur.

Setiap insan diberi ruang rezeki dan nikmat berbeza.  Hidup dan kebahagiaan berbeza. 

Hargai yang kecil dan sedikit maka yang lebih besar akan datang perlahan lahan. 

Waktu inilah waktu sebenar anda akan lebih banyak belajar dari hal sekecil kecilnya. 

Bangunan yang kuat dibina dari asas yang kukuh. 

Selamat bercuti bagi anda yang bercuti. 

Bersuka ria sementara anda masih hidup dan abaikan perkara negatif yang selalu orang lain katakan pada anda. 

Cili api tidak akan pedas jika anda biasa menikmatinya namun jika anda tukarkan ia menjadi cili jeruk,  ia sekaligus menjadi makanan tinggi probiotik dan amat bagus untuk kesihatan dan usus. 

Rasa cili jeruk amat berbeza dari cili segar.  Namun dengan cara berbeza,  nikmat dan khasiat berbeza akan dirasai. 

Begitu juga kehidupan.  Terpulang pada kita untuk merasai dan mensyukuri nikmat yang bukan sedikit itu. 

Nikmat masa yang tidak perlu bersesak didalam jem jalan raya,  kurang stress menghadapi kerenah pemandu,  punyai masa lebih untuk berehat dan membaca,  kaya idea hasil kerja keras sendiri adalah nikmat yang ramai inginkan. 

Kekayaan sebenar iman sendiri tidak boleh di beli dan manusia yang paling kaya ialah manusia yang masih punyai ibu bapa.  Maklumlah jutawan dunia pun jika tidak mampu membeli ibu bapanya yang telah tiada.

Ada banyak perkara yang tidak boleh dibeli termasuk kegembiraan dan kesihatan diri sendiri. 

Maka dalam hidup sentiasa berdoa yang terbaik untuk diri anda. 

Untuk sembuh dari sebarang penyakit yang anda hadapi,  bukan setakat diet yang harus dijaga.  Emosi juga memainkan peranan yang amat penting. 

Andai terjejas emosi dan anda stress serta sering mengeluh maka proses kesembuhan akan menjadi sukar.

Belajarlah bersyukur atas nikmat yang sedikit,  pasti banyak perkara yang baik akan terus berlaku dan anda juga mudah sembuh. 

Terima kasih. 




Ahad, 19 Mac 2017

Crunchy Flakes by QK Snek enak kudapan Setiap Hari


CRUNCHY FLAKES by QK siap di masak
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Jarang melakukan promosi untuk produk Crunchy Flakes by QK. 

Snek ini kekal mendapat permintaan dari pembaca yang singgah di Blog ini. 

Beberapa bulan sekali Crunchy Flakes by QK Di promosikan di instagram atau Facebook,  alhamdulillah masih ada pelanggan setia yang meminati snek ini dan pelanggan baru yang ingin mencuba snek ini. 

Gambar yang lebih jelas
Kenaikan harga barang mentah untuk produk ini terutama pelbagai jenis kacang  dan bahan lain menyebabkan sedikit kekurangan dari berat Crunchy Flakes by QK berbanding sebelumnya namun untuk resepi lebih sihat kini Crunchy Flakes by QK turut menawarkan resepi tanpa MSG atau stok ayam. 

Sebelum ini hampir 2% resepi ini menggunakan stok ayam,  namun  menyedari pembaca dan pelanggan Crunchy Flakes by QK dari golongan yang mementingkan kesihatan,  bahan ini dikeluarkan dari resepi sebenar. 

Kacang parang turut dikeluarkan dari resepi asal.  
Umum tahu kacang parang tidak boleh dimakan oleh kanak-kanak yang menghadapi masalah isu g6pd. 

Atas isu ini kacang parang tidak lagi berada dalam resepi Crunchy Flakes by QK Ini. 

Bungkusan botol mini turut diperkenalkan 
Untuk anda yang baru ingin mencuba produk Crunchy Flakes by QK.  

Bungkusan dan botol yang lebih kecil turut diperkenalkan.  Anda turut mudah untuk menghadiahkan atau menjadikan Crunchy Flakes by QK Ini sebagai buah tangan untuk sesiapa sahaja. 


Botol mini ini size nya hampir separuh botol Crunchy Flakes by QK yang original. Harga untuk versi mini ini hanya RM7 sebotol. 

CRUNCHY FLAKES by QK Diperbuat dari emping jagung asli yang enak.  Dilimpahi kacang shandong dan kacang pis hijau.  Diadun bersama rempah kari lazat juga ditambah jintan manis, lada kering dan daun kari segar. 

Ia hanya pilihan snek lebih sihat berbanding snek atau biskut manis komersial di luar. 

Jika anda inginkan pilihan lebih sihat berbanding emping jagung,  anda boleh memilih menikmati jagung segar yang direbus. 

Snek yang lebih sihat ini bukan alternatif untuk diet sihat.  Ia hanya ke arah diet yang lebih sihat berbanding anda membeli makanan tinggi gula lain. 

Untuk pesanan,  pertanyaan dan pembelian snek Crunchy Flakes by QK Ini,  sila what apps ke nombor 

016 276 2636 

CRUNCHY FLAKES by QK juga amat sesuai dimakan ketika jem di jalan raya,  bercuti, untuk sarapan pagi,  supper,  brunch,  minum petang,  makan malam,  sahur atau snek kunyah-kunyah. 

Selamat mencuba dan terima kasih. 










