Rabu, 13 Ogos 2014

ANDA KATEGORI MANA ?????





so.. anda kategori mana ? playboy @ prayboy

Assalammualaikum wbt.. dan hai kepada semua pembaca blog saya yang tersayang…. Ini kisah seterusnya untuk saya kongsikan dengan anda…


Di sebuah kopitiam.. setelah tamat disscussion.. dan semua kawan sudah pulang… :-

Gadis A : Apa cerita kawan kau eddry yang hensem tu?.. bertahun tak jumpa dia.. hensem dia tu… dah ada gf belum? Orang macam tu mesti ramai nak… baik je nampak orangnya….. 

Lelaki A: baik?... playboy tu ye…

Gadis A: hello… dia setakat mulut manis… bukan playboy.. mulut manis dengan playboy ni different…

Lelaki A: playboy lah tu.. dah semua gal dia nak… memang playboy…

Gadis A : tu nakal namanya… adui.. playboy ini jenis ‘permainkan’ wanita… aku semua laki aku cakap hensem.. kalau dah memang hensem. .dan puji depan2..” u ensemlah”… so what?..

Lelaki A: kau ni tak faham… nakal tu lain… nakal tu sekadar usik-usik tak bagi hope… nih kalau bagi hope playboy la….jahat plak lain.. banyak teruk dari nakal…

Gadis A: playboy ni… kau kuar dengan gal A ko cakap kat semua kawan kau depan gal tu ni gf kau.. esoknya kau bawa gal B .. kau perkenalkan dengan kawan-kawan kau ini gf kau jugak depan gal B tu.. lusa pun sama.. gal C plak.. tulat gal D pulak.. faham?.. tu playboy.. sekali hantar sms “morning darlings”. .kat 10 gal.. faham???...

Lelaki A: ikut kau la.. malas aku layan…




Suasana diam sebentar.... lepas itu.. biasalah perempuan.. sambung lagi bercakap... heheheheh
 

Gadis  A: kalau kasanova plak.. lepas tidur dengan gal tu.. tidur dengan  gal len. .pastu gal len lagi… pastu wat-wat tunang pastu nak kahwin sangat dah putus… pastu dengan gal len plak.. tu kasanova ye….

Lelaki A: Kalau jenis  kuat melayan?...

Gadis A : gal ke laki ke kalau kuat melayan.. .yang orang hantar sms 10 patah.. dia reply balik 15 patah… orang ajak keluar.. .dia pun keluar… .orang beli barang hadiah segala dia ambik.. orang nak perkenalkan kepada family parent.. ikut jek.. coz dah biasa kenal semua family kawan-kawan berlainan jantina.. lepas tu wat ala “gal @ boy melayu terakhir”..  pastu makan pun duk suap-suap.. tu kuat melayan ye.. harap maklum….

Lelaki A : bis kalau orang tak kuat melayan macam mana?..tapi  orang tu plak yang jenis ‘perasan’ macam mana plak?

Gadis A : Orang tak kuat melayan ni.. kadang-kadang 20 sms @ msg hantar pun dia tak layan…. Coz dia taknak.. tak bagi orang ‘hope’ mengarut…. Bila orang bagi hadiah @ ajak keluar nak belanja makan semua.. tolak dengan elok.. tu tak kuat melayan… tak wujud orang jenis ‘perasan’ ke tak… layanan kita yang membuatkan orang yang dari tak reti nak ‘perasan’ boleh perasan ye…

Lelaki A: abis.. kalau dah kita buat sale... takkan nak cakap kuat melayan plak. .kalau dah client kita berlainan jantina.. birthday dia mesti 1st wish.. hantar kek segala… raya pergi beraya kat rumah kalau dia ajak.. buat open house segala….mestilah kenal family terus… Sedap je kau buat conclusion.. kira kau pun sama.. kuat melayanlah ye…

Gadis A: hello… aku cakap dengan client dalam phone… tak berjam ye.. cakap benda yang penting-penting.. sms @ message only hal bisness ye dengan wish besday & raya… just kalau dia question nak beli benda yang dia tak tahu kat mana baru aku bersungguh reply.. btw, client aku bujang-bujangan tak adalah yang ‘terover’.. kita boleh kenallah orang suka kita jatuh hati tak.. so janganlah bagi hope.. atau buat suara lemah lembut manja.. ayat manis menggoda melampau. .agak-agaklah.. be professional… malah kadang-kadang aku menipu je status aku yang aku dah tunang ok… maksudnya aku tak kuat melayan… ada faham???...

Lelaki A: kau tahu tak.. antara lelaki dengan wanita… wanitalah lagi banyak bagi hope..especially yang age-age macam kau ni ye…

Gadis A: hello… apa kena mengena age aku.. dengan kaum wanita lagi banyak bagi hope?...

Lelaki A: ialah.. aku nak cakap nanti takut kena hentam… tapi serius… kau pi Tanya lelaki yang lain.. jangan asyik cakap lelaki saja ye… bab kuat melayan pun.. terutama kat fb semua pun wanita…. 

Gadis A: try ko cakap … macam mana jenis melayan dengan bagi hope?.....

Lelaki A : ko pi buka fb , kau tengok sendiri.. lepas tu tengok sekeliling kau ye.. .kalau bercakap pun. .. sampai badan kepala dah nak kehadapan atau berdekatan lelaki time ketawa.. .benda tak kelakar pun buat ketawa-ketawa.. motif????....aku tak cakap kau ye.. kau different… hehehehe.. kang.. putus siratulrahim plak….. hahahahah

Gadis A: malas aku layan kau.. setakat set tak sampai rm10. .. sila belanja ye… aku nak balik.. dah janji ye dengan Mazlan nak teman dia keluar pi shopping baju malam ni.. Sanggup tu datang dari KB  nak shopping baju punya pasal kat KLCC… 

Lelaki A: pasal dia tak ajak aku teman dia shopping?.. aku free malam ini.. dah la datang KL tak inform…. Tak kan takut aku suruh belanja kot.. .income pun puluh ribu... berkira ye dengan aku.. heheheheh

Gadis A: dia datang kejap je kot.. tu tak bagi tau kau… lagi pun memang every 2 wex dia datang KL.. ajak aku teman dia shopping…dah berbulan dah…macam tu…

Lelaki A : every 2 wex ????? (muka kehairanan sangat..) hmmmmm……

Selepas membayar bil.. masing-masing membawa haluan sendiri…


Terima kasih kerana membaca entry ini.. salam sayang dari saya.. love, huge & kiss....


** Terima kasih juga kepada google atas gambar-gambar diatas... 





Selasa, 12 Ogos 2014

LAVENDER




harum dan indahnya lavender - image dari google




Assalammualaikum wbt… dan hai…untuk semua pembaca blog tersayang saya….

Inilah kisah ‘lavender’ yang saya ingin sharing dengan anda semua ….actually 'dalam' maksud lavender ini... so terpulang pada anda... untuk mentafsirkan sendiri....

Tahun 2000 disebuah bank  …. tiada kerusi dan meja.. pelanggan semua kena beratur menunggu giliiran, tetapi hampir setiap hari ada seorang pelanggan (jejaka) yang sanggup memberi gilirannya kepada orang lain, asalkan dia dapat ke kaunter gadis @ teller idamannya.. walau terpaksa beratur berjam-jam semata-mata ingin bercakap dengan gadis idaman :- 

Sketsa di kaunter 

Gadis (teller bank) : Tak penat ke beratur berjam-jam semata-mata nak bank in dekat kaunter saya?... lagipun.. pagi tadi kan encik dah bank in duit? Kerja encik memang keluar masuk, keluar masuk duit ke?

Lelaki (Client) : I baru ‘grad’ .. memang tengah menunggu offer kerja atau further study… u lunch pukul berapa esok?.. dah banyak kali I Tanya ….i nak lunch dengan u…

Gadis (Teller bank) : berapa kali I nak cakap I dah bertunang (tipu sunat)….. sorry…. Ini slip encik.. terima kasih… Next…(sambil panggil client lain)…

Si Lelaki terus sambung beratur lagi… dan lagi… tidak apalah lenguh kaki.. janji boleh tengok gadis idaman…. (fuh!!! Buta sungguh cinta….hehehhehe)


Akhirnya setelah berbulan memikat…dalam telefon…

Gadis (teller bank) : sayang.. jangan lewat… I takut bus I sampai awal…nanti kena naik bus lain.. I takut balik lewat malam….

Hujan turun dengan lebat sekali…. 

Lelaki sambil menunggal motor RXZ.. dengan lajunya.. kerana sudah terlewat untuk berjumpa dengan sigadis.. .hampir sahaja kemalangan didepan si gadis… (gadis yang sedang memerhati.. hanya mengucap dan bersyukur kerana ….tiada apa-apa berlaku kepada si kekasih)…

Lelaki : U tahu tak.. I bila nak datang sini tadi.. hampir accident tau…coz tak nak terlepas jumpa u… kalau tidak I dah mati atau dekat hospital sekarang ini.. so, baik u jangan berleter…. 

Gadis (diam saja… sebenarnya Nampak dah didepan mata… tapi malas tunjuk perasaan risau dan terharu…. Its so touching darlingz….. serius…….)


Setelah 2 tahun berlalu….Dihari Raya Aidilfitri…

Lelaki : u datang tahu raya rumah i.. u jangan nak mengelat… dari last year lagi I suruh u datang… selagi, u tak datang I memang takkan keluar beraya kemana-mana.. I duduk rumah saja sampai u datang… so baik u datang raya… I nak introduce u kepada semua family I ni.. semua balik beraya….

Gadis: boleh tak I bawa geng i?

Lelaki: U bawalah 10 orang .. 1 bus pun sayang.. janji u datang… I nak beraya dengan u.. I nak datang sangat beraya rumah u kenal family u.. u tak bagi…

Gadis : insyaallah…


Raya Pertama … di talian telefon..

Lelaki : sayang…dah pukul 5 ni.. kawan I dari tadi tunggu dekat rumah I nak keluar beraya bersama-sama… I tunggu u ni… I nak introduce u kat family I ni.. datanglah…. I tunggu dari pagi tau.. tak keluar mana-mana.. .kawan I asyik suruh I keluar beraya ni….I dah cakap kat kawan i. .selagi u tak datang... i takkan keluar beraya....kawan i suh u datang segera...dia nak pi beraya...

Gadis: oklah..… pukul 6 I datang tau. .dengan yati dan sariza… ok…


Akhirnya… Dirumah lelaki di Aidilfitri…

Mak lelaki : makan je apa yang ada..makanan kering cukuplah ye ….(bercakap didepan kawan-kawan si gadis, sedangkan.. dekat meja sebelah lagi.. berlambak segala masakan basah, ketupat rendang..satay dan sebagainya)…

Gadis : tak apalah mak cik.. kitaorang memang dah kenyang.. terima kasih..


Si Lelaki datang dari dari dapur ke ruang tamu membawa air…

Lelaki: sayang.. I yang buat air ni tau… untuk untuk u rasa.. sedap tak?...

Gadis: ok.. sedap…tqvm

Yati:.. kau buat.. rajin sungguh… suami mithali sungguh…

Family lelaki… buat hal sendiri.. seorang pun tidak bertegur sapa dengan gadis dan kawan-kawannya…






Balik dari rumah lelaki.. .didalam kereta…

Sariza : aku berani kerat jari… family bf ko memang tak suka kat ko.. .tengok gaya diaorang tadi pun aku dah tau… siap cebik-cebik bibir.. tak layan langsung kita… ko tengok je lah mak dia…. 

Yati: aku pun rasa macam tu… masam gila air bf ko buat… tapi sayang punya pasal kat kau. .sanggup buat air… basuh pinggan semua… memang dia gila kat ko la… baik sungguh bf ko tu ye… hahahaahah

Gadis : aku dah lama tahu.. parent dia dengan family dia tak suka aku.. .tu aku malas pergi beraya dan call dia….

Yati: macam mana kau tahu?

Gadis : aku tahulah.. setiap kali aku call dia macam mana mak dia cakap… family dia cakap dia keluar dengan girl tu. .girl ini lah.. mak dia cakap dia tak ada la… padahal dia tengah mandi.. kita boleh tahu lah…

Sariza: wei.. anak orang kaya tu… ko tengoklah betapa besar rumah dia… tinggal plak kawasan orang kaya… tu pasal dia tak sabar-sabar nak ‘show off’ rumah dia kat ko… tengok adik beradik dia. .kereta diaorang…. Kena plak bf ko anak bongsu.. graduate university plak.. .kau apa ada?.... 

Yati: kali ni aku terpaksa sokong sariza… susah wei…. Kalau parent tak restu ini. .tak kemana… kena pulak adik beradik dia semua graduate.. jawatan-jawatan besar… kau cakap dia ajak kau tunang kan?... aku jamin mak dia takkan masuk meminang.. .tengok dari gaya.. tapi tak tahulah.. kot sayang anak punya pasal.. anak bongsu kan?.....tapi silap hb.. ko tuning pun boleh putus… kalau mak tak restu…


4 bulan kemudian…


Lelaki : u ni kenapa?.. coz I tak sekaya dia?.. I kan baru kerja… my mum bukan tak suka u.. dia just nak I dah stable… untuk kesenangan kita juga.. that why I buat macam-macam part time sekarang… nak kumpul duit.. semua untuk u tahu tak.. kita kahwin.. kita tak perlu tinggal dengan parent i.. walau rumah I tu banyak bilik kosong… I betul-betul cintakan u… u ingat I main-main ke???

6 Bulan Berikutnya…

Yati : bf ko tau tak ko dah pindah kl?

Gadis: tak.. lantak dialah… aku lost contact macam tu je.. semoga dia jumpa gadis yang lebih baik…
Yati: kau tahu tak.. officemate aku tu rupa-rupanya junior bf kau.. dia kata bf kau tu.. giler baik orangnya.. sayang plak kau lepaskan… ingat lagi aku. .sampai dia call kakak aku.. demi nak bercakap dengan kau. .siap nangis-nangis lagi…kakak dengan abang–abang aku semua cakap.. bf kau tu baik giler… sayang betullah…. Korang tak de jodoh… aku pun sedih… aku cerita kat kawan-kawan aku kisah korang.. semua menitik air mata….

10 tahun kemudian….

Gadis :  aku jumpa kawan xbf aku dulu tu.. ingat lagi tak…. 

Yati : ooo… ok. .yang kita pergi beraya rumah dia tu?. .yang family dia tak suka kau tu?

Gadis : yup… xbf aku tu.. dah kawin ye.. .dah beristeri dua pun ok… harap maklum…

Yati : kau ni biar betul?.. dia kan punyalah setia.. .baik giler pulak tu….

Gadis: no comment… coz aku dah berzaman tak jumpa dia ye… semoga dia bahagia…..

Yati: dia dah berbini 2.. ko tak kahwin-kahwin… heheheh…

Gadis : Do u believe in love ???????

Yati : hmmmm……..


Sekian sahaja entry ini… terima kasih kerana membaca entry ini. .salam sayang dari saya… love, huge & kiss…







Sabtu, 9 Ogos 2014

Saya Pilih DIA ....








Assalammualaikum wbt dan hai kepada semua pembaca blog tersayang saya… ketika ramai masih mengunjungi ‘open house’… saya harap masih ramai juga yang berpuasa enam syawal…. 

Baiklah… hari ini saya ingin ‘sharing’ tentang kisah-kisah dan pengalaman mereka dan saya mengenai hubungan dan mengapa kami pilih dia… dan tolak ‘anda’ walaupun anda tentu sekali sekali imbas lebih ‘berkedudukan’ , ‘berketurunan’ , ‘berupa’,  ‘berdarjat’ , ‘berharta’ , ‘lebih warak dan alim’ , ‘berkaliber’ dan sebagainya… malah mungkin lebih ‘romantik dan caring’ dari sidia pilihan hati kami… 

Ini jawapan ‘kami’ :-

KES 1)

 “Kita sudah berkawan dan bercinta lama.. lebih 3 tahun.. tapi sayang… perangai u masih tidak berubah.. duit asyik habis tukar ‘sport rim’ setiap kali nak beraya… bila bagi ‘hint’ untuk berkahwin… jawapan ‘duit tidak cukup’.. .so I ambil je la.. lelaki yang baru habis grad itu.. tak apalah muda pada i.. hatta dia pakai kancil.. u pakai Honda pun… janji… duit dia tidak habis ke ‘sport rim’… dia lebih sayang i.. pada kereta ye…”
 
Tut-tut.. tetiba anda menjawab.. ..tinggalkan dia… pilihlah i.. .4 bulan sahaja cukup 10k I simpan.. gaji I besar… I sumpah tidak akan tukar sport rim…lagi tiap kali raya… 

- minta maaf banyak-banyak sayang… time orang nak.. dia serius nak.. kalau dah tak nak pun. .memang serius orang tak nak ye.. .so sila cari lain…terima kasih….

KES 2)

“u ajak I kahwin.. I cakap ok… sekarang I bz simpan duit… kurangkan keluar dengan u… so automatic kurang kuar duit minyak, tol, makan segala… u bukan nak syer.. padahal gaji kita 2x5. U bukan ada kereta.. I nih kereta lagi nak bayar sewa, maintenance lagi, insurance lagi… bukan I berkira atau lelaki yang tidak bertanggungjawab.. tetapi bila I kurangkan call.. kurangkan keluar dengan u.. u asyik bising cakap I tidak ambil perhatianlah.. dah berubahlah.. berapa kali I nak cakap dan terangkan I sekarang tengah save duit nak kahwin dengan u… u nak apa sebenarnya ?...setiap kali I call.. u asyik merajuk dan bergaduh.. u ingan credit itu free??... kerja I sudah cukup pening.. u plak buat I pening… I pun jadi rimas dengan u….kebetulan I memang decide nak ‘settled down’ this year.. .kebetulan pulak u buat perangai keluar dengan jantan lain.. lebih baik I ambik ‘dia’ yang bertahun buat muka tidak tahu malu nak kat i… sekurang-kurangnya.. .dia tidak memeningkan kepala i.. dan buat I sakit hati”…

 - kes gf. nak sangat perhatian sampai buat bf cemburu...keluar dengan lelaki lain yang semenjak dahalulu 'musuh tradisi bf @ persaing terhebat bf'...aduii... tolong berfikir panjang sebelum buat apa-apa tindakan darlingz.....

KES 3 )

“Mana janji u? .. I dah cakap awal-awal.. kita dah berjanji …I hanya ada 10k sahaja duit untuk kahwin.. itulah untuk hantaran semua… ni dalam proses tunang.. lagi setahun nak kahwin.. macam-macam pulak penambahan. .cincin nak yang rm800 plus gelang nak rm2k.. hantaran-hantaran lain .. handbag kasut nak paling kurang guess… sayang… I nihz banyak lagi nak tanggung… selain komitment bulanan I sebelum kenal dengan u… yang memang dah tinggi.. kenal u makin tinggi.. nihz.. nak kawin.. macam-macam lagi penambahan u minta. .i bukan berkira.. tetapi nak kumpul 10k pun nak mati I ikat perut… belum lagi nak tempah homestay untuk kenduri kahwin kita lagi. .minyak kereta semua dari Kelantan ke kedah… so, kalau tidak sampai 4bulan kita bertunang ni pun macam-macam penambahan u buat.. tidak tahula lagi 2 bulan kita nak kahwin nanti macam mana… dari awal-awal janji u pun entah kemana.. so.. I terpaksalah tangguh perkahwinan kita.. duit simpanan untuk kita kahwin pun dah makin menyusut….beli barang hantaran u yang tak masuk list tu…ni gaji bulan depan awal-awal lagi u suruh I budget untuk beli kain buat baju nikah…pening kepala I sayang.. kita tangguh la nikah ye… ”

- bila dah start tangguh dan tangguh.. faham-faham sajalah.. kami pun kenallah orang lain yang lebih memahami dan pegang janji.. moral of the story.. permudahkan dan percepatkanlah urusan kahwin dan jangan mungkir janji....


KES 4)

Di sebuah kafe 

Lelaki A  : ko ni setakat sandwich macam ni.. rm9.90 .. ko beli 1 set. .aku boleh buat untuk kau ye esok…

Gadis : banyaklah kau….

Esoknya :- 

Lelaki A : nah untuk kau… (sambil memberi sandwich isi tuna dan cheese)

Gadis: adui.. kau buat sungguh untuk aku ????

