Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.
Ramai individu di dunia ini mendengar nama bitcoin, namun tidak pernah tahu cara sebenar membelinya terutama di Malaysia.
Lebih dikesalkan lagi terbit pelbagai skim Bitcoin di Malaysia yang disasarkan kepada mereka yang meminati pelaburan dengan menjual nama bitcoin. Untuk maklumat anda, Bitcoin tidak mempunyai apa-apa skim. Untuk lebih mudah jika anda tidak ingin bersusah payah mencari dan mengoogle maklumat bitcoin dan hanya ingin menyimpan sebagai pelaburan masa hadapan, anda hanya perlu mendaftarkan akaun LUNO sahaja. Semudah ABC. Pendaftaran akaun LUNO ini turut boleh di buat hanya dihujung jari menggunakan telefon bimbit anda sendiri. Hanya download aplikasi LUNO dan mula membuat pendaftaran diri anda. Aplikasi LUNO ini turut di iktiraf oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Saya sertakan artikel mengenai LUNO di link ini untuk rujukan anda LUNO - APLIKASI SELAMAT UNTUK PELABURAN BITCOIN.
Selain Luno, applikasi lain yang di percayai seluruh dunia untuk jual beli wang kripto atau digital ialah BINANCE dan REMITANO. Buat masa ini Binance dan Remitano tiada dalam kelulusan pihak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, namun bagi pemain kripto atau mata wang digital berpengalaman, aplikasi dan platform Binance dan Remitano ini adalah lubuk pelaburan mata wang digital bagi mereka.
Luno hanya menyediakan 4 jenis wang kripto utama iaitu Bitcoin, Ethereum, Ripple dan Lite Coin. Sedangkan Remitano dan Binance menyediakan lebih banyak mata wang kripto yang lebih murah selain bitcoin dan lebih agresif, amat sesuai bagi pelabur intraday dan jangka pendek.
Jika anda ingin membeli bitcoin, ethereum, ripple dan lite coin, saya mengesyorkan supaya gunakan sahaja platform atau exchanger LUNO. Jika anda berminat dengan alt coin yang lebih agresif dan memberikan pulangan yang lebih banyak berbanding kenaikan bitcoin dan ethereum anda boleh membeli alt coin di remitano dan binance.
Harus ditegaskan disini bahawa Binance tidak menyediakan apa-apa skim BITCOIN. Saya membaca dan mendengar beberapa gosip yang digunakan oleh beberapa orang atau sindiket yang menjual skim bitcoin melalui Binance. Binance ialah exchanger. Ia adalah untuk pembelian dan jualan wang digital. Selain Binance dan Remitano terdapat beratus lagi exchanger cryptocurrency di dunia ini, namun pilihlah yang betul-betul established untuk kemudahan anda di masa hadapan.
Disini saya sertakan video bagaimana membeli Alt Coin di Remitano untuk kemudahan anda. Cara pembelian dan jualan di Binance akan saya usahakan dalam waktu terdekat ini dalam bentuk video.
Anda boleh melihat video bagaimana membeli mata wang digital / alt coin di Remitano di video di bawah
1 ulasan:
facebook,com
Catat Ulasan