Ahad, 31 Mac 2013

Resepi : KUEY TIAW KANTONIS


Kuey Tiaw Kantonis

Aktiviti : Riang Ria Cuti bersama family


Happy Weekend darling..so ini aktiviti hari cuti we ouls... coz my sister attend kursus Berani Berniaga Dr. Azizan di Gambang Resort tak silap la.. hahaha.. so i di tugaskan untuk menjaga anak saudara i yang aktif itu.. hehehehe.. so pagi-pagi lagi mama dia dah siapkan breakfast ye.. pizza yang sungguh kaya dengan "topping"..serius sedap makan panas-panas ye...

pizza yang sedap di makan panas.

Sekarang ini memang breakfast rajin buat pizza .. coz mesin buat "doh" dari amway dah dibeli.. so that why semakin hari semakin mudah buat pizza dan roti..tak perlu beli lagi.. memang berbaloi...so siapa ada budget boleh beli ye..

Untuk menghilangkan stress (memang kajian sains ye) dan menyemai kasih sayang kepada makhluk Allah di zaman kanak-kanak lagi.. so memang anak saudara i didik supaya menyayangi dan melayani kucing  dengan baik ye dan  sesungguhnya family kami memang pencinta kucing tegar.. hehehe.. so nikmatilah gambar-gambar kucing di bawah.. hehehehe





kucing nihz aktif sangat.. terpaksa letak dalam sangkar supaya tidak mengangu  bayi yang baru lahir.. heheheh


ala.. kena kurung kejap je pun ye...

nama saya qiue.. saya memang aktif. .heheh dan suka mengcakar.. meoww...

Lepas penat bermain kucing dan lunch anak saudara i pun terus masuk tidur dan berehat.. Selepas solat asar, kami terus pergi bersiar-siar ke Taman Tasik Bandar , Kuantan. (actually time pergi kali ni , lupa nak ambil gambar dekat sini.. mujur gambar pergi sebelum itu ada banyak dalam simpanan.. heheheh so guna gambar sebelum itu saja... kihkihkih...)

anak saudara i menikmati ABC di cafe Taman Tasik Bandar  ,Kuantan
Jangan risau di Cafe sini memang banyak pilihan makanan.. rasa makanan dekat sini bagi i biasa je.. setakat nak alas perut..oklah.. janji kanak-kanak happy ye...

masa untuk bermain
bergambar dengan kayak. .actually semalam i pergi.. untuk bermain kayak service ini di tutup sementara ye...

Selepas puas bermain di Taman Tasik Bandar , Kuantan.. Kami terus pergi bersuka ria ke Taman Teruntum dan Zoo Mini (actually tempat ini memang berdekatan saja ye sesama sendiri.. luas sangat).. Untuk pengetahuan warga luar @ kota.. Taman Teruntum dan Zoo Mini ini berdekatan Kelab Golf Di Raja (Juga berdekatan Taman Gelora dan Teluk Chempedak).. Masuk ke Zoo Mini dan Taman Teruntum ini free saja ye.. tiada di kenakan bayaran... Sini juga ada "Night Zoo" tapi i tak sempat pergi kerana anak saudara i dah kepenatan dan kelaparan kerana aktif sangat bermain.. huhu.. "Night Zoo" ini jika tidak silap untuk dewasa bayaran RM2 dan kanak-kanak RM1.. siap ada persembahan dan pertunjukkan ye dalam Night Zoo ini.. so sila pergi... (tidak silap i.. hari Sabtu Malam Sahaja , persembahannya)

pemandangan di Mini Zoo

dekat sini.. boleh tengok pelbagai spesis ular ye..

nampak tak ular di dalam cermin itu/

antara binatang yang terdapat di dalam Mini Zoo

anak saudara i berlari-larian mengejar Burung Unta... besar ye Burung Unta ini..

hari cuti memang ramai ye datang Zoo Mini ini.. biasalah free ye masuk.. heheheh

pemandangan dalam Taman Teruntum dan Zoo Mini

juga ada tempat "playground" untuk kanak-kanak bermain

Masa untuk pergi dinner.. heheheh

Kerana kepenatan dan kelaparan akhirnya we ouls decide untuk dinner di Restoran Sri Affa yang juga amat famous di bandar kuantan ini... Restoran ini sebelah Hotel Seri Malaysia saja ye.. belah kiri Hotel Seri Malaysia jika anda dari Bandar Kuantan... 

Restoran Sri Affa


wajah kepenatan dan kelaparan menunggu hidangan-hidangan lain sampai.. - candid pic
sini memang ramai pelanggan datang makan untuk dinner... so sila datang awal

menunggu hidangan seterusnya sampai.. dont worry banyak lagi picture makanan dalam entry makanan best di Kuantan part 5 selepas ini ye.. yang kami makan di restoran ini akan i upload..

Selepas makan kami terus pulang ye.. itu pun dah lewat malam baru sampai rumah.. hahahahaha coz jalan jem ye... malam minggu katakan...sila bersabar ye jika anda datang bercuti di Kuantan...

Ini saja untuk entry kali ini.. kita berjumpa lagi di entry akan datang... terima kasih kerana sudi membaca entry ini. .salam sayang dari saya.. Luv !!






Jumaat, 29 Mac 2013

BILA Kisah Lalu MENJELMA


Islamic Fashion Show MIFA , Pavillion 2011

Pernahkah anda memohon berdoa agar insan yang pernah anda sayang kembali? anda bertemu lagi dengan dia dengan harapan terjalin kembali perhubungan istimewa dulu?.. setelah bertahun melalui duka lara..anda pun terus lupa kewujudannya yang melukakan hati.. seiring masa berjumpa dengan insan yang lebih baik dan lebih kejam darinya.. akhirnya kisah duka itu.. hanya memori....

Setelah bertahun berlalu.. tiba-tiba anda dikejutkan dari panggilan dari "Dia" yang pernah melukakan dan meyakitkan hati.. yang mengecewakan yang mengkhianati... alangkah "stress"nya hati.. kerana dihubungi oleh insan yang memang telah kita lupakan dan mahu lupakan (sedangkan dahulunya kita sendiri yang berdoa dan memohon pada tuhan agar Dia kembali)...

Soal hati memang "misteri".. walau anda masih tidak mempunyai pengganti "rasmi" dihati.. hanya menyimpan perasaan didalam diam kepada insan lain.. yang masih tidak menghulurkan salam perkenalan.. tetapi insan-insan yang pernah bertahta dihati.. berlumba-lumba menghubungi... sedihkan??? siapa kata insan yang pernah kita sayang dahulunya.. setelah bertahun dilupakan..akhirnya menghubungi kita "membahagiakan"?... oh!!! itu mungkin bagi mereka yang mengharapkan 'kembali terjalin" atau yang berpisah kerana keadaan memaksa bukan kerana dikhianati?...

Setiap insan ada prinsip sendiri.. punyai kisah luka dihati.. bagi yang terpisah kerana waktu dan keadaan hidup yang memaksa mungkin berjumpa @ dihubungi secara tiba-tiba adalah saat paling ditunggu dan membahagiakan walau 10 tahun sekalipun ia telah berlalu... tapi bagi mereka yang dikhianati.. yang memang nekad untuk melupakan segalanya.. .panggilan dan nama insan itu pun sudah "menyakitkan"....

Bukannya kami yang menghadapi kisah ini tidak "kuat" tetapi kami sungguh dan bersungguh nekad.. untuk tidak memandang kebelakang lagi.. memang tidak mahu mempedulikan lagi.. siapakah mereka untuk menghukum kami tidak menerima qadha dan qadar?.. siapa mereka yang tidak pernah tahu kisah derita yang kami lalui.. cerita kita berbeza.. tolonglah jangan hukum kami... dan untuk insan yang masih menggangu dan masih tidak serik-serik menyakiti..tolonglah pergi dari hidup kami yang memang tak ingin kalian menghubungi dan mencari kami lagi.. pergilah... kerana hati kami sungguh.. jika ditanya.. hanya ingin menjawab "saya tidak pernah kenali dia... maaf....".. walau anda atau satu dunia pun tahu kami dulu pernah rapat sekali....

oh hati! maafkan aku sekali lagi kerana mengizinkan "Dia" menyakitimu, melukakanmu.. bagaimana hati ini tidak derita?.. jika dulu menerima dia tanpa ada apa-apa, sedangkan yang menghulur cinta kasih sayang bukan sembarangan insan?... memang sakit pedih sekali....

Aku hanya mohon padamu tuhan.. berikan aku kekuatan... untuk mengharungi sekali lagi dugaan ini.. hatiku sungguh sedih.. hanya kau saja yang memahami.. tolong kuatkan aku... untuk bangun dan bangkit kembali... mengejar insan yang memang aku ingini.. dan tolong.. simpankan hati dia hanya untuk aku.. dan tolong kuatkan aku lupakan dia yang pernah menyakiti.. jauhi dirinya dari aku supaya aku tidak disakiti dan sedih terluka lagi..... Aaaminnn...


*** cerita seorang aku.... uhukkkk!!!





AKU MAHU DIA



Gambar Hiasan - Pic Open House Raya 2012.... ketika i beraya di rumah my fren yuyu

Aku Mahu Dia (Hazama)

Sejak aku kenali dia
hati ini selalu gundah
selalu ingin dekati
dan menghampiri dia

aku mahu dia milikku
ku harap semua pun tahu
bahagia terasa bila ku melihat senyumannya..


aku sedar ku telah jatuh cinta
dengannya hatiku terasa luar biasa
aku tahu kau selalu curi lihat aku
matamu jelaskan kau mahu

katakanlah pada ku kasih
andainya kau punya perasaan sepertiku
agar kita bisa bersama
tolong jawablah kasih
jawablah perasaan hatiku yang menebal
ku selalu terbayang senyum mu


pernah tak anda dengar lagu diatas ini?.. tentu pernah kan.. sakitnya jiwa jika kita suka kan seseorang itu tetapi tidak berani menegur atau memberikan "respons".. adui.. nak senyum pun susah.. bertentang mata pun susah.. apalagi nak menegur... sakit... sungguh sakit...

