Isnin, 7 November 2016

SEJARAH KEFIR & KHASIAT DAN KEBAIKAN KEFIR


antara step-step cara penyediaan kefir- gambar diambil hampir 2 tahun lepas.

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Hampir setahun saya tidak menikmati minuman probiotik KEFIR, ia kerana grain kefir atau benih kefir bening saya telah lama mati dan lama tidak digunakan atau diberi 'makan'.

Pernahkah anda mendengar atau menikmati minuman probiotik KEFIR ini?. Saya pernah membela grain KEFIR dan menikmatinya satu masa dahulu ketika saya teruk dilanda masalah EKZEMA kerana mengharungi proses Topical Steroid Withdrawal atau dalam bahasa paling mudah faham, proses pemberhentian segala produk yang mengandungi steroid terutama krim ekzema atau krim alergik kulit.

Terdapat 2 jenis kefir iaitu grain atau benih kefir bening dan benih kefir susu. Kefir susu dikatakan lebih berkhasiat dari kefir bening atau kefir air.

Untuk setakat ini saya hanya pernah menikmati dan membela benih kefir bening sahaja. Saya masih belum berkesempatan membela benih kefir susu atau menikmati kefir susu.

SEJARAH KEFIR

Tidak tahu sama ada kisah ini benar atau tidak, menurut lagenda KEFIR, benih kefir ini di berikan oleh Nabi Muhammad SAW kepada masyarakat Kaukasus (Caucasus) sehingga bibit atau benih kefir ini disebut 'The Grain Of Prophet' atau benih dari Nabi.

Penyebaran Benih Kefir

Cerita klasik Rusia menceritakan bagaimana kefir ini

akhirnya tersebar di seluruh dunia.

Cerita klasik RUSIA terkenal yang dikenali sebagai Rancangan Blandov atau The Blandov's Plan yang akhirnya menyebarkan kefir ke seluruh Rusia untuk menjadi salah satu rawatan bagi merawat pelbagai masalah kesihatan dan menjadi salah satu minuman kesihatan dinegara itu.

Dikisahkan sekumpulan doktor-doktor terkenal di Rusia telah memohon bantuan Blandov Bersaudara untuk mendapatkan biji kefir atau benih kefir ini.

Blandov bersaudara juga menjalankan perniagaan susu, iaitu MOSCOW DAIRY dan perniagaan keju di kawasan pergunungan kaukasus.

Nikolia Blandov telah mengupah seorang gadis cantik bernama IRINA SHAKAROVA untuk mengoda Pengiran Kaukasus (Berkmiza Barchorov) agar beliau mendapatkan benih kefir atau biji kefir dari Pengiran Kaukasus yang berkuasa itu.

Diringkaskan cerita, akhirnya gadis penggoda IRINA SHAKAROVA ini telah berjaya menggoda Pengiran Kaukasus dan berjaya membawa balik benih kefir atau biji kefir ini pada tahun 1908 iaitu hampir 4-5kg biji kefir didalam botol ke Moscow bagi kali pertama.

Dan pada tahun 1973 , IRINA SHAKAROVA di usia 85 tahun mendapat penghargaan dan pengiktirafan dari kerajaan RUSIA kerana berjaya membawa benih kefir ke negara itu sekaligus menjadikan kefir antara ubat atau ramuan utama untuk kesihatan dan kesembuhan di RUSIA.

Dari Rusia benih kefir atau biji kefir ini mula tersebar di seluruh Dunia.

KHASIAT DAN KEBAIKAN KEFIR

1.  Terkenal sebagai minuman probiotik yang mempunyai berjuta bakteria baik yang amat bagus untuk kesihatan dan penyembuhan penyakit.'

2. Bagus untuk mereka yang menghadapi masalah alergi.

3. Amat berkuasa menyembuhkan penyakit yang melibatkan gangguan usus.

4. Sesuai untuk mereka yang menghidapi penyakit kulit.

5. Antibiotik semulajadi.

6. Menyembuhkan penyakit berkaitan hati dan limpa.

7. Mencegah dan menyembuhkan penyakit usus.

8. Meningkatkan fungi organ tubuh.

9. Mengubati penyakit berkaitan radang sendi dan tulang.

10. Mengurangkan penyakit kanser, gout, alergik, ekzema dan pelbagai penyakit bahaya lain.

11. Amat sesuai untuk kecantikan kulit dan tubuh badan.

12. Membantu mengurangkan kolesterol. kadar gula dalam darah , mengurangkan kadar asam lemak dalam tubuh badan.

13. Untuk masalah kulit dan jerawat yang teruk.

14. Meningkatkan metabolisma tubuh dan mengurangkan lemak tidak baik didalam tubuh

15. Berjuta manfaat lain lagi untuk kesihatan dan awet muda. Insyaallah.


Saya telah lama tidak menikmati kefir disebabkan benih kefir saya telah mati kerana lama tidak dituai dan diberi makan.

Jika anda biasa menikmati minuman yogurt yang terkenal sebagai minuman probiotik, Minuman kefir juga adalah minuman probiotik yang cukup kaya dengan berbilillion bakteria baik.

Terdapat pelbagai jenis kefir antaranya kefir bening dan kefir susu. Saya hanya pernah membela dan menikmati kefir bening sahaja. Kefir susu telah beberapa kali ingin diberi oleh beberapa orang kepada saya tetapi sehingga kini saya masih tidak berkesempatan untuk mengambilnya.

Ini sahaja info mengenai khasiat kefir yang dapat saya kongsikan dengan anda.

Semoga ia bermanfaat.


Terima kasih.



*** Untuk artikel minuman probiotik terkenal lain di link ini :-

1.Teh Kambucha atau Teh Cendawan Mekah

2. Beet Kvas




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...