Rabu, 18 November 2015

10 KEBAIKAN MANDIAN GARAM EPSOM

EPSOM SALTS HANYA BERHARGA KURANG DARI RM5 UNTUK 250GRAM

Pernahkah anda mendengar atau tahu mengenai GARAM EPSOM @ EPSOM SALT?.

Pernah mencuba atau mendengar mandian GARAM EPSOM @ EPSOM SALT?..

Ini adalah antara mandian DETOKS paling popular kini.

Hanya guna sahaja sepeket garam EPSOM SALT dan masukkan ke dalam tab mandi atau hanya 2 ke 3 sudu garam epsom ke dalam besen mandian anda dan mandi sahaja dengan air campuran garam ini.

Mandian ini akan membantu membuang toksin di dalam tubuh anda sekaligus membantu menjadikan tubuh anda lebih sihat.

Berikut adalah antara kebaikan dan khasiat mandian EPSOM SALT :-


1. Membantu meningkatkan pengedaran darah dan mengurangkan degupan jantung yang tidak teratur sekaligus meningkat kesihatan jantung yang lebih baik.

2. Turut membantu mengurangkan pengerasan arteri, mengurangkan risiko pembekuan darah dan turut membantu menurunkan tekanan darah, amat bagus untuk mandian pesakit darah tinggi.

3. Amalan ini turut membantu keupayaan tubuh menggunakan insulin sekaligus mengurangkan kesakitan penyakit kencing manis.

4. Membantu membuang toksin dan logam berat yang berada di dalam sel tubuh, mengurangkan sakit otot sekaligus membantu tubuh membuang segala bahan kumuh yang merbahaya yang terdapat di dalam tubuh.

5. Turut membantu fungsi saraf di dalam tubuh dan kekurangan magnesium di dalam badan. Magnesium adalah penting bagi mengekalkan tahap kalsium yang betul di dalam darah.

6. Membantu meredakan  tekanan dan stress. 

7. Mengurangkan keradangan dan membantu mengurangkan penyakit ekzema.

8. Amat bagus sebagai mandian bagi golongan dewasa , tua dan bayi kerana mandian ini turut membantu penyerapan nutrien ke dalam tubuh.

9. Ramai antara penduduk dunia kini menghadapi kekurangan magnesium di dalam tubuh. Mandian GARAM EPSOM ATAU EPSOM SALT ini turut membantu menambahkan magnesium di dalam tubuh.

10. Turut membantu menambahkan oksigen di dalam tubuh sekaligus mengurangkan penyakit migrain atau sakit kepala.

Tunggu apa lagi. Anda boleh membeli dan mendapatkan EPSOM SALT di mana-mana farmasi berdekatan anda. Harga GARAM EPSOM ATAU EPSOM SALT yang murah tentu sekali menjimatkan budget anda dari membeli barangan detoks yang jauh lebih mahal.

Selamat mencuba.

Terima kasih.





12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

buang toksin? tak betul tu..epsom salt ni utk melegakan ketegangan dlm badan aje..selalu athlete guna utk rendam kaki/badan..spa byk juga guna epsom salt, tu sebab dtgnya pelbagai iklan tambahan oleh spa2 ni..nak jual product, mulut kena manis..tak gitu? so tak pyh percaya laa..toksin sentiasa ada dlm badan kerana makanan sendiri bersifat toksin..hari2 kita makan, so toksin mmg tak boleh buang..detox patch la apa la, itu semuanya tipu..detox patch tu hanya bertindakbalas dgn suhu sahaja akan menghitam..cer test letak detox patch tu pada wap air panas..jgn jadi rakyat Msia yg senang ditipu ye..asal org jual aje product utk kesihatan, rakyat Msia menggelupur nak beli tanpa ilmu ttg kebaikan/dongengan/etc product tersebut..contoh, spirulina la, shaklee la, herbalife la..tak bermakna pun utk kita rakyat msia yg cukup vitamin dlm badan akibat cukup makan, cukup segalanya..nak ditambah buat apa? bukan boleh diserap badan pun..akhirnya keluar semula jadi air kencing/najis..nasib tak baik, kandungan logam berat dlm pil2 penipu semua ni terpendap dlm pundi kencing, lama2 jadi batu karang..tak pasal2 aje..itu baru batu karang, belum lagi penyakit2 lain..yg tukang jual kaya raya, yg tukang beli dah lah berhabis duit, dpt sakit lak lagi..sekian ceramah hari ni..hehe..jgn amek hati ye :)

Deeja berkata...

Banyak pendapat dan kajian terbaru tentang epsom salt. Malah anak-anak ekzema serta pesalit ekzema telah menunjukkan perubahan ketara dengan mandian epsom salt termasuk anak-anak yang demam. Wallahualam.

Nurul berkata...

Spirulina,shaklee,herbalife tu semua makanan tambahan .nak ambil bole Tak ambil tiada masalah.hak sendirian berhad.Tapi rasanya takperlulah nak kondem produk orang .

lramadyati berkata...

Sya nk tyn man nk beli garam epsom tu... sy tinggal area pkln.chepa

Tanpa Nama berkata...

iramadyati
di watson, guardian, farmasi besar2 ada jual

Deeja berkata...

Tqvm tolong jawabkan.

Jia Ying berkata...

pengetahuan tu perlu ..xcuba mne tau..sy mkn byk n semakin hari semakin gemok tanpa amik supplements..n penah amalkn senaman..keperluan supplements sgt penting pe ..selepas sy amal kn supplement byk improvement pd diri sy n kulit..kalo kte xmkn xpe la tp xyah la ckp tipu..jgn tipu diri sendiri ler..org yg xmkn pape tu yg byk penyakit berbanding org yg amik supplements..

Nona's Handmade Brooch berkata...

Saya guna epsom salt dlm mandian. Kulit cantik licin dan lembut.skrng umur 33thn 😍😍😍

Deeja berkata...

Wah.. Bagus Epsom salt nk even ekzema memang elok guna.

Deeja berkata...

Supplement memang kena tengok bahan dan cara proses. Tidak semua Supplement tu bagus.

Mohd Nasir berkata...

Tindak balas terhadap tubuh tak sama,begitu juga kekuatan tubuh terhadap penyakit,jadi sama2lah berusaha dan jangan lup berdoa agar mendapat kebaikan yg dihajati,semoga berjaya,insyallah.

Deeja berkata...

setuju. Ada individu jogging pun tak sesuai, jalan kaki je sesuai untuk exercise, ramai tak faham basic thing ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...