Selasa, 22 April 2014

Punching Bag



image from google...




Aku tidak tahu semakin dewasa aku semakin matured atau semakin lemah… jika satu waktu dulu.. aku sukar meluahkan perasaanku kepada orang… keresahan hatiku kepada insan lain…. Satu waktu dulu akulah “punching bag” untuk insan lain.. .tetapi sekarang aku bukan aku yang dulu.. aku mencari insan lain untuk menjadi my “punching bag”….

Betullah.. aku kena admit.. aku bukan sekuat setabah dan mungkin dulu aku lebih matured dari sekarang.. aku bukan seorang yang mengikut emosi . .tetapi mengikut kata hati… kadang-kadang aku rindukan diriku yang kuat dahulu.. yang tidak kira apa saja dugaan mendatang.. cabaran, pandangan orang lain.. aku tetap teruskan apa yang aku inginkan.. walau terpaksa berkorban masa jiwa dan raga….

Sekarang aku tahu betapa tidak matured dan tidak kuatnya aku.. kelakar bila difikirkan.. .. tidak pernah seumur hidup melepaskan geram dan tension kepada insan lain… hahahaha.. apatah lagi berlainan jantina… tidak sangka akhirnya aku melakukannya beberapa tahun kebelakangan ini.. malu pula difikirkan.. rupa-rupanya aku tidak setabah waktu dulu-dulu.. tempat seluruh kawan melepas rasa.. melepas masalah baik lelaki mahupun wanita… tidak sangka.. aku akan begini pada hari ini…

Well, hidup memang kena diteruskan….. aku doakan aku tidak tewas dan lemah lagi.. jika satu waktu maybe aku memerlukan punching bag untuk meluah rasa hati , ketidakpuasan hati , ketidak adilan.. rasanya…sedangkan “perkara” itu hanya menunjukkan kelemahan diri aku sendiri.. maybe aku lupa.. sebenarnya aku mempunyai Allah tempat aku meluah rasa.. yang sebenarnya tidak pernah penat mendengar apalagi memandang rendah aku yang banyak berdosa dan punya kelemahan ini.. .yang tidak pernah memandang aku lemah ketika aku meluahkan segala kesedihan dan rasa hati…

Sesekali aku terfikir…. Mungkin aku manusia biasa yang perlu melakukan kesalahan.. yang kadang-kadang memerlukan seseorang meluah rasa.. tapi aku tidak mahu terus melakukan kesilapan yang sama berulang kali.. hanya merasakan diri seorang yang punya masalah hati dan jiwa serta hidup sedangkan insan yang mendengar entah.. lebih teruk dugaannya dari aku… aku juga tidak mahu… hanya aku bersifat “selfish” sehingga tidak sedar insan lain juga mempunyai masalah sendiri.. penat dengan luahan hatiku.. malah kadang-kadang letih melayan aku… heheheheheh…

Untuk insan yang pernah aku ganggu… mesti penat melayan karenah ku.. mesti letih mendengar ceritaku yang berulang-ulang sama sahaja… mesti tak rela lagi bila aku mengangu… tidak kira walau anda my best frenz.. my bff.. or my punching bag… atau siapa sahaja.. tqvm kerana sudi mendengar luahan hatiku… cerita tentang aku… walau aku tahu setiap pandangan orang berbeza… setiap dari itu aku tetap respect… kerana jalan cerita dan pilihan hidup setiap orang adalah berbeza…. Aku takkan mungkin mudah menghukum kerana aku dah melalui fasa hidup yang pelbagai…. Jika aku kadang-kadang menghukummu tanpa disedari, maafkan aku…. Mungkin aku lupa.. perjalanan hidup kita berbeza.. pandangan juga berbeza… jadi.. maafkan aku….




Semoga hari-hari yang aku lalui tidak perlukan “punching bag” lagi… aku tidak mahu seperti budak-budak yang melepaskan geram kepada insan lain.. meluah rasa hati dan menunjuk kelemahan diri kepada insan lain.. yang kadang-kadang aku sendiri yakin jauh melalui dugaan hidup yang lebih hebat dari aku…. Ia.. mungkin aku tidak lagi mempunyai “punching bag” tapi aku punyai Allah… yang kekadang memang kerap aku lupakan…

Jika dulu, aku terfikir… jika “punching bag” aku sudah tidak mampu melayan “tumbukan” karenah ku… atau penat melayan karenahku.. sudah masanya untuk aku mencari “punching bag” lain… tetapi kini aku sedar.. aku kena belajar untuk tidak mempunyai “punching bag” belajar menguatkan diri sendiri. .tanpa melepaskannya kepada “punching bag”… well… aku tidak mahu terus hidup dengan bertukar ganti “punching bag”.. .. aku tidak punya modal yang banyak untuk itu (kerana modal itu sebenarnya amat mahal).. lagipun. .aku tidak mahu terlalu banyak koleksi punching bag yang akhirnya merosakkan tulang jemariku…. Aku perlukan jemari ini untuk menulis entry blog aku….. ;-)

Jika anda seperti aku.. yang kini memerlukan “punching bag” belajarlah.. untuk tidak melepaskan geram kepadanya dan menggunakannya… lebih baik anda meluahkan segala rasa kepada Allah dari meluahkan kepada “punching bag” anda… ingatlah… bukan kita sahaja yang punya masalah hati.. dugaan hati.. kesusahan hidup… ketidakpuasan hati… kadang-kadang kita tidak sedar.. punching bag kita pun kadang-kadang tidak larat melayan kita.. atau sudah terkoyak benangnya sedikit… (Punching bag bila dah terkoyak sedikit.. makin teruk koyaknya..)… Jalan penyelesaian mencari punching bag yang baru atau bertukar-tukar punching bag bukanlah idea yang baik.. belajarlah untuk menjadi kuat… lepaskan kemarahan dan kegeraman anda atau masalah anda @ ketidakpuasan anda kepada perkara yang memperkuatkan anda dan menguntungkan anda… kita masing-masing selalu ingin mencari tempat meluah rasa.. .tetapi kita lupa. .kadang-kadang cara itu hanya melemahkan kita lagi… bangun!... dan belajarlah.. untuk mengunakan jemari anda berzikir.. dari menumbuk “punching bag” atau melakukan sesuatu yang membawa keuntungan kepada anda… berbisnes… (yang anda sendiri tidak pernah terfikir untuk melakukan, walau bisnes kecilan).. menulis blog… memajukan lagi kerjaya anda… atau apa saja… mungkin satu hari.. .kita pula akan menjadi “punching bag” untuk orang lain.. tetapi make sure.. anda menjadi “punching bag” untuk sementara waktu… .kita tetap manusia ok….. jangan memenatkan anda sendiri…

Jika anda pernah menjadi “punching bag” terima kasih kerana sudi menjadi tempat luahan dan melepas geram kami… tapi make sure.. .jangan terus menjadi “puncing bag” untuk insan yang tidak sepatutnya…  dan tolonglah.. belajar hargai diri sendiri… jika anda ingin membantu “tuan” anda.. sesekali anda kena bagi mereka dewasa dan belajar menguatkan diri sendiri…

Bila kita tidak lagi menggunakan puncing bag.. .atau meninggalkan puncing bag bukan kerana kita mementingkan diri.. kadang-kadang.. .jika kita tidak meninggalkan untuk sementara waktu.. bagaimana kita ingin biasa untuk menguatkan diri tanpa punching bag?...  Rasanya “punching bag” yang baik tentu memahami tuannya.. tahu erti sayang dan berterima kasih kepada punching bagnya… malah kadang-kadang punching bag pun siap sujud syukur lagi ye… ;-)

Aku berharap dan berdoa.. bila masanya  aku meninggalkan my punching bag.. aku akan lebih Berjaya dan gembira lagi dengan cara aku sendiri.. walau bagaimana pun pengajaran dari my punching bag,  akan aku kenang dan respect untuk perjalanan hidup aku seterusnya… Perjalanan punching bag dan tuannya sure different.. tapi ada satu yang sama.. mereka hidup tentu untuk mencari bahagia dan mencapai impian…Tidak kira samaada anda tuan punching bag atau pun punching bag.. .aku mendoakan semoga hajat kita semua tercapai…. Ingatlah aku dalam doa mu…… selalu….

Terima kasih kerana membaca entry ini. … salam sayang dari saya… luv! Muahhhzzz!!!



U R SO LUCKY IF U'VE" PUNCHING BAG" LIKE THIS....





Tiada ulasan:

It's Me

Foto saya

BLOGPRENEUR.  

Pencinta,  penjual dan penghasil produk dari bahan Semulajadi. 

Pengalaman perbankan, insurans & takaful. 

Sedang berusaha mengamalkan diet lebih sihat dan ilmu dalam pemakanan serta kesihatan juga keusahawanan. 

Founder Crunchy Flakes by QK,  Original Body Scrub, Hair Gone, Carboness Powder & BLACK SCRUB. 

Sebarang pertanyaan atau jalinan kerjasama sila email ke

qisyakhadeeja@gmail.com


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...