|
Bergambar di kolam renang hotel sewaktu menghadiri kursus induction dan exam |
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang. Alhamdulillah saya masih dipanjangkan umur walau diet yang patut saya jaga agak 'kelaut atau lari' kebelakangan ini.
|
bergambar bersama Ecah , kami berdua dari branch Melaka |
Agak sukar untuk saya melarikan diri dari mengelakkan 'trans-fat' dalam diet seharian saya, kerana kesibukan saya dengan jadual waktu kerja baru yang kadang kala sehingga malam dan off day yang cuma sehari dimana pada hari yang sama pelbagai urusan terpaksa saya selesaikan.
|
berselfie bersama rakan seperjuangan |
Berpeluang menghadiri kursus induksi dan peperiksaan bagi kerjaya saya baru-baru ini di Kuala Lumpur, saya sempat bertemu dan menikmati makan malam bersama-sama dua sahabat karib saya Intan dan Rima di restoran istimewa lagi enak di Kampung Baru.
|
Intan dan Rima dua sahabat karib saya |
Lupakan sebentar kenangan manis di menghadiri kursus di Kuala Lumpur baru-baru ini, saya masih ingin berkongsi dengan anda, bahawa di bandar Melaka ini, saya masih mudah menjumpai buah delima kegemaran saya yang di jual di Pasaraya Giant Mahkota Parade.
|
buah delima pilihan saya, non Gmo dan non hybrid |
Istimewanya tentang buah delima merah yang hanya berharga RM3.99 ini, ia berlabel Non-Gmo dan Non hybird siap bertampal pelekat freshly airflow.
|
buah delima yang enak dan kegemaran saya |
Membeli buah delima seminggu sekali kerana agak sukar mendapatkan buah delima yang segar, ia sudah mencukupi bagi saya yang memang mengemari buah-buahan. Kesibukan kerjaya saya menyebabkan diet saya kini semakin kekurangan menikmati buah-buahan dan saya pula semakin 'malas' mengelilingi sungai melaka untuk kepasar membeli buah-buahan tempatan kerana sejujurnya, kadang kala saya tidak tahan dengan cuaca panas membahang sepanjang sungai melaka itu.
|
berbasikal mengelilingi bandar melaka ketika hari tidak bekerja, abaikan kulit sunburn dan keletihan saya |
Saya hanya diberi off day sehari sahaja seminggu, dan adakalanya pada hari off day inilah saya berbasikal bersama Kak Tina keliling bandar Melaka ini. Tempat biasa kami menikmati makan tengah hari dan lepak ialah cafe antik yang telah saya kongsikan dengan anda di artikel ini
Tempat Makan Best Di Melaka - Sayyid Antique & Cafe
|
menikmati set asam pedas ikan tenggiri yang hanya berharga RM8, air bandung soda tidak termasuk dalam set ini |
Selepas berpeluang menikmati laksa nyonya sedap disini, kali kedua kesini saya menikmati set asam pedas Ikan Tenggiri yang hanya berharga RM8 sahaja dilengkapi nasi, telur dadar, salad telur tauhu dan timun bersos dan asam pedas ikan tenggiri yang pekat dan sedap.
|
di kafe antik yang menarik sekali, wajah penat saya yang berpeluh kerana berbasikal di tengah panas |
Di Bandar Hilir , Melaka ini juga anda boleh melihat bas merah PANORAMA, double decker yang amat menarik lalu lalang di depan anda. Amat menarik melihat terdapat beberapa orang dibahagian atas bas merah menyala ini sedang berbual-bual dan melihat keindahan bandar Melaka, terutama jika ia di waktu malam.
|
bas double decker Panorama berwarna merah |
Berada betul-betul ditengah bandaraya Melaka yang bersejarah ini, menikmati air kelapa muda segar sambil melihat putaran Menara Taming Sari turun naik juga adalah aktiviti menarik untuk 'cuci mata' disini.
|
menikmati air kelapa muda segar betul-betul dihadapan Menara Taming Sari yang sedang turun dan naik |
Istimewa mengenai air kelapa yang dijual disini, kelapa muda itu dibuang kulit sepenuhnya, dan hanya tinggal isi kelapa muda segar dan air kelapa yang lansung tidak ditebuk. Ia hanya berharga RM5 sebiji sahaja dan kelapa segar ini seterusnya disimpan dalam bekas plastik serta disejukkan didalam peti ais.
|
hanya tebuk tengah-tengah isi kelapa dan anda boleh menikmati air kelapa segar |
Memang sedap menikmati air kelapa muda segar ini, lebih-lebih lagi bila jus kelapa segar ini melalui tekak yang seharian kepanasan dengan suhu panas di bandar Melaka ini.
|
menikmati isi kelapa segar |
Puas menikmati air kelapa segar dan selesai anda boleh menikmati isi kelapa lembut yang manis dan sedap ini. Saya menikmati sebiji buah kelapa segar ini sehingga habis, dan bekas plastik ini saya bawa balik dan simpan sebagai tempat simpanan makanan lain. Ia harus diingat, recycle itu penting.
|
antara puluhan beca disini |
Istimewa tentang bandar Melaka ini, anda pasti akan melihat kepelbagaian beca yang dihias cantik. Ramai sekali anak muda yang berniaga dan menjalankan perniagaan membawa beca yang indah dan dihias dengan begitu cantik dan bercahaya sekali. Sepanjang bandar Melaka ini terutama dihari Cuti, anda akan melihat kepelbagaian beca yang bercahaya ini.
|
ais krim goyang yang berharga RM2 |
Ia, tentu sahaja ais krim goyang dijual dimana-mana sahaja ketika ini. tetapi istimewa ais krim goyang yang dijual berhampiran Dataran Pahlawan ini, ia diperbuat 100% asli dari lassi epal hijau semata-mata. Dibekukan menggunakan air garam dan air batu. Air Garam ini dibancuh tepat supaya ais krim ini boleh beku dengan 'selamat'. Kata isteri pembancuh ais krim goyang ini, hanya suaminya sahaja yang tahu membancuh air garam ini, kerana hanya pakar sahaja yang tahu cara bancuhan untuk memastikan ais krim goyang ini sempurna 'kerasnya'. Berharga RM2, tidak seperti ais krim goyang lain yang berharga RM1 kerana kebanyakkan ais krim goyang menggunakan gas untuk proses 'pengerasan' atau 'sejuk beku' ais krim goyang sekaligus mengubah rasa sebenar 'ais krim goyang asli' itu sendiri. Sesuai dengan citarasa saya yang agak 'cerewet', ais krim goyang ini agak 'selamat' dan 'sesuai' dengan diet saya.
|
pintu pagar traveller house tempat tinggal saya |
Kembali kepada tempat tinggal saya yang istimewa dan unik. Dari depan pintu pagar, saya melihat dengan jelas bangunan hotel terkemuka HATTEN SQUARE dari jauh.
|
ruang tamu dan tempat saya menggosok baju dan mengcaj telefon |
Seminggu sekali saya menggosok baju diruang tamu dan disini juga saya mengecaj telefon bimbit saya dan sesekali menjadi tempat Kak Tina memasak kek dan manisan barat lain.
|
sinki membasuh pinggan mangkuk |
Sinki yang luas dan kucing hitam putih berbulu kembang bernama Tuah, tetap setia menemani saya memasak, bangun pagi dan berjalan-jalan melihat segenap kawasan traveller home ini.
|
kucing bernama TUAH yang mengada-ngada |
|
bilik sewa Michael |
Sesekali saya melalui kawasan bilik Michael yang kini sedang mengembara ke Sumatera. Bilik Michael masih terhias indah dari luar lagi, bersama bangku kuning dan kusyen merah terang yang memikat siapa sahaja yang memandangnya.
|
brownies Kak Tina yang bakal dihantar ke kafe berhampiran |
Dan saya sentiasa dimurahkan rezeki mendapat pelbagai makanan dan masakan dari 'air tangan' Kak Tina disini, sama ada saya membelinya atau dapat sedikit 'tester' percuma.
|
brownies ini diberi percuma oleh Kak Tina kepada saya |
Jangan lupa pada si Arnab Coklat Tu berjanggut , si Boboy yang tetap setia menyapa meminta sedikit lobak merah yang setia menunggu dihadapan bilik Kak Tina.
|
Boboy si ARNAB berbulu coklat gelap yang nakal dan manja |
|
Boboy menikmati lobak merah kegemarannya |
Tidak dilupa 2 ekor kura-kura yang saya pekenalkan dalam artikel pengambaraan baru saya sebelum ini iaitu Tobi dan Obi Wan Kenobi.
Istimewa mengenai Traveller House ini, awal-awal lagi anda akan tahu wujudnya kura-kura dikawasan paya istimewa yang dibina khas untuk binatang ini.
|
tempat laluan khas ke ruang makan peribadi |
|
gambarajah kewujudan kura-kura yang berada didalam kolam |
|
ruang ke kolam kura-kura dan ruang makan |
|
lihat dengan jelas laluan ke tempat kura-kura |
Ok, mari kita lihat kura-kura pemalu ini, Tobi dan Obi. Saya tidak pasti ini Tobi atau Obi. Pemalu sangat kura-kura ini.
|
kura-kura yang pemalu |
Untuk memastikan kura-kura ini tidak lari, saya membiarkan sahaja kura-kura tersebut dan mengambil gambar dari jauh tanpa memandangnya.
|
kura-kura didalam kolamnya |
Kembali kepada diet saya disini. Saya masih mengutamakan menu makanan indonesia di Wongsolo sebagai menu utama ketika makan luar. Cuma ketika ini saya menukar menu ayam penyet kepada ayam bakar kerana ia lebih 'selamat' untuk diet Ekzema saya kerana ayam untuk menu ini ialah ayam kampung.
|
menikmati makanan di restoran Wong solo |
|
menu ayam bakar |
Mengenai kerjaya baru saya, tiada apa perkembangan yang istimewa melainkan sesekali saya akan bermain dengan anak-anak pelanggan yang datang bersama sahabat seperjuangan saya.
|
menemani anak pelanggan bermain |
Rutin harian memasak saya juga seperti biasa, diruang makan indah dan istimewa dan unik ini.
|
ruang memasak dan menikmati makanan saya |
Dan di pejabat saya masih bersama-sama rakan seperjuangan melalui rutin harian yang lebih kurang sama sahaja.
|
bergambar bersama Atul walau mata ditumbuhi ketumbit ketika ini |
|
Atul, Dira dan saya |
|
Dyra, Atul dan saya |
Dan seperti biasa, ketika kebosanan saya dan kawan-kawan satu pejabat saya akan berselfie dan bergambar sebagai kenang-kenangan.
Dan dibawah ini gambar kenangan ketika menghadiri kursus induksi dan peperiksaan kerjaya kami.
|
Fika, Ecah dan saya bergambar di kolam renang hotel |
|
berlatar belakangkan Menara Maybank |
Ketiak menghadiri kursus di Kuala Lumpur hampir 5 hari penuh, saya hanya menimati makanan yang disediakan, tentu sekali saya mengalami 'skin allergy' kerana masalah Ekzema saya belum pulih sepenuhnya, tetapi alhamdulillah berbekalkan beberapa supplement semulajadi , allergik itu perlahan-lahan kurang sekembali saya ke Melaka. Masih ada sedikit ruam, tetapi alhamdulillah ia tidak teruk seperti zaman fasa pertama TSW dahulu.
|
rakan seperjuangan ketika kursus induksi dan peperiksaan |
Ini sahaja chapter yang boleh saya kongsikan dengan anda. Untuk artikel akan datang saya akan bercerita mengenai keistimewaan dan keunikan traveller home saya pula, insyaallah.
Terima kasih kerana tetap setia mengunjungi blog saya ini dan berkongsi pengalaman saya ini.
Salam sayang dari saya. Love, huge & kiss.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan