Isnin, 14 Julai 2014

Motivasi : Kisah Jatuh Bangun Insan TERKENAL di Dunia



pic from goggle


Assalammualaikum wbt...

Oleh kerana hari ini saya 'kurang mood' untuk bekerja.. heheehehe dan tidak larat untuk berfikir untuk menulis entry.. so saya ingin 'sharing' kisah jatuh bangun insan terkenal di dunia ini didalam hidup.. semoga kisah mereka ini memberi inspirasi kepada kita.. bahawa kejayaan itu bukanlah mudah sebenarnya... dan betapa kesungguhan dan sikap tidak berputus asa itu penting untuk berjaya...


so sama-samalah kita menjadikan mereka ini idola untuk berjaya...

Adakah anda berasa anda telah cukup gagal dalam hidup? Lihat tokoh-tokoh terkenal ini yang juga mengalami kegagalan dalam hidup tapi bangkit kembali,malah menguasai dunia!!

-Genius Albert Einstein, hanya boleh bercakap apabila umurnya 4 tahun!

-Saintis Isaac Newton sering gagal ketika sekolah dan diberi gelaran oleh guru-guru sebagai murid yang “tiada harapan”!

-F.W Woolworth ketika berumur 21 tahun bekerja dikedai runcit sering dimarahi oleh pemilik kedai sebagai “seorang yang tidak pandai menjual!”. Kini, Woolworth adalah antara rangkaian pasaraya terbesar di United Kingdom!

-Pengasas Disneyland, Mr Walt Disney ketika bekerja di syarikat akhbar pernah dimarahi oleh editornya oleh kerana “Tidak mempunyai imaginasi dan tidak pernah mempunyai idea yang bernas”! Walt Disney juga dipecat oleh editor suratkhabarnya kerana beliau dikatakan ketandusan idea.

-Michael Jordan, pemain basketball terulung pernah dikeluarkan dari pasukan basketball ketika di sekolah menengah!

-Thomas Edison, pencipta lampu mentol pula ketika sekolah sering dimarahi oleh gurunya dengan “Seorang murid yang terlalu bodoh untuk pelajari apa sahaja”!

Thomas Edison juga gagal dalam lebih 1,000 eksperimen dalam mencipta lampu mentol sebelum menjumpa formula sebenar cara menyalakan lampu mentol!

Fred Smith (pengasas Federal Express) mendapat ‘C” dalam proposalnya di Yale University untuk idea sistem penghantaran malam.

Col. Harland Sanders (pengasas KFC) telah gagal lebih dari 1000 kali untuk mendapat platform untuk memperkenalkan ayam hebatnya yang sangat terkenal kini.

King C. Gillette (pengasas Gillete) gagal hampir 6 tahun untuk mengumpulkan dana mengetengahkan ciptaannya yakni pisau pencukur Gillitte.

Nick Vujicic,seorang pakar motivasi terkenal yg dilahirkan tanpa tangan dan kaki pernah berkata, 'I was deeply depressed when I was eight years old,' he said. 'I went to my mum crying and told her I wanted to kill myself.

Adakah ikon-ikon di atas pernah mengalah dan berhenti daripada melakukan apa yang mereka percaya? Sudah tentunya tidak. Kegagalan adalah sesuatu yang pasti dilalui oleh setiap insan dalam mencapai kejayaan. Apa yang membezakan mereka yang berjaya kini dan mereka yang tidak adalah, mereka yang berjaya melihat kegagalan sebagai peluang untuk belajar supaya kegagalan tersebut tidak diulangi. Apabila jatuh, mereka akan bangun semula!

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:

“Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah S.W.T, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah S.W.T tanpa dia membawa dosa sedikitpun.”
(Hadis riwayat Imam Tirmizi)

Umar Abdul Aziz pernah berkata kepada para panglimanya: “Sesungguhnya kita memerangi musuh dan melawan musuh kita dek kerana kemaksiatan yang mereka lakukan, seandainya bukan kerana itu kita sebenarnya tidak mempunyai kekuatan apa-apa pun kerana jumlah kekuatan kita tidak seperti jumlah kekuatan mereka, maka kita mampu menang kerana kekuatan keimanan kita”

INGAT! Katakan pada diri anda,"‘aku akan terus bangun, berdiri dan berlari, kerana aku bukan lemah!’

Bermotivasi sangat entry ini kan???... semoga kita mendapat manfaat dari entry ini. Terima kasih kerana membaca entry ini.. salam sayang dari saya .. luv! & muahhhzz!!!



 

Rabu, 9 Julai 2014

CINTA TANPA RESTU








Pernahkah anda melalui pengalaman cinta tidak direstui?... jika anda adalah antara kalangan ini.. tentu anda seorang yang cukup tabah menghadapi dugaan hebat cinta ini… ada pasangan akhirnya Berjaya mendirikan rumah tangga setelah bersusah payah mengharungi pancaroba memujuk anggota keluarga terutama ayah dan ibu… ada juga pasangan hingga akhir hayat.. tetap tidak Berjaya memujuk keluarga @ ahli keluarga merestui… sehinggakan ada parent sebelum menutup mata pun sempat berwasiat “walau kami menutup mata… restu kami tetap tidak mengiringi.. jika tidak mahu menderhaka.. jangan ingkari” dek kerana ‘wasiat’ itu membujanglah anak sehingga keakhir hayat…

Wahai ibu bapa sekalian… jika kamu punyai anak pada ketika ini.. yang sedang hangat bercinta dan kamu tidak restui… hanya kerana kamu rasa dia tidak mungkin membahagiakan…. Berdoalah untuk kami.. agar kami bahagia… andai insan yang kami pilih itu tidak baik dipandangan kamu… tolong doakan.. ketika dia selamat diakad menjadi pasangan hidup kami.. agar dia tergolong dalam golongan beriman dan pasangan terbaik buat kami.. .jika insan yang kami cintai itu masih ‘mengangur’ tolonglah beri pasangan kami itu peluang lebih lama sedikit untuk mencari kerjaya yang lebih stable… jika ada calon lain bagi kalian yang jauh lebih baik dari kekasih kami… pilihan hati kalian.. tolonglah hormati pilihan kami… kebahagiaan bagi kami ialah dapat hidup susah senang bersama insan yang dicintai….

Tetapi jika benar… apa yang kalian sebagai ibu bapa tercinta fikirkan adalah benar belaka… yang tidak mungkin akan berubah walau dengan sejuta doa dan harapan yang kami letakkan…. Kami rela… ditakdirkan tuhan agar kamu berkeras… tidak merestui cinta kami… Jika insan yang kami cintai itu tidak ikhlas mencintai kami seperti kami cintai… berlakon dalam mencintai kami… tidak apalah… kami redha Tuhan pisahkan kami… walau hakikatnya kami pasti terluka teruk yang amat.. .walau hakikatnya kami pasti merajuk dan terasa yang amat dengan kalian… walalu hakikatnya kami tidak mungkin akan jatuh cinta lagi untuk kesekian kali … tidak apalah…. Asal kami tidak digelar menderhaka.. asal hati kalian tidak risau dan tidak redha… tidak apalah…. Biar kami yang terluka.. biar kami yang mengalir air mata.. .setiap hari setiap saat dalam hati… asal kami tidak lebih disakiti jika mengahwini mereka…agar kami tidak melalui perkara tidak baik yang kalian Nampak akan kami lalui dengan teruk…. Ya.. kami percaya…. Tuhan dan kamu ingin menyelamatkan kami..tidak mahu kami kecewa… tidak mahu kami sakit.. tidak mahu kami merana….. biar kami merana sekarang… jangan kami merana seumur hidup.. walau sebenarnya.. ketika kalian memutuskan hubungan kami… kami sendiri sudah cukup merana…. Tidak apalah.. kerana kami percaya… jika kami mengikut kata hati kami sendiri… kami lebih merana….

Wahai kekasih hati yang kami tinggalkan.. yang kami kecewakan…maafkan kami jika meninggalkan kalian, mengecewakan kalian.. memungkiri janji-janji kami…. Maafkan kami yang telah membuatkan kalian berkorban jiwa raga.. yang mengambil bertahun-tahun masa kalian menunggu kami… yang telah menghabiskan segala jiwa tenaga dan wang  kalian untuk kami… tetapi akhirnya kami memilih insan lain… bukannya kami menyintai penganti kalian lebih dari mencintai kalian.. tetapi kerana tanggungjawab kami kepada keluarga lebih besar dari  cinta kami kepada kalian… bukan kerana kalian tidak sempurna dan kekurangan dari pengganti kami.. tetapi kerana kami faham hidup ini bukan untuk diri kami sendiri semata-mata…. Ampun dan maafkanlah kami…janganlah kerana kami.. .anda menolak segala cinta baru yang hadir.. melarikan diri.. .atau pergi jauh dari sini.. .apalagi membujang hingga ke akhir hayat…. Bukan kami pembohong , penipu, ‘player’ dan bermulut manis… bukannya kami tidak cuba pertahan dan bersungguh-sungguh bertekak melawan segala kata-kata tentangan.. tetapi kerana kami tidak mahu menderhaka… dan sesungguhnya kami percaya… kalian lebih bahagia dengan insan pengganti kami nanti….

Jika telah berbelas tahun kalian masih menunggu kami. .walau telah berpisah berbelas tahun lampau dahulu.. usah tunggu lagi… kerana kami tidak mungkin menerima kalian sebagai pasangan hidup kami… bangun dan terbanglah… carilah cinta sejati yang jauh lebih hebat dan kuat dari kami… bangunlah dari kecewa… dan lupakan kami…..

Untuk ibu bapa dan keluarga kami.. yang tidak henti-henti menanya kami. .dan mahukan kami mendirkan rumah tangga setelah berbelas tahun kisah ‘cinta tidak direstui’ itu terjadi… berhentilah menanya… lupakah kalian… ketika kami sendiri bersungguh-sunguh untuk mendirikan rumah tangga dahulu?. .lupakah kalian yang anak kamu ini bukan mudah untuk jatuh cinta?.... lupakah kalian macam mana kata-kata dan perasaan cinta kami yang dulu tidak didengari lansung oleh kalian… tidak nampakkah kalian raut wajah derita kami yang ketara sekali???....kami tidak mahu menjawab untuk tidak mengungkit kisah silam yang menyakitkan dan penuh derita itu.. tetapi kami harap … seperti mana kami sanggup berkorban jiwa raga kami dan cinta kami dahulu… berkorbanlah untuk kami untuk mendengar pertanyaan insan sekeliling mengenai jodoh kami…dan berkorbanlah untuk sabar menunggu hati kami terbuka untuk jatuh cinta lagi….. maafkan kekerasan hati kami… tetapi…apalah daya kami…. Mungkin kerana 99% hati kami telah diberikan pada cinta sejati kami yang lepas… yang tinggal hanya 1%.. hati yang tidak punya cinta lagi….

Kami mendoakan untuk anda yang membaca entry ini.. agar tidak akan melalui kisah cinta yang sama seperti kami.. .semoga cinta anda semua direstui….

TERIMA KASIH kerana membaca entry ini. .salam sayang dari saya.. .luv! muahhhhzzz!!!

"Ku Membayangi…Jiwa Hatimu
Tapi Perpisahan Menunggu
Ku Ingin Membelaimu
Namun Kasihku Tiada Restu

Diri Begini…Kerna Selama
Ditinggalkan Marah Sengsara
Hingga Hilang Terlupa
Siapa Aku Sebenarnya Sayang…

Oh..Dengarlah Sayu Tangisanku
Mengapa Degupanmu Ku Seru
Kerna Kesepian nan Terlalu
Kembalikan Hidup Yang Ku Rindu

Oh..Dengarlah Sunyi Tangisanku
Kau Tahu Ku Amat Menyayangimu
Oh Pergilah Kau Bukan Milikku
Pulang Pada Yang Mengasihi… Dirimu…
( Kau Ku Seru…Kesepian Berlalu…Maafkan Daku )

Sampai Disini
Ku Lepas Kau Pergi
Biar Ku Damai Bersemadi
Lukamu Ku Mengerti
Kan Ku Hilangkan Derita…Ini…"

LIRIK LAGU : KU SERU 
PENYANYI : MISHA OMAR






Lirik Lagu : What Makes A Man - Westlife






This isn't goodbye even as I watch you leave
This isn't goodbye, I swear I won't cry
Even as tears fill my eyes, I swear I won't cry

Any other girl I'd let you walk away
Any other girl I'm sure I'd be okay

Tell me what makes a man wanna give you all his heart
Smile when you're around and cry when you're apart
If you know what makes a man wanna love you the way I do
Girl you gotta let me know, so I can get over you

What makes her so right?
Is it the sound of her laugh, that look in her eyes?
When do you decide?
She is the dream that you seek, that force in your life
When you apologize no matter who was wrong
When you'd get on your knees if that would bring her home

Tell me what makes a man wanna give you all his heart
Smile when you're around and cry when you're apart
If you know what makes a man wanna love you the way I do
Girl you gotta let me know, so I can get over you

Oh, other girls will come along, they always do
But what's the point, when all I ever want is you? Tell me

Tell me what makes a man wanna give you all his heart
Smile when you're around and cry when you're apart
If you know what makes a man wanna love you the way I do
Girl you gotta let me know, let me know
Girl you gotta let me know, so I can get over you

Lirik Lagu : Jangan Memilih Aku - Anang & Syahrini



image from goggle



Terenggut hatiku terpanah asmara
Sedih suka sirna sudah
Bila kau jadi milikku
Memang lukaku belum sembuh semua
Juga dukaku belum sirna semua

[Anang]
Jangan memilih aku
Bila kau tak sanggup setia
Kau tak mengerti aku
Diriku yang pernah terluka

[Syahrini]
Jangan memilih aku
Bila kau tak bisa setia
Kau tak mengerti aku
Diriku yang pernah terluka
Cinta

[Anang]
Terenggut hatiku terpanah asmara
Sedih suka sirna sudah
Bila kau jadi milikku
Memang lukaku belum sembuh semua
Juga dukaku belum sirna semua

[Syahrini]
Jangan memilih aku
Bila kau tak sanggup setia
Kau tak mengerti aku
Diriku yang pernah terluka

[Anang]
Jangan memilih aku
Bila kau tak bisa setia
Kau tak mengerti aku
Diriku


[Anang & Syahrini]
Yang pernah terluka
Cinta

Ku pernah terluka


Isnin, 7 Julai 2014

NASIHAT YANG LELAKI INGIN WANITA TAHU



"aduiii... nak bagi tahu ke tak nak bagitahu nihz??" - pic dari google


Assalammualaikum wbt....

Hari ini i nak "sharing" dengan uols tentang article yang i dapat dan baca dari majalah cosmopolitan edisi October 2012.. bertajuk  "NASIHAT YANG RAKAN LELAKI NAK SANGAT BERITAHU KAMU..." oleh Majid Muslim...

Actually i just ambil beberapa point.. yang i rasa sesuai untuk disharing bersama-sama anda.. hehehhehe.. so please read.. jika dah pernah baca pun.. baca lagi sebagai tanda ingatan bersama...


Percaya atau tidak, sesetengah perkara yang lelaki teringin nak dedahkan padamu tapi tak sampai hati.. .Dari bab janji temu, cara menggoda, hinggalah menagih cinta si dia... jawapan mereka?? MENGEJUTKAN!! tapi sangat MEMBANTU!!!!


1)" Saya mungkin akan cakap si jejaka yang kamu sedang tunggu panggilan daripadanya itu sedang sibuk, tapi sebenarnya saya maksudkan yang dia memang lansung tak berminat dan kamu patut lupakannya" - Johan, 29


2) "Saya tahu kamu nak saya jadi "wingman" kamu, tapi kalau kita keluar berdua saja, lelaki lain takkan mengorat kamu sebab mereka akan ingat yang kita pasangan." - Sam , 31

3)  " Saya berani "kerat jari" yang teman lelaki kamu sebenarnya gay. Sebab? Dia pegang punggung saya tempoh hari!" - Daniel , 26

4) "Kamu cuba nak bergaya penuh misteri depan jejaka yang baru dikenali - tak berborak banyak dan bagi renungan "tajam". Saya tahu kamu fikir ia seksi, tapi kamu sebenarnya nampak macam gedik. 'Gerenti' ada yang mendekati kalau kamu lebih suka tersenyum dan ketawa" - Jefri , 28


 
"banyak lagi i nak bagitahu nihz.." - pic dari google




5) "Nampak ketara sangat bila kamu berpura-pura minat sukan sebab nak buatkan si jejaka kagum dengan dirimu. Mereka lebih rela kamu mengaku tak ambil tahu tentang sukan daripada menipu kononnya suka bola sepak" - Darren F

6) " Lelaki akan ingat kamu jenis high maintenance bila selalu pesan 'kopi mahal'. Mereka akan lebih teruja jika kamu pesan teh tarik sekali sekala." - Taufik, 30

7) "Skirt mini berlabuci yang kamu suka pakai bila keluar hujung minggu tu? memanglah nampak hot tapi apa yang saya tak sanggup beritahu.. it makes you look easy" - Alan, 33

8) "Kalau kamu asyik kejar lelaki yang tak peduli mengenai dirimu, akhirnya kamu akan dapat pasangan yang takkan peduli tentang kamu juga. Percayalah!" - Hisham, 25

9) "Saya seram sejuk sebenarnya bila tengok koleksi buku motivasi yang menggunung di rumah kamu. Saya tak dapat bayangkan apa pasangan kamu akan rasa bila melihatnya. Baik sorokkan cepat!" - Fahmi, 23

10) "Nak tahu kenapa lelaki tak mengorat kamu? sebab kamu berlagak seperti lelaki dan tanpa segan silu pergi approach mereka. Lelaki sebenarnya lebih suka kalau mereka yang 'kejar' wanita, bukan sebaliknya." - Jeremy, 34

11) "Kamu mungkin ingat menari beramai-ramai dengan rakan wanita akan tarik perhatian lelaki, tapi hakikatnya tiada lelaki yang berani menghampiri sekumpulan wanita semata-mata nak bercakap dengan kamu seorang." - Lufti ,31

12) " Buat lawak mengenai diri sendiri adalah 'pembunuh' mood nombor satu. Walaupun kelakar tapi ia buat kamu kelihatan insecure". - Azmi , 32

13) "Bila kamu asyik merungut semua lelaki takutkan komitmen, saya nak beritahu yang mereka sebenarnya tidak. Lelaki tak mahukan kamu sebab kamu gadis liar dan ini bukan kriteria pilihan mereka". - Dahlan, 26

14) "Meniru aksi lelaki seperti sendawa dengan kuat lansung tak comel atau seksi. Mungkin si jejaka akan ketawa, tapi itu pun sebab mereka dah tak tahu nak buat apa. Jadi lebih baik kamu hentikannya saja!". - Azman , 27

Baiklah.. ini saja point yang i sempat taip ye... so hope ia boleh menjadi sedikit ilmu dalam menjalin hubungan cinta anda untuk akan datang....  Terima kasih kerana membaca entry ini. .salam sayang dari saya. .luv! muaahzzz!!




Khasiat Gum Arabic @ MANNA



 
Gum Arabic Asli yang dibeli oleh saya 200gram RM40

Assalammualaikum wbt…

Salam Ramadhan dan selamat berpuasa untuk semua umat islam khasnya dan teristimewa untuk semua pembaca my blog tersayang…. Pernahkah anda mendengar tentang gum arabic @ manna??.. Hari ini saya ingin berkongsi khasiat Gum Arabic atau Manna dengan anda semua…Gum Arabic @ manna ini biasanya dijual dalam bentuk asli atau serbuk dipasaran dengan harga serendah rm20 100gram dan sekarang ini banyak terdapat diinternet atau kedai makanan sunnah… berikut adalah sedikit sebanyak info mengenai gum Arabic ini…


Gum Arabic @ Manna dikenali dan diakui oleh 3 kitab iaitu Al-Quran, Injil dan Taurat adalah anugerah Allah SWT kepada Nabi Musa A.S. Para ulama telah mengakui air zam-zam adalah “air minuman dari Syurga”, Saffron adalah “bau wangian di Syurga” dan Manna adalah “makanan dari Syurga”.

Arabic Gum atau Manna ini ada disebut di dalam Al Quran

“ DAN KAMI TELAH MENAUNGI KAMU DENGAN AWAN (PANAS MATAHARI DI PADANG PASIR) DAN KAMI TURUNKAN KEPADA KAMU “MANNA DAN SALWA”, (SERTA KAMI BERFIRMAN):, MAKANLAH DARI MAKANAN MAKANAN YANG BAIK YANG KAMI TELAH KURNIAKAN KEPADA KAMU”, DAN TIDAKLAH MEREKA MENGANIAYA KAMI (SEBAB MEREKA KUFURKAN NIKMAT ITU) TETAPI SEBENARNYA MEREKA ADALAH MENGANIAYA DIRI SENDIRI ”.  -Surah Al Baqarah ayat 57.

Mujahid, iaitu seorang Ulamak Tafsir al-Quran mengatakan bahawa al-Manna yang diturunkan kepada Kaum Bani Israil semasa mereka sesat bersama Nabi Musa a.s. adalah “as- Samghu”. As-Samghu adalah kalimah bahasa Arab yang bermaksud Getah Arab atau bahasa Inggerisnya Gum Arabic. Ia dikatakan menjadi makanan yang berkhasiat bagi kaum Bani Israil, ia ditumbuk untuk dijadikan roti dan dicampur dalam minuman untuk menjadikan air minuman tersebut segar dan berkhasiat.

Dibawah ini adalah antara khasiat Gum Arabic @ Manna ini yang diambil dari Google

1) Manna merupakan hanya satu bentuk Fibre 100% serat yang terlarut di dunia. Ia merupakan sebahagian dari tumbuhan yang tidak mengandungi kalori, vitamin atau mineral tetapi ia sangat membantu menghilangkan bahan buangan berbahaya dari badan.

ANTARA ALASAN KUKUH anda perlu segera membeli dan mengamal Gum Arabic @ Manna ini:-

Epal telah diwar-warkan mempunyai serat pemakanan terlarut tertinggi dikalangan semua tumbuhan semulajadi, tetapi kajian telah membuktikan dengan kuantiti berat yang sama, didapati:
Epal – 2.3% serat terlarut
Manna – 86.6% serat terlarut.

100g susu lembu segar mempunyai 125mg Kalsium
100g Manna mempunyai 1117mg Kalsium.

* Di mana susu lembu segar MEMPUNYAI lemak dan kolestrol serta TIADA serat terlarut.
Manna (Buah penghidupan) MEMPUNYAI serat terlarut yang tinggi serta TIADA kolestrol dan lemak.


2) Khasiat dan kelebihan Gam Arab:

  •  Dapat pulihkan dan menjaga buah pinggang daripada terus rosak akibat penyakit kencing manis atau darah tinggi.
  • Kaya dengan FIBER DIET, bukan sahaja memudahkan sistem pencernaan malah berikan rasa kenyang yang berpanjangan dan memang bagus untuk yang sedang berdiet.
  • Membantu pembiakan bakteria sihat dalam perut dan dapat mencegah kanser kolon serta memastikan keadaan usus yang sihat
  • Mengandungi SERAT yang membantu mengurangkan gas dalam badan serta dapat membantu proses gastrointestinal dalam perut dan mengatasi masalah asid urik berlebihan dalam perut
  • Dapat mengatasi masalah senak perut malah ia boleh mengubati buasir, sembelit dan juga cirit birit
  • Membuang toksin dalam badan
  •  Mengawal sakit gout
  • Merupakan antioksidan (antioxidant) dan juga  Anti radang (anti-inflammatory)
  • Dapat tingkatkan sistem imunisasi dan kuatkan tenaga
  • Mengawal kandungan gula dalam darah
  • Kesan penurunan tekanan darah pada pesakit darah tinggi.
  • Mengurangkan penghasilan radical oksigen bebas (free oxygen radical).
  • Meningkatkan paras butyrate dalam serum darah.
  • Memperbaiki tindakbalas sistem imun tubuh melalui rangsangan kepada sel dendritic didalam lumen usus dan penghasilan cytokine.
  • Membantu serapan mineral seperti zink, sodium dan calcium.
  • Menghalang pertumbuhan sel kanser usus dan keradangan (inflammation) usus melalui modifikasi angiogenetic factors .
  • Mengurangkan paras urea dan menambah nitrogen dalam najis kepada pesakit rosak buah pinggang.
  • berkesan dalam penyembuhan kepada pesakit buah pinggang teruk (chronic and end stage kidney disease)
  • Juga sesuai untuk pesakit kulit seperti ekzema

3)  Mengambil 3 sudu Arabic Gum mengandungi lebih fiber dari makan 10 mangkuk oatmeal, 13 lobak merah, 15 biji epal, 44 biji prune.

4)  Gum Arabic amat berkesan untuk buasir; minum 2 kali sehari dan sapu pada tempat yang bengkak. Ia juga merupakan antioksidan (antioxidant) dan anti radang (anti-inflammatory) yang amat baik, mengawal gout (lebih berkesan jika diminum dengan bancuhan air rebusan daun pandan atau roselle), sembelit, dan mengatasi masalah asid urik berlebihan dan lain-lain manfaat untuk kesihatan dengan izi Allah Ta'ala.

5) Arabic Gum atau Manna ini selain dari sesuai dijadikan amalan harian sebagai minuman tambahan  ia juga dapat membantu untuk mereka yang mempunyai masalah Diebetis, Darah Tinggi, Kolesterol Tinggi, Stroke, Asthma, Masalah kurang Kalsium, Buah Pinggang, Sembelit, Gastrik dan beberapa masalah lain lagi. 


Asal Gum Arabic @ Manna

Kelebihan getah Arab dari Sudan ini ialah lebih 90 peratus daripadanya adalah jenis terbaik dan diperolehi secara semula jadi dari dua jenis pohon acasia yang hanya boleh di tanam di Sudan. Usaha menanamnya di negara jiran Sudan seperti Chad dan juga di Amerika telah gagal.

Getahnya diperolehi dengan menoreh kulitnya sebagaimana pohon getah ditoreh untuk mengeluarkan susu getah.


gambar dari google -getah dari pokok manna yang ditoreh dan keluar menjadi gum arabic


Getah Arab ini dikatakan mempunyai kandungan prebiotik semulajadi tertinggi sama fungsi dengan prebiotik yang terdapat dalam susu ibu and 10 kali ganda kaya dengan kalsium yang terdapat dalam susu lembu.

Banyak kajian saintifik keatas Arabic Gum mendapati ia sangat berkesan digunakan sebagai Prebiotik.
Satu kajian yang diterbitkan oleh Br.Jour.Nutrition 2008-March, membandingkan keupayaan Arabic  Gum dengan Inulin sebagai Prebiotik. Kajian klinikal keatas manusia yang diberi Arabic Gum 10gm sehari dan Inulin 10gm selama 4 minggu menunjukkan pertambahan bakteria Bifidobacteria dan Lactobacilli termasuk Bacteroides didalam kumuhan najis lebih tinggi pada sample Arabic Gum berbanding Inulin. Ini bermakna Arabic Gum adalah Prebiotik semulajadi yang terbaik dan paling mudah untuk Probiotik berkembang. Ia juga tidak merangsang bakteria bukan Probiotik.


Berikut antara Kajian yang menunjukkan kebaikan Arabic Gum  :

1) Kajian klinikal keatas pesakit paediatrik end stage renal failure menunjukkan pesakit dapat mengurangkan kekerapan dialisis dan menjalani kehidupan lebih baik(Paediatric Nephrology 2004). Kajian keatas haiwan menunjukkan penambahan creatinine cleareance dan perubahan electrolyte excreation yang mempunyai kesan baik (favourable) keatas masalah buah pinggang (renal insufficiency) (Tubingen Univer. Germany).

2) Satu kajian (Cardiff University) keatas pesakit pesakit buah pinggang dan kencing manis yang diberi 25gm Arabic Gum selama 8-12 minggu mendapati ada kesan penurunan dalam tekanan darah. Kajian lain di University yang sama kepada pengidap kencing manis menunjukkan improvement dalam tekanan darah yang seterusnya memberi kesan yang positif keatas penyakit buah pinggang (progression of renal dis.).

3)Kajian lain pula (Hyderabad India) mendapati penggunaan 20gm Arabic Gum pengurangan paras gula dalam darah.

4) Satu kajian yang diterbitkan oleh Br.Jour.Nutrition 2008-March, membandingkan keupayaan Manna dengan Inulin sebagai Prebiotik. Kajian klinikal keatas manusia yang diberi Manna 10gm dan Inulin 10gm setiap hari selama 4 minggu menunjukkan pertambahan bakteria Bifidobacteria dan Lactobacilli termasuk Bacteroides didalam kumuhan najis lebih tinggi pada sample Manna berbanding Inulin. Ini bermaknaManna adalah Prebiotik semulajadi yang terbaik dan paling mudah untuk Probiotik berkembang. Ia juga tidak merangsang bakteria bukan Probiotik.


Cara Makan Gum Arabic @ Manna


Actually anda boleh membeli Gum Arabic @ Manna ini didalam bentuk asli atau serbuk. .. terpulang kepada anda.. tetapi saya lebih suka bentuk asli… dari serbuk..walaubagaimana pun bentuk serbuk lebih senang dibancuh dengan minuman dan mudah cair… berbanding bentuk asli… yang terpaksa dibiarkan lebih lama didalam air antara setengah ke 40minit…


Cara makan gum arabic ini… ia hanya perlu dikunyah atau dimakan begitu sahaja tetapii ketika dikunyah.. rasanya agak melekit atau melekat digigi dan kurang selesa @sedap.. so saya lebih suka merendam gum Arabic atau manna ini didalam botol air minuman… dan mengoncangkannya supaya sebati… oleh kerana saya memang mengisi gum Arabic ini dalam jumlah yang banyak didalam botol minuman saya.(yang berisi air mineral @ air alkali). so kebiasaanya air minuman saya akan berbuih …. Dan rasanya jauh lebih sedap dari dikunyah begitu sahaja…anda juga boleh mengisi gum Arabic ini didalam sebarang minuman kegemaran anda.

Dikatakan lebih lama anda merendam manna atau gam arabic didalam air, lebih bagus lagi dari segi khasiat kerana probiotik telah terbentuk. Digalakkan anda merendamnya semalaman dan amalkan secara berterusan.

*** bagi mereka yang sedang memakan ubat klinik @ hospital… Jangan risau anda dibenarkan mengambil gam Arabic ini selepas @ sebelum 1-2jam  mengambil ubat.

P/s: jeli yang terbentuk selepas rendaman Manna atau Gam Arab ketul itu,  anda boleh makan atau sapukan di wajah sebagai masker.  Selamat mencuba. 


Sekian sahaja untuk entry kali ini.. terima kasih kerana membaca entry ini. .salam sayang dari saya.. luv! Muahzzz!!!

Untuk perbezaan antara Manna dan Luban di dalam artikel di link di bawah

Perbezaan antara Manna (Gam Arab) dan Luban (Kemenyan Arab)


**** Terima kasih kepada google atas segala maklumat ini.. actually jika anda google "gum arabic @ manna" ini kebanyakan blog menulis info yang sama.. heheheheh


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...