Khamis, 14 Julai 2016

DIET DI SINI

Beras rebus basmathi pilihan saya

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Untuk mereka yang sering mengikuti artikel saya dalam label Diet, saya telah menukar pilihan beras perang organik kepada beras rebus basmathi Faeza.

Beras rebus dikatakan lebih tinggi khasiat 11 kali ganda dari beras perang.

Beras perang tinggi dengan nutrien dan khasiat tetapi beras berang mempunyai kandungan phytates yang menyebabkan nutrien dan khasiat beras perang sukar diserap tubuh, kecuali jika anda merendam beras perang itu semalaman sebelum dimasak.

Untuk lebih memudahkan masa dan kerja saya, saya menukar beras pilihan saya kepada beras rebus.

Beras perang membantu anda merasa lebih cepat kenyang dan rasa beras perang yang kurang enak akan membantu anda yang ingin mengurangkan berat badan.

Beras rebus basmathi pilihan saya ini amat sedap sekaligus ia membantu menambah selera makan saya.

Saya memang mencari sesuatu yang boleh menambah selera makan saya., dan beras rebus ini membantu saya.

biskut atau cracker organik dari minyak zaitun

Selain menikmati bisku jacob's , sesekali saya akan membeli biskut organic yang dijual di kedai COSWAY. 

Cosway memang terkenal dengan pelbagai pilihan barangan organik dari bahan makanan dan minuman.

kayu sugi dari pohon zaitun berharga RM3
Saya telah menggunakan kayu sugi hampir setahun dan berhenti menggunakan ubat gigi sensodyne sejak saya melalui proses TSW. Sebelum ini saya menggunakan kayu sugi dalam bungkusan biru dan baru-baru ini saya berjaya membeli kayu sugi dari pohon zaitun. Dikatakan kayu sugi dari pohon zaitun antara kayu sugi terbaik. Ia hanya berharga RM3.


Nugget susu unta arab
Sebagai manusia biasa, saya tidak terlepas dari mengidam makanan manis atau ringan yang lebih sihat. Saya memilih nugget susu unta arab dan pistachio antara bahan makanan ringan untuk saya nikmati sekali sekala. Ia diperbuat dari susu unta segar dan limpahan kacang pistachio.

minuman koko panas dan susu kambing
Pilihan minuman pagi saya masih kekal kopi tenum dan gula perang organik dan jika saya ingin pilihan yang lain saya akan menikmati minuman koko organik panas dan susu kambing serbuk tanpa gula jenama Purenat.

antara pilihan oat cookies 
Sebagai peminat oat dan almond, saya tidak terlepas membeli cookies oat yang lebih sihat yang dijual di Cosway, COOKIES ini diperbuat dari bahan-bahan yang jauh lebih selamat dari oat cookies lain.

gum arabic atau manna

Manna atau gum arabic (gam arab) adalah antara supplement wajib saya. Ia kaya dengan prebiotik dan bagus untuk usus. Saya merendamnya didalam gelas berisi air semalaman sebelum menikmatinya keesokan pagi. Anda digalakkan merendam manna semalaman agar kandungan probiotik terbentuk.

jobs tear barli yang direbus

jobstear barley dari sepanyol
Badan saya yang mudah panas dan mudah mendapat sakit tekak menyebabkan saya tidak selesa dan mudah demam jika saya terus membiarkan keadaan tersebut berlarutan. 

Saya akan merebus jobs tear barli organik untuk membantu menyejukkan badan saya sekaligus mengurangkan sakit tekak dan panas badan.

organic green tea
Jika sebelum ini saya membancuh minuman probiotik saya iaitu kambucha tea menggunakan teh sabah, di sini saya mula membancuh kambucha tea seaya menggunakan organic green tea.

Rasa kambucha tea ini lebih ringan berbanding kambucha tea yang diperbuat dari teh hitam sabah. Tetapi untuk lebih jimat saya syorkan guna sahaja teh sabah.


kopi organik
Jika anda sukar mendapat kopi tenum , anda boleh mencuba kopi organik yang dijual di AEON . Harga kopi ini hanya RM10.50 dan ia amat berbaloi.

Ini sahaja perkongsian dari saya untuk anda untuk kali ini.


Terima kasih.



Selasa, 12 Julai 2016

TSW / EKZEMA :- Tabahlah...

gambar saya berposing ditepi pantai di terik mentari tengah hari

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Saya mendapat banyak email pertanyaan mengenai Ekzema dan Topical Steroid Withdrawal (TSW).

Saya juga membaca banyak mesej-mesej keluhan tidak mendapat sokongan dan kerjasama dari ahli keluarga untuk menukar diet serta bahan-bahan alami sebagai salah satu penyembuhan kepada penyakit auto imun ini.

