Jumaat, 19 Oktober 2018

12 Khasiat dan Kebaikan Minyak Kelapa Sawit Merah @ Red Palm Oil Untuk Kesihatan Anda


SUNNO antara jenama minyak kelapa sawit merah yang dipercayai asli 100%
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Di dunia ini, kita sering diketengahkan dengan pelbagai kebaikan minyak. Sama ada minyak zaitun, minyak avocado, minyak argan, minyak pati, minyak biji anggur dan pelbagai minyak lagi. 

Jika sebelum ini, kita amat biasa mendengar dan menggunakan minyak kelapa sawit untuk memasak dan mengoreng. Namun kita jarang mendengar mengenai minyak kelapa sawit merah.

Dalam tahun 2013, Doktor Oz dalam rancangan beliau memperkenalkan minyak kelapa sawit merah. Bagi Doktor Oz, minyak kelapa sawit merah ini membantu dalam mengurangkan lemak tidak baik dalam tubuh dan melancarkan perjalanan darah. Ketika itu minyak kelapa sawit merah langsung tidak dikenali tidak seperti hari ini, di mana di luar negara, khususnya Eropah, minyak kelapa sawit merah ini semakin mendapat tempat di hati mereka yang mementingkan kesihatan.

Jika minyak sawit yang biasa kita gunakan berwarna kuning cair, minyak kelapa sawit merah berwarna merah sesuai dengan namanya.

pastikan anda memilih minyak kelapa sawit merah yang mengandungi 100% minyak sawit merah asli
Terdapat pelbagai Khasiat dan Kebaikan Minyak Kelapa Sawit Merah @ Red Palm Oil untuk kesihatan kecantikan .

Antara 12 Khasiat dan Kebaikan Minyak Kelapa Sawit Merah ialah :-

1. Minyak kelapa sawit merah mengandungi asid lemak dan mikronutrien penting yang larut dalam lemak seperti karotenoid (termasuk pro vitamin A) lebih 15x ganda dari lobak merah. Asid lemak ini penting untuk membina membran setiap sel dalam badan termasuk tulang, saraf dan otak. Karotenoid pula terkenal penting untuk kesihatan mata, antioksidan yang kuat, mengurangkan risiko kanser, melindungi jantung dan katarak, malah dikatakan karotenoid ini turut membantu melindungi tubuh dan kulit daripada panahan matahari dari dalam tubuh lagi. Selain lobak merah, karatoneid ini turut terdapat dalam buah tomato namun tidak terdapat dalam minyak sawit biasa.

2. Minyak kelapa sawit merah juga mengandungi Vitamin D, Vitamin E dan Vitamin K. Selain itu kandungan mikronutrein membantu memastikan se-sel tubuh sihat dan berfungsi dengan baik.

penerangan ringkas khasiat karoten
3. Minyak kelapa sawit merah ini turut membantu dalam mengurangi risiko strok serta membantu menyembuhkan strok kernaa ia mengandungi vitamin E TOKOTRIENOL.


4. Bagi mereka yang menghadapi isu kegemukan dan masalah lemak jahat, minyak kelapa sawit merah ini dikatakan turut membantu melambatkan keupayaan badan membentuk sel lemak baru serta membunuh sel lemak sedia ada, dengan wujudnya vitamin E tokotrienol dalam minyak kelapa sawit merah ini.

5. Minyak kelapa sawit merah juga antara sumber makanan anti radang. Tubuh yang berjaya melawan kerandangan dan kurang kerandangan akan mewujudkan tubuh yang sihat dan awet muda. Sekaligus minyak kelapa sawit merah ini juga membantu anda kelihatan muda jika terus mengamalkan dengan diet yang sihat.

6. Terdapat kajian yang menunjukkan potensi minyak kelapa sawit merah dalam menghalang sel kanser payudara dari merebak, maka minyak kelapa sawit merah ini tentu sekali sesuai diamalkan oleh kaum wanita khususnya.

7. Bagi mereka yang sering mengamalkan makanan bergoreng dalam diet seharian, sewajarnya minyak kelapa sawit merah juga menjadi amalan, kerana dipercayai minyak kelapa sawit merah ini boleh mengurangkan risiko kesihatan dari makanan bergoreng dan trans fat.

8. Minyak kelapa sawit merah turut digalakkan diamal dalam diet ibu mengandung dan menyusukan bayi kerana ia dipercayai membantu dalam meransang perkembangan otak janin yang dikandung dan meningkatkan kandungan vitamin A dalam susu ibu yang menyusukan bayi sebanyak dua ke tiga kali ganda.

9. Karotena dalah nutrien penting dan akan menukar vitamin A dalam tubuh manusia. Kekurangan vitamin A akan menyebabkan isu rabun dan, kerosakan mata yang lebih serius, kelemahan tulang, kurang daya tahan tubuh dan kelembapan mental. Karotena memerlukan minyak untuk membentuk vitamin A dalam tubuh manusia. Keisitimewaan minyak kelapa sawit merah ia dapat membantu menukarkan karotena menjadi vitamin A.

10.  Minyak kelapa sawit merah juga merupakan minyak yang paling tinggi kandungan vitamin E berbanding minyak sayuran lain.


11. Minyak kelapa sawit merah juga turut membantu mereka yang menghadapi masalah kulit dan masalah rambut . Minyak kelapa sawit merah membantu menyuburkan rambut dan kulit dari dalam.

12. Minyak kelapa sawit merah turut dikatakan membantu menurunkan kadar kolesterol dalam tubuh, sesetengah individu atau golongan namun turut menyebabkan kenaikan kolesterol bagi individu lain atau golongan lain. Maka adalah disyorkan untuk individu yang mengalami isu kolesterol berhati-hati dalam pengamalan minyak kelapa sawit merah ini.


Selamat mencuba minyak kelapa sawit merah yang dijual di pasaran dalam linkungan harga RM30 sebotol.


Semoga artikel ini membantu anda.

Terima kasih.



1 ulasan:

Unknown berkata...

kolestrol tinggi boleh amalkan minyak ni tak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...