Selasa, 17 November 2015

TIDAK GUNA BAJA KIMIA

pisang emas yang lemak dan manis , hasil tanaman belakang rumah oleh ibu saya

Alhamdulillah 3 minggu lepas, saya berpeluang menikmati hasil tanaman ibu saya di kampung iaitu pisang emas yang cukup lemak dan manis.

Sungguh beruntung mereka yang mempunyai tanah walau sekangkang kera, lebih -lebih lagi jika tanah itu tidak dibiarkan terbiar dan di tanam walau hanya sebatang pokok.

Zaman moden dan mencabar ini, terlalu sukar untuk mendapatkan tanaman atau buah-buahan yang tidak mengandungi racun atau karbait.

Saya adalah penggemar buah pisang. Sama ada di makan sahaja, di buat pengat, goreng pisang atau cekodok. Dalam seminggu 2 hingga 3 kali saya akan membeli pisang sama ada di buat sebagai masakan atau di nikmati mentah.

Ayah saya juga penggemar buah pisang semenjak muda sehingga kini. Setiap hari buah pisang adalah buah wajib beliau untuk di nikmati.

Alhamdulillah sehingga kini ayah saya masih sihat dan tidak punya sebarang penyakit walau tentu sekali kebanyakan buah pisang itu di beli oleh ayah saya di gerai buah dan di pasaraya.

Berbalik kepada hobi atau kelebihan menanam buah-buahan atau tanaman sendiri.

Walau jiran-jiran atau satu waktu dulu ibu saya pernah menanam dan rajin membeli baja kimia yang di jual merata-rata di pasar malam atau nursery.

Tetapi dengan wujudnya saya sebagai anak pertama yang tidak menyokong penggunaan baja kimia dengan penanaman sendiri.

Saya sama sekali tidak membenarkan ibu saya menggunakan baja kimia lagi pada setiap tanaman beliau.

Mana mungkin sebuah pokok atau tanaman itu menjadi tanaman organik jika baja kimia yang di gunakan.

Ia, memang satu bonus menanam sendiri tanpa semburan racun, tetapi baja kimia tetap bagi saya adalah kimia.

Ia adalah bonus sebenar jika tanaman itu tanpa baja kimia dan hanya menggunakan baja organik, sama ada dari bancuhan roti atau makanan terbuang mahu pun air teh atau air basuhan beras janji ia bukan baja kimia.

Bukan murah untuk saya mendapatkan sayur organik di kedai organik. Malah saya kini amat jarang sekali menikmati sayur organik kerana kos budget yang semakin meningkat. Selain saya kini berjimat cermat tanpa perlu memandu kereta ke pejabat dengan menumpang adik saya sahaja, kecuali jika saya memerlukan kereta untuk temujanji atau sebagainya.

Seiring zaman yang memerlukan penjimatan yang tinggi, saya kini meletakkan sayuran dalam diet saya hanya di restoran yang menghidangkan pelbagai masakan sayuran kampung sama ada pucuk paku, lemak nangka , lemak labu atau sebagainya. 

Ia sayuran jenis ini jauh lebih murah dari sayur campur seperti brokoli, lobak merah dan sebagainya yang bagi saya jauh lebih tinggi racun dari sayuran seperti pucuk paku, ulam-ulaman, nangka muda atau pun sayur labu.

Walau ia sebenarnya bukan menu kegemaran saya, tetapi , seiring belajar mengenai diet yang lebih sihat saya mewajibkan diri sendiri memilih menu yang kaya sayuran dan tentu sekali bukan sayur-sayuran yang terdiri dari "dirty dozen".

Ia, tidak punyai budget untuk sayur organik bukan alasan untuk anda tidak mencari alternatif lain yang juga baik untuk tubuh anda.

Mujur restoran atau kedai makanan kegemaran saya menghidangkan pelbagai menu sehingga ia menjadi tempat dan restoran kegemaran nombor satu saya untuk makan tengah hari.

Paling penting mungkin kerana saya kini pelanggan tetap restoran ini, caj untuk makanan yang saya ambil kekal murah dan amat berbaloi.

Cukup setakat ini perkongsian saya. Jika anda juga bercucuk tanam, cuba elakkan menggunakan baja kimia. 

Tentu anda akan lebih berbangga jika hasil tanaman anda adalah organik 100%. Cubalah. Cabar diri anda untuk membuat sesuatu yang tidak pernah anda buat.

Tentu anda akan tahu, siapa paling anda cintai dalam hidup anda.

Cintai diri anda dulu sebelum anda belajar mencintai insan lain terutama jika anda seorang yang masih single.

Salam sayang dari saya.

Terima kasih.






2 ulasan:

Siti Yang Menaip berkata...

bestnya.. berbakti pada tanah.. insyallah ada hasilnya =)

Deeja berkata...

Alhamdulillah. Sedap & gembira rasa bila makan tanaman sndiri ni 😃

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...