Ahad, 10 April 2016

11 KHASIAT PATI MINYAK LAVENDER

MINYAK PATI LAVENDER JENAMA YOUNG LIVING

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang. 

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda pengalaman saya menggunakan minyak pati lavender untuk mengubati penyakit EKZEMA dan mengharungi proses TOPICAL STEROID WITHDRAWAL menggunakan minyak pati ini.

Jangan risau walau harga minya pati lavender ini agak mahal, mungkin ketika ini lebih dari RM130 sebotol untuk 15ml, (kerana ia dalam mata wang USD), tetapi sebenarnya ia boleh digunakan dengan tambahan minyak lain sebagai 'carrier oil', antara minyak yang saya syorkan ialah minyak kelapa dara kerana ia jauh lebih murah dari minyak-minyak lain yang ada dipasaran.

Untuk sebotol minyak pati lavender 15ml , saya boleh membancuh atau menitikkannya ke dalam 500ml minyak kelapa dara. Ia itu dalam 10ml minyak kelapa dara, saya akan menambah 5 titik minyak pati lavender kedalam bancuhan itu dan menyimpannya didalam botol 'roll-on' seperti botol minyak atar bagi memudahkan penggunaan atau sapuan kepada kulit yang masih lagi bersisa ekzema. Tetapi sehingga hari ini, ekzema saya sudah pulih 95%, dan hanya tinggal parut yang amat sikit sahaja dibahagian kaki.

Untuk info anda, sebotol minyak pati lavender ini mampu digunakan oleh saya untuk dua bulan dan lebih. Kali pertama saya membeli minyak ini adalah pada harga RM97 sahaja.

Kesan yang baik dan kesembuhan ekzema menunjukkan kesan dan perbezaan yang amat ketara. Luka ekzema anda lebih cepat sembuh dan kering, dan ekzema anda juga lebih cepat sembuh dan parut juga cepat pulih dan hilang. Paling penting minyak pati lavender ini membantu mengurangkan 'bau kurang enak' minyak kelapa dara dan ia jauh lebih wangi dan boleh menggantikan pewangi semburan badan anda, sekaligus boleh melembabkan dan mencantikkan kulit.

Ini antara KHASIAT DAN KEBAIKAN MINYAK PATI LAVENDER  untuk info dan pengetahuan anda :-

1. Mempercepatkan penyembuhan luka
2. Membantu mengurangkan kedutan
3. Bagus untuk ekzema
4.Pengganti yang bagus sebagai pewangi untuk pakaian atau tubuh
5. Membantu mengurangkan stress
6. Membantu menenangkan
7. Membantu Mengurangkan migrain
8. Membantu tidur yang lebih lena
9. Sebagai rawatan untuk gigitan serangga
10. Membantu menyembuhkan lecuran kecil tanpa meninggalkan parut.
11. Turut digunakan sebagai perasa yang enak dalam masakan


Selain 11 kegunaan diatas terdapat banyak lagi kebaikan dan khasiat serta penggunaan lain minyak pati lavender ini. Anda boleh mengoogle info ini untuk maklumat lanjut.

Pastikan anda membeli minyak pati lavender 100% asli dan tulen, terdapat banyak minyak pati dipasaran tetapi ia adalah dari pelbagai campuran lain.

Semoga info ini memberi anda manfaat berguna. 

Terima kasih.


Rabu, 6 April 2016

TEMPAT MAKAN BEST DI MELAKA PART 3 - ***RESTORAN HADRAMAWT PALACE***


pemandangan hadapan restoran indah ini
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang. 
Ini adalah artikel sambungan dari artikel sebelum ini di link ini TEMPAT MAKAN BEST DI MELAKA PART 2.

Alhamdulillah saya berkesempatan menikmati hidangan arab antara masakan kegemaran saya selain masakan melayu di Restoran Arab di Bandar Melaka iaitu RESTORAN HADRAMAWT PALACE yang terletak di Bukit Baru, Melaka.

cantik kan?
pintu masuk restoran yang dihias indah
Bangunan Restoran ini dari luar tersergam cantik dengan hiasan bunga-bungaan yang romantis dan nampak agak mewah.

Ruang didalam restoran ini juga di hias dengan segala perabot cantik dan lampu-lampu yang memukau. Anda boleh melihat setiap gambar dibawah yang sempat saya ambil walau saya mengejar waktu makan.

suasana yang romantik dan persendirian sesuai untuk keluarga dan rakan-rakan

Ruang restoran yang besar ini boleh menampung ramai pelanggan dalam satu masa
terdapat juga meja makan diluar
Saya kesini bersama-sama sahabat satu pejabat dari bahagian sales dan marketing. Kebetulan salah seorang sahabat seperjuangan kami, menunaikan hajat beliau untuk belanja kami disini. 

Menunggu hidangan di hidangkan
Ketika saya dan sahabat-sahabat satu pejabat sampai disini , Restoran ini masih kosong kerana kami tiba awal sebelum jam 7 malam dan dalam jam 6.30 petang. Tempat ini dan bandar hilir hanya mengambil masa tidak sampai 10 minit sahaja.

jika anda inginkan angin malam , anda boleh menikmati makanan diluar

group kami yang pertama sampai kesini ketika restoran ini masih lenggang
Setengah jam selepas tamat waktu pejabat, kami terus bergegas ke sini dari bandar hilir , Melaka. Oleh kerana kami yang pertama tiba dan masih tiada pelanggan lain, maka kami berkesempatan untuk membuat 'huru-hara' disini.

group kamibergambar sebelum makan
kerana saya blogger , jadi saya yang tiada dalam gambar ini.


Seperti biasa sebelum makanan siap dihidangkan sesi bergambar dan berseronok bermula

gambar pertama
gambar kedua
gambar ketiga
Ketika makanan mula dihidangkan dan belum diletakkan semua menu, kami yang telah kelaparan semenjak petang, mula menikmati makanan kami. Itu antara sebab kenapa ada antara menu yang kami nikmati tidak terdapat dalam gambar-gambar didalam artikel ini.

antara hidangan yang kami nikmati kabshah lamb dan mandy chicken



masing- masing kusyuk menikmati makanan
tangga menuju bahagian atas
Saya tidak pasti sama ada terdapat ruang makan di bahagian atas, tetapi sebelum balik, saya mengambil gambar tangga ini dan lupa untuk bertanya pekerja di restoran arab ini.

selesai menikmati makanan malam percuma yang ditaja ikhlas oleh Mat Nor
Dengan suasana yang indah, staff yang ramah melayan, air jus yang sedap dari jus mangga, jus oren dan jus tembikai susu, restoran ini amat berbaloi bagi pengemar jus dan pengemar roti mulawwah dan lamb akdah.

Jika anda masih tercari-cari tempat cantik dan indah serta romantik untuk meraikan apa sahaja hari istimewa atau menikmati hidangan bersama keluarga dan insan tersayang. Anda boleh memilih restoran ini.

Jutaan terima kasih kepada sahabat kami, Mat Nor kerana sudi belanja kami makan disini. Semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan jodoh dari kami. Lepas ini jangan lupa belanja lagi.

Sekian sahaja perkongsian tempat makan best untuk kali ini. 

Terima kasih.

*** ini link sambungan artikel seterusnya Tempat Makan Best Di Melaka Part 4


Selasa, 5 April 2016

BLOGGER :- PENGUNJUNG LUAR NEGARA



*** untuk imej yang lebih jelas, sila klik gambar.

antara jumlah pengunjung dari pelbagai negara termasuk  Malaysia, US, Russia, Indonesia, UAE, Singapura, Perancis, Kenya, German dan Japan dalam sehari untuk 2hb April sehingga 3hb April jam 3pm.

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang.

Dalam kesibukkan masa yang pantas berjalan, saya akui kebelakangan waktu ini saya semakin jarang mengemaskini blog ini dan berkongsi pelbagai info terutama kepada pengunjung tetap blog ini serta sehingga kini berpuluh-puluh komen, email dan whatapps juga belum sempat saya balas. Saya mohon maaf atas ketidak kesempatan saya yang sering mengejar masa ini.

syukur kerana pengunjung blog ini tetap stabil dan masih lebih dari 1k pengunjung walau tidak konsisten
 Saya bersyukur walau saya makin jarang mengemaskini blog tetapi pengunjung dari seluruh dunia masih menjadikan blog ini antara sumber rujukan dan bacaan mereka. Malah walau saya jarang mengemaskini blog tetap ada hari-hari pengunjung blog ini kekal melebihi satu ribu orang sehari. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga lagi dan lagi.


Pengunjung dari Malaysia, US, Russia, UAE, Indonesia, Singapura, Kuwait, Japan , Romania dan Australia yang berkunjung ke blog ini

Tahukah anda ada waktu-waktunya saya terhenguk-henguk menaip artikel diblog ini kerana mengantuk tetapi saya cuba untuk terus mengemaskini blog ini sedaya mungkin, kerana apa yang saya pelajari sebagai blogger anda harus berkomunikasi dengan pengunjung dan pembaca blog anda, kerana jika telah beberapa kali mereka melawat blog anda dan blog anda telah lama tidak dikemaskini mungkin pengunjung tetap anda akan mula melupakan blog anda dan mencari alternatif blog lain yang lebih aktif.

Pastikan anda tidak meninggalkan blog anda terlalu lama. Cuba untuk kemaskini artikel walau ia sekadar artikel ringkas.

Di bandar MELAKA yang panas ini. saya terpaksa berpanas dan berjalan kaki , serta berbackpacker mencari wifi di restoran mcdonalds berdekatan semata-mata untuk mengemaskini blog ini. Ia, saya akui, ada waktunya saya menggunakan wifi sendiri tetapi jika gambar yang dimasukkan terlalu banyak saya terpaksa mencari wifi percuma juga, selain saya memerlukan mood dan semangat untuk menulis sekaligus mempercepatkan pengeluaran idea yang bernas dalam penulisan.

Doakan saya akan terus menulis blog dan terus menjadi blogger yang berjaya dalam penulisan saya sendiri. Semoga anda terus menjadi pembaca setia blog saya ini. Segala komen dan email serta whatapps yang membina saya ucapkan terima kasih dan maaf jika masih ada komen dan email yang masih tidak berbalas.

Terima kasih.


TEMPAT MAKAN BEST DI MELAKA PART 2 :- **** SAYYID ANTIQUE AND CAFE ****


pemandangan hadapan cafe antik ini
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang. Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda antara TEMPAT MAKAN BEST DAN MENARIK DI MELAKA.

Ini adalah sambungan artikel sebelum ini yang ditulis pada tahun 2013 lagi di link ini Tempat Makan Best Di Melaka - Part 1

cafe antik yang memukau dari pemandangan luar lagi
Terletak di lorong Hang Jebat, betul-betul di tengah bandar Melaka, Sayyid Antique And Cafe ini adalah tempat wajib anda singgah jika anda di Melaka.

Amat sesuai bagi mereka yang menyukai kelainan dan rasa makanan traditional asli yang berpatutan harga dan rasa , saya menggalakkan anda kesini.

pemandangan antik dari luar yang lain dari yang lain
Jika anda kesini, dari luar lagi anda akan melihat betapa antik dan berlainan cafe ini. Pada mulanya saya sangkakan ini adalah sebuah kedai yang menjual barangan antik tetapi agak kehairanan kerana terdapat meja makan dan papan tanda menunjukkan menu makanan dan minuman, setelah memasuki kafe menarik ini, saya terus memesan makanan dan minuman kerana tertarik dengan keunikan dan menu mudah serta ringkas. yang disediakan disini.


pilih sahaja anda ingin duduk diluar atau di dalam
Menghidangkan makanan dan minuman kegemaran orang Melaka, antara menu yang terkenal disini ialah laksa baba nyonya dan juga popia.

sambil makan sambil melihat barang--barang antik dan mengimbau masa silam
Sambil menunggu pesanan dihidangkan, anda boleh melihat dan mengimbau segala sejarah silam dan kisah lama disini yang akan mengamit memori anda terutama jika anda adalah pencinta seni dan barangan lama serta antik.

suasana yang sungguh menarik dan lain dari yang lain
Ketika memasuki kafe antik dan istimewa serta unik ini, saya mengandaikan menu disini pastilah agak mahal kerana dekorasinya yang lain dari yang lain serta menawan mata, Saya sekadar ingin memesan minuman ringan sahaja. Tetapi ternyata saya tersilap. Menu dan harga disini amat murah jika dibandingkan keadaan dan ketenangan serta mengamit kenangan memori lama di cafe indah dan unik ini.

indah dan unik
Memerhati kedua-dua abang dan kakak pemilik kafe antik ini menyediakan menu makanan pesanan saya dan Kak Tina disini, saya teringat kenangan lama ketika saya kecil dulu dan cerita-cerita lama yang pernah saya tonton di kaca television.

antara makanan selingan lain yang dijual. Cookies dan brownies Kak Tina juga dijual disini
Selain menu yang disediakan disini , anda juga boleh membeli hidangan sampingan lain seperti cookies, brownies dan tempeyek yang turut jual disini.

ruang makan yang luas dan selesa
Walau dikelilingi oleh pelbagai barangan dan hiasan antik dan unik, tempat makan dicafe ini tetap luas dan selesa, terasa tidak mahu balik dari tempat ini, kerana mengamit memori silam zaman kanak-kanak menonton pelbagai cerita hitam putih P Ramlee walaupun ketika itu saya masih belum dilahirkan lagi.

tempat penyediaan makanan
Anda boleh melihat dengan jelas segala hidangan yang disediakan disini. Saya memilih meja hadapan sambil kusyuk memandang sekeliling cafe dan segala hiasan unik dan keunikan sejarah BANDAR MELAKA itu sendiri.

cantik dan unik sekali kan?
Antara pemandangan cafe ini untuk tatapan anda di gambar-gambar dibawah.


tempat wajib anda singgah



Puas melihat keindahan kafe dan pemandangan antik yang lain dari yang lain di Cafe ISTIMEWA ini, masa untuk melihat menu menarik yang ditawarkan disini.

antara menu disini
Antara menu yang ditawarkan disini ialah nasi lemak RM4, Laksa Nyonya RM5, MEE / Mee hoon soto RM5, Lontong RM4, Popiah Basah RM1.80 dan Set Nasi RM5.

menu yang ditawarkan disini
menu minuman yang ditawarkan

Harga minuman disini juga murah dan berpatutan. Anda patut membawa kawan-kawan dan orang tersayang untuk menikmati hidangan disini kerana ia bukan sahaja menjimatkan wang malah memberi anda peluang merasai pengalaman baru di cafe sebegini.



Saya hanya memesan air limau suam ais dan Kak Tina Teh Limau Ais. Almaklum cuaca di Bandar Melaka amat panas, dan kami berbasikal kesini dan berpanas terik mengelilingi Bandar Melaka melawat pelbagai tempat. 

Laksa Nyonya dan Popiah Basah

menu pilihan kami LAKSA NYONYA yang berharga RM5 dan popiah basah berharga RM1.80

Pertama kali merasai laksa nyonya
Saya belajar menikmati Laksa Nyonya disini yang berharga RM5. Anda boleh pilih untuk lauk ayam, kerang atau udang atau ketiga-tiga sekali. Ia dimakan dengan kuah kari atau santan bersama sambal istimewa.

laksa nyonya yang sedap hanya RM5

Popiah Basah yang berharga RM1.80 juga sedap sekali
hanya berharga RM1.80 dan ia dikategorikan besar dan murah ditempat sebegini
menu wajib cuba disini Laksa Nyonya dan Popiah Basah

sambil minum pun masih kusyuk melihat sekeliling cafe antik ini
abaikan sahaja kullt saya yang sunburn teruk itu
Kali kedua saya ke cafe ini saya mencuba set nasi yang berharga RM8 iaitu set asam pedas ikan tenggiri.

muka keletihan kepanasan berbasikal ke cafe antik ini

soda bandung

suasana kafe antik ini

antara kudapan dan desert yang terdapat disini

nampak tak peti ais lama dan antik yang berwarna coklat itu? sungguh unik.

sila cuba menu menarik dan sedap ini

semua menu ini bersama nasi tambah dan brownies hanya RM19.50 Sahaja


asam pedas ikan tenggiri

brownies ini hanya berharga RM5 sahaja untuk 2 ketul sungguh murah

sila cuba brownies yang enak dan murah ini hanya RM5 untuk 2 ketul

set asam pedas tenggiri hanya RM8 sahaja 

Set asam pedas tenggiri disini hanya RM8. Set ini terdiri dari nasi putih, asam pedas ikan tenggiri yang pekat dan sedap, telur dadar, dan sayur timun, tauhu goreng dan telur rebus bersama sos 'homemade'.

Setelah selesai menikmati hidangan tengah hari kami, kami sempat melihat lagi cafe antik dan menarik ini berulang kali sebelum pulang.

tempat basuh tangan di cafe ini juga antik

Tunggu apa lagi, jika anda berada di Bandar Melaka, pastikan anda dan keluarga serta orang tersayang anda kesini. Dengan dekorasi unik dan antik serta menawan, makanan yang murah dan sedap. Ia memang berbaloi.

Semoga artikel ini membantu anda dalam menguruskan budget percutian anda di Bandar Melaka.

Terima kasih.

**** artikel seterusnya TEMPAT MAKAN BEST DI MELAKA PART 3



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...