Harris, anak saudara saya memilih buah delima kegemaran nya. |
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Buah buahan terkenal dengan pelbagai khasiat.
Kata orang, ada buah bersifat sejuk dan buah bersifat panas.
Ada yang sesuai di makan ketika demam dan ada yang harus di elakkan ketika demam.
Ada jenis buah yang tajam dan ada jenis buah yang membantu menyuburkan rahim.
Buah buahan sebenarnya lebih banyak mendatangkan kebaikan berbanding keburukan kepada mereka yang mengamalkan buah buahan di dalam pemakanan seharian.
Berikut di ringkaskan antara KHASIAT buah buahan yang tidak harus di pandang sebelah mata :-
1. Buah Nenas
Kaya dengan potassium & phosphorus. Amat bagus untuk kesihatan tulang. Sesuai sebagai remedies pesakit artritis atau sakit sendi.
Bromelain yang kaya di dalam buah Nenas bagus untuk rawatan keradangan dan anti kanser serta tinggi vitamin C. Remedies utama batuk.
Tidak sesuai dimakan oleh wanita hamil yang rahimnya lemah atau wanita di awal kehamilan.
2. Buah pear dan buah epal
Mengurangkan tekanan darah. Tinggi dengan kandungan air. Menyejukkan badan mengurangkan hidapi tubuh. Bagus untuk mereka yang demam dan tiada selera makan.
Amat sesuai dimasukkan dalam menu mereka yang sedang menurunkan berat badan.
3. Buah oren
Kaya dengan vitamin C. Bagus untuk sistem pencernaan. Terkenal untuk kecantikan kulit.
Sesuai diambil segar sebagai jus di pagi hari untuk mereka yang sedang menurunkan berat badan dan disukai kanak- kanak kerana rasanya yang enak.
4. Buah kiwi
Mengandungi serat yang tinggi. Bagus untuk mata serta sistem pernafasan.
Buah kiwi juga dipercayai boleh membantu meningkatkan platet darah dan sesuai untuk mereka yang menghadapi demam denggi.
5. Buah anggur
Mengurangkan kadar kolesterol dalam darah. Bagus untuk perkembangan otak. Turut mengurangkan risiko penyakit alzhemeir.
Jus buah anggur segar amat bagus untuk rawatan migrain.
6. Pisang kaki
Tinggi glukosa. Bagus untuk sistem pernafasan. Membantu menambah tenaga.
7. Buah mangga
Kaya kandungan vitamin A yang bagus untuk kulit kelihatan muda. Membantu mengurangkan risiko cahaya matahari kepada kulit.
8. Buah delima
Buah SUPER fruits yang terkenal sebagai buah yang tinggi anti oksida. Mengurangkan risiko salur darah tersumbat. Buah anti kanser. Bagus untuk wanita hamil.
9. Buah tembikai
Buah yang mempunyai PH alkali paling tinggi. Tinggi kandungan air. Mengurangkan darah tinggi, risiko sakit jantung dan membantu mengurangkan gula dalam darah. Membantu mencuci buah pinggang.
Sesuai diamalkan dalam menu mereka yang sedang menurunkan berat badan.
Didik anak anda menyukai buah-buahan semenjak kecil.
Didik anak anda menyukai buah-buahan semenjak kecil.
Semoga info di atas membantu anda membuat keputusan dalam perancangan diet harian anda.
Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan