Selasa, 23 Oktober 2018

KOPI HITAM ALA ITALIAN ESPRESSO LEBIH SIHAT UNTUK ANDA CUBA


Kopi jenama The House Of Robert Timss yang terkenal semenjak tahun 1951
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Sebelum ini telah dipaparkan mengenai kopi jenama The House of Robert Timms di artikel kopi yang lebih lembut dan dibakar tidak terlalu hitam serta lebih sihat di bawah tajuk Pilihan Kopi Yang Dibakar lembut dan Kurang Hitam serta lebih Sihat.

Kopi dari seleksi 'Royal Special' itu lebih light atau lembut dan kurang hitam sekadar berwarna coklat berbanding kopi dari seleksi ' Italian Espresso Style' ini yang lebih dibakar lama sehingga berwarna hitam pekat.

100% kopi arabica, tiada kerisauan mengenai campuran marjerin atau garam mahupun gula
Bagi pengemar kopi terutama black coffee atau kopi hitam pasti akan menyukai ' Italian Espresso Style' dari jenama The House Of Robert Timms ini.

Ia betul-betul rasa kopi kaw dengan aroma kopi yang cukup kuat.  Pengemar kopi hitam harus mencuba kopi expresso ala Itali ini yang boleh dibeli di Jaya Grocer atau pasaraya terpilih.

dibakar dengan lebih warna hitam bagi pengemar kopi hitam
Untuk info kopi yang dibakar lebih lama akan memberikan rasa yang lebih kaw dan warna yang jauh lebih gelap, namun lebih lama sesuatu makanan itu dibakar maka semakin berisiko untuk makanan itu lebih tinggi kandungan akrilamida (acrylamide). Bahan akrilamida ini adalah bahan yang tidak bagus untuk kesihatan, namun dikatakan kerana kopi tinggi antioksidan maka, akrilamida ini tidak memberi kesan yang teruk seperti makanan berkanji atau berkarbohidrat yang di bakar.

Kopi dikatakan lebih berkhasiat diminum bersama gula asli seperti gula kabung atau pun madu asli, berbanding di minum kosong tanpa gula. Terdapat pendapat berbeza mengenai campuran minyak sihat seperti minyak kelapa dara atau lemak sihat seperti mentega asli dalam kopi. Ada satu pendapat mengatakan lebih sihat dan ada pendapat lain mengatakan ia mengurangkan kandungan antioksidan didalam kopi. Namun bagi pengamal diet ketogenic mereka percaya minum kopi bersama minyak kelapa dara atau mentega asli akan membantu dalam proses ketosis sekaligus mengurangkan berat badan.

Untuk rasa kopi yang lebih sihat anda boleh menambah kulit kayu manis atau bunga lawang mahupun campuran luban (kemenyan arab) untuk tambahan khasiat.

Semoga artikel ini memberi anda pilihan untuk kopi seterusnya anda cuba dan membantu anda.


Terima kasih.




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...