Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang. Entry ini adalah sambungan dari link ini Tempat Makan Best Di KL - PART 9.
Jika anda mencari kek yang sihat dan amat sedap sekali. Sila datang menimati keenakannya di Butik Cafe Zurhana Shoppe di Platinum Walk, Danau Kota.
Chef yuyu juga aktif didalam bazar-bazar yang dianjurkan di sekitar Kuala Lumpur. Berikut adalah gambar-gambar suasana di gerai kek beliau.
Jika anda mencari kek yang sihat dan amat sedap sekali. Sila datang menimati keenakannya di Butik Cafe Zurhana Shoppe di Platinum Walk, Danau Kota.
Istimewanya kek ini, ia diperbuat dari "pure butter" atau "premium butter" jenama SCS yang terkenal antara mentega terbaik dikalangan mereka yang mementingkan kesihatan. Paling penting ada sesetengah kek yang dibuat oleh chef ini diperbuat dari gandum dari Turki, malah jika anda adalah pencinta organik , anda juga boleh membuat "special request" dengan chef kek ini dengan menggunakan tepung dan gula organik. Hebatkan????
Terdapat pelbagai jenis kek di butik kafe ini antaranya carrot cake yang resepinya dipelajari oleh Chef Yuyu ketika beliau belajar di Amerika lagi. Carrot Cake atau kek lobak beliau adalah antara kek paling sedap pernah saya nikmati. Salted Caramel Choc Cake beliau juga amat enak sekali. Jadi tunggu apa lagi sila datang cepat ke butik cafe ini atau jika anda tinggal jauh dari Kuala Lumpur anda juga boleh membeli kek ini online melalui intagram atau facebook Nurul Syuhada Yuyu.
fuhhh!! serius sedap sekali kek salted caramel chocolate ini. |
Selain kek chef yang amat mengemari bidang masakan dan mencintai bidang bakery ini turut menjual secara online produk menarik dan sedap yang lain seperti congo bar, Premium chewy choc chips Cookies dan sebagainya. Sila lawati facebook beliau di link ini https://www.facebook.com/nurul.yuyu
Chef Yuyu juga turut menyediakan perkhidmatan tempahan kek untuk perkahwinan , hari jadi, keraian, pejabat dan sebagainya. Anda hanya perlu menghubungi beliau di talian hp melalui wassap atau telegram 0196216141.
Chef yuyu juga aktif didalam bazar-bazar yang dianjurkan di sekitar Kuala Lumpur. Berikut adalah gambar-gambar suasana di gerai kek beliau.
Chef yuyu juga mempunyai blog beliau sendiri iaitu bemycupcakehouse.blogspot.com . Anda boleh lawati blog beliau ini. Tetapi beliau bukan aktif blogger dan blog beliau amat jarang diupdate.
mengenai yuyu digoogle |
Anda tidak perlu risau tentang harga kek dari chef yuyu ini. Amat murah sekali dibandingkan dengan rasa dan kualiti kek beliau serta bahan-bahan sihat dan berkualiti tinggi yang digunakan oleh beliau. Sebagai pencinta dan pengemar kek, beliau telah menterjemahkan rasa sebenar dan keenakan kek kedalam setiap resepi beliau sendiri. Tunggu apa lagi, sila lawati facebook beliau sekarang atau datang segera ke butik cafe Zurhana Shoppe di Platinum Walk, Danau Kota, untuk merasai nikmat indah menikmati keenakan kek sebenar. Anda juga boleh melawati facebook Chef Yuyu di https://www.facebook.com/nurul.yuyu atau pun menghubungi beliau di talian 0196216141. untuk tempahan. Tempahan dibulan Puasa dan Hari Raya telah pun dibuka sekarang. Sila cepat sebelum tempahan ditutup.
Baiklah sekian sahaja entry saya untuk kali ini. Salam sayang dari saya. Insyaalalah kita akan berjumpa lagi di entry akan datang. Love, huge & kiss.
*** ini link sambungan seterusnyaTempat Makan Best Di KL - PART 11
*** ini link sambungan seterusnyaTempat Makan Best Di KL - PART 11
2 ulasan:
Tergoda! Tergoda! Semua nampak rich & tempting!
serius sedap!! sila cuba ok..
Catat Ulasan