Ahad, 13 April 2014

Kebaikan Cahaya Matahari






Assalammualaikum wbt...

Ketika seluruh negara dilanda musim panas... dan panahan matahari yang memancar-mancar... kali ini i ingin berkongsi kebaikan cahaya matahari kepada tubuh kita... actually i ni selalu kena cahaya matahari ye sekarang ini... coz asyik driving dan bekerja diluar...semoga entry ini mengubah perpektif sesetengah orang bahawa cahaya matahari ini banyak menghasilkan keburukan.... so berikut adalah kebaikan cahaya matahari :-


  • Antara kebaikan utamanya ialah membantu pertumbuhan setiap organisma hidup baik tumbuhan, haiwan mahupun manusia sendiri.
  • Pendedahan yang mencukupi kepada sinaran matahari boleh menyihatkan kulit dan mencantikkannya secara semulajadi.
  • Pendedahan berterusan pada kadar biasa dapat membina ketahanan kulit terhadap pancaran sinar ultra-ungu, jangkitan kulit mahupun kesan lecuran berbanding kulit yang tidak biasa terdedah kepada matahari.
  • Sinar ultra-ungu yang terkandung dalam cahaya matahari merupakan ejen pembunuh kuman semulajadi. Ia bertindak membunuh bakteria dan kuman yang hidup di udara dan setiap permukaan termasuk kulit kita. Pncaran matahari pada kadar yang berpatutan sangat baik untuk membantu pesakit kulit (bergantung atas nasihat doktor). Ia juga dapat menggalakkan pertumbuhan sel darah putih yang bertindak sebagai perisai tubuh dari serangan kuman dan penyakit. Oleh itu ia dianggap antara ejen penyembuh terbaik di dunia.
  • Cahaya matahari dapat merangsang selera makan dan memperbaiki sistem pencernaan dan metabolisma tubuh, selain meningkatkan penghasilan darah merah yang membawa oksigen di dalam tubuh kita.
  • Bukan saja kesan terhadap fizikal, sinaran matahari juga mempunyai faedah yang baik kepada mood dan psikologi manusia. Ia dapat merangsang penghasilan hormon endorfin dan serotonin yang memberi kesan baik kepada minda manusia.
  • Pendedahan kepada matahari pada waktu siang dapat membantu kita tidur dengan nyenyak pada waktu malam. Ini kerana otak dapat membezakan perubahan waktu dengan tepat seterusnya menjalankan fungsinya dengan lebih baik pada waktu malam.
  • CAHAYA MATAHARI JUGA MEMBANTU TUBUH KITA MENUKAR KOLESTROL KEPADA VITAMIN D. VITAMIN D SANGAT PENTING UNTUK PERTUMBUHAN TULANG YANG SIHAT, SELAIN PENGHASILANNYA DAPAT MENGURANGKAN JUMLAH KOLESTROL DALAM TUBUH KITA. 

segala maklumat ini saya dapati dan copy paste saja dari link ini http://mawarhanin.blogspot.com/2012/12/kebaikan-sinaran-matahari.html

Terima kasih kerana membaca entry ini. .salam sayang dari saya.. luv!! muahhhhzz!!!


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...