Khamis, 3 April 2014

10 ALASAN KENAPA ANDA TIDAK PATUT KEMBALI KEPADA BEKAS KEKASIH

 

 

Actually ketika ini i patut berada di Kerteh, Terengganu ...tetapi kerana dugaan kecil menimpa i dipagi hari,  my car tyre tetiba pancit terkena paku.. so semua appointment dan schedule hari ini terpaksa di batalkan... so dengan mood yang agak "kureng" bagus di pagi hari ini. ..i ingin berkongsi 10 alasan kenapa anda tidak patut kembali kepada bekas kekasih anda.. so bagi sesiapa yang confuse sama ada ingin kembali kepada bekas kekasih anda atau tidak...mungkin 10 reason ini patut anda pertimbangkan..  so this is "10 REASON WHY YOU SHOULD NOT GET BACK WITH YOUR EX"

 

1. Dia pasti akan tinggalkan anda kembali ...

 

Hahaaha... mungkin ayat diatas amat kejam.. tapi inilah NO.1 reason yang pasti akan terjadi.. walau kelihatan EX anda begitu menginsafkan.... seolah-olah takkan mungkin mengulanginya lagi sampai bila-bila.. atau sanggup mati kerana anda... tapi reality is... sekali buat.. .biasanya pasti akan buat lagi...  pesan orang berilmu.. sekali kita dah termasuk lubang ular... pastikan tidak termasuk untuk kali ke2.


2. Hubungan cinta pasti tidak seindah dulu.. kerana kepercayaan makin menipis


Ia... mana mungkin  hubungan kalian akan sama seperti dulu... kalau pinggan dah retak.. manakan mungkin dapat dicantum balik seperti dulu...


3) Rakan-rakan dan ahli keluarga anda pasti kurang menyukai keputusan anda


Kebanyakan rakan dan ahli keluarga anda pasti tidak menyukai keputusan anda atau menyokong keputusan anda.. silap haribulan "kena kutuk dan perli depan-depan lagi" dan ada kes.. sanggup pula bertaruh anda akan ditinggalkan sekali lagi..... dan mula menjauhi anda...

 

4) Cinta baru anda jika dicari dan disemai insyaallah jauh lebih indah dari cinta lama.. malah anda akan dapat meluaskan lagi pergaulan dan pengalaman dengan insan baru.

 

Anggap saja peluang perpisahan anda berdua dengannya adalah "rezeki" tuhan bagi untuk anda bertemu dan bercinta dengan insan yang jauh lebih baik dari Ex anda... so rugi besar ye.. jika tidak diambil "rezeki" ini...

 

5) Nampak sangat anda tidak "laku" atau masih "tergila-gilakannya"

 

Actually walau anda dikelilingi oleh jutaan peminat sekali pun... ramai orang masuk meminang.. ajak kahwin sekali pun.. perkara itu tidak mencukupi untuk Ex anda atau orang sekeliling anda... untuk memandang anda seorang yang berkeyakinan tinggi atau berani melangkah jauh untuk hubungan baru yang lebih baik dan hidup lebih secure....

 

6 ) Anda mungkin hanya "pelepas sepi" Ex anda

 

Anda wajar memikirkan kemungkinan besar Ex anda merayu kembali kepada anda kerana dia kesunyian atau mungkin gf @ bf baru mereka sebenarnya meninggalkan mereka.... .so, untuk menghilangkan kesedihan Ex anda pun mencari anda....

 

7) Kekasih baru Ex anda tidak sehebat anda

 

Mungkin ketika mula-mula berkenalan.. EX anda merasakan betapa hebatnya kekasih baru mereka.. tetapi setelah lama bercinta baru Ex anda menyedari .. yang anda jauh lebih hebat dari kekasih baru mereka dan mungkin juga kerana menyedari anda mempunyai potensi untuk pergi jauh... biasalah orang zaman sekarang tidak kira jantinakan semua mahukan kesenangan.. hehhehehehe

 

8) Ex anda hanya ingin menguji anda

 

Kadang-kadang Ex anda hanya ingin menguji anda samaada anda masih menyintai mereka atau tidak.. yelah.. mana tahu walau apa pun yang Ex anda lakukan anda tetap tergila-gilakan mereka... so tentulah EX anda boleh berbangga bila bercerita kepada rakan-rakan dan keluarga betapa tergila-gilanya anda kepada EX anda...dan sekaligus memberitahu betapa besarnya "market" dan harga mereka...

 

9) Ingin membalas dendam kepada kekasih baru @ membuat kekasih baru cemburu

 

Perkara ini juga sering terjadi.. kadang-kadang anda hanya dijadikan alat untuk Ex anda untuk membalas dendam kepada kekasih baru..@  membuatkan kekasih baru cemburu.. yelah siapa tak sakit hati  @ cemburu jika tahu Ex @ bf kembali semula kepada Ex mereka... so sila berhati-hati ye...

 

10) Ini adalah Masa untuk memulakan hidup baru 

 

Jika anda kembali kepada Ex anda ... ia akan menutup peluang anda untuk memulakan hidup baru.. dan berkenalan dengan orang baru yang jauh lebih baik dari Ex anda...siapa yang tak nak mulakan hidup baru yang lebih indah???... so tinggalkan Ex anda.. dan cari lah insan baru yang berlambak-lambak single mingle di pasaran sekarang.... so please bangkit.. .dan carilah insan baru lain.. anda pasti tidak menyesal... heheheh

Terima kasih kerana membaca entry ini.. salam sayang dari saya... luv!!!!



4 ulasan:

Revorepublic berkata...

Sorry tetapi terlalu bnyak ayat2 assumptions dlm 10 Point di atas. Bagi saya, jika dah break-up, hanya ada 2 pilihan, tetapkn hati lupakan segalanya, ATAU buang ego tu utk perbaiki hubungan. Yg penting ialah jujur n ikhlas dalam 2 pilihan ni. -Adiputra Selamat

Qisya Khadeeja berkata...

Komen yang mbina. Terima kasih ats komen.

Unknown berkata...

Tolong bg idea macam maner nak lupa kan ex wife saya...dah hampir 2 thn saya bercerai...tapi masih jugak susah nak lupak kan ex wife saya....tq

Unknown berkata...

Tolong bg idea macam maner nak lupa kan ex wife saya...dah hampir 2 thn saya bercerai...tapi masih jugak susah nak lupak kan ex wife saya....tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...