Ingin saya tegaskan disini penyakit auto imun bukan sahaja Ekzema tetapi termasuk asma, arthritis, resdung, gout, diabetis, migrain dan sebagainya.

Diet yang sihat bukan sahaja perlu dilalui oleh mereka yang memilih untuk mengharungi TOPICAL STREROID WITHDRAWAL , tetapi ia amat digalakkan untuk mereka yang menghadapi masalah asma, resdung , gout , diabetis dan dengan diet dan pemberhentian produk-produk kimia, proses baik pulih akan berlaku didalam dan diluar tubuh yang dinamakan 'healing proses' dimana kemungkinan besar masalah penyakit anda akan lebih kelihatan dan keluarnya penyakit-penyakit lain yang tidak pernah anda tahu. 

Alhamdulillah, saya hanya menghadapi masalah Ekzema setelah nekad untuk melalui proses TSW dan saya bersyukur kerana pertarungan saya tidak seteruk pejuang-pejuang penyakit auto imun yang melalui proses TSW yang lain walau permulaan fasa pertama TSW saya amat teruk dan antara yang paling kritikal didalam group Ekzema Malaysia satu waktu dulu.

Mari saya berkongsi dengan anda , yang masih keliru atau masih dipersimpangan untuk memulakan proses TSW atau tidak, ini antara apa yang saya lalui, dan anda sendiri putuskan untuk melaluinya atau tidak :-

1. Pelaburan wang yang banyak untuk membeli supplement, ini BENAR sekali.

Makanan organik jauh mahal dari makanan biasa dan agak sukar didapati. Makanan asli seperti mentega asli juga berbeza harga dengan mentega campuran lain hampir 2 kali ganda. Biskut gluten free juga hampir 3-4X ganda lebih mahal dari biskut Chipsmore atau Oreo.

2. Pertukaran mendadak diet yang lebih sihat walaupun saya tetap menikmati coklat dan makanan diluar serta kek dan kuih muih kegemaran (tahan liur lihat adik beradik dengan mudah menikmati makanan enak yang berproses dan berbau menyelerakan).

Makanan organik atau makanan asli yang dimasak sendiri di rumah tidak sesedap masakan diluar kerana anda tidak dibenarkan menggunakan ajinomoto. Rasa ayam organik juga tidak sedap seperti ayam kampung. Sosej, nugget, air milo atau air berkarbonat yang lain juga anda kena tinggalkan termasuk coklat Kit Kat. Itu belum kira anda bakal di 'sound' oleh rakan-rakan pejabat , kumpulan anda kerana tidak menikmati makanan bersama-sama mereka dan tertekan dengan pelbagai sindiran ahli keluarga yang lain. 

Terima hakikat, untuk sementara waktu (6 bulan Pertama), 98% makanan harian anda adalah tidak sedap sama sekali, masa anda untuk perlu di luangkan bagi menyediakan masakan. Bersiap sedia menikmati menu hidangan seorang diri dan menghabiskan makanan yang rasa sepertia 'tiada apa-apa' itu.


3. Bau busuk minyak kelapa atau minyak zaitun diseluruh tubuh (sebelum saya mengenali minyak pati Young Living dan menambah Lavender EO didalam campuran minyak kelapa dara). Mohon lupakan deodorant dan pewangi tubuh anda untuk jangka masa lama. Bau baju pun tidak wangi seperti selalu 

Ketika saya melalui TSW perkara pertama yang saya wajib lupakan untuk seketika (6-12 bulan), ialah perfume kesayangan saya atau pewangi samaada semburan badan, pencuci baju, pewangi dan pelembut pakaian, pewangi kereta dan segala pewangi.

Anda perlu melumur tubuh anda dengan sesuatu yang melembabkan. Bukan losyen tetapi minyak atau mungkin juga bedak atau gel herba tanpa bahan kimia 100%. Bersiap sedia untuk tubuh anda berbau minyak atau herba jika anda memilih herba. Sungguh tidak enak baunya sehingga melekat di baju dan tudung anda. 

Saya hanya menggunakan minyak kelapa dara di tubuh saya dan bau itu melekat di semua baju-baju saya sehingga saya terpaksa membuang baju-baju tersebut kerana tidak tahan bau minyak yang melekat di baju-baju saya.

Jika anda punyai lebihan budget anda boleh membeli minyak pati asli atau Pure Essential Oil  (EO) Young Living , Lavender oil sebagai tambahan dalam minyak sapuan Ekzema anda untuk mengurangkan bau minyak yang tidak enak.

Saya agak lambat mengenali EO ini,  Ketika TSW @ ekzema saya pulih 90% baru saya mengenali minyak ini dan ketika itu semua pakaian saya yang digunakan ketika mengidap ekzema sudah dibaluti bau minyak kelapa dara dan tidak dapat ditanggalkan kerana saya membasuh pakaian menggunakan baking soda dan cuka putih sahaja dan kadang kala buah lerak sebagai pencuci pakaian.

Harus diingatkan sekali lagi, untuk Fasa pertama TSW, anda perlu berkorban segala-galanya untuk penyembuhan termasuk menghentikan dahulu penggunaan sabun-sabun komersil termasuk sabun organik kecuali jika anda sudah mula sembuh banyak 80% dan keatas, anda boleh mula menggunakan pencuci organik.

Nasihat saya ketika proses ini, guna sahaja baju biasa yang murah dan selesa dipakai, kerana kemungkinan anda membuang baju tersebut adalah tinggi.


5. Tengok sahaja adik beradik dan ahli keluarga yang lain minum air sedap-sedap makan sedap-sedap ketika sama-sama menikmati makanan diluar. Mental anda kena kuat & pengorbanan anda memang amat diperlukan

Terima hakikat, ketika proses TSW, anda terpaksa berhenti makan diluar atau hanya menikmati makanan yang kurang dari segi cara penyediaan.

Ketika proses TSW, saya tidak dapat mengelakkan dari menikmati makanan diluar, tentu sekali pilihan paling mudah ialah nasi putih dan lauk pauk yang berunsur sayur-sayuran masak lemak dan bersantan.

Tidak perlu risau, santan adalah antara bahan terbaik untuk diet ekzema dan ia sebenarnya lansung tidak mengakibatkan berat badan naik atau kolesterol. Santan amat bagus untuk kesihatan tubuh badan dan menguatkan tubuh. 

Saat melalui TSW, santan adalah menu paling mudah untuk anda nikmati diluar, dan jika masih sukar pilih sahaja makanan berasaskan lamb. Mohon jauhkan dari makanan bergoreng kerana makanan diluar digoreng menggunakan minyak yang sama sekaligus menyebabkan kehadiran toksid.

Pilih makanan berkukus dan kuih berkukus atau rebus yang diperbuat dari tepung pulut atau tepung beras bukan tepung gandum. Pilihan saya tentu sekali buah melaka, bingka ubi kayu, asam gumpal, pulut panggang dan kuih tidak bergoreng lain.

6. Sindiran dan tiada sokongan orang sekeliling.

Terima hakikat, bukan mudah menjadi 'mainstream'.

Bau cuka epal anda memang masam dan agak busuk tidak wangi seperti bahan produk kecantikan lain.

Ahli keluarga anda dan rakan anda tentu tidak suka tentang bau ini.

Bau minyak kelapa dara juga sama. Rasa masakan anda tanpa MSG juga sungguh berbeza dengan masakan yang kaya dengan segala bahan tambahan seperti sosej, keju dan sebagainya.

Jangan risau, nasi goreng bashmathi vegetarian anda amat sedap, jangan lupa tumbuk bawang putih dan bawang besar, cili api dan serai menggunakan lesung batu.

Ia jauh menyelerakan dari masakan diluar yang lain. Jangan lupa wajib tambah daun limau purut dan daun pandan untuk bau yang lebih menyelerakan dan rasa yang jauh lebih sedap.

Anda terpaksa redha untuk sementara waktu menikmati bawang putih mentah bersama nasi putih panas anda , atau mungkin nasi goreng anda.

Saya hanya mengamal bawang putih mentah tidak sampai 3 bulan sahaja, mohon jangan tertekan, diet Ekzema tak seteruk anda bayangkan.


7. Rasa rendah diri dan seorang diri

Hidup memang seorang diri. 

Mungkin selama ini anda bahagia memakai perfume semerbak seperti saya dahulu yang amat cintakan bau perfume popular yang wangi.

Tetapi percayalah, seiring dengan proses TSW, badan dan tubuh anda lebih kuat.

Kulit tubuh anda jauh lebih cantik dari sebelumnya.

Saya peminat kasut tinggi selalu merasakan urat dikaki saya timbul kerana memakai kasut tinggi, 

Selepas TSW, urat di kaki saya hilang sendiri dan baru saya tahu ia disebabkan steroid.

Kulit ditubuh saya jauh lebih cantik dari sebelum terkena Ekzema dan TSW.

Sungguh mengembirakan melihat setiap perubahan kulit disetiap anggota tubuh badan saya walau pun bahagian tersebut tidak terkena ekzema.

Selepas sembuh anda boleh kembali bersuka ria bersama sahabat-sahabat anda dan mulai hidup baru yang lebih indah.

Kekal berhati keras dan tabahlah, biar apa orang cakap, mohon jangan peduli, yang penting anda tahu apa anda mahukan dan yang terbaik untuk tubuh dan sakit anda itu sendiri.


8. STRESS, STRESS.. STRESS

Saya paling stress dengan hidup ketika melalui TSW.

Tidak cukup tidur. Kulit yang dahulu putih melepak bertukar hitam.

Air muka berkerut seperti orang tua.

Tengah malam saya ingin tidur tetapi tidak dapat tidur kerana menggaru. Saya menangis kerana takut parut saya tidak akan hilang kerana terlalu teruk dan saya berusia 35 hampir 36 tahun ketika itu. 

Saya merasa seram jika parut itu kekal ditubuh saya dan saya merasa amat takut jika ekzema itu melarat hingga saya tua.

Saya tension yang amat sangat. Sudahlah saya pengemar makanan yang sedap. Dirumah saya kakak saya, ibu saya , kawan-kawan saya semua ingin belanja saya makanan sedap. Adik beradik saya sering membeli makanan sedap. Peti ais saya penuh makanan frozen yang sedap dan saya hanya mampu melihatnya dan hanya menikmati makanan yang ntah rasa apa-apa. 

Jika diimbas betapa tension dan stressnya saya di fasa TSW dahulu sehingga saya sumpah tidak ingin kenang lagi.

Saya lupakan makeup, lupakan pelbagai benda yang saya suka...

tetapi kini saya sungguh rasa ia amat berbaloi.

TEKAK SAYA agak sukar menikmati makanan manis yang mengarut.

Saya lansung tidak terliur ke air MILO atau air famous lagi.

Saya kembali ke Kuantan untuk AIDILFITRI 2016 dengan kulit licin licau tanpa parut malah parut lama dulu-dulu juga hilang.

Kaki saya tiada urat yang timbul, seperti zaman saya belum terkena ekzema lagi.

Kulit tubuh saya jauh lebih cantik dan halus.

Saya ditanya adik lelaki saya seorang doktor tentang perubahan ketara kulit saya yang dahulu amat teruk , apa yang saya gunakan.

Saya hanya beritahu apa saya gunakan dan apa saya hentikan.

Saya bukan sahaja ditanya seorang dua yang terkejut dengan perubahan kulit saya.

Sungguh, jika kulit anda tinggi anti oksidan, insyaallah walau seteruk mana Ekzema atau luka anda ia akan sembuh sendiri dengan izin Allah.

Tiada kusangka memang benar bacaan dan kata-kata orang sebelum ini, bila anda guna bahan asli kulit itu akan jadi cantik dari sebelumnya lagi.

Saya sudah melaluinya dan saya bersyukur.

Untuk anda yang pernah menghantar email kepada saya dan akan menghantar lagi email-email seterusnya kerana blog ini adalah antara yang teratas mengenai Ekzema digoogle, saya mohon anda baca dan cuba mengerti apa yang saya sampaikan.

Sia-sia jika anda berjuang separuh jalan. Jika anda sudah putuskan untuk hentikan steroid, mohon hentikan terus, tak perlu dengar cakap-cakap mereka yang tidak pernah memahami apa yang anda baca dan apa yang anda lalui.

Setelah sembuh, jangan terlalu tertekan. Social life mesti diteruskan. Teruskan bersosial tetapi berpada-pada. Tidak perlu menikmati makanan tidak sihat yang tidak sesuai dengan diet anda lebih dari 3 hari berturut-turut. Lakukan detoks selalu.

Saya antara mereka yang teruk dikecam di group facebook Ekzema dan antara mereka yang menghadapi Ekzema yang teruk, alhamdulillah sembuh dan jauh lebih sihat dan kulit lebih cantik dari sebelumnya.

Jika diusia begini saya boleh berjaya apalagi jika anda lebih muda dari saya.

Semoga artikel ini memberi anda motivasi dan ketabahan.

Salam perjuangan dari saya.

Terima kasih.





BLOGGER :- JALAN TERUS


walau apa terjadi.. JALAN TERUS
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Bermula semalam 11 Julai 2016 ,  tagline blog ini bertukar untuk kali ketiga.

Diperkenalkan dengan tagline 'Journey Of Fear & Joy' untuk pertama kali pada 2hb Febuari 2013,

kemudian ditukar kepada tagline baru 'Walk In My Stilettos' ,

Kini blog yang berwajah baru ini menggunaan tagline yang lebih sesuai untuk pembaca lelaki dan wanita iaitu 

'KEEP WALKING '


Saya sering membaca wall facebook Puan Ainon Mohd pemilik rangkaian ABS yang semakin meningkat naik.

Di setiap posting beliau, beliau sering menekankan ayat ' JALAN TERUS'.

Apa sahaja yang anda lakukan hari ini, suka atau tidak jika anda telah melakukannya 'JALAN TERUS'.

Tidak perlu pandang belakang pada perkara lepas-lepas.

Menulis blog walau pada asalnya sekadar saja-saja, akhirnya saya teruskan juga sehingga kehari ini.

Sesungguhnya benar kata pujangga. .lebih baik terus berjalan perlahan dari terus berhenti dan mengalah.

Dengan tagline terbaru blog ini, saya akan lebih mengabadikan pelbagai info dan pengalaman hidup dengan anda pembaca setia blog saya ini juga mereka yang menjadikan blog saya ini sebagai antara motivasi mengharung Ekzema atau TSW juga sebagai tempat tambahan ilmu tentang pemakanan dan kesihatan.

Jutaan terima kasih kepada semua pembaca, saya akan cuba berusaha untuk terus berkongsi info dan lebih maklumat tentang diet dan kesihatan serta bahan semulajadi untuk anda selepas ini. Insyaallah.

Jutaan terima kasih atas segala sokongan.

Terima kasih.


BUKU :- RASULLAH SEORANG DOKTOR


Antara buku baru pilihan saya
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang,

 Artikel kali ini adalah artikel istimewa untuk saya kongsikan dengan anda, iaitu perkongsian antara buku yang menjadi bacaan saya.

Saya selalu percaya , buku adalah antara senjata paling penting untuk menambah ilmu selain pengalaman dan pengajaran hidup.

Blog atau facebook tidak cukup untuk menjadi medan kita menambah ilmu, malah ada antara info didalam blog atau facebook 'tergantung' dan memerlukan lebih pengalaman dan ilmu yang mendalam/

Ilmu kesihatan bukan semudah yang dikongsi difacebook dan blog berdasarkan pengalaman individu yang tentu sekali mempunyai jenis tubuh, darah dan kondisi berlainan.

antara penerangan ringkas betapa setiap individu mempunyai jenis tubuh berbeza
Didalam setiap artikel saya sering menekankan setiap tubuh individu itu berbeza, baik dari segi darah, penerimaan , cara hidup dan sebagainya.

Jangan pelik jika anda berjumpa individu yang alergik madu walau madu asli , mahupun alergik habbatus sauda @ habatus sawda, jika disapu dikulit atau dimakan.

Saya berjumpa beberapa orang yang tidak boleh berubat dengan menikmati terus habatus sauda tetapi boleh menikmati habatus sauda didalam makanan.

Malah ada individu tidak boleh menikmati madu secara terus tetapi perlu diminum bersama air dingin.

Saya sendiri antara individu yang tidak begitu sesuai menikmati minyak zaitun atau makanan jenis minyak terus kedalam tubuh tetapi perlu ditambah didalam minuman atau makanan lain. Ini termasuk minyak habatus sauda.

khasiat makanan tunggal

Buku ini juga menjelaskan khasiat makanan tunggal dan jenis-jenis makanan. Jenis gandum yang dibuat bubur ketika demam dan jenis labu sebenar yang dinikmati Rasullah SAW.

Anda akan tahu bahagian kurma mana bersifat dingin atau kering. Dan betapa kurma juga punyai banyak jenis dan khasiat berbeza dari segi kurma muda, kurma basah atau kurma kering.

maklumat penting yang lain

Terdapat penjelasan yang lebih mendalam mengenai segala jenis makanan dan khasiat setiap bahagian yang ditulis secara terperinci didalam buku ini.

Saya agak sukar memahami ayat yang ditulis didalam buku ini kerana penggunaan bahasa indonesia yang agak kuat dan saya tidak begitu arif dengan penggunaan bahasa ini, tetapi buku ini tetap memberi saya ilmu yang saya tidak ketahui sebelum ini.

Banyak perkara yang anda akan pelajari dengan membaca buku ini. Saya sendiri sebagai blogger ada masa-masanya tidak sempat menulis kesemua ilmu yang baru saya pelajari sama ada dari pengalaman atau pembacaan saya walau saya sentiasa berazam untuk berkongsi semua sekali di blog ini.

Jika anda punya kesempatan dan budget, mungkin buku ini boleh ditambah didalam carta buku pembelian anda dimasa akan datang. Harga buku ini dalam RM20 lebih sahaja dan ia berbaloi sebagai simpanan dirumah dan rujukan peribadi anda.

Semoga artikel ringkas ini memberi info berguna untuk anda.

Terima kasih.


Turkish delight

sampai sahaja, terus saya buka bungkusan pos laju

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Saya selamat menerima Turkish Delight, manisan traditional asli dari Turki semalam, kiriman sepupu saya Ishak yang ketika ini menetap dan bekerja di Turki.

Turkish Delight kualiti premium ini dibuat dari madu asli tanpa tambahan gula dan campuran buah-buahan dan kekacang yang sungguh enak dan berkhasiat.

Tentu sekali pilihan utama saya adalah buah delima dan kacang pistachio.

Sungguh enak rasa turkish delight ini. liut-liut kenyal, masam manis dan paling penting ia desert @ manisan yang sungguh sihat. 


antara pilihan perasa @ flavour yang saya nikmati


Manisan ini habis tidak sampai 3 jam ia berada di tangan saya.

Jika anda peminat buah-buahan dan inginkan manisan yang agak manis (sebenarnya tak manis sangat pun) tetapi sungguh sedap dan enak, anda boleh mencuba manisan ini.

Manisan ini hanya dibuat promosi 3 bulan sekali sempena kepulangan Ishak ke Malaysia setiap 3 bulan sekali. 

Berbeza Turkish delight jenama lain,  Turkish delight atau lokum yang dikirim beli oleh Ishak menggunakan madu asli tanpa tambahan gula.  (saya tidak pasti apakah ia jenama di atas atau kotak sahaja yang digunakan oleh beliau untuk diposkan kepada saya disini). 

Saya amat mengesyorkan menikmati lokum atau Turkish delight ini atas bahan-bahan seperti buah segar dan madu yang tentunya amat baik untuk kesihatan. 

Anda boleh Whatapps ke 016 276 2636 untuk membuat tempahan Turkey Delight ini.

Saya akan mengingatkan anda apabila bayaran untuk tempahan perlu di depositkan ke akaun Ishak.

Terima kasih.




Sabtu, 9 Julai 2016

Tempat Makan Best Di KL Part 11 :- Cendol Wahab's


Cendol durian dan nangka, Cendol durian dan Jagung dan Ais Batu Campur
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang.

Lama saya tidak menulis artikel tempat makan best dan menarik di Kuala Lumpur. Ini adalah artikel terbaru sambungan artikel sebelum ini di link ini Tempat Makan Best di KL Part 10

Cendol Wahab yang popular di Sri Rampai  dan Wangsa Maju

Jika anda peminat cendol atau ais batu campur dan mencari-cari manisan ini ketika di Kuala Lumpur untuk membasahkan tekak di musim panas ini, anda boleh memilih Wahab's Cendol ini sebagai tempat persinggahan membasahkan tekak anda sekeluarga atau , teman atau orang tersayang.


pemandangan hadapan



Terletak di Sri Rampai atau berhampiran Wangsa maju , Cendol Wahab's ini dibuka hingga waktu malam dan menghidangkan pelbagai pilihan menu cendol dan ais batu campur serta makanan ringan sampingan lain.

antara pilihan menu disini
disini turut dijual rojak, masakan goreng, mee rebus dan sebagainya
tempat penyediaan pelbagai makanan 
pemandangan luar


Di dalam restoran ini juga turut terpapar sebuah lukisan panjang , yang mengambarkan bagaimana Wahab's Cendol ini bermula.

lukisan panjang yang menceritkan kisah sejarah Cendol Wahab's yang unik


Ramadhan baru-baru ini , saya dan sahabat  saya Rima dan sepupu beliau berkesempatan menikmati Cendol ini selepas berbuka puasa di Kampung Baru.
cendol pilihan kami bertiga
Rasa cendol disini boleh tahan dan paling penting disini anda mempunyai pelbagai pilihan buah campuran dan bahan perisa lain yang boleh ditambah ke dalam cendol selain menu pilihan lain.

sempat bergambar sebelum menikmati cendol

Semoga artikel ini membantu anda yang masih mencari-cari tempat untuk menikmati cendol atau ais kacang kegemaran terutama diwaktu malam.


Terima kasih.

**** INGINKAN SESUATU YANG LEBIH SIHAT UNTUK KUDAP-KUDAP?

*** MUAK MENIKMATI MAKANAN MANIS DAN TINGGI GULA?

*** PEMINAT KACANG DAN EMPING JAGUNG?

*** RASA KARI KAW! YANG SUNGGUH SEDAP.. 

CRUNCHY FLAKES BY QK di perbuat dari emping jagung asli, dilimpahi pelbagai kacang enak dan diliputi rempah kari Kaw! yang sungguh sedap.

Order sekarang hanya RM12 sebalang.


Crunchy Flakes By QK hanya RM12 sebalang

limpahan emping jagung, kekacang enak, dan rempah kari kaw yang sungguh sedap dan enak

CRUNCY FLAKES .. buatan saya... berminat email ke qisyakhadeeja@gmail.com... tqvm





Jumaat, 8 Julai 2016

Happily Ever After ...


bergambar bersama novel 'HAPPILY EVER AFTER'

Siapa di dunia tidak ingin kisah cinta indah , seindah motto kisah cinta DISNEY ,
' Happily Ever After'.

Saya mengidamkanNYA semenjak kecil lagi..
setiap kali melihat kaca television memaparkan kisah 'Cinderella', 'Snow White' , 'Rapunzel' dan pelbagai cerita fairy tales lagi termasuk kisah Peter Pan , kanak-kanak yang tidak mahu membesar. Dan sejujurnya saya terpaku pada kisah Peter Pan itu dan berharap supaya saya tidak terus membesar...

Bercinta, kisah cinta, kisah yang dikongsikan tentu tidak sama dengan apa yang anda rasa.

Derita, sengsara atau bahagia tentu sekali tidak ramai yang sudi dengar, apatah lagi jika hati anda sendiri yang merasa sengsaranya.

Mana mungkin ada insan yang ingin terus kecewa mengingati kisah cinta lampau. Dan tentu sekali setiap insan akhirnya akan 'move-on' jauh dari kisah cinta lampau yang sedih itu.. TETAPI .. ia MEMAKAN MASA...

Setelah dewasa dan bercinta, baru saya akui rupa-rupanya ada chapter-chapter dan episod-episod dalam novel dan drama serta filem betul-betul terjadi dialam realiti.

Bercinta, berpisah, jatuh cinta dengan mereka yang tidak pernah berjumpa hanya mendengar suara dicorong telefon,
Jatuh cinta dengan insan yang pertama kali anda jumpa & anda tidak akan percaya dialah yang akan anda cintai dengan begitu mendalam, .,
Berjumpa dan anda lansung tidak berminat dengan sidia , bersahabat dan akhirnya sidia yang menjadi cinta paling dalam...
mencintai dalam diam ... bercinta dan bermusuhan,, tapi tetap saling menyayangi.. cinta dari jauh dan cinta egois yang tidak pernah kenal ayat memohon kemaafan...
Malah cinta kejam hanya kerana anda tidak berjaya memiliki cinta insan yang anda cintai dengan mendalam kerana kecewa yang amat DASYAT..

Itu belum kira, anda akan berjumpa mereka yang terus tidak percaya cinta, yang lansung tiada rasa cinta.. dan ketika itu anda pelik.. kenapa DIA menjeruk rasa.. mensia-siakan peluang yang ada...

Belum kira jika itu yang anda rasa...

Dan belum dikira sehingga anda masih berharapkan sidia yang mungkin telah masuk seabad berpisah dan memulakan hidup baru tanpa anda...

Kenapa kisah Disney zaman kanak-kanak tidak pernah menghidangkan kisah cinta curang, dikhianati, &  materialistik?..

Kenapa mesti ia dihidangkan ketika kita dewasa dalam setiap novel dan drama..

Kita diajar yang indah-indah ketika kecil, dan ketika remaja kita diajar tentang keseronokan cinta dan putus cinta..

Dan apabila kita dewasa, kita diajar sakitnya putus cinta, sakitnya disakiti orang dicintai, sakitnya berjanji tetapi dikhianati, sakitnya apabila 'pelamin anganku musnah'.

Dan bila kita terus dewasa... menuju jauh ke usia matang.. baru kita sedar, cinta itu bukan hanya atas dasar kasih sayang.. tetapi diikuti pelbagai perkara penting lain dalam hidup.

Mana mungkin hanya cinta mampu memberi kita makan dan mampu hidup..

Dan ketika kita terus dewasa.. baru kita tahu, yang paling menyakitkan bukan cinta..tapi kesunyian itu, walau mungkin kita telah punyai keluarga  dan anak-anak sendiri...

Saya masih mengharapkan 'fairy tales' berlaku..

atau sekurang-kurangnya cerpen cinta  kegemaran dizaman remaja saya dahulu terjadi dalam hidup ini..

Dan tentu sekali menonton drama dan filem cinta yang bermula bukan dari sekadar apa-apa, pertelingkahan yang hebat, perpisahan yang bertahun dan akhirnya bertemu dan kembali bersama dengan perasaan cinta yang mendalam terjadi dalam hidup saya.


Tetapi, sebagai manusia , kita hanya mampu berharap. Dan saya percaya Allah telah menyediakan kisah cinta HEBAT.. yang jauh dari apa yang saya harapkan, dan saya percaya segala CINTA yang saya dapat hari ini adalah cinta yang bukan semua insan miliki.

Untuk insan yang pernah aku cintai, pernah mencintaiku.. atau terus mencintai aku.. Selamat Hari Raya untuk kamu... dan ku mohon MAAF ZAHIR & BATIN..

Terima kasih.





Chicken Soup for the Soul - Berfikir Positif


Bergambar bersama buku milik saya CHICKEN SOUP FOR THE SOUL - Berfikir Positif
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang.

Telah lama saya tidak membeli buku, kerana sejujurnya saya lebih kerap membaca info-info di blog atau di facebook.

Tetapi saya akui, bukulah tempat rujukan paling tepat dan penuh maklumat. Saya bersyukur kerana saya diberi peluang berkongsi rezeki baucer buku dari sahabat saya Ika, dan saya memilih buku ini kerana kerap melihat ia dibaca oleh ramai orang semenjak zaman remaja saya lagi.


terima kasih Ika untuk buku menarik ini, tidak sia-sia pilihan saya untuk buku ini

Istimewa tentang buku dalam rangkaian CHICKEN SOUP FOR THE SOUL yang amat popular dan laris diseluruh dunia dan kini dicetak didalam Bahasa Melayu oleh PTS Group, pilihan saya ini , buku ini menceritakan pelbagai kisah motivasi dari insan-insan yang pernah jatuh dan tewas serta mereka yang pernah diserang penyakit serta kehilangan orang tersayang.

sambil menunggu waktu berbuka puasa, sambil berkongsi cerita buku menarik ini

Setiap kisah didalam buku ini ditulis ringkas dan menusuk hati. Sungguh tidak sia-sia saya memilih buku ini sebagai hadiah dari Ika untuk saya.

Pelbagai perkara yang saya belajar dari kisah dari buku ini tentang hidup, tentang mengharungi pahit getir, tentang jatuh bangun, tentang mereka yang jatuh sakit dan sembuh serta tentang mereka yang kehilangan orang tersayang dan tentang mereka yang terus bangun dari jatuh dan menjadi popular.

Saya kongsikan buku ini dengan anda yang mencari sebuah kisah motivasi bagi mengharung penyakit yang sedang anda harungi termasuk bagi mereka yang mencari motivasi bagi mengharung TOPICAL STEROID WITHDRAWAL (TSW) / EKZEMA agar ia menambah semangat dan kecekalan anda dalam mengharung apa yang telah anda putuskan dari awal anda mengambil keputusan menghentikan penggunaan krim steroid atau bahan steroid lain.

memang seronok berbuka puasa di Padang di hadapan Dataran Pahlawan ini bersama Ika( kiri) dan Shida (kanan).

Alhamdulillah , kini saya makin pulih dalam mengharung proses TSW ini yang saya kira hampir 95% pulih , dan apa yang saya pelajari saya semakin kurang memasukkan benda-benda 'asing' kedalam tubuh saya walau tentu amat sukar untuk mengelakkannya sama sekali.

Untuk anda yang menghantar email kepada saya berkenaan masalah ekzema dan memerlukan motivasi, ini adalah antara buku wajib anda baca. Saya pasti anda akan berterima kasih kepada penulisnya yang sanggup menterjemah ke dalam bahasa melayu sekaligus membuatkan harga buku ini lebih mampu milik. 

Saya mendapatkan buku ini di kedai buku POPULAR dan harganya dalam RM20 lebih sahaja. Sila dapatkan buku ini sebelum ia kehabisan stok.

Terima kasih.


Salam Aidilfitri 2016


siap sahaja bermakeup terus ambil gambar disinari cahaya matahari memancar

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang.

Disini saya mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir dan Batin kepada semua.

Jika anda sahabat atau saudara mara saya, mohon halalkan segala makan minum saya.

walau cuaca panas terik dan makeup mula mencair tetap tersenyum bergamabar di hari Raya Pertama

Menyambut hari raya Aidilfitri bersama keluarga saya di Kuantan, Pahang, keluarga saya mengambil tema warna biru turquise pada tahun ini seabgai tema baju raya satu keluarga kami.

Jangan pelik melihat kenapa saya memakai baju biru gelap atau royal blue, ini kerana saya tidak membeli baju raya tahun ini dan hanya memakai baju raya tahun lepas yang tidak sempat dipakai pada raya Aidilfitri sebelumnya. Ia, terlalu banyak koleksi baju raya yang belum sempat saya pakai dan jahit walau telah bertahun-tahun dibeli. Lebih-lebih lagi saya kebiasaannya hanya memakai baju raya sekali sahaja setahun dan terus tidak memakainya bertahun-tahun kerana saya amat jarang berbaju kurung atau kebaya kemana-mana.


keluarga saya beragambar bersama tema warna pilihan biru turquise untuk Aidilfitri 2016

Seperti tahun-tahun sebelumnya rumah saya sentiasa dipenuhi kunjungan saudara mara, dan sesi bergambar akan terus berlansung sehingga tamat kunjungan.

Semoga kami semua dipanjangkan umur dan terus mengeratkan silaturahim ke akhir hayat.


Bergambar candid di hari raya pertama

Semoga anda juga bergembira di Syawal tahun ini. Salam Aidilfitri dari saya sekali lagi dan Maaf Zahir Batin.

Terima kasih.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...