Isnin, 30 November 2015

KHASIAT KACANG KUDA



Antara pilihan terbaik kacang kuda organik dan Non GMO 


KACANG KUDA memang sedap sekali. Ini adalah antara bahan yang di masukkan dalam sajian arab yang popular iaitu hummus. Kacang kuda juga popular di sebagai antara bahan untuk sajian salad masakan arab dan juga salad dalam sajian masakan barat. Ia juga popular di kalangan kaum india.

Kacang kuda perlu direndam semalaman terlebih dahulu , baru ia mudah di rebus atau di masak sekaligus menjimatkan gas masakan anda.

Kaya dengan khasiat , mudah didapati dan di kategorikan sebagai kekacang yang murah, anda boleh mendapatkan kacang kuda ini di pasaraya atau pasar-pasar berdekatan anda.

Resepi paling mudah, hanya rebus sahaja kacang kuda ini dengan beberapa helai daun kari, atau selepas di rebus tambahkan beberapa helai daun kari untuk rasa dan bau yang lebih enak.

Berikut adalah antara KHASIAT KACANG KUDA untuk ilmu kita bersama :-

1.  Kacang kuda mengandungi Thiamin, riboflavin, vitamin (A, B , C, D, E, K), zink , folat , sumber kaya protein, kaya kandungan fiber, karbohidrat, rendah lemak, turut mengandungi kalsium dan zat galian lain termasuk magnesium, posforan, kalim, sodium.

2. Dikatakan kandungan kalsium yang tinggi di dalam kacang kuda hampir sama banyak seperti  kalsium di dalam yogurt.  Sekaligus kacang kuda adalah antara sumber makanan terbaik untuk keperluan kalsium harian anda.

3. Dalam 100 gram kacang kuda rebus mengandungi 164 kalori, di mana ia terdiri dari 2.6gm lemak, 7.6gm serat diet dan 8.9gm protein, ia tiada kolesterol dan gula, selain kandungan lemak tepu yang rendah, malah amat tinggi kandugnan vitamin B6. Seeloknya jangan di tabur garam ke dalam kacang kuda rebus kerana rasa kacang kuda rebus cukup enak secara semulajadi.

4. Kaum india menggunakan tepung kacang kuda dalam kebanyakan masakan mereka termasuk untuk memekat masakan kari dan juga sebagai adunan tepung bagi mengoreng ayam atau daging (menggunakan tepung kacang kuda sebagai penganti)

5. Tepung kacang kuda juga boleh digunakan sebagai pencuci wajah dengan mencampurkan dengan sedikit susu tepung atau susu segar. Adunan semulajadi ini membantu kulit lebih cerah dan lembut.

6. Kacang kuda juga turut membantu menstabilkan paras glukos dalam darah, ia jgua membantu menyeimbangkan tindak balas elektrolit di dalam tubuh.

7. Selain itu kacang kuda juga turut membantu meningkatkan kadar metabolisme serta membantu otak dan tubuh anda berfungsi dengan lebih baik.


Kacang kuda rebus organik 


8. Kacang kuda juga dikatakan turut membantu mengekalkan  tahap kesihatan jantung, pankreas dan usus kecil.

9. Dengan menikmati segengam kacang kuda ia turut membantu menyeimbangkan hormon di dalam tubuh.

10. Wanita mengandung yang HB rendah, boleh menikmati kacang kuda rebus untuk mengatasi masalah ini.

11. Kacang kuda amat bagus bagi menguatkan fizikal seperti otot, tulang, menambah tenaga, untuk body builder, atlet , bina darah merah dan mereka yang darah rendah serta anemia.

12. Jadikan kacang kuda sebagai snek sihat dalam diet anda juga untuk anda sekeluarga.


Tunggu apa lagi, jika anda malas merebus kacang kuda, beli sahaja kacang kuda ini di kedai-kedai mamak terpilih, pasar malam, RNR dan pelbagai gerai dan restoran yang terdapat hidangan ini.


Selamat menikmati kacang kuda yang tinggi khasiat protein dan pelbagai mineral dan galian ini.

Terima kasih.


Khamis, 26 November 2015

KHASIAT BUAH PISANG KAKI (PERSIMMON)



Ketika ini ialah musim BUAH PISANG KAKI yang banyak terdapat di jual di pasaraya dan pasar-pasar tempatan.

Buah Pisang Kaki ini di katakan datang dan di import dari negara KOREA dan negara CHINA.

Terdapat perbezaan antara buah pisang kaki dari Korea dan buah pisang kaki dari negara China. Buah pisang kaki dari negara Korea lebih keras, pejal dan rangup serta manis dan tentu sekali harga buah pisang kaki dari Korea lebih mahal dari pisang kaki dari Negara China yang lebih lembut dan murah.

Dibawah ini adalah antara khasiat dan kebaikan buah pisang kaki :-

1.  Buah pisang kaki hanya mengandungi 70 kalori untuk 100 gram.

2. Buah pisang kaki atau persimmon ini mengandungi vitamin C, glukos, sukros, fruktos dan iodin.

3. Membantu menurunkan tekanan darah tinggi.

4. Buah pisang kaki selain di panggil buah persimmon turut di gelar buah kesemak.

5. Buah pisang kaki turut mengandungi fitonutrien, flavonoid, serta anti oksidan seperti catechin (bahan yang bersifat antibiotik dan anti radang), turut mengandungi gallocathechins dan asid betulnicit, perencat tumor, beta karotena, lycopene, lutein, zeaxanthin dan crytoxanthin. Serta kaya dengan vitamin A dan  Vitamin C serta B kompleks.

6. Kandungan dalam buah pisang kaki seperti  flavonoid dikatakan membantu membunuh sel-sel kanser payudara tanpa merosakkan sel-sel payudara normal.

7.  Fisetin juga berguna dalam pembasmian sel-sel kanser kolon dan prostat.

8. Buah pisang kaki kaya dengan serat larut yang penting untuk kesihatan kardiovaskular dan penyakit jantung koronari.

9. Buah pisang kaki tinggi dengan kandungan glukosa dan agak tidak sesuai dengan pesakit kencing manis. 

10. Sebagai pemberi dan penambah tenaga kerana kandungan glukosa yang tinggi.

11. Satu kajian di Jepun menunjukkan kulit pisang kaki mengandungi fitokimia dikatakan boleh melindungi sel daripada kerosakan oksidatif berkaitan dengan peningkatan usia.

12. Tannin yang terdapat dalam pisang kaki juga berguna untuk merawat penyakit strok.

13. Dikatakan bahawa kandungan gula di dalam pisang kaki lebih tinggi dari pisang biasa. Jika anda menikmati makanan tinggi gula , adalah tidak digalakkan anda kerap menikmati pisang kaki dalam diet anda.

14. Kandungan diuretic di dalam pisang kaki amat bagus bagi mereka yang menghadapi masalah paru-paru dan jantung serta amat sesuai dengan mereka yang merokok yang terkenal dengan kekotoran nikotin di dalam paru-paru.

15. Terdapat pendapat mengatakan buah pisang kaki amat bagus untuk ibu mengandung kerana kandungan asid folik yang terdapat di dalam buah pisang kaki ini.

16. Buah pisang kaki yang tinggi kandungan fiber amat bagus untuk mereka yang menghadapi masalah penghadaman.

17. Pastikan anda menikmati buah pisang kaki dalam kadar sederhana kerana buah ini dikatakan jika di nikmati dengan perut kosong akan menyebabkan cirit birit, malah menikmati buah ini dalam amaun yang banyak juga boleh menyebabkan cirit birit.

Nikmatilah buah pisang kaki dalam diet anda kerana buah yang tinggi antioksidan ini membantu anda lebih sihat dan awet muda.

Jika anda tidak pernah menikmati buah pisang kaki jangan terkejut kerana rasa buah pisang kaki amat berbeza dengan rasa buah pisang seperti perbezaan rupa buah pisang kaki dan buah pisang yang amat ketara.

Tunggu apa lagi, dapatkan buah pisang kaki ini di pasar atau pasaraya berdekatan anda.

Selamat mencuba dan menikmati pisang kaki.

Terima kasih.


Rabu, 25 November 2015

PERBEZAAN BUAH DELIMA DARI CHINA DAN THAILAND

Buah Delima dari Siam atau Thailand yang berwarna merah hati dan berkulit putih kuning

Ketika ini adalah musim buah delima dari China dan Buah Delima dari Siam atau Thailand.

Buah delima dari ke dua-dua negara ini seakan-akan sama, iaitu ke dua-dua jenis buah delima dari negara China dan Thailand , kulitnya berwarna putih atau kekuning-kuningan berbeza dari buah delima dari negara lain yang kulit buah delima berwarna merah pekat dan isi buah delima juga berwarna merah pekat.

Size buah delima dari negara China dan Siam atau Thailand juga sama. Ada dari jenis size yang besar, sederhana dan kecil.

Jika saya ingin membeli buah delima, biasanya saya akan bertanya kepada penjual buah delima tersebut sama ada buah delima itu adalah dari China atau datangnya dari Thailand atau Siam?.

Kebiasaanya, peniaga buah delima jujur menjawab tetapi jika anda sendiri ragu-ragu anda boleh meminta penjual buah menunjukkan contoh buah delima yang telah di buka atau di potong dua.

Buah Delima dari Siam atau Thailand, isinya lebih berjus dan berwarna merah hati dan manis sekali.

Berbeza dari buah delima dari China, isinya berwarna putih tetapi tetap manis, tetapi ia isi buah delima dari China kurang berjus dan agak kering. Buah delima dari China lebih murah berbanding buah delima dari Thailand atau Siam.

Ketika musim buah delima ini, saya lebih suka memilih delima dari Siam atau Thailand berbanding dari China kecuali jika saya tidak mempunyai pilihan lain.

Buah delima dari Turki, India, Pakistan atau Spain jauh lebih mahal. Malah ada yang berharga belasan Ringgit Malaysia.

Ia buah Delima dari negara tersebut , lebih sedap dan bermutu. Kulit buah delima dari negara tersebut berwarna merah pekat dan isi buah delima tersebut juga merah pekat dan tinggi anti oksidan.

Tetapi jangan lupa, buah delima dari Siam atau Thailand adalah kawasan tanah yang lebih dekat dengan geografi Malaysia dan tanah yang hampir sama dengan tanah di Malaysia.

Ada perkara-perkara yang perlu bacaan lanjut untuk mudah difahami. Walau bagaimana pun , ketika bukan musim buah delima di Siam atau Thailand , ada masa-masanya saya membeli buah delima merah dari negara lain seperti India ,atau Pakistan yang jauh lebih murah dari SPAIN.

Buah DELIMA amat kaya dengan khasiat baik bagi golongan wanita dan lelaki.

Buah yang terkenal sebagai 'super fruit' ini adalah buah yang kerap di jadikan jus dan tambahan bahan dalam setiap produk kecantikan dan kesihatan.

Jika anda membeli jus delima pilihlah jus delima organik tanpa gula, terutama jika anda sendiri sukar membeli buah-buahan di pasar-pasar atau pun di pasaraya.

Ia lebih baik dari anda lansung tidak menikmati buah delima yang tinggi khasiat ini.

Sekian sahaja perkongsian artikel untuk kali ini.

Sila cari buah delima di pasar-pasar berdekatan anda dan jadikan buah delima ini antara buah kesukaan anda.

Selamat menikmati buah delima anda.

Jangan lupa, kulit buah delima putih amat sesuai sebagai remedi penyakit buasir yang di campur kunyit dan daun inai dan kemudian di kisar dengan air mineral. Amalkan remedi ini hanya untuk 3 hari berturut-turut untuk kesembuhan penyakit buasir. Kemudian , amalkan menikmati buah delima sebagai supplement harian bagi menyembuhkan masalah sakit buasir.

Selamat mencuba.

Terima kasih.


Jumaat, 20 November 2015

32 KHASIAT & KEGUNAAN LIDAH BUAYA

lidah buaya pilihan saya jenis barbican- anda boleh mendapatkan lidah buaya ini di kedai organik 


LIDAH BUAYA atau aloe vera adalah antara tumbuhan paling terkenal di negara kita MALAYSIA ini.

Mike Adam, antara pengamal bahan semulajadi pernah mengatakan lidah buaya adalah bahan yang lebih berkhasiat dari bawang putih (bawang putih tempat ke 2 dari lidah buaya).

LIDAH BUAYA digunakan dari zaman nenek moyang kita dahulu sebagai rawatan kecantikan kulit dan tubuh, malah bagi rawatan demam dan rawatan kesihatan lain.

Ramai antara kita yang memandang sambil lewa tumbuhan yang mudah di tanam dan tumbuh subur ini.

Tahukah anda betapa LIDAH BUAYA atau ALOE VERA ini amat banyak kegunaan, kebaikan dan khasiat ?.

Dibawah adalah antara KHASIAT, KEBAIKAN DAN kegunaan LIDAH BUAYA:-

1.  Jus lidah buaya di katakan bersifat alkali sekaligus amat sesuai untuk meneutralkan asid di dalam tubuh.

2. Terbukti  melalui pengalaman ramai ,menikmati jus lidah buaya serta campuran epal hijau mampu membuang toksid atau toksin di dalam badan. Menikmati jus lidah buaya tanpa tambahan apa-apa bahan lain juga turut membantu membuang segala bahan kumuh di dalam tubuh.

3. Lidah buaya juga adalah tumbuhan anti radang atau anti inflamasi. Jika anda menghadapi masalah ekzema atau auto imun , menikmati jus lidah buaya akan mengurangkan keradangan yang anda alami.

4. Amat sesuai untuk mereka yang menghadapi masalah kulit sama ada ekzema, psoriasis, jerawat, jeragat, kulit kering atau apa sahaja dengan hanya menyapu isi lidah buaya ke wajah atau bahagian kulit bermasalah.

5. Sebagai rawatan rambut bermasalah sama ada kelemumur, keguguran, menghitamkan juga menyuburkan rambut.

6. Membantu membuang panas di dalam badan.

7. Membantu mengurangkan migrain dan sakit kepala.

8. Rawatan semulajadi demam bagi golongan bayi, kanak-kanak, dewasa juga golongan tua dengan cara meramas lidah buaya ke dalam air biasa dan sapukan ke kepala untuk mengurangkan panas badan dan suhu badan.

9. Turut merupakan bahan utama di dalam diet mereka yang mengharung TOPICAL STEROID WITHDRAWAL (TSW) sebagai supplement tambahan di dalam diet dan juga sapuan.

10. Menguatkan sistem imun tubuh sekaligus memberi tenaga kepada tubuh.

11. Turut membantu mereka yang menghadapi masalah diabetis atau kencing manis.

12. Mengurangkan kesan 'sengatan' matahari atau pancaran matahari di wajah atau kulit tubuh. Rawatan paling sesuai untuk masalah 'sunburn'.

13. Juga sesuai sebagai pelindung pada sinaran matahari.

14. Rawatan yang sesuai untuk luka ringan di badan.

15. Juga rawatan sesuai untuk kemalangan kecil seperti terkena air panas atau percikan minyak panas. Ia membantu mengurangkan parut atau memudarkan parut dengan cepat.

16. Bagi anda yang menghadapi masalah kulit kepala, sama ada terlalu berminyak, kering atau rambut gugur , lidah buaya adalah bahan terbaik bagi masalah ini.

17. Bencikan bau minyak? anda boleh menggunakan lidah buaya sebagai ganti pelembab anda.

18. Turut terbukti menghilangkan kesan parut dan strechmark.

19. Bahan awet muda yang mengandungi kolagen sekaligus mengelakkan 'penuaan awal'.

20. Dikatakan juga antara tumbuhan yang disebut dalam AL-QURAN dan sunnah dari video dari youtube yang pernah saya tonton baru-baru ini. Wallhualam.

21. Mengikut info di dalam buku katalog bulanan COSWAY, ALOE VERA atau LIDAH BUAYA mengurangkan pengumpulan toksik sebanyak 40% dalam 7 hari.

22. Aloe vera atau lidah buaya juga turut meningkatkan penghadaman dan penyerapan nutrien dalam tubuh.

23. Lidah buaya turut berfungsi menghentikan alahan dengan cepat.

24. Aloe vera atau lidah buaya juga menawarkan kesan-kesan positif untuk penyakit autoimun seperti artritis roumaloid, ekzema, psoriasis, sklerosis berbilang dan banyak lagi.

25. Juga sesuai sebagai rawatan gejala kencing manis.

26. Membantu mengurangkan tahap kolesterol tidak baik di dalam tubuh.

27. Mampu melegakan ketidakselesaan Artritis kerana kandungan gel aloe vera atau lidah buaya ini mampu merangsang pelinciran sendiri dan mengembalikan keanjalan sendi.

28. Melegakan keradangan yang kronik. Jika anda menghadapi keradangan yang kronik terutama jika ia berkaitan penyakit autoimun, aloe vera atau lidah buaya , insyaallah akan membantu.

29. Turut Mengurangkan SAKIT GIGI , MEMPERCEPATKAN PENYEMBUHAN GIGI DAN MEMBERHENTIKAN PENDARAHAN GUSI.

30. Menyihat serta menyuburkan tubuh dengan kandungan mineral, vitamin, enzim dan glikonutrein serta memastikan badan sentiasa segar dan bertenaga.

31. Turut membantu mempercepatkan pemulihan dari senaman fizikal atau kecederaan.

32. Juga sesuai sebagai minuman isotonik atau penambah tenaga bagi mengantikan elektrolit dalam tubuh. Tambahkan sahaja dalam jus kegemaran anda.

Walau bagaimana pun jika anda berminat menggunakan lidah buaya untuk diet atau bahan sapuan kulit anda. Anda wajib memberi perhatian atas info di bawah ini.


PERHATIAN YANG HARUS DIBERIKAN

1. Sila pastikan anda membasuh atau tidak mengambil bahagian getah lidah buaya kerana ia akan menyebabkan alahan kulit kepada mereka yang berkulit sensitif.

2. Terdapat mereka yang alah dengan gel atau isi lidah buaya sebagai minuman atau makanan serta boleh menyebabkan alahan sehingga dibawa ke hospital. Sila cuba dalam jumlah yang sedikit dahulu untuk melihat reaksi tubuh.

3. Pastikan anda membuat 'patch test' terlebih dahulu sebelum menggunakan isi lidah buaya di kulit anda.

4. Dikatakan bahawa pokok lidah buaya yang berbintik putih tidak sesuai untuk di makan atau di buat jus. Hanya sesuai sebagai sapuan luar sama ada untuk kulit atau rambut.

5. Lidah buaya terbaik ialah dari jenis barbican dan paling sesuai di buat jus.

6. Jika anda menanam lidah buaya, sebaik-baiknya , elakkan penggunaan baja kimia.

7. Di katakan kebanyakan produk lidah buaya atau gel serta jus lidah buaya di pasaran lansung tidak mengandungi lidah buaya atau hanya mengandungi sedikit sahaja peratusan lidah buaya.  Malah di katakan bahawa, kebanyakan produk lidah buaya telah di masak dahulu sekaligus menghilangkan nutrisi dan kandungan bahan yang bagus yang terdapat dalam lidah buaya. Wallhualam.

8. Saya pernah membaca di dalam satu artikel blog bahawa aloe vera atau lidah buaya tidak sesuai diamalkan berterusan, kerana meninggalkan kesan sampingan tidak bagus untuk tubuh. Sebaik-baiknya jika penyakit sudah sembuh, anda boleh berhenti seketika mengamalkan jus lidah buaya. 

9. Lidah buaya segar juga dikatakan jika diminum setiap hari dan terlebih sukatan akan bertukar menjadi toksid. Begitu juga dengan sapuan lidah buaya segar kepada kulit.

Sekian sahaja perkongsian saya dengan anda untuk kali ini.

Selamat mencuba dan menggunakan tumbuhan ajaib ini.


Terima kasih.


Khamis, 19 November 2015

SNEK PALING SEDAP DI KUNYAH DI MUSIM HUJAN




Musim hujan dan sejuk-sejuk ini.
Memang membuatkan tubuh cepat lapar.

Jika selalu menikmati makanan manis.

Di tambah minuman panas bergula.

Fuh!! mau cepat kena PENYAKIT KENCING MANIS!!

HABIS ITU , INGIN MAKAN APA????

SEMUA MAKANAN TINGGI GULA????


OH!! JANGAN BAGI ALASAN LAGI!

CRUNCHY FLAKES by QK

adalah :-

SNEK YANG HAMPIR TIADA Gula ( emping jagung ialah makanan proses yang masih punyai gula cuma resepi saya tidak ditambah gula) 

SEDAP


PALING PENTING

MURAH & TAHAN LAMA



Ia boleh DINIKMATI di MANA-MANA SAHAJA,

PEJABAT??

RUMAH??

DALAM KERETA?

KETIKA JEM?

KETIKA MENUNGGU PINTU PEJABAT DI BUKA?





SNEK LEBIH SIHAT yang kian menjadi PUJAAN RAMAI ini

Di datangkan dengan balang mudah simpan

yang tahan hampir 3 BULAN SETELAH DI BUKA





MASIH DALAM HARGA PROMOSI

RM11 SEBALANG

KOS POS HANYA RM10 untuk 4 BALANG

diperbuat dari 

EMPING JAGUNG ASLI , jagung ialah makanan TANPA Gluten,  namun emping jagung ini masih punyai Gluten. 

PILIHAN PELBAGAI KACANG  ENAK DAN REMPAH BERKHASIAT






ANDA JUGA BOLEH MEMBUAT TEMPAHAN EKSKLUSIF 

UNTUK DOOR GIFT, HADIAH ATAU SOUVENIR DALAM BEKAS YANG JAUH LEBIH CANTIK

DENGAN MEMOHON BEKAS DAN HIASAN MENGIKUT CITARASA & PILIHAN ANDA



BUAT PESANAN ANDA SEKARANG

WASSAP @ TELEGRAM 

KHADEEJA 016 - 276 2636

UNTUK TEMPAHAN SEKARANG!

SIMPAN STOK MAKANAN MUSIM HUJAN ANDA SEKARANG!

TERIMA KASIH.







Rabu, 18 November 2015

10 KEBAIKAN MANDIAN GARAM EPSOM

EPSOM SALTS HANYA BERHARGA KURANG DARI RM5 UNTUK 250GRAM

Pernahkah anda mendengar atau tahu mengenai GARAM EPSOM @ EPSOM SALT?.

Pernah mencuba atau mendengar mandian GARAM EPSOM @ EPSOM SALT?..

Ini adalah antara mandian DETOKS paling popular kini.

Hanya guna sahaja sepeket garam EPSOM SALT dan masukkan ke dalam tab mandi atau hanya 2 ke 3 sudu garam epsom ke dalam besen mandian anda dan mandi sahaja dengan air campuran garam ini.

Mandian ini akan membantu membuang toksin di dalam tubuh anda sekaligus membantu menjadikan tubuh anda lebih sihat.

Berikut adalah antara kebaikan dan khasiat mandian EPSOM SALT :-


1. Membantu meningkatkan pengedaran darah dan mengurangkan degupan jantung yang tidak teratur sekaligus meningkat kesihatan jantung yang lebih baik.

2. Turut membantu mengurangkan pengerasan arteri, mengurangkan risiko pembekuan darah dan turut membantu menurunkan tekanan darah, amat bagus untuk mandian pesakit darah tinggi.

3. Amalan ini turut membantu keupayaan tubuh menggunakan insulin sekaligus mengurangkan kesakitan penyakit kencing manis.

4. Membantu membuang toksin dan logam berat yang berada di dalam sel tubuh, mengurangkan sakit otot sekaligus membantu tubuh membuang segala bahan kumuh yang merbahaya yang terdapat di dalam tubuh.

5. Turut membantu fungsi saraf di dalam tubuh dan kekurangan magnesium di dalam badan. Magnesium adalah penting bagi mengekalkan tahap kalsium yang betul di dalam darah.

