Khamis, 17 November 2016

PENULISAN INSURANS & TAKAFUL



gambar sekadar hiasan

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Seiring dengan bidang penulisan blog yang semakin mendapat tempat dihati saya, saya berkongsi dengan anda mengenai insurans dan takaful di blog ke 2 milik saya di link ini

PENYELESAIAN TAKAFUL MENGIKUT KEPERLUAN DAN BUDGET

Perkongsian saya lebih kenapa pelbagai produk yang ditawarkan oleh HONG LEONG MSIG TAKAFUL dimana saya masih setia menjadi agen takaful di Syarikat ini semenjak tahun 2013 lagi.

Istimewa mengenai produk-produk HONG LEONG MSIG TAKAFUL ia bukan sahaja menyediakan pelan takaful mampu milik dari serendah RM50 malah turut menyediakan pelan perlindungan takaful dengan tempoh premium terhad selama 7 tahun sahaja berbanding pelan-pelan takaful lain yang memakan masa pembayaran sehingga 99 tahun.

Produk Hong Leong MSIG Takaful juga kalis gawat dan sesuai untuk dimiliki oleh pelbagai golongan.

Hong Leong Msig Takaful terkenal dengan caj wakalah yang rendah dan mampu milik. Caj wakalah yang rendah mengurangkan kesan sampingan insurans atau takaful 'lapse' jika anda terlupa atau terlebih budget dibulan-bulan tertentu.

Di blog ke2 ini juga saya sertakan info-info insurans dan takaful lain yang menarik juga pengalaman saya dalam bidang ini, Insyaalah.

Anda juga boleh memperolehi maklumat terkini Produk SSPN-i dengan kerjasama HONG LEONG MSIG TAKAFUL dibeberapa artikel yang saya kongsikan dengan anda diblog ke 2 milik saya ini di link ini.

Produk SSPN-i Plus Produk Simpanan TERBAIK untuk Anak Anda

Diharap anda sudi melawat blog ke 2 saya untuk maklumat dan info lanjut produk takaful di bawah Hong Leong Msig Takaful ini.

Sebarang pertanyaan dalam artikel blog ke 2 ini juga boleh dihantar melalui borang pertanyaan produk yang turut dilampirkan disetiap artikel di blog ke 2 milik saya ini.

Terima kasih.





CRUNCHY FLAKES BY QK kini di 11STREET .MY



promosi istimewa Crunchy Flakes By QK di 11street.my


BERITA BAIK untuk peminat CRUNCHY FLAKES by QK , Crunchy flakes by QK kini boleh dibeli secara online di portal beli belah popular 11street.

Bersempena perasmian QK SHOP yang kini merupakan kedai online di 11street , pembeli akan mendapat diskaun 5%  atas setiap  pembelian CRUNCHY FLAKES by QK di QK SHOP di 11street.

Lebih istimewa , terdapat ekstra diskaun RM1 untuk setiap balang jika anda membeli 10 balang dan keatas.

Untuk menyertai pembelian harga istimewa  CRUNCHY FLAKES by QK ini , anda boleh terus ke link dibawah ini

 HOT DEALS Crunchy Flakes by QK 


dan mulakan pembelian anda.

Promosi ini berakhir pada 5 Disember 2016.


Untuk info CRUNCHY FLAKES by QK diperbuat dari emping jagung asli, rempah kari segar serta limpahan kacang. Sesuai dijadikan sarapan pagi ringkas, untuk minuman petang, snek didalam perjalanan dan hadiah untuk yang tersayang. Ia juga diminati dari golongan kanak-kanak, remaja, dewasa sehingga golongan emas.

Jika anda tidak pernah mencuba CRUNCHY FLAKES by QK ini sila cuba sekarang SEBELUM PROMOSI INI TAMAT.


Terima kasih.






Isnin, 7 November 2016

SEJARAH KEFIR & KHASIAT DAN KEBAIKAN KEFIR


antara step-step cara penyediaan kefir- gambar diambil hampir 2 tahun lepas.

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Hampir setahun saya tidak menikmati minuman probiotik KEFIR, ia kerana grain kefir atau benih kefir bening saya telah lama mati dan lama tidak digunakan atau diberi 'makan'.

Pernahkah anda mendengar atau menikmati minuman probiotik KEFIR ini?. Saya pernah membela grain KEFIR dan menikmatinya satu masa dahulu ketika saya teruk dilanda masalah EKZEMA kerana mengharungi proses Topical Steroid Withdrawal atau dalam bahasa paling mudah faham, proses pemberhentian segala produk yang mengandungi steroid terutama krim ekzema atau krim alergik kulit.

Terdapat 2 jenis kefir iaitu grain atau benih kefir bening dan benih kefir susu. Kefir susu dikatakan lebih berkhasiat dari kefir bening atau kefir air.

Untuk setakat ini saya hanya pernah menikmati dan membela benih kefir bening sahaja. Saya masih belum berkesempatan membela benih kefir susu atau menikmati kefir susu.

SEJARAH KEFIR

Tidak tahu sama ada kisah ini benar atau tidak, menurut lagenda KEFIR, benih kefir ini di berikan oleh Nabi Muhammad SAW kepada masyarakat Kaukasus (Caucasus) sehingga bibit atau benih kefir ini disebut 'The Grain Of Prophet' atau benih dari Nabi.

Penyebaran Benih Kefir

Cerita klasik Rusia menceritakan bagaimana kefir ini

akhirnya tersebar di seluruh dunia.

Cerita klasik RUSIA terkenal yang dikenali sebagai Rancangan Blandov atau The Blandov's Plan yang akhirnya menyebarkan kefir ke seluruh Rusia untuk menjadi salah satu rawatan bagi merawat pelbagai masalah kesihatan dan menjadi salah satu minuman kesihatan dinegara itu.

Dikisahkan sekumpulan doktor-doktor terkenal di Rusia telah memohon bantuan Blandov Bersaudara untuk mendapatkan biji kefir atau benih kefir ini.

Blandov bersaudara juga menjalankan perniagaan susu, iaitu MOSCOW DAIRY dan perniagaan keju di kawasan pergunungan kaukasus.

Nikolia Blandov telah mengupah seorang gadis cantik bernama IRINA SHAKAROVA untuk mengoda Pengiran Kaukasus (Berkmiza Barchorov) agar beliau mendapatkan benih kefir atau biji kefir dari Pengiran Kaukasus yang berkuasa itu.

Diringkaskan cerita, akhirnya gadis penggoda IRINA SHAKAROVA ini telah berjaya menggoda Pengiran Kaukasus dan berjaya membawa balik benih kefir atau biji kefir ini pada tahun 1908 iaitu hampir 4-5kg biji kefir didalam botol ke Moscow bagi kali pertama.

Dan pada tahun 1973 , IRINA SHAKAROVA di usia 85 tahun mendapat penghargaan dan pengiktirafan dari kerajaan RUSIA kerana berjaya membawa benih kefir ke negara itu sekaligus menjadikan kefir antara ubat atau ramuan utama untuk kesihatan dan kesembuhan di RUSIA.

Dari Rusia benih kefir atau biji kefir ini mula tersebar di seluruh Dunia.

KHASIAT DAN KEBAIKAN KEFIR

1.  Terkenal sebagai minuman probiotik yang mempunyai berjuta bakteria baik yang amat bagus untuk kesihatan dan penyembuhan penyakit.'

2. Bagus untuk mereka yang menghadapi masalah alergi.

3. Amat berkuasa menyembuhkan penyakit yang melibatkan gangguan usus.

4. Sesuai untuk mereka yang menghidapi penyakit kulit.

5. Antibiotik semulajadi.

6. Menyembuhkan penyakit berkaitan hati dan limpa.

7. Mencegah dan menyembuhkan penyakit usus.

8. Meningkatkan fungi organ tubuh.

9. Mengubati penyakit berkaitan radang sendi dan tulang.

10. Mengurangkan penyakit kanser, gout, alergik, ekzema dan pelbagai penyakit bahaya lain.

11. Amat sesuai untuk kecantikan kulit dan tubuh badan.

12. Membantu mengurangkan kolesterol. kadar gula dalam darah , mengurangkan kadar asam lemak dalam tubuh badan.

13. Untuk masalah kulit dan jerawat yang teruk.

14. Meningkatkan metabolisma tubuh dan mengurangkan lemak tidak baik didalam tubuh

15. Berjuta manfaat lain lagi untuk kesihatan dan awet muda. Insyaallah.


Saya telah lama tidak menikmati kefir disebabkan benih kefir saya telah mati kerana lama tidak dituai dan diberi makan.

Jika anda biasa menikmati minuman yogurt yang terkenal sebagai minuman probiotik, Minuman kefir juga adalah minuman probiotik yang cukup kaya dengan berbilillion bakteria baik.

Terdapat pelbagai jenis kefir antaranya kefir bening dan kefir susu. Saya hanya pernah membela dan menikmati kefir bening sahaja. Kefir susu telah beberapa kali ingin diberi oleh beberapa orang kepada saya tetapi sehingga kini saya masih tidak berkesempatan untuk mengambilnya.

Ini sahaja info mengenai khasiat kefir yang dapat saya kongsikan dengan anda.

Semoga ia bermanfaat.


Terima kasih.



*** Untuk artikel minuman probiotik terkenal lain di link ini :-

1.Teh Kambucha atau Teh Cendawan Mekah

2. Beet Kvas




TEMPAT MAKAN BEST DI KUANTAN PART 32- JAMAN TORY RESEPI


bahagian hadapan restoran ini

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Telah lama saya tidak menulis artikel Tempat makan best di Kuantan dan untuk anda pembaca setia blog ini, artikel ini ialah sambungan dari link ini TEMPAT MAKAN BEST DI KUANTAN PART 31.

Jika anda mencari makanan tempatan asli yang popular dan sedap, Jaman Tory Resepi adalah antara pilihan terbaik di bandar Kuantan ini.

suasana di restoran jaman tory resepi 

Terletak di Indera Mahkota Fasa 2 , Restoran ini terletak berhampiran bandar Kuantan dan menghidangkan pelbagai menu dari masakan kampung untuk makan tengah hari sehingga malam.

antara dekorasi dalam restoran jaman tory
Berhias cantik dengan segala perhiasan zaman silam yang antik ia mengimbau kenangan masa kecil terutama jika anda lahir di tahun 50an-70an.

hiasan menarik tempat yangamat sesuai untuk menikmati makanan bersama yang tersayang.
Untuk anda yang ingin mengimbas kenangan lama, anda boleh datang kesini bersama keluarga.

kakak saya dan anak saudara saya sibuk memilih makanan
Malah restoran ini juga sesuai untuk majlis keraian seperti sambutan hari jadi dan makan istimewa yang lain bersama insan tersayang.

suasana dan hiasan menawan menambah lagi selera menikmati makanan disini
Saya persembahkan untuk anda antara gambar-gambar yang sempat saya ambil direstoran ini sebelum makanan pesanan kami sampai, maaf atas gambar yang tidak jelas kerana matahari sedang memancar-mancar ketika gambar-gambar ini diambil.

anak saudara saya, Irfan bergambar di hadapan akuariuam disini.
antara hiasan menarik disini, kereta mainan itu adalah kereta mainan zaman adik lelaki saya yang ke 6 yang kini berusia hampir 30 tahun


Masa untuk melihat antara menu menarik yang ditawarkan di RESTORAN JAMAN TORY RESEPI ini.

buku menu Restoran jaman tory resepi
Add caption

antara pilihan minuman disini
rojak buah tempatan
patin bakar tempoyak yang sungguh enak
patin goreng panas-panas
set ayam kampung
set burung puyuh goreng
sup ayam kampung
nasi goreng petai
set daging salai masak lemak cili api
cisstebakoweh
yasai 
Gambar-gambar di bawah ini pula adalah antara gambar-gambar yang sempat saya ambil gambar ketika saya dan keluarga saya menikmati makanan di Restoran Jaman Tory Resepi ini.

set daging salai yang enak dihidangkan bersama ikan pekasam goreng- air lain harga, rambutan itu dibagi percuma
patin bakar tempoyak yang amat sedap 

patin bakar tempoyak yang amat sedap

nutella cheese cake

saya menikmati manggo cheese cake dan menu daging salai serta menu ikan patin masak tempoyak
Minuman air kosong disini adalah percuma.

ayah dan anak saudara saya, Irfan menunggu makanan tiba.
restoran yang sesuai untuk kunjungan keluarga
kakak saya dan 2 orang anaknya dipaksa bergambar oleh saya.. hehe
gambar menu yang turut ditampal didinding sebagai hiasan dan info
anak saudara saya bergambar di kerusi yang disediakan
lihat pemandangan cantik restoran ini
Ini sahaja perkongsian di artikel ini, untuk anda yang mengemari masakan melayu terutama masakan Pahang, sila datang menikmati pelbagai menu istimewa disini.


Terima kasih.

*** sambungan link seterusnya Kedai Makan RODONG MELETOP

Isnin, 17 Oktober 2016

Kaitan KURAP dan EKZEMA / TSW


gambar hiasan di ambil di Emily Travellers Home Melaka

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Semenjak menulis mengenai pengalaman mengharungi EKZEMA atau TOPICAL STEROID WITHDRAWAL (TSW) dan hari ini alhamdulillah saya telah sembuh sepenuhnya dari Ekzema dan TSW ini insyaallah, saya tetap tidak putus-putus menerima pertanyaan mengenai ekzema dan TSW.


Untuk Artikel kali ini saya ingin berkongsi dengan anda sedikit pengalaman dan info yang saya dapat semasa mengharungi TSW / EKZEMA satu masa dahulu.

1. TSW ialah satu proses pengeluaran segala steroid dan toksid dari badan anda maka ekzema anda akan mempunyai pelbagai bentuk dan rupa yang pelbagai walau disatu anggota badan yang sama.

2. Ketika mengalami TSW adalah perkara biasa jika tubuh atau anggota anda di tumbuhi KURAP ia adalah disebabkan CANDIDA OVERGROWTH. Jika anda mengalami pertumbuhan candida yang tidak terkawal anda akan mengalami pelbagai koleksi ekzema dalam fasa-fasa TSW.

3. Jangan pelik dan risau kerana EKZEMA atau KURAP (akibat candida overgrowth) ini insyaalah tidak berjangkit. Saya tidak pernah membaca atau melihat apa-apa pengalaman dalam grup Ekzema atau kesihatan bahawa kurap atau ekzema ini berjangkit.

4. Jika anda mengalami lebih dari 3 jenis penyakit kulit ketika TSW, seperti ekzema yang berair, kurap, kayap (tidak kira kayap ular atau lain-lain) jangan risau sekurang-kurangnya peringkat pertama TSW anda teruk dan insyaallah aia akan sembuh dengan cepat dan badan anda juga akan lebih sihat selepas proses kesembuhan TSW.

5. Apakah parut-parut EKZEMA, KURAP , KAYAP itu akan hilang?... pengalaman telah mengajar saya sendiri, segala parut dilengan, kaki, tapak kaki malah segala urat hijau dan parut lama saya juga hilang selepas kesembuhan EKZEMA atau proses TSW ini. Tetapi ingin saya tegaskan disini, parut hilang dengan izin Allah dan kerana ketinggian antioksidan didalam tubuh.

Untuk info saya tidak menggunakan mandian atau sabun semenjak tahun 2012 lagi , kebetulan saya melalui TSW ialah pada tahun 2014, 2 tahun tanpa penggunaan sabun ditubuh dan seterusnya ketika ekzema dan sehingga kini.

Untuk info anda lagi, walaupun saya mandi tanpa sabun dan hanya menggunakan bahan semulajadi, tetapi saya membasuh baju saya menggunakan tangan dan bukan mesin basuh dan air basuh pakaian saya masih tetap sabun dan ia setiap hari terkena tangan dan kaki saya (ini fakta mengatakan bahawa walau anda gunakan sabun dahulu, insyaalah parut tetap tiada kerana ketinggian antioksidan dalam tubuh anda).