dont worry.. jangan risau itu bukan sejenis penyakit yang membahayakan kesihatan anda ye.. just bahaya untuk hati anda dan diri anda jika tidak boleh tidur atau berangan perkara yang mustahil terjadi jika anda masih tidak bersungguh-sungguh untuk mencuba.. tapi berita baik untuk anda.. anda tidak menghadapi penyakit hati ini seorang diri.. memang ramai di muka bumi ini.. apa bila menghadapi penyakit "gila bayang" atau pun "suka tapi malu"... malah kajian menunjukkan 90%  insan yang jatuh hati atau suka seseorang hanya mampu memandang.. tetapi hanya 10% sahaja berani menegur. ..malah ada juga insan yang lebih malang menyukai orang yang disukai hampir 3 tahun.. tetapi hanya mampu saling berpandangan sesama sendiri tetapi tidak memulakan perkenalan akhirnya terpisah sendiri...walaupun kedua-duanya ada menunjukkan respon "suka sama suka".. sadis ye....

Jangan risau darling.. antara sebab 'kekasih diam @ bayang" anda setakat memandang. .baik lelaki atau perempuan antara sebabnya adalah : -

1. Maybe sidia yang anda suka itu sudah ada bf / gf ye... tapi dia suka memandang anda setakat suka saja...tak adalah sampai nak ber"dating" atau buat bf / gf .

2. Wajah anda seiras "chenta hati" sidia.

3. Tidak berani menegur kerana takut "cinta" tidak berbalas..

4. Segan kerana merasa diri lebih "rendah" dari anda.

5. Menunggu anda dahulu menghulurkan perkenalan.

6. Malu atau segan kepada rakan-rakan sidia atau rakan-rakan anda.

7. Merasakan anda layak mendapat yang lebih baik dari mereka.

8. Belum bersedia untuk "komitmen".

9. Lelaki merasakan perempuan yang di minati lebih tua dan perempuan pula merasakan lelaki itu jauh lebih muda darinya... hanya dari keadaan fizikal.. (kekadang anda tidak sedar mereka sebaya sahaja dengan anda jika masih tidak cuba saling mengenali)

10. Terlalu suka atau obses kepada anda dan merasakan diri terlalu banyak kekurangan dan tidak mahu anda terlibat di dalam masalahnya.. (mungkin mereka ada rahsia dan alasan sendiri).

11. Untuk keselamatan hati anda..mungkin juga sidia mata keranjang ye... playboy @ playgirl.. yang suka bermain mata... heheheheheeh,,,

Apa sekalipun memang simpati dengan mereka yang terlibat dalam perasaan ini.. yelah.. mesti jika teringat dah rindu tidak boleh buat apa-apa kan? hanya terpaksa bersabar menunggu hari esok datang menjelma.. agar boleh berjumpa "pujaan hati" yelah.. no. telefon, nama pun kadang-kadang tidak tahu.. (ada ye kes macam ini).. tetapi tidak boleh melakukan apa-apa..  

Ada juga kes mereka yang berkejaran menyiapkan kerja untuk keluar lunch, hi-tea.. atau mengejar lrt... utk ke cafe atau restoran or gerai hanya ingin melihat "pujaan hati;... malah siap ada kes.. duduk meja dan kerusi yang sama setiap hari, sanggup meng"cop" demi melihat pujaan hati.. tak kiralah kerusi di gerai atau didalam lrt.. atau di hentian bas sekali pun.. oh ! suka dan cinta itu memang pelik !

Walau bagaimana pun seiring masa. .akhirnya anda akan berpisah jua dengan "pujaan hati".. maybe mereka berpindah tempat kerja, berpindah rumah atau menyambung pelajaran.. Tentu sedih sekali... bila satu hari, anda mencari-cari "pujaan hati" tetapi sidia tidak kunjung tiba.. menunggu berhari-hari di tempat yang sama akhirnya masuk berbulan-bulan.. dan ketika itu barulah anda sedari "pujaan hati" telah pergi samaada pergi selamanya (meninggal dunia) atau meninggalkan segala memori anda untuk berhijrah ke tempat lain atau memulakan hidup baru di tempat lain.. so, jika anda menghadapi perkara ini.. sila tabahkan hati ye... heheheheheh

Seperti biasa seiring masa perasaan itu akan hilang.. tetapi jika melalui kawasan kenangan.. memang memori itu akan datang...bagi mereka yang pernah atau sedang menghadapi hal ini.. jika "sidia' masih dihadapan mata... beranikan diri.. jika tidak mahu perkara diatas menimpa ye... tetapi percayalah. ..kekadang kita maybe terlalu "obses" pada sidia kerana kita masih tidak menegur atau memilikinya.. mungkin apabila kita sudah berkenalan, berkawan baru kita sedar.. sidia tak seperti "obsesi" kita.. maybe kita akan rasa.. kecewa.. jadi atleast bagi mereka yang sudah terlepas sidia yang diidam.. lebih baik fikir positif. .atleast anda didalam kenangan sidia tetap ''istimewa" dengan cara tersendiri...

Bagi mereka yang tidak mampu mengawal perasaan ini... saya tidak kata " tepuk dada tanya selera".. tetapi saya advice anda untuk Istikharah jika anda orang islam bagi menjawab segala persoalan dihati.... salam sayang dari saya.. luvvvv!!!!



"saya pasti akan jumpa ramai lagi orang.. tapi takkan sama dengan awak..."


*** gambar diatas saya perolehi dari Facebook.. kepada pemilik gambar ini.. jika anda tidak membenarkan ia berada di entry ini.. sila maklumkan dan saya akan remove dari entry ini.. terima kasih.



Khamis, 28 Mac 2013

Fairy tales bersama anak-anak ? JOM MEMASAK !



Nasi goreng yang berbentuk Teddy Bear yang berselimut dan sedang Tidur - di hias oleh Tahrun dan anak-anaknya.

Darling!!!! i taw ramai yang tak sanggup ber"jem" untuk bawa anak-anak bercuti jauh-jauh terutama dalam cuaca yang serius amat panas terik di merata negeri sekarang ini.. bukan tak nak berkorban atau tidak sanggup.. tapi kerana kasihankan anak-anak yang kepenatan di jalan raya.. belum kira lagi jika anak-anak kecil dan masih antibodi lemah.. silap haribulan boleh demam panas... tak kira lagi jika bersesak-sesak membeli makanan terutama dekat tempat famous seperti KLCC atau Pavillion.. even dekat tempat makan yang Famous didalam google dan blog pun berjam tunggu makanan.. apalagi tempat tumpuan manusia bershopping dan berdating..hehehehhe

So, terima kasih kepada Tahrun.. kawan i yang sudah famous dan dikenali dalam beberapa entry i kebelakangan ini.. yang rajin memasak dan mengembirakan anak-anaknya.. so uols tengok latest picture dibawah? nampak tak " teddy bear cute" di bawah ini.. so inilah aktiviti riang ria Tahrun bersama anak-anaknya di waktu pagi.. menyiapkan breakfast.. Fuiyoooo!!! sure uols pun berminat untuk buat bersama anak-anak kanzzzz????

teddy bear yang bersiap sedia untuk tidur. .dah "terbungkang" pun ye.. hahahah.. "mana selimutnya. .sejuknya...?" kata teddy bear didalam hati...hehehhe

So dengan hati yang suci Permaisuri Tahrun serta putera dan puterinya menyelimutkan "teddy bear cute" yang kesejukan itew.. dengan selimut emas... hehehehehehe.. Tidurlah "Teddy Bear Cute" dengan lena....(ala suara latar dalam fairy tale.. heheheh)

teddy bear yang siap diselimuti "selimut emas" (telur) oleh Tahrun dan anak-anaknya..

Begitulah kisah teddy bear cute yang diceritakan oleh Tahrun kepada i uolss.... so jika uols berminat untuk turut serta dalam episod-episod kisah ini untuk seterusnya.. bolehlah tengok macam mana nak hias hidangan ini dan benarkan "teddy bear cute" muncul dalam sarapan pagi anda boleh lah belajar dari link ini ye... actually anak-anak Tahrun sendiri yang mencari dan men"google" nya.. jangan tak percaya ye... huhu.. so please check this link ASAP http://www.youtube.com/watch?v=OqlllgigAbw


Hidangan pagi indah yang menceriakan.. - Pagi yang indah bermula dengan sarapan yang indah...

Thank you very much kepada Tahrun dan anak-anaknya atas gambar-gambar ini... Hidup ini sungguh indah darling... biarkan "Fairy Tales" muncul bukan sahaja dalam mimpi anda.. .hehehehe

Selamat Bercuti Sekolah kepada adik-adik semua (adik-adik lagi ke? hahaha.. adik bongsu i masih bersekolah menengah ye).. jangan nakal-nakal.. luvvv & Muaaahhh!!!!



*** i masih memujuk Tahrun untuk menyertai i buat blog ye... huhu.. so lepas ini. .Tahrun pun akan ada blog juga.. heheheheh..






CHRISTIANA RONALDO Yang Menawan


memakai jersi No. 7 untuk Real Madrid

Siapa peminat Bola Sepak yang tidak mengenali Christiana Ronaldo?  Beliau bermain dalam perlawanan akhir Euro pada umur 19 tahun dan perlawanan separuh akhir Piala Dunia pada umur 21 tahun. Berikut sedikit catatan ringkas mengenai Christiana Ronaldo yang menawan hati saya.. hehehe :-

gambar keluarga Christiana Ronaldo - ketika beliau masih kecil

- Di lahirkan pada 5 Febuari 1985, di Funchal, Portugal . Christiana Ronaldo dilahirkan didalam keluarga yang miskin...oleh kerana itulah kenapa dia amat mengasihani kanak-kanak di Palestin.. Beliau juga mempunyai 2 orang kakak.


Christiana Ronaldo bersama Kasut Emas yang dimenanginya

- Di laporkan menjual @ melelong kasut emas yang dimenanginya pada harga  1.4 juta Euro (ada juga maklumat yang mengatakan 1.5 juta Euro) pada 2011. Dan wang hasil lelongan itu telah disumbangkan bagi membina beberapa buah sekolah yang hancur di sepanjang Tebing Gaza.

- Beliau percaya bahawa Palestine harus mendapat hak kebebasannya sendiri sebagai sebuah negara dan Christiana Ronaldo benci melihat kanak-kanak di Palestine terpaksa melalui keadaan yang sama seperti apa yang dilaluinya bersama keluarganya sebelum dia berjaya menjadi pemain bola sepak dunia yang terkenal.

- Pernah mengenakan skaf Free Palestin sebagai tanda pembebasan Negara itu dan dikatakan pernah juga mengunjung Palestin sekitar tahun 2005 - 2007 melawat penduduk Palestin.

- Real Madrid juga harus dikagumi kerana menubuhkan Yayasan Real Madrid (Christiana Ronaldo juga mendermakan duitnya yang disalurkan melaui Yayasan ini untuk Membantu Palestine) dan yayasan ini bercadang untuk membina  8 buah sekolah di Wilayah Palestine dengan duit yang dikumpulkan oleh Yayasan itu sepenuhnya.

- Christiana Ronaldo juga tidak minum arak dengan alasan , mengingatkannya tentang penyakit yang meragut nyawa ayahnya dulu ketika beliau berusia 20 tahun.

- Dia juga dikatakan tidak mempunyai tatu di badannya supaya dia dapat mendermakan darahnya dua kali setahun,

- Christiana Ronaldo juga dikatakan telah membayar perbelanjaan perubatan  Kanser bagi seorang kanak-kanak yang berusia 9 tahun yang menghidap kanser yang serius.

- Pada tangal 3 Julai 2010, Jejaka menawan ini telah mengemparkan dunia dengan membuat pengakuan di Facebook rasminya bahawa dia telah menjadi seorang ayah. Anak lelakinya itu di beri nama Christiana Ronaldo Junior tetapi ibu sebenarnya bayi itu sehingga kini tidak diketahui siapa dan sehingga kini bayi itu dijaga dan di bela oleh Ibu dan Kakak Perempuan Christiana Ronaldo.

- Pernah di gosipkan bercinta dengan ramai artis Hollywood terkenal termasuklah Paris Hilton.


Itu saja serba sedikit mengenai Christiana Ronaldo.. terima kasih kepada google atas segala maklumat ini... Jumpa di Entry berikut.. Salam Sayang dari Saya.



*** Gambar diatas di perolehi dari Google.. jika anda adalah pemilik gambar-gambar ini... dan tidak membenarkan ia disiarkan di entry ini. .sila inform saya.. dan saya akan "remove" gambar-gambar ini dari entry ini... Terima Kasih Ikhlas dari hati saya... 



Rabu, 27 Mac 2013

Khasiat Habbatus Sauda atau Jintan Hitam


Habbatus Sauda yang saya amalkan RM15 sahaja

Tentu anda biasa mendengar tentang Habbatus Sauda atau Jintan Hitam... saya mendengarnya dari ketika saya bersekolah lagi... tapi seingat saya.. saya mula mengamalkannya ketika saya bersekolah menengah lepas itu berhenti lama, sebelum mengamalkannya kembali beberapa bulan dan berhenti bertahun-tahu dan selepas itu mengamal kembali , kemudian berhenti bertahun-tahun dan pada hari ini saya mula kembali mengamalkannya... antara hadis yang menyebut tentang khasiat Jintan hitam atau Habbatus sauda ini ialah :

Dari Aisyah R.A beliau mendengar Rasullah SAW bersabda

"Sesungguhnya Al-Habbbatus Sauda boleh menyembuhkan segala penyakit keucali As- Sam (Mati)"..- Hadis Riwayat Imam Bukhari

Riwayat Abu Nu'Aim dalam kitab Al- Tibb himpunan hadis-hadis sahih no 1819 - "Pada  Habbbatus Sauda terdapat segala ubat bagi segala penyakit kecuali mati".

Tetapi hadis yang paling berbekas di hati saya dan telah lama saya hafal semenjak sekolah ialah "Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda.. kerana padanya terdapat ibu segala penyakit kecuali mati".. maaf saya tak ingat riwayat siapa tapi memang itu hadis Sohih. Dan oleh kerana hadis itulah penjual yang memberitahu saya bahawa mesti mengamalkan habbatus sauda dengan istiqomah baru akan mendapat hasil.. jika sekejap berhenti sekejap tidak..memang susah untuk ia menampakkan hasil..

Kakak angkat saya pemegang Ijazah dari Jordan juga pernah memberitahu , jika dia memakan apa saja ubat klinik, panadol atau perubatan moden, dia pasti akan makan habbatus sauda untuk meneutralkan bahan kimia yang terdapat didalam ubat itu.

Kini ,di pasaran Malaysia, terdapat pelbagai jenis hasilan dari habbatus sauda, ada yang jenis biji, kapsul dan minyak.. harganya juga amat murah.. malah sekarang ini sudah terdapat sabun dan produk kecantikan habbbatus sauda..anda boleh mendapatkannya dikedai-kedai jualan barangan sunnah, kedai buku agama, kedai jamu dan kedai-kedai arab. Jangan bimbang, kerana sekarang memang terlalu mudah untuk mendapatkan produk hasilan habbatus sauda ini.

1. Untuk kesihatan badan anda digalakkan untuk makan habbatus sauda. Minyak habbatus sauda juga elok untuk diminum tapi memang amat memanaskan badan, ramai orang yang tidak tahan ,so better makan yang biji asli sahaja (sebolehnya kurang 10 biji sekali makan), kapsul habbatus sauda pun ramai yang tidak tahan memakannya dan digalakkan untuk makan ketika malam. Habbatus sauda yang biji atau asli seelokknya diamalkan dalam jumlah ganjil dan dimakan ketika pagi sebelum sarapan dan malam ketika tidur., untuk kecantikan juga anda digalakkan untuk makan habbatus sauda dan menggunakan minyaknya.... untuk kecantikan kulit.. bukan saja untuk kecantikkan kulit.. malah jika minyaknya disapu di payudara ia membantu membesarkan dan mencantikkan payudara , dan untuk lelaki ia juga turut membantu membesar dan memanjangkan zakar...walau bagaimana pun bau minyak ini kurang enak ye... hehehehe

2. Bagi anda yang hanya memakan 2-5 biji habbatus sauda asli pun tetap rasa panas badan dan pening kepala.. anda boleh cuba merendamkan habbatus sauda itu dlm segelas air masak di waktu malam.. dan pagi esoknya terus minum air habbatus sauda itu bersama habbatus sauda didalamnya... insyaallah badan anda boleh terima.. sebelum terlupa jangan lupa berselawat dan baca niat ye sebelum makan... (umat islam memang digalakkan buat perkara ini).. selain itu cara ini juga sesuai untuk merawat batuk dan selsema.

3. Anda juga boleh mencampurkan habbatus sauda yang dikisar atau ditumbuk kedalam minuman atau makanan anda atau ketika anda memasak.. memang digalakkan.. even lagi digalakkan jika dicampur didalam jamu buatan sendiri. .tapi jangan masuk banyak sangat ye. .cukuplah 3-5biji sahaja... tapi sebenarnya digalakkan 7biji...

4. Selain itu anda juga digalakkan mencampur 3-7biji habbatus sauda didalam madu yang anda minum atau makan sebelum sarapan..kedua-duanya adalah makanan sunnah yang amat digalakkan dan kedua-duanya adalah ubat segala penyakit kecuali mati.


Habbatus Sauda saya..hheheheh

ANTARA KEBAIKAN HABBATUS SAUDA IALAH :

MEMBERI TENAGA - keletihan, sakit-sakit badan, mudah mengantuk

MENINGKATKAN IMUNISASI – mengelakkan dari jangkitan penyakit, meningkatkan sel pembunuh penyakit, sesuai untuk pengidap AIDS, pesakit kanser, penyakit berkenaan ketahanan badan, membantu melawan penyakit

ANTI INFLAMASI – mengurangkan bengkak dan radang, sesuai untuk pesakit asma (radang paru-paru), sakit kulit eczema (radang kulit) dan arthritis (bengkak sendi)

SALURAN PERNAFASAN – melegakan saluran pernafasan yang membengkak (lihat Anti Inflamasi),

ANTI HISTAMIN – mencegah cetusan histamine (punca alahan) dalam badan, sesuai untuk mereka yang mempunyai alahan kepada makanan (makanan laut dsb) dan debunga, juga asma

ANTI BAKTERIA – mengelakkan dari jangkitan E-coli, V cholera dan shigella, mengubati cirit birit, sesuai untuk kesihatan dalam perut dan usus, mengatasi masalah bau mulut, tonsil

ANTI ARTHRITIS – lihat Anti Inflamasi

PENYAKIT WANITA – membetulkan putaran haid, memperbanyak air susu ibu, meningkatkan tenaga, meningkatkan kesuburan

SALURAN PERKUMUHAN – merawat jangkitan pundi kencing, melawaskan perkumuhan

ANTI PARASIT - membunuh cacing dalam perut, juga sesuai untuk kanak-kanak (lebih dari 5 tahun)

MENINGKATKAN DAYA INGATAN – mempunyai asid omega 6 dan asid omega 3 yang baik untuk otak dan kecerdasan

MERAWAT TENAGA BATIN – impotensi, meningkatkan tenaga seksual (untuk lelaki dan wanita)

MENGECUTKAN KETUMBUHAN (ANTI –TUMOR) – sesuai untuk mereka yang mempunyai ketumbuhan, kanser, tumor dan lain-lain.

MENGAWAL KOLESTROL DAN KADAR GULA


Kebaikan Habbatus Sauda ini saya dapat dari entry ini :  http://ummuaisyah-azharsofi.blogspot.com/2012/10/khasiat-habbatus-sauda.html boleh rujuk pengalaman beliau menggunakan habbatus sauda untuk anak beliau disini.

rupa jintan hitam asli

So, mulai sekarang anda boleh cuba membeli habbatus sauda dan makan.. dulu saya pernah amal berkotak juga habbatus sauda kapsul Baraka, tetapi sekarang saya prefer yang asli. .kerana banyak sangat keburukan kapsul yang saya baca untuk kesihatan.. tetapi saya tak tahulah bagaimana dengan kapsul baraka...

Salah seorang dari kawan lelaki saya pernah memberitahu saya, "semenjak dia rajin mengamalkan kapsul habbatus sauda , nafsu makannya semakin menjadi-jadi sehingga dia tidak boleh mengawal nafsu makannya".. bila perkara ini saya refer kepada penjual habbatus sauda.. penjual itu memberitahu saya "memang kapsul ini meningkatkan nafsu.. jika orang bujang yang makan so nafsunya akan ke makan..." no wonder.. salah seorang kawan saya yang belajar di Universiti Al-Azhar Mesir pernah berkata yang ulamak dan pensyarahnya berkata..." jika orang itu kuat nafsu makannya.. so dia juga kuat nafsu jimak". .heheheh.. so that mean.. habbatus sauda juga boleh meningkatkan tenaga batin..

I pernah dengar dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia.. lama sangat dulu (time i masih study lagi ye, so that mean lebih 10 year).. ada seorang wanita telefon mengatakan dia sembuh kanser payudara dengan mengamalkan berbotol-botol habbatus sauda.. termasuk seorang wanita yang menunggu begitu lama untuk mendapatkan anak akhirnya berjaya mengandung dengan mengamalkan habbatus sauda dan buah delima . Jadi mungkin anda boleh mula mengamalkannya dari sekarang ye...untuk meningkatkan kesuburan.

Baiklah, sekian saja untuk entry kali ini.. jumpa lagi di next entry.. tqvm kerana sudi membaca entry ini.. salam sayang dari saya... luvvvv!!!! mmmuahhhhh!!!!

Fashion Stylish 2


Rasanya i memang dah lama sangat tak post picture untuk fashion.. hehehe..so kita mulakan pagi ini dengan entry santai ini sekadar cuci mata dengan gambar-gambar yang i dapat dari pelbagai facebook dan google... if ada sesiapa yang claim ini adalah gambar asal hak milik mereka.. sila inform i ye.. nanti i remove gambar-gambar ini dari my entry.. termasuk gambar dalam entry fashion lain.. heheheh..  oklah.. untuk uols yang tak tahu nak beli baju apa.. atau fashion apa.. boleh guna kan baju-baju ini untuk rujukan.. dan untuk mereka yang bertudung.. please sesuaikan dengan gaya anda yang bertudung ok... dan yang islam dan tidak bertudung. .moga anda akan jadi lebih baik dari hari ini termasuklah untuk saya.. so sila tengok gambar-gambar di bawah...














Oklah uols.. see uols next entry ye.. i akan try sedaya upaya untuk menaip draft i dan siapkan atleast satu entry lagi untuk hari ini jika berkesempatan.. tqvm kerana sudi membaca this entry.. luvvvv!!!!



Selasa, 26 Mac 2013

Helpppppzzz!!! I Can't SLEEP !!


curlasss tak gambar hiasan i uolsss??? hehehehhe

Hehehe.. orang lain setakat FB status @ tweet tak boleh tidur... i siap buat entry blog tuhz uols... hahahahhaha.. i confirm ramai sajork yang macam i kanzzz???.. tidak boleh tidur hatta di luar hujan selebat-lebatnya membasah bumi (time makbul doa okay!).. kalau petir kilat sambar myambar tak pelik la if tidak boleh tidur.. ni no petir kilat okey uols..tapi mata duk wat ngada-ngada tak mau lelap. .time siang tadi kemain mgantuk tak hengat... sampai tersenguk-senguk.. time nihz..tak perlu kacip fatimah @ tongkat ali.. tetap cerah secerah-secerahnya lagi.. iskhhh!!! so if uols pun tak boleh tidur.. meh i bg tip-tip agar boleh tidur nyenyak yea.. wakakakakak...

so uols antara tip-tip bagi anda yang susah tidur ialah (skema uols ayat i,,)... :-

1. Minum susu panas (kadang-kadang tak ada selera ye nak minum susu walau terpaksa.. coz rasa nak loya ye ... hehehhe)

2. Tengok TV yang memaparkan cerita yang membosankan.....(banyak ok cerita yang bosan..especially kt tv1 dan astro yang duk ulang cerita yang sama sajork..heheeheh)

3. Pergilah ganggu kawan-kawan uols berchatting bagai.. if diaorang dah tidur.. sila ganggu kawan-kawan uols yang menetap di overseas.. yang sure tidak tidur lagi.. wakakaka

4. Pergilah mengaji atau solat sunat ye...

5. Update blog.. sure penat punya fikir idea dan menaip bagai.. AND LASTLY

5. Bacalah blog i.. wakawakakka.. lepas itew leh sambung untuk cuba tidur. .hhuhu


Oklah darlingz.. jom kita tidur.. maybe kali nihz terlelap.. oh lupa.. ada  doa ye untuk orang yang tidak boleh tidur.. jap lagi i google.. uols pun google lah sendiri ye.. i malas dah taip. .huahhuahua.. nite & luvvvv!!!!



