Berbekam amatlah di galakkan didalam islam.. Terdapat 2 jenis bekam iaitu Bekam DARAH (bekam sunnah) dan Bekam Angin (dikatakan bukan bekam sunnah). .walau bagaimana pun dikatakan Bekam Darah lebih banyak memberi kebaikan daripada bekam angin.. tetapi anda boleh mencuba kedua-duanya sekali jika berminat.
Dalil-dalil tuntutan berbekam Sabda Rasulullah SAW "jika ada ubat yang dapat menyembuhkan penyakit, maka bekam juga dapat menyembuhkannya" HR Malik
Sabda Nabi SAW lagi "kesembuhan
itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan
sundutan dengan api (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku (berubat)
dengan kay”Hadith Sahih Al Bukhari
Sabda Rasulullah SAW :-
ما مررت ليلة اسري بي بملاء
الا قالوا يا محمد
مر امتک بالحجامة
“Aku tidak berjalan di
hadapan sekumpulan malaikat pada malam ketika aku diisra’kan kecuali mereka
(para malaikat) berkata: Wahai muhammad! perintahkanlah umatmu berbekam.” (HR
Tarmizi & Baihaqi)
Antara kebaikan berbekam :
1. Boleh membersihkan darah dan meningkatkan
aktiviti saraf tulang belakang.
2. Memperbaiki aliran pembuluh darah .
3. Menghilangkan kejang – kejang dan luka
dalaman pada otot.
4. Bermanfaat penderita asma , pneumonia
dan angina pectoris .
5. Bermanfaat ketika mengalami pening, luka
dalaman dibahagian kepala dan wajah , migrain dan sakit gigi.
6. Ketika mengalami berbagai jenis penyakit
mata dan rabun.
7. Ketika mengalami gangguan rahim dan
berhentinya menstruasi bagi wanita .
8. Ketika terkena sengal , sciatica ( rasa
sakit, sengal di pinggang) dan tulang sekitar belakang dan pinggang serta papan punggung.
9. Untuk mengatasi gangguan tekanan darah dan
arteriosclerosis ( pengapuran pembuluh darah / kolesterol dalam darah dan
pembuluh yang boleh menyempitkan saluran darah.
10. Ketika
mengalami sakit bahu , dada dan punggung
11. Bermanfaat mengatasi luka – luka , bisul ,
jerawat dan gatal – gatal kulit.
12. Bermanfaat
mengatasi kemalasan , kelesuan dan penyakit banyak tidur .
13. Bermanfaat mengatasi pericarditis ( radang
selaput jantung ) dan nephritis ( radang ginjal ) yang parah.
14. Bermanfaat mengatasi keracunan . contohnya
seseorang terkena gigitan haiwan berbisa kaedah berbekam boleh di lakukan .
Bekam pada tempat gigitan sedut dan keluarkan darah untuk menghalang bisa masuk
ke jantung. Rawatan awal ini boleh dibuat sementara mendapatkan rawatan antidot
di pusat kesihatan atau hospital.
15. Bermanfaat
mengatasi luka – luka bernanah .
16. Membantu
menghilangkan pening dan migrain.
17. Membantu membuang angin dalam badan, melegakan
pernafasan dan melancarkan sistem perkumuhan.
18. Membantu memecahkan lemak, peluh dan
melegakan demam, membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang
dan urat sendi di kaki.
19. Membantu mencegah kebas kaki dan membantu
mengurangkan risiko serangan angin ahmar.
20. Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan
peredaran darah yang tidak lancar.
21. Membantu
meringankan tubuh. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit
menyebabkan rasa berat dan malas.
22. Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran
darah ke mata yang tidak lancar menyebabkan penglihatan jadi kabur.
23. Membuang darah bertoksik untuk kesihatan
keseluruhan.
24. Membuang anasir gangguan makhluk halus
melalui pengaliran darah.
Setiap hari RABU kerana hari tersebut turunnya penyakit kusta
Tidak semua orang boleh berbekam kerana
dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan. Mereka termasuk yang mempunyai masalah
tekanan darah rendah yang serius, pesakit kudis, wanita hamil 3 bulan pertama, orang
tua yang terlalu uzur, masalah kulit yang serius atau dalam keadaan sangat
letih, lapar dan kenyang.
WAKTU DAN TARIKH YANG DIGALAKKAN BERBEKAM :-
1) 13,15,17,19 atau 21hb kalendar islam pada setiap bulan kerana pada masa itu darah kotor berkumpul maksimum dalam badan.
2) Berbekam sebulan sekali kerana para sahabat nabi melakukan sedemikian.
3) Berbekam pada sebelah pagi dan jangan mengambil sebarang makanan dahulu.
4. Makan setelah 2 @ 3 jam selepas makan . Digalakkan perut kosong atau berpuasa sehari sebelumnya.
1) 13,15,17,19 atau 21hb kalendar islam pada setiap bulan kerana pada masa itu darah kotor berkumpul maksimum dalam badan.
2) Berbekam sebulan sekali kerana para sahabat nabi melakukan sedemikian.
3) Berbekam pada sebelah pagi dan jangan mengambil sebarang makanan dahulu.
4. Makan setelah 2 @ 3 jam selepas makan . Digalakkan perut kosong atau berpuasa sehari sebelumnya.
"Sesungguhnya sebaik-baik bekam yang dilakukan adalah hari
ke 17, 19 dan pada hari ke 21" .......(Shahih Sunan at-Tirmizi)
Imam as-Suyuthi menukil pendapat Ibnu Umar, bahawa berbekam dalam
keadaan perut kosong itu adalah paling baik kerana dalam hal itu terdapat
kesembuhan. Maka disarankan bagi yang hendak berbekam untuk tidak memakan
makanan berat 2-3 jam sebelum berbekam.
Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa
berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijriyah), maka ia akan sembuh dari
segala macam penyakit.” (HR Abu Dawud)
Dari Abdullah bin Mas’ud r.a., Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya sebaik-baik bekam yang kalian lakukan adalah hari ke-17, ke-19,
dan pada hari ke-21.” (HR at-Tirmidzi)
76 PENYAKIT YANG BOLEH DISEMBUHKAN OLEH KAEDAH BEKAM
1) Kegemukan 2) Penyakit kaki gajah 3) Sakit pinggang 4) Sakit perut 5) Sembelit 6) Gangguan jantung 7) Radang perut 8) Alergi makanan 9) Sengal tulang 10) Sesak nafas 11) Asma 12) Insomnia 13) Cirit birit 14) Kejang otot 15) Kencing manis 16) Gangguan pundi 17) Menggigil 18) Kencing malam 19) Tonsil 20) Gatal-gatal 21) Radang usus besar 22) Stress 23) Gangguan pundi hempedu 24) Pusingan haid tidak teratur 25) Masalah Ginjal 26) Tekanan darah tinggi 27) Sakit lutut dan sendi 28) Sakit kaki 29) Sakit tulang belakang 30) Gangguan jiwa 31) Stroke 32) Gout 33) Rematoid 34) Bisul 35) Kurang imun 36) Sinus 37) Sakit kawasan perut 38) Gangguan rusuk 39) Buasir 40) Mandul 41) Kuat tidur 42) Membaiki peredaran darah 43) Pembuluh darah sempit/sumbat 44) Sakit punggung 45) Badan kurus 46) Membuang tabiat merokok 47) Sakit bahu/tengkuk 48) Pekak 49) Jangkitan kuman 50) Kurang daya ingatan 51) Kurang fokus 52) Sakit punggung 53) Gangguan pundi 54) Kaki semut-semut 55) Salah urat 56) Lumpuh menyeluruh 57) Lemah syahwat dan masalah prostat 58) Pening kerana gangguan haid 59) Sakit paha dan tapak kaki 60) Sejuk tapak kaki 61) Tegang/gelisah 62) Tumor otak 63) Lutut yang kaku 64) Gangguan pankreas 65) Kejang-kejang 66) Bisu 67) Penyakit mata 68) Berhenti haid 69) Bengkak testis 70) Tekanan darah rendah 71) Penyakit rahim 72) Keputihan 73) Masalah kesuburan 74) Batuk kronik dan penyakit paru-paru 75) Sihir 76) Saka |
Titik Bekam paling baik (titik bekam istimewa) adalah di Ummu
Munghits/titik bekam kepala. Dalam sebuah Riwayat di jelaskan, “Bahwa
titik bekam kepala menghilangkan 100 penyakit”. Riwayat lain Bekam
kepala ada 5 manfaat, mencerdaskan, menguatkan pandangan mata,
menguatkan hafalan, meringankan tubuh dan menghilangkan sihir.
Selain Kepala.. belakang badan juga antara titik bekam istimewa (terutama dibelakang tengkuk) .... tetapi paling terbaik adalah dikepala.
Terima kasih kerana membaca entry ini. . Salam Sayang dari saya.. luv! Muuaaahhhzzz!!
**** Terima kasih kepada my bff google diatas maklumat ini...
Selain Kepala.. belakang badan juga antara titik bekam istimewa (terutama dibelakang tengkuk) .... tetapi paling terbaik adalah dikepala.
Terima kasih kerana membaca entry ini. . Salam Sayang dari saya.. luv! Muuaaahhhzzz!!
**** Terima kasih kepada my bff google diatas maklumat ini...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan