Selasa, 14 November 2017

Bahayakah Gandum Moden?


Imej Buletin Pengguna dari Persatuan Pengguna Pulau Pinang 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. 

Diet tanpa gluten kini semakin popular. 

Antara bahan utama Yang sering digunakan dalam masakan ialah gandum. 

Gandum ialah bahan paling popular yang mempunyai Gluten dan merupakan antara makanan wajib di makan oleh penduduk dunia. 

Gandum digunakan dalam kebanyakan pembuatan Biskut, cookies, kek, donut, pai, coklat, roti,  bun,  kuih muih, tart, roti canai dan sebagainya. 

Malah gandum ialah bahan wajib ada di kebanyakan rumah. 

Sayang seribu kali sayang.  Gandum yang asalnya sihat dan tinggi khasiat kini bukan seperti gandum zaman nenek moyang kita dahulu. 

Gandum yang terkenal menyihatkan badan dan mengenyangkan itu kini diubah genetik asal menjadi bahan bahaya jika terus di konsumi terus menerus sekaligus menjadi punca pelbagai penyakit auto imun dari asma, kencing manis,  ekzema,  gout,  kanser,  alzhemeir's malah penyakit mental. 

Agak sedih gandum yang juga terkenal sebagai makanan zaman nabi dan kegemaran nabi diubah genetik sebegitu rupa hanya untuk memenuhi permintaan dunia yang inginkan terlalu banyak bahan makanan. 

Seperti kisah ayam dan lembu yang dipercepatkan pertumbuhan menggunakan hormon. 

Gandum juga turut diubah genetik untuk memenuhi keperluan penduduk dunia. 

Bayangkan jika ayam di negara kita di beri hormon hanya untuk memenuhi satu keperluan negara. 

Bagaimana gandum yang diubah genetik bagi memenuhi keperluan dunia dan negara lain khususnya. 

Jika selama ini anda menjauhkan makanan tinggi hormon,  masa untuk anda belajar mengurangkan gandum dalam pemakanan anda. 

Gandum sama ada organik dan Non organik,  berpeluntur dan tidak berpeluntur tetap membahayakan kesihatan atas isu Gluten. 

Alasan gluten ini menyebabkan kebanyakan remaja dan golongan diet holistik kembali kepada nasi atau beras yang tidak mempunyai Gluten. 

Dalam kekecohan beras dan nasi Yang dikatakan tinggi gula.  Golongan yang mementingkan kesihatan dan sentiasa di kemaskini dengan Info semasa memilih nasi atau beras menggantikan gandum dalam masakan mereka. 

Pelbagai resepi gandum kini diubah menggunakan tepung beras dan nasi. 

Tepung tanpa gluten seperti tepung Beras tepung jagung,  Tepung ubi kayu,  Tepung kelapa digunakan menggantikan tepung gandum dalam pelbagai resepi. 

Resepi dan makanan serta menu tanpa gluten terus mengambil alih. 

Maka tidak perlu pelik melihat menu dan cookies serta tepung tanpa gluten atau 'Gluten free'  semakin menjadi-jadi di pasaran ketika ini. 

Jika anda menyayangi usus dan kesihatan anda perlahan-lahan kurangkan Gluten dan gandum dalam diet seharian anda. 

Dari kecil kita kebanyakannya disuap dengan gandum dan Gluten tanpa sedar dunia telah mengubah genetik gandum berpuluh tahun dahulu demi memenuhi keperluan manusia sejagat. 

Diet hari ini yang tinggi Gluten antara penyebab banyak masalah kesihatan termasuk otak dan emosi. 

Malah tidak hairan jika kebanyakan Blog doktor holistik terkenal termasuk Persatuan Pengguna Pulau Pinang mula mewar-warkan bahaya Gluten dan gandum moden. 

Jika satu waktu dahulu Persatuan Pengguna Pulau Pinang memberi amaran mengenai kandungan peluntur dalam tepung gandum yang membahayakan kesihatan. 

Hari ini Persatuan Pengguna Pulau Pinang memberi amaran bahaya gandum. 

Banyak lagi perkara mengenai makanan dan bahan keperluan diri serta alam sekeliling yang sentiasa dikemaskini mengenai bahayanya. 

Dalam dunia yang semakin uzur dan menghampiri fasa-fasa akhir zaman ini terlalu banyak penipuan dalam segala segi yang sukar untuk dijelaskan. 

