Khamis, 11 Mei 2017

Diet Tidak Menjadi Lagi


Ada waktu berjaya diet sihat di pagi hari

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Memang benar,  kita hanya merancang tuhan yang menentukan. 

Sudah bagus mengamalkan diet sihat dari pagi,  tiba-tiba diajak keluar menikmati makanan di luar. 

Sedang Kusyuk memikirkan makanan sihat untuk dimakan petang,  tiba-tiba tersedia cekodok pisang panas baru siap digoreng diatas meja. 

Belum kira saudara mara menghantar pelbagai manisan dan kerepek lain. 

Tidak termasuk kerajinan ibu yang sering membuat masakan manis. 

Belum lagi adik ipar yang sekali pulang ke rumah ibu bapa membawa segala buah tangan. 

Makanan yang dihidangkan di depan mata
Kata orang rezeki jangan ditolak. 

Setakat merasa sedikit tidak apa. 

Itu sewajarnya,  namun jika yang dikunyah itu muruku enak,  memang tidak boleh berhenti untuk mengunyah. 

Maka segera otak berfikir bagaimana ingin mengurangkan minyak di dalam tubuh ini. 

Di samping mengsasarkan diet lebih sihat di minggu hadapan. 

Telah berjaya dikawal pagi menikmati masakan rebus seperti pisang nangka rebus. 

Waktu petang tiba-tiba,  goreng pisang nangka panas-panas terhidang. 

Bau pisang nangka yang manis masam menusuk kalbu. 

Untung jika anda berjaya mengelakkan nafsu,  namun jika tidak berjaya,  mau 2 atau 3 keping yang masuk perut. 

Ramai yang bertanya saya bagaimana ingin mengurangkan minyak dan makanan berlemak di dalam tubuh seiring masyarakat Malaysia ini tidak lari dari makanan yang bergoreng. 

Selain cuka epal,  air limau atau air lemon,  benda paling mudah di beli di luar adalah yang dicari. 

Maklumlah sesetengah dari pembaca atau individu itu sendiri kadang kala tidak punya masa dan agak kurang berminat membela kambucha atau cendawan mekah sendiri. 

Hasil melawat kedai singseh atau kedai herba yang terletak bersebelahan kedai organik kegemaran saya (actually kedai organik ini juga menjual herba dan owner yang sama). 

Maka saya menjumpai herba murah yang membantu mengurangkan lemak. 

Herba itu dari tumbuhan popular masyarakat Cina iaitu bunga teratai.

Beberapa kali menikmati bubur nasi di restoran cina di Ms Garden dan Swiss Garden Beach Resort Kuantan,  kebanyakan bubur dan pau ditambah akar teratai dan biji teratai. 

Teratai amat terkenal sebagai tumbuhan yang bagus untuk kesihatan dan awet muda. 

Saya baru sahaja belajar mereneh herba daun teratai dan akar teratai ini semalam.

Maklumlah di bungkusan daun teratai dan biji teratai itu tertulis ia bagus untuk mengurangkan lemak.

Terlalu banyak lemak yang saya makan kebelakangan ini.

Berminggu dan berbulan saya asyik menikmati makanan di luar.

Agak hancur diet sihat yang saya rancangkan dari awal minggu setiap hari.

Mungkin ada antara anda yang agak menyesal apabila diet yang dirancang tidak menjadi.

Tidak perlu rasa menyesal jika anda selamat menikmati makanan.

Selepas ini belajar untuk kurangkan lagi jika anda tidak mampu mengawal nafsu dan keinginan.

Kekesalan anda langsung tidak membantu apa-apa.

Teruskan fokus untuk diet seterusnya yang lebih sihat.

Jika masih perlu makan luar pilih yang paling sihat.

Saya sendiri ada masanya terpaksa menikmati nasi lemak bungkus yang dibeli di luar sebagai makan malam bersama keluarga.

Makan sahaja dan bergembiralah.

Esok masih ada untuk mula berdiet.

Jika gagal juga cuba lagi sehingga berjaya.

Paling mudah paksa kan diri berpuasa.

Jangan untuk kurus tapi untuk kesihatan dan pahala yang didapati. 

Saya akan berkongsi dengan anda Khasiat Daun Teratai dan Akar teratai yang dibeli di kedai herba cina di artikel seterusnya. 

Ini artikel KHASIAT DAUN Teratai untuk anda. 

Terima kasih. 



Rabu, 10 Mei 2017

Ceramide Dalam Original Body Scrub


Original Body Scrub  yang mudah digunakan
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Pernah melalui pengalaman Topical Steroid Withdrawal iaitu pemberhentian krim steroid untuk ekzema dan menghadapi cabaran mengharung ekzema. 

Perkara pertama yang saya pelajari ialah pemberhentian penggunaan sabun dan bahan kimia lain termasuk sabun pencuci pakaian komersial. 

Bagi menghilangkan parut ekzema tentu sekali penggunaan minyak kelapa dara menjadi pilihan disamping campuran minyak aromatherapy tulen 100% Dari jenama yang dipercayai. 

Antara yang membantu dalam menjalani proses mengharungi TSW ialah lulur atau Skrub olahan saya sendiri yang diperbuat dari bahan utama iaitu beras pulut susu. 

Ketika itu saya tidak faham dan tidak tahu apa itu Ceramide. Tidak tahu apa yang menyebabkan kulit semakin pulih ketika menggunakan Original Body Scrub ini.  Saya hanya tahu beras pulut ialah bahan asas lulur yang kerap digunakan oleh masyarakat Melayu purbakala.

Malah,  staff Zai's Beauty Formula juga memberi tunjuk ajar agar saya menggunakan tepung pulut sebagai mandian bertahun dulu.

Hari ini hasil pembacaan baru saya tahu,  beras dan beras pulut punyai khasiat seperti Ceramide,  beras yang direndam lama mahupun bedak sejuk punyai Ceramide,  beras yang melalui proses penapaian mempunyai kojic asid yang popular dalam produk kecantikan susu beras,  beras atau beras pulut juga punyai pitera.

Lebih istimewa saya tidak hanya mengfokuskan satu bahan sahaja dalam menggunakan Original Body Scrub ini.

Ada waktu saya campur dengan hampas kopi tenum yang dinikmati saya,  adakala hampas teh hijau Korea,  kadangkala hampas teh hitam dan ada masa hampas teh bidara atau teh daun belalai gajah.

Maka ia amat sesuai dengan galakan dalam setiap pembacaan artikel dan ajaran Staff Zai's Beauty Formula sendiri bahawa setiap 3 bulan bahan-bahan produk harus di tukar ganti untuk mengoptimumkan khasiat dan formula.

Itu alasan kuat mengapa setiap pengguna Produk Original Body juga digalakkan menukar ganti bahan campuran untuk lulur atau Skrub badan ini.

Sesekali anda boleh mencampur dengan limau nipis,  memakainya dengan air kosong sahaja atau campurkan dengan segala hampas makanan yang boleh di jadikan Skrub dan lulur tubuh anda.

Untuk anda yang ingin mencuba sesuatu yang lebih asli dan sihat dalam menjaga kesihatan dan kecantikan kulit anda boleh menggantikan Skrub komersial anda dengan Original Body Scrub ini.

Hanya WhatsApp ke

016 276 2636 

Untuk pertanyaan dan pembelian produk. 


Terima kasih. 




Selasa, 9 Mei 2017

Tempat Makan Best Di Kuantan Part 44 :- DIM SUM ENAK di THE BLOSSOM Swiss Garden Beach Resort & Spa


Nasi goreng enak
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Pernah menulis artikel mengenai The Blossom Chinese Restaurant yang terletak dalam Hotel Swiss Garden Beach Resort &  Spa Kuantan di link ini  Tempat Makan Best Di Kuantan Part 34 :- The Blossom Chinese Restaurant

Artikel kali ini berkongsi kelazatan makanan Cina terkenal iaitu DIM SUM di THE BLOSSOM Chinese Restaurant Ini. 

Baru menikmati DIM SUM di THE BLOSSOM ini semalam,  DIM SUM di THE BLOSSOM ini setanding rasa DIM SUM di Grand Continental Pahang atau dahulunya dikenali sebagai MS Garden Hotel Kuantan. 

Ini adalah artikel perkongsian terbaru mengenai DIM SUM di MS Garden Hotel atau Grand Continental Pahang baru-baru ini  iaitu di Jade Restaurant Dim Sum ENAK di Jade Restaurant Kuantan


Dim Sum ini campuran seaweeds
Sayang sekali saya tidak menyalin menu yang dipesan oleh kami sekeluarga. 

Maklumlah asyik berlaku pertambahan pesanan di tengah-tengah kami menikmati hidangan. 

Ada menu yang tidak puas makan menyebabkan kami membuat pesanan kali kedua. 

Antara pilihan dim sum

Bubur nasi di THE BLOSSOM ini juga enak,  kami memilih bubur nasi dengan campuran lotus seed. 

Antara Menu hidangan kami 
Oleh kerana setiap menu tiba dalam waktu berasingan maka ada gambar menu yang sempat saya ambil dan ada gambar menu yang terlepas,  maklumlah sambil makan sambil terkenang ingin mengambil gambar untuk diabadikan di Blog. 


Kuew tiaw kantonis
Selain dim sum,  kami turut menikmati masakan panas seperti kuew tiaw kantonis,  nasi goreng dan bihun yang digoreng garing di dalam minyak baru dituangkan kuah atau sos. 

Saya lupa nama menu ini
Rasa dim sum disini di kategori enak dan sedap. 

Saya sukakan pau arang @ charcoal berinti kastam dan pau cendawan berinti kacang hitam. 

Memang enak ingin kacang hitam dan disini sahaja saya menjumpai pau arang ini. 

Saya menikmati menu pau cendawan 2 pinggan seorang diri.  

Pau cendawan inti kacang hitam dan bun arang atau pau arang berkastard 
Harga dim sum disini dalam anggaran RM8-RM12 sepiring. 

Teh cina Jasmine dalam RM16 satu teko. 


Antara Menu hidangan kami yang sempat diambil gambar 
Oleh kerana masing-masing tiba pada waktu berlainan,  tiada gambar keluarga sempat diambil kerana semua sibuk dengan memesan menu dan menikmati menu yang telah siap dihidangkan. 

Antara hidangan kami nikmati
Untuk info hidangan dim sum disini dimasak sendiri oleh Chef The Blossom sendiri bukan frozen atau diambil dari luar.

Hidangan panas juga enak dan sedap.

Harga hidangan panas ini dalam lingkungan RM22 ke RM25.

Satu harga yang munasabah,  untuk plate dan pinggan besar yang boleh dinikmati 2-3 orang. 

Gambar kurang menjadi kerana ingin cepat dan semua tak sabar nak makan
Kami menikmati hidangan di sini pada hari cuti perayaan Hari Hol Negeri Pahang maka dim sum disini dihidangkan dari pagi lagi. 

Menu masakan panas pula dihidangkan bermula jam 11 pagi. 

Gambar keletah Zara
Seperti biasa semua Kusyuk menikmati hidangan.

Jika anda ingin menikmati masakan Cina enak dan dim sum hasil tangan Chef yang segar.

Anda boleh datang ke The Blossom Chinese Restaurant yang terletak dalam Hotel Swiss Garden Beach Resort &  Spa Sungai Karang ini.


Semoga artikel ringkas ini memberi anda inspirasi untuk salah sebuah tempat untuk menyambut hari jadi.

Restoran ini juga sesuai untuk meraikan apa sahaja keraian juga makan besar bersama keluarga.


Terima kasih.


** ini sambungan artikel seterusnya Pizza Tradisi ENAK Di Kuantan




Isnin, 8 Mei 2017

Tempat Makan Best Di Kuantan Part 43 :- KRIM by Kula Cakes , Kuantan


Bahagian hadapan KRIM Kuantan 
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Ini adalah sambungan artikel sebelum ini Tempat Makan Best Di Kuantan Part 42 :- Nasi Lemak Place

Untuk anda yang telah biasa menikmati kek paling popular di Kuantan ketika ini iaitu Kula Cakes,  KRIM ialah cafe ais krim yang paling popular kini di Kuantan di mana ia adalah diilhamkan oleh Kula Cakes. 

Malah jika anda mengikuti instagram KRIM,  tertulis di situ nama istimewa instagram KRIM sebagai KRIM by Kula Cakes. 


Pintu masuk pun berwarna ala ais krim
Jika anda inginkan ais krim enak Home made dan kek serta waffle sedap serta kon ais krim Home made. 

KRIM by Kula Cakes adalah antara pilihan yang boleh anda pertimbangkan. 


Terletak di Jalan Besar,  Kuantan sebaris Kayu Woods. 

Juga sebelum Kula Cakes,  KRIM dibuka seawal jam 12.30 tengah hari sehingga 10 malam dan tidak beroperasi pada hari Khamis. 


Hiasan dinding di KRIM Kuantan 

Di KRIM by Kula Cakes ini terdapat pelbagai pilihan ais krim dari perisa vanila,  coklat kaw kaw,  manggo cheese,  red velvet Dan pelbagai lagi. 

Pilihan kek enak umpama di Kula Cakes juga terdapat disini. 

Maka jika anda peminat kek dan ais krim pasti anda akan sentiasa ke sini. 

Dekorasi ringkas dan menawan
Sesuai dengan cuaca dan musim panas membahang di Kuantan ini,  KRIM By Kula Cakes adalah pilihan tepat untuk anda menyambut hari istimewa atau bergembira bersama keluarga sambil menikmati menu pelbagai dessert disini. 

Disini juga turut dijual Brownies dan ais manis bertingkat yang popular. 

Anda boleh melihat segala gambar menarik DALAM instagram KRIM By Kula Cakes. 


Suasana tenang dan damai
Berikut adalah antara gambar yang sempat saya ambil di sini. 

Kaunter jualan ais krim

Jika anda suka bergambar kafe ini antara kafe menarik

Antara menu disini

Barisan kek,  tart dan cinnamon role yang enak

Semua nampak sedap
Di KRIM by Kula Cakes ini juga turut tersedia menu tart pelbagai jenis dan cinnamon roll yang enak. 

Sayang sekali banyak gambar makanan saya terpadam secara tidak sengaja termasuk gambar makanan lain. 

Ini termasuk gambar pelbagai perisa ais krim yang terdapat disini. 

Maka anda lihat sahajalah instagram KRIM by Kula Cakes sebagai rujukan. 

Maka saya hanya mampu  berkongsi gambar Monkey cake dan red velvet ais krim di bawah sahaja bersama anda. 

Harap anda tetap berpuas hati dan redha.  Hehehe. 


Monkey cake dan red velvet ais krim pilihan saya
Untuk info Monkey Cake yang saya nikmati ini hanya dijual pada hari cuti sahaja. 

Maka datang pada hari cuti jika anda berminat mencuba Monkey Cake ini. 


Monkey cake dan red velvet 
Monkey Cake Ini bagi saya agak manis maklumlah ada campuran pisang dan Mentega Kacang namun anda boleh mencubanya. 

Ais krim red velvet dikategorikan okey. 

Namun saya mendapat Info perisa ais krim Vanilla adalah perisa paling enak di sini. 

Selfie sebelum makan kek- hancur diet
Ini sahaja perkongsian untuk artikel Tempat Makan Best Di Kuantan pada kali ini.

Tunggu apa lagi,  jika anda tidak pernah mencuba ais krim di KRIM By Kula Cakes ini sila cuba.

Sebelum terlupa saya juga pernah mencuba menu cookies dan ais krim manggo cheese cake disini memang terbaik.

Anda patut mencubanya.

Terima kasih.


** ini link sambungan artikel seterusnya

Dim Sum Sedap di THE BLOSSOM Chinese Restaurant



Ahad, 7 Mei 2017

Tempat Makan Best Di Kuantan Part 42 :- Nasi Lemak Place


Nasi Lemak Place yang terkenal di Kuantan 

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Ini adalah sambungan artikel sebelum ini di link di bawah 


Di Kuantan suhu panas terus terasa.  

Cuaca panas membahang tidak menghalang kami menikmati makanan di luar. 

Antara tempat Makan popular dan baru di Kuantan ialah Nasi Lemak Place yang terletak di Jalan Beserah Kuantan berhampiran AmMet Life Kuantan. 

Kami datang lewat dalam pukul 11 Cafe ini mulai kosong

Pernah Viral seketika atas keenakan hidangan disini. 

Nasi lemak disini memang enak sekali. 

Sambalnya dimasak menggunakan lada giling asli dan campuran limpahan ikan bilis yang dikisar halus.  Tidak hairanlah tambahan sambal akan di caj RM1 jumlah yang kecil dibandingkan harga ikan bilis di masa sekarang. 

Suasana yang tenang
Menikmati hidangan di kafe ini dalam suasana yang tenang dan tempat yang cantik membuat anda akan lebih berselera. 

Nasi Lemak Place ini beroperasi dari pagi sehingga malam dalam area 8.30 pagi lagi. 

Terdapat pelbagai hidangan disini selain nasi lemak termasuk Mee rebus,  tauhu bunga,  kuew tiaw goreng dan pelbagai lagi. 


Zara anak saudara saya Kusyuk bergambar 

Hiasan di dinding yang sungguh cantik mengilhamkan Nasi Lemak Place sebagai Dekorasi kedai makan ala warung moden ini menjadi tarikan bagi golongan muda mudi dan kanak-kanak yang suka bergambar selain seronok menikmati makanan. 

Nasi Lemak daging dendeng 

Antara Menu popular disini ialah nasi lemak daging dendeng yang berharga RM6. 50, nasi lemak ayam kampung,  nasi lemak ayam pandan,  nasi lemak Chicken chop dan pelbagai pilihan menu nasi lemak lain. 

Gambar yang sempat diambil
Oleh kerana saya dan Zara mengejar masa kerana banyak program di hari minggu hanya beberapa gambar sahaja yang sempat diambil. 

Anda boleh melawati instagram dan Facebook Nasi Lemak Place untuk segala menu dan harga di warung makan istimewa ini. 

Nasi lemak biasa dari serendah RM2.50 dan bagi saya inilah sambal nasi lemak paling sedap di bandar Kuantan untuk setakat ini mengikut selera saya.
 Ini kerana sambal nasi lemak disini tidak banyak minyak seperti sambal nasi lemak lain.

Maklumlah ketika ini saya makin kurang suka makanan atau sambal yang banyak minyak. 

Menu lain yang turut dijual disini
Di Nasi Lemak Place ini juga turut dijual sambal hitam, tart Nenas juga hidangan lain. 

Nasi lemak di hidangkan sepanjang hari.  Menu masakan panas bermula tengah hari. 

Lukisan kucing yang cantik 
Saya hanya menikmati nasi lemak daging dendeng dan rasa nasi lemak ini memang enak. 

Zara menghabiskan nasi lemak kosong yang dinikmati oleh nya. 

Memang sedap dan wajib cuba jika anda mencari nasi lemak enak dan digemari semua golongan pasti warung nasi lemak itu ialah Nasi Lemak Place. 

Kami sempat bergambar sebelum menikmati hidangan 
Lama tidak berselfie,  maka sebelum makan kami berselfie dahulu berlatar belakang kan lukisan cantik di dinding warung ini. 


Okey Kita selfie dulu
Tunggu apa lagi jika anda berada di Kuantan saya amat syorkan anda ke warung Nasi Lemak Place Ini.

Nasi Lemak Place tidak beroperasi pada Hari Ahad.

Semoga anda berpuas hati dengan artikel ringkas ini.

Terima kasih.


** ini sambungan artikel seterusnya

Tempat Makan Best Di Kuantan Part 43 :- KRIM by Kula Cakes





Tempat Makan Best Di Kuantan Part 41 :- KOKO CAFE


Pemandangan hadapan KOKO

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Ini adalah sambungan artikel sebelum ini Tempat Makan Best Di Kuantan Part 40.

Jika anda mencari kedai kek enak paling sedap di Kuantan,  KOKO adalah pilihan terbaik.

Memang enak segala dessert atau makanan manis disini.

Dari macaron yang sungguh enak dan berperisa,  ais krim Home made yang sedap,  kek yang terasa tulen dan premium akan membuat anda bersetuju kafe ini adalah kedai kek dan dessert pilihan No. 1 paling enak dan sedap di Kuantan. 


Bahagian hadapan setelah masuk pintu ke kafe

Terletak di Jalan Air Putih,  Kuantan berhampiran Tunas Manja Air putih atau berdepan Petronas Air Putih,  Cafe ini adalah kafe kek yang amat eksklusif sekali. 

Di reka bentuk dengan cantik 
Di reka bentuk dengan cantik berlatar belakang warna putih cantik,  kafe ini terlihat cukup eksklusif.  Malah lalu-lalang English berentak jazz turut di pasang di dalam Cafe ini mewujudkan suasana damai romantis. 

Semua dessert adalah home made
Dari kek,  ais krim,  pastries,  macaron,  waffle atau kon ais krim semuanya di buat sendiri,  Home made. 

Hiasan peti ais moden,  gambar dan Dekorasi menawan pasti akan membuat anda gembira dan bahagia berada di kafe ini. 

Peti ais krim dan kon berhampiran tempat pilihan utama

Gambar hiasan di sudut ini

Ais krim Homemade yang enak

Cantik kan

Kon ais krim ini dimasak segar dan memang enak sekali
Berikut antara gambar yang sempat di ambil oleh saya di kafe KOKO ini.

Antara pilihan kek
Sila lihat Dekorasi eksklusif ini.

Jika anda mencari kafe eksklusif untuk sambutan hari istimewa,  perayaan istimewa,  hari jadi,  atau bergembira bersama insan tersayang kafe KOKO amat sesuai menjadi pilihan utama.

Zara Kusyuk melihat saya mengambil gambar 
Sila lihat aksi saya,  kakak saya dan anak saudara saya Irfan,  Ilham dan Zara ketika menikmati makanan di kafe ini.


Zara gembira berada disini

Dekorasi cantik sesuai untuk berbincang dan bergembira 

Dekat belakang tu tandas,  pun cantik 
Dekorasi ala English juga pasti menarik minat kanak-kanak untuk menikmati makanan manis,  kek,  pastri dan ais krim di sini.

Zara gembira dapat makan ais krim

Lihat bunga Zara pegang tu,  cantik kan
Anak saudara saya,  Zara gembira bersuka ria disini.

Bergambar menikmati hidangan bersama Zara
Sebelum menikmati makanan kita bergambar dahulu.


Saya dan Zara sempat berpusing sebelum makan

Dome Chocolate cake yang enak 
Ketika pertama kali ke sini,  saya dan Zara hanya memesan kek coklat Signature di sini iaitu Dome Chocolate cake.  Harganya RM13 dan bersize kecil.

Amat berbeza dengan size kek biasa yang besar seperti kek di kafe lain.

Namun apabila menikmati rasa kek coklat ini amat terasa coklat pekat yang Pure dan amat enak dan sedap sekali.

Malah adik lelaki dan adik perempuan saya juga memberi komen yang sama ketika saya membungkus kek ini di bawa pulang.

Ais krim Home made sini sedap
Ais krim Homemade disini sedap termasuk waffle dan kon ais krim ini. 

Ais krim strawberi terasa strawberi sangat,  namun sayang ketika saya sampai ais krim strawberi ini kehabisan stok,  tidak sampai separuh scoop ais krim dapat saya nikmati. 

Ais krim coklat juga sedap walaupun tidak sesedap ais krim strawberi. 

Ais krim coklat Dome pekat dan enak

Kek coklat Dome yang amat enak dan pekat rasa coklat 

Zara Kusyuk menikmati ais krim

Ais krim Homemade yang sedap dan kek coklat Dome enak
Esoknya sekali lagi saya dan Kakak saya serta anak saudara saya Irfan,  Ilham dan Zara juga kakak saya menikmati dessert dan pastri di sini.

Seharian di Teluk Chempedak tentu sekali menyebabkan kami kelaparan dan inginkan sesuatu yang manis dan menyegarkan tekak.

Maklumlah cuaca yang panas membahang,  di Kuantan berbulan ini menyediakan kami mudah penat dan lapar.

Antara Menu yang kami nikmati semalam ialah raspberry tart yang berharga RM13,  macaroni salted egg dan macaron coklat,  ais krim coklat (ais krim strawberi habis stok lagi)  dan buah-buahan celup coklat.

Raspberry tart dan macaron

Raspberry tart yang enak

Kami memilih 2 pilihan buah, anda boleh pilih 4 pilihan termasuk marshmallow 

Kami memilih 2 jenis buah untuk dimakan bersama sos coklat.  Terdapat 4 pilihan untuk cicahan coklat,  termasuk marshmallows namun kami lebih sukakan kedua-dua buah tersebut. 

Di bawah riak wajah kami yang penat berpanas seharian dan sunburn bermain di tepi pantai dan mengelilingi Teluk Chempedak 


Lapar.. Jari pun dah tak betul nak makan
Mohon abaikan kulit sunburn teruk kami.

Yang pasti sunburn itu seksi.

Maaf,  abaikan sahaja kulit gelap sunburn teruk itu,  tetap nak bergambar 
Irfan dan menu kegemaran 
Di bawah Ini gambar kegembiraan masing-masing.


Zara kegembiraan keluar berjalan
Ilham tetap suka tengok handphone 
Saya memilih menu raspberry tart memang sedap.  Macaron salleh egg caramel saya makan 2 keping pun enak sangat begitu juga macaron coklat tidak terlalu manis lembut dan memang sedap sekali.  Mohon cuba. 

Gambar dari Facebook KOKO 
Untuk info,  kafe KOKO ini juga menawarkan set minum petang berharga Rm75. 

Set 3 tingkat ini berserta satu Tea pot teh TWG.  Sesuai untuk hidangan 2-3 orang. 

Oleh kerana kakak dan anak saudara saya pernah mencuba set ini maka pada hari semalam kami tidak menikmati set minum petang ini.

Ini video yang sempat di ambil saya pada hari pertama ke kafe KOKO ini.




Anda boleh melihat instagram KOKO atau Facebook KOKO untuk senarai menu penuh dan harga yang ditawarkan di kafe ini.


Terima kasih.


*** ini sambungan artikel seterusnya

Tempat Makan Best Di Kuantan Part 42 :- Nasi Lemak Place







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...