Lelaki A: ini kek coklat kukus… aku guna koko van houten dengan pure butter scs… ko kan suka sangat kek kukus coklat guna van houten dengan pure butter… aku buat sendiri taw… 

Gadis: favourite aku ini….hmmm… (dalam hati.. touching ‘giler’)

Lelaki B yang asyik hantar bunga.. bagi coklat godiva.. segala… terus ‘direject’.. actually gadis sebenarnya lebih pandang sesuatu yang Nampak kecil.. tetapi yang dibuat oleh lelaki itu sendiri berbanding barang mewah yang mahal… itu sebab Anda direject ye….jangan perkecilkan perbuatan yang Nampak kecil ok’.

Sewaktu ‘open house’

Gadis : aku rasa lebih 10yr aku tak masak ye… tak ingat dah aku masak ‘singgang’ macam mana ok..

Lelaki B : tidak apa.. duit ada ambik je maid… kahwin nanti… 

Lelaki C:  ala.. aku sanggup jadi kuli kau memasak ye… lagi pun sekarangkan ada bahan segera… even utube semua kau boleh belajar…. 

Lelaki D: Aku nak cari bini pandai masak ok… kau rejected ye…. Tapi coz aku sekarang dah pandai masak dan suka memasak… aku rasa kau paling sesuai jadi wife aku…walau taste aku gal pandai memasak… heheheheheh

Lelaki A: benda kecik.. kakak aku dulu pun malas masak.. tak pernah masuk dapur pun… mula-mula kahwin.. masak nasi pun hangus… sekarang semua dia terer memasak .. aku pun tak sangka…

Gadis : oh… hensem plak aku nampak ‘Lelaki A’ ini (cakap dalam hati. .sambil tersenyum kepada jejaka A)


KES 5 )

Suatu malam di sebuah restoran 

Gadis : u.. dah pukul 10 lebih ni… jom balik

Lelaki : sabarlah.. I baru jemput u tadi pukul 8.. ni dah nak balik.. kita pun baru sampai tau…

Gadis : u kan dah janji before I setuju keluar.. I kena sampai rumah before pukul 11..

Lelaki : sayang… u ni macam baru kenal dengan i.. kita dah bercinta 3yr ok.. bukan I buat apa-apa dekat u pun… sini ramai oranglah… I tak bawa u kat hutan ok… 

Gadis: u jangan lupa ye.. prinsip i. .pukul 11 dah kena ada dekat rumah.. I nak tidur lepas itu esok I nak bekerja sayang....

Lelaki ; u ni banyak sungguh songel lah.. u kan kerja sendiri…masuk office pun lewat pada i… oklah.. jom balik ! (sambil merenggus, tarik kerusi terus ke kereta sport mewah dekat parking)

Si gadis belum lagi habis tutup pintu terus , si jejaka.. drive kereta laju giler tanda protes… si gadis dalam kereta ‘berzikir’ banyak-banyak sambil peluk tubuh.. (takut ok.. nanti accident)….

Situasi sampai di rumah si gadis :-

Gadis : terima kasih banyak-banyak belanja I makan dan pegang janji hantar I pulang tepat pada waktu ye sayang… tu pasal I sayang u.. .coz u ni selalu mengalah dan memahami i… take care…drive carefully tau.. jangan laju-laju...

Baru sahaja si gadis keluar sebelah kaki.. nak keluar kaki sebelah lagi.. si jejaka terus pecut kereta.. ..sampai nyaris terjatuh si gadis… 

Jejaka merajuk 2-3 hari.. lepas 3 hari si jejaka menelefon gadis.. ajak keluar lagi… bayangkan jika anda berada ditempat si gadis???....

- Sorrylah yea… tidak semestinya.. anda berkereta sport.. ada rupa gaya sikit.. nak bersikap ‘tidak beradab’ macam itu…walau anda memang jenis ‘berangin @ baran’.. itu antara reason why anda direject.. .dan diganti dengan orang yang kurang berharta dari anda tapi tahu adab… tqvm

 - Bersambung Part 2....


Terima kasih kerana membaca entry ini. .salam sayang dari saya.. love, huge & kiss ..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...