Selasa, 1 April 2014

Khasiat Roselle




air roselle yang direbus oleh i.. tqvm to my frenz , wan atas roselle ini-- actually roselle arab bersaiz jauh lebih besar dari roselle jenis ini

Sebelum meneruskan sambungan entry tempat makan best... saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang tumbuhan menakjubkan ini...

Jika anda mempunyai masalah kencing kotor... kekurangan vitamin C dan mahukan kulit yang cantik dan antibodi yang kuat... anda boleh cuba dari sekarang mengamalkan minuman roselle semulajadi ini... Pokok roselle ini amat mudah ditanam walaupun didalam pasu, so rasanya tiada alasan untuk anda tidak menanamnya lebih-lebih lagi selepas anda membaca khasiat-khasiat yang banyak pada tanaman roselle ini...

Jika anda perasan kebanyakan produk stemcell dan kolagen pasti antara bahan-bahannya adalah roselle...  so, jika anda mahukan khasiat terus dan semulajadi... sila rajin-rajin amalkan air rebusan roselel segar...

Roselle ialah antara buah yang agak popular dan sering dijadikan sebagai air minuman kordial. Buah ini juga amat berkhasiat untuk segenap lapisan umur khususnya dalam proses penjagaan kesihatan dan sebagai pencegah dari sebarang jangkitan kuman yang menyerang tubuh manusia.
Kini, tanaman ini dilihat mempunyai peluang dan potensi yang besar untuk dikembangkan menjadi tanaman industri selain meningkatkan sumber ekonomi. Di Sudan, Roselle diproses untuk dijadikan minuman tradisional yang dinamakan Karkadeh minuman kebangsaan orang Sudan.


Roselle merupakan satu tumbuhan herba semulajadi yang mengandungi kandungan vitamin C, mineral dan serat.
Roselle juga mengandungi pelbagai vitamin seperti vitamin D, B1 dan B2. Selain vitamin, ia juga mengandungi hampir 486mg kalsium, iaitu jumlah yang cukup banyak serta mengandungi Magnesium, Beta-Carotene dan OMEGA-3 serta Antioksidan.
Ramai saintis percaya bahawa  pengambilan Roselle akan melambatkan proses penuaan dan mencegah penyakit kronik kerana ia menghadkan kerosakan yang dilakukan oleh radikal bebas lantaran ia kaya dengan antioksidan.
Selain itu, ia juga mampu membantu meningkatkan daya ketahanan tubuh, mengatasi tekanan darah tinggi, mengandungi Flavonoid yang berfungsi sebagai antibiotik bagi membunuh kuman-kuman penyebab penyakit serta menjadi penyaring racun dalam tubuh.
Tambahan pula, Roselle juga mempunyai khasiat yang tinggi bagi mengubati penyakit-penyakit seperti:
Mencegah penyakit kardiovaskular.
Mencegah kanser
Demam panas/selesema.
Resdung (alergi) dan lelah (asma).
Stress/sukar tidur
Melancarkan peredaran darah
Mencegah peradangan pada salur kencing dan pembentukan batu karang
Mencegah penyakit jantung
Mengubati pening kepala/migraine 

****Roselle mengandungi kandungan vitamin C yang tinggi iaitu sebanyak 260-280 milligram bagi seuap 100gram roselle kering. Selain itu”setiap 1009 roselle segar mengandungi 2,85 ug vitamin D, 0.04 mg vitamin 81,0.06 vitamin 82 dan 0.05 mg vitamin 92 kompleks.


So, apalagi lepas ini boleh cari roselle ye.. dan paling penting rebus dan minum roselle sebaiknya tanpa gula putih atau digantikan dengan gula perang atau gula batu. .tetapi lebih baik jika diminum begitu saja tanpa campuran manisan. 

Terima kasih kerana membaca entry ini.. salam sayang dari saya.. luv!!!

**** Saya dalam proses mengeluarkan produk makanan sendiri yang lebih kepada snek .. dipanggil CRUNCHY FLAKES.. Ia hanya berharga RM10, diperbuat dari flakes asli gred A, rempah-ratus, kekacang dan daun kari.. amat sesuai untuk anda yang diet. .malah amat digemari oleh semua golongan.. anak saudara saya juga menyukainya.... Jika anda berminat untuk membelinya .. just whatapp sahaja ke 0162762636.. ia adalah produk yang dibuat dan dipasarkan oleh saya sendiri... terima kasih....

harga pengenalan hanya RM10





CRUNCY FLAKES .. buatan saya... berminat hubungi dan whatapp saya, qadeeja 0162762636... tqvm



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...