Isnin, 10 April 2017

12 Cara Mengurangkan @ Mengawal Ketagihan Gula



Buku Keluaran Persatuan Pengguna Pulau Pinang " Gula Memudaratkan Kesihatan". 
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Gula sama ada gula Putih,  gula perang,  sukrosa atau yang bersangkutan paut dengannya adalah makanan yang kini semakin kerap di war-warkan memudaratkan kesihatan dan mengakibatkan pelbagai penyakit merbahaya  dari kencing manis, kanser,  alahan kulit,  asma,  gout dan pelbagai penyakit merbahaya lain.

Gula terdapat hampir didalam setiap makanan di muka bumi ini.
Dikatakan gula mula diperkenalkan pada kurun 1930an dan pelbagai penyakit mula muncul di era 1950an.

Selain mengurangkan gula di dalam masakan seharian dan mengurangkan menikmati makanan manis.

Berikut adalah antara cara paling mudah dan berkesan untuk anda MENGAWAL KETAGIHAN GULA.

1.  Buat catitan diet harian anda.  Dari diari pemakanan anda, anda akan tahu berapa banyak anda menikmati gula.

2. Mula kurangkan penggunaan gula di dalam minuman pagi anda sama ada teh atau kopi.  Dari 2 sudu ke 1 sudu dan terus tanpa gula.  Ia lebih enak lagi berkhasiat.

3. Belajar untuk tidak menyimpan stok gula dan makanan manis di rumah.  Simpan banyak buah-buahan segar penganti gula jika anda teringin menikmati manis.

4. Belajar untuk menikmati makanan sedikit dengan kerap.  Kacang rebus,  telur,  keju asli adalah antara makanan yang boleh mengurangkan Ketagihan gula.  Jangan biarkan perut anda kosong,  isi ia dengan buah-buahan atau air mineral. Kelaparan akan menyebabkan anda lagi inginkan gula.

5. Kacang dan bijirin amat bagus dalam membantu mengawal Ketagihan gula.  Nikmati badam,  biji bunga matahari,  gajus,  kacang cerdik dan gandum penuh asli untuk rasa kenyang.  Makanan ini juga turut membantu mengurangkan Ketagihan gula.  Sesekali minum susu segar asli untuk rasa lebih kenyang yang lama. Kekacang dan bijirin kompleks yang tinggi karbohidrat terbukti boleh mengurangkan Ketagihan gula. Untuk lebih pilihan sihat buat susu badam dari kacang badam yang sungguh enak lagi berkhasiat.

6. Bersenam terbukti membantu dalam menangani isu Ketagihan gula.  Rajin-rajin kan diri anda bersenam. Bersenam tiap hari membantu tubuh mengawal glukosa. Dengan mengamalkan bersenam setiap hari insulin juga kurang diperlukan untuk mengawal Ketagihan gula.

7. VITAMIN B dikatakan mampu mengurangkan Ketagihan gula.  Vitamin B kompleks ialah vitamin terbaik dalam mengawal tabiat Ketagihan gula.  Vitamin B memastikan gula didalam darah bekerja pada tahap optimum.  Rajin-rajinkan diri anda menikmati makanan tinggi vitamin B kompleks seperti Germa gandum,  sayuran hijau segar dan bijirin tulen.

8. Daging merah adalah punca mengapa anda ketagih makanan manis.  Maka elakkan daging merah dalam diet harian dan tukar menu anda dengan lebih ikan atau ayam.

9. Baca label makanan anda.  Belajar nama gula tersembunyi. Sirap jagung,  fruktosa, deskstrosa,  madu semua itu bertemu mengandungi banyak gula.

10. Hindari mesin minuman termasuk kordial dan jus buah di pasaran.  Buah-buahan kering yang tinggi kandungan gula juga elok dijauhi secara peringkat demi peringkat.

11. Tambah zat zink,  kromium dan Manggan dalam diet harian anda. Ketiga tiga zat ini membantu anda mengurangkan Ketagihan gula.  Antara makanan yang mempunyai zat ini termasuk Nenas, brokoli, cendawan,  tiram,  kekacang, gandum tulen dan bayam.

12. Rajinkan diri anda menikmati buah-buahan segar.  Jika perlu dibawa berjalan bawa sahaja buah itu ke pejabat atau ketika bersiar.  Buah bukan sahaja membantu anda mengurangkan Ketagihan gula malah memberi khasiat yang amat banyak dan bagus untuk kesihatan.


Mulakan mengawal pengambilan gula anda dari sekarang.

Sikit sikit lama lama tinggal terus.

Terima kasih.




Ahad, 9 April 2017

KHASIAT & KEBAIKAN JERING terutama Mencegah Kanser


Buah Jering atau ulam jering bersama kacang botol 
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Jering, keldas dan petai adalah antara ulaman popular di kalangan masyarakat Melayu. 

Dikatakan terkenal di kalangan kaum Melayu untuk mengurangkan gula di dalam darah melalui pengeluaran air kencing,  Jering selain di makan bersama nasi turut direbus dan di makan bersama kelapa muda parut,  makanan ini biasanya terdapat di Kelantan.

Jika anda mencari Jering segar atau mentah,  Jering banyak di jual di pasar dan sesetengah pasaraya.

Ada beberapa alasan  mengapa anda harus rajin menikmati Jering di dalam diet pemakanan anda.

Ini alasan Khasiat dan Kebaikan Jering untuk anda mengamalkan Jering dalam diet pemakanan anda.

1. Buah Jering terbukti sebagai salah satu bahan asli yang mampu membunuh sel  kanser.  Malah Jering di katakan 10000 kali ganda lebih berkuasa berbanding kemoterapi dalam membunuh dan menghalang sel kanser daripada merebak. ( ubat adriamycin iaitu ubat kemoterapi)

2.  Sebatian alkaloid di dalam Jering dikatakan turut membantu mengurangkan diabetes dan kencing manis di dalam tubuh.

3.  Jering juga di percayai membantu mengurangkan stress sekaligus mengurangkan tekanan darah tinggi.

4. Pesakit buah pinggang atau mereka yang berisiko tinggi mendapat penyakit buah pinggang tidak digalakkan menikmati Jering.  Jering mengandungi asid  jengkolik yang boleh menyebabkan terbentuk hablur di dalam buah pinggang dan menyebabkan risiko penyakit buah pinggang.

5. Mengamalkan Jering juga membantu melawan pelbagai jenis kanser termasuk kanser payu dara.

6. Jering juga mengandungi kalsium dan fosforus yang bagus untuk tulang.

7. Jering dipercayai mampu membunuh parasit atau cacing dalam usus.

8. Jering juga kaya dengan zat besi sekaligus mengelakkan anemia.  Wanita yang sedang haid boleh menikmati Jering untuk menambah darah.

9. Tahukah anda kandungan protein yang terdapat di dalam Jering lebih tinggi berbanding di dalam kacang hijau dan kacang soya.  Maka jika anda pengamal diet vegetarian dan tidak menikmati daging,  anda boleh memasukkan Jering di dalam hidangan anda.

10. Jering juga tinggi kandungan serat sekaligus membantu penghadaman dan mengurangkan perut buncit.

Jika anda ke pasar jangan lupa belajar menikmati Jering.

Jering enak di makan dengan budu atau anda juga boleh belajar memasak sambal Jering.

Selamat Mencuba.

Terima kasih.







Jumaat, 7 April 2017

8 Keistimewaan Blogger


Tagline dan header Untuk Blog Keep Walking 
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Ramai bertanya apa istimewa Blogger. 

Banyak istimewa bergelar Blogger terutama jika Blog anda mengenai konten dan Info berguna serta bermanfaat. 

Antara keistimewaan menjadi Blogger. 

1. Paksaan untuk rajin membaca pelbagai Info dan maklumat terkini mengikut kategori yang di persembahkan di Blog. 

Satu waktu dulu,  saya peminat fesyen.  Kini saya masih peminat fesyen namun atas alasan kekurangan Budget,  Blog ini lebih kepada memberi manfaat mengenai kesihatan,  pemakanan,  pengalaman Ekzema @ eczema,  motivasi,  petua dan pelbagai lagi. 

Sekaligus memaksa saya atau Blogger itu sendiri meminati dan mencari maklumat terbaru dan mendalaminya.

2. Kurangkan masa dengan aktiviti tidak berfaedah

Jika selama ini masa dihabiskan dengan Blog fesyen dan hiburan 24 jam,  kini Blog berbentuk ini masih dibaca namun Blog informasi perniagaan,  penulisan,  kesihatan dan pemakanan turut kerap di kunjungi,  malah di Facebook saya berhenti terus mengikuti pages hiburan,  jika terlintas di wall saya mula membiarkannya sahaja. 

3. Kurang tekanan dalam komunikasi 

Sebagai Blogger,  perkara yang membuat anda agak tertekan apabila cuba mendapatkan pendapat rakan sekeliling yang berlainan dunia dengan anda.  Agak sukar mendapat idea dari rakan yang bukan pembaca Blog anda apa lagi jika mereka bukan berjiwa penulis. 

Bonus besar jika anda punyai rakan atau sahabat dalam bidang penulisan. 

Bonus sebagai Blogger anda sudah tidak peduli jika rakan atau sesiapa sahaja membalas what apps atau pesanan teks anda. 

Anda ada banyak waktu untuk membaca dan mencari idea penulisan. 

Paling penting kini anda boleh meluah rasa dan pendapat diatas Blog yang membantu ramai orang dan masyarakat berbanding bergosip atau mendengar keluhan yang tidak sudah. 

4. Sentiasa mencari idea 

Menjadi Blogger membuatkan anda wajib berfikir sentiasa untuk terus menulis. 

Memperkenalkan produk di bawah label sendiri antara pengalaman yang boleh di tulis di Blog dan lebih mematangkan hidup selain menambah cabang kerjaya baru. 

Itu alasan kuat mengapa saya salah seorang Blogger inginkan produk hasil pengalaman dan Kegunaan sendiri bukan OEM sebagai antara hasil produk pertama idea diri sendiri untuk masa akan datang saya tidak pasti. 

5. Menambah minat baru

Suka atau tidak,  minat baru akan datang sendiri seiring anda rajin menulis dan berkongsi pengalaman dan maklumat. 

Minat saya datang sendiri seperti rajin memasak makanan lebih berkhasiat,  mula terfikir untuk menanam sendiri,  belajar menghasilkan produk sendiri,  berkongsi manfaat apa yang digunakan bersama pembaca dan sebagainya. 

6. Keuntungan jangka panjang

Menulis Blog pastikan artikel anda evergreen. 

Artikel yang bermanfaat untuk hari ini esok,  akan datang,  5 tahun atau 10,20,30 atau 100 tahun lagi sekali pun. 

Cepat atau lambat,  hakikatnya  jika anda berkongsi Info dan manfaat untuk insan lain,  kebaikan dan keuntungan akan kembali pada anda. 

Biarkan sahaja masa dan tuhan menentukan. 

7. Menjadikan anda lebih berdisiplin 

Bermula dengan satu komen,  teks atau mesej anda pasti akan lebih bersemangat membantu insan lain melalui penulisan artikel anda.  Jika anda rasa tiada siapa mendapat manfaat,  anggap sahaja ia manfaat untuk memotivasikan  diri anda dan sebagai ingatan untuk diri anda. 

Buat sehingga anda merasakan artikel itu ditujukan untuk diri anda sendiri jika masa boleh di perbaiki. 

Ini supaya setiap orang terasa pengajaran dan manfaat dari setiap artikel anda. 

Menulis Blog juga menjadikan anda lebih berdisiplin. 

Tidak memandang ke belakang lagi. 

Pengalaman lampau sesekali datang hanya sebagai peringatan agar ia tidak berulang. 

Pastikan anda menulis setiap artikel setiap hari. 

Latih diri anda sehingga membuatkan anda tidak boleh tidur jika langsung tidak menulis artikel di Blog dalam satu hari. 

Itu disiplin istimewa yang dilatih ketika anda bergelar Blogger. 

8. Pendapatan Pasif

Realiti,  berapa ramai ahli perniagaan berjaya dan popular lahir dari Blogger dan minat berblogging.

Vivy Yusof,  fashion Blogger berjaya sehingga kini aktif berblogging.

Malah ramai Blogger muncul sebagai model,  celebrity dan artis.

Tidak dinafikan menjadi Blogger juga adalah medan untuk memperkenalkan diri dan mencipta jenama diri dan produk sendiri. 

Sejujurnya kebanyakan jualan produk di bawah label QK untuk setakat ini majoriti datang dari Blog. 

Terlalu jarang dan lama tidak mempromosikan produk QK di Facebook,  jarang sekali di instagram,  namun Blog membantu saya untuk kekal memperkenalkan produk ini untuk sebutan setiap pembaca yang singgah di Blog ini. 

Paling istimewa,  alhamdulillah rezeki dari Allah yang memberi saya akaun Adsense turut memberi pendapatan pasif untuk saya. 

Akaun Adsense jika anda bijak menggunakan ia,  ia akan menghasilkan keuntungan ang banyak terutama jika anda mempunyai akaun YouTube. 

Saya sendiri bercadang untuk mempunyai akaun YouTube sendiri dan bergelar Vlogger di masa akan datang insyallah. 

Link akaun dan video YouTube saya tentu sekali akan di kepil di Blog ini untuk rujukan yang lebih mudah dan mendalam.  Insyallah.  

Doakan. 

Ini sahaja keistimewaan Blogger yang dapat saya fikirkan untuk petang ini. 

Jika anda bercita-cita menjadi penulis atau Blogger,  belajar menulis dari sekarang. 

Jangan bandingkan anda yang masih baru dengan Blogger yang telah lama. 

Usah merendah-rendahkan diri sendiri. 

Tiada semangat yang lebih kuat dan kuasa kepercayaan lebih tinggi selain diri anda sendiri. 

Bermula sekarang. 

Fakta yang tidak boleh disangkal, semakin hari semakin ramai Blogger dan vlogger serta penulis muncul di alam maya. 

Lupakan persaingan.  Hanya berikan yang terbaik. 

Jadi diri anda sendiri. 

Dan sentiasa bersyukur. 

Alhamdulillah. 

Semoga artikel penulisan saya semakin hari semakin baik dan semakin memberi anda info. Dan motivasi yang hebat. 


Terima kasih. 



Pengalaman Ekzema & Topical Steroid Withdrawal ( TSW) Part 1


Mengenali diet dan bahan lebih sihat semenjak melalui proses Topical Steroid Withdrawal 
Assalammualaikum  dan salam sejahtera.

Ada banyak pendapat berbeza mengenai keputusan hidup kita.

Anda mungkin bersetuju dalam hal ini,  dia dan mereka mungkin membangkang.

Namun jika ia melibatkan diri sendiri,  anda harus memilih yang terbaik untuk diri anda.

Di kala tidak mendapat apa apa sokongan dan hanya kritikan itu sebenar jawapan yang kuat untuk anda meneruskan keputusan anda.

Itulah yang di lalui oleh mereka yang langsung tidak mendapat sokongan ketika ingin berhenti dari terus menggunakan krim steroid,  pil mahu pun suntikan.

Merasai pengalaman Ekzema dari zaman sekolah,  dan kembali ke alam dewasa yang sekali sekala datang kembali dengan kadar yang sedikit dan hanya menganggap ia sebagai alahan atau salah makan,  hanya klinik dan farmasi menjadi rujukan ketika itu.

Mengejar jadual waktu kerja dan Target,  suntikan steroid paling cepat jika alahan menikmati makanan luar menjangkiti kulit.

Dahulu selalu terfikir jika di kaki tumbuh kudis buta yang berair kerana terlalu lama Mandi dan berendam di dalam air.

Jika bintat-bintat tiba-tiba naik di tubuh tersalah makan.

Jika tangan atau anggota badan naik gegata kerana terkena ulat bulu atau habuk yang terlalu banyak.

Maka jalan paling singkat dan mudah hanya pergi ke klinik untuk mendapatkan pil dan krim steroid.  Amat Mudah sekali hidup.

Sehingga satu hari,  ekzema atau alahan kembali menyerang kaki setelah beberapa tahun tidak terkena alahan.

Kali ini saya malas menggunakan krim econazine yang kerap saya gunakan walau pun stok krim tersebut masih banyak.

Saya hanya menggunakan tamu sari produk Zai's Beauty Formula dari herba asli dan penapaian.

Tiada disangka rupanya ekzema itu makin teruk.  Saya lupa bahawa bahan alami terutama produk Zai's Beauty Formula adalah bahan detok alami jika berhenti menggunakan bahan kimia.

Ekzema dan alahan tersebut semakin besar.

Saya terlupa terus bahawa ketika menggunakan Zai's Beauty Formula ketika fasa pertama dahulu,  detok yang teruk berlaku kepada wajah.

Namun ketika itu saya fikir mungkin ini kesan sampingan dan detoks  akibat saya mula mengamalkan cuka kurma, langsung tidak terfikir kerana berhenti menggunakan krim steroid dan bertukar kepada bahan asli.

Maklumlah ketika saya belajar menggunakan produk Zai's Beauty Formula itu tahun 2007, sedangkan saya berhenti menggunakan krim econazine dan pil alahan tahun 2014, setelah 7 tahun berlalu.

Mana mungkin saya ingin peristiwa lepas 7 tahun lampau dan paling istimewa saya lupa terus apa itu detoks.

Maka bermula saat saya mengharung ekzema yang amat teruk.

Pemberhentian krim steroid secara mendadak menyebabkan tubuh saya mengamuk seteruk-teruknya.  (pengalaman Ekzema saya berhenti steroid secara mendadak tidak digalakkan okey,  berhenti peringkat demi peringkat bagi mengelakkan ekzema anda mengamuk dan anda sendiri terkejut).

Bayangkan apa perasaan saya ketika itu?

Selama ini pengalaman Ekzema yang saya lalui ketika kecil hanya sedikit-sedikit dan sekejap sahaja.  Itu pun sekali sekala naik.  Malah kadang kala bertahun tidak terkena alergi kini tiba-tiba ia meletus bagai gunung berapi.  Seingat saya hanya jika alahan kecil saya terus menyapu krim econazine di tempat kulit yang mengalami alahan itu dan tidak sampai 3 hari alahan kulit atau sebenarnya ekzema itu sembuh.

Itulah pengalaman Ekzema saya dari kecil yang jarang- jarang terkena dan tidak merebak seteruk itu.

Berhenti menggunakan sabun dan mandian bermula tahun 2012.

Ketika ekzema melarat ia adalah tamparan hebat untuk saya yang berhenti menggunakan bahan penjagaan diri komersial atau bahan kimia termasuk lotion.

Saya hanya menggunakan pencuci baju cecair jenama dynamo dan menggunakan tangan mencuci baju.

Di akui ketika membuang air cucian baju saya mencurahkan ke kaki tanpa memikirkan kesan sampingan.

Ketika itu pelbagai persoalan mulai timbul.

Kenapa saya?

Kenapa saya yang tidak menggunakan bahan kimia lagi ditubuh namun kini dihimpit dugaan di timpa masalah ekzema?

Waktu itu saya sedar yang menentukan ini semua ialah Allah SWT,  saya atau bahan lain tidak punya kuasa.

Saya insaf.

Dan ketika itu saya membulatkan tekad untuk terus berhenti menggunakan econazine sekaligus krim kimia lain.

Namun Allah menduga saya.

Ekzema saya naik begitu teruk sehingga hitam dan berkerak dan berkedut.

Hitam sehitam-hitamnya seperti terbakar. Macam kulit pokok kayu tebal yang hangus terbakar.

Bukan sahaja di kaki namun di tangan serta pergelangan tangan.

Ahli keluarga dan ibu bapa saya terkejut,  mula merasakan saya terkena sihir.

Maka amalan menghilangkan sihir dimulakan.

Namun untuk seminggu pertama bolehlah percaya,  masuk minggu kedua agak mustahil.

Maka berubatlah saya dengan bomoh kayap.

Macam-macam ayat keluar,  jika bercantum akan mati kerana memang ekzema saya yang teruk itu cepat betul melarat dan bakal bercantum.

Namun dalam era moden walaupun rasa kecut agak sukar untuk saya percaya.

Saya mula ke homeopati Bukit Goh.

Doktor homeopati ini diiktiraf majlis homeopati dan saya menjumpai alamat klinik dan nombor telefon di website majlis homeopati.

Saya mengamalkan ubat yang diberi.

Ekzema saya makin teruk.

Saya bernasib baik kerana doktor homeopati tersebut ialah bekas ahli farmasi,  juga pernah terkena ekzema yang teruk.

Banyak cerita orang sembuh pelbagai penyakit yang melalui ekzema termasuk penyakit kencing manis.

Maka saya meneruskan ubat homeopati hampir 2 bulan dan semestinya ekzema saya terus teruk kerana homeopati akan mengeluarkan semua penyakit dalam tubuh.

Untuk info, ketika saya ekzema pada tingkatan 5, saya telah pergi ke pelbagai klinik dan hospital,  namun ekzema saya tidak sembuh. Akhirnya saya pergi ke klinik homeopati Kuantan di Bangunan MARA dan alhamdulillah saya sembuh.  Itu alasan mengapa saya percaya pada homeopati.

Pengeluaran ekzema yang makin menjadi jadi memaksa keluarga,  ibu bapa dan rakan saya menyuruh saya berhenti menggunakan homeopati.

Desakan dan asakan serta kritikan saya terima hampir setiap hari dan jam.

Atas paksaan dan desakan,  akhirnya saya terpaksa akur ke klinik kulit popular di Kuantan.

Seminggu ubat dan krim hampir RM200.

Kata doktor saya perlu datang setiap minggu dan segala ubat saya ialah steroid.

Proses penyembuhan dalam 3 tahun.

Untuk minggu pertama saya menghabiskan ubat steroid tersebut.

Dalam waktu yang sama saya sibuk bermesej dan menelefon therapist  Zai's Beauty Formula.

Benarlah hasil asas dan didikan YM Dr. Tunku Zaidar kepada staf Zai's Beauty Formula dan setiap ingatan yang diberikan oleh saya,  saya mendapat kekuatan luar biasa untuk berhenti terus steroid dan mengharung pengalaman berbisa itu.

Dalam waktu yang sama saya mula menggunakan carian Google untuk mengetahui mengenai ekzema dengan lebih mendalam dan saya menjumpai NAAE atau ekzema Malaysia di Facebook.

Maka perjalanan Ekzema dan Topical Steroid Withdrawal saya di teruskan.

Untuk sambungan perkongsian pengalaman Ekzema dan Topical Steroid Withdrawal  di artikel seterusnya di label kategori TSW / Ekzema selepas ini.

Insyallah.

Terima kasih.


Khamis, 6 April 2017

KHASIAT & KEBAIKAN KACANG DHAL


Kacang Dhal sebungkus dalam Rm2-rm3 sahaja 
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Kekacang amat terkenal kerana kaya protein. 

Ia amat bagus diamalkan oleh mereka yang mengamalkan diet vegetarian yang tidak mengamalkan makan daging. 

Antara kekacang yang popular ialah kacang badam,  kacang kuda,  kacang hijau dan pelbagai kacang lain lagi. 

Untuk artikel kali ini saya berkongsi dengan anda jenis kekacang yang murah dan senang didapati dan murah iaitu kacang dhal. 

Kacang dhal enak dibuat cekodok,  juga enak dibuat bubur kacang dhal atau di buat kuah dhal yang cair untuk dinikmati bersama chapati atau roti puri. 

Kacang dhal kaya dengan pelbagai khasiat dan Kebaikan untuk tubuh terutama kandungan protein dan kalsium. 

Untuk info KEBAIKAN dan KHASIAT KACANG DHAL,  ini yang saya dapati hasil bacaan dari Google. 

1. Kacang dhal tinggi dengan kandungan kalsium,  malah dikatakan kandungan kalsium di dalam kacang dhal setanding kandungan kalsium di dalam Yogurt. 

2. Kacang dhal amat bagus bagi sistem pencernaan,  ia dikatakan membantu dalam proses penghadaman sekaligus mengurangkan masalah sembelit. 

3. Bagi anda yang sedang berdiet,  diet tinggi protein terutama untuk ahli bina badan atau jaga badan,  kacang dhal adalah menu tinggi protein dan kalsium yang bagus untuk diamalkan. 

4. Jika anda sedang berdiet dan ingin menu masakan yang tahan lapar untuk jangka masa lama,  kacang dhal adalah antara menu pilihan terbaik untuk mengawal nafsu makan anda kerana ia membuatkan anda kenyang lebih lama. 

5. Kacang dhal tinggi serat,  mengandungi flavoneid, antioksidan Yang tinggi,  zat besi dan pelbagai galian yang lain yang turut membantu mengurangkan risiko penyakit usus dan barah payu dara. 

6. Kandungan serat didalam kacang dhal turut membantu dalam mengurangkan kandungan kolesterol dalam darah juga membantu mengurangkan risiko kencing manis ini termasuk mengurangkan risiko penyakit jantung dan penyakit kardiovaskular lain. 

7. Kandungan Vitamin E didalam kacang dhal turut membantu mengurangkan risiko parkinson. Anti oksida lain yang terdapat dalam kacang dhal seperti zat besi mengurangkan risiko anemia. Zat galian dan vitamin lain serta ciri antioksidan yang terdapat dalam kacang dhal turut mengurangkan risiko mati pucuk di kalangan lelaki berumur. 

8. Kacang dhal mengandungi 26% protein jika anda inginkan sumber protein tanpa alahan kepada binatang anda boleh menggantikan kacang dhal buat sementara waktu terutama jika anda dalam proses Topical Steroid Withdrawal atau ekzema. 

9.  Kacang dhal juga bagus untuk kesihatan buah pinggang.  Ia meningkatkan metabolisme buah pinggang dan turut membantu mengekalkan otot dan fungsi buah pinggang. 

Kacang dhal mudah di dapati dan di beli di kedai runcit atau pasaraya berdekatan anda. 

Dapatkan kacang dhal dan mula memasak kuah dalca atau bubur kacang dhal anda. 

Selamat Mencuba. 

Semoga info ini memberi manfaat kepada anda. 

Terima kasih. 



Hair Gone New Formula


Hair Gone New Formula 
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Hair Gone Antara produk yang mendapat permintaan hasil perkongsian di Blog ini. 

Atas komen para pelanggan yang mengatakan produk Hair Gone ini cepat kering dan keras,  formula baru diperkenalkan.  Sekaligus mengurangkan risiko produk ini cepat menjadi keras. 

Produk Hair Gone akan sentiasa di perbaharui formulanya untuk mudah dan sesuai digunakan untuk kegunaan harian. 

Sebelum ini formula Hair Gone lebih pekat dan hanya digunakan 3-4 kali seminggu sahaja. 

Formula baru Hair Gone ia boleh digunakan setiap hari pada pagi dan malam. 

Saya akan menyediakan bekas lebih besar untuk kegunaan yang lebih mudah untuk pelanggan Hair Gone ini nanti. 

Hair Gone Diperbuat hanya dari bahan yang boleh di makan. 

Itu yang saya pelajari dari staff Zai's Beauty Formula dan bacaan buku keluaran Persatuan Pengguna Pulau Pinang yang mengatakan hanya bahan yang boleh dimakan sahaja yang boleh disapu dan digunakan pada tubuh. 

Hair Gone amat sesuai dipakai pada musim panas terutama bagi mereka yang kuat berpeluh dan ingin mengucapkan gelap di bahagian ketiak. 

Penggunaan Hair Gone yang lama dan berterusan membantu bulu ketiak anda lebih halus dan kurang berpeluh sekaligus memudahkan anda menanggalkan bulu ketiak anda dengan jari sahaja. 

Hair Gone juga membantu mengurangkan bau badan. 

Dalam proses detoks menggunakannya Hair Gone anda harus bijak memilih jenis kain baju yang tidak mengeluarkan bau seperti polyester atau satin murah. 

Rajin-rajin memakai baju kain jenis kapas. 

Segala komen mengenai produk Hair Gone amat di galakkan untuk memudahkan pengguna dan membaik pulihkan lagi formula. 

Untuk pembelian dan pertanyaan produk. 

Sila whatapps ke nombor 

016 276 2636 

Terima kasih. 



10 KHASIAT & KEBAIKAN LADA HITAM


Lada hitam segar
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Baru belajar menikmati ulam lada hitam segar,  baru saya sedar betapa enak ulam lada hitam segar ini. 

Mengenali lada hitam ketika kecil sewaktu ibu saya dalam pantang,  dengan menikmati lada hitam tumbuk dan garam bersama ikan bakar panas ketika menikmati nasi, terus membuat saya jatuh hati,  namun saya kekal jarang menikmati lada hitam selepas ibu saya habis berpantang. 

Lada hitam memang enak.  Ia menambah rasa masakan,  jika badan anda banyak angin,  lada hitam antara bahan herba yang bagus untuk diamalkan dalam diet. 

Namun bagi tubuh yang panas atau menghadapi penyakit kulit seperti ekzema,  berhati-hati dalam menikmati lada hitam,  makan sekadarnya sahaja,  dan banyakkan minum air kosong,  bimbang jika dehidrasi dan ia juga boleh menyebabkan kulit kering. 

Antara KHASIAT dan KEBAIKAN LADA HITAM ialah:

1. Kandungan piperine didalam lada hitam dikatakan boleh membantu mencegah kanser.  Lada hitam digalakkan digunakan bersama kunyit untuk menambah khasiat dan ciri anti kanser.  Kajian pernah menunjukkan lada hitam membantu dalam merencatkan tumor kanser payu dara.

2. Lada hitam juga mengandungi vitamin C,  vitamin A,  flavonoid,  karotein dan pelbagai kandungan antioksidan yang membantu menentang radikal bebas sekaligus melindungi tubuh dari serangan pelbagai penyakit. 

3. Selain kanser payu dara,  lada hitam juga dipercayai mampu merencatkan perkembangan kanser kulit dan kanser usus.  Maka jika anda menghadapi masalah kulit atau usus bocor sekali sekala nikmati lada hitam di dalam menu makanan,  namun jangan lupa sejukkan tubuh anda dengan minuman air barli kosong dan air mineral. 

4. Lada hitam yang pedas dan hangat mengandungi piperine yang membantu dalam proses penghadaman.  Asid hidroklorik yang terdapat dalam lada hitam membantu  mengurangkan kembung perut,  angin, sebu,  senak,  sembelit dan keasidan perut atau tubuh. Tambah lada hitam tumbuk di dalam hidangan anda atau cicah sahaja lada hitam dengan ikan atau ayam atau apa sahaja menu anda.  Pilihan lebih mudah tabur sahaja lada hitam anda atas nasi panas anda. 

5.  Rasa hangat menikmati lada hitam membantu badan berpeluh sekaligus mengurangkan  toksin dan lemak didalam tubuh. 

6. Jika anda merasa kembung perut,  sakit belakang,  badan berangin,  sejuk kaki tangan cuba nikmati makanan atau sup yang ditambah lada hitam. 

7. Jika anda berani mencuba,  tambah lada hitam di dalam lulur atau Skrub Semulajadi anda.  Lada hitam membantu tubuh anda berpeluh,  sekaligus menghilangkan daki,  sel kulit mati turut dibuang sekaligus merangsang peredaran darah.  Jika anda berjerawat dan menghadapi masalah jangkitan kulit anda boleh mencuba cara ini.  Ia pasti turut membantu mengurangkan kegatalan kulit anda. 

8. Jika anda telah mencuba pelbagai petua dan syampu anti kelemumur.  Anda boleh mencuba lada hitam yang dicampurkan kedalam Yogurt dan sapu ke kulit kepala anda. Pastikan anda gunakan lada sekadarnya sahaja,  bimbang panas dan menyebabkan masalah lain seperti panas kepala atau rambut gugur.  Pakai dalam sejam ke 3 jam. Basuh dan cuci rambut anda.  Syampu rambut anda keesokan hari.  Digalakkan jika anda menggunakan syampu dari bahan asli. 

9. Lada hitam yang bersifat panas dan enak dicampur kedalam sup membantu melegakan hidung tersumbat dan selsema atau demam.  Jika anda  batuk berkahak lada hitam juga membantu mengurangkan lendir kahak anda.  Rasa lega dalam menikmati lada hitam terutama didalam sup membuatkan tekak anda merasa lebih lega dan anda tentu lebih  bersemangat. 

10. Seperti rempah ratus lain,  lada hitam turut membantu meningkatkan selera.  Jika anda kurang berselera,  tiada mood,  nikmati makanan yang di tambah lada hitam. Ayam panggang enak digaul bersama rempah lada hitam ditambah halia dan kunyit. Bau sahaja telah membangkitkan rasa maka campurkan selalu rempah ini dalam masakan panggang anda. 


Atas 10 Khasiat dan Kebaikan Lada hitam di atas ia alasan kukuh mengapa anda harus sering menambahkan lada hitam dalam menu masakan anda. 

Jika anda berjaya mendapatkan lada hitam segar sebagai ulam tentu anda akan lebih berselera. 

Lada hitam kering juga amat enak ditabur atas labu bakar. 

Selamat Mencuba resepi yang kaya lada hitam. 

Terima kasih. 




Rabu, 5 April 2017

10 Khasiat & KEBAIKAN Kacang Botol @ Botor


Kacang botol yang di beli di pasar 
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Kaum Melayu terkenal dengan pelbagai ulaman tersendiri. 

Antara yang paling popular dan mudah ditanam ialah kacang botol atau kacang botor. 

Ulam yang mudah tumbuh subur dan senang didapati serta murah ini amat popular sebagai ulam di makan bersama nasi putih,  di cicah sambal belacan atau sebagai kerabu dan juga enak di makan bersama nasi kerabu malah jika ingin mencuba kelainan turut boleh dijadikan ulam bersama laksam. 

Kacang botol di galakkan di makan mentah,  agar segala khasiat dan antioksidan lebih tinggi diperoleh oleh tubuh.  Jika anda baru berjinak menikmati sayuran anda boleh menggoreng kacang botol ini bersama telur ayam dan campuran bahan lain.

Untuk info kacang botol amat tinggi dengan khasiat dan Kebaikan tersendiri. 

Antara KHASIAT dan Kebaikan Kacang Botol @ botor ialah:-

1.  Kacang botol mengandungi  protein,  kaya dengan zat galian,  zat besi,  kalsium,  vitamin C,  vitamin A dan pelbagai kandungan nutrien lain.  Dikatakan kandungan khasiat dan nutrien berbeza antara kacang botol muda dan kacang botol yang sedikit matang atau tua.

2.  Kacang botol muda untuk 100 gram hanya mengandungi 49 kalori berbanding kacang botol tua yang mengandungi 409 kalori.

3. Kandungan kacang botol yang lebih tua lebih tinggi protein dan zat galian lain berbanding kacang botol muda.

4. Kacang botol tua mengandungi thiamin, B1, riboflavin, B6, B3, folate,  B9 dan asid pantothenic serta vitamin B kompleks penting.

5. Wanita hamil amat bagus menikmati kacang botol kerana kacang botol mengandungi sumber folate atau B9. 100 gram  kacang botol mengandungi 11% dari kadar saranan harian keperluan folate.

6. Kajian juga menunjukkan kacang botol mentah atau segar mengandungi vitamin C yang mencukupi  di mana 100 gram mengandungi 18.3 mg iaitu 31% vitamin C untuk kadar keperluan harian.

7. Kacang botol juga mengandungi magnesium,  manganese,  fosforus,  zink dan potasium.

8. Dikatakan juga kandungan protein dalam kacang botol lebih tinggi berbanding kacang tropika yang lain sekaligus amat bagus untuk anda yang mengamalkan diet tinggi protein untuk pembentukan tubuh, tanpa perlu kerap mengambil protein shake.

9.  Jika anda berpantang kacang soya kerana bimbang tentang kandungan estrogen dan pelbagai isu mengenai kacang soya,  anda boleh menggantikan kacang soya dengan kacang botol kerana kacang botol dikatakan mempunyai kandungan asid amino yang sama dengan kacang soya.

10.  Kacang botol dikatakan boleh meredakan demam campak dengan cara merebus kacang botol ke dalam air dan jadikan air rebusan kacang botol sebagai sapuan ke atas kulit yang terkena demam campak.

Tunggu apa lagi,  belajar menyukai kacang botol dari sekarang.

Semoga info ini memberi semangat untuk anda mengamalkan kacang botol di dalam diet harian anda.


Terima kasih.





Selasa, 4 April 2017

Jom Beli Makanan Homemade Paling Sedap Kini Di Kuala Lumpur


Antara set menu makanan laut yang ditawarkan 
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Ini adalah sambungan artikel sebelum ini di link di bawah ini

Tempat Makan Best Di KL Part 10

Jika anda berada di Selangor atau sekitar Kuala Lumpur. 

Berita Baik untuk anda. 

Jika anda ingin menikmati masakan laut Home made bersama delivery percuma (berdasarkan kawasan),  anda wajib mencuba pelbagai menu masakan laut istimewa yang di tawarkan oleh Kitchen By Hermosa. 

Rasa menu makanan laut ini amat enak sekali.
Home made dan paling penting ia setanding rasa masakan hotel dan restoran mewah. 

Semua masakan di masak segar.  
Ketam bunga, kerang,  udang, ayam semuanya segar dan enak rasanya.  Anda dijamin akan terus menyukai masakan ini jika anda adalah peminat masakan laut. 

Antara Menu yang ditawarkan dengan harga menarik ialah ketam Butter mixed telur masin,  tom yam udang galah,  ketam masak merah Hot,  chicken lemon, Tom yam sea food bersama Santan atau susu pilihan sotong atau udang, kerang kam heong,  masak lemak cili api ayam ekstra berapi yang di tawarkan dengan harga yang amat berpatutan dan mampu makan. 

Anda boleh like dan pergi ke Facebook Kitchen by Hermosa Di link di bawah untuk setiap promosi dan gambar. 



Ketam bunga segar di masak ketam Butter 
Antara Menu yang di tawarkan adalah seperti di bawah. 


Udang galah segar dalam tom yam pedas yang enak. 



Ketam butter mix telur masin 750 gram yang sesuai dimakan 3-4 orang dalam satu menu hanya RM50. 


Ketam masak merah 'Hot'  750gram hanya Rm45 sesuai dinikmati untuk 3-4 orang sekali makan. 


Chicken Lemon untuk 1 menu hanya RM15 sesuai dinikmati untuk 3-4 orang sekali makan. 


Tom Yam Sea food Hot Red Mix Coconut Milk sotong atau udang galah hanya RM25 untuk 3-4 orang sekali makan. 



Peminat masakan lemak terutama masak lemak kuning.  Anda boleh mencuba menu lemak kuning ayam ekstra berapi hanya Rm22 untuk 3-4 orang sekali makan. 


Peminat kerang,  ini menu resepi bertaraf hotel lima bintang dan restoran mewah,  menu kerang kam heong special 1kg hanya Rm22 sahaja untuk 3-4 orang makan. 

Fuh!  Inilah tempat Makan Best Di Kuala Lumpur yang harus anda cuba. 

Namun nikmati ia di rumah sendiri dengan perkhidmatan Delivery. 

Menu yang ditawarkan amat sesuai untuk anda yang ingin menikmati masakan laut dan mewah serta sedap bersama keluarga sama ada pada hari bekerja atau hari cuti. 

Jika anda inginkan  perkhidmatan food delivery ke pejabat anda pada hari bekerja ini juga menu wajib cuba untuk anda dan rakan sepejabat anda. 

Jika anda punyai majlis makan-makan di pejabat anda juga boleh mencuba menu Home made dan food delivery ini. 




Jika anda berada di kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor,  untuk penghantaran ialah dari hari Isnin sehingga Jumaat pada pukul 12 PM sehingga 3 PM.




Bagi anda yang ingin menikmati masakan enak pada hari Sabtu dan Ahad atau hari cuti bersama keluarga tersayang anda boleh menempah menu ini untuk food delivery  home made pada pukul 12 sehingga 6 petang.

Pastikan anda membuat tempahan awal. 

Selain menu single anda juga boleh menempah menu istimewa didalam 1 set seperti di bawah 



Menu set 3 (minimun order 3 set) 

SET 3 (RM20) 
Ketam Masak Pedas
Kerang Kam Heong
Nasi 
Air


SET 2 (RM22) 

Ketam Masak Pedas
Ayam Masak Lemak Kuning 
Kerang Kam Heong 
Nasi
Air


Single Set (minima order 3 set) 

SET 1 (RM25) 

Ketam Butter Masak Telur Masin 
Tom Yam Seafood 
Chicken Lemon
Kerang Kam Heong
Nasi
Air



Untuk tempahan food delivery dan menu masakan homemade yang amat enak di sekitar kawasan Kuala Lumpur dan Selangor,  

Anda boleh mesej atau what apps ke

0174550444


Atau 

0192499444


Anda juga boleh like dan follow Facebook page Kitchen By HERMOSA,  semua gambar di atas juga di ambil dari Facebook Kitchen by Hermosa 


Di link di bawah


Sumpah sedap. 

Mohon segera cuba.  Anda pasti puas hati. 


Terima kasih. 










Isnin, 3 April 2017

Menu Sihat Ringkas Hari Minggu


Menu paling ringkas 
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Malas memasak pada hari minggu,  namun tetap ingin resepi lebih sihat dan mengenyangkan. 

Ini antara cadangan menu mudah hari Ahad anda untuk anda cuba. 

1. Smoothie Nenas,  mangga,  ubi bit, lobak, tomato dan gajus.  Enak di makan bersama  omelet telur tanpa antibiotik. 

2. Chapati yang dibancuh bersama telur tanpa antibiotik, minyak sapi asli,  tepung wholemeal asli bersama sedikit Baking soda dan dinikmati bersama kacang Dhal mampu mengenyangkan anda sehingga tengah hari.  Di tambah pula jika di minum bersama air limau nipis tanpa gula. 

3. Nasi lemak atau nasi putih di tambah daun pandan di makan bersama telur rebus,  kacang tanah goreng di ganti ulam lada hitam segar,  timun pula di ganti tomato merah tentu enak sebagai sarapan pagi anda.  Minum sahaja teh Rooibos tanpa kafein sebagai pelengkap hari anda. 

4. Jika anda hanya inginkan sesuatu yang ringan dan ringkas,  Kisar pisang, mangga,  Nenas dan Chia seed yang direndam semalaman.  Percayalah Smoothie ini amat mengenyangkan anda sehingga tiba waktu tengah hari.  Pastikan anda minum dua gelas penuh.  Sungguh sedap. 

Sawi organik ditumis ringkas
Malas memasak dan tiada mood keluar untuk makan tengah hari. 

Anda boleh nikmati sahaja sawi goreng bersama minyak zaitun Turki.  Masak dengan api perlahan dan ringkas. Hanya masukkan bawang besar dan sawi organik anda. Tabur sedikit garam dan serbuk lada sulah organik.  Amat enak dimakan bersama nasi panas. 

Tempe 
Ingin  nikmati minuman petang namun,  berniat hanya ingin berehat sepanjang hari. 

Nikmati sahaja tempe daun pisang mentah sebagai sumber probiotik. 
Jika anda tidak mampu menikmati tempe mentah,  guna minyak zaitun Turki untuk menggoreng tidak sampai 3 minit tempe anda. Gunakan api perlahan dan siap untuk dinikmati sebagai kudapan minum petang anda yang lebih sihat. 

Pilihan pelbagai Smoothie 
Jika anda bimbang lapar di waktu malam.  Nikmati Smoothie yang lebih manis dan mengenyangkan seperti pilihan diatas.  Untuk lebih kenyang buah yang dinikmati bersama Yogurt amat sedap dan membantu anda rasa kenyang lebih lama selain kaya probiotik dan prebiotik. 

Kedua-duanya amat bagus untuk usus sekaligus kulit dan kesihatan anda. 

Pilihan produk QK 
Cukup untuk diet dan usus anda.

Kini masa memanjakan kulit anda dengan bahan Semulajadi terutama ketika hari minggu.

Lupakan seketika mandian komersial anda,  manjakan kulit dan tubuh anda dengan lulur Semulajadi Iaitu produk Original Body Scrub dari QK.

Anda boleh menambah teh hijau atau kopi tenum sebagai campuran lebih bagus untuk kesihatan dan kecantikan kulit anda.

Sebelum mandi dan berlulur atau berskrub anda boleh menyapu Hair Gone dibahagian ketiak anda untuk mencerahkan ketiak dan mengurangkan ketiak yang menggeleber.

Untuk maklumat lanjut Original Body Scrub  anda boleh membaca pelbagai artikel di kategori Skrub.

Produk Hair Gone Dan maklumat lanjut anda boleh membaca mengenainya di kategori Hair Gone di Blog ini.

Pertanyaan dan pembelian produk sila whatapps

016 276 2636 

Mulakan hari anda dengan diet sihat dan produk lebih alami. 

Terima kasih.. 


Ahad, 2 April 2017

Hari Minggu & Keluarga di Kuantan


Bergambar di Cafe Kotak Kalam,  Kuantan 
 Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Penat berjalan seharian,  kembali dari menikmati makan malam bersama keluarga di Kotak Kalam,  kami bergegas pulang menunaikan solat maghrib. 

Sekali lagi saya menikmati sup ayam organik masakan ibu kegemaran saya untuk dinner lewat malam.  Itulah saya pengemar kari ayam organik dan sup ayam organik masakan ibu saya.

Untuk anda yang masih tidak tahu,  Kotak Kalam telah kembali di buka di hadapan Jabatan Ukur Alor Akar Kuantan.  Anda boleh cari instagram Kotak Kalam dan lihat segala menu dan wajah baru kafe ini. 

Bermain bersama kucing di cat Cafe dan menikmati kek di Kula Cake
Semalam,  hari Sabtu saya membawa tiga orang anak saudara saya berjalan ke bandar Kuantan dan bermain dengan 18 ekor kucing di cat Cafe (actually tiada cafe dan makanan dijual disini lagi,  anda boleh datang membawa makanan di luar dan makan disini). 

Untuk info cat Cafe ini berada di hadapan lorong perumahan Indera Mahkota berdekatan Jaman Tory Resepi Indera Mahkota. 

Anda boleh cari instagram whims.my untuk alamat dan info lanjut.  Untuk masuk bermain dengan 18 ekor kucing disini anda dikenakan bayaran RM5 untuk sekali masuk, (dewasa @ kanak-kanak)  tidak kira berapa jam anda bermain bersama kucing disini. Cafe ini buka dari pukul 1pm sehingga 9pm.

Terdapat 18 ekor kucing yang comel-comel,  manja dan nakal di Cafe ini. 

Saya,  Zara, Irfan dan Ilham khusyuk bermain kucing di Cafe ini. 

Zara,  Irfan dan Ilham gembira melakukan aktiviti 
Cat Cafe ini ialah rumah 2 tingkat yang diubah suai menjadi cat Cafe. 

Puas bermain bersama 18 ekor kucing disini,  kami menuju ke Cafe popular kek paling sedap di Kuantan iaitu Kula Cakes untuk menikmati kek. 

Hiasan pokok yang unik melingkari kawasan menambahkan kecantikan tempat ini. 
Terdapat pelbagai kek disini dan ia amat  sedap dan menjadi kegemaran ketiga-tiga anak saudara saya ini.  


Riang ria bersama sepupu 
Alang-alang ke Kula Cakes,  kami terus ke laman teruntum bermain di taman dan disini juga terdapat permainan buih belon yang ditiup yang dijual sebanyak Rm3 untuk sebatang atau Rm5 untuk 2 orang bermain buih.  Satu besen buih diberikan untuk bermain. 

Zara, Irfan dan Ilham amat seronok bermain sehingga terlupa jadual kami yang sepatutnya bermain pantai sebelum pukul 6 petang. 

Berkejaran pulang lewat aktiviti mandi pantai terpaksa dibatalkan. 

Insyallah ada rezeki aktiviti akan ditukar pada hari berlainan. 

Itu juga antara alasan mengapa saya tidak sempat menulis artikel di Blog berkaitan ilmu dan perkara lain. 

Namun diharap artikel ini membantu anda yang berada atau ingin ke Kuantan untuk melakukan aktiviti yang tidak tinggi Budget. 

Semoga artikel ini membantu anda. 

Terima kasih. 




Skrub Untuk Kulit Sensitif dan Ekzema


Original Body Scrub dalam bekas lebih kecil anggaran berat 180gram berharga RM8.50. 
 Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Sering mendapat pertanyaan mengenai Original Body Scrub dan kesesuaian kulit maka artikel ini khas untuk anda. 

Ini juga bagi menjawab soalan pembaca yang mempunyai kulit bermasalah,  berjerawat dan mereka yang menghadapi masalah ekzema. 

Baik,  untuk memudahkan anda mencuba produk Original Body Scrub ini saya kini menyediakan bekas kecil mudah guna untuk anda di dalam botol plastik jenama Apple Lady. 

Tentu saya tidak ingin pelanggan saya membuang begitu sahaja botol yang dibeli dan menggalakkan anda mengulang penggunaan bekas plastik ini untuk kegunaan lain. 

Botol plastik ini juga boleh digunakan untuk merendam dan membancuh original Body Scrub jika telah habis digunakan. 

Set original Body Scrub rm8.50 dan hair gone RM3.50 untuk sebekas 
Berikut soalan dan jawapan untuk soalan pembaca melalui whatapps 

1. Kulit wajah berjerawat dan bermasalah.  Telah guna pelbagai pencuci namun semakin teruk. 

Jawapan :- 

Sila jaga diet anda.  Kurangkan makanan bertepung, Gluten, beryis dan bergoreng.  Termasuk masakan manis dan susu komersial. 

Untuk pencuci wajah

Gunakan susu tepung yang dibancuh atau di Kisar bersama timun hijau.  Buat pes dan jadikan sebagai pencuci wajah. 

Ia membantu mencuci kulit,  menyegarkan dan mencerahkan serta Memutihkan wajah anda.  Sila cuba. 

Untuk seminggu sekali guna kan Original Body Scrub  yang direndam di dalam peti ais selama 6 hari (digalakkan tukar air setiap hari) 

Hari ke 7 buang air.  Campurkan dengan jus timun dan sapu perlahan di wajah.  Tunggu kering bilas dengan air bertapis.  Lap dengan kapas muka.  Siap. 

Peringatan:- pencuci wajah dan Skrub tidak boleh digosok kuat,  hanya sapu perlahan-lahan seolah olah diatas angin.  Pastikan paste Skrub atau pencuci wajah anda lembab atau tidak kering sentiasa lembab.  Jangan sekali-kali gosok ketika paste kering atau Skrub kering di wajah. 


2. Jika anda penghidap ekzema. 

Jawapan untuk jaga diet anda adalah seperti diatas. 

Untuk sapuan ke atas kulit yang mempunyai ekzema.  Untuk wajah adalah sama seperti diatas. 

Cuma Original Body Scrub anda buka  di campur jus timun. 

Tukarkan jus timun kepada kunyit hidup yang ditumbuk dan dicampur ke dalam bancuhan Skrub. 

Untuk kesan lebih bagus tambah sekali paste daun sireh segar yang ditumbuk dan berair ke dalam bancuh Skrub yang telah ditambah paste kunyit hidup. 

Sapu perlahan ke kulit wajah anda. 

Untuk tubuh.  Hanya rendam Skrub semalaman dan campurkan kunyit hidup yang ditumbuk dan daun sireh segar yang ditumbuk bersama airnya. 

Sapu lembut di tubuh secara mengurut. 

Harus diingatkan paste Skrub harus sentiasa berair dan berbentuk paste. 

Bilas dan sapu minyak zaitun atau minyak kelapa dara. 

Minyak zaitun dan minyak kelapa dara amat bagus untuk pelbagai masalah kulit. (untuk wajah sila sesuaikan dengan kulit wajah anda). 

Pilih minyak zaitun original bukan komersial yang boleh dimakan dan diminum. 

3. Jika anda ingin menghilangkan parut kulit lama atau baru.  Campak,  jerawat,  ekzema dan lain-lain. 

Jika anda menggunakan Original Body Scrub untuk tujuan menanggalkan parut ekzema atau parut campak dan sebagainya, sila campurkan Original Body Scrub bersama sedikit serbuk kayu manis.  Jenis ceylon diutamakan.

Jika tiada serbuk tumbuk sahaja kayu manis dan campurkan dalam bancuhan Skrub. 

Sapu buat urutan secara membulat perlahan-lahan. 

Mandi bilas kemudian sapukan minyak argan.

Minyak argan amat membantu menghilangkan parut. 


Sebarang pertanyaan dan pembelian produk Original Body Scrub 

Anda boleh terus whatapps ke 

016 276 2636 


Semoga artikel ini membantu anda. 


Terima kasih 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...