6. Apakah harus anda buat ketika fasa pertama yang teruk ini?

a. Hentikan kerisauan anda yang tidak kemana itu. KURAP akibat Candida Overgrowth atau dalam proses TSW tidak berjangkit. KAYAP yang dikatakan bakal bersambung dan menyebabkan anda mati juga insyaallah tidak menyebabkan kematian anda jika bersambung. Berhenti fikir perkara negatif yang tidak mendatangkan faedah itu.

b. Kulit anda tidak akan hodoh selamanya. Ia akan salin kulit baru walaupun umur anda 37 tahun apatah lagi jika anda muda daripada itu.

c. Jaga EMOSI anda. Berhenti terus dari mencari perhatian walau ketika sakit anda memerlukan perhatian kerana ia sebenarnya hanya membuat anda mengharap perkara bukan-bukan. Beri perhatian kepada perkara yang lebih penting iaitu diet anda. Fokus kepada DIET CANDIDA atau CANDIDA DIET ketika fasa ini. Insyaallah saya akan menulis mengenai diet candida dalam waktu terdekat ini.

d. Tidak perlu risau jika anda tidak mempunyai budget untuk membeli supplement yang mahal. Jaga dahulu diet anda. Masa ini adalah masa paling bagus untuk anda berpuasa dan belajar mengawal emosi serta berfikir positif. Ingatlah anda adalah orang terpilih yang akan berpeluang menjalani hidup lebih sihat selepas melalui proses TSW ini.


7. Apakah mandian yang perlu anda pakai ketika proses TSW fasa pertama ini?

Hentikan terus penggunaan sabun. Mandi menggunakan air yang dicampur satu penutup cuka epal yang diisi dalam satu jag air.

Sapu air bancuhan ini seluruh badan dan bilas.

Jika anda mampu, sapukan cuka epal (pure / asli tanpa campuran air) ke bahagian ekzema atau kurap atau kayap anda. Buat past test dulu. Bagi saya sakit atau pedih itu tiada apa-apa asalkan ia cepat sembuh dan baik.

Saya menggunakan cuka epal terus kepada kulit saya walau ia luka bergaru dan hasilnya alhamdulillah ia sembuh dengan cepat.

Amalkan menikmati cuka epal setiap hari ketika fasa pertama ini dan mula kurangkan pengambilan cuka epal untuk fasa ke 2 dan seterusnya.

Setelah sembuh cuka epal hanya dinikmati seminggu sekali atau 2 minggu sekali sahaja oleh saya dan sewajarnya oleh anda juga.

Mohon JANGAN STRESS. Kawal dan Jaga Emosi anda. Tiada siapa boleh melakukannya untuk anda kecuali anda sendiri.

Semoga artikel ini memberi semangat kepada anda yang masih baru melalui TSW ini.

 Terima kasih.





Rabu, 12 Oktober 2016

15 KHASIAT & KEBAIKAN MINYAK BIJAN


Minyak Bijan yang saya gunakan untuk oil pulling di beli dikedai mamak yang menjual makanan sunnah dengan harga RM4.50 SAHAJA-  saya tidak gunakan ia untuk memasak.

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Minyak bijan adalah antara minyak yang kerap digunakan dalam masakan cina dan masakan india.
Malah biji bijan juga kerap digunakan dalam masakan kuih melayu.

Minyak Bijan atau 'Sesame Oil' dihasilkan daripada biji bijan dan ia boleh didapati dalam bentuk minyak bijan pekat atau minyak bijan cair.

Biji Bijan kaya dengan zat besi, kalsium, magnesium, zink, tembaga, Vitamin E , Vitamin B dan pelbagai manfaat lain.

Terdapat Banyak KHASIAT & KEBAIKAN MINYAK BIJAN diantaranya ialah:-

1. Mengurangkan Pembentukan Plak Gigi

Minyak bijan terbukti boleh mengurangkan pembentukan plak dalam mulut dan memutihkan gigi disamping mengurangkan bakteria berbahaya seperti 'streptococcus mutan' dalam mulut.

Cara untuk mengurangkan pembentukan plak ini ialah dengan berkumur dengan minyak bijan atau melakukan oil pulling.

Artikel bagaimana oil pulling membawa manfaat terdapat di link ini KHASIAT DAN KEBAIKAN OIL PULLING

2. Membantu Menganjalkan kulit wajah

Minyak bijan kaya dengan kandungan zink yang membantu dalam pengeluarna kolagen sekaligus menjadikan kulit lebih anjal dan licin. Kajian menunjukkkan minyak bijan bermanfaat dalam proses pemulihan kulit tubuh dan juga melegakan luka terbakar dan keadaan kulit bermasalah yang lain.

3. Membantu dalam rawatan Tumit Kaki Yang Pecah dan Merekah

Berbanding minyak zaitun asli yang lebih mahal atau minyak kelapa dara , minyak bijan yang dibeli dikedai India jauh lebih murah dalam menyelesaikan masalah tumit merekah.

Hanya sapukan sahajam minyak bijan ke tumit yang merekah setiap malam sebelum tidur setelah anda mandi.

4. Membantu dalam rawatan kekurangan zat besi dan Zink

Jika anda menghadapi kekurangan zat besi terutama kaum wanita, adalah digalakkan anda mengamalkan minyak bijan kerana kandungan zat besinya.

Malah bagi mereka yang sekadar mengamalkan memakan sayur-sayuran dan kurang menikmati daging kerana berdiet, anda boleh menambahkan minyak bijan didalam masakan anda bagi mengurangkan risiko kekurangan zat besi dan zink didalam tubuh.

5. Supplement untuk pesakit buasir

Minyak bijan juga jika diminum diawal pagi insyaalah akan membantu mereka yang mengalami berak berdarah, sembelit atau buasir.

6. Mengurangi masalah anemia

Bagi mereka yang menghadapi anemia. Kandungan minyak bijan yang kaya zat besi amat membantu. Rajin amalkan masakan yang ditambah minyak bijan seperti didalam nasi goreng, sayur dan menikmatinya sebagai sos dim sum.

7. Membantu dalam membesarkan payudara

Seperti minyak zaitun dan minyak habbatus sauda, minyak bijan turut membantu membesarkan payudara dengan menyapu minyak bijan sekeliling payudara dan keatas setiap malam sebelum tidur.

Malah ia juga membantu mengelakkan puting payudara mengering atau kehitaman.

8. Merawat penyakit gusi

Selain melakukan oil pulling setiap pagi untuk rawatan gusi berdarah dan lebih kuat.

Dikatakan dengan menyapu 2-3 titis minyak bijan keatas gusi secara perlahan setiap malam turut membantu gusi menjadi kuat.

Ia memerlukan jangka masa sekurang-kurangnya 3 bulan untuk rawatan ini.

Pastikan anda mengosok gigi dan membersihkan gigi dahulu sebelum menyapu minyak bijan ke gusi anda secara perlahan-lahan.

9. Sebagai rawatan kulit kepala dan rambut.

Minyak bijan terkenal untuk rawatan rambut terutama dikalangan kaum india. Ia disapu dikulit kepala untuk menyejukkan kepala.

Jika disapu dirambut ia membantu menghitamkan rambut, mengurangkan uban, kelemumur, masalah kulit kering dan menguatkan rambut.

10. Membantu mencegah diabetes

Kajian dari American Journal Of Clinical Nutrition menunjukkan kandungan magnesium dan zat vitamin serta galian lain membantu merawat kencing manis pada pesakit diabetis jenis 2.

11. Membantu dalam tekanan darah

Kandungan mangnesium dalam minyak bijan juga membantu mengurangkan tekanan atau hipertensi.

12. Mengurangkan risiko sakit jantung

Kandungan sesamol , antioksidan dan anti radang didalam minyak bijan atau biji bijan turut membantu dalam mengurangkan risiko penyakit jantung.

13. Perlindungan radiasi dan cahaya matahari

Segala kandungan nutrien dan manfaat dalam biji bijan turut membantu mengurangkan radiasi didalam tubuh dan juga radiasi yang dibawa oleh cahaya matahari. 

Beberapa kajian yang dilakukan terhadap tikus terhadap radiasi yang meminum minyak bijan (sesamol) dapat bertahan berbanding tikus yang tidak mengambil sesamol.

14. Untuk kesihatan tulang

Kandungan zink, kalsium dan magnesium didalam minyak bijan membantu dalam memperkuatkan tulang kerana ketiga-tiga bahan ini adalah antara bahan yang diperlukan untuk membentuk tulang yang kuat dan sihat.

15. Fungsi sebagai ANTIVIRAL dan Antibakteria

Dalam perubatan ayurveda minyak bijan dipercayai mempunyai ciri-ciri anti viral dan anti bakteria yang kuat. 

Masyarakat cina dan purba pula percaya bahawa minyak bijan ialah sumber anti radang , mencegah pelbagai jangkitan dan mencegah kanser.

Mereka percaya bahawa minyak bijan boleh mengurangkan tekanan, menghapuskan kolesterol dan membuang toksid didalam badan. Malah ia digunakan untuk sindrom usus dan GERD juga sakit arthristis.

Malah pengamal perubatan holistik turut menggunakan minyak bijan dalam beberapa perawatan.

Perlu ditekankan disini bahawa pihak FDA TIDAK MENGESYORKAN MINYAK BIJAN UNTUK TUJUAN PERUBATAN.

Ini sahaja perkongsian untuk artikel kali ini.


Terima kasih.








Selasa, 11 Oktober 2016

5 Pilihan Ubat Gigi Asli Paling Popular

antara pilihan minyak untuk oil pulling- minyak kelapa dara atau minyak bijan

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Zaman moden ini ramai masyarakat dunia mula menghadapi pelbagai penyakit gigi dan gusi. Malah dilaporkan masalah gusi dan kaviti juga semakin meningkat kerana faktor pemakanan dan penggunaaan bahan kimia didalam aktiviti kehidupan seharian.

Untuk artikel ini saya ingin berkongsi dengan anda antara  produk  atau petua alami @ asli UNTUK GIGI yang lebih sihat :-

1. OIL PULLING 

Oil Pulling telah lama diperkenalkan dalam ayurveda sebagai antara rawatan untuk gigi lebih sihat dan kuat serta rawatan kesihatan lain.

Malah rawatan oil pulling ini kembali popular semenjak 2 ke 3 tahun yang lalu. Malah didalam Buku RASULLAH ITU SEORANG DOKTOR turut memperbincangkan KHASIAT OIL PULLING INI.

Oil Pulling dikatakan membantu perkuatkan gigi dan gusi sekaligus memutihkan gigi. Terdapat banyak manfaat dan kebaikan Oil Pulling yang lain yang pernah saya kongsikan di blog ke 2 milik saya di link ini https://qk79.blogspot.my/2015/09/ingin-gigi-putih-sihat-cuba-tips-mudah.html.

Untuk melalukan Oil Pulling anda hanya perlu memilih mana-mana sahaja minyak yang sesuai dengan anda. Antara jenis minyak yang sering menjadi pilihan majoriti untuk membuat oil pulling ialah minyak bijan, minyak kelapa dara dan minyak zaitun.


Caranya :- sejurus anda bangun tidur tanpa menggosok gigi, ambil sesudu minyak ke dalam rongga mulut anda dan alirkan ke seluruh kawasan mulut (bukan berkumur) selama 5-15 minit. Kemudian buang kembali minyak yang telah bercampur segala toksin itu dan kumur dengan air bersih. Gosok gigi anda dengan berus gigi pilihan anda.

Untuk aturan lebih lengkap anda boleh rujuk link ini Cara Melakukan OIL PULLING.

** OIL PULLING tidak digalakkan dilakukan oleh mereka yang mempunyai amalgam (tampalan gigi hitam).


2.  ARANG

Arang telah lama dijadikan ubat gigi dan antara rawatan dan petua untuk memutihkan dan membersihkan gigi.

Cara paling mudah anda hanya perlu membeli serbuk arang atau arang aktif yang terdapat di farmasi terkemuka dan jadikan ia sebagai ubat gigi harian anda.

Arang bukan sahaja membantu membersihkan gigi malah ia amat terkenal untuk memutihkan gigi dan telah lama diamalkan oleh kaum india, Kini keistimewaan ARANG semakin diteroka kerana ia kini diiktiraf sebagai food grade dan mempunyai pelbagai manfaat lain kepada kesihatan.

Saya ada berkongsi khasiat arang ini di link ini KHASIAT DAN KELEBIHAN ARANG

3. BAKING SODA

Jika anda inginkan gigi yang putih dan bersih. Anda juga boleh menggunakan baking soda tanpa perlu mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi untuk memutihkan gigi anda.

Baking soda terbukti antara bahan yang paling pantas memutihkan gigi.

Caranya hanya buat pes sedikit baking soda yang dicampur sedikit air. Isi diatas berus gigi anda, dan berus gigi seperti biasa.

Sifat baking soda yang menghakis boleh menyebabkan gigi menipis jika ia digunakan terlalu kerap. Tetapi jika gigi anda terlalu kuning dan anda ingin menanggalkan plak-plak gigi digigi anda, anda boleh mencuba cara ini sekali sekala.

Untuk maklumat lanjut kegunaan baking soda sebagai bahan pengganti ubat gigi anda boleh membaca artikel mengenainya di blog ke 2 saya di link ini Baking Soda sebagai UBAT GIGI

4. DAUN SEMAMBU 

Daun semambu juga dikatakan antara bahan yang amat bagus untuk gigi. Ia dikatakan mempunyai bahan anti bakteria yang boleh membunuh bakteria di dalam gigi dan mencegah kaviti serta plak gigi.

Anda hanya perlu tumbuk daun semambu selumat-lumatnya dan ambil jus daun semambu yang pekat dan buat ia seperti ubat gigi anda dengan menggosoknya ke gigi anda dengan lembut. Biarkan beberapa minit dan bilas dengan air suam.

Dikatakan juga batang kayu semambu yang halus dan lembut juga boleh digunakan sebagai berus gigi dengan menjadikannya seumpama kayu sugi atau kayu siwak.

5. KAYU SUGI

Tidak perlu diperkenalkan lagi. Kayu sugi adalah antara SUNNAH Rasullah SAW yang paling digalakkan dalam pelbagai pilihan alternatif untuk ubat gigi dan berus gigi anda.

Kayu sugi kini makin mudah didapati dan dijual di kedai yang menjual barangan Arab dan Timur Tengah. Harga kayu sugi dari serendah RM1 di Mydin dan anda boleh memilih kayu sugi dari pohon-pohon terbaik sebagai berus gigi anda.  Kayu sugi dari pohon zaitun baru-baru ini dibeli oleh saya dengan hanya  RM3 sahaja di Melaka Sentral.

Untuk kebaikan dan cara penggunaan KAYU SUGI saya pernah menulis mengenainya di link iniKEBAIKAN KAYU SUGI.

Ini adalah antara 5 pilihan ubat gigi asli paling popular setakat ini. Kini kunyit dan garam pink himalayan juga turut digunakan sebagai pengganti ubat gigi asli yang lebih selamat.

Jika anda mempunyai gigi yang sensitif dan masih tercari-cari alternatif untuk ubat gigi yang lebih selamat anda boleh mencuba 5 pilihan ubat gigi asli ini.

Terima kasih.







Jumaat, 7 Oktober 2016

Khasiat & Kebaikan ARANG

arang yang dibeli di kedai Organik Kuantan
Assalammualaikum wbt & salam sejahtera.

Pernahkah anda mendengar atau menggunakan arang?

Jika anda lahir pada tahun 70an & awal 80an biasanya anda masih berkesempatan melihat ibu @ nenek anda menggunakan arang untuk memasak air, membakar ikan dan sebagainya di dapur arang.

Tahukah anda kini penggunaan arang kembali popular.

Malah kini terdapat jenis arang yang dikategorikan 'Food Grade'.

Di Amerika & Eropah penggunaan arang kini diketengahkan kembali sebagai supplement tambahan dan dikenali sebagai 'active charcoal'.

Berikut adalah antara KHASIAT & KEBAIKAN ARANG:-

1. Digunakan dalam bidang Kecantikan & Kosmetik

Arang jika disapu ke wajah secara lembut ia dapat melembutkan wajah sekaligus membersihkan muka. 

Arang juga dikatakan dapat mengobati jerawat, bintik-bintik hitam dan kedutan diwajah. 

Malah arang dikatakan dapat mengurangi kadar minyak di wajah dan menjaga kelembapan asli kulit.

Arang juga turut membantu mengurangi racun yang terdapat di kulit sekaligus membantu kulit terhindar dari radikal bebas. 

Selain itu Arang juga dikatakan dapat membantu menghilangkan bau badan, juga turut membantu dalam proses
Mencuci dan memutihkan gigi juga turut digunakan untuk membersihkan kulit kepala.

2. Sebagai penjernih Air (water purifier)

Arang turut digunakan sebagai antara bahan dalam water purifier @ penjernih air kerana keistimewaan arang itu sendiri.

Arang kayu berkualiti dikatakan dapat menjernihkan air , malah membantu menambah mineral dalam air itu sendiri kerana keunikan arang itu sendiri.

3. Turut digunakan sebagai penghilang bau (penyedut bau)

Keistimewaan arang juga ia amat sesuai diletak diruang yang mempunyai udara yang tidak enak kerana keupayaan arang untuk menyedut udara & bau tidak enak.

Arang juga sesuai diletak diruang lembab bagi mengelakkan bau yang tidak enak.

Ada sesetengah produk dari arang turut digunakan sebagai penyedut udara tidak segar didalam kereta dan bukan dirumah atau pejabat sahaja.

4. Sebagai bahan bakar

Semenjak dari dahulu arang digunakan sebagai bahan bakar oleh nenek moyang kita.

Penggunaan arang sebagai bahan bakar tidak merosakkan ekosistem 

5. Membantu untuk Awet Muda

Kajian dan penelitian Richard C. Kaufman,Ph.D dari National Health Federation , Minessota ,AS mengatakan Arang terbukti memiliki sifat anti penuaan.

Arang dikatakan dapat menjaga sensitifitas tubuh dari bahan kimia dan racun yang boleh merosakkan sel tubuh .

Arang juga membantu dalam mengseimbangkan kadar metabolisma lemak dan menurunkan kerja sintesin protein yang mempercepatkan penuaan.


Untuk rawatan awet muda , adalah disyorkan untuk mengkonsumsi arang aktif (active charcoal) sebanyak  30gram dengan meminumnya ketika saat perut kosong dua minggu sekali..


6. Mengurangkan kadar kolesterol dengan cepat

Kajian oleh Journal British Nutrition  Arang turut membantu mengurangkan kadar kolesterol jahat.

Dalam kajian, sejumlah pesakit sejumlah diberikan 8 gram arang sehari mampu menurunkan kadar kolesterol hingga 25% dari kandungan kolesterol ,41% kolesterol jahat LDL .serta melipat gandakan kadar HDL/LDL kolesterol.


Arang turut membantu mengurangkan risiko jantung tersumbat dan melancarkan peredaran darah. 


Terdapat perkongian pengalaman pesakit yang mengatakan  kadar kolesterol mereka turun dengan cepat semenjak mereka mengamalkan meminum arang aktif (active charcoal) selama 10 hari secara berterusan.

7. Arang juga turut digunakan sebagai untuk ubat sakit perut dan cirit birit serta digunakan untuk menyembuhkan penyakit berkaitan pencernaan dan radang pencernaan.

Dikatakan penggunaan arang untuk kesihatan ini telah diamalkan oleh penduduk Mesir semenjak 1500 tahun dahulu dengan menikmati air yang ditambah sedikit arang untuk kecantikan, kesihatan dan rahsia awet muda.

Harus ditegaskan disini bahawa arang yang dimaksudkan disini bukan arang jenis murah atau arang biasa yang digunakan untuk membuat barbekue.

Arang yang dimaksudkan disini ialah arang berkualiti yang dibuat dari tempurung kelapa atau dari bahan kayu berkualiti tanpa bahan kimia berbahaya.

Untuk keselamatan anda, anda boleh terus mendapatkan arang aktif (active charcoal) yang kini mula dijual di iherbs.com  atau anda juga boleh mendapatkan arang seperti diatas yang dibeli di kedai organik oleh saya.

Active charcoal kini diiktiraf oleh badan kesihatan & farmasi dunia sebagai food grade & supplement.

Amat rugi jika anda tidak mendapatkan manfaat arang ini.

Arang turut digunakan sebagai antara bahan dalam masakan, Antaranya didalam roti sourdough kegemaran saya iaitu roti charcoal atau roti arang yang amat sedap dinikmati walau dimakan begitu sahaja.

Saya membeli roti arang sourdough organik ini dikedai organik berdekatan.

Anda mungkin boleh bereksperimen untuk meletakkan arang dalam menu masakan anda dari sekarang.

Sekian sahaja perkongsian untuk kali ini. 

Selamat mencuba menggunakan arang dalam hidup anda.

Terima kasih.







Rabu, 5 Oktober 2016

KENAIKAN MENDADAK AKAUN ADSENSE



Paparan Akaun ADSENSE terbaru
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera .

Bagi anda yang sering mengikuti blog ini tentu sekali anda tahu bahawa saya antara blogger yang semakin jarang mengemaskini blog sejak awal tahun ini.

Saya juga antara blogger yang tidak sempat mempelajari selok belok ADSENSE walau kini saya antara blogger PEMILIK AKAUN ADSENSE.

Tetapi ingin saya tegaskan disini. Saya hanya memiliki 'HOSTED ACCOUNT' ADSENSE sahaja dan belum akaun ADSENSE PENUH.

Saya masih belum berani mencuba memohon AKAUN ADSENSE PENUH kerana saya belum betul-betul berkesempatan mempelajari cara memohon dan menggunakan AKAUN ADSENSE PENUH.

Untuk INFO , PEMILIK AKAUN ADSENSE PENUH lebih berpeluang menjana wang berlipat kali ganda di platform paling menguntungkan untuk blogger ini terutama jika anda ialah BLOGGER SEPENUH MASA.

Untuk perkongsian kali ini , saya ingin berkongsi dengan anda tentang bagaimana Dashboard Akaun Adsense saya yang dahulunya bermula dengan USD2 ke USD3 ke USD4 ke USD5 ke USD7 kemudian ke USD9 dan kini terus meningkat ke USD13 dan makin maju ke USD14 sebulan dengan hanya menukarkan bentuk iklan di blog pertama milik saya ini selain kenaikan jumlah pengunjung dari hari ke hari.

Untuk Rekod, saya hanya memiliki Akaun Adsense Hosted ini semenjak Pertengahan Tahun 2015 dan tentu sahaja ia masih baru.


antara perubahan yang dibuat ialah meletakkan banner iklan 2 kali lebih besar di bahagian atas blog berbanding iklan sebelum ini

Ini adalah antara info yang saya rasakan menyebabkan kenaikan akaun ADSENSE 'hosted account' milik saya ini :-

1. Meletakkan banner atau banting iklan yang lebih besar 2 kali ganda size dari size asal.

2. Penggunaan perkataan mahal untuk iklan mahal seperti hotel. percutian, penggembara , kerja sambilan, pendapatan sambilan dan sebagainya.

3. Kenaikan pengunjung blog yang semakin kerap walau blog ini semakin kurang dikemaskini.

4. Kenaikan pengunjung dari luar negara. Adsense dikatakan membayar  mengikut matawang dari NEGARA mana PENGUNJUNG BLOG datang.

Saya mensasarkan untuk memohon AKAUN PENUH ADSENSE sebelum akhir tahun hadapan. Insyaallah. Doakan. 

Untuk masa ini saya perlu mula membaca dan mendalami cara permohonan AKAUN ADSENSE PENUH agar ia memudahkan permohonan saya.

AKAUN ADSENSE PENUH dikatakan lebih bernilai tinggi kerana penempatan kod iklan adsense menggunakan kod HTML selain berpeluang meletakkan IKLAN BERNILAI TINGGI di blog milik anda.

Untuk masa ini tiada mana-mana pengiklan yang membayar harga lebih tinggi dari ADSENSE di blog.

Jika anda belum memiliki akaun ADSENSE , belajarlah dari sekarang cara memohon dan menggunakannya dan jadikan ia pendapatan PASIF.

Ingat pesanan Billionaire Dunia WARREN BUFFET 

"IF YOU DONT FIND A WAY TO MAKE MONEY WHILE YOU SLEEP, YOU'LL WORK TILL YOU DIE".

Kita takkan mungkin MUDA dan SIHAT selamanya. Hargai MASA anda yang tidak TERNILAI itu dan mula melakukan sesuatu yang akan membawa MAKNA pada anda pada masa akan datang. 

Tulis sesuatu yang memakan masa anda hanya sekali, tetapi membayar ia untuk berkali-kali tanpa anda sedari.

Cubalah, anda pasti akan bersyukur.

Ini sahaja perkongsian saya untuk anda untuk kali ini. 

TERIMA KASIH.


Rabu, 28 September 2016

CARA MENJADI @ MENDAFTAR SEBAGAI PEMANDU UBER 2016



gambar kenangan April 2010 saya dan rakan saya Emma bergambar disebelah kereta milik kawan kami Dato Seri Dr Rusli Bin Zaman


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Semenjak tahun lepas UBER dikenali ramai sebagai salah sebuah perkhidmatan yang mengantikan fungsi 'teksi konvensional'.

Perkhidmatan ini sekaligus telah membuka peluang untuk anda yang mencari pendapatan sampingan sebagai pemandu UBER berdaftar sekaligus memberi peluang untuk anda yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan atau menambahkan lagi pendapatan serta pengalaman baru sebagai pemandu UBER.

Saya berpeluang mendaftar sebagai pemandu UBER 2016 baru-baru ini setelah membaca dan mendengar sendiri perkongsian dari abang kepada adik ipar saya yang sebelum ini adalah pemandu uber yang Aktif.

Untuk permohonan menjadi PEMANDU UBER tahun 2016 ini anda haruslah ke website UBER atau terus ke link ini untuk mendaftar DAFTAR UBER DISINI .

UBER MALAYSIA untuk setakat ini hanya beroperasi di KUALA LUMPUR , JOHOR BAHRU, PULAU PINANG, KUCHING & KOTA KINABALU sahaja.

Anda harus berada di 5 kawasan diatas barulah anda berpeluang untuk menjana pendapatan bersama UBER.

Ketika mendaftar anda haruslah mengupload atau menyediakan DOKUMEN-DOKUMEN yang diperlukan UBER MALAYSIA seperti dokumen berikut :-

1. Kad Pengenalan
2. Lesen Memandu
3. Polisi atau cover notes Insurans atau Takaful Kenderaan Anda.
4. Telefon Pintar sekurang-kurangnya IPHONE 4S yang berfungsi untuk menginstall software bagi UBER.
5. Alamat email untuk komunikasi dan no telefon yang senang dihubungi.

Sesudah anda mendaftar anda akan menerima mesej dari UBER dan anda harus membawa kereta anda menjalani inspection atau pemeriksaan bagi memastikan kereta anda SELAMAT untuk digunakan sebagai salah sebuah kenderaan UBER.

Rekod memandu anda haruslah bersih dan digalakkan agar kenderaan anda berusia kurang 7 tahun tetapi jika anda bernasib baik dan ada rezeki jika kenderaan anda lebih berusia dan berkeadaan baik anda mungkin masih diterima.

Selamat Mencuba mendaftar sebagai PEMANDU UBER  dan jangan lupa daftarlah di link ini DAFTAR SEBAGAI PEMANDU UBER.

Selamat Mencuba.

Terima kasih.


.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...