Khamis, 22 Oktober 2015

BISNES CRUNCHY FLAKES SAYA

Crunchy Flakes By QK juga sungguh sesuai diletakkan di meja pejabat dan dinikmati pada bila-bila masa bersama minuman panas kegemaran anda


CRUNCHY FLAKES BY QK adalah produk pertama yang dihasilkan oleh saya sendiri. Hampir setahun saya menjual produk ini secara sampingan untuk belajar berniaga produk sendiri. Ia sampai bila saya harus fokus menjual produk syarikat lain semata-mata.

Produk CRUNCHY FLAKES BY QK ini saya hasilkan sendiri dengan menggunakan bahan-bahan bermutu :

1. Hanya emping jagung asli yang digunakan
Saya tidak menggunakan jenama emping jagung popular tapi tidak ranggup dan besar. Malah saya juga tidak membeli emping jagung di kedai bakery bagi memastikan hanya kualiti emping jagung terbaik dan terpilih sahaja yang digunakan.

2. Rempah ratus segar
Rempah ratus yang digunakan ialah rempah ratus segar yang tahan lama serta dari rempah terpilih

3. Lada kering segar
Saya hanya memilih lada kering merah berkilat dan bukan jenis berkedut. Harga lada kering sekilogram sekarang lebih dari RM20 sekilo. Saya memastikan hanya kualiti lada kering terbaik untuk mengelakkan bau tengik juga kerana saya menggalakkan pelanggan saya menikmati lada kering ini bagi tujuan membantu menguruskan berat badan dari menikmati makanan proses lain.

4. Kacang-kacang terpilih
Saya hanya menggunakan jenama kacang yang terpilih dan sedap. Jika anda merasai setiap kacang yang saya pilih semua kacang ini sungguh sedap , enak dan bermutu tinggi.

5. Pilihan 3 jenis kacang
Saya memasukkan 3 jenis kacang berkhasiat dalam resepi CRUNCHY FLAKES BY QK ini. Ini termasuk kacang tanah shandong (yang paling enak dan kos paling tinggi), kacang parang dan kacang pis hijau. Setiap kacang-kacang ini mempunyai khasiat sendiri dan pengemar kacang itu sendiri. Sekaligus mencukupkan keperluan menu jenis kacang itu sendiri. Warna hijau kacang pis, coklat kacang shandong dan kuning kacang parang. Bukankah warna pelbagai mempunyai khasiat yang pelbagai.

6. Daun kari segar
Saya menggunakan hanya daun kari yang dipetik segar dari pokok dan digoreng garing dengan minyak SAJI baru. Daun kari amat kaya khasiat. Menikmati 6-7 helai daun kari amat bagus untuk kesihatan tulang dan gigi anda. Banyak sekali khasiat daun kari ini. Ini kenapa alasan anda kena menikmati dan habiskan daun kari dalam resepi saya ini dengan menikmatinya dengan emping jagung atau kacang-kacang yang terdapat dalam resepi SNEK PREMIUM , CRUNCHY FLAKES BY QK ini. Saya ada menulis tentang khasiat daun kari di entry ini KHASIAT DAUN KARI

7. Jintan manis terpilih
Jintan manis digoreng garing bagi memudahkan anda menikmatinya. Khasiat dan kegunaan jintan manis dalam masakan bagi menyedapkan rasa masakan antara sebab saya meletakkan jintan manis antara ramuan utama resepi CRUNCHY FLAKES BY QK ini.

8. Menggunakan MINYAK GORENG jenama SAJI
Saya tidak menggunakan minyak peket atau minyak lama untuk mengoreng segala bahan-bahan yang terdapat dalam resepi istimewa CRUNCHY FLAKES BY QK ini. Semuanya menggunakan minyak kelapa sawit SAJI yang baru atau belum pernah digunakan. Ini bagi memastikan kesedapan juga agar kandungan toksid penggunaan minyak peket atau minyak lama di elakkan dalam menghasilkan ramuan dan SNEK PREMIUM BERMUTU TINGGI.

9. FRESHLY MADE/ DIBUAT ATAS PERMINTAAN
CRUNCHY FLAKES BY QK , kebiasaannya adalah di masak atau di buat bersandarkan atas permintaan untuk memastikan KESEGARAN SNEK PREMIUM ini. Rasa yang baru dibuat dan segar membezakan CRUNCHY FLAKES BY QK dengan produk snek lain. Ini bagi menjamin kualiti dan kepuasan mereka yang menjadi pelanggan dan pelanggan tetap  yang setia kepada produk ini.

10. Harga yang Berpatutan
Dengan kos bahan-bahan yang semakin meningkat naik. Saya sedaya upaya memastikan harga CRUNCHY FLAKES BY QK mampu dimiliki oleh semua pihak dan golongan termasuk pelajar. Sehingga hari ini, dengan kenaikan kos bahan-bahan , hanya sekali sahaja saya menaikkan harga produk ini iaitu dari RM10 ke RM11 walaupun kos kenaikan bahan-bahan sentiasa meningkat. Ini adalah bagi mengalakkan anda menikmati CRUNCHY FLAKES BY QK dan memperkenalkannya di pasaran.

Seiring masa saya berharap semoga produk CRUNCHY FLAKES BY QK akan terus maju, semakin bertambah pelanggan dan peminat dan terus disukai dan diminati  oleh semua golongan. Insyaallah.

Jika anda berminat untuk mendapatkan produk ini atau berminat ingin menjadi pengedar. Hubungi saya atau wassap dan telegram ke nombor berikut


KHADEEJA 016-276 2636

HARGA : RM11 SEBALANG

MINIMUN ORDER : 4 BALANG

KOS POS UNTUK 4 BALANG : RM10


Terima kasih.




Rabu, 21 Oktober 2015

10 KHASIAT KOKO YANG PERLU ANDA TAHU


antara serbuk koko yang popular di Malaysia - Van Houten Koko
pek paling kecil hanya berharga RM8 sahaja.
Oleh kerana kini saya sering menikmati minuman koko panas yang di tambah oat , selain minuman kopi dan teh. Artikel ini adalah bagi mereka yang mengemari koko sama ada didalam masakan seperti kek coklat atau minuman coklat panas kegemaran anda.

Ini adalah KHASIAT KOKO yang menarik untuk di kongsikan bersama :-

1. KOKO melambatkan penuaan ini kerana
Koko membantu mengurangkan kerosakan radikal kerana kandungan antioksida yang terdapat di dalam KOKO.

2. Menurut kajian yang dilakukan di Universiti Cornell, kepekatan antioksidan di dalam koko panas adalah tiga kali lebih kuat daripada teh hijau dan empat hingga lima kali lebih kuat daripada teh hitam.

3. Secawan koko panas mengandungi 611 miligram daripada sebatian fenolik setara asid Gallic (GAE) dan 564 miligram setara epicatechin flavonoid (ECE). Asid Gallic yang tinggi antioksidan digunakan untuk merawat pendarahan dalaman, albuminuria (dalam air kencing yang berkaitan dengan penyakit buah pinggang) dan kencing manis.

4. Flavonoid di dalam koko turut membantu mencegah dari darah membeku atau penyumbatan arteri darah. Flavonoid juga meningkatkan aliran oksigen di dalam darah dan otak sekaligus dikatakan boleh merawat sindrom demensia atau nyanyuk.
jangan tersilap  memilih koko asli - terdapat perbezaan ketara antara CACAO dan COCOA.
- imej diambil di google dan diedit oleh saya


5. Dikatakan bahawa penghadaman susu bertambah baik dengan adanya penambahan koko yang bertindak membantu mengubah susu beku di dalam perut.

6. Flavonoid yang tinggi di dalam koko iaitu epicatechin dikatakan amat berfaedah terhadap kesihatan kardiovaskular. Sekaligus ia membantu dalam mengurangkan risiko kencing manis, kolesterol., penyakit jantung dan risiko kanser kolon.

7. Terdapat juga kajian yang menyatakan bahawa koko juga berguna merawat penyakit saraf tridgeminal termasuk migrain dan gangguan temporomandibular sendi kerana koko mengandungi ramuan aktif secara biologi yang melegakan saraf yang mudah teransang.

8. Koko juga mengandungi polyphenols iaitu bahan anti radang yang menghalang enzim tertentu terus ke usus kecil yang boleh menyebabkan keradangan @ inflamasi.

9. Koko juga dikatakan boleh mengurangkan hormon stress kerana kekayaan antioksidan dan juga kandungan epicatechin yang menguatkan membran dan menghalang risiko penyakit bahaya lain.

10. Pastikan anda bijak memilih koko asli dan terbaik, dan bukan koko proses yang mengandungi trans lemak serta gula yang tinggi , malah membahayakan kesihatan.

Terdapat perbezaan jelas antara CACAO dan COCOA.  CACAO adalah koko asli yang sebenar. Ia ada dijual di kedai-kedai organik dan harganya berkali ganda lebih mahal dari COCOA. Koko campuran kebiasaannya jauh lebih murah dan boleh menyebabkan kenaikan berat badan.

Anda juga boleh membeli CACAO atau koko asli sebenar di website terkenal iherb.com.

Selamat menikmati KOKO Asli.


Terima kasih.

*** ini adalah antara jenama serbuk koko yang anda boleh fikirkan untuk pilihan anda

1,ANTARA JENAMA KOKO TERBAIK

2. KAKAO ATAU CACAO  ORGANIK YANG ENAK







Selasa, 20 Oktober 2015

BLOGGER : Akhirnya ...


proses mereka bentuk gambar bagi barisan penulis TSC- kerana pertukaran jumlah dan kategori penulis

Bukan mudah menjemput 10 penulis atau blogger dalam satu blog.

Jemputan yang pada mulanya di sambut, kemudian difikirkan kembali untuk 2-3 kali atau kesekian kalinya.

Saya bermula dengan menjemput penulis jemputan di blog ke 2 saya Wake Up & Be Awesome . Tetapi sebenarnya bukan mudah untuk mendapatkan penulis jemputan yang betul-betul berkualiti dan hampir dengan imej blog dan nieche blog yang dipersembahkan.

Proses BLOG KERJASAMA " THE SUCCESFUL CLUB " sebenarnya hanya mengambil masa 2 minggu sahaja.

Idea ini datang semenjak SEPTEMBER 2015 lagi, tetapi saya sendiri tidak tahu siapakah blogger yang ingin bekerjasama di dalam blog ini.

Ilham asal ialah 7 Blogger atau penulis tetap.  Tetapi melihat kepada objektif blog yang lebih luas 9 Blogger di jemput, dan disaat-saat akhir, akhirnya saya menjemput seorang lagi DOKTOR WANITA yang terkenal di kalangan group NAAE / EKZEMA MALAYSIA juga group TELEGRAM kesihatan yang saya sertai.

Dengan  cabaran mengumpulkan 10 orang penulis, tentu sekali THE SUCCESSFUL CLUB harus menyesuaikan keadaan setiap penulis tetap untuk memastikan artikel pertama disiarkan pada 18 Oktober 2015 tepat pada pukul 10 pagi , hari Ahad.

3 hari sebelum tarikh permulaan Artikel pertama disiarkan, Dr. Hafiz Sulaiman memberitahu bahawa kerana kekangan masa dan produk baru beliau yang akan dipasarkan awal tahun 2016, beliau terpaksa memikirkan kembali komitmen beliau sebagai penulis tetap di THE SUCCESSFUL CLUB. Beliau turut mengesyorkan pengganti beliau sebagai penulis tetap di THE SUCCESSFUL CLUB. Beberapa orang doktor disyorkan oleh Dr. Hafiz Sulaiman kepada saya sebagai pencetus idea blog kerjasama ini.

Syed Ishak pula menghadapi , masalah sambungan internet yang teruk akibat kes dari pengeboman di ANKARA, Turki. Syed Ishak yang kini bekerja dan menetap di TURKI adalah antara SPECIAL APPEARANCE atau penampilan istimewa khas di THE SUCCESSFUL CLUB. Pada permulaan idea, hanya beliau seorang yang akan menjadi special appearance di THE SUCESSFUL CLUB.

Oleh kerana senarai doktor yang disyorkan oleh Dr. Hafiz Sulaiman agak kurang sesuai dengan imej THE SUCCESFUL CLUB, maka Dr. Hafiz Sulaiman bersetuju untuk menjadi special apperance atau penampilan istimewa di THE SUCCESSFUL CLUB. Ini bermakna Dr. Hafiz akan cuba menulis sekurang-kurangnya 1 artikel sebulan di THE SUCCESSFUL CLUB (TSC) ini.


bermula dari Syed Ishak seorang sebagai 'Special Appearance' kemudian 2 orang dan akhirnya menjadi 3 orang 'special appearance'

Penulis tetap THE SUCCESSFUL CLUB ialah Qisya Khadeeja, Iffah Zaimi, Shauki Alizan , Hezren Hezzarol , Norazlina Borhan, Suhana Abdul Ghani dan Izzat Beserah.

Pada permulaan seorang sahaja penulis sebagai Special Appearance atau penampilan istimewa menjadi kepada dua orang iaitu Dr. Hafiz Sulaiman dan Syed Ishak.

Pada masa saya menunggu pengesahan persetujuan dari Dr. Hafiz Sulaiman, saya menjemput seorang lagi doktor wanita yang menepati imej yang dicari oleh THE SUCCESSFUL CLUB , iaitu Doktor Hajjah Suraya. Beliau adalah antara doktor homeopathy popular di facebook dan internet.


Ketika pertama kali menghubungi Doktor Hajjah Suraya untuk menjemput beliau menjadi penulis di The Successful Club, Doktor Hajah Suraya baru sahaja  tiba di Malaysia dari Mekah Al Mukaramah kerana mengerjakan ibadah haji. Alhamdulillah, beliau terus bersetuju walau saya pasti beliau amat keletihan ketika menjawab mesej saya. Terima kasih Doktor Hajjah Suraya. Saya amat terharu.

Maka bermulalah proses-proses dan pengalaman seterusnya, dalam melengkapkan THE SUCCESSFUL CLUB ini. Saya akan berkongsi dengan anda pengalaman ini di artikel seterusnya.

Terima kasih.





Khamis, 15 Oktober 2015

BLOGGER: ALHAMDULILAH, CABARAN DUNIA BLOGGING




Apa sahaja pasti ada cabarannya. Termasuk dunia blogging. Cabaran artikel di tiru, virus yang cuba memasuki dashboard blog dan segalanya tidak mematahkan cabaran untuk terus menulis segala ilmu di blog kesayangan ini.

Mulai mencintai dunia blogging, sudah tiba masanya untuk memulakan satu blog yang diharapkan lebih bagus dan jauh lebih baik. Insyaallah. 

Malah objektif blog TERBARU ini ADALAH untuk menggalakkan sahabat dan kenalan di sekeliling belajar menanam minat menulis dan berkongsi ilmu di medan sosial yang paling mudah iaitu  Blog.

Dengan semakin banyak carian yang menggunakan GOOGLE di seluruh dunia, semakin ketara kepentingan BLOG untuk mengurangkan kos masa dan perbelanjaan membeli buku dan bahan ilmiah lain terutama jika ilmu itu diperlukan serta merta atau pada waktu terdesak.

Bayangkan tiba-tiba seorang kanak-kanak jatuh sakit, dan tiada satu pun ubat hospital di rumah (bayangkan jika ubat itu telah tamat tempoh tanpa anda sedar) ketika lewat malam? . Tentu sekali remedi , petua atau ubatan menggunakan bahan-bahan yang sedia ada di rumah amat membantu anda ketika itu.

Dengan hanya satu butang carian google , kebanyakan maklumat hanya berada di hujung jari.

Mengetahui tentang perkara ini, saya dan rakan kongsi dalam proses menghasilkan sebuah BLOG KERJASAMA terbaru antara kami.

Insyaallah, blog ini akan beroperasi dalam waktu terdekat ini.

Blog kerjasama ini yang bermatlamat berkongsi segala ilmu bermanfaat dan menambah minat menulis serta keusahawanan di kalangan pembaca selain cinta kepada makanan sunnah dan kesihatan alami. Tidak lupa juga diet holistik dan resepi-resepi home made sihat dan terbaik.

Segala dalam blog ini adalah antara perkongsian pengalaman dan ilmu yang dikongsikan oleh 7 BLOGGER TETAP selain, penampilan istimewa individu-individu terpilih dalam bidang masing-masing  yang  akan di kongsikan untuk ilmu dan manfaat anda semua.

Nantikan perkongsian ilmu dan pengalaman dari ibu, suri rumah, usahawan, doktor, peguam, perunding insurans dan takaful, pengamal diet holistik, pencinta minyak pati dan banyak lagi.

Insyaallah anda akan menyukai dan menjadikan blog ini antara blog kegemaran dan kesayangan anda nanti.

Saya adalah antara penulis tetap blog ini dan juga pencetus idea blog kerjasama ini. Saya amat gembira dengan kerjasama indah dan bermakna ini.

Doakan agar projek BLOG KERJASAMA ini berjaya dan kekal lama selamanya. Alhamdulillah.


Terima kasih.






Ahad, 11 Oktober 2015

KHASIAT DAN KEBAIKAN KOPI

antara kopi yang pernah saya dan rakan beli dan nikmati
Minuman KOPI PANAS atau kopi sejuk adalah antara minuman paling laris dalam pasaran. Malah terdapat banyak cafe yang memfokuskan kepada jualan produk minuman kopi yang tumbuh bak cendawan di mana-mana sahaja.

29 September adalah sambutan hari KOPI sedunia. Dan ia tentu sekali bagi meraikan penggemar-penggemar tegar kopi. Terdapat pelbagai jenis kopi, dari kopi arabica, kopi robusta, kopi tenum ,Sabah dan pelbagai jenis kopi lagi.

Rasa kopi adalah berlainan bagi setiap jenis dan kawasan kerana rasa kopi bergantung kepada jenis tanah dan galian yang terdapat di kawasan penanaman benih kopi tersebut.

Kopi yang kaya dengan kandungan kafein dan antioksidan ini amat popular dikalangan semua generasi termasuk generasi muda dan tua, korporat atau orang kampung.

Mari kita bersama-sama mendalami KHASIAT DAN KEBAIKAN yang terdapat di dalam BIJI KOPI yang menjadi fenomena seluruh dunia dari dulu hingga sekarang.

ANTARA KHASIAT DAN KEBAIKAN KOPI IALAH:-

A. KEBAIKAN KOPI UNTUK KULIT
1. Membantu mencegah dan mengurangkan kedutan di kulit
2. sebagai skrub kulit
3. juga boleh dibuat sebagai masker
4. mengurangkan risiko tumbuh jerawat
5. turut melembabkan kulit
6.mencegah timbul selulit
7.membantu menanggalkan sel kulit mati
8. memberi khasiat untuk kulit
9.kandungan kafein kopi turut mengurangkan lingkaran gelap di mata dengan cara meletakkan uncang kopi di kelopak mata anda.
10.juga membantu mengurangkan keradangan dan kemerahan kulit.


B. KEBAIKAN KOPI UNTUK RAMBUT
1.membantu menghitamkan rambut
2. sebagai ramuan untuk inai rambut


C. KEBAIKAN KOPI UNTUK TUBUH
1. sebagai lulur dan mandian
2. turut membantu menghaluskan kulit tubuh
3. Membantu melangsingkan tubuh
4. sebagai body massage atau urutan tubuh yang bagus digunakan sendirian atau tambahan minyak kecantikan lain.
5. menjadikan kulit lebih sihat dan lembut
6. mampu meningkatkan pengaliran darah jika digosok-gosok dengan lembut di seluruh tubuh ketika mandi
7. mengurangkan pelbagai masalah kulit lain termasuk jerawat pada belakang badan.

D. KEBAIKAN KOPI UNTUK KESIHATAN
1. Menambah tenaga dan semangat
2. mewujudkan mood yang lebih baik ketika bekerja
3.mengurangkan rasa mengantuk jika anda perlu bekerja lewat malam
4. membantu sperma lebih aktif untuk kaum lelaki
5. Tinggi antioksidan
6. amat bagus untuk memulakan pagi hari
7. membantu mencantikkan kulit kerana sifatnya yang mampu melawan radikal bebas yang berkaitan penuaan awal.

Tunggu apa lagi jangan takut menikmati kopi kegemaran anda. Walau bagaimanapun selain kebaikan kopi juga ada keburukannya. Jadi sila minum berpada-pada. Kandungan kafein yang tinggi tidak bagus untuk wanita yang mengandung, sila ambil dalam jumlah yang diperlukan sahaja.


Terima kasih.



Jumaat, 9 Oktober 2015

19 REMEDI DAN PETUA MENGUBATI BATUK UNTUK ANDA SEKELUARGA

Di musim jerebu ini, sering terjadi sakit tekak dan kes batuk yang makin meningkat baik di kalangan kanak-kanak, dewasa mahu pun golongan tua.

Walau pelbagai cara di lakukan bagi mengurangkan kesan jerebu seperti memakai topeng muka, mengurangkan aktiviti di luar dan sebagainya, bagi sesetengah individu yang alah dengan habuk, batuk dan sakit tekak sering menganggu aktiviti harian dan mengakibatkan kesihatan semakin merosot.

Di bawah ini saya kongsikan antara remedi dan petua batuk yang saya kompilasikan dari perkongsian saya dan rakan-rakan di group telegram dan whatapps kesihatan.

1. Minyak Kelapa Dara Organik (VCO) yang di campur madu dan juga jus perahan lemon.

2. Jus lemon dan madu (tanpa air), juga boleh di campur air- kedua-dua cara boleh digunakan.

3. Anak di bawah satu tahun, sesudu kecil Minyak Kelapa Dara dan Setitik Olivenol (Ekstrak Zaitun) yang boleh di beli di farmasi-farmasi terkemuka.

4.  Jus Daun Bangun-bangun atau karpuvalli

5. Rebusan air barli job's tears. untuk imej barli jobs tears di link ini TEKAK KERING? BATUK? AMAL BARLI JOB'S TEARS

6. Buat jus nenas sendiri.

7. Campuran jus lobak merah, nenas, halia dan bawang putih turut membantu. Sila cuba.

8. Sapu minyak bawang putih. Juga boleh buat minyak bawang putih sendiri. Hanya campurkan bawang putih yang telah dibakar dengan kulitnya (seulas sahaja, guna sahaja api dapur), buang kulit bawang putih bakar tadi, hancurkan bawang putih tersebut dan campur dengan 2 sudu besar minyak zaitun asli atau minyak kelapa dara pilihan anda.

9. Anda juga boleh mandi mandian lemon di rumah dengan membuatnya sendiri,

10. Mandian Epsom salt juga membantu.

11. Anda juga boleh membuat jus buah pear dan halia  . Ada dua pilihan sama ada buat menggunakan slow juicer (buah pear dan halia segar) atau pilihan kedua, kukus buah pear dan halia , dah empuk boleh blend sahaja dan minum.

12. Anda juga boleh membuat teh halia panas campur lemon juga madu.

13. Teknik tepukan percussion (tepuk perlahan-lahan, pastikan selepas sejam anak menyusu, takut muntah atau masalah lain) amat digalakkan untuk mengurangkan simpton batuk dan mengeluarkan kahak.

14. Minyak habbatus sauda juga boleh diamal. Minum sesudu besar untuk dewasa. Satu sudu teh untuk kanak-kanak.

15. Minyak kelapa dara sesudu pagi dan malam, untuk memperkuatkan imun sistem

16. Buat bone broth atau sup tulang.

17. Sup petola juga digalakkan dengan campuran tulang atau sup tulang yang dicampur dengan petola. Untuk anak bawah 1 tahun, tolong pastikan anda tidak mengisi garam dalam ramuan.

18. Anda juga boleh melakukan  rawatan MEGADOSE VITAMIN C. Sila lihat jadual maksima sukatan vitamin C seharian dan sukatan untuk wanita mengandung, menyusu dan sebagainya.

19. Air kelapa muda juga boleh dijadikan remedi sesuai untuk masalah batuk atau tekak kering. Sila cuba jika ia sesuai dengan anda.

Seboleh-bolehnya sila elakkan perkara-perkara ini :-

A. Elakkan makanan atau masakan tinggi gula atau air bergula serta makanan berasaskan tepung gandum , produk tenusu dan minuman kotak.

B. Ais krim, puding-puding dan susu juga boleh menyebabkan batuk.

C. Buah-buah berikut juga dikatakan boleh menyebabkan batuk, tengok pada tubuh antaranya buah oren, rambutan, mata kucing, longan, limau, tembikai dan kacang. Jika anda atau anak anda tidak alergik , anda boleh menikmatinya.

D. Suhu bilik yang panas juga boleh menyebabkan batuk. Sila periksa dan rasa suhu bilik anda.

Ini sahaja perkongsian untuk kali ini.  Harap ia akan membantu anda dalam merawat dan mengubati masalah batuk ini.

Terima kasih.



Rabu, 7 Oktober 2015

BLOGGER : APA BILA MOOD MENULIS TIADA


Blogger juga seperti insan biasa

Ada waktu ilham mencurah-curah, boleh menaip dengan laju 2-3 artikel satu hari tanpa berhenti.

Tiba waktu ilham tiada, puas di paksa-paksa , walau draft segala gambar telah tersedia, mood yang tidak kunjung tiba akan menbantut penulisan sesuatu artikel.

Bukan mudah menulis artikel jika ketika itu hati blogger tidak berada di situ.

Blogger juga seperti insan biasa lain, punya perasaan lemah dan malas.

Ada rasa ingin menyendiri, ada rasa kadang-kala ingin melihat dashboard blog pun tiada selera.

Pernahkah anda sendiri sebagai BLOGGER rasa penat dengan tulisan sendiri?

Berulang-ulang membaca artikel yang telah ditaip kemudian memadamnya?

Punyai berpuluh-puluh draft artikel yang telah memakan tahun tetapi masih belum disiapkan dan disiarkan?

Ingin mencuci bilangan draft post yang kadang-kala telah masuk ratusan dan anda sendiri sebagai blogger sudah tidak berminat menulisnya?

Jika apa yang saya kongsikan turut terjadi kepada anda, ketahuilah kita serupa.

Seboleh-bolehnya sebagai blogger , saya ingin menulis sesuatu yang berinformatif dan evergreen sepanjang zaman, sehingga ia boleh dijadikan pahala berpanjangan untuk saya walau saya telah tiada.

Sesuatu yang akan menolong insan lain yang lebih memerlukan pemahaman penuh sesuatu topik. Tetapi saya juga seperti insan lain ada masa penat dan lelah, mencari info dan membaca, serta kadang-kadang tidak mampu berfikir, tetapi tetap risau jika pengunjung dan follower mengharapkan saya menulis sesuatu artikel yang bermanfaat untuk mereka.

Pernah menjadi seorang pencari yang tercari-cari pelbagai info terutama mengenai Ekzema dan Topical Steroid Withdrawal serta pemakanan sunnah yang lain.

Saya faham bagaimana tidak puas hatinya apa bila info yang diberi tidak memuaskan hati dan tidak cukup lengkap.

Lagi sakit hati jika tajuk di gunakan hanya untuk meraih SEO, tetapi tiada isi yang penting dan berkaitan terutama jika ketika carian dibuat kita terlalu sibuk dan kuota internet pula semakin sedikit dan makin perlahan.

Pernah terkena suatu waktu dulu beberapa kali, saya belajar dari pengalaman sendiri untuk seboleh-bolehnya berkongsi info yang banyak membantu, keburukan dan kebaikan, pertanyaan yang sering ditanya dan sebagainya.

Maaf jika ada kurang pada setiap artikel yang saya coretkan dan tuliskan. Saya juga seperti insan lain, yang kadang-kala di serang sakit kepala atau pening kepala semenjak mula mencintai dunia blogging dan rasa kekurangan jika tidak berkongsi artikel atau entry terbaru di blog tersayang saya ini.

Benar saya faham sekarang, kenapa seorang blogger perlu belajar menyukai blog sendiri, walau mungkin blog anda tidak sehebat blog terkemuka yang lebih famous di google atau kalangan pembaca.

Dengan menyukai dan menyayangi blog sendiri, perlahan-lahan anda akan menulis artikel bermutu dan perlahan-lahan anda sendiri akan membina follower dan jutaan pembaca blog yang setia sendiri.

Ikhlaslah dalam melakukan sesuatu perkara.

Semoga perkongsian kita sebagai blogger memberi lebih kesenangan kepada mereka yang memerlukan maklumat dan motivasi.

Terima kasih.





Isnin, 5 Oktober 2015

ADAKAH CUKA BUAH SELAMAT DI MINUM KETIKA HAID?


gambar hiasan - air mineral yang diisi di dalam botol cuka epal

Terdapat banyak pertanyaan mengenai CUKA BUAH,

Di antara soalan yang  KERAP di tanya ialah :-

ADAKAH CUKA KURMA SELAMAT DI MINUM KETIKA HAID?

ADAKAH CUKA EPAL SELAMAT DI MINUM KETIKA HAID?

ADAKAH CUKA SELAMAT DIMINUM WANITA YANG SEDANG HAID?


Terdapat banyak jawapan yang diberi ,

Tetapi berdasarkan banyak rujukan yang telah saya lakukan ,

adalah sebaiknya anda mengelakkan menikmati atau minum cuka ketika HAID.

Ini kerana CUKA BERSIFAT MENGHAKIS.

Tentu anda sayangkan RAHIM anda, dan tidak mahu rahim anda dihakis atau semakin menipis. Risiko ini kemungkinan ada jika anda kerap minum cuka buah ketika haid.

Adalah tidak berapa bagus untuk wanita meminum atau mengambil CUKA EPAL atau CUKA KURMA atau cuka buah lain ketika waktu ini.

Malah ada juga pendapat mengatakan, Cuka buah AKAN MEMBUAT TUBUH ATAU BADAN ANDA MENJADI SEJUK.

TUBUH DAN BADAN YANG SEJUK DIKATAKAN TIDAK BERAPA BAGUS UNTUK KESIHATAN DAN MUDAH DI MASUKI ANGIN DAN MENDAPAT PENYAKIT.

Cuka buah tidak digalakkan untuk diamalkan lebih dari 3x seminggu dan dalam amaun yang banyak.

Walau bagaimana pun jika anda dalam proses awal TOPICAL STEROID WITHDRAWAL (TSW) atau mengharung EKZEMA, anda boleh menikmati cuka epal ini setiap hari, selama sebulan atau 2 bulan dan mula mengurangkan penggunaan cuka ini kepada 3x seminggu satu sudu kecil sahaja, seiring kesembuhan penyakit yang anda alami.

Ini sahaja perkongsian yang dapat saya kongsikan bersama anda.

INI ARTIKEL PERKONGSIAN SAYA MENGENAI KHASIAT CUKA KURMA ATAU KHAL KURMA

Harap anda berpuas hati dengan info ini.

Terima kasih.


KHASIAT BUAH PETAI


Antara ulam kegemaran ramai ialah BUAH PETAI. Ini adalah ulam paling mudah untuk dibeli jika anda ingin menjimatkan masa dan tidak perlu celur atau memasak.

Malah ini juga ulam paling sedap untuk di isi dalam masakan sambal. Cuma bau BUAH PETAI sahaja yang kadang-kala menyebabkan ramai pengemar atau individu berfikir 10-20 kali untuk menikmatinya.

BUAH PETAI secara ringkasnya amat bagus bagi mereka yang menghadapi masalah sembelit, untuk mencuci kencing , atau mencuci gula di dalam tubuh. Biasanya orang-orang tua terdahulu menikmati BUAH PETAI sebagai ulam dan pencuci buah pinggang dan masalah pencernaan.

Antara KHASIAT BUAH PETAI antaranya :-

1. BUAH PETAI amat terkenal mampu mengurangkan RISIKO STROK, malah ada kajian mengatakan bahawa dengan menikmati PETAI risiko terkena STROK akan turun sebanyak 40%.

2. BUAH PETAI turut membantu individu yang berkeinginan untuk berhenti merokok. Kandungan VITAMIN B6, B12, kalium dan magnesium di dalam BUAH PETAI dikatakan membantu tubuh cepat pulih dari ketagihan nikotin.

3. BUAH PETAI turut mengandungi KANDUNGAN ZAT BESI yang tinggi, Ia tentu amat bagus untuk kaum wanita, bagus untuk pembentukan sel darah merah sekaligus amat bagus untuk mereka yang mempunyai anemia.

4. BUAH PETAI amat bagus untuk sistem pencernaan, sekaligus mengurangkan risiko obesiti.

5. BUAH PETAI juga dikatakan mampu mengurangkan risiko kemurungan atatu depresi ini kerana kandungan trytophan yang terdapat di dalam buah petai. Trytophan berfungsi mengubah mood atau perasaan individu untuk lebih tenang dan mengurangkan tekanan perasaan.

6. BUAH PETAI juga mengandungi gula semulajadi seperti sukrosa, fruktosa dan glukosa serta serat. Menikmati buah petai di dalam menu harian anda turut menambah tenaga. Tidak hairan jika buah petai juga dinikmati oleh atlet-atlet sukan untuk simpanan tenaga yang lebih lama.

7. Buah petai amat bagus dinikmati oleh wanita yang sedang haid kerana ia mampu mengurangkan simpton PMS (Prementrual Syndrome). Selain bagus untuk sel darah merah.

8. BUAH PETAI juga dikatakan mampu mengurangkan rasa mual dan loya kerana buah petai membantu mempertahankan kadar gula dan mengurangkan rasa loya serta muntah.

9. Kandungan VITAMIN V yang tinggi di dalam petai amat membantu menenangkan sistem sarah manusia.

10. Turut membantu merawat penyakit jantung dan kencing manis

Jika anda menghadapi stress, kemurungan, rasa mual , sembelit dan sebagainya cubalah menikmati petai di dalam hidangan anda.

Jika anda risau akan bau petai, nikmati makanan lain yang mampu membuang bau petai di mulut anda.

Terima kasih.





Ahad, 4 Oktober 2015

DIET HARI CUTI

di hari cuti dan berehat di rumah , lebih mudah untuk anda menjaga diet

Ketika hari cuti dan berehat di rumah adalah waktu yang tepat untuk memerhati setiap makanan yang masuk ke perut anda.

Sesungguhnya segala pemakanan yang kita amalkan hari ini pasti akan membawa kesan langsung dan jangka panjang kepada tubuh kita pada masa akan datang.

Dengan limpahan segala makanan yang terdapat di Malaysia , ramai kawan-kawan dan kaum keluarga sentiasa bermurah hati membeli pelbagai jenis makanan dan produk segera yang sebenarnya lebih banyak mendatangkan keburukan dan kebaikan kepada tubuh walau rasa makanan dan produk segera itu jauh lebih sedap dan enak serta berbau wangi dari makanan dan produk yang lebih semulajadi.

Pernahkah anda meletakkan garis permulaan untuk menamatkan menikmati makanan segera atau sekurang-kurangnya mengurangkan hampir 50% makanan segera atau produk proses dalam menu dan diet harian anda?.

Ada antara anda yang meletakkan usia 30 tahun untuk berhenti menikmati makanan segera. Anda juga yang meletakkan usia 25 tahun untuk perlahan-lahan mengurangi tabiat pemakanan segera dan makanan proses dalam diet harian mereka.

Tetapi perkara ini amat sukar terutama bagi mereka yang baru memegang duit. Masih muda, dan berkerjaya. Bila merasai gaji mewah dan pendapatan yang lebih berbanding zaman belajar dahulu, ketika ini masa untuk merasai segala makanan dan restoran mewah yang sentiasa mereka lihat dan idamkan ketika zaman di pengajian tinggi dahulu atau zaman ketika terpaksa mencatu selera masing-masing.

Ia, mungkin betul pendapat dan selera anda. Teruskan sahaja, tetapi pastikan berpada-pada. Sekurang-kurangnya pastikan ada satu hari dalam seminggu tubuh anda bebas dari sebarang makanan segera dan proses dan di perkaya dengan buah-buahan dan jus segar.

Jika dalam satu minggu 6 hari diet anda dipenuhi dengan pelbagai menu dan makanan kegemaran yang lebih banyak kandungan kimia dan toksid, mungkin tiba masa untuk hari minggu anda di penuhi dengan makanan vegetarian yang kaya dengan sayur dan buah-buahan serta gantikan minuman isotonik kegemaran anda dengan jus buah-buahan segar benar-benar asli dari buah kegemaran anda.

BUAT JUS BUAH-BUAHAN KEGEMARAN ANDA SENDIRI TANPA CAMPURAN GULA SEBOLEH-BOLEHNYA. MUNGKIN TIBA MASA UNTUK ANDA BELAJAR MENGGUNAKAN SLOW JUICER . 

SAYA BERKONGSI DENGAN ANDA DALAM ARTIKEL INI MENGENAI SLOW JUICER YANG SAYA GUNAKAN BEZA SLOW JUICER DAN BLENDER . DI BLOG TERBARU SAYA.

Jangan bermalas-malasan menjaga tubuh anda. Kerana tubuh anda satu-satunya yang akan anda gunakan seumur hidup anda.

SAYANGI DIRI ANDA , DENGAN MENYAYANGI TUBUH ANDA.

Terima kasih.


Jumaat, 2 Oktober 2015

BLOGGER : BILA ARTIKEL BLOG DI TIRU 100%


Apabila kita mula menulis blog, mungkin kita tidak pernah terfikir bahawa artikel blog itu akan di salin dan di tiru seratus peratus oleh blogger lain tanpa di beri sebarang kredit. Malah gambar artikel anda juga diambil dan diletak pada tajuk artikel yang sama.

Hanya mereka yang menjadi blogger yang menaip artikel tanpa perlu menyalin atau copy paste sahaja yang tahu nilai artikel blog sebenar.

Saya juga seperti blogger lain, menggunakan khidmat carian google untuk mencari khasiat-khasiat tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan atau kebaikan produk sunnah dan supplement lain.

Dalam carian saya itu , saya menjumpai pelbagai blog yang menulis artikel yang sama atau seratus peratus salinan yang saya sendiri tidak tahu siapa penulis asal. 

Jika saya menulis artikel itu dan di salin dari blog tertentu ,saya tetap akan menaip sendiri untuk memastikan keaslian artikel saya di blog ini, dan jika benar hanya satu blog yang saya rujuk, saya akan memberi kredit link di blog tersebut.

Tetapi jika saya merujuk dua atau tiga blog, tiada kredit diberi, lebih-lebih lagi kerana saya suka menaip sendiri dan menggunakan bahasa saya sendiri.

Mungkin anda juga seperti saya dahulu , tidak tahu erti kualiti dan kepuasan sebenar menulis blog, Percayalah kadang-kadang artikel yang kita tulis sendiri, berkorban untuk mencari ilmu seratus peratus untuk menulis di blog, walau ia mungkin mendatangkan sakit kepala, lebih memberi kepuasan kepada diri anda sebagai blogger.

Malah kadang-kala tulisan yang asalnya di ambil sedikit dari blog lain dan blog seterusnya, tetapi diolah menggunakan ayat kita, ia lebih indah dan disukai lebih ramai pengunjung.

Tidak salah berkorban masa dan tenaga dari mengambil 100% hak cipta orang lain atau blogger lain.

Kita selalu menyangka bahawa insan lain lebih hebat dari penulisan , artikel dan lebih ramai follower dari kita, terlalu menyanjung sehingga meniru seratus peratus artikel dan tulisan beliau , baik di facebook mahu pun blog.

Tetapi kita terlupa, mungkin jika kita sendiri berkorban, belajar menulis setiap hari, mengasah bakat, kita akan menjadi jauh lebih hebat dari mereka. Practice make perfect. Jika hari-hari anda menulis, dan menulis menjadi makanan ruji anda, Tentu anda akan mengilap sendiri bakat anda untuk menjadi lebih hebat.

Hargailah bakat kurniaan Allah kepada anda . Mungkin hari ini anda tidak sedar bakat anda yang terpendam itu. Mengapa terus-terusan meniru artikel blogger lain. Jadikan artikel anda berkualiti dan unik dengan cara tersendiri. Jangan terlalu memuji blogger dan penulis lain, sehingga anda terlupa bahawa anda juga ada bakat menulis yang tersendiri.

BAGAIMANA anda ingin tahu jika anda sendiri tidak pernah memberi peluang kepada diri sendiri?

Hargai dan sayangi diri anda sendiri. Menghormati karya atau artikel serta status facebook insan lain, menunjukkan anda menghormati diri anda sendiri. 

Terima kasih.


Khamis, 1 Oktober 2015

INSURANS DAN TAKAFUL MURAH


ANDA BENCI DAN MALAS DENGAN KOMITMEN INSURANS ATAU TAKAFUL BULANAN YANG  MEMAKAN MASA LAMA?

MENCARI DAN BERDOA AGAR TERDAPAT INSURANS ATAU TAKAFUL YANG SINGKAT SAHAJA TEMPOH BAYARAN PREMIUM?

INGINKAN BAYARAN PREMIUM YANG RENDAH?

TETAP INGINKAN NILAI TUNAI DAN TIDAK INGIN WANG ANDA HANGUS BEGITU SAHAJA?

MENCARI BAYARAM PREMIUM INSURANS DAN TAKAFUL YANG RENDAH?

TERUSKAN MEMBACA ARTIKEL DI BAWAH INI...

Bagi anda yang mencari INSURANS ATAU TAKAFUL MURAH dari SERENDAH RM50 sebulan anda boleh memikirkan untuk melanggani produk TAKAFUL ini.


PREMIUM TAKAFUL bermula serendah RM50 Sebulan 

Pelan ini hanya MELINDUNGI 36 PENYAKIT KRITIKAL, KEMATIAN & KETIDAK UPAYAAN KEKAL.

ISTIMEWANYA PRODUK INI, 

ANDA HANYA PERLU MEMBAYAR SELAMA 7  @ 10 TAHUN SAHAJA PREMIUM, mengikut pilihan anda.

DAN ANDA DILINDUNGI  SELAMA 20 TAHUN

(DARI 36 PENYAKIT KRITIKAL ,KETIDAK UPAYAAN KEKAL DAN KEMATIAN )

Genap tempoh polisi 20 tahun ,

NILAI TUNAI anda akan di kembalikan.

Anda boleh menghubungi saya sendiri untuk maklumat lanjut ,

HANYA WASSAP & TELEGRAM :-

KHADEEJA DI TALIAN 016 - 276 2636

atau email sahaja maklumat diri atau keluarga anda ke email :-



Maklumat diri atau ahli keluarga anda yang diperlukan hanyalah :-

1. Nama
2. Tarikh Lahir
3. Jantina
4. Pekerjaan
5. Merokok atau tidak


Terima kasih.




Rabu, 30 September 2015

KHASIAT UBI BIT MERAH

UBI BIT MERAH ORGANIK HANYA RM1.50 SEBIJI

Saya baru mengenali UBI BIT MERAH pada tahun ini.

Juga baru belajar menikmati UBI BIT MERAH sebagai jus , saya tidak pernah belajar menikmatinya sebagai ubi atau sebagai hidangan makanan atau sebagai campuran di dalam salad.

Walau bagaimana pun saya telah mendengar tentang KEHEBATAN UBI ini semenjak tahun 2013 lagi, ia di beritahu oleh beautician ZAI BEAUTY FORMULA bahawa YM DR. TUNKU ZAIDAR amat menggalakkan untuk membuat jus UBI BIT MERAH yang dicampur lobak merah, saderi dan tomato, kisar , tapis dan simpan di dalam peti ais. Amalkan minum jus ini untuk kecantikan kulit dan kesihatan tubuh badan.

Tahun 2015 ini akhirnya saya berjaya menemui UBI BIT MERAH ORGANIK dan menikmati ia sebagai jus. Rasa UBI BIT MERAH ini sedikit pahit dan rasa tanah, ia memerlukan campuran yang betul untuk menikmatinya.  Resepi YM DR. TUNKU ZAIDAR adalah antara resepi yang bagus untuk dicuba, walau saya sendiri tidak penah mencuba resepi penuh beliau.

Ini antara KHASIAT UBI BIT MERAH yang perlu anda ketahui untuk mula mengamalkan JUS UBI BIT MERAH ini.

1. Membersihkan Hati dan Ginjal serta Hempedu

Ubi bit sesuai sebagai bahan detoksifikasi ia membersihkan racun dan meneutralkan radikal bebas di dalam tubuh.

Campuran jus campuran ubi bit merah , lobak merah dan timun adalah jus terbaik untuk membersihkan ginjal dan hempedu dari lambakan racun di dalam kedua organ penting tubuh ini.

2.Membunuh sel tumor atau sel kanser

Ubi bit merah amat kaya dengan kandungan antioksidan, ia sekaligus di percayai boleh membunuh sel kanser dan mengurangkan risiko kanser.

3. Memperkuatkan kapilari darah dan fungsi darah amat bagus untuk wanita

4. Juga memperkuatkan sistem peredaran darah dan sistem kekebalan tubuh.

5. Mengatasi anemia dan memperbanyakkan sel-sel darah merah.

Kandungan ZAT BESI yang tinggi dalam UBI BIT MERAH dan warna merah gelap ubi bit cukup untuk mengaktifkan sel darah merah dan mengenerate sel darah merah dengan mengaktifkan bekalan oksigen dalam tubuh sekaligus menghidupkan sel-sel darah merah yang diperlukan tubuh.

Khasiat ini sekaligus amat bagus untuk kaum wanita dan gadis.

6. Menguatkan stamina dan tenaga dan nafsu syahwat

7. Membantu mengurangkan kolesterol dalam tubuh

8. Mengurangkan masalah pencernaan

9. Sebagai pewarna makanan dan pewarna asli untuk gincu bibir serta sebagai tambahan dalam inai untuk warna rambut yang cantik.

10. Membantu menurunkan tekanan darah sekaligus menyihatkan jantung dan pembuluh darah.

Walaupun mengandungi ubi bit merah mengandungi karbohidrat, anda tidak perlu risau kerana ubi bit ini rendah kalori.

Selain karbohidrat, ubi bit merah ini mengandungi asam folat, kalium, serat, vitamin c, magnesium, triptofan, zat besi, tembaga (kedua-dua ini bagus untuk sel darah merah) , fosfor, caumarin dan betasianin.

Ubi bit juga mengandungi NITRAT yang juga terdapat pada sayur-sayuran hijau yang bagus untuk menurunkan tekanan darah amat bagus untuk mereka yang mengidap darah tinggi.

Walau bagaimana pun ,Ubi bit merah  juga dikatakan mengandungi oksalat. Jika di ambil berlebihan boleh menyebabkan pembentukkan kristal. Mereka yang menghadapi masalah buah pinggang atau hempedu tidak digalakkan menikmati ubi bit ini.

Terima kasih kepada google atas semua info ini.

Anda boleh menikmati JUS UBI BIT MERAH DAN LOBAK MERAH seperti saya di sini JUS CAMPURAN UBI BIT MERAH DAN LOBAK MERAH



Selasa, 29 September 2015

BLOGGER : SURAT PENGESAHAN ALAMAT GOOGLE ADSENSE SELAMAT DI TERIMA


Alhamdulillah.akhirnya kelmarin SURAT PENGESAHAN ALAMAT DARI GOOGLE ADSENSE akhirnya saya terima.

Alangkah gembiranya hati saya, kerana saya amat risau sekiranya Ibu saya tidak tahu dan terbuang surat penting tersebut.

Mujur saya telah berulang kali mengingatkan Ibu saya bahawa saya akan menerima surat dari Google Adsense beralamat di USA.

Seperti yang dimaklumkan oleh GOOGLE ADSENSE pada notis di dashboard AKAUN ADSENSE , saya hanya perlu memasukkan NO PIN yang di beri sahaja.

Semudah itu.

Alhamdulillah kerana ia di permudahkan.

Hari ini saya menambah satu lagi email sebagai admin akaun GOOGLE ADSENSE saya iaitu akaun pertama saya yang asyik di tolak oleh adsense dahulu.

Sejak mendalami ADSENSE dan merujuk pelbagai blog saya mula mengetahui wujudnya , pemain ADSENSE.

Banyak yang saya pelajari.

Ada PEMAIN ADSENSE yang menjual AKAUN ADSENSE sebuah dengan harga paling rendah RM1000 (Ringgit Malaysia Satu Ribu Ringgit Sahaja).

Harga RM1000 itu adalah ketika RM masih lagi  di BAWAH RM4 untuk USD1.

Kini dengan kenaikan matawang USD , harga sebuah AKAUN ADSENSE semakin meningkat.

Bayangkan jika anda MEMPUNYAI AKAUN ADSENSE.

ANDA BOLEH MELETAKKAN IKLAN ADSENSE YANG DIBAYAR DIDALAM USD di seberapa banyak BLOG yang anda Miliki.

BAYANGKAN JIKA BLOG ANDA DIBANJIRI OLEH RAMAI PENGUNJUNG DARI SELURUH DUNIA.

Setiap paparan dan KLIK ITU dibayar oleh ADSENSE dalam mata wang USD.

Saya masih tidak faham perjalanan seorang PEMAIN ADSENSE dan PAKAR ADSENSE dalam menghasilkan banyak akaun ADSENSE dan menjualnya.

Tetapi tentu sekali saya berminat untuk mendalami ilmu yang amat bernilai itu.

Saya juga mendapat tahu ada PEMAIN ADSENSE yang mampu memiliki pendapatan dari USD20 RIBU ke USD30 RIBU sebulan dengan ADSENSE.

Hebat kan?

Walau bagaimana pun untuk mencapai tahap sebegitu , tentu terlalu banyak ilmu dan taktik yang perlu di pelajari.

Doakan saya terus berjaya dengan ADSENSE.

Saya juga seperti insan lain yang mengimpikan menjadi PEMAIN ADSENSE berjaya seperti PLAYER-PLAYER UNDERGROUND yang lain.

Doakan.


Terima kasih dan Assalammualaikum.




Khamis, 24 September 2015

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA EIDULADHA





Assalammualaikum wbt.

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA EIDULADHA untuk semua umat Islam di seluruh dunia.

Mohon ampun dan maaf atas segala keterlanjuran kata saya yang menyingung atau mengasari anda selama saya menulis di blog ini atau di blog-blog lain.

Semoga kita belajar berkorban untuk mereka yang lebih susah dan mereka yang menyayangi kita serta yang kita sayangi.

Hargailah pengorbanan mereka yang telah berkorban untuk kita sebelum kita lahir sehingga kini.

Hidup ini bukanlah mengenai diri kita sahaja, tetapi juga mengenai insan lain dan makhluk Allah yang turut menumpang seperti kita di bumi Allah ini.

Walau apa pun yang ingin kita capai, kita tidak akan terlepas untuk melakukan pengorbanan, samaada dari segi masa, tenaga dan wang ringgit malah kadang-kala perasaan sendiri.

Walau apa pun jangan sekali-kali anda putus asa dengan kehidupan anda, kerana tanpa pengorbanan kita tidak akan mungkin berjaya dalam perhubungan, kasih sayang, jalinan siratulrahim atau perniagaan mahupun cita-cita dan impian kita.

Jauhi sifat tamak dan penting diri . Jangan selalu mengungkit pengorbanan kita terhadap anak-anak, suami, isteri, ibu, ayah , keluarga ,kawan-kawan, kekasih dan sebagainya.

Setiap apa yang kita lakukan dan korbankan hari ini pasti ada balasannya di dunia atau pun akhirat.

Tahniah buat anda yang melakukan korban pada tahun ini.

Juga tahniah untuk mereka yang sering berkorban untuk kebahagiaan insan lain atau makhluk sejagat.

Selamat Menyambut Hari Raya Eiduladha.

Maaf Zahir dan Batin.






Rabu, 23 September 2015

KHASIAT BUAH ANGGUR

buah anggur dan buah epal hijau adalah buah yang boleh didapati sepanjang tahun dan bila-bila masa di Malaysia

BUAH ANGGUR adalah buah kegemaran ramai golongan termasuk kanak-kanak.

Terdiri dari pelbagai warna dan jenis, anggur di nikmati tidak kira musim di negara ini. Anda boleh membeli buah anggur di pasar-pasar atau pun di pasaraya.

Berikut adalah antara KHASIAT BUAH ANGGUR :- 

1. BUAH ANGGUR terdiri dari nilai nutrisi yang mengandungi karbohidrat, gula, serat diet, lemak, protein, thiamine , riboflavin, niacin, pantothenic acid, Vitamin B, Folate, Vitamin B12, Vitamin C, Vitamin K, Kalsium, Besi, magnesium, marganese, Fosforus , potassium, sodium dan zink.

2. BUAH ANGGUR ialah buah yang rendah lemak dan memberi banyak faedah dalam mengurangkan penyakit kardiovaskular.

3. Hanya mengandungi 70% kalori untuk setengah cawan . BUAH ANGGUR kaya dengan KHASIAT VITAMIN C , potassium dan serat.

4. Resveratrol yang terdapat dalam kulit buah anggur dikatakan boleh mengurangkan risiko kanser payudara, kanser hati, kanser usus dan penyakit jantung.

5. Kandungan vitamin dan nutrisi lain yang terdapat di dalam buah anggur menjadikan buah anggur adalah antara super fruit yang tinggi anti oksida dan amat bagus untuk kecantikan kulit dan kesihatan tubuh.

6. Anti oksida yang tinggi ini sekaligus membantu mengurangkan radikal bebas dan membantu mengurangkan proses penuaan.

7. BIJI BUAH ANGGUR dikatakan 50 kali ganda lebih efektif berbanding VITAMIN E kerana kandungan anti oksida didalamnya yang turut membantu melembabkan kulit.

8. DAUN BUAH ANGGUR yang kaya dengan polyphenols turut membantu dalam pembuangan toksin di dalam tubuh badan.

9. Buah anggur yang dikeringkan akan bertukar menjadi kismis yang amat terkenal  sebagai makanan sunnah dan bagus untuk kecerdikan serta tinggi anti oksida serta antara makanan kecantikan kulit. Anda boleh membaca khasiat dan kebaikan kismis untuk kulit di link  dan artikel ini 10.KHASIAT KISMIS UNTUK KECANTIKAN KULIT.

10. Di dalam AL-QURAN, BUAH ANGGUR telah disebutkan sebanyak 14 kali. Ini menunjukkan bahawa BUAH ANGGUR memiliki khasiat luar biasa dan pelbagai kegunaan lain.

11. BUAH ANGGUR juga mudah dicerna. Dikatakan BUAH ANGGUR merah dan buah anggur hijau mempunyai khasiat yang sama.

12. Di dalam buku PENGUBATAN PERNAFASAN TALBAH , beliau berkata BUAH ANGGUR  dapat mengubati batuk, mengsucikan darah, membersihkan usus, pencernaan dan ubat bagi pernafasan samaada dimakan atau dibuat jus. Jus buah anggur dikatakan boleh mengubati buasir, gangguan pencernaan, batu ginjal dan gangguan hempedu.

13. JUS ANGGUR membantu mengubati pesakit insomnia dan membantu tidur yang lebih nyenyak.

14. JUS ANGGUR juga bagus bagi penyembuhan batu karang atau ginjal.

15. BUAH ANGGUR juga dikatakan menguatkan jantung, dan memperbaiki serta menperkuatkan sel-sel tubuh badan.

16. Buah anggur juga boleh membantu mengurangkan risiko serangan jantung, mengurangkan kolesterol tubuh,  mengatasi masalah sembelit, mengurangkan urid asid sekaligus membantu menjaga kesihatan buah pinggang, mengurangkan risiko kanser payu dara, mengurangkan risiko alzhemeir, mengurangkan jangkitan penyakit yang disebabkan virus kerana kandungan anti virus didalamnya dan mengurangkan pelbagai risiko kanser.