Me, My Self & Belajar BUAT DUIT DENGAN BLOG melalui Carigold.Com


Nov 2011-Mifa (Islamic Fashion Show 2011) - Pavillion

Darling..i tak mampu nak menaip dan berfikir ye untuk sementara waktu heheheh.. walau berpuluh draft i dah sediakan.. tapi untuk mengasah otak menaip bagai serius tak mampu ye buat masa ini.. kerana sakit kepala menyerang kerana banyak berfikir (iskhhh!! baru ku tahu pengorbanan blogger ye selama ini memerah otak..) ..


Walau bagaimana pun kerana i menghargai sangat-sangat kerajinan uols untuk membaca my blog.. so seperti yang i inform dalam entry before this yang i baru sajork, 1 week berjinak dengan forum..so i dapat banyak sangat ilmu dengan mengikuti forum ye uols..forum yang i join setakat ini satu sajork ye www.carigold.com. antara latest ilmu yang i dapat last week tentang bagaimana Google Adsense memberi kita peluang buat duit dengan blog .. uols boleh baca ye entry ini... http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=392416 dalam carigold.com dan cara add Google Adsense dalam blog... 
contoh pendapatan salah seoranag ahli forum Carigold  dari link diatas dalam USD ye..

bagusnya entry ini kerana ia mengajar i as a blogger cara add Google Adsense dalam blog.. selain itu jika i atau uols ada problem,  serius.. ramai sangat.. taikon-taikon , jejaka-jejaka, gadis-gadis yang sudi menjawab dan menolong.. so please try ye... banyak lagi tip-tip dan soalan uols tentang blog yang akan terjawab jika uols join forum.. i pun ada menyimpan hasrat untuk try join forum wangcyber next week ye... tapi yang pasti.. i sendiri pun tidak berkesempatan lagi untuk add GOOGLE ADSENSE nihz.. hehehhehe.. uols buatlah dulu ye.. hehehe

Selain Google Adsense yang serius famous ini.. yang terbaru untuk blogger buat duit uols boleh try buka thread tentang SQUIDOO  dekat  carigold.com .Squidoo ini pun lebih kurang Google Adsense.. juga untuk menjana pendapatan.. so imej dibawah ini i dapat dari link ini ye... http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=418346&highlight=squidoo Squidoo ini baru lagi.. dan memang serius menarik minat i ye untuk mencuba.. tapi i masih belum berkesempatan untuk buat lagi.. bagi mereka yang berminat sila baca link yang i sertakan ye... i pun insyaalah akan try join Squido next week.. so sama-samalah kita ye...

pendapatan salah seorang ahli carigold juga dalam  USD


Oklah before i tulis entry yg kena menaip panjang lepas nihz.. so i saja merelax otak i tanpa berfikir apa nak taip dengan upload my pic.... all this pic from 1996 - 2012.. dari i mengembara from ampang ke klcc, genting, miri, k.terengganu, penang egypt, london, paris, amsterdam, belgium, german, Jakarta, Bandung , Bali dan lain-lain..nanti i akan buat entry tentang tempat-tempat yang pernah i lawati & apa yg best & menarik ye, tempat apa best for shoping (termasuk di Malaysia & online shopping best) , cuci mata bagai.. gambar-gambar nihz just intro sajork.. wkakakakaka...  nak ambil mood dahulu untuk menaip segala bagai,,, kater nya.. kanzz.. huahauahauhaua.... 


Jan 2011 - Universal Studio Singapore



Nov 2011 - Genting Highlands



October 2010



Dec 2010 - Hard Rock Hotel , Penang


Raya 2009


Jan 2010 - London

March 2012 - Cyberview 

Raya 2009 - Bersama anak sedara kesayangan


Dec 2009 - Paris

Dec 2009 - Holland


Dec 2009 - Paris

Dec 2009 - Swisszerland


Jan 2010 - German

December 1996 - Pantai Batu Hitam , Beserah


March 2011 - Miri , Sarawak

March 2008 - Cairo , Egypt

March 2008 - Cairo , Egypt

March 2011 - Miri Sarawak

March 2011 - Miri Sarawak

Nov 2000 - Awana Genting Highlands



march 2008 - Cairo , Egypt

Oklah darling semua.. nanti if ada lagi ilmu baru yang berguna untuk dikongsi.. i akan syer kan dengan uols semua ye.. di kesempatan ini i mengambil kesempatan mengucapkan Jutaan Terima Kasih yang teramat sangat bagi uols yang setia mengikuti dan membaca my blog... tanpa uols.. sunyi sepi my blog tanpa pelawat....salam sayang dari i.. and Luvvvv ..Muaahhh....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...