Selasa, 14 Mei 2013

Tempat Makan Best di Kuantan Part 6

Assalammmualaikum.. dan selamat pagi...Darlingggzz!!!! ini sambungan dari entry before this ..... http://little-queen-qkhadeeja.blogspot.com/2013/04/tempat-makan-best-di-kuantan-part-5.html

23. Terminal Usrah (Depan Pasaraya Eng Hong Balok @  KFC Balok)

Jika anda bercuti atau beriadah di Pantai Balok... anda boleh singgah menikmati lunch @ dinner di kafe ini.. masakan nasi kukus di sini not bad... tetapi nasi lemak kukus disini.. memang sedap dan famous....  Selain banyak nasi dan sambalnya.... harga nasi lemak disini juga berpatutan... sila try ye....


Kafe Usrah


pemandangan di dalam cafe

boleh try teh tarik disini


kafe di sini memang luas

antara menu di sini

nasi kukus ayam berempah

jika ikut taste i.. rasa nasi kukus ini not bad.. tapi i jauh lebih suka nasi lemak kukusnya... (sorry pic i lupa ambil.. heheheh)

serius! carrot juice disini memang best!

anda juga boleh beli & bungkus bawa balik ye...

pemandangan di kafe ini

antara lukisan di kafe ini

pemandangan di kafe ini

pemandangan di kafe ini

kaunter pembayaran



Di Terminal Usrah ini juga turut disediakan perkhidmatan WIFI FREE..

*****Di sini juga turut dijual Cruncy Flakes buatan saya yang berharga RM10 sahaja... Cruncy flakes ini amat sedap dan amat sesuai terutama bagi mereka yang diet... dan digemari semua golongan... jika anda inginkan sesuatu yang ringan, ringkas dan light... serta tahan lama.. please try it!... flakes ini adalah favourite my family dan anak sedara saya.... 



hanya rm10.. dibuat dari flakes asli .. kaya dengan rempah ...please try!!1

dibuat dari flakes asli.. kekacang, daun kari.. rempah terpilih dan digemari semua golongan... paling sesuai untuk mereka yang berdiet... tahan lama setelah dibuka...


24. Restoran Dallah (Restoran Masakan Arab dari Yaman) - lokasi Malay Town berdekatan East Coast Mall

Jika anda mencari restoran arab sedap, murah dan lokasi strategik... inilah restoran yang anda patut pergi....
Bagi i... masakan restoran arab ini sedap... i just pernah try lamb mandi rice dengan desertnya berserta salad sahaja di sini.. juga teh arabnya (teh yang diisi daun mint)... walaupun baru dibuka... servicenya dikira bagus.. .dan masakannya memang menepati selera Malaysia... 

Tentu sekali masakan direstoran ini tidak dapat menandingi kesedapan di SABA Restaurant atau Ar-Rawsa Restaurant KL yang telah bertahun-tahun dibuka.. tetapi masakan di restoran ini still dapat menandingi masakan arab di restoran-restoran arab di KL yang telah bertahun-tahun dibuka tetapi kurang famous... sila datang try ye.... harga di restoran ini amat berpatutan dan berbaloi-baloi sangat... nasi mandi di sini boleh syer makan 2 orang ye.... (sorry i terlupa berapa belas ringgit harganya coz i makan hampir 2 bulan lepas ye...)


Restoran Dallah

pemandangan hadapan restoran

pemandangan didalam restoran ini

customer kusyuk menikmati hidangan

jika tidak silap i.. nama menu ini Dallah Sallad

ketika i datang makan disini , hanya desert ini sahaja ditawarkan

mandi lamb disini bagi i sedap jika dibandingkan dengan restoran arab lain di Kuantan

Lamb Chicken & salad

Arab Tea & my desert (sorry i tak ingat nama desert ini.. rasanya bukan baklava
Ketika i lunch direstoran ini.. kebanyakan menu yang ditulis didalam buku menu di restoran ini.. masih tiada disini.. walau bagaimana pun .. staff restoran ini memberitahu menu itu akan ada dalam waktu terdekat... so hopefully... sekarang semakin banyak menu yang terdapat didalam buku menu restoran ini sudah disediakan di restoran ini. sila datang makan ramai-ramai ye.... memang berbaloi...


25. Cendol Bismi Syed Iman (sebelah PapaRich berdekatan Megamall Kuantan)

Sebenarnya ini hanyalah cawangan gerai cendol ini sahaja.. (gerai ini dijaga oleh anak pemilik asal cendol ini) gerai cendol asal (yang pertama) adalah terletak berdekatan Mydinn Kuantan, bersebelahan Taj Restaurant...  (still dibuka oleh pemiliknya iaitu ayah kepada pemilik gerai cendol ini,- tetapi gerainya kecil sangat ye.. berbeza dengan cawangan cendol yang baru di buka ini)... dan gerai cendol ayahnya ini memang sudah lama terkenal di Kuantan...

Bagi i cendol disini memang menepati selera i.. cukup berlemak dan manis... kemanisan cendol ini tidak menengelamkan rasa lemak santannya... isi cendol ini juga pelbagai... (actually i pilih cendol special berharga RM3.50).... selain cendol... disini juga ada dijual pelbagai rojak dan mee goreng mamak...sila try...


Cendol Bismi Syed Iman

pemandangan digerai ini

Menu yang ditawarkan

minuman yang ditawarkan

Cendol spesel RM3.50

NYAM!!!!

Licinnnn ok... hehehe.. coz memenuhi my taste...

Baiklah darlingz... ini sahaja untuk entry kali ini... i akan sambung Tempat Makan Best di Kuantan Part 7 sebentar lagi.. .tqvm kerana sudi membaca entry ini. .salam sayang dari saya... luv !


*** sambungan untuk entry ini... http://little-queen-qkhadeeja.blogspot.com/2013/05/tempat-makan-best-di-kuantan-part-7.html  tqvm



2 ulasan:

Unknown berkata...

Gerai bismi cendol sebelah paparich tu dah kena tutup. ada isu pasal kebersihan dan lokasi premis.

Deeja berkata...

Oh ye ke? I bru tahu... Tqvm 4 ur info 😃

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...