Assalamualaikum wbt
dan salam sejahtera.
Makanan bergoreng
adalah makanan paling popular di kalangan masyarakat melayu khususnya.
Bayangkan berpuluh
tahun kita dihidangkan dengan masakan bergoreng dari pagi seperti nasi goreng,
cekodok goreng, ubi goreng, pisang goreng, karipap, temosa, ikan goreng, roti
telur, kerepek dan segala yang bergoreng.
Jika 50 tahun lampau
dahulu, masyarakat melayu menggunakan minyak kelapa tanak untuk mengoreng dan
tentu sekali minyak kelapa ini bukan refine atau diproses, asli dalam segala
proses. Berbanding dizaman ini kebanyakan minyak adalah dikilangkan dan ia
adalah produk minyak refine atau proses yang lansung tidak sihat digunakan
hatta ia minyak kelapa atau minyak kelapa sawit sekali pun, kecuali ia homemade
atau tertulis unrefined.
Makanan bergoreng ini
tidak terhad atas penggunaan minyak kelapa sawit yang dikatakan jauh stabil
berbanding minyak jagung atau minyak bunga matahari juga minyak sayuran lain.
Isunya makanan bergoreng tidak sihat terutama jika ia membabitkan makanan berkanji dan mengandungi gula seperti ubi, kentang, pisang dan pelbagai makanan kanji lain.
Selain itu suhu gorengan itu juga menjadi isu dimana selain melibatkan ‘smoke point’, perubahan warna minyak, ia juga mengakibatkan terbentuk satu bahan toksid dikenali dengan nama akrilamida (acrylamide). Akrilamida ini terbentuk apabila makanan digoreng atau dipanaskan melebihi suhu 120c.
Akrilamida yang
bertoksid ini dikatakan boleh memberikan kesan ketapa kesihatan termasuk risiko
kanser. Malah makanan bergoreng yang terendam lama (deep fry) lebih memburukkan
kandungan akrilamida didalam makanan tersebut.
Kajian dilakukan
menunjukkan akrilamida ini paling banyak dalam makanan berkanji berbanding
makanan berprotein yang digoreng. Selain itu jangka masa gorengan, suhu dan
jenis minyak turut mempengaruhi kandungan akrilamida ini. Minyak yang digunakan berulang kali juga
meningkatkan kandungan akrilamida ini termasuk makanan yang digoreng dua kali
seperti ikan goreng semalam, kemudian digoreng sekali lagi termasuk keropok
lekor, pisang goreng, kentang goreng dan apa sahaja yang digoreng.
Bahaya akrilamida
ini, ia mudah diserap oleh tubuh kerana size zarah akrilamida ini yang kecil
dan terus disebarkan ke pelbagai organ tubuh termasuk hati, jantung dan buah
pinggang.
Antara makanan yang
tinggi akrilamida yang harus dielakkan dan dikurangkan ialah pisang goreng,
cekodok pisang, kentang goreng, cakoi , ubi goreng dan makanan berkanji lain.
Makanan berprotein seperti ayam, daging atau ikan goreng tidak menunjukkan
kandungan akrilamida yang tinggi seperti makanan berkanji dan mengandungi gula
seperti pisang, ubi atau kentang.
Menggunakan air fryer
turut membantu mengurangkan kandungan penggunaan minyak yang banyak dalam
mengoreng deep fry. Namun adalah disyorkan supaya penggunaan air fryer ini
dikurangkan atas sebab-sebab tertentu yang akan ditulis dalam artikel akan
datang.
Selain itu bertukar kepada minyak kelapa atau minyak kelapa sawit yang lebih tahan suhu tinggi. Elakkan minyak sayur-sayuran dalam mengoreng yang sebenarnya antara punca masalah kerandangan dalam tubuh. JIka anda mampu buat sendiri minyak kelapa tanak, minyak unrefined adalah jauh lebih sihat berbanding minyak refine di pasaran.
Malah jenama minyak kelapa popular yang digunakan kebanyakan golongan yang berdiet sihat, sebenarnya juga adalah produk refine yang juga memberi kesan tidak baik kepada tubuh dalam jangka masa panjang.
Pilih dan amal cara
masak yang lebih sihat seperti rebus atau kukus, kurangkan makanan gorengan
dalam pemakanan seharian.
Menikmati lebih
banyak sayur-sayuran dan buah-buahan turut membantu meningkatkan antioksidan
dalam tubuh sekaligus membantu melawan keradangan dan radikal bebas. Pastikan
jika anda terpaksa atau mengidam menikmati makanan bergoreng ia disertakan dengan
bahan antioksidan seperti ulam-ulaman dan buah-buahan.
Semoga artikel ini
memberi manfaaat dan membantu anda.
Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan