Assalammulaikum wbt dan salam
sejahtera.
Semakin hari, semakin ramai
individu yang menyedari bahaya gula. Gula putih khususnya dipercayai antara
bahan utama penyebab pelbagai penyakit. Berjuta rakyat termasuk rakyat Malaysia
Khususnya menderita pelbagai penyakit akibat gula.
Info dibawah menyatakan betapa
kita sebagai manusia harus mengurangi pengambilan gula dalam pemakanan seharian
kita:-
1. Dikatakan hampir 11.6 juta
daripada 16 juta orang dewasa menghidapi penyakit yang sukar diubati seperti
diabetes, tekanan darah tinggi dan kanser.
2. Penduduk Malaysia mengkonsumi purata 26 sudu teh gula sehari.
3. Malaysia antara Negara Asia yang mempuyai berat badan berlebihan dan ia melibatkan lebih 54% penduduk dewasa.
4. 6 kes strok baru berlaku setiap hari staip jam di Malaysia.
5. Malaysia kaya dengan pesakit diabetes. Malah, Malaysia menduduki tempat ke 4 tertinggi di Asia.
6. 4 daripada 5 pesakit diabetes akan mati akibat penyakit jantung (pembunuh utama di Malaysia).
GULA PEMBUNUH SENYAP YANG TIDAK
DISEDARI
1. Gula secara kimia dikatakan
hampir menyamai alcohol dan prosesnya sama seperti heroin. Malah ketagihan gula
juga dikaitkan seperti ketagih pada ‘heroin’.
2. Gula juga dianggap umpama ‘dadah’
dan boleh mengakibatkan ketagihan.
3. Gula adalah makanan bukan asli
malah ‘beracun’, gula juga dikaitkan dengan pelbagai penyakit, terdapat 60
penyakit yang tersenarai yang dipercayai akibat ketagihan gula.
4. Terdapat pelbagai bahan makanan
yang tinggi gula diluar pengetahuan masyarakat.
5. Antara bahan makanan yang biasa
diamalkan dan tinggi gula dan bahan proses namun dianggap sihat termasuklah
bijirin sarapan, biskut coklat cip, coklat, air berkarbonat, susu proses,
minuman tenaga, minuman isotonic, kicap dan pelbagai sos juga makanan lain yang
berproses.
6. Gula diperkenalkan ke dalam diet
atau pemakanan manusia hanya selepas 500 tahun masihi. Sebelum itu, gula tidak
wujud dalam pemakanan manusia. Sejak wujud dalam masyarakat manusia, gula
menyebabkan manusia semakin ketagih kepadanya umpama ‘kokain’.
7. Gula bukan sahaja menyebabkan
penyakit malah menyebabkan penuaan berlaku dengan cepat.
8. Selain kanser dan diabetes, gula
juga menjadi punca kepada penyakit asma, alahan dan penyakit jantung.
9. Selain itu gula turut
mengakibatkan kekurangan zat galian dan vitamin dalam tubuh sekaligus
menyebabkan beberapa masalah kesihatan akan timbul.
Terdapat pelbagai lagi info
mengenai gula dan mengapa racun putih atau serbuk putih paling merbahaya ini
perlu dijauhi.
Artikel mengenai gula ini akan
bersambung untuk bahagian seterusnya.
Terima kasih.
*** sumber maklumat dari Panduan CAP.
2 ulasan:
memang sedap tapi bahaya. kena kurangkan.. skrng ni guna stevia dan kalo teh pun kurangkan gula dah. kena mula dari skrng xleh tunggu2 =)
betul tu, tapi tu la berapa kali mula dan berapa kali mula balik... 😂
Catat Ulasan