sambil mandi pantai ..sambil minum minuman buah lagi best ye... |
Uols I selama ini kusyuk dengan ber”spa” bagai
sampai terlupa kepada “spa asli” di muka bumi ini…heheheeh.. . .pernahkah uols
tersedar selama ini uols asyik di sogokkkan dengan mandi susu , lulur, sauna,
steam bagai. ... sehingga uols hampir terlupa satu lagi anugerah alam terbesar
iaitu Laut atau Pantai….. maybe uols ada
yang buat-buat lupa dan ada juga yang risau jika mandi pantai atau laut , kulit
uols akan gelap atau terbakar.. so that
why uols tidak berminat untuk mandi pantai atau berkelah dan bercuti di pantai…
Hahahaha.. I time kecil-kecil
dulu memang rajin mandi pantai.. bila remaja dan berkerja semakin kurang mandi
pantai dan bertahun-tahun tidak ke pantai…hehehehe.. bila start “blogging” dan
mula membawa anak –anak saudara berjalan-jalan dan bersiar-siar .. akhirnya kerana tidak
tahu lagi tempat ingin dituju seterusnya ..akhirnya I membawa anak saudara i ke pantai ye uols… bermula sejak itu I mula
jatuh hati kembali ke pantai.. yang sebenarnya mengamit banyak memori ketika I
kecil dan study…
Maybe ramai dari uols yang tidak
tahu betapa banyak khasiat dan keistimewaan pantai atau laut .. anugerah alam
yang menakjubkan ini… selain menghilangkan stress.. mengubati hati uols yang
kecewa bercinta.. konon-kononnya.. pantai dan laut juga tempat yang selalu
dipaparkan dalam drama dan filem sebagai tempat berbulan madu dan bercinta..
juga tempat berkelah dan beristirehat family dan insan single bersama
rakan-rakan… banyak ye keistimewaan dan khasiat mandi pantai kepada tubuh badan
dan kecantikan antaranya adalah seperti dibawah :-
1. Tahukah uols yang dikatakan pasir
pantai mampu mengubati stroke?... arwah nenek I dulu kena stroke atau tidak
boleh bergerak dan my dad telah menanam badannya didalam pasir pantai sebelum
subuh… lebih kurang sejam… dan Alhamdulillah..
arwah nenek I menunjukkan peningkatan tubuh yang boleh bergerak.. .dan pulih
dari stroke @ badan tidak boleh bergerak… I juga berjumpa banyak kes yang
seperti ini.. termasuk family kenalan-kenalan i.. .. kenalan I ada yang
memberitahu.. walau ditanam didalam pasir… pesakit stroke akan tetap rasa sakit
kerana pasir pantai itu berat dan berbisa… (ada
kes pesakit yang menangis ketika ditanam.. ).. iyalah ubat…tentu sakit..
tetapi akhirnya sembuh setelah lama mengamalkannya… rawatan ini juga boleh
digunakan kepada pengidap penyakit “Gout” ye…
2. Mandi pantai juga elok untuk
kecantikkan kulit… terutama uols yang mengidap penyakit kulit , tidak kira
kanak-kanak atau dewasa.. malah uols yang berjerawat pun boleh hilang jerawat..
jika rajin mandi pantai… ini kerana kandungan garam yang tinggi didalam laut…
amat elok untuk kesihatan badan dan kulit…
(tapi still kena berhati-hati dengan binatang laut yang menyebabkan alahan ye)
3. Mandi pantai juga elok untuk uols
yang mengalami sakit-sakit badan dan lenguh-lenguh badan.. malah dengan
berenang atau mandi pantai.. ia umpama
bersenam dan membakar banyak kalori..
that why, lepas mandi pantai.. uols akan rasa penat sangat dan lena tidur…
kerana pembakaran kalori dan tenaga.. so nak slim??? Leh mandi pantai..
4. Dengan berjalan kaki diatas pasir
pantai (tanpa kasut atau selipar)….
ia umpama uols melakukan refleksologi ye… pasir-pasir yang halus akan mengurut kaki uols
dan ia juga bahan pengelupasan semulajadi untuk kulit mati… so jimat duit untuk
pedicure ye…
5. Air laut juga elok untuk membuang
sel kulit mati, membuang racun dari badan dan melembutkan kulit.. ini kerana
laut amat kaya dengan magnesium yang dapat menenangkan dan menghilangkan
tekanan dan kepenatan.
6. Udara pantai kaya dengan ion
negative ia membantu uols bernafas dengan lebih baik dan mengurangkan tingkat
hestamine yang mampu menyebabkan rasa demam….malah dikatakan juga mandi laut
turut mengurangkan “senggugut’… tapi kena mandi before “datang bulan” ye… juga mengurangkan sakit kepala.. .. that
why kena mandi basahkan kepala dan rambut sekali.. don’t worry. .uols leh je
mandi pakai tudung… I mandi pakai tudung apa.. hehehehe
7. Melihat “sunset” juga
menghilangkan tekanan dan mengurangkan stress… so uols leh lihat sunset di
pantai-pantai yang berdekatan ye… amat cantik sekali pemandangannya.. I likeeee!!
8. Apa sekalipun.. bagi uols yang
ingin berkemah atau tidur dia pantai.. dinasihatkan melapik kertas atau kain
atau benda tebal.. elakkan tidur diatas tanah atau bumi… ini kerana dikatakan
udara yang keluar dari bumi akan masuk ke liang roma bersama-sama jin. ...uols
dinasihatkan menaburkan garam ditempat tidur sebelum tidur ditepi pantai.. (fakta ini I dapat dari internet ye.. maybe
betul kot.. coz banyak cerita yang I baca.. lepas berubat… pesakit atau ustaz
akan “membuang” jin atau benda-benda berkaitan didalam laut atau sungai… ada
juga I baca kisah jin laut dan macam-macam lagi..).. walau bagaimanapun…
satu perkara penting yang perlu diingat dan dipegang.. bahawasanya banyak
ayat-ayat AL-QURAN menyebut bahawa SEMUA KEJADIAN DI MUKA BUMI INI ADALAH UNTUK
MANFAAT DAN KEGUNAAN MANUSIA SEJAGAT….lebih baik uols amal pendinding diri
seperti surah Al-Fatihah dan ayat Kursi dan amalkan bacaan LAILAHAILLAH.. 10x
dan keatas sebelum tidur dan mandi… kerana tiada jin atau syaitan atau makhluk
dibumi ini dapat menandingi ayat Al-Quran jika uols betul-betul yakin dan
mengamalkannya…
Sekian saja untuk entry kali ini…
terima kasih kerana sudi membaca my blog..jumpa di next entry… salam sayang
dari saya.. LUV !
*** dia katakan orang zaman
dulu.. jika anak-anak kena penyakit kulit..mereka akan membawa anak-anak mereka
mandi pantai.. dan penyakit kulit anak-anak mereka akan sembuh.. jika anak-anak
uols pun mengidap penyakit kulit dah puas ke klinik ..berubat guna krim segala bagai..
boleh try mandi pantai ye… heheehhee..
*** pantai @ laut paling famous
dekat muka bumi ini dan dalam Al-Quran ialah Laut Mati ye.. (kisah Nabi Luth)…
dikatakan laut mati ini amat kaya dengan kandungan garam dan tiada hidupan pun
boleh hidup didalamnya kerana kandungan garam yang amat tinggi.. bestnya lah
kalau dapat mandi laut mati… insyaallah ada rezeki.. I pi mandi kat sini satu
hari nanti.. Aaaminn…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan