Vitamin C @ Sodium Ascorbate pilihan saya |
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang.. alhamdullillah saya masih mampu dan diberi peluang oleh tuhan untuk meneruskan penulisan saya diblog ini pada minggu ini dicelah pantasnya waktu yang berlalu...
Baiklah hari ini saya ingin berkongsi dengan anda bagaimanakah cara untuk anda memilih vitamin C terbaik untuk diri anda... tahukah anda betapa banyak vitamin C di farmasi dan klinik yang kaya dengan aspartame (gula buatan yang membawa mudarat serta dikatakan boleh menyebabkan kanser?) dan juga tinggi kandungan gula?... malah dari pembacaan saya banyak blog kesihatan menggalakkan mengambil vitamin C jenis serbuk berbanding kapsul @ pil ... dan semestinya organik..
Jadi sebagai pengguna yang rajin menggunakan carian google saya memilih Nutribiotic Sodium Ascorbate sebagai vitamin C untuk saya amalkan jika saya sibuk dan tidak punya masa untuk membeli buah-buahan yang kaya dengan vitamin ini.. Jika diikutkan hati tentu sahaja saya mahu segala vitamin itu datang dari "real food" atau makanan asli yang saya nikmati.. tetapi kekadang kerana kesuntukkan masa.. atau buah-buahan dipasaraya tidak segar dan tidak menepati minat saya, saya terpaksa menikmati sesudu sodium ascorbate @ vitamin C ini.. saya jarang mengamalkan vitamin ini. .seminggu sekali pun susah. Tetapi berdasarkan pengalaman saya sendiri jika saya mengamalkan vitamin C ini diwaktu pagi. .memang terus sistem pembuangan saya aktif.. dan saya semestinya tidak suka melihat perut saya "buncit" jika kurang "membuang".
Vitamin C @ sodium ascorbate ini adalah pharmaceutical grade dari sea salt atau garam laut dan insyaalah selamat. Ia amat sesuai diamalkan oleh mereka yang menjalani topical steroid withdraw (TSW) atau mereka yang menghadapi simptom "candida overgrowth". Mereka yang menghadapi masalah parut pembedahan, kekurangan vitamin C dan pelbagai masalah kesihatan yang melibatkan kekurangan vitamin C juga digalakkan mengambil supplement ini. Vitamin C dikatakan amat mudah hilang dari tubuh terutama jika anda merokok atau pun terdedah kepada asap rokok atau asap dari kilang-kilang industri.
Produk ini juga adalah "gluten free" atau tanpa gluten juga "GMO free" bukan genetic modified... malah mereka yang alergik kepada susu, soya, telur, yeast, gandum dan sebagainya juga boleh mengambil suplement ini. Untuk maklumat lanjut anda boleh google sahaja mengenai produk ini.
Baiklah ini sahaja yang saya dapat kongsikan dengan anda... terima kasih kerana membaca entry ini. .salam sayang dari saya.. love, huge & kiss..
3 ulasan:
Harga brapa sis?dan di mana blh dpt kn serbuk vit c?
anda boleh mendapatkannya dengan sahabat fb saya el zarim di talian 019-331 6387. anda boleh wassap atau telegram sahaja beliau.
Harga vitamin c ini sebelum mata wang RM jatuh mendadak RM69 sahaja.
Terima kasih.
Pasti gatau kan suplemen vit c juga ada yang bagus juga ada yang biasa aja. menurut saya vitamin c terbaik dipegang oleh tara vit c yang mengandung Acerola Cherries merupakan salah satu sumber alamin Vitamin C terbesar.
Catat Ulasan