![]()  | 
| buah mangga yang berkhasiat - imej dari google | 
Assalammualaikum wbt...
Oleh kerana sekarang ini saya kerap membeli buah mangga, kerana harganya yang serius murah bcoz sekarang adalah musim mangga... ialah sekarang jika beli dekat pasaraya pun harga mangga lemak manis, mangga susu dan pelbagai lagi setakat sekilo rm3.99 sahaja.. murahkan?... jika harga biasa rm7 dan keatas sekilo ye... .so kerana saya suka menikmati air mangga di musim panas ini.. .kali ini saya ingin sharing khasiat mangga dengan anda... maaf, saya hanya copy paste sahaja khasiat mangga ini.... dari link ini.... http://www.iluvislam.com/gaya-hidup/8794-khasiat-mangga-bukan-sekadar-sedap.html
Actually blog iluvislam.com ini juga banyak sangat info keagamaan didalamnya.. so sila rajin-rajin singgah ye.... so berikut adalah antara khasiat buah mangga :-
1. Mencegah kanser
Buah
 mangga mengandung komponen antioksidan seperti quercetin, astragalin, 
isoquercitrin, fisetin, asam galat, dan methylgallat. Kandungan 
antioksidan tersebut dapat membantu melindungi tubuh dari serangan 
radikal bebas penyebab beberapa jenis kanser. Kanser yang lazim adalah 
seperti kanser usus, prostate, leukimia, dan payudara.  Radikal bebas 
adalah molekul-molekul tak stabil yang dihasilkan oleh berbagai proses 
kimia normal tubuh, radiasi matahari, asap rokok, dan sebagainya.
2. Menurunkan kadar kolestrol
Buah
 mangga yang berwarna kuning ini mengandungi vitamin C yang tinggi. 
Vitamin C ini mampu mendetoksikan darah dari unsur-unsur yang tidak 
penting seperti kolesterol jahat, Secara tidak langsung, mencegah dari 
penyakit obesiti.
3. Menyihatkan Mata
Vitamin
 A yang terdapat dalam buah mangga memberikan perlindungan kepada mata 
dari serangan beberapa radikal bebas penyebab penyakit katarak, mata 
kering dan sebagainya. Selain itu, mata juga akan menjadi lebih cerah 
dan kesegaran mata dapat dikekalkan sepanjang hari.
4. Membantu pencernaan dalam tubuh
Mangga
 memiliki peranan penting dalam menghilangkan masalah seperti gangguan 
pencernaan. Mangga membantu masalah pencernaan enzim secara semulajadi. 
Bahan aktif dalam mangga seperti ester, terpene dan aldehida berpengaruh
 dalam meningkatkan nafsu makan dan juga meningkatkan pencernaan
5. Mencegah strok
Mangga
 mengandungi kalium yang berfungsi untuk meningkatkan keteraturan 
tekanan jantung dan membantu untuk otot berfungsi dengan baik. 
Pengambilan kalium yang memadai akan menyebabkan  tekanan darah menjadi 
stabil, dan mengurangkan kemungkinan mendapat penyakit jantung dan 
pembuluh darah.
6. Menyihatkan otak dan meningkatkan daya memori
Mangga
 kaya dengan vitamin. Sebagaimana banyaknya kandungan vitamin C, mangga 
juga mempunyai  vitamin B-6 yang sangat penting untuk mempertahankan dan
 meningkatkan fungsi otak. Vitamin ini membantu untuk menggabungkan 
neurotransmitter utama yang memberikan kontribusi dalam menentukan 
keadaan hati dan perubahan pola tidur. Selain itu, kandungan asam 
Glutamin di mangga mampu meningkatkan konsentrasi dan daya memori.
7. Menghaluskan kulit
Buah
 yang memiliki rasa manis asam ini ternyata juga mampu menghaluskan 
kulit serta menghilangkan jerawat, kerana kandungan vitamin A yang 
terdapat dalam buah mangga mampu memaksa sel-sel kulit untuk kembali 
atau melakukan proses regenerasi lebih cepat dengan membawa sel-sel 
kulit baru yang segar ke permukaan. Kulit akan lebih halus dan sihat.
8. Melegakan panas dalam
Mangga
 juga berfungsi sebagai pendingin tubuh. Panas dalam disebabkan beberapa
 fakor  dan biasanya di sebabkan oleh sistem pencernaan yang buruk dan 
faktor faktor lain, seperti : kekurangan vitamin C, kekurangan serat, 
kekurangan cairan tubuh (dehidrasi), memakan makanan yang 
bersifat panas dan berlemak seperti gorengan, atau bahkan disebabkan 
cuaca panas. Kandungan Vitamin C yang terdapat pada buah mangga memiliki
 kemampuan untuk meningkatkan kekebalan tubuh sehingga mampu meredakan 
penyakit panas dalam lebih cepat.
Terima kasih kerana membaca entry ini.. salam sayang dari saya.. luv & muahhzzz!!!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan