Isnin, 23 Oktober 2017

Tahu Dan Buat


Menikmati makanan di luar kadang kala agak sukar di elakkan 
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Tahu banyak Info tidak bermakna mengamalkan dan mengelakkan perkara yang boleh membawa mudarat pada tubuh. 

Tahu gula Putih bahaya namun masih menikmati kek manis dari gula Putih dan bahan proses lain. 

Itulah manusia ada beza tahu dan buat berbanding tahu namun abaikan. 

Realitinya ramai pakar nutrisi lebih tahu khasiat tiap makanan,  namun tidak mengamalkan pemakanan sihat. 

Ramai yang saya jumpa tidak tahu mengenai Khasiat dan nutrisi namun amat menjaga pemakanan berdasarkan logik masing-masing bahawa makanan sihat adalah makanan asli.

Sedsngkan golongan yang tahu dan rajin membaca membuat tidak endah hanya kerana tidak mampu mengawal nafsu. 

Berjumpa dengan insan biasa yang hanya menikmati masakan di rumah menggunakan gula kabung semenjak dahulu lagi cukup menginsafkan lebih-lebih lagi gula kabung yang dibuat sendiri dari pokok nira yang di tanam sendiri. 

Begitulah manusia apabila diberi rezeki dari segi pemakanan sihat,  tidak perlu mengoogle atau rajin membaca. 

Rezeki menggunakan bahan dari sekeliling dan tanaman di tepi rumah sudah cukup menjimatkan masa dan menjaga tubuh dan kesihatan.

Tidak makan marjerin kerana tidak suka makanan moden juga susu tepung. 

Hanya mentanak minyak kelapa dari kecil hingga tua.  Malah cendol dan tempe turut di buat sendiri. 

Betul kata bijaksana rezeki memang dalam pelbagai bentuk begitu juga ilmu yang luas ini. 

Seperti ramai kebanyakan orang yang tahu kesan buruk makanan luar,  yang tidak terjaga bahan-bahan digunakan. 

Saya masih lemah untuk masih menikmatinya. 

Tahu banyak info namun tidak mampu kuat betul-betul untuk menolak. 

Ada waktu boleh menolak untuk 2 minggu,  masuk minggu ketiga tewas. 

Begitulah,  tambah kembali azam untuk makan makanan lebih sihat selepas ini,  namun cuba untuk terus kurang dan kurang menikmati makanan luar yang tidak sihat. 

Banyak perkara yang lari dari perancangan. 

Namun itu tidak bermakna dari langsung tiada perancangan dan niat. 

Niat asal terus diperjuangkan. 

Sekurang-kurangnya ada progress dari tidak dan insyallah ia lebih baik dari tahun sebelumnya. 

Maka semangat tahun baru semakin tinggi untuk kurangkan malas ini. 

2 bulan lagi tahun 2018 bakal menjelma. 

Apa azam anda untuk kesihatan dan pemakanan? 

Nampaknya saya juga harus menulis dan merancang dari sekarang. 

Terima kasih.




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...