Sabtu, 10 Disember 2016

Apa itu SOURDOUGH?



Donut sourdough coklat yang dibeli oleh saya

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Mengenali Sourdough ketika menjalani proses Topical Steroid Withdrawal (TSW) adalah antara ilmu baru mengenai pemakanan yang saya saya pelajari. 

Sourdough atau yis liar melalui penapaian adalah yis yang digunakan oleh masyarakat purbakala zaman dahulu sebelum kehadiran yis komersial yang banyak digunakan di pasaran dan pemakanan zaman moden ini. 

Sourdough ialah ragi masam,  ia terhasil dari Sourdough starter yang di beri 'makan'  dan di 'bela'. 

Anda boleh menghasilkan yis starter sendiri dari Strach atau hampas tertentu sama ada dari gandum,  sayur sayuran atau buah buahan  (ia akan dibincangkan dalam artikel seterusnya). 

Tahukah anda,  dengan pemakanan moden kini,  usus masyarakat moden kebanyakan bermasalah. 

Ada ramai penduduk dunia zaman moden ini mengalami masalah 'gluten intolerance'  atau masalah penguraian gluten terutama mereka yang mengalami masalah usus bocor. 

Sourdough adalah yis liar atau bahan utama dalam penguraian gluten di dalam makanan yang menggunakan bahan tinggi gluten seperti gandum dan bahan-bahan lain. 

Sourdough dipercayai telah digunakan oleh masyarakat Mesir purbakala 4000 tahun dahulu.  Ia digunakan dalam. Pembuatan roti khususnya. 

Di Itali Sourdough dikenali sebagai 'levain'  dalam pembuatan roti. 

Kini seiring zaman Sourdough juga digunakan untuk membuat cookies, biskut,  cucur,  kraken,   roti,  donut dan bun. 

Kini semakin ramai yang mengetahui keistimewaan Sourdough dan membelanya. 

Saya masih belum berkesempatan untuk membela dan belajar menggunakan Sourdough dan lebih selesa membelinya buat masa ini. 

Untuk mereka yang menghadapi masalah usus bocor atau masalah auto imun seperti asma,  eczema,  gout,  arthritis atau masalah penyakit lain yang berkaitan dengan penghadaman anda boleh mencuba resipi Sourdough atau membeli makanan dari Sourdough ini yang kini banyak dijual di kedai organik dan Facebook. 

Insyallah jika punyai masa dan kesempatan saya sendiri akan membela Sourdough dan menghasilkan produk dari Sourdough ini termasuk biskut dan cookies gluten free untuk dipasarkan.

Saya memerlukan masa untuk mengkaji resipi dan cara terbaik untuk membela dan menghasilkan produk yang lebih sihat. 

Doakan. 

Terima kasih. 





Khamis, 8 Disember 2016

12 KHASIAT & KEBAIKAN TEMPE



Sambal tempe enak air tangan saya
Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Bagi peminat tempe.  Ini artikel istimewa untuk anda. 

Tempe adalah dari soya yang ditapai (melalui proses penapaian). 

Ia adalah makanan probiotik yang sihat dan amat bagus untuk kesihatan usus dan mereka yang mengalami masalah usus bocor atau sistem penghadaman yang lemah. 

Untuk anda peminat tempe ini antara khasiat dan kebaikan tempe untuk info anda:-

1. Memperkuatkan usus. 

2. Mencantikkan kulit. 

3. Mengenyangkan dalam waktu yang lama dan bagus untuk mereka yang sedang berdiet. 

4. Tinggi protein. 

5. Kandungan probiotik yang tinggi jika dimakan mentah. 

6.  Tempe mengandungi protein,  vitamin,  zat galian yang tinggi serta anti oksida yang tinggi. 

7. Tempe mentah turut mengandungi enzim dan bakteria baik yang amat bagus untuk kesihatan dan melawan radikal bebas. 

8. Tempe juga mengandungi vitamin B2 dan vitamin B12 serta ni asing yang baik untuk tubuh. 

9.  Tempe kaya zat besi dan baik untuk wanita serta mencegah anemia.  Tempe juga dipercayai boleh mencegah osteoporosis. 

10.  Isofalvon di dalam tempe dipercayai dapat membantu mengurangkan reaksi pembentukan radikal bebas di dalam tubuh. 

11. Phytoestrogen yang terdapat di dalam tempe dipercayai boleh mengurangkan risiko barah payu dara. 

12.  Menikmati tempe juga dipercayai mengurangkan perasaan marah serta hipertensi sekaligus membantu mengurangkan tekanan darah dan mengelakkan perasaan mudah marah kepada individu yang mengamalkan tempe dalam diet seharian. 

Anda digalakkan membeli atau menggunakan tempe yang dijual di dalam daun pisang berbanding tempe yang di bungkus di dalam plastik. 

Adalah satu bonus jika anda dapat membeli atau membuat sendiri tempe dari soya non-gmo untuk mendapatkan sepenuhnya khasiat tempe. 

Tempe digalakkan dimakan mentah atau dibuat kerabu (tidak sesuai untuk mereka yang mengandung) untuk mengekalkan khasiat enzim dan prebiotic di dalam tempe. 

Jika anda menggoreng tempe pastikan menggoreng dalam waktu yang sekejap untuk memastikan khasiat tempe terpelihara ketika dinikmati. 

Ini sahaja perkongsian artikel untuk kali ini. 

Semoga bermanfaat. 

Terima kasih. 


Rabu, 7 Disember 2016

Pilihan Mee Penganti Mee Segera

Antara pilihan perisa yang dijual disini
Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Sebagai individu yang pernah menggemari Mee segera tentu sekali teringin untuk menikmatinya lagi terutama jika anda sering terbau Mee Maggi kari yang sering dimasak oleh anak anak muda pengemarnya.


Kini terdapat pelbagai pilihan Mee yang siap  dan lebih bagus untuk kesihatan selain bihun perang atau Mee kering lain kini terdapat pelbagai Mee berasaskan perisa tumbuhan yang menarik dari segi warna persembahan dan rasa. 



Bahan-bahan yang digunakan di dalam pemprosesan Mee ini juga adalah bahan yang hampir Semulajadi dan organik.  Kurang bahan untuk menjadikannya sedap seperti Mee komersial lain tetapi dengan kepakaran anda memasak,  rasa enak Mee jenis ini tidak kurang hebatnya. 



Saya berpeluang mencuba Mee curly perisa teh hijau yang terasa seperti teh hijau asli. 

Saya menikmati Mee ini bersama sup tomato homemade dan pernah juga menggunakan Mee ini sebagai bahan asas Mee goreng Penganti Mee kuning yang tinggi kandungan kapur atau asid borik.

Harga Mee ini RM7.30 sebungkus dan terdapat 4 keping curly Mee di dalam satu bungkusan. 

Hanya sekeping Mee curly cukup untuk membuat 2 orang kenyang kerana kandungan bahan berkhasiat yang digunakan. 

Mee jenis ini juga sedap dimakan dengan sup dan kari serta pengganti kepada nasi jika anda ingin kan menu lain selain nasi. 

Ia juga boleh mengurangkan kerinduan anda kepada Mee segera atau ramen yang kini viral di media sosial. 

Anda boleh mendapatkan Mee ini di kedai organik atau di pasaran aeon atau tesco serta pasaraya berdekatan anda. 

Country farm adalah antara produk organik jenama popular.  Anda juga boleh mencuba minyak kelapa dara jenama ini yang turut popular. 

Selamat mencuba. 

Terima kasih. 





Selasa, 6 Disember 2016

KOKO @ CACAO ORGANIK YANG ENAK


Kakao jenama DAGOBA yang terkenal dan organik

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Saya pernah menulis artikel :-



di link diatas.

Untuk artikel kali ini saya mempersembahkan salah satu jenama KAKAO atau CACAO organik yang sering disebut-sebut sebagai lebih baik dari COCOA atau KOKO.


di bungkus cantik dari atas kebawah dengan label yang menawan mengingatkan anda kepada  jenama coklat Belgium popular GODIVA

Koko asli jenama ini kebiasaanya boleh dibeli di website beli belah terkemuka iherbs.com yang sentiasa dilayari peminat barangan organik untuk membeli barang import terutama barangan kesihatan.

Untuk anda yang aktif facebook anda boleh membeli dengan beberapa orang pemilik facebook yang menjualnya secara online , borong atau group buy dengan harga mampu milik.

Harga koko ini mengikut nilai USD dan terpulang pada kedudukan matawang negara masing-masing.

rupa serbuk koko ini setelah dibuka

Terdapat pelbagai pendapat mengenai CACAO dan COCOA. 

Ada pendapat mengatakan bahawa cacao ialah koko yang belum diproses dan mempunyai pelbagai khasiat, COCOA pula ialah koko yang telah diproses dan kurang khasiat berbanding CACAO.

Pendapat kedua pula mengatakan COCOA ialah dari buah koko sedangkan CACAO ialah hasilan dari pohon koko. 

Saya berpeluang merasa jenama DAGOBA dari hasilan CACAO ini dan bagi saya rasanya lebih kurang sama rasa serbuk koko Radiant organik malah, serbuk koko RADIANT bagi saya lebih pekat dan sedap. 

Cuma koko jenama DAGOBA ini menang dari segi pembungkusan dan tentu sahaja harga DAGOBA ini jauh lebih mahal berbanding koko jenama RADIANT.

Rasa koko yang berbeza jelas menunjukan bahawa RADIANT dihasilkan dari buah koko dan DAGOBA kemungkinan benar dihasilkan dari pokok koko.

bahagian belakang koko ini
 Koko jenama DAGOBA ini terbukti tanpa glute atau gluten free dan amat sesuai bagi anda yang mengikuti diet tanpa gluten dan sesuai untuk mereka yang menghadapi isu penyakit autoimun.


sesuai dibuat minuman dan untuk masakan

Untuk anda yang ingin mencuba kelainan, dan ingin merasai sendiri rasa CACAO atau KAKAO ini, anda boleh cuba mendapatkan koko jenama DAGOBA ini.


Terima kasih.

14 INFORMASI PENTING MENGENAI AIR REVERSE OSMOSIS (RO)


gambar sekadar hiasan

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang.

Untuk artikel kali ini saya berkongsi dengan anda informasi mengenai air Reverse Osmosis (Osmosis Berbalik) atau singkatannya air RO.

Air RO ini secara ringkasnya ialah air yang menggunakan water filter JENIS berteknologi RO, ia berbeza dengan water filter menggunakan teknik alkali atau sewaktu dengannya.

Berikut antara info dan maklumat yang saya dapati dari sumber google dan blog-blog mengenai air RO.

1. Dikatakan WHO pernah membuat kajian mengenai bahaya RO. Ada link disertakan disesetengah blog tetapi link itu telah dipadam atau dialihkan ketika saya membukanya. Dikatakan laporan tersebut mempunyai 22 muka surat dan tebal.

2. Air RO bukan sahaja air yang menggunakan penapis air berteknologi di Rumah. Malah air RO juga turut dijual dikedai-kedai atau pasaraya. Malah ia juga mudah didapati di kedai RM2. Mesin-mesin air ditepi jalan yang dijual 20 sen seliter air itu juga dikatakan menggunakan teknologi RO.

3. Air RO dikatakan bersifat diuretik , dimana jika anda kerap minum air RO menyebabkan badan kekeringan dan kekurangan lebih banyak air sekaligus menyebabkan dehidrasi dan kulit kering.