Jumaat, 17 Mac 2017

Oat untuk Sarapan Pagi Sihat


Rolled oat pilihan lebih sihat
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Selain Smoothie buah dan sayur-sayuran, bagi anda yang bercita cita untuk mengamalkan diet yang lebih sihat.  

Oat adalah antara pilihan terbaik.  Jika anda terlupa atau malas membuat overnight oat anda hanya perlu menambah oat di dalam minuman kegemaran anda sahaja. 

Oat bersama campuran buah-buahan 
Pilihan yang lebih sihat dan mengenyangkan selain overnight oat. Tambah sahaja buah buahan kedalam sarapan pagi oat anda. 

Bancuh oat anda bersama susu seperti biasa.  Dan hidang buah buahan kegemaran anda di atasnya sama ada kismis,  delima, strawberi dan sebagainya. 

Tabur serbuk koko atau serbuk kayu manis untuk lebih rasa
Jika anda pengemar koko asli,  tabur koko asli,  pilihan lain serbuk kayu manis atau Vanilla.  Rasanya pasti lebih sedap untuk memulakan pagi hari indah anda.

Menikmati sedikit makanan berkhasiat sekadar alas perut penting sebelum anda ke pejabat. Sama ada anda menaiki kenderaan awam atau memandu itu bukan alasan anda tidak meluangkan sedikit masa menyediakan sarapan pagi untuk mengalas perut.

Menikmati sarapan pagi sihat di rumah menghindarkan anda dari menikmati makanan kurang sihat di luar paling penting menjimatkan banyak kos anda.

Kesihatan anda adalah aset paling bernilai berbanding perkara lain.  Ingatkan kesihatan yang baik akan membawa kepada kehidupan lebih bahagia.

Jika anda ingin memilih oat.  Pilih oat organik yang tertera tanpa GMO,  tanpa pewarna,  tanpa pengawet dan lebih bagus anda memilih Rolled oat berbanding instant oat atau quick oat.

Quick oat dikatakan mempunyai gula di dalam proses pemprosesan ia.

Jangan risau Rolled oat tidak perlu dimasak,  hanya gunakan air panas sahaja.

Harga oat organik pilihan saya kurang RM10 dan ia kini makin mudah didapati di AEON, Jaya grocer dan pelbagai kedai organik di seluruh Malaysia.

Semoga artikel ini memberi semangat dan dorongan kepada anda.

Terima kasih.




Khamis, 16 Mac 2017

Smoothie MINUMAN Tambahan Untuk Musim Panas


Smoothie atau Ais Batu Campur Moden
 Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Kini musim panas mula melanda negara. 

Malah di Kuantan dan kawasan Timur panas membahang makin menjadi jadi. 

Tentu sahaja perniagaan air bertambah laris memandangkan cuaca yang membahang ini. 

Jika anda juga berada di kawasan bersuhu dan bermusim panas jangan lupa untuk kerap minum air secukupnya dan jika anda rindukan minuman sejuk enak yang sihat anda boleh menikmati Smoothie atau ais batu campur moden ini. 

Ais batu campur moden
Anda boleh menukarkan pilihan susu cair atau susu sejat kepada susu segar untuk pilihan lebih sihat atau Yogurt.

Tambahkan pilihan kekacang kegemaran anda yang lebih sihat seperti badam atau gajus.  

Jika punya stok biji bunga matahari atau biji labu anda juga boleh campurkan dan hias ia diatas ais batu campur kegemaran anda. 

Pilihan lain yang lebih enak tentu sekali kismis hitam atau kismis kuning atau kedua-dua sekali. 

Jika anda inginkan rasa manis yang lebih umph! tambah buah prune kering atau kurma cincang sebagai tambahan rasa. 

Inginkan kelainan,  anda boleh campurkan Vanilla paste untuk bau dan rasa lebih enak. 

Pilihan lain buah pisang,  mangga,  strawberi,  blueberries atau apa sahaja yang anda ingin campurkan. 

Ketika musim panas,  anda memerlukan bekalan vitamin yang lebih terutama vitamin C untuk mengelakkan sebarang jangkitan wabak dan mudah di serang penyakit. 

Vitamin yang banyak terdapat di dalam buah buahan insyallah boleh membantu meningkatkan antioksidan didalam tubuh. 

Buah buahan juga tinggi kandungan air.  Terutama buah kelapa dan buah tembikai.  Pilih Buah yang menyejukkan tubuh terutama buah kelapa muda dan airnya. 

Menikmati jus buah atau Smoothie (ais batu campur moden)  membantu tubuh anda mencukupi keperluan air di musim panas ini.  Minuman ini bukan sahaja menyelerakan malah membantu memberi tenaga. 

Jika anda malas minum air putih gantikan air minuman itu dengan air minuman yang lebih sihat,  enak dan menarik hati seperti Smoothie. 

Selamat mencuba dan sila jaga kesihatan anda di musim panas yang mula melanda ini. 


Terima kasih. 



Rabu, 15 Mac 2017

Crunchy Flakes by QK hadiah untuk Yang Tersayang


CRUNCHY FLAKES by QK 

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Diperkenalkan untuk mereka yang baru ingin berjinak jinak dengan snek yang lebih sihat dan  tanpa Gluten Crunchy Flakes by QK diperkenalkan. 

Snek ini bukan snek 100% sihat.  Ia cuma lebih sihat berbanding snek komersial lain di pasaran. 

