Ahad, 13 April 2014

Kucing Kurap yang bertukar Kucing Manja Comel - Snowwy my baby... (kucing kesayanganku)


Assalammualaikum wbt...


i ringkaskan sahaja entry ini ye..kisah ini berlaku pada tahun 2012 (2 tahun lepas). Actually inilah snowwy , kucing kesayangan saya.. semua adik beradiknya mati kerana terkena jangkitan kurap.. alhamdulillah snowwy yang tinggal selamat dan sehinga kini masih hidup... kebetulan nak dijadikan cerita.. .ketika i balik ke kampung i... hanya snowwy sahaja yang tinggal ketika itu... itu pun memang penyakit kurapnya sudah teruk... Actually i memang ingin bawa snowwy ke klinik haiwan berdekatan.. tetapi kerana ada kes sebelum ini.... seekor anak kucing kami yang dibawa ke klinik haiwan, kerana demam, tetapi lepas 3 hari berada diklinik dan kami bawa balik, anak kucing itu terlalu teruk kurus dan sakit.. selepas beberapa jam anak kucing itu mati.. so kami serik untuk membawa anak kucing kami dirawat ke klinik (klinik haiwan private terkenal) itu lagi.. jadi nak tak nak.. .i hanya google mencari petua untuk merawat kurap snowwy dan pergi membeli ubat sahaja di kedai haiwan....

serius teruk penyakit kurap snowwy ketika kecil

Sebagai tuan yang menyayangi kucing.. tentulah sedih melihat anak kucing manja kesayangan kena kurap, tergaru-garu tidak boleh tidur, tak lena tidur.. sampai menitik air mata ye... i puas isi minyak gamat (google pengalaman pencinta kucing lain), sembur ubat antiseptik (yang bau kunyit tapi bau ubat ni serius kuat, lepas tu macam panas atau pedih, nampak sangat snowwy mengelepur kepedihan.. so mana sampai hati tengok ye....).. dan syampu kurap yang paling mahal lagi i beli.... tetapi kurap snowwy tetap tidak sembuh.. sedih sungguh hati ini ye.. .dah lah snowwy tu walau berkurap tetap nak duduk  dekat orang... i jenis tak sampai hati.. terpaksa tidur juga dengan snowwy walau seram juga jika terberjangkit kurap... tapi kalau dah sayang kucing... tidur sajalah.. tapi alhamdulillah tidak berjangkit dengan i.. kerana i memang sapu aloe vera (lidah buaya) fresh lagi dari pokok dekat lengan i dan muka.. sebagai pelindung.. dari pagi.. sampai nak tidur.. .kira beberapa kalilah... so, i selamat dari jangkitan kurap.. syukur alhamdulillah...

walau berkurap tetap rajin membersihkan diri


serius teruk yang amat sangat kurapnya... dan snowwy semakin kurus kering dan cengkung

keadaan snowwy yang semakin teruk dan badannya pun semakin cengkung

Oleh kerana i pun sudah tidak sanggup lagi melihat penderitaan snowwy... walaupun di tentang oleh my mum.. takut snowwy mati.. lepas pergi klinik haiwan seperti terjadi kepada anak kucing kami teddy yang demamnya sikit tapi gatal tetap pi hantar klinik sampai masuk wad 3 hari.. bayar beratus-ratus tapi keluar sahaja tak sampai sejam mati... , i tetap nekad untuk menghantar snowwy ke klinik haiwan private lain... biarlah klinik haiwan ini tidak se"glamer" klinik haiwan sebelum ini. .janji i hope snowwy sembuh.... puas jugak berdoa.. bertawakal segala.. tak sanggup rasa kehilanggan snowwy anak manja i ini.... dengan penuh kecekalan. .i pun menghantar snowwy ke klinik haiwan berkenaan... dugaan sekali lagi.. ubat snowwy ialah ubat makan.. dan setiap lepas satu minggu, ubat snowwy kena ikut berapa berat badan snowwy.. so i kena pergi ke klinik haiwan tersebut selama 3 minggu.. sanggup i ulang alik dari Kuala Lumpur dan Kuantan.. demi untuk memastikan kesihatan kucing manja i ini. .selain ubat makan untuk snowwy (yang diberi hanya untuk seminggu penggunaan.. dan minggu berikut kena datang lagi dan di tambah lagi sukatan mengikut berat... -ubat snowwy jenis cecair makan yang menggunakan picagari)... doctor turut membekalkan sekali syampu yang snowwy kena mandi 2hari sehari atau kerap...

snowwy semakin pulih.. dan kurap mulai hilang

alhamdulillah snowwy makin menunjukkan kesihatan yang baik





Alhamdulillah.. setelah i bersungguh-sungguh pergi klinik mengubati snowwy. .dengan doa dan tawakal.. siap benarkan doctor cukur bulu snowwy lagi ye. .bcoz doctor siap bagi krim anti kurap juga untuk memastikan kucing kesayangan i ini sembuh.. ingat lagi cakap doktor klinik yang i pergi tu..." hati-hati boleh berjangkit ye kurap itu dengan awak". .bila melihat i asyik peluk snowwy didada dan snowwy tak lepas-lepaskan i....


snowwy semakin sihat.. bulu semakin kembang dan membesar menjadi kucing yang comel

Alhamdulillah Allah akhirnya mengabulkan doa i.. snowwy membesar dengan bulu yang cukup tebal dan gebu.. comel sekali.... tapi permulaan mata snowwy menjadi juling (efek ubat) tetapi setelah 3 bulan matanya kembali normal. .bulat biru dan besar..... 

Inilah tentang snowwy kucing manja, anak manja kesayangan saya... yang dulunya suka duduk ditidur didalam rumah.. paling manja...tetapi sekarang suka merayap mencari kucing betina.. jika i tiada di kampung i di Kuantan, berhari-hari la snowwy menghilang mencari kucing betina kot.. tetapi bila i balik Kuantan, pandai sungguh snowwy duduk rumah berlakon dan berperangai baik sesangat.. kucing oh kucing....  Paling best... setiap pagi dalam pukul 4am-5am snowwy akan mengiau dari tingkap bilik saya untuk saya membuka tingkap dan dia ingin makan.. i tidak perlukan alarm clock ye... kerana snowwy akan menjadi alarm untuk kejutkan saya bangun pagi.... i luv snowwy very much... 


snowwy membesar comel dan gebu.. comel sesangat dan manja serta cerdik

Bagi anda yang mempunyai kucing yang sakit.. berkurap atau apa sahaja.. berlajarlah menghargai dan menyayangi kucing anda.. janganlah kerana sakit dan takut berjangkit anda buang sahaja kucing anda dimana-mana anda suka... try untuk ubat kucing anda.. .jika tidak ada duit pun.. anda boleh menggunakan belerang untuk mengubati kucing anda (i baca dalam google, tapi tidak pernah buat dekat snowwy)... sayangilah kucing anda.. kerana kasih sayang dan perhatian kita insyalah membantu memulihkan kucing kita... siapa lagi lah yang kucing anda harapkan untuk tolong ubati mereka jika bukan tuan mereka.. dan siapa lagi yang kucing anda nak menumpang kasih jika bukan anda... jika anda sebagai tuan kucing pun tidak sayang kucing anda.. apa lagilah orang lain ye....hehehe jangan asyik nak kucing lawoo comel sihat sahaja ye... kucing adalah anugerah terindah... yang paling bernilai... tidak sia-sia menyayangi binatang kesayangan Rasullah SAW , nabi kita ini.....

Terima kasih kerana membaca entry ini. .salam sayang dari saya.. luv!!! muahhhhzz!!!



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...