Ahad, 12 Februari 2017

Mula Aktif di Facebook


Imej pertama Qisya Khadeeja di Google yang kini berusia 4 tahun lebih
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Seiring perjalanan saya dalam dunia blogging. 

Cinta saya dalam bidang media sosial semakin mendalam. 

Merupakan follower kepada Puan Ainon Mohd,  di Facebook,  saya mengakui ilmu disampaikan beliau mula mempengaruhi saya. 

Antara galakkan  beliau ialah mula menulis status Facebook berkualiti dan membina tribe. 

Saya mengikuti beliau semenjak 2 tahun lalu. 

Tahun 2017 ini saya mula belajar menggunakan Facebook sebagai antara medium tempat saya berkongsi maklumat dan membina 'tribe'. 

Tribe di perkenalkan oleh Seth Godin. 

Seth Godin khabarnya hanya memfokuskan penulisan Blog. Sehingga kini beliau menulis hampir 7000 artikel. 

Beliau tidak membalas sebarang komen,  Facebook beliau hanya digunakan untuk mempromosikan Blog beliau. 

Kini Seth Godin muncul sebagai antara yang berpengaruh dan mempunyai jutaan folower setia. 

Itulah berkat fokus mendalam Seth Godin pada Blog beliau. 

Status Facebook pertama saya ke arah memberi informasi 
Antara perancangan dan azam baru 2017.

Saya ingin lebih aktif dalam memberi informasi dan berhubung dengan mereka dalam golongan sasaran. 

Maka saya mula berkongsi sedikit informasi di akaun Facebook saya. 

Terlebih dahulu saya menukar gambar profile Facebook saya kepada imej saya di Google. 

Ini adalah antara teknik untuk branding dan positioning. 

Bermula 9 Februari saya berkongsi info mengenai sayur-sayuran di status Facebook saya. 

Status itu mendapat 106 komen dan 33 likes.  

Status sebelumnya mendapat 65 komen dan 36 likes. 

Saya menulis lebih 5 status pada hari yang sama dan waktu yang hampir sama. 

Teknik ini nampaknya berbaloi dan mewujud 'engagement'  yang agak hebat pada hari pertama eksperimen.  Alhamdulillah. 

Dato Norizan bin Sharif sempat singgah dan memberi likes

3 hari saya membuat eksperimen,  semalam saya mengurangkan mengemaskini status Facebook.

Maklumlah semalam ialah hari Sabtu.

Hari agak jarang orang melayari Facebook.

Namun pada waktu malam, saya melihat salah seorang yang berpengaruh dalam sahabat Facebook Puan Ainon Mohd iaitu Dato Norizan bin Sharif yang terkenal dalam program INSKEN mula likes beberapa status dan link perkongsian saya di Facebook.

Dato Norizan yang juga menulis di Blog Nobisha milik beliau adalah antara insan berpengaruh dalam Tribe ABS dan mempunyai ramai follower di Facebook.

Tentu sahaja saya terharu kerana dalam berpuluh ribu folower dan sahabat Facebook beliau,  Dato Norizan masih sempat memilih status Facebook saya untuk di likes.

Untuk info,  engagement di Facebook di kira dari jumlah likes,  komen dan share.

Bukan pada jumlah sahabat Facebook anda.

Ia juga dikira pada golongan sasaran anda.

Pastikan kehadiran anda disedari untuk mewujudkan kehadiran anda di kalangan mereka.

Status saya turut mendapat share untuk 3 hari berturut eksperimen ini di jalankan.

Gambar profile instagram juga selari imej di Google 
Pada hari yang sama saya menukar gambar profile di Facebook,  saya turut menukarkan gambar profile saya di instagram.

Ini adalah untuk memastikan imej ini selari seperti apa yang saya baca dan pelajari.

Untuk medan sosial seterusnya seperti Twitter dan linkedln saya juga akan menggunakan gambar atau imej yang sama untuk memudahkan imej branding dan positioning.

Saya akan berkongsi pengalaman seterusnya di dalam artikel akan datang.

Terima kasih atas kesudian anda menjadi pembaca  dan follower tetap Blog ini.

Semoga artikel ini memberi anda motivasi untuk memikir perkara positif mengenai media sosial.

Terima kasih.





Pengaruh Media Sosial


Semua imej diambil dari carian google
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Seiring zaman teknologi,  kuasa Internet dan media sosial sering dibincang dan di iklan di forum dan media sosial itu sendiri.

Saya melihat carta kuasa media sosial yang paling menakjubkan statistik LinkedIn yang semakin menunjukkan 'taring'.

Maka masa untuk saya dan anda mula membina jaringan linkedln dn itu sendiri.

Google Search terus kekal berpengaruh di belakang Facebook dan ia tidak terlalu banyak perbezaan.

Manusia masih kekal mempercayai Google Search atau carian enjin utama ini.

Channel atau saluran pemasaran masih di dominasi mulut ke mulut sebanyak 28%, berbanding SEO 20%.

SEO atau search engine optimisation Ini berkaitan carian Google.

Sekaligus menguatkan lagi mengapa Blog akan kekal utuh dalam zaman media sosial ini.

Facebook juga adalah antara media utama sebagai medan pengiklanan utama selain instagram dan Google.

Maka amat logik untuk anda mula bijak mengeksploitasi kegunaan pengaruh media sosial ini melalui pembelajaran,  pembacaan dan pengalaman anda sendiri.

Semoga kajian dan statistik di atas membantu anda menambah semangat dalam menggunakan medium ini untuk mula membina kepercayaan dan jenama anda serta menu rangkaian persahabatan atau perniagaan di masa hadapan.

Istimewa mengenai media sosial,  kos ia jauh lebih murah berbanding medan pengiklanan dan perhubungan lain.

Semoga info ini membantu anda.

Terima kasih.





Sabtu, 11 Februari 2017

'Bulletproof Coffee' Skrub


Original Body Scrub  Diperbuat hanya dari bahan asli yang boleh dimakan


Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Adakah anda pernah mendengar minuman penguat tenaga yang digemari di Amerika dan Eropah iaitu Bulletproof Coffee? 

Di Malaysia ia dikenali sebagai kopi badang. 

Ia ialah campuran minuman kopi dan minyak kelapa dara. 

Di Eropah dan Amerika,  mereka biasanya menggunakan campuran Mentega yang diperbuat daripada susu segar. 

Campuran Original Body Scrub dan Bulletproof coffee
Kopi badang atau Bulletproof Coffee ini adalah antara minuman kegemaran saya untuk memulakan hari dan mencergaskan otak jika saya memerlukan tenaga dan idea yang banyak. 

Kebiasaannya saya mencampurkan minyak kelapa dara dalam minuman kopi tenum Sabah saya selain gula perang atau gula molasses. 

Sengaja saya tambahkan 2 sudu kopi badang terakhir saya dalam bancuhan Skrub Semulajadi ini
Untuk beberapa bulan awal tahun, 2017 ini saya terpaksa menghabiskan stok Neutrax saya yang dibeli akhir tahun 2015 lepas. 

Saya telah lama berhenti mengamalkan Neutrax semenjak ekzema saya sembuh. 

Baru terperasan masih ada stok yang hampir expired,  maka saya menambah Neutrax sebagai ganti minyak kelapa dara dalam bancuhan kopi badang saya. 

Untuk info,  Neutrax ialah minyak kelapa dara peraman yang amat bagus dan merupakan keluaran FGV. 

Anda boleh membaca maklumat lanjut mengenai Neutrax di artikel di link di bawah


Untuk info,  sebagai pengguna setia Original Body Scrub keluaran saya sendiri saya sering mempelbagaikan campuran dalam bahan mandian Skrub saya ini. 

Antaranya ialah hampas kopi yang telah di campur sedikit Neutrax. 

Malah kadang kala saya hanya mencampurkan 2 sudu terakhir baki air kopi badang saya untuk bancuhan Skrub Bulletproof Coffee ini. 

Sekurang kurangnya Skrub tubuh ini tidak terlalu berminyak dan amat selesa digunakan di tubuh. 

Untuk info dikatakan bahawa anda tidak digalakkan menggunakan produk tubuh yang sama lebih 3bulan atau 6 bulan. 

Ia bermaksud produk tubuh anda mestilah ditambah nilai atau bahan supaya ia tidak menjadi imun pada kulit. 

Maka itu alasan mengapa saya kerap mengubah formulasi produk tubuh saya sendiri dan menggalakkan mereka yang menggunakannya produk ini untuk lebih kreatif. 

Anda boleh membaca setiap artikel mengenai original Body Scrub ini didalam label Skrub di Blog ini dengan menggunakan paparan desktop.  (sila tukar setting dari telefon bimbit ke paparan desktop) 

Untuk maklumat lanjut dan pembelian Original Body Scrub 

Sila what app ke no di bawah

Khadeeja 016 276 2636 

Produk ini adalah produk home made dan diperbuat hanya dari bahan semula jadi yang boleh dimakan. 

Terima kasih. 






Jumaat, 10 Februari 2017

Racun dan sayur-sayuran


Benih sawi cina dan lobak putih yang ditabur didalam pasu
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Salah seorang sahabat saya dalam Group kesihatan berkongsi pengalaman,  bapa mertua beliau adalah petani dan pengusaha tanaman cili. 

Beliau meninggal dunia kerana satu penyakit yang bersangkut paut dengan racun yang sering beliau gunakan. 

Tiada ahli keluarga beliau yang menyambung perjuangan beliau dalam bidang cili ini. 

Cerita sahabat saya,  cili antara tanaman yang memerlukan racun yang banyak. 

Perkongsian beliau mendapat banyak maklum balas didalam Group dan seiring perkongsian itu ia membawa maksud dari dulu dan selamanya kenapa Rasulullah menggalakkan kita sendiri bercucuk tanam. 

Saya membeli benih sawi cina dan lobak putih dari salah seorang sahabat Facebook saya. 

Kurang seminggu benih ini mula naik subur. 

Kawasan perumahan di kampung halaman saya, berada dalam hutan yang kerap dikunjungi monyet. 

Ulam bulu dan siput babi juga terdapat di kawasan ini.

Pokok kari ibu saya telah rosak akibat serangan ulat bulu dan langsung tidak boleh digunakan. 

Tentu sahaja ia mendatangkan kerisauan kepada saya,  maklumlah saya baru sahaja berminat untuk bercucuk tanam. 

Membeli sayur-sayuran organik,  harga ia agak tinggi bagi orang kebanyakan.

Malah ada sesetengah sayur-sayuran tanpa persijilan organik menimbulkan rasa was-was walaupun ia berlabel organik dan dijual di kedai organik.

Itu alasan mengapa sesetengah sayur organik ada yang lebih murah dan ada yang lebih mahal.

Untuk mendapatkan sayur-sayuran yang mempunyai persijilan organik ia haruslah mempunyai label myOrganic yang di berikan oleh kementerian pertanian Malaysia.

Di bawah persijilan myOrganic,  sayur-sayuran organik di pantau dan tidak menggunakannya sebarang racun dan hanya menggunakan baja dari tahi lembu yang lebih Semulajadi.

Untuk mendapatkan sayur-sayuran di bawah kementerian pertanian Malaysia yang dipantau anda juga boleh melihat cop persijilan myGAP.

Kementerian Pertanian Malaysia akan memantau semua peladang dan petani di bawah persijilan ini.

Semoga peladang dan petani di bawah persijilan ini mengikut etika dan menjalankan pemantauan dan arahan serta ajaran dari pihak kementerian pertanian ini.

Dengan kos sara hidup yang makin meningkat.  Bahan mentah yang makin mahal.  Kos pengurusan ladang yang makin ketara.

Ada sesetengah petani dan peladang yang tidak menggunakan racun yang disyorkan oleh kementerian kerana mengutamakan harga baja dan racun yang lebih murah.

Ini antara alasan beberapa petani dan peladang terpaksa melanggar etika.

Maklumlah,  masyarakat kita hari ini juga cenderung untuk membeli sayur-sayuran dengan harga yang jauh lebih murah untuk mengurangkan budget harian.

Malah orang tengah yang menjual baja dan racun ini kadang kala tidak peka pada isi kandungan.

Kesedaran di kalangan masyarakat amat rendah berkenaan sesuatu bahan.  Agak sukar untuk menyalahkan pihak pihak terlibat.

Sebagai pengguna andalah yang harus lebih bijak.

Pengguna yang bijak memilih kualiti akhirnya akan melahirkan pengeluar berkualiti demi untuk mendapatkan pelanggan.

Untuk masa ini,  dinasihatkan anda merendam sayur-sayuran dan buah buahan yang dibeli dalam air garam atau cuka selama 5-10 minit sebelum digunakan walaupun sayur anda itu ialah sayur organik (jika tanpa persijilan myOrganic ).

Doakan tanaman saya hidup subur dan menjadi.

Ini adalah percubaan pertama saya menanam sayur.

Saya akan berkongsi pengalaman bercucuk tanam ini bersama anda dalam artikel akan datang.

Terima kasih.



Selasa, 7 Februari 2017

Teringin Pakai Braces..


Gambar tahun 2012
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Melihat ramai memakai Braces,  saya mula menemani sahabat saya Mizi untuk membuat Braces di Klinik Gigi Dr.  Zarin di Taman Putra,  Ampang dalam tahun 2010.

Ramai sahabat saya dan sepupu saya yang saya syorkan ke klinik ini kerana perkhidmatan beliau yang bagus dan harga yang amat berpatutan. 

Di klinik gigi inilah klinik gigi yang paling saya percaya semenjak saya bekerja di CIMB bank. 
Menemani sahabat saya dan sepupu saya.  Saya sendiri mula berminat memakai Braces. 

Sahabat saya Awin tidak menggalakkan saya memakai Braces,  bagi Awin gigi saya dan bentuk wajah saya sudah cantik dan tiada kekurangan. 

Kata Awin memakai Braces itu boleh mengubah bentuk muka sedikit sebanyak. 

Sayang kepada bentuk muka saya yang sering dipuji sahabat, dan kurniaan Illahi saya membatalkan hasrat saya. 

Dari tahun 2010, tahun 2012 sekali lagi saya berniat memakai Braces kerana menemani sepupu saya ke Klinik Dr Zarin.  Atas nasihat Dr. Zarin saya membatalkan niat saya memakai Braces,  saya tidak jelas sebab beliau tidak menggalakkan saya memakai Braces.  Mungkin kerana gigi saya Yang sensitif dan Gusi saya yang kurang kuat kerana amalan memberus gigi Yang kuat menggunakan berus gigi jenis kasar yang menghakis gigi dan Gusi saya.  (atas saranan Doktor Zarin saya perlu menggunakan berus gigi ekstra lembut @ extra soft) 

Tahun seterusnya sahabat saya Rima pula memakai Braces.  Saya melihat dengan jelas betapa gigi Rima yang dulu tidak teratur dan tidak kemas makin cantik seiring beliau lama memakai Braces. Setelah hampir 3 tahun memakai Braces Rima menanggalkan Braces beliau atas nasihat doktor gigi beliau sendiri. 

Kata Rima,  doctor beliau menasihati beliau kerana rongga Gusi atau apa ntah saya pun tidak pasti yang semakin ke dalam.  (ini kena tanya pakar pergigian) 

Pujian harus diberikan kepada kepakaran Doctor gigi Rima itu.  Saya melihat sendiri betapa berbeza dan cantik susunan gigi Rima dan bentuk wajahnya. 

Cerita Rima doktor gigi beliau menggunakan komputer dan menyesuaikan dengan bentuk wajah,  sekaligus wajah rima terlihat cantik dari sebelumnya kerana bentuk wajah kesan memakai Braces. (setiap kali rawatan,  doktor gigi Rima akan berpandukan komputer untuk mendapat bentuk bersesuaian dengan wajah dan keadaan gigi yang kemas dan cantik.)

Rima mula menggalakkan saya membuat Braces,  malah sepupu Rima turut memakai Braces tetapi dengan perkhidmatan doktor gigi berlainan. 

Sepanjang minggu lepas dan minggu ini sahabat saya Wan pula mula menelefon saya bertanya mengenai Braces. 

Maklumlah seiring usia, gigi dikatakan semakin renggang maka beliau berminat untuk memakai Braces.  Cerita Wan,  kawan dia yang sedang memakai Braces memberitahu promosi braces sekarang yang hanya RM750 di bahagian atas dan RM550 di bahagian bawah.

Wan meminta saya mencari baik dan buruk memakai braces.  Ia,  realiti yang harus diakui dari zaman persekolahan sayalah yang sentiasa menjadi 'rujukan'  dan, 'perpustakaan' untuk ilmu am seperti ini kerana sifat saya yang rajin membaca dan ke perpustakaan negeri. 

Maka bermulalah saya merujuk pengalaman dan menggunakan Google mencari maklumat.  Tiada banyak kesan buruk memakai braces melainkan jika Gusi anda lemah atau bermasalah. 

Rima pula bercerita bagaimana pengalaman beliau memakai braces dan pendapat beliau mengenai braces.  Betul anda kena memilih doktor yang benar benar pandai dan bijak dalam perawatan dan pemakaian braces ini.  Dari pengalaman individu sekeliling Rima ada yang memakai braces tapi selepas menanggalkan braces gigi mereka tidak sekemas gigi Rima. 

Mengikut kata Rima,  selepas menanggalkan braces beliau,  beliau kena memakai alat di belakang gigi beliau supaya gigi itu tidak beralih dan kekal cantik dan kemas.  Tetapi oleh kerana agak sakit dan ke tidak keselesaan,  maka beliau tidak memakainya dan hanya memakai 'retiner'  atau sejenis macam 'gam'  sahaja. 

Cerita Rima ketika memakai braces 4 batang gigi hadapan beliau dibuang untuk kekemasan barisan gigi baru beliau.  Ia benar,  bagaimana ingin memakai braces jika ada gigi yang tidak dibuang (bagi kes tertentu). 

Permulaan memakai braces memang sakit dan kurang selesa. Saya melihat pengorbanan Rima sendiri yang kerap diserang ulser sepanjang tahun tahun beliau memakai Braces. 

Banyak makanan yang anda harus elakkan bagi mengelakkan ia melekat di braces anda.  Anda harus rajin mencuci braces anda dan gigi anda.  Terdapat berus gigi khas yang lembut untuk ini. 

Bonus untuk anda yang memakai braces,  saya membaca di Google bahawa siapa yang kerap minum kopi braces membantu mengurangkan kekuningan gigi kerana minuman kopi tidak terus terkena gigi anda. 

Hari ini Wan menghubungi saya lagi,  memberitahu Klinik gigi itu menawarkan harga yang lebih murah iaitu RM500 untuk bahagian atas dan RM500 untuk bahagian bawah.  Sebulan sekali untuk cuci hanya bayar RM50 sahaja. 

Wan sekali lagi bertanya pendapat saya. 

Setelah memikirkan tiada benda yang kekal,  rasanya saya sendiri kurang berminat untuk memakai braces.  Alhamdulillah gigi saya masih tersusun walaupun mungkin makin renggang seiring usia.  Jika menanggalkan braces pun gigi akan kembali renggang saya tidak sanggup merisiko kan gigi dan kesihatan Gusi saya. 

Tentu ada alasan kukuh mengapa Doktor Zarin yang baik hati dan baik dengan saya itu tidak membenarkan saya memakai braces sedangkan sahabat saya dan sepupu saya beliau izinkan.

Untuk anda yang mempunyai kesihatan dan Gusi yang kuat,  anda dipersilakan memakai braces.  Bagi anda yang tidak yakin akan kekuatan gigi dan Gusi anda.  Mungkin anda perlu menulis pro dan kontra di atas kertas dan memikirkan sekali lagi.

Memakai Braces memang menampakkan gigi yang cantik tersusun dan bagi saya menambah kecantikan dan kekacakan wajah. Malah doktor gigi yang pakar meratakan gigi untuk menambah kecantikan gigi anda. 

Saya serahkan artikel ini untuk anda berkongsi pengalaman anda di komen di bawah.  Tentu sekali saya dan sahabat saya ingin membaca pengalaman berbeza dari anda. 

Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda. 

Terima kasih. 


10 Khasiat dan Kebaikan Temukunci


Temu kunci yang dibeli oleh saya
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

JAMU asam kunyit home made kini makin popular di kalangan pengguna instagram dan Facebook.

Jamu home made ini kerap di jual dan diwar-warkan didalam pelbagai Group what apps dan telegram.

Selain kunyit,  temu kunci juga adalah antara bahan utama dalam pelbagai jamu home made dan untuk kesihatan wanita.

Bagi anda yang masih baru dengan temu kunci,  temu kunci ini satu keluarga dengan temu lawak, namun berbeza dengan temu lawak.

Berikut adalah khasiat dan Kebaikan temu kunci untuk info bersama.

1. Temu kunci terkenal dalam masakan Indonesia seperti sayur bening,  kacang panjang dan sayur kelor. Ia juga popular dalam masakan Thailand.

2. Temu kunci terkenal sebagai bahan jamu untuk kesihatan wanita khususnya dalam campuran jamu daun sirih dan temu kunci.

3. Temu kunci di percayai membantu mengurangkan masalah keputihan di kalangan wanita.

4. Temu kunci turut dipercayai membantu wanita menambah tenaga dan stamina.

5. Bagi anda yang kekurangan selera makan,  temu kunci membantu anda menambah selera makan.

6. Ibu yang sedang menyusu digalakkan menikmati temu kunci kerana ia dipercayai membantu menambahkan pengeluaran susu badan.

7. Temu kunci harus dimakan berpada-pada. Ia tidak digalakkan dimakan setiap hari.  Dikatakan bahawa temu kunci tidak boleh dimakan lebih 50g sehari kerana temu kunci di percayai boleh menyebabkan kemandulan.

8. Saya tidak tahu jika temu kunci boleh digunakan sebagai jamu penjarak anak bagi mereka yang ingin menjarakkan kehamilan.  Anda boleh Google dan lebih mengkaji mengenai info ini dan sesuaikan dengan tubuh anda.

9. Temu kunci juga dipercayai boleh mengetatkan bahagian vagina dengan cara mencampurkan ia dengan daun sirih dan ramuan ini di lumurkan di perut.

10. Temu kunci juga dipercayai membantu mengurangkan panas tubuh atau sariawan.

Harga temu kunci ini lebih kurang harga halia dan kunyit.  Ia mudah didapati di pasar berdekatan.

Untuk jamu Homemade mudah campuran temukunci,  anda boleh merujuk link di bawah.

Jamu Homemade Ringkas

Semoga info ini membantu anda.

Terima kasih.



Pilihan Mentega Kacang Tanah Organik


Mentega Kacang tanpa aflatoxin 
 Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Mentega Kacang di minati dan disukai oleh masyarakat seluruh dunia dari golongan kanak kanak sehingga dewasa. 

Rasa Mentega Kacang yang lemak dan manis sungguh enak dan memikat rasa.  

Malah keenakan Mentega Kacang akan menyebabkan anda ketagih malah boleh dimakan begitu saja walaupun tanpa sapuan di atas roti atau kraker. 

Kandungan nutrisi Mentega Kacang ini
 Untuk mereka yang berdiet dan menjadikan Mentega Kacang sebagai kegemaran. 

Menikmati Mentega Kacang bersama buah epal hijau,  batang saderi dan sapuan ke atas pelbagai jenis buah buahan dan sayur sayuran semakin menjadi trend di kalangan pencinta makanan yang lebih sihat dan dalam proses penurunan berat badan. 


Antara bahan-bahan yang digunakan
 Mentega Kacang komersial kebiasaannya tinggi gula dan kemungkinan dari kacang tanah GMO. 

Tahukah anda bahawa kacang tanah juga mengandungi sejenis fungus iaitu aflatoxin. 

Kacang tanah perlu dimasak dalam suhu tertentu untuk membunuh fungus atau aflatoxin ini. 


Mentega Kacang tinggi kandungan vitamin dan galian
Mentega Kacang tanpa aflatoxin ini tinggi kandungan zat besi, protein,  vitamin B3 dan vitamin E,  juga kandungan magnesium,  folate juga serat yang amat bagus untuk tubuh. 

Selain itu Mentega Kacang ini juga tanpa pesticide dan kandungan chemical berbahaya. 

Saya akan berkongsi dengan anda Khasiat Kacang tanah  dan kaitan fungus didalam kacang tanah dalam artikel akan datang.  Insyallah. 

Terima kasih atas kesudian anda kekal menjadi pembaca setia Blog ini. 

Terima kasih juga kepada mereka yang baru menjadi pembaca Blog ini. 

Terima kasih. 





Isnin, 6 Februari 2017

11 Khasiat dan Kegunaan Daun Sirih @ sireh


Daun sirih @ sireh hijau
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Mengenali daun sirih semenjak kecil ketika melihat arwah nenek mengunyah sireh bersama Pinang dan kapur makan,  saya pernah belajar menikmatinya sekali sekala zaman kanak-kanak dahulu.

Daun sirih terkenal sebagai hantaran perkahwinan untuk wanita dan antara ramuan utama jamu dan pembersih bahagian intim wanita.

Daun sirih terdapat dalam 3 warna,  warna paling popular hijau dan merah.  Terdapat juga daun sirih berwarna hitam.

Daun sirih berwarna merah dikatakan amat bagus diamalkan oleh wanita.

Ini antara KHASIAT dan Kebaikan daun sirih untuk informasi anda.

1. Terkenal sebagai cucian alat intim wanita.. Daun sirih boleh direbus dan dijadikan air cucian bahagian intim yang mengalami kegatalan.  Untuk pencuci wanita biasa anda hanya perlu meramas daun sirih segar untuk mencuci bahagian intim anda.

2. Daun sirih dipercayai boleh membantu mereka yang menghadapi masalah keputihan.  Anda boleh rebus air sirih untuk diminum dan juga untuk basuhan alat intim anda.

3. Daun sirih adalah daun paling kerap digunakan untuk mencuci bahagian intim untuk wanita dalam pantang.  Daun sireh di percayai mampu membunuh bakteria dan mencuci luka selepas bersalin.

4. Harus diingatkan disini air rebusan atau Ramasan daun sirih tidak boleh digunakan setiap hari,  bimbang jika ia mengganggu keseimbangan flora Semulajadi bahagian intim.

5. Daun sirih juga amat bagus untuk mengalami kegatalan mata,  hanya rebus daun sireh dan isikan kedalam mata yang gatal.

6. Mereka yang menghadapi masalah kulit seperti kurap,  alahan,  jerawat juga boleh menggunakan daun sirih yang telah ditumbuk dan ditampalkan di tempat bermasalah.

7. Daun sirih juga dilayurkan di atas api dan di tampal kepada payu dara untuk mengurangkan bengkak payu dara atau bengkak susu.  Malah untuk payu dara yang terlalu banyak susu yang keluar teknik ini turut digunakan.

8. Untuk mereka yang menghadapi masalah Gusi lemah,  Gusi berdarah,  bau mulut,  nafas busuk dan penyakit berkaitan mulut,  gigi dan Gusi anda boleh berkumur dengan air rebusan daun sirih atau Ramasan daun sirih.

9. Air rebusan daun sirih juga turut boleh diminum untuk mengurangkan bau badan dan masalah kulit serta masalah kewanitaan. Malah air rebusan daun sirih turut dipercayai mampu menyembuhkan penyakit auto imun.

10. Daun sirih turut digunakan sebagai antara ramuan jamu tradisional untuk wanita.  Ramuan daun sirih,  ibu kunyit,  asam jawa dan gula kabung antara jamu ringkas yang mudah diamalkan.

11. Untuk memastikan daun sirih kekal segar anda harus merendam daun sirih didalam air untuk lebih tahan lama.

Untuk Resepi jamu Homemade Ringkas campuran daun sirih sila rujuk link di bawah

Jamu Homemade Ringkas untuk wanita

Semoga informasi ini bermanfaat untuk anda.


Terima kasih.



Ahad, 5 Februari 2017

16 Khasiat dan Kegunaan Akar Beluru atau Akar Sintok


Akar beluru atau Akar sintok seikat rm5
 Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Ibu saya pernah bercerita mengenai akar beluru yang berbuih dan boleh dibuat sebagai pencuci pakaian. 

Ketika zaman ibu saya kecil akar beluru yang berbuih itu digunakan untuk mencuci pakaian. 

Semalam, saya akhirnya mengenali akar beluru dan berjaya mendapatkan ia dengan harga Rm5 seikat.  Untuk info saya membaca di Google di pasar siti khadijah,  Kota Bharu akar sintok atau beluru ini dijual seikat dengan harga hanya RM1.

Akar beluru atau Akar sintok direndam dalam air panas atau air sejuk
Dari pembacaan saya di Google, ini info yang saya dapati mengenai kegunaan akar beluru atau Akar sintok ini:-

1. Akar beluru ini sesuai dijadikan sebagai mandian untuk mereka yang menghadapi sakit kulit.  Harus ditegaskan disini jangan pula anda gunakan di tempat kulit yang luka. 

2. Akar beluru ini telah diguna lama dahulu sebagai mandian dan sabun oleh nenek moyang kita sebelum kehadiran sabun malah ada sesetengah masyarakat yang masih menggunakan ia sebagai sabun badan. 

3. Akar beluru terkenal sebagai syampu rambut.  Ia menghilangkan kelemumur dan menjadikan rambut hitam berkilat. 

4. Ketika anda menggunakan akar beluru sebagai syampu pastikan ia jangan terkena bahagian mata, kerana ia dipercayai boleh memedihkan mata. 

5. Saya ada terbaca akar beluru yang di rebus dan direndam juga boleh digunakan untuk perawatan wanita.  Saya tidak berani menggunakan ia untuk perawatan wanita termasuk minum air rendaman akar beluru atau sintok ini selagi tidak mendapat maklumat lanjut dari individu lebih arif. 

6. Akar beluru terkenal sebagai akar sintok di kawasan Utara dan sesetengah tempat yang lain.  Di Timur ia lebih dikenali sebagai akar beluru. 

7. Anda perlu merendam akar beluru dan meramas akar beluru sehingga keluar buih sebelum menggunakan ia. 

8. Pada hari ini didalam rancangan Nasi Lemak Kopi O,  di bahagian jemputan ustaz mengenai pengurusan jenazah,  ustaz itu memberitahu akar beluru atau Akar sintok turut digunakan dalam mandian jenazah selain daun bidara.

Hampas akar beluru yang telah digunakan boleh diulang pakai berkali-kali sebagai ganti berus kaki dan kuku 

9. Saya telah menggunakan akar beluru sebagai mandian dan syampu pertama kali untuk hari ini.  Rambut saya terasa bersih.  Saya turut menggunakan hampas kering akar beluru sebagai loofah ketika mandi. 

10.  Jika teknik 'dry brushing' menggunakan berus dan loofah yang dibuat daripada petola kering,  untuk menjimatkan kos, 2 dalam 1 akar beluru ini juga boleh digunakan sebagai loofah selain sebagai syampu rambut dan badan. 

11. Hanya gosokkan sahaja akar beluru yang direndam didalam air di bahagian tumit dan bahagian tubuh lain secara lembut. 

12. Akar beluru atau Akar sintok juga adalah antara bahan dalam syampu Babydoll PRODUK Zai's Beauty Formula. 

13. Pastikan anda membuat 'pacth tech'  terlebih dahulu untuk memastikan akar beluru ini sesuai untuk kulit dan tubuh anda.

14. Selain syampu rambut anda juga boleh menggunakan air akar beluru sebagai pengganti sabun termasuk sabun tangan dan di isi di dalam botol semburan kecil.

15. Ramas-ramaskan akar beluru didalam air selepas direndam dalam 2 jam sehingga berbuih dan baru ia sesuai digunakan sebagai sabun atau syampu.

16. Akar beluru yang telah digunakan juga boleh dijadikan sebagai berus tubuh sebagai ganti loofah-sponge di tubuh bagi membangunkan menanggapi sel kulit mati,  stretch Mark,  selulit dan parut di tubuh.  Anda boleh terus menyimpan akar beluru yang telah digunakan dan guna ia kembali sebagai berus di bahagian kaki anda termasuk bahagian kuku. 

17. Selain itu akar beluru juga digunakan dalama perubatan untuk penyakit kulit termasuk penyakit ' ludah jin '.

18. Akar beluru juga amat sesuai untuk merawat kegatalan kulit kepala dan kelemumur.

Semoga info ini bermanfaat untuk anda pencinta bahan semula jadi. 

Terima kasih. 





Jumaat, 3 Februari 2017

Perbezaan Manna ( Gam Arab) dan Luban (Kemenyan Arab)



Manna dan luban

Assalammualaikum dan salam sejahtera .

Salam Jumaat yang berkah.

Seiring ditanya adakah Luban dan Manna benda yang sama,  oleh mereka yang masih keliru,  saya simpulkan perbezaan antara Manna dan Luban di dalam artikel ini. 

Sila lihat perbezaan bentuk Manna dan Luban dalam gambar di atas dan di bawah. 

Luban juga dikenali sebagai kemenyan Arab dan Manna yang lebih dikenali sebagai gam Arab 
Luban turut dikenali sebagai kemenyan Arab.  Ia juga dikenali sebagai gula-gula getah Arab. 

Jika anda pegang Luban ia terasa seperti kenyal-kenyal.  Rasanya pahit bila dikunyah dan seperti gula-gula getah ketika dikunyah. 

Manna  yang lebih dikenali sebagai gam Arab berwarna putih jernih ke coklat gelap bergantung kepada gred.  Gred yang lebih bagus mestilah berwarna putih pucat atau jernih. 

Lebih cerah warna gam Arab atau Manna dikatakan lebih tinggi gred dan bagus. 

Manna diperbuat dari getah pokok dan berbentuk kristal.  Anda perlu merendam gam Arab ini dahulu sebelum menikmatinya.  Jika anda gigit ketulan gam Arab ini agak tidak sesuai kerana gam Arab ini keras dan boleh melekat di gigi anda. 

Luban di sebelah kiri.  Manna di sebelah kanan. 
Luban lebih berbentuk seperti getah dan Manna lebih berbentuk kepada kristal

Manna terkenal untuk kesihatan usus.  Ia adalah antara sumber prebiotik terbaik yang tinggi serat.

Manna amat bagus untuk kesihatan usus dan kulit.

Luban amat terkenal untuk kesihatan minda dan saraf.

Seperti Manna,  anda juga boleh merendam Luban jika anda malas mengunyah Luban seperti gula-gula getah.

Manna lebih bagus dan tinggi khasiat jika direndam kerana terbentuk probiotik jika ia direndam semalaman.

Luban lebih digalakkan dikunyah berbanding direndam dan diminum.

Untuk khasiat Luban dan Manna sila rujuk artikel dan link di bawah :-

Khasiat Manna atau Gam Arab

Khasiat dan Kebaikan Luban atau Kemenyan Arab

Semoga artikel ini membantu anda.


Terima kasih







Biarlah..


Semakin dewasa.. Semakin anda malas untuk berbahas

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Suatu waktu dahulu,  saya seorang 'fighter'.  Suka menegakkan pendapat saya yang saya yakin betul. 

Berada di zaman persekolahan sebagai wakil sekolah untuk syarahan dan perbahasan,  saya kerap muncul sebagai johan. 

Itulah perangai yang saya bawa sehingga masuk usia 20an. Sentiasa berbalah untuk membuktikan pendapat saya adalah betul. 

Seiring usia saya faham,  berbalah itu tidak ke mana. 
Raikan pendapat,  walau mungkin terang-terang anda yang betul. 
Suatu waktu dulu,  saya amat mengagumi cara sayidina Umar Al Khatab yang agak keras. 
Maklumlah perwatakan saya agak keras. 
Saya ingin selalu menang dan amat sukar untuk mengalah. 

Seiring usia dan pengalaman hidup. 
Melihat setiap hujah, komen,  status di Facebook dan media sosial,  saya semakin sedar manusia tidak akan menerima sesuatu itu dengan mudah sehingga mereka sendiri berlapang dada dan mencarinya. 

Tidak semestinya kita rasa kita betul semua dan condem mereka yang tidak sealiran dengan kita. 

Pendekatan keras atau memaksa adalah cara paling salah dan tidak relevan lagi digunakan. 

Baru saya faham,  mengapa Rasulullah SAW terkenal dengan akhlak dan peribadi yang indah sehingga melayan orang kafir dengan baik sehingga kematian baginda dan bagaimana orang kafir tersebut akhirnya memeluk islam. 

Keindahan menjadi pengikut tetap seseorang dan Blog mahu pun Facebook akan terencat apabila ada ayat dan status negatif yang seolah menyalahkan insan lain dan memaksa insan lain menerima hanya anda yang betul. 

Amat berbeza cara mendidik dan cara menyampaikan ilmu dengan cara paksaan dan tekanan. 

Suatu waktu dulu banyak perkara asas saya terlepas pandang. 

Mengapa digalakkan anda menanam sendiri. 
Mengapa digalakkan menikmati real food. 
Kenapa anda harus membaca label?. 
Kenapa Allah mendatangkan dugaan? 
Mengapa jangan tolak sesuatu itu bulat bulat? 
Kenapa kena Raikan perbezaan pendapat? 
Mengapa ke kadang tidak perlu cakap apa apa,  dan lebih baik diam dari memberi pendapat sendiri? 

Saya belajar satu perkara bahawa apabila saya tidak terjerumus dengan perbalahan pendapat,  emosi saya tenang dan saya gembira. 

Saya belajar dengan tidak mengomen apa-apa produk orang lain gunakan dan apa-apa yang orang lain makan saya jauh lagi gembira. 

Saya belajar kekal dengan pendirian saya dan saya langsung tidak berbalah dan pendirian itu kekal kuat pada diri saya. 

Saya juga belajar masa yang lama akan memberi jawapan apa yang anda pilih itu adalah yang terbaik atau tidak. 

Berhenti berbalah.  Manusia hanya ingin baca dan suka apa yang mereka suka dan tahu. 

Saya juga begitu suatu waktu dahulu. 

Cakaplah apa sahaja saya tidak akan terima. 

Banyak perkara yang perlu dipelajari dari asas. 

Ia memerlukan masa yang lama untuk mengkaji,  membaca dan fokus. 

Mereka yang sibuk dengan pekerjaan dan aktiviti harian tidak punya waktu membelek beribu artikel dan Blog,  kajian demi kajian kecuali mereka benar benar berminat dengannya. 

Tulis sahaja apa yang anda ingin tulis,  jangan mengutuk atau mengkaji sesiapa. 

Sama ada pasangan pilihan,  kehidupan pilihan,  makanan pilihan,  produk pilihan dan sebagainya. 

Hanya tulis Info berkaitan yang baik baik bukan yang mengeji dan negatif. 

Iklan hari ini bukan memburuk-burukkan sesiapa atau pesaing. 

Berubahlah dan hormati pilihan insan lain yang mungkin masih belum diberi hidayah dalam sesetengah ilmu. 

Ingatlah kita dahulu mungkin lebih teruk dari mereka dan mungkin akan datang mereka jauh lebih baik dari kita. 

Hidayah dari Allah bukan dari orang seperti kita. 

Jangan memaksa individu lain menerima apa yang tidak ingin mereka terima.


Terima kasih. 




Khamis, 2 Februari 2017

SALAM ULANG TAHUN KE 4


Imej Google pertama saya juga berusia 4 tahun selari usia Blog pertama penulisan saya ini
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Mula mengatur jari jemari menaip dan menulis di Blog ini pada 2 Februari 2013, empat tahun dahulu,  alhamdulillah Blog ini kekal aktif sehingga kini. 

Bukan mudah mencari idea untuk ditulis,  lebih lebih lagi saya agak sukar mendapatkan gambar yang cantik dan menarik. 

Tiada support atau sokongan yang boleh diharapkan melainkan diri sendiri dan ilmu serta izin dari Allah SWT. 

Bermula dengan tulisan perkongsian tempat Makan Best,  perkongsian tentang cinta,  khasiat dan pelbagai lagi artikel termasuk motivasi,  akhirnya Allah memberikan hadiah istimewa untuk saya dalam menjalani proses topical steroid withdrawal sekaligus menambahkan lagi sumber idea untuk penulisan pengalaman di Blog tercinta ini. 

Seiring usia dan kemajuan Internet dan dunia teknologi media sosial,  saya insyallah akan terus menulis perkongsian ilmu dan pengalaman hidup serta informasi yang lebih terkini dan terbuka untuk di kongsi bersama. 

 Blog pertama saya ini lebih bersifat peribadi,  sekaligus memudahkan urusan menulis artikel mengikut isi hati dan asas asal penulisan Blog ini. 

Bermula hanya tagline 'Journey Of Fear &  Joy'  kemudian bertukar kepada 'walk in my stilettos',  kini tagline 'Keep Walking'  menjadi tagline blog ini seiring segala artikel info, kuasa media sosial,  ilmu bermanfaat dan motivasi yang bakal di kongsi bersama. 

Tagline 'keep walking'  bermaksud teruskan berjalan atau jalan terus. 

Ada beberapa perkara yang perlu anda abaikan,  atau lupakan juga belajar darinya tetapi anda harus terus berjalan untuk sampai ke arah tujuan anda. 

Semoga dari hari ke hari Blog ini akan terus memberi manfaat dan dilawati serta di gemari oleh ramai pembaca dan peminat di seluruh dunia. 

Semoga saya juga diberi kesihatan dan idea menarik yang bagus dan bermanfaat untuk di kongsi di Blog ini.

Doakan.

Di kesempatan ini,  saya mengucapkan jutaan taan terima kasih atas segala sokongan dan minat anda melayari Blog ini,  akhirnya Satu Juta paparan telah dilepasi oleh Blog ini sebelum Blog ini berusia 4 tahun. 

Sejujurnya saya sendiri agak kurang yakin Blog ini boleh melepasi angka 1 juta paparan sebelum ia genap berusia 4 tahun.  Terima kasih berjuta kali lagi. 


Terima kasih. 


Rabu, 1 Februari 2017

Skrub Teh Rooibos


Original Body Scrub dan campuran teh rooibos
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Jika anda menghadapi masalah kulit sama ada ekzema,  psoriasis,  panau,  jerawat,  alahan dan sebagainya,  mengurangkan atau menjauhi penggunaan bahan kimia amatlah di syorkan. 

Teh Rooibos adalah antara bahan yang sering digunakan sebagai mandian untuk pesakit dan penghidap ekzema atau yang masih mengharungi proses pemberhentian krim steroid atau topical steroid withdraw (TSW). 

Saya ada menulis kebaikan dan khasiat teh rooibos khususnya untuk kulit dan detoks di artikel di link di bawah 


Teh Rooibos kebiasaannya di rebus dahulu kemudian air rebusan akan digunakan sebagai mandian bagi pesakit ekzema sama ada untuk golongan dewasa mahupun  kanak-kanak. 

Hampas teh Rooibos juga sesuai sebagai rawatan Skrub dalam mandian pesakit ekzema dan pesakit kulit lain. 

Teh Rooibos turut diamalkan oleh mereka yang menghadapi masalah kulit,  juga bagi mereka yang menjaga kesihatan. 

Teh Rooibos tidak mengandungi kafein ia adalah pengganti yang bagus untuk teh hitam berkafein dan mereka yang menghadapi masalah toleransi kepada kafein. 

Jika anda peminum dan pengemar teh Rooibos,  anda kini boleh menambah hampas teh Rooibos yang telah digunakan itu kedalam bancuhan Original Body Scrub anda.

Jika anda tidak mempunyai teh Rooibos ini,  jangan risau,  anda boleh dapatkan teh Rooibos ini di farmasi berdekatan dan juga pasaraya berhampiran anda.

Original Body Scrub untuk Pelbagai Masalah kulit
Jika menikmati teh Rooibos,  kebiasaannya saya tidak akan membuang hampas teh ini.

Sebaliknya saya menjadikan teh Rooibos sebagai Skrub mandian saya.

Ada waktunya saya menambahkan hampas teh Rooibos ini kedalam bancuhan Original Body Scrub keluaran saya sendiri.

Tidak perlu risau,  anda boleh menggunakan bancuhan ini pada bila-bila masa.

Hanya simpan bancuhan ini didalam peti sejuk selama mana anda kehendaki.

Untuk anda yang tidak punyai peti sejuk.

Bancuhan ini tahan 2-3 hari di luar.

Skrub dengan tambahan teh Rooibos ini berfungsi mengurangkan toksin didalam tubuh,  berfungsi untuk detoks luaran dengan syarat anda harus belajar mengurangkan bahan kimia dalam produk penjagaan tubuh anda selain menjaga pemakanan yang lebih sihat.

Sepanjang berurusan dengan mereka yang menghadapi masalah kulit Skrub ini dan campuran teh Rooibos amat bagus dalam mengurangkan kegatalan dan parut serta masalah kulit ekzema dan masalah kulit lain.

Malah Skrub ini juga turut membantu mengurangkan bau badan.

Untuk maklumat lanjut mengenai original Body Skrub ini anda boleh membaca pelbagai maklumat dan cara guna skrub ini di bawah label Skrub di Blog ini (pastikan anda menggunakan paparan desktop).

Pembelian sila what app

KHADEEJA di 016 276 2636

Original Body Scrub ialah produk home made dan 100% Dari Bahan Semulajadi.

Terima kasih.






Berubah atau PUPUS?


Realiti yang semakin ketara
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Realiti yang terus menghantui.  Seiring zaman dan teknologi,  saya mahu pun anda dalam usia saya atau mereka yang lebih muda harus akui,  di zaman akan datang 10 ke 20 tahun lagi teknologi akan mengambil alih 80% perniagaan dan perhubungan sosial. 

Malah ketika ini jika anda adalah selepas gen Z yang berusia awal 20an, pasaran perniagaan melalui Internet dan media sosial juga syarikat start up akan menggunakan teknologi Internet sebagai capaian untuk perniagaan masing-masing.

Lihat ia dari sudut positif 


Untuk masa ini kaedah veteran F2F (face to face)  masih berdaya saing di kalangan golongan 30an dan 40an serta golongan lebih awal. 

Golongan 30an dan ke atas masih mengamalkan cara membeli belah face to face,  sibuk menjalani kehidupan kerjaya dan masih suka membeli belah atau melabur secara offline iaitu face to face.  Berdepan dan minum kopi serta berbincang sesama sendiri. 

Google yang masih mendominasi
Malah golongan usia 30an ke atas ini masih terus ke klinik dan ke hospital untuk berjumpa doktor walaupun mengalami demam sedikit atau suhu badan naik sedikit. 

Berbeza bagi golongan yang dibesarkan zaman teknologi.  

Golongan seusia Mark Zuckerberg. 

Golongan dari generasi geng Z dan ke bawah. 

Dikatakan pada masa akan datang bersiap sedia untuk Pelbagai jawatan dan pekerjaan di dunia yang bakal luput. 

Ia akan di dominasi oleh media sosial dan teknologi Internet. 

Status Facebook beliau harus diakui

Terima hakikat.  Berubah sebelum terlewat. 

Kuasa media sosial dan Internet bukan lagi perkara main main. 

Hanya satu klik banyak perkara yang anda akan dapati. 

Bermain Facebook hari ini bukan lagi untuk suka--suka untuk anda hanya memaparkan aktiviti harian atau tempat meluah perasaan. 

Hanya mereka yang bijak menggunakan teknologi ini akan ke depan dengan membawa berjuta folower bersama sekaligus mencipta jenama diri sendiri. 

Realiti yang bakal diterima. 

Pelbagai jawatan pekerjaan pada masa akan datang yang bakal tidak lagi wujud bukan perkara enteng untuk mereka yang berada dalam pekerjaan ini mengambil ringan. 

Selain perunding kewangan,  doktor,  peguam dan pelbagai kerjaya profesional yang tergugat anda tetap mampu mengatasi masalah yang mungkin timbul dari cara anda melihat masa depan pada hari ini. 

Mengimbau pengalaman saya sendiri,  saya amat percaya dengan kajian ini. 

Pelanggan elit dan berilmu yang saya jumpa malah ada yang lebih arif mengenai pelaburan dan kewangan berbanding mereka dalam bidang kewangan sendiri. 

Sahabat saya yang merupakan peguam syariah pernah mengajar saya bagaimana seorang ibu yang menghadapi cabaran tidak cukup budget untuk mengupah peguam untuk mewakili beliau berlawan kes hak penjagaan anak. 

Ibu itu sendiri menjadi 'peguam'  atau wakil peguam di hadapan hakim untuk berlawan dalam kes hak penjagaan anak itu sendiri. (kes ini juga terpakai untuk si bapa jika si bapa juga tidak cukup budget). 

Borang-borang dan filing atau proses buka fail dilakukan oleh sahabat saya iaitu peguam syariah untuk kes ibu tersebut dengan bayaran hanya untuk proses itu sahaja. 

Maklumlah ada beberapa borang yang lebih sesuai diuruskan oleh peguam yang lebih tahu selok belok mengisi borang dan dokumen yang lebih lengkap. 

Untuk info,  saya punyai kawan ibu tunggal yang mengisi borang segala sendiri kerana kekurangan budget tapi jika anda punyai lebih budget saya lebih galakkan anda gunakan perkhidmatan peguam dalam proses ini. 

Percayalah banyak benda yang anda boleh lakukan jika kaya ilmu.. Kaya pengalaman dan berani berhadapan dengan risiko. 

Pastikan risiko itu boleh dikira dan diserap jika anda ingin mengambil risiko yang tinggi. 

Keberanian akan datang jika anda cukup ilmu. 

Jangan berani hanya kerana ego tetapi banyak perkara baik dan buruk anda tidak pernah membuat kajian dan meminta pendapat. 

Saya serahkan artikel ini untuk anda berfikir sendiri. 

Usah buang masa dengan perkara tidak berfaedah yang lebih kepada menunjuk-nunjuk dan menarik perhatian. 

Tukarkan niat mencari perhatian kepada memberi lebih perhatian dan lebih masa pada perkara yang akan membantu anda ketika anda susah dan menghadapi masalah.

Iaitu Ilmu dan kemudian anda boleh bertawakal. 

Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda. 

Kongsi kan maklumat ini untuk mereka yang memerlukan info ini terutama mereka yang sedang menghadapi masalah hak penjagaan anak anak dan masih pening kepala mengenai budget dan sebagainya. 


Terima kasih. 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...