Tidak manis seperti snek lain atau manisan lain.  CRUNCHY FLAKES BY QK Ini hanya diperbuat dari emping jagung asli dan limpahan kacang shandong serta kacang pos hijau,  daun kari,  jintan manis,  lada kering dan rempah kari asli lagi enak. 

Kacang parang yang merupakan antara kacang yang ditambah sebelum ini di dalam resipi baru,  akhirnya terpaksa dikeluarkan atas alasan kacang parang tidak sesuai untuk kanak-kanak yang menghadapi masalah penyakit g6pd. 

Ini bagi memastikan semua golongan boleh menikmati snek ini. 

Jika anda seorang pengemar snek namun menyimpan impian ingin mengurangkan berat badan,  anda boleh bermula dengan menikmati Crunchy Flakes by QK seterusnya belajar menikmati snek yang lebih sihat seperti buah buahan potong dan jagung bakar asli. 

CRUNCHY FLAKES by QK bukan snek untuk menurunkan berat badan. Ia hanya membantu anda mengurangkan rasa ingin mengunyah makanan yang lebih manis atau bergoreng yang jauh lebih tinggi kalori dan manis. 

Untuk masa ini RM12 kekal untuk setiap balang Crunchy Flakes by QK. 

Kos pengeposan untuk 1 balang ialah Rm8 untuk Semenanjung Malaysia dan RM12 untuk Sabah dan Sarawak. 

Untuk lebih penjimatan jika anda membeli 4 balang kos pengeposan hanya RM11 untuk Semenanjung Malaysia dan RM17 ke Sabah dan Sarawak. 

Sebarang tempahan,  pertanyaan dan pembelian produk Crunchy Flakes by QK 

Sila what app ke 

016 276 2636 

Anda juga boleh membuat tempahan untuk sebarang majlis sama ada untuk perkahwinan,  pertunangan,  korporat,  hadiah,  hamper atau apa sahaja dalam bentuk dan bungkusan permintaan anda ke pihak kami untuk pihak kami aturkan mengikut kehendak anda. 

CRUNCHY FLAKES by QK juga amat sesuai untuk dihadiahkan untuk yang tersayang termasuk sebagai buah tangan untuk mereka yang dikasihi.

Selamat mencuba Crunchy Flakes by QK. 

Insyallah anda akan menyukai dan menggemarinya. 

Terima kasih.


Ahad, 12 Mac 2017

Bekal Smoothie Hari Bekerja


Bekukan buah dan Smoothie anda dalam peti ais untuk bekal hari bekerja- gambar atas mangga dan Nenas siap sedia untuk dibekukan.  Smoothie Nenas dan mangga.
Gambar bawah,  delima siap untuk dibekukan dan Smoothie oat dan coklat dihias puri mangga dan delima 
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Hari minggu adalah hari paling sesuai untuk anda menyediakan stok sarapan anda ketika hari bekerja.

Maklumlah di hari bekerja, waktu yang terkejar kejar menyebabkan anda tiada masa untuk menyediakan sarapan sihat dan menikmati buah buahan.

Untuk memudahkan semangat anda untuk menjaga pemakanan sihat anda.

Amat digalakkan untuk anda menyediakan semua keperluan pada hari minggu anda.

Potong buah-buahan pilihan anda,  dan Bekukan ia didalam peti ais.

Jika anda lebih rajin,  terus buat buah-buahan menjadi Smoothie, simpan di dalam beberapa bekas dan simpan ia didalam peti sejuk.  Smoothie anda ini terus siap untuk dibawa ke pejabat anda sebagai bekal.

Andai anda tidak pasti resepi Smoothie yang ingin dinikmati,  hanya Bekukan pelbagai jenis buah-buahan dan Kisar ia pada hari esoknya untuk dibawa sebagai bekalan anda.

Smoothie Nenas dan mangga

Smoothie buah-buahan adalah Smoothie paling mudah untuk disediakan.
Jika anda peminat koko dan oat.  Anda boleh terus membuat Smoothie oat dan coklat dengan tambahan pisang dan buah-buahan lain untuk rasa lebih kenyang.

Pemerhatian saya,  kebanyakan mereka yang bersemangat untuk menjaga pemakanan akan membawa bekalan sendiri ke pejabat.  Ia bukan sahaja membantu menyihatkan tubuh malah menyihatkan poket dan budget anda.

Jadikan hari Sabtu sebagai hari membeli stok makanan dan hari ahad untuk menyediakan stok.

Ada golongan yang berpendapat cara ini agak kurang segar dan sedikit menjejaskan nutrien.  Namun cara ini sekurang-kurangnya mengurangkan risiko anda menikmati masakan luar dan kekurangan zat nutrien dari buah-buahan yang lebih berkhasiat dan segar tanpa terkena api.

Anda boleh mengucapkan selamat tinggal untuk alasan:

Tidak sempat

Bangun tidur lewat

Terkejar-kejar masa

Kena cari blender

Bekas tidak jumpa

Air tidak ada

Dan pelbagai alasan lain lagi.

Buah-buahan terpilih yang di bekukan
Smoothie juga ialah minuman musim panas yang enak dinikmati ketika waktu petang bersama snek kegemaran anda.

Bulan Mac dikatakan ialah musim yang mulai panas di Malaysia,  Smoothie amat sesuai untuk menyegarkan tekak anda dan menyejukkkan badan.

Selamat mencuba cara ini dan semoga ia akan membantu dan memberi anda lebih semangat.

Terima kasih.



Skrub Beras Pulut Dan Kopi Homemade


Original Body Scrub dan hampas kopi tenum 
 Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Dengan jadual harian yang ketat.  Pengurusan masa yang tidak menentu. 

Hari minggu ialah hari paling tepat untuk memanjakan tubuh. 

Seawal pagi sesudah solat subuh,  adalah waktu paling sesuai memakai skrub asli untuk kesegaran tubuh dan kecantikan kulit. 
Hasil setelah direndam semalam
Digalakkan untuk direndam semalaman.  

Skrub Beras Pulut asli dan kopi tenum ini amat bagus dalam berfungsi menanggalkan kulit mati,  mencerahkan kulit,  menghilangkan parut,  membuang toksid dan turut membantu menghilangkan selulit dengan campuran kafein dari kopi tenum. 

Basuh badan dengan sedikit air. 

Lumurkan Skrub secara membulat di bahagian seluruh tubuh mengikut arah lawan jam. 

Urut Skrub ini secara perlahan jangan terlalu berkasar terutama di kawasan pelipat dan celah anggota badan terutama peha. 

Setelah mandi di awal pagi dengan ramuan Semulajadi ini tentu anda akan lebih bersemangat memulakan hari. 


Jangan lupa menyapu minyak asli atau lotion harian anda setelah memakai Skrub ini. 


Untuk pembelian original Body Scrub hasil campuran asas beras pulut ini,  

Anda boleh terus what apps ke

016 276 2636 

Untuk pesanan dan pertanyaan. 

Segala artikel mengenai Skrub ini berada di label @ kategori Skrub di Blog ini. 

Sila gunakan paparan desktop jika anda membaca Blog ini menggunakan telefon bimbit. 

Selamat berhari minggu. 


Terima kasih. 






Sabtu, 11 Mac 2017

Keluarga dan Info Makanan Laut


Shell out masakan di rumah kakak saya
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Kebiasaannya hari minggu di khaskan khusus untuk hari bersama keluarga. 

Sama ada aktiviti kenduri atau makan luar,  jika lebih rajin aktiviti makan di rumah. 

Shell out Di hias di dalam tray
Mendapat komen 2-3 kali di dalam instagram dari anak saudara saya Irfan,  betapa beliau ingin menikmati Shell out terutama ketam,  akibat mengidam menikmati Shell out air tangan pak cik merangkap adik lelaki saya Fahrouk akhirnya pagi hari Sabtu ini, (hari ini)  saya ke pasar besar mencari beberapa jenis makanan laut. 

Tidak seperti Irfan, Ilham adik Irfan kurang menggemari makanan laut
Berjaya mendapatkan ketam yang berharga sekilogram RM36,  udang sekilo hampir RM40 dan sotong yang hanya dibeli sepiring RM10,  saya seterusnya ke pasaraya mencari telur masin,  brokoli dan lemon serta buah sebagai makanan cuci mulut. 

Puas hati- Irfan bersama hidangan kegemaran 
Harga makanan laut dan makanan lain di Kuantan adalah antara harga makanan termahal berbanding di Kuala Lumpur.

Malah Kuantan pernah di beri jolokan bandar ke 2 termahal dari segi bahan makanan dan makanan.

Agak pelik berada berdekatan pantai yang banyak namun harga makanan laut di sini tetap mahal.

Bayangkan ikan selar kecil mencecah harga RM14 sekilogram.

Menu hidangan shell out kami hari ini hasil air tangan kakak saya,  dan turut dibantu oleh Irfan.  Saya hanya mengupas bawang dan memasak brokoli sahaja.

Maka terhasil lah ketam telur masin,  sambal udang merah,  sotong celup tepung,  brokoli rebus dan brokoli goreng minyak zaitun. 

Udang dari laut
Berdiskusi mengenai makanan laut.  Saya belajar beberapa perkara. 

Jika anda inginkan udang hasil lautan pilihlah udang berkulit merah. 

Kebiasaannya udang berkulit hitam adalah belaan,  jika ia udang hasil dari laut ia tidak akan sehitam dan segelap kulit udang  hasil kolam belaan.  Agak berbeza dari rupa dan rasa isinya. 

Udang belaan
Untuk info jika anda menghadapi alahan kulit atau ekzema anda tidak digalakkan menikmati makanan laut terutama hasil belaan.

Mereka yang menghadapi alahan kulit amat tidak disyorkan menikmati kerang atau sotong.

Kerang dikatakan makan makanan yang kotor apalagi kerang belaan.

Sotong pula terkenal dengan dakwat hitamnya.  Jika anda masih ingin menikmati sotong buang dakwat hitam,  cuci bersih dan buang kulit sotong.

Adalah bagus untuk anda menghentikan sementara sotong dan kerang jika anda sedang menghadapi alahan kulit yang serius atau resdung yang teruk.

Telah sembuh dari ekzema saya masih kekal menikmati makanan laut walaupun ia hasil belaan dalam jumlah berpada-pada.

Maklumlah makan bersama keluarga agak sukar jika menolak ia.

Makanan laut atau hidupan laut belaan komersial dikatakan bertoksid dan kurang sesuai dengan kondisi tubuh golongan yang menghadapi penyakit auto imun seperti resdung,  asma,  ekzema,  gout, arthritis dan sebagainya.

Walau bagaimanapun ada pendapat mengatakan udang merah seperti gambar di atas akan lebih menyebabkan gatal hidung di kalangan penghidap resdung berbanding udang bela.

Saya tidak pasti apakah ia kerana tindak balas histamine atau alasan lain.

Terpulang pada anda untuk memilih apa yang ingin anda makan.

Hanya sebagai ingatan,  andai anda menghadapi masalah kesihatan dan alergi sila terus melakukan detoks setelah menikmati jenis makanan laut ini.

Semoga perkongsian artikel ini memberi manfaat dan ilmu dalam pemakanan anda.

Saya akan berkongsi 5 supplement detoks Semulajadi murah untuk anda selepas artikel ini bagi membantu anda memilih suplemen Semulajadi terbaik dan mampu milik.


Terima kasih


Jumaat, 10 Mac 2017

Supplements Detoks Paling Mudah


Teh cendawan mekah campuran mangga dan delima serta Smoothie hijau
 Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Jualan supplement dan produk detok semakin meningkat hari demi hari. 

Iklan cuci usus juga semakin mendapat tempat di hati ramai masyarakat. 

Cara paling mudah dan berkesan untuk detoks ialah berpuasa. 

Namun bagi anda yang kurang tenaga dan tiada kesempatan berpuasa sunat,  menikmati minuman buang toksin adalah antara cara paling mudah. 

Gunakan sahaja blender jika anda mengejar masa atau terasa malas
Ingin ditegaskan,  toksin tidak boleh dibuang begitu sahaja dengan cara yang amat mudah dan cepat. 

Membuang toksin dari tubuh memakan masa dan amalan diet sihat yang berpanjangan. 

Namun antara pilihan yang ada ialah menambah makanan hidup atau asli tanpa terkena api adalah antara cara buang toksin yang paling ringan. 


Adalah digalakkan anda menikmati makanan hidup atau segar tidak dikenakan api ini ketika awal pagi dan perut kosong. 

Antara Menu paling mudah teh cendawan mekah atau teh kombucha campuran buah tempatan. 


Teh kombucha atau cendawan mekah terkenal sebagai minuman probiotik dan detoks.

Untuk khasiat teh kambucha atau teh cendawan mekah ini anda boleh membaca ia di artikel Khasiat Teh Cendawan Mekah atau Teh Kambucha.


Pilihan lain yang lebih mudah jika anda tidak membela atau mempunyai cendawan mekah ialah Smoothie hijau. 

Stok untuk esok
Pengalaman saya yang pernah berjuicing ketika mengalami proses Topical Steroid Withdrawal,  juicing memakan masa untuk menyediakan Slow Juicer. 

Memakan masa untuk memasang,  mencuci dan sebagainya. 

Amat berbeza berbanding menggunakan blender. 

Anda kebiasaannya rajin ketika minggu dan bulan pertama masuk bulan ke 2 dan ketiga agak sukar saya melihat mereka yang terus fokus dan konsisten memakan tahun. 

Maka untuk memudahkan anda dan mengurangkan perasaan malas serta memotivasikan diri sendiri.  Rajinkan diri anda untuk menikmati Smoothie. 

Sebagai permulaan anda boleh membuat Smoothie buah campuran pisang,  Strawberry dan buah berri yang telah dibekukan sebagai Smoothie pertama anda. 

Seiring dengan rasa lidah yang semakin boleh menerima Smoothie anda digalakkan menikmati dan mengamalkan Smoothie hijau yang berkhasiat dan kurang gula Semulajadi. 

Untuk mengurangkan rasa sayur hijau sebagai permulaan guna sahaja sayur hijau yang telah di bekukan dan campurkan ia bersama buah tempatan yang manis seperti mangga. 

Sayur sawo organik dan buah mangga antara menu pertama Smoothie hijau yang paling sesuai sebagai menu Smoothie pertama anda. 

Untuk Smoothie kedua boleh cuba campurkan sawi dan epal hijau. 

Dan belajar menikmati epal hijau dan peria katak yang di Kisar. 

Saya lebih mengesyorkan anda memilih sayur dan buah tempatan berbanding import. 

Jika anda adalah mereka yang menternak cendawan mekah,  jangan lupa buat stok air teh cendawan mekah anda bersama buah untuk stok esok hari. 

Masa yang amat penuh dengan segala jadual hidup,  memaksa anda yang sedang berdiet dan mengamalkan diet yang sihat kadang kala terbabas. 

Itu alasan mengapa sesekali anda atau saya sendiri harus saling mengingati. 

Saya sendiri seperti insan biasa lain.  Ada waktu terbabas kerana masa dan barang keperluan lebih sihat yang tiada didalam peti ais. 

Jika dibeli ada masa bahan itu telah menjadi kuning dan kurang segar terutama sayur dan buah buahan. 

Smoothie adalah salah satu cara untuk anda mengurangkan pembaziran sayur dan buah-buahan ini dari terus layu dan tidak dapat langsung digunakan. 

Selamat melatih dan menggagahkan diri anda dalam memotivasikan diri sendiri. 


Terima kasih 





Khamis, 9 Mac 2017

Negara Yang Mengharamkan Trans Fat @ Lemak Trans


Gambar candid anak saudara saya bersama biskut tanpa trans fat
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Trans fat atau lemak Trans adalah antara yang sering diperkatakan di dalam pelbagai artikel di bawah label kesihatan dan diet dalam Blog ini.

Tahukah anda trans fat dikatakan jauh berkali ganda lebih bahaya daripada gula Putih?.

Ini antara alasan dan fakta yang menyebabkan Denmark muncul sebagai negara pertama di Eropah yang mengharamkan TRANS-FAT atau Lemak Trans pada tahun 2003.

Seterusnya negara seperti Austria,  Hungary, Iceland,  Norway dan Switzerland mengikuti langkah Denmark dalam mengharamkan TRANS-FAT atau Lemak Trans di negara mereka.

Langkah ini tidak diikuti oleh Amerika Syarikat namun langkah setiap produk harus melabelkan kandungan jumlah trans fat atau lemak Trans harus di paparkan di setiap label dan berapa peratus trans fat dibenarkan.  (isu ini akan saya ketengahkan dalam artikel berkaitan transfat akan datang).

Jika anda ingin memilih coklat dan biskut enak,  antara kandungan penting ialah kandungan trans fat atau lemak Trans.

Lebih selamat jika anda utamakan pilihan produk keluaran negara yang terang dan nyata mengharamkan trans fat atau lemak Trans ini.

Ada alasan kukuh mengapa amat disyorkan untuk anda memilih produk keluaran negara di atas berbanding negara luar yang tidak mengharamkan trans fat ini.

Alasan ini akan diberikan dalam artikel mengenai trans fat atau lemak Trans  yang insyallah akan ditulis oleh saya pada masa terdekat.  Doakan.

Semoga anda mula belajar memilih produk trans fat free atau tanpa lemak Trans.

Terima kasih.






15 Khasiat Keledek Manis Jepun


keledek manis Jepun
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Keledek ialah makanan ruji dan asal masyarakat Melayu semenjak zaman nenek moyang lagi.

Mudah ditanam dan dikatakan sebelum tanaman berusia 6 bulan keledek sudah boleh di gali dan dinikmati.

Ubi keledek amat mudah ditanam,  hanya dapatkan benih keledek dari batang pokok keledek kemudian tanam.  Dari usia 3-6 bulan hasil ubi keledek boleh di tuai dan daun atau pucuk ubi keledek juga enak di buat ulam dan amat bagus untuk kesihatan.

Untuk artikel kali ini saya berkongsi maklumat dan informasi Khasiat Ubi Keledek Jepun atau Japanese Sweet potatoes yang amat terkenal oleh keenakannya.

Ada pendapat mengatakan ubi keledek ini akan membuatkan perut kembung dan berangin,  ia terpulang pada penerimaan tubuh masing masing.  Ubi keledek goreng dikatakan kurang berangin berbanding ubi keledek rebus.  Ubi keledek yang dibakar adalah antara cara terbaik bagi menikmati rasa dan kekal bersama nutrisi yang amat bagus untuk kesihatan.

Ubi keledek manis Jepun yang berwarna unggu di bahagian kulitnya dan isi di dalam kebiasaan berwarna oren adalah antara makanan kesihatan yang kini amat digemari oleh mereka yang semakin mementingkan kesihatan.

Berikut antara KHASIAT UBI KELEDEK MANIS JEPUN

1. Amat tinggi kandungan beta karotein dan vitamin C yang amat bagus untuk kesihatan dan kecantikan kulit serta anti oksidan untuk tubuh badan.

2. Sebiji ubi keledek Manis Jepun dianggarkan mengandungi  hanya 264 kalori,  malah sebiji ubi keledek Manis Jepun ini cukup untuk memberikan tubuh nutrien yang di perlukan.

3. Ubi keledek manis Jepun ini juga tinggi kandungan vitamin A,  vitamin B2, B6, thiamin, niacin dan karotein.

4. Ubi keledek manis Jepun turut digelar SUPER food untuk mereka yang mengamalkan diet sihat dan ingin mengurangkan berat badan.

5. Sebagai antara menu kegemaran masyarakat Jepun ubi keledek manis Jepun juga di percayai amat membantu dalam mencantikkan kulit dan bentuk tubuh.

6. Kaya dengan Vitamin A,  malah dikatakan ubi keledek mengatasi jumlah vitamin A harian yang di syorkan.

7. VITAMIN A ialah antara anti oksidan tinggi yang dipercayai mampu mengelakkan kanser,  anti kedutan,  awet muda dan amat bagus untuk kesihatan mata.

8. Kurang kandungan sodium adalah salah satu keistimewaan ubi keledek manis Jepun ini.

9. Ubi keledek manis Jepun ini juga dipercayai membantu dalam mengurangkan penyakit jantung dan memberikan  kesan yang baik terhadap jantung.

10. Karbohidrat yang terdapat di dalam ubi keledek manis Jepun ini turut membantu memberi tenaga dan mengawal gula di dalam darah.

11. Menikmati ubi keledek Manis Jepun juga mampu mengurangkan stress dan meredakan mood oleh kerana kandungan magnesium dan mineral yang terdapat dalam ubi keledek Manis Jepun ini.

12.  Kandungan vitamin A  dan vitamin C amat bagus sebagai anti inflammation atau anti radang sekaligus amat baik untuk kesihatan sekaligus menjadikan ubi keledek Manis Jepun ini sebagai makanan anti radang dan menguatkan imun tubuh.

13. Kandungan fiber atau serat di dalam ubi keledek Manis Jepun juga membantu dalam sistem perkumuhan.

14. Kandungan vitamin A,  C dan E turut membantu mencantikkan rambut dan kulit sekaligus membantu mengurangkan kesan tidak bagus dari sinaran cahaya matahari.

15. Ubi keledek manis Jepun juga dipercayai antara makanan pencegah kanser dan digalakkan di nikmati dalam diet pemakanan.

