Ahad, 6 Ogos 2017

Roti Gardenia Sourdough Komersial


Roti Sourdough Gardenia dan Mentega Anchor 
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Jika anda mengikuti instagram Qisya Khadeeja dan membaca setiap caption yang dipaparkan tentu anda tahu ketika ini kereta saya tidak dapat digunakan kerana sedang dibaiki.

Maka segala pembelian stok makanan sihat tergendala sekaligus tergendala niat untuk Eat Clean.

Ia, harus di akui perancangan Eat Clean saya tidak berjaya sehingga hari ini.  Saya asyik menikmati makanan 'ntah apa-apa'.

Seiring dengan kesukaran mendapat makanan yang lebih sihat dan Budget yang bukan sedikit untuk makanan sihat,  antara yang boleh di lakukan ialah menukar kepada yang lebih sihat.

Antara roti yang lebih sihat dalam konteks komersial dan mudah di dapati ialah roti jenama popular Gardenia.

Sungguh bijak cara jualan Gardenia yang mempamerkan nilai GI ( Glycaemix Index) roti di bawah jenama Gardenia.

Antara yang lebih sihat ialah roti Gardenia bungkusan unggu dan hijau berbanding bungkusan putih.

Selain itu untuk menggantikan roti yang mempunyai Sourdough,  roti multi grain &  seed yang di tambah Sourdough komersial turut di perkenalkan.

Ia,  harus diingatkan ia tetap Sourdough komersial.  Namun untuk yang tiada pilihan atas alasan susah ingin mendapatkan stok sihat dan juga mereka yang mempunyai isu Budget roti sourdough Gardenia antara pilihan yang lebih sihat berbanding roti Gardenia lain.

Untuk mentega yang lebih sihat,  jika anda sukar mendapatkan jenama Kerry Gold atau President anda boleh mendapatkan Mentega paling mudah di dapati iaitu jenama Anchor.  Pilih Mentega Unsalted.  Pilihan lain jenama Tartura atau West Gold.  Ia lebih murah untuk anda yang menghadapi isu kekurangan Budget.

Ingatlah apa yang kita nikmati biar berpada walaupun ada waktu selera memang menjadi-jadi.

Pastikan anda kerap menikmati buah-buahan,  jika isu harga buah-buahan yang melambung tinggi terutama buah tempatan,  anda boleh sekadar amalkan air perahan limau KASTURI yang juga cukup tinggi dan kaya khasiat.

Pilihan buah tempatan lain ialah jambu batu dan pisang.

Ini sahaja perkongsian sedikit Info untuk anda.


Terima kasih.



4 ulasan:

Siti Yang Menaip berkata...

betul sbenarnya nak eat clean lagi mahal modal.. huwaaa tabah..!! and fighting !!

Deeja berkata...

Betul sangat.. Masa ada budget pula tak ada.. Hahaha

Don't Afraid to Try berkata...

Saya baru terjumpa blog Cik Qisya..saya juga sedang cuba ubah perlahan-lahan cara pemakanan saya..bila baca blog ni makin bertambah semangat..😊

Deeja berkata...

Wah.. Sama-sama lah kita. Saya pun sedang berusaha berubah untuk pemakanan lebih sihat.

Rasa happy baca komen anda pagi ini.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...