Khamis, 3 Ogos 2017

7 KHASIAT BIJI SELASIH dan perbezaan Khasiat Biji Selasih dan Chiaseed


Biji selasih yang di rendam dan boleh di minum 
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Sering di war-warkan dengan khasiat biji Chia atau Chia seed.

Saya ada berkongsi khasiat biji Chia atau Chia seed ini di artikel

Khasiat dan Kebaikan Biji Chia @ Chia Seed.

Ramai yang terlupa bahawa biji selasih atau basil Seed yang telah lama di amalkan oleh nenek moyang kita di Malaysia turut mempunyai pelbagai khasiat yang banyak.

Malah biji selasih ini juga amat mudah di dapati.  Tidak perlu direndam terlalu lama,  1 minit sudah kembang dan boleh di minum.

Paling penting anda boleh mendapatkan biji selasih di kedai runcit dari serendah RM2 malah kurang.

Untuk maklumat, ini antara 7 Khasiat Biji Selasih sebagai Info kita bersama.

Antara KHASIAT BIJI SELASIH.

1.  Tinggi Khasiat
Antara kandungan dalam biji selasih ialah karbohidrat,  vitamin,  mineral,  lemak dan juga fiber.

2.  Membantu Mengurangkan Berat Badan
Biji selasih juga tinggi kandungan fiber sekaligus membantu memberi rasa kenyang yang lebih lama sekaligus membantu anda yang ingin mengurangkan berat badan.

3.  Mengurangkan panas badan dan sakit tekak.
Jika anda menghadapi masalah panas badan atau sering berada dalam cuaca terik  dan mengalami masalah tekak kering,  anda boleh mencampurkan 2 sudu biji selasih dalam minuman air kosong atau mineral anda bagi mengurangkan masalah panas badan dan tekak kerap haus.

4. Membantu penghadaman yang lebih sihat

Biji selasih turut membantu dalam menghadapi masalah sembelit,  Perut kejang dan ketidak keselesaan perut.  Hanya minum air yang ditambah biji selasih.

5. Sebagai remedi rawatan kulit

Pertama kali membaca maklumat ini,  biji selasih jika di tambah di dalam minyak kelapa atau minyak Semulajadi membantu menyelesaikan masalah kulit seperti ekzema,  psoriasis atau boleh juga ditambah ke dalam campuran lulur tubuh Semulajadi anda.  Anda perlu tumbuk atau Kisar dahulu biji selasih itu sebelum di tambah di dalam minyak yang sesuai untuk masalah kulit anda.

6. Mengurangkan sakit kepala

Jika anda terasa cuaca amat panas atau panas kepala,  migrain atau tekanan di kepala anda boleh menikmati segelas minuman biji selasih untuk mengurangkan pelajar tekanan dan melegakan kepala anda.  Biji selasih yang berfungsi sebagai penyejuk tubuh amat sesuai untuk mengurangkan sakit kepala.

7. Untuk kecantikan rambut

Pernah seseorang  memberitahu rambut yang sering gugur adalah kerana tubuh yang panas kerana banyak toksin. Toksin ini juga boleh naik ke kepala dan menjadi panas selain kekurangan zat penting lain. Berita baik untuk anda, untuk menyejukkan kulit kepala,  biji selasih turut membantu.  Selain itu kandungan dan sumber khasiat dari sumber protein,  vitamin K dan zat besi yang terdapat di dalam biji selasih juga membantu rambut untuk sihat dan bersinar dari akar lagi.


Merujuk kepada jawapan salah seorang sifu saya iaitu En.  Nizam seorang herbalist dan usahawan Bio Shifax.

Ini PERBEZAAN Utama BIJI SELASIH dan BIJI CHIA @ CHIA SEED.

Secara umumnya kedua-dua biji selasih @ basil seed dan Chiaseed adalah makanan kaya fiber,  mineral,  vitamin dan antioksidan serta prebiotik.

***Secara umum Khasiat BIJI SELASIH  untuk individu.

 Biji selasih adalah makanan anti virus,  anti radang yang berkesan,  bagus untuk detoks usus,  ginjal,  detoks darah,  untuk darah pekat yang sering menikmati makanan bertoksid, masalah plaq,  masalah paru-paru,  sebagai makanan anti kanser,  mengurangkan risiko penyakit auto imun,  gastrik,  angin dalam badan juga infeksi Viral.

Jika anda atau sesiapa sahaja menghadapi masalah demam,  selesema,  batuk,  tonsil,  keradangan,  kanser,  sembelit,  jangkitan virus atau campak.  Biji selasih lebih digalakkan untuk digunakan di dalam pemakanan seharian berbanding Chia Seed.

Malah jika anda mengamalkan diet kurang sihat yang kaya asid di dalam badan dan darah,  darah kotor dan pekat dan sering menikmati daging proses serta lemak Trans dan makanan bergoreng Biji Selasih juga amat bagus untuk diet seperti ini.

Jika anda menghadapi masalah kencing kurang lawas dan batu karang juga biji selasih lebih ' berkuasa' berbanding Chiaseed atau biji Chia.

Keistimewaan Biji Chia atau Chiaseed

Chia seed lebih fokus kepada tenaga tubuh badan. CHIA SEED kaya kandungan B komplex,  segala asid amino perlu,  asid lemak perlu.  CHIA SEED juga bagus untuk kekuatan jantung,  paru-paru dan tulang.

Chiaseed kaya kalsium dan magnesium serta nutrien lain.  Khasiat di dalam Chiaseed lebuh kepada untuk menguatkan darah dan boost hemoglobin (berkaitan darah).

Kesimpulannya anda boleh mengamalkan kedua-duanya dalam diet pemakanan anda.

Namun,  sebagai bonus anda boleh pilih untuk menambahkan yang mana satu untuk diet anda hari ini sesuai aktiviti dan pemakanan serta tubuh anda sendiri.


Semoga artikel dan Info ini bermanfaat untuk anda.

Terima kasih.




3 ulasan:

Siti Yang Menaip berkata...

jadi betul la eh chia seed tu biji selasih ? ada yang cakap chia seed bukan biji selaseh hehehe..

Deeja berkata...

Berbeza. Biji selasih ialah Basil Seed. Biji Chia ialah Chia seed. Fungsi pun berbeza.

Nur haura afeeya berkata...

Slm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...