4. Air RO dikatakan bersifat asid, sekaligus boleh menjadi punca menyebabkan darah berasid. Memakan makanan yang tinggi asid terutama dalam kadar yang banyak setiap hari akan membahayakan tubuh terutama diet moden masa kini kebanyakan makanan yang dimakan juga berasid. Tubuh yang sihat mestilah neutral balance antara asid dan alkali.

5. Air RO ialah air yang bersih sebersih-bersihnya sehingga mencuci segala bahan asing juga bahan mineral baik yang terdapat dalam air itu sendiri. Sekaligus meletakkan air RO sebagai Air yang tiada zat.

6. Air RO yang ‘kosong’ atau tidak mengandungi mineral mengakibatkan ia tidak stabil sekaligus menyebabkan logam berbahaya mudah masuk ke dalam air sekaligus menyebabkan logam yang bertoksid masuk pula ke tubuh manusia. Atau dengan penerangan paling mudah , Air RO tidak berelektrolit mineral sekaligus ia amat cepat menyerap radikal bebas. Radikal bebas yang terdapat dalam pelbagai makanan terutama makanan zaman moden ini akan diserap masuk kedalam tubuh. Radikal bebas (penyebab terjadinya penyakit dan cepat tua) akan diserap oleh air dan dibawa ke seluruh anggota tubuh ke otak, kaki, badan,usus yang pasti menggunakan air tersebut, andaikan air diserap radikal bebas itu sampai ke otak dan disitu juga air yang menyerap toksid (radikal bebas) itu berfungsi. Tentu banyak kesan sampingan tidak bagus terhadap ‘otak’ manusia itu . Bayangkan bahagian tubuh lain pula.

7.  Air semulajadi yang tidak ditapis mengandungi mineral yang bagus untuk tubuh, tetapi ia ditambah klorin oleh manusia untuk mengelakkan bakteria e-coli. Air yang menggunakan teknologi RO haruslah diminum terus kerana ia tidak mengandungi klorin. Tanpa klorin air itu jika disimpan lama mempunyai risiko bakteria e-coli.

8. Dikatakan sebilangan doktor menyarankan untuk minum air RO untuk pesakit buah pinggang kerana dikatakan air itu lebih mudah diproses oleh pesakit yang mempunyai risiko penyakit buah pinggang. Malah kebanyakan hospital juga menggunakan air ini. Wallahualam.

9. Sistem penapis air RO juga menapis bahan tercemar yang bahaya untuk kesihatan seperti logam berat, raksa, arsenik dan nitrat yang bahaya pada tubuh.

10. Air RO juga jauh lebih murah dari air Mineral yang harganya hampir 2x ganda dipasaraya dan kerai runcit sekaligus sesuai bagi mereka yang kesuntukkan budget.

11. Kesan sampingan yang bahaya untuk tubuh jika kerap menikmati air RO (kerana ia membuang kalsium, magnesium, zat besi, sodium dan lain-lain) ialah ia boleh mengakibatkan masalah perut usus, ketumpatan tulang, masalah lutut ,sendi dan masalah jantung

12.  Untuk mengurangkan risiko air RO ini, digalakkan anda menambah garam mineral himalaya atau garam pink himalayan untuk mengantikan mineral yang telah hilang didalam air RO ini.

13. Air RO dikatakan adalah air terbaik untuk membuat KOPI ENEMA iaitu kopi bagi tujuan detoks yang mula popular beberapa tahun ini.

14. Air RO juga dikatakan melemahkan tubuh badan kerana ia mencuri zat-zat didalam makanan lain dan juga didalam tubuh manusia. Dikatakan bahawa mereka yang sakit tidak sesuai minum air RO dalam tempoh yang lama.


Ini sahaja perkongsian info mengenai air RO untuk anda. Dikatakan air RO tidak digalakkan untuk diminum untuk jangka masa panjang dan harus diselang seli kan dengan air mineral atau air alkali.


Terima kasih.

Jumaat, 25 November 2016

TEMPAT MAKAN BEST DI KUANTAN Part 33 :- RODONG MELETOP


Lempeng Kelapa disini sedap

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Sempena cuti sekolah yang bakal menjelang saya kongsikan dengan anda Tempat Makan Best di Kuantan dan sambungan artikel Tempat Makan Best dari link sebelum ini di sini JAMAN TORY RESEPI.

kedai makan ini sentiasa dikunjungi ramai pelanggan
 Nama kedai makan ini ialah RODONG MELETOP.

Kedai makan Rodong Meletop ini terletak berhampiran tempat cuci kereta atau berhadapan TNB Kuantan. Berhampiran Megamall Kuantan.


pemandangan disini

Kedai makan ini dibuka dari pagi sampai malam. Sebelah malam kedai makan ini turut menyajikan satay sebagai menu yang popular disini.

antara barisan menu dan harga

Terdapat pelbagai jenis masakan pagi disini. Semuanya enak-enak sekali. Dari kuew tiaw goreng, bihun sup, mee kari, nasi kerabu, nasi dagang, lempeng kelapa, kuih muih dan sebagainya.

bahagian jualan roti dan lempeng serta sup dan kari.
Jika anda berada atau bercuti di tengah-tengah bandar Kuantan anda tidak perlu risau lagi kerana tempat makan ini adalah antara tempat makan paling strategik di bandar ini.

Malah jika anda peminat telur kampung disini juga dihidangkan telur kampung separuh masak sebagai antara menu utama. 


antara menu dan harga yang dipaparkan jelas disini.
 Harga menu di sini juga berpatutan , harga bihun sup dan mee kari hanya RM4, Lempeng kelapa RM2.50, Telur ayam kampung sebiji RM1 dan pelbagai menu yang menambat rasa.


air suam atau air masak disini menggunakan mesin filter lebih selamat
 Ketika saya berada disini saya memerhatikan bahawa pekerja dikedai makan ini menggunakan mesin air filter untuk minuman suam atau sejuk yang diminta oleh pelanggan sekaligus baik untuk kesihatan, maka tidak hairanlah jika air suam atau air biasa dicaj.


kuih kering yang turut dijual disini
 Disini juga terdapat pelbagai kuih kering yang turut dijual termasuk madu kampung.

tulang untuk sup tulang

Jika anda teringin sup tulang ketika awal pagi sebagai sarapan juga anda boleh menikmatinya disini.

kuah nasi dagang ikan tongkol
 Nasi dagang ikan aya atau tongkol serta cekodok pisang juga dijual disini.










mee kari, bihun sup dan horlics panas


saya menikmati bihun sup dan mee kari

lempeng kelapa yang enak serta telur kampung
Tunggu apa lagi, jika anda berada di Kuantan, sila cuba menikmati makanan di kedai makan Rodong Meletop ini.


Terima kasih.



Selasa, 22 November 2016

Pengalaman Bermalam Di SWISS GARDEN RESIDENCES KUALA LUMPUR


Dibahagian belakang Swiss Garden Hotel ialah SWISS GARDEN RESIDENCES, Kuala Lumpur
Antara hotel atau residences yang strategik terletak di tengah Bandaraya Kuala Lumpur ialah SWISS GARDEN RESIDENCES, Kuala Lumpur.

Terletak di berhampiran Puduraya dan Berjaya Times Square serta berdekatan stesen STAR LRT sekaligus menyenangkan anda untuk ke KLCC dan kawasan sekitarnya dengan mudah.

seperti hotel lain, kelengkapan mandian disediakan

Untuk perkongsian artikel kali ini saya ingin berkongsi dengan anda pengalaman bermalam di SWISS GARDEN RESIDENCES, Kuala Lumpur.

Gambar-gambar yang saya ambil ini ialah gambar lebih 8 bulan yang lepas dan baru hari ini saya berkesempatan untuk menulis mengenai SWISS GARDEN RESIDENCES, KL.


Swiss Garden Residences Kuala Lumpur terletak berhampiran atau belakang SWISS GARDEN HOTEL Kuala Lumpur.

jalan menuju ke pintu masuk Swiss Garden Residences Kuala Lumpur

Pemandangan sebelum memasuki pintu lobby utama

Pintu Lobby Utama

Tempat mendaftar

antara hiasan disini

antara dekorasi disini
Dibawah ini adalah antara gambar-gambar yang sempat saya rakamkan di lobby dan kawasan sekitar.










Dibawah ini adalah gambar bilik yang saya duduki selama 5 hari 4 malam disini.

katil kelamin

television


sofa

rak kasut dan almari diatas untuk menyimpan stok makanan

tandas

Add caption

pancuran air

meja solek dan makan

Bilik di Swiss Garden Residences ini luas dan besar serta sesuai untuk anda bercuti bersama teman tersayang dan keluarga. Saya paparkan antara gambar yang sempat saya ambil sebelum keluar cuci mata dikawasan sekitar seperti pavillion dan Berjaya Times Square.









pemandangan dari tingkap bilik
Baik saya bawa anda pergi melawat kawasan gym dan kolam renang yang terdapat disini. Kolam renang disini amat cantik dan gym mula betul-betul berhadapan kolam renang. Amat cantik dan menarik sekali suasana disini.


berjalan diatas bongkah kaca yang dikelilingi air dibawah

pemandangan dari bawah ke atas bilik-bilik yang terdapat disini

perjalanan ke kolam renang

tempat permainan kanak-kanak

anak juga boleh melihat bilik-bilik yang terdapat disini dari pandangan bawah ketika berada dikolam renang

saya sempat posing disini

pemandangan yang anda lalui ketika menuju ke kolam renang dan gym

tempat berehat dan mencuci mata sambil menunggu orang tersayang bersuka ria

tempat istirehat

istimewa rekabentuk saluran air atau longkang yang ditutup plastik atau kaca bermutu tinggi dan tahan lasak.

cantik bukan pemandangan sepanjang perjalanan ke kolam renang

kolam renang yang menakjubkan anda boleh melihat segala bangunan tinggi dan mercu tanda Kuala Lumpur disini

gym yang berhadapan kolam renang , sambil bergym anda boleh melihat keluarga anda berenang.

suasana indah dan kolam renang yang cantik dan mewah

cantik bukan

gym dan kawasan sekitarnya

kolam renang yang cantik

gym

antara alatan sukan yang terdapat disini

pemandangan dari dalam gym

ia memang cantik

kanak-kanak berehat
Berikut adalah gambar-gambar dan dekorasi indah disini.

cantik bukan?






















Juga gambar lif serta gambar nombor bilik yang terdapat disini.



pemandangan dari dalam bilik saya


bila nak balik baru ingat nak ambil gambar

Seterusnya gambar-gambar ini diambil ditingkat paling atas.. saya tidak ingat sky apa.. tapi memang cantik kerana anda boleh melihat semua bangunan tinggi dan kecantikan bandar Kuala Lumpur puncak yang tinggi ini.















Untuk anda yang kelaparan ketika pagi dan ingin menjimatkan budget anda. Berhadapan SWISS GARDEN HOTEL (berhubung sebelah Swiss Garden Residences) terdapat kedai mamak yang menyediakan nasi goreng sedap dan masakan yang enak.


Saya sering menikmati sarapan pagi disini. Harga di restoran ini juga berpatutan. Jika anda ingin makanan western anda boleh jalan kaki sahaja ke sekitar pavilion. Di kawasan sepanjang kawasan pejalan kaki menuju ke Pavillion juga terdapat pelbagai kebab arab murah dan sedap yang dijual dalam harga sekitar RM5 ke RM8 sahaja. Malah ais krim turki disepanjang jalan itu juga sungguh sedap sekali.

idli kesukaan saya

Ini sahaja perkongsian dari saya untuk anda.

Terima kasih.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...