Tunggu apalagi, jika anda tidak tahu ingin menikmati apa, anda boleh menikmati anggur kering atau kismis atau beli sahaja buah anggur segar jika anda mempunyai lebih budget (anggur segengam berharga dalam RM3 , lebih berbaloi dari anda membeli makanan yang tidak berkhasiat)


Terima kasih.





Selasa, 22 September 2015

MENGHIDAPI EKZEMA ? - GUNA SABUN PENCUCI PAKAIAN UNTUK EKZEMA


Ini adalah sambungan artikel sebelumnya di link ini. UBAT DAN SUPPLEMENT MENGHARUNGI EKZEMA ATAU TOPICAL STEROID WITHDRAWAL

Bagi anda yang sedang mengharungi EKZEMA atau TOPIKAL STEROID WITHDRAWAL , banyak pantang larang yang perlu anda harung untuk ENAM BULAN PERTAMA dari segi diet atau pemakanan serta cara hidup.

Ini termasuk juga penggunaan kosmetik, barangan rumah seperti sabun basuh, pewangi dan sebagainya.

Perkara pertama selain DIET anda boleh menukar pencuci pakaian anda atau pencuci pinggan mangkuk anda kepada pilihan-pilihan yang lebih selamat iaitu:-

1. Tukarkan pencuci pinggan mangkuk dan pakaian anda kepada SOUP NUT  atau BUAH LERAK, link mengenai SOUP NUT atau BUAH LERAK dan cara membuat pencuci pakaian dan pencuci pinggan mangkuk alami terdapat artikel dan link ini BUAT PENCUCI PINGGAN MANGKUK DAN PENCUCI PAKAIAN SENDIRI . Ia jauh lebih semulajadi dan selamat.

2. Pilihan kedua anda boleh menggunakan SODA BIKARBONAT atau BAKING SODA sebagai PENCUCI PAKAIAN dan PENCUCI PINGGAN MANGKUK anda. Anda boleh membeli SODA BIKARBONAT atau BAKING SODA ini dengan harga kurang RM5 sekilo di kedai-kedai yang menjual barangan membuat kek dan biskut. Ia jauh lebih murah dari anda membeli SODA BIKARBONAT peket kecil di pasaraya. Ini adalah artikel dan link mengenai kegunaan SODA BIKARBONAT untuk info anda SEJUTA KEGUNAAN BAKING SODA.

3. Selain BAKING SODA atau SODA BIKARBONAT anda juga boleh menggunakan CUKA PUTIH atau CUKA TIRUAN sebagai PENCUCI PAKAIAN anda atau PELEMBUT FABRIK bagi pakaian anda. Saya menggunakan kedua-dua sekali untuk mencuci pakaian saya.

Untuk basuhan pertama GUNAKAN SODA BIKARBONAT atau BAKING SODA, untuk bilasan terakhir gunakan sahaja CUKA PUTIH atau CUKA TIRUAN sebagai PELEMBUT FABRIK SEMULAJADI dan tidak perlu membilas lagi. CUKA PUTIH atau CUKA TIRUAN juga boleh bertindak sebagai PENCUCI PAKAIAN SEMULAJADI selain PELEMBUT FABRIK SEMULAJADI.

4. Pilihan seterusnya GUNAKAN SABUN PENCUCI ORGANIK yang kini banyak terdapat di pasaraya dan farmasi juga kedai organik. Sekurang-kurangnya ia lebih selamat dari pencuci biasa yang tinggi kandungan kimia yang terdapat di pasaran.

5. Jika anda masih ingin menggunakan pencuci biasa pilih yang kurang kimia seperti jenama SUNLIGHT untuk membasuh pinggan mangkuk atau KAO ATTACK untuk mencuci pakaian.

Anda tetap LEBIH DIGALAKKAN menggunakan PENCUCI PAKAIAN dan PENCUCI PINGGAN MANGKUK SEMULAJADI jika anda boleh melakukan perubahan ini.

TERDAPAT BANYAK KESAN BURUK akibat dari PENGGUNAAN PELEMBUT FABRIK terhadap KULIT dan KESIHATAN anda termasuk TERHADAP BAYI.

BAHAYA DAN KESAN SAMPINGAN PELEMBUT FABRIK terdapat di artikel di link ini http://www.naturalnews.com/034617_fabric_softeners_toxic_chemicals_laundry.html .

Anda boleh menggantikan pewangi pakaian anda dengan ESSENTIAL OIL yang lebih selamat dan wangi. Titik sahaja dalam bilasan terakhir pakaian anda. (Gunakah cuka putih untuk bilasan kedua dan ESSENTIAL OIL untuk bilasan terakhir).

Apakah anda masih ingin MENGGUNAKAN PELEMBUT FABRIK ketika anda MENGHARUNGI TOPICAL STEROID WITHDRAWAL (TSW) DAN MENGIDAP EKZEMA ?.

BAGAIMANA PULA DENGAN BAYI atau ANAK ANDA YANG KINI SEDANG MENGHIDAP DAN MENGHARUNG PERJALANAN MENYEMBUHKAN PENYAKIT EKZEMA DAN BERTARUNG DENGAN PROSES TROPIKAL STEROID WITHDRAWAL?.

Pilihan di tangan anda sendiri.

Untuk pilihan sabun pencuci pakaian dan pinggan mangkuk organik , boleh rujuk di artikel ini SABUN ORGANIK BAGI MASALAH EKZEMA

INFO seterusnya akan saya tulis dalam artikel selanjutnya.

Terima kasih dan Assalammualaikum.



Sabtu, 19 September 2015

MARI BERCUCUK TANAM


benih kailan, kangkung dan bayam hijau yang dibeli oleh saya di pasar dengan harga RM1 sahaja sebungkus

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang.

Alhamdulillah atas segala kurniaan dari-NYA.

Seiring dengan keadaan ekonomi semasa serta kos penjimatan yang sentiasa disebut-sebut didalam media sosial dan sebagainya.

Menanam tanaman sendiri adalah amat digalakkan ketika dan waktu ini.

Selain ia kurang guna racun, anda juga boleh memilih menggunakan baja organik untuk tanaman anda. Lebih selamat jika kita sendiri yang menanam dan mengawasi tanaman.

Jauhi penggunaan racun serangga. Gunakan sahaja lebihan hampas teh atau lebihan air minuman anda sebagai baja untuk tanaman anda lebih subur. Selain itu air basuhan beras juga amat bagus untuk menyuburkan tanah.

Saya baru sahaja membeli benih sayur kailan , kangkung dan bayam hijau dengan harga RM1 sebungkus tempoh hari di pasar untuk ibu saya menanamnya.

Walau jenis tanah di perumahan saya bukan jenis tanah yang subur tetapi itu bukan alasan untuk tidak bercucuk tanam.

Bagi anda yang tidak mempunyai tanah dan tinggal di apartment atau kondo. Terdapat banyak cara untuk anda bercucuk tanam di dalam pasu dan balkoni rumah anda.

Anda boleh mengikuti perkongsian ramai yang mula bercucuk tanam di dalam pelbagai group di facebook. 

Gunakan sahaja butang carian 'search' di facebook anda untuk kata kunci cucuk tanam, tanaman, kebun, kebun bandar dan sebagainya, anda pasti akan melihat beberapa group cucuk tanam yang terdapat di facebook.

Ikuti sahaja group-group bercucuk tanam di facebook pilihan anda dan mula bercucuk tanam hari ini.

Anda tentu gembira dan berpuas hati bila melihat hasil tanaman dari titik peluh anda sendiri.

Malah banyak penjimatan yang akan dapat anda lakukan nanti.

Banyak kelebihan yang diperolehi dari bercucuk tanam sendiri, selain jimat wang, mengeluarkan peluh , makanan dan sayuran anda juga lebih sihat dan kurang kandungan kimia.

Sekaligus mengurangkan risiko untuk anda terkena penyakit.

Terima kasih dan Assalammualaikum.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...