6. Membantu meredakan  tekanan dan stress. 

7. Mengurangkan keradangan dan membantu mengurangkan penyakit ekzema.

8. Amat bagus sebagai mandian bagi golongan dewasa , tua dan bayi kerana mandian ini turut membantu penyerapan nutrien ke dalam tubuh.

9. Ramai antara penduduk dunia kini menghadapi kekurangan magnesium di dalam tubuh. Mandian GARAM EPSOM ATAU EPSOM SALT ini turut membantu menambahkan magnesium di dalam tubuh.

10. Turut membantu menambahkan oksigen di dalam tubuh sekaligus mengurangkan penyakit migrain atau sakit kepala.

Tunggu apa lagi. Anda boleh membeli dan mendapatkan EPSOM SALT di mana-mana farmasi berdekatan anda. Harga GARAM EPSOM ATAU EPSOM SALT yang murah tentu sekali menjimatkan budget anda dari membeli barangan detoks yang jauh lebih mahal.

Selamat mencuba.

Terima kasih.





Selasa, 17 November 2015

TEMPAT MAKAN BEST DI KUANTAN PART 25 :- *** 90 DEGRESS CAFE & ART***


Ilham bergembira di cafe ini


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang.

Ini adalah sambungan dari artikel sebelum ini di link ini TEMPAT MAKAN BEST DI KUANTAN - WARUNG AJA .

menunggu makanan di hidangkan


Baru-baru ini kakak saya dan anak saudara saya Ilham, telah menyambut hari jadi Kakak saya di sebuah cafe yang terkenal di Air Putih, Kuantan iaitu 90 Degress Cafe & Art.


muka Ilham Kegembiraan

Irfan iaitu abang kepada Ilham tidak turut serta kerana ingin menonton POLIS EVO bersama rakannya di rumah.

Maka bersuka ria lah Ilham seorang di Cafe Makanan yang menarik ini.


Ilham kegembiraan bermain gitar

Dekorasi 90 DEGRESS CAFE & ART ini amat menarik. 

Jika anda peminat seni dan art anda boleh datang ke sini untuk menikmati makanan dan bergambar bersama insan tersayang anda.


antara senarai menu dan harga

Tentu sekali cafe ini menghidangkan masakan western seperti salad dan waffle serta masakan western terkenal yang lain.

Harga di sini sederhana. Mahal tidak murah pun tidak. Berbelas-belas dan paling penting masakan di sini di kategorikan enak. 

Hiasan cafe ini amat sesuai untuk merayakan sambutan hari jadi atau tempat romantik untuk pasangan sedang bercinta menikmati makanan.


antara senarai harga makanan dan minuman di sini

Harga makanan dan minuman di sini adalah dalam RM10 dan keatas.

Anda boleh memilih makanan yang lebih ringan seperti sandwich dan pelbagai pilihan kek yang di tawarkan di sini,



Menu pilihan kakak saya dan teman beliau

Kakak saya dan Ilham juga teman beliau memilih menu sandwich dan kopi. Rasa ke 2-2 menu ini boleh tahan sedapnya. Begitu juga minuman di sini.


waffle disini juga boleh tahan sedapnya

Untuk pencuci mulut mereka memilih waffle yang di hias ais krim dan pisang. Siapa tidak suka ais krim atau pisang. Tentu sekali sedap sekali.


Ilham bergambar dengan ibu dan teman ibu nya.

Dekorasi cafe yang menawan ini menghidupkan suasana malam yang indah dan romantik bagi meraikan apa sahaja sambutan.

Jika anda berada di Kuantan , Cafe ini amat sesuai untuk meraikan keraian atau apa sahaja sambutan.


Tempat yang luas amat sesuai untuk chit chat dan menikmati makanan bersama keluarga dan insan tersayang.

Jika anda berminat untuk datang ke sini dan ingin melihat lebih banyak lagi gambar menarik anda boleh melihat instagram milik 90 Degress Cafe & Art ini.




Semua gambar dalam artikel ini di kirim oleh kakak saya melalui whatapps dan adalah milik teman atau rakan beliau dan di edit oleh saya.


Sehingga kini saya belum berkesempatan ke cafe ini, tetapi kerana terlalu banyak draft artikel tentang tempat makan best yang sehingga kini saya tidak sempat kemaskini , maka saya berpendapat lebih baik saya berkongsi terus antara tempat makan best di Kuantan bersama anda walaupun saya masih belum berkesempatan merasainya.


Anda boleh melihat segala komen pengunjung di instagram milik cafe ini.

Terima kasih.


*** Ini adalah sambungan artikel seterusnya Tempat Makan Best Di Kuantan :- SUPER KITCHEN



TIDAK GUNA BAJA KIMIA

pisang emas yang lemak dan manis , hasil tanaman belakang rumah oleh ibu saya

Alhamdulillah 3 minggu lepas, saya berpeluang menikmati hasil tanaman ibu saya di kampung iaitu pisang emas yang cukup lemak dan manis.

Sungguh beruntung mereka yang mempunyai tanah walau sekangkang kera, lebih -lebih lagi jika tanah itu tidak dibiarkan terbiar dan di tanam walau hanya sebatang pokok.

Zaman moden dan mencabar ini, terlalu sukar untuk mendapatkan tanaman atau buah-buahan yang tidak mengandungi racun atau karbait.

Saya adalah penggemar buah pisang. Sama ada di makan sahaja, di buat pengat, goreng pisang atau cekodok. Dalam seminggu 2 hingga 3 kali saya akan membeli pisang sama ada di buat sebagai masakan atau di nikmati mentah.

Ayah saya juga penggemar buah pisang semenjak muda sehingga kini. Setiap hari buah pisang adalah buah wajib beliau untuk di nikmati.

Alhamdulillah sehingga kini ayah saya masih sihat dan tidak punya sebarang penyakit walau tentu sekali kebanyakan buah pisang itu di beli oleh ayah saya di gerai buah dan di pasaraya.

Berbalik kepada hobi atau kelebihan menanam buah-buahan atau tanaman sendiri.

Walau jiran-jiran atau satu waktu dulu ibu saya pernah menanam dan rajin membeli baja kimia yang di jual merata-rata di pasar malam atau nursery.

Tetapi dengan wujudnya saya sebagai anak pertama yang tidak menyokong penggunaan baja kimia dengan penanaman sendiri.

Saya sama sekali tidak membenarkan ibu saya menggunakan baja kimia lagi pada setiap tanaman beliau.

Mana mungkin sebuah pokok atau tanaman itu menjadi tanaman organik jika baja kimia yang di gunakan.

Ia, memang satu bonus menanam sendiri tanpa semburan racun, tetapi baja kimia tetap bagi saya adalah kimia.

Ia adalah bonus sebenar jika tanaman itu tanpa baja kimia dan hanya menggunakan baja organik, sama ada dari bancuhan roti atau makanan terbuang mahu pun air teh atau air basuhan beras janji ia bukan baja kimia.

Bukan murah untuk saya mendapatkan sayur organik di kedai organik. Malah saya kini amat jarang sekali menikmati sayur organik kerana kos budget yang semakin meningkat. Selain saya kini berjimat cermat tanpa perlu memandu kereta ke pejabat dengan menumpang adik saya sahaja, kecuali jika saya memerlukan kereta untuk temujanji atau sebagainya.

Seiring zaman yang memerlukan penjimatan yang tinggi, saya kini meletakkan sayuran dalam diet saya hanya di restoran yang menghidangkan pelbagai masakan sayuran kampung sama ada pucuk paku, lemak nangka , lemak labu atau sebagainya. 

Ia sayuran jenis ini jauh lebih murah dari sayur campur seperti brokoli, lobak merah dan sebagainya yang bagi saya jauh lebih tinggi racun dari sayuran seperti pucuk paku, ulam-ulaman, nangka muda atau pun sayur labu.

Walau ia sebenarnya bukan menu kegemaran saya, tetapi , seiring belajar mengenai diet yang lebih sihat saya mewajibkan diri sendiri memilih menu yang kaya sayuran dan tentu sekali bukan sayur-sayuran yang terdiri dari "dirty dozen".

Ia, tidak punyai budget untuk sayur organik bukan alasan untuk anda tidak mencari alternatif lain yang juga baik untuk tubuh anda.

Mujur restoran atau kedai makanan kegemaran saya menghidangkan pelbagai menu sehingga ia menjadi tempat dan restoran kegemaran nombor satu saya untuk makan tengah hari.

Paling penting mungkin kerana saya kini pelanggan tetap restoran ini, caj untuk makanan yang saya ambil kekal murah dan amat berbaloi.

Cukup setakat ini perkongsian saya. Jika anda juga bercucuk tanam, cuba elakkan menggunakan baja kimia. 

Tentu anda akan lebih berbangga jika hasil tanaman anda adalah organik 100%. Cubalah. Cabar diri anda untuk membuat sesuatu yang tidak pernah anda buat.

Tentu anda akan tahu, siapa paling anda cintai dalam hidup anda.

Cintai diri anda dulu sebelum anda belajar mencintai insan lain terutama jika anda seorang yang masih single.

Salam sayang dari saya.

Terima kasih.






Jumaat, 13 November 2015

BLOGGER : IKLAN BERTERUSAN NUFFNANG DI BLOG


dari jumlah sen-sen bertukar sekelip mata menjadi puluhan RM  - untuk imej yang lebih jelas dan besar , sila klik imej

Alhamdulillah, ada lebih dari 10 iklan nuffnang yang sedang 'on-going' di blog pertama saya ini.

Sudah melalui 2x pengalaman CASH OUT dari NUFFNANG, ia sesuatu benda yang bagi saya adalah rezeki percuma walau hanya dari bermain-main dan suka-suka menulis.

Harus saya akui nilai iklan NUFFNANG jauh rendah berbanding platform iklan seperti EXABYTES apalagi ADSENSE.

Mungkin itu antara sebab mengapa semakin ramai blogger telah bertukar kepada platform pengiklanan yang lebih memberi pulangan.

Mungkin saya juga akan begitu selepas cash out NUFFNANG kali ketiga nanti.

Sudah mula 'mengintai-ngintai' platform pengiklanan yang lebih memberi pendapatan lebih tinggi dari segala pembacaan saya mengenai buat duit dari blog.

Berbanding bayaran dari EXABYTES , NUFFNANG amat ketinggalan dari segi betapa perlahan bayaran atau cheque diterima oleh blogger seperti saya.

Kebetulan pula kini NUFFNANG telah tiada lagi status GLITERRATI sekaligus menyebabkan pembayaran atau cheque akan mengambil masa selama 2 bulan bukan lagi sebulan seperti sebelumnya.

Ia bukan soal pembayaran lewat atau tidak.

Ia juga soal perkhidmatan dan bayaran yang lebih menarik yang ditawarkan oleh platform pengiklanan yang lain.

Walau bagaimanapun saya tetap berpuas hati dan bersyukur serta berterima kasih kepada NUFFNANG kerana ia adalah platform pengiklanan pertama di blog yang mula-mula saya terima sebagai pendapatan pasif sebagai blogger.

Terdapat banyak lagi platform pengiklanan selain NUFFNANG yang akan saya explore selepas ini dan akan saya kongsikan dengan anda.

Terima kasih NUFFNANG dan blogger atas peluang , pendapatan pasif ini.

Terima kasih.






Rabu, 11 November 2015

BLOGGER : PENGUNJUNG BLOG



untuk imej yang lebih jelas. Sila klik imej

Jika saya malas menaip blog saya biasanya sekadar melihat jumlah pengunjung blog saya ketika itu (di waktu jam tersebut).

Contohnya seperti imej di atas. Hanya tekan klik pada kolum 'now' maka terpapar jumlah pengunjung yang sedang melayari blog saya ketika saya melihat dashboard blog milik sendiri.


Perasaan saya?

Ada waktunya saya akan bersemangat mencari idea menulis dan ada masanya saya tetap tidak punyai mood untuk terus menaip.

Mungkin kerana saya terlalu kenyang sehingga tidak timbul idea. Dan kadang kala kerana terlalu lapar sehingga tiada mood untuk berfikir.

Dan ada masanya ketika lapar tidak , kenyang pun tidak saya tetap kehabisan idea untuk menulis.

Berulang kali saya catatkan di setiap artikel blog, terutama mengenai pengalaman saya sebagai blogger.

Menulis bukan mudah.

Untuk mendapat mood juga bukan mudah.

Di dashboard milik saya ini terdapat beratus-ratus draft yang dari tahun 2013 masih tidak di siapkan sehingga kini.

Sesungguhnya saya cukup KAGUMI, penulis buku HARRY POTTER, yang terkenal itu iaitu J,K ROWLING kerana mampu menulis berbuah buku cerita hebat dan bersiri dan kini baru sahaja menyambung cerpen ringkas mengenai sambungan kisah HARRY POTTER yang terbaru.

Tidak sabar untuk menonton Filem terbaru sambungan HARRY POTTER yang di ilhamkan dari cerpen terbaru beliau itu, yang khabarnya mengisahkan mengenai anak HARRY POTTER  pula.

Terdapat banyak kisah fantasi dari penulis-penulis barat. Idea sama 'fantasi' tetapi adaptasi novel, cara penceritaan menyebabkan kisah itu tetap berbeza antara satu kisah fantasi dengan fantasi yang lain walau kadang kala kita lihat unsur ia tetap sama. Yang baik melawan yang jahat. Kebaikan melawan kebatilan.

Tetapi setiap naskah cerita dan novel tersebut tentu mempunyai pengorbanan bukan sedikit untuk menghasilkan penceritaan yang mampu memikat bukan sedikit peminat setia. 

Ia bukan mudah menjadi penulis, sama ada menulis novel, cerpen mahu pun blog.

Kembali semula kepada penulisan artikel blog.

Bukan mudah mencari idea dan mencari kekuatan untuk terus menghasilkan karya atau artikel yang bagus untuk sebuah blog.

Walau anda mungkin melihat tajuk artikel itu amat mudah dan pernah muncul di blog-blog lain, tetapi artikel yang di tulis dari pengalaman dan pembacaan tentu berbeza sekali.

Walau sifat bosan menulis dan menaip itu sentiasa muncul tetapi saya harap saya akan terus rajin berkongsi ilmu di setiap blog milik saya dan blog dimana saya adalah penulis tetapnya.

Melihat semakin ramai blogger yang dulu aktif kini makin menyepi, saya kira tentu masing-masing sibuk dengan kerjaya dan dunia baru mereka sendiri.

Semoga saya dan anda tetap punya masa, tenaga dan idea yang bernas, untuk terus menulis.


Terima kasih.








Ahad, 8 November 2015

Sudah amalkan DIET YANG KETAT , tetapi MASIH GEMUK? . INI ANTARA PENYEBAB GEMUK yang tidak anda SANGKA.


Perhatikan setiap bahan kimia yang anda gunakan di rumah

Lihat sekeliling anda. Berapa ramai dari rakan atau kenalan anda atau anda sendiri yang terdiri dari golongan ini?

Sudah mengamalkan DIET YANG SIHAT lagi berkhasiat, tetapi masih GEMUK?.

Sudah melakukan pelbagai senaman dan diet , tetapi berat hanya turun sedikit sahaja.

Sudah mengamalkan DIET yang sihat berkurun lama termasuk senaman, malah berjaya turun 20 kilogram ke 30 kilogram tetapi selepas 4 tahun berat naik mendadak walau diet sihat, yang sama masih diteruskan termasuk pelbagai senaman?

Jika anda tergolong dalam golongan ini, mungkin sudah tiba masanya untuk anda melihat segala senarai barang-barang kegunaan harian anda termasuk pewangi udara, semburan rambut, syampu, kuali tidak melekat dan pelbagai barangan yang anda gunakan setiap hari.

Pelik tapi inilah hakikat sebenar, dunia hari ini dipenuhi dengan segala bahan kimia baik dalam udara, persekitaran dan apa sahaja yang anda pegang dan sentuh.



Satu lagi fakta yang harus anda telan. Terdapat beberapa ubat dan supplement yang anda amalkan juga menyebabkan kegemukan.

Sila semak segala makanan penambah tenaga anda , ubat-ubatan, supplement walau dikatakan campuran makanan sunnah kerana terdapat bahan kimia berbahaya untuk menjadikan makanan , ubat dan supplement tersebut tahan lama dan tidak rosak.

Selain itu emosi juga turut memberi kesan kepada kenaikan berat badan.

Belajar kawal emosi dan perasaan serta stress anda. Hormon yang tidak stabil di dalam tubuh juga boleh menyebabkan kegemukan.

Jika individu tersebut pernah melakukan pembedahan juga dikatakan sebab mengapa seseorang itu tiba-tiba gemuk atau susah untuk kurus, terutama jika ia melibatkan kemasukan air yang banyak di dalam tubuh ketika rawatan. 

Ramai mengatakan kegemukan adalah sebab genetik, tetapi terdapat juga mereka dari genetik dan sejarah kurus yang menjadi gemuk.

Malah ada juga individu dari genetik GEMUK ,tetapi berjaya kurus dengan diet dan barangan semulajadi sebagai bahan kegunaan harian.

Terdapat banyak lagi sebab kenapa seseorang itu boleh gemuk dan mengapa kegemukan tetap terjadi.

Anda boleh cuba melakukan carian google untuk pelbagai info lain.

Semoga artikel ini membantu anda dalam memilih produk kegunaan harian yang lebih selamat.

Terima kasih.




Jumaat, 6 November 2015

PETUA & REMEDI UNTUK MENGECUTKAN @ MENYEMBUHKAN TONSIL




Assalammualaikum wbt dan salam  Jumaat yang berkah.

Ini adalah petua dan remedi perkongsian dari sahabat saya di group TELEGRAM kesihatan yang saya sertai iaitu PUAN LIZA.

Menurut perkongsian pengalaman beliau ,anak beliau sering mengalami masalah tonsil dan REMEDI atau PETUA MENGECUTKAN TONSIL ini di beri oleh suami beliau untuk di amalkan.

Dan alhamdulillah, setelah mencuba pelbagai petua, ubat dan remedi, ALLAH memberikan kesembuhan dengan rawatan mudah ini.


Bahan-bahan yang di perlukan ialah :-

1. Isi lidah buaya (kisar sehingga benar-benar halus dan cair)
2. Bedak sejuk

Cara-cara

Lidah buaya yang telah di kisar di campurkan dengan bedak sejuk.

Jadikan seperti pes.

Sapukan di bahagian sakit tonsil sama ada di tekak atau kerongkong.

Insyaalah ramuan remedi dan petua ini akan membantu tonsil yang bengkak untuk menjadi kecut dan menjadikan demam tonsil tersebut lebih terkawal dan mudah sembuh.

Sapuan ini juga boleh digunakan untuk sakit kelenjar lain sebagai rawatan alternatif.

Malah rawatan petua dan remedi ini juga amat sesuai untuk masalah jerawat dan kulit yang lain.

Sila lakukan patch test dahulu sebelum memulakan rawatan atau remedi atau petua tradisional mengikut kesesuaian kulit dan tubuh.

Selamat mencuba.





Khamis, 5 November 2015

JAMU UNTUK MENGHILANGKAN MASALAH PERUT BUNCIT DAN ANGIN DALAM BADAN


antara bahan yang digunakan ialah bawang putih
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Ini satu lagi resepi JAMU HOME MADE atau buatan sendiri yang mudah dan saya temui dalam facebook.

Maaf saya sendiri tidak tahu resepi asal jamu ini milik siapa.

Ini antara bahan-bahan untuk JAMU HILANGKAN PERUT BUNCIT

Bahan-bahan Jamu

1. 15 Biji Lada Hitam
2. 4 Ulas Bawang Putih
3. 3 inci Halia Muda
4. 3 Sudu Halba

Cara Membuat  Jamu 

Kisar semua bahan di atas atau tumbuk halus.

Isi dalam mangkuk dan bulat-bulatkan seperti jamu yang di jual.

Lebih elok jika anda gumpal-gumpal atau buat sebesar guli.

Makan sebiji sehari.

Lebihan jamu boleh simpan di dalam bekas dan simpan dalam peti ais untuk tahan lebih lama.

Selamat mencuba bagi mereka yang menghadapi masalah perut buncit .

Jamu ini juga sesuai untuk mereka yang menghadapi masalah angin dalam badan berdasarkan bahan-bahan yang digunakan.

Bahan-bahan semulajadi yang mudah didapati dan terkenal dengan khasiat ini amat sesuai untuk anda amalkan dan lebih menjimatkan kos serta selamat.

Terima kasih atas resepi jamu hebat ini.

Terima kasih.


Selasa, 3 November 2015

KERJAYA SEBAGAI PERUNDING TAKAFUL DAN INSURANS





Buat masa ini saya adalah PERUNDING TAKAFUL DAN INSURANS bagi syarikat HONG LEONG MSIG TAKAFUL dan HONG LEONG ASSURANCE BERHAD.

Menyentuh mengenai semua BLOG penulisan saya yang jarang saya bangkitkan mengenai bidang kerjaya saya, dan perkongsian saya mengenai DIET YANG LEBIH SIHAT serta perniagaan CRUNCHY FLAKES by QK yang baru diperkenalkan, saya akui saya jarang mendapat pertanyaan mengenai bidang kerjaya saya sebagai PERUNDING TAKAFUL DAN INSURANS.

Cuma beberapa minggu ini , wassap dan mesej di FACEBOOK mula menjengah mengenai pertanyaan tentang INSURANS dan TAKAFUL.

Jika anda adalah antara mereka yang pernah atau mula meminta pendapat saya mengenai PRODUK TAKAFUL DAN INSURANS yang HONG LEONG MSIG TAKAFUL dan HONG LEONG ASSURANCE tawarkan, saya mengucapkan jutaan terima kasih walau mungkin anda akhirnya bukan menjadi pelanggan saya.

Sebagai tempat rujukan walau saya bukan pakar mengenai bidang insurans dan takaful, saya hanya berkongsi apa yang saya tahu juga mengenai produk saya.

Harus di akui saya mempunyai beberapa permintaan quotation dan pertanyaan ikhlas dari pembaca-pembaca blog saya dan juga sahabat facebook yang saya sendiri tidak kenali tetapi mengikuti setiap status dan perkongsian pages milik saya atau status insan lain di facebook yang kini saya semakin aktif berkongsi.

Secara ikhlas pertanyaan mengenai produk takaful dan insurans saya bermula tahun ini dan bulan ini. Bulan ini sahaja 2-3 pertanyaan diajukan kepada saya di FACEBOOK dan di WASSAP.

Dari perkongsian mereka yang berminat mengetahui tentang produk yang HONG LEONG tawarkan,


Mereka menjumpai saya melalui google dari forum cari juga dari butang carian di facebook.

Seterusnya membawa kepada facebook milik saya.

Sejujurnya saya cukup susah menulis mengenai insurans dan takaful di wall facebook milik saya.

Setahun rasanya tidak sampai 5 kali saya menulis status mengenai produk atau kerjaya takaful dan insurans saya. Itu di facebook apa lagi di BLOG milik saya sendiri.

Melihat senario ini, sudah masanya saya akan aktif untuk mewar-warkan mengenai status dan kerjaya saya kepada pembaca, sahabat facebook dan follower saya juga di google.

Menulis mengenai produk INSURANS DAN TAKAFUL serta pengalaman dalam bidang insurans dalam blog kerjasama terbaru yang akan bergerak aktif dalam tahun 2016 nanti, saya akan berkongsi dengan anda tentang segala pengalaman suka duka saya di bidang insurans dan takaful

Setiap insan ada pengalaman masing-masing.

Saya tidak pernah menyesal dengan setiap yang pernah terjadi dalam hidup ini, yang penting ia adalah pengajaran dan pengalaman paling berharga dalam hidup.

Jika anda berminat mengetahui mengenai produk TAKAFUL & INSURANS, anda boleh menghubungi saya melalui email, mesej di facebook atau wassap saya.

Pertanyaan mengenai produk sahaja akan di layan.

TERIMA KASIH.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...