Dikatakan bahawa ubi keledek berwarna kuning dan berkulit kuning juga diberi gelaran Japanese Sweet potato.

Namun ubi keledek Jepun yang berkulit berwarna unggu dan isi oren dikatakan lebih berkhasiat dalam menangani kanser.

Mereka yang menghadapi masalah buah pinggang tidak digalakkan mengamalkan diet ubi keledek atas kandungan oxalate yang agak tinggi.

Enaknya ubi keledek Jepun,  itu alasan mengapa anda harus rajin menikmatinya.

Semoga info ini memberi manfaat kepada anda.

Terima kasih.




Rabu, 8 Mac 2017

Crunchy Flakes Kiddies Version


CRUNCHY FLAKES adalah snek kegemaran anak saudara saya Zara dan Harris 
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Alhamdulillah,  kekal menerima komen positif dan idea dari pelanggan Crunchy Flakes by QK. 

Maka sebagai menghargai setiap komen diberi.  Saya memandang ia dari sudut positif. 

Bagi anda yang pernah mencuba produk Crunchy Flakes by QK Ini dan berpendapat ia agak pedas dan kurang sesuai dengan selera anak anda. 

CRUNCHY FLAKES BY QK  Kiddies Version (versi kanak-kanak) kini diperkenalkan. 

Bagi anda yang menyukai rasa asal Crunchy Flakes by QK,  tidak perlu risau,  Crunchy Flakes by QK original version masih dikekalkan. 

Malah,  memahami ramai antara pelanggan yang menggemari Crunchy Flakes by QK Ini juga dari golongan kanak kanak tentu sahaja anda boleh meneruskan pembelian Crunchy Flakes by QK ini tanpa bimbang perubahan dari segi rasa dan bahan. 

Wajah ceria anak saudara saya menikmati Crunchy Flakes by QK Kiddies Version

Istimewa Crunchy Flakes Kiddies Version Hanya Emping jagung asli dan rempah sahaja digunakan sebagai bahan.

Perubahan bahan-bahan ini khusus untuk selera kanak-kanak yang ada di antara kalangan mereka kurang menggemari kekacang dan agak tidak sesuai menikmati kekacang.

Selain itu produk Crunchy Flakes Kiddies Version Ini juga tidak mengandungi MSG dan Kurang Pedas.

Ini untuk Version Crunchy Flakes yang lebih sihat.

Untuk anda peminat setia Crunchy Flakes by QK original version anda boleh memohon agar tiada penggunaan MSG didalam bahan kandungan juga memohon tiada kandungan kacang parang jika anak anda alergik kacang parang.

Untuk info kandungan MSG didalam Crunchy Flakes by QK Kurang 2% Dari seluruh kandungan bahan.

Malah saya dalam proses mengurangkan lagi kandungan MSG ini.

Seperti biasa jika anda berminat untuk menikmati snek jauh lebih sihat dan enak serta ranggup ini,  anda boleh terus what app nombor di bawah

016 276 2636 


Untuk pertanyaan dan pembelian.

CRUNCHY FLAKES BY QK Juga di buka untuk tempahan sebagai door gift untuk sebarang majlis dan juga hadiah kepada pelanggan anda dalam bentuk hamper dan bakul hadiah eksklusif.

Tunggu apa lagi untuk pilihan snek kanak-kanak yang lebih sihat,   Crunchy Flakes Kiddies Version adalah antara pilihan terbaik tanpa MSG kurang bahan meragukan.

Terima kasih.




Biskut Komersial yang Lebih Enak dan Sihat


Zara anak saudara saya bergambar bersama koleksi biskut lebih sihat
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Kebelakangan ini terdapat pelbagai produk biskut,  cookies dan manisan home made. 

Ramai yang percaya produk home made jauh lebih sihat berbanding produk komersial di luar.

Alangkah indah jika benar produk homemade itu menggunakan bahan-bahan lebih selamat berbanding produk komersial di pasaran. 

Produk biskut Mentega yang lebih sihat 

Seiring  fakta yang ditekankan yang harus dipilih ialah produk makanan yang kurang risiko kesihatan atau dalam kata lain kurang bahan-bahan berisiko yang digunakan. 


Jenama ialah nombor 2, bahan-bahan yang tidak diragui harus diutamakan.  Anda harus faham maksud halal tayyiban sebenar.  Selamat dan halal dimakan. 


Antara bahan kandungan biskut Mentega ini
Selain biskut Tiger dan Jacob yang tanpa kandungan trans fat. 

Dua lagi jenis dan biskut jenama hebat dan lebih selamat kandungan bahan-bahan di dalamnya ialah biskut Mentega. 

Terdapat pelbagai biskut Mentega di pasaran. 

Saya memerhatikan setiap bahan-bahan dalam pelbagai biskut Mentega di pasaran.  

Ramai pengeluar masih menggunakan marjerin dan mengandungi trans fat dalam kandungan bahan produk. 

Hanya ada segelintir biskut Mentega yang agak selamat dan kurang risiko kesihatan untuk di nikmati. 

Saya tidak menjumpai biskut Mentega di mana kandungan Mentega ia lebih 33%.

Maklumlah di Kuantan ia tidak banyak pilihan berbanding di Kuala Lumpur. 

Maka biskut Mentega diatas menjadi pilihan saya. 

Jika anda berada di Kuala Lumpur pilih biskut Mentega yang punya 33% Mentega sebagai bahan kandungan dan pastikan ia tanpa kandungan transfat dan bonus jika tidak pengawet dan pewarna serta perasa tiruan. 


