Restoran FizoMawar Kitchen |
Ini adalah sambungan artikel Part 1 Tempat Makan Best Di Bangi :- restoran Kelisa Corner di link di bawah
Tempat Sarapan Best Di Bangi.
Setelah bersarapan pagi di Restoran Kelisa Corner dan bermain main di Cat Signature and Studio Cafe.
Saya, kakak saya dan anak saudara saya memutuskan untuk menikmati hidangan masakan Thailand di restoran pelakon dan pengacara terkenal Fizo Omar dan Mawar Fareeda yang terletak di seksyen 8.
Pintu masuk restoran FizoMawar Kitchen |
Restoran FizoMawar Kitchen yang terkenal ini amat mudah di jumpai.
Ia terletak di jalan utama di seksyen 8 Bandar Baru Bangi.
Dinding restoran FizoMawar Kitchen yang memaparkan wajah pemilik restoran |
Ini adalah kali pertama saya menikmati hidangan di restoran ini.
Kakak saya dan anak saudara saya sudah 2 kali menikmati makanan disini.
Kusyuk memilih hidangan |
Selain hidangan Thailand, hidangan barat seperti burger dan oblong serta fun fries turut terdapat disini.
Berikut antara menu yang sempat saya snap dalam menu hidangan yang di tawarkan di restoran FizoMawar Kitchen ini.
Antara Menu pilihan di Restoran FizoMawar Kitchen |
Tom Yam Thailand |
Menu hidangan tengah hari menarik |
Antara Menu menarik di restoran FizoMawar Kitchen |
Maggi ketam turut terdapat di sini |
Menu hidangan Thailand menarik |
Antara Menu mesti cuba |
Menu masakan barat |
Minuman pilihan Irfan |
Minuman pilihan kami |
Air minuman disini dikategorikan okay dan boleh tahan.
Nasi ayam goreng bijan pilihan kakak saya dan Irfan |
Nasi dan ayam goreng bijan disini digoreng enak dan rangup. Memang sedap.
Menu ini memang saya syorkan untuk anda selain harganya yang berpatutan.
Daging bakar serai |
Memang sedap dan terasa halia dan limau purut nya.
Daging bakar disini di masak menggunakan daging tempatan segar dan dibakar menggunakan arang.
Istimewa sos daging yang sedap ini ia ialah sos beras bakar yang sungguh enak.
Saya menyukai masakan ini.
Harga daging bakar tom yam dan nasi putih di kira asing.
Berbanding ayam goreng bijan yang ditawarkan satu set.
Menikmati hidangan |
Puas menikmati hidangan disini.
Perkhidmatan di restoran ini juga cepat dan pantas.
Restoran ini juga bersih dan hiasan juga ringkas dan menawan.
Ruang restoran di hias ala Thailand |
Suasana dan susun atur meja |
Kaunter bayaran |
Masa untuk membayar |
Ruang restoran yang luas |
Masa untuk pulang setelah selesai menikmati hidangan |
Jika anda mencari masakan enak sesuai citarasa Melayu dan Thailand.
Restoran FizoMawar Kitchen amat disyorkan.
Terima kasih.
4 ulasan:
hehehe balik bangi tak pernah lagi singgah sini.. lalu je singgahnya tidak hehe..
lea singgah sini.. done follow sis.. 😀
Lepas ni leh la singgah. Hehehe
Terima kasih sudi singgah. Baru lawat dan follow ur Blog.
Catat Ulasan