Anak saudara saya Zara 

Antara biskut komersial yang amat saya syorkan selain biskut Gluten free atau tanpa gluten,  biskut popular generasi demi generasi jenama Loacker ialah biskut komersial yang lebih sihat dan kurang kandungan bahan berisiko di dalamnya. 

Coconut oil atau minyak kelapa antara bahan utama
Memerhatikan kandungan bahan dalam biskut wafer terkenal yang pernah diiklankan di televisyen ini ia memaparkan label Non-GMO di dalam iklan.

Malah paling istimewa kandungan bahan utama ialah minyak kelapa atau Coconut oil.

Coconut oil terkenal mengandungi Lauric asid iaitu sejenis asid yang turut dijumpai dalam susu ibu. 

45% kandungan Lauric asid
Kandungan bahan didalam wafer ini jauh lebih kurang risiko berbanding produk komersial lain. 

Tertulis di belakang bungkusan produk wafer ini ia mengandungi 45% Lauric asid dan terdapat cop halal jika anda meragui status halal ia. 

Dijual dengan harga mampu milik. 

Dalam bungkusan mini ke bungkusan lebih besar,  wafer ini jauh lebih berkhasiat berbanding biskut mahal dari negara Eropah lain. 

Terdapat pelbagai perisa wafer yang ditawarkan oleh jenama ini dari hazelnut,  koko juga koko dan susu. 

Semuanya sedap dan enak. 

Malah lebih istimewa wafer ini amat mudah didapati dari 7 eleven,  Watson,  guardian,  pasaraya dan pelbagai tempat lain. 

Semoga artikel ini membantu anda dalam memilih snek dan kudapan lebih sihat. 

Jika anda masih menghadapi proses Topical Steroid Withdrawal anda harus tunggu sembuh sebelum menikmati wafer ini kerana ia mengandungi Gluten dan Gula yang agak tinggi untuk anda. 

Terima kasih. 





Selasa, 7 Mac 2017

Aktiviti bersama Keluarga


Gambar dari instagram Qisya Khadeeja 
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Lama tidak menulis Blog.  Saya agak sibuk dengan aktiviti harian selain baru pulang dari Kuala Lumpur menghantar ibu saya menunaikan umrah.

Ayah saya telah selamat menunaikan umrah akhir tahun lepas dan kini giliran ibu saya pula menjadi tetamu Allah di Mekah Mukaramah itu.


Sepanjang 2-3 bulan ini,  aktiviti saya lebih kepada menikmati makanan pelbagai makanan luar bersama keluarga.  Brownies boleh dikatakan hampir tiap minggu menjadi santapan pemanis mulut untuk keluarga kami termasuk kek coklat.

Seperti biasa jika bercuti di Kuala Lumpur,  Cafe ais krim popular Haagen Dazs dan Dip n Dip antara tempat wajib singgah.

Bukan sahaja berada di Kuantan hanya penuh dengan aktiviti makan makan,  di Kuala Lumpur juga begitu.  3 kotak Brownies di tempah khas oleh keluarga saya dan kami menikmati makanan tengah hari di rumah adik lelaki saya ketika jam asar.

Adik lelaki keempat saya menyediakan menu masakan laut khas lagi sedap ala-ala shell out

Menu air tangan adik lelaki saya

Antara menu yang di masak beliau,  tom Yam sea food bersantan ala Thai,  kerang kicap,  ketam telur masin,  ketam kai Hong,  dan lemon chicken di makan bersama nasi putih.  Sungguh sedap.  Kebanyakan resepi dipelajari oleh beliau dari chef-chef restoran kegemaran beliau yang popular dan eksklusif.

Antara Menu kegemaran ais krim Haagen Dazs 
Seiring dengan diet tunggang langgang yang tidak terjaga.  Usia yang makin meningkat dan metabolisme seiring usia.  Maka saya mendapat teguran dari adik ipar dan beberapa rakan mengenai berat badan saya yang makin bertambah sedikit.

Maklumlah asyik menikmati makanan dan bahagia.

Adik ipar saya menegur berat saya yang nampak naik dan kawan saya menegur muka saya makin melebar 
Aktiviti blogging saya sebagai food Hunter kadang kala menyebabkan saya alpa mengenai diet sihat.  Itu antara pengorbanan menjadi seorang Blogger.

Namun itu bukan alasan untuk saya alpa dan tentu sahaja saya perlu beringat ketika menikmati makanan di luar pada masa akan datang.

Aktiviti yang dirakamkan di dalam instagram Qisya Khadeeja 
Untuk masa ini,  saya mengurangkan penggunaan Makeup termasuk bedak kompak dan Foundation.

Saya masih berkira kira untuk meneruskan detoks kulit wajah sehingga masa yang ditetapkan oleh saya untuk kembali bersolek.

Untuk info anda digalakkan melakukan detoks bukan sahaja pada sistem perkumuhan namun pada kulit tubuh dan kulit wajah.

Ibu saya bergambar di tempat perlepasan

Sebagai anak tentu sekali saya mendoakan ibu saya mendapat umrah yang mabrur.
Segala amalan dan doa beliau diterima dan semoga selamat pergi dan balik.

Saya akan cuba meneruskan hajat di hati untuk kekal menulis artikel berkualiti setiap hari di Blog kesayangan saya ini.

Doakan.

Terima kasih.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...