Jika anda teringin gandum,  cuba dapatkan syair Arab iaitu gandum Arab. 

Penulis pernah membeli syair Arab ini yang berharga dalam RM25 untuk 200 gram. 

Syair Arab ini agak sukar didapati kecuali ada stok terhad yang dibawa pulang atau dijual di Facebook dari mereka yang baru pulang dari Arab terutama Palestin. 

Untuk masa ini berubah perlahan-lahan ke resepi nenek moyang tanah Melayu satu waktu dulu yang sebenarnya lebih banyak menggunakan tepung pulut. 

Buah melaka,  badak berendam,  kuih koci dan pelbagai lagi kebanyakan adalah kuih tradisional yang menggunakan tepung pulut.

Laksam juga menggunakan tepung beras. Kembali ke resepi dan makanan nenek moyang Melayu jika anda inginkan kesejahteraan kesihatan keluarga anda dan diri anda. 

Semoga Artikel ini memberi manfaat kepada anda serta berjaya membuka mata anda sedikit demi sedikit mengenai bahaya Gluten serta apa yang berlaku di sekeliling kita. 

Ini antara link yang anda boleh jadikan rujukan https://www.sott.net/article/267844-Health-dangers-of-eating-wheat

Terima kasih. 







Isnin, 13 November 2017

Pastikan Menulis


Terlalu banyak perkara yang anda nampak sukar dan mustahil boleh dilakukan 
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Kita tidak akan tahu apa bakat kita sehingga kita cuba dan buat. 

Potensi diri tidak akan keluar sehingga dipaksa. 

Itu hakikat.

Selagi anda selesa anda tidak akan berubah. 

Tanpa bermula ia tidak pernah akan terjadi. 

Impian dan rancangan harus ada dan anda wajib teruskan walaupun ada perancangan yang lebih baik dari Tuhan untuk anda. 

Bagaimana anda boleh pastikan untuk anda mampu kekal menulis setiap hari? 

1. Praktis.  Tabiat.  Rajin-rajinkan diri menulis dan paksa diri mengomen di Facebook atau forum mahu pun group.  Komen hanya yang bernas dan berinformasi.  Kemudian tulis di notes telefon bimbit anda apa yang anda tahu dan belajar hari ini dan ingin kongsikan satu dunia. 

2. Tulis walaupun satu artikel ringkas. Jika anda tidak puas hati Edit dan tambah baik.  Artikel yang mungkin seolah Info yang sama boleh sahaja diulang di artikel lain dengan cara penyampaian berbeza.  Ketahui tidak semua ratusan dan ribuan artikel anda itu dibaca dan diingati oleh pembaca yang sama.  Proses pengulangan penting untuk pembaca dan untuk anda sendiri. 

3. Tetapkan matlamat.  Kenyataan yang harus diterima.  Apabila anda ada matlamat dan tujuan sebenar untuk menulis.  Anda akan bersungguh untuk menulis. Tahun 2017 semangat datang untuk menulis setiap hari.  Itu azam baru untuk tahun ini.  Dan itu alasan kukuh mengapa Blog ini dipaksa tulis hampir setiap hari. 

4. Hentikan alasan.  Tiada Internet bukan lagi masalah. Tulis dahulu di notes telefon bimbit anda.  Apabila talian Internet sudah ada,  siarkan semua artikel anda.  Itu yang dilakukan oleh Blog ini. 

5. Alasan laptop rosak tidak boleh diguna pakai lagi pada zaman telefon pintar ini.  Fakta sebenar,  telefon bimbit lebih mudah dikemas kini bila-bila masa ketika anda punyai idea menulis berbanding laptop.  Telefon bimbit berada 24jam bersama anda.  Laptop tidak. Namun diakui mengemas kini di telefon bimbit jauh penat menaip berbanding di laptop dan lebih selesa.  Namun itu bukan alasan untuk matlamat anda tercapai. Selenguh mana jari ini menaip di telefon bimbit,  ia kekal memberi semangat untuk berjuang  menyiapkan ratusan artikel.  Untuk tahun 2017 ini,  semua artikel di Blog ini hanya menggunakan telefon bimbit semata-mata untuk menaip. 

6. Siapa kata ada talian Internet 24 jam lebih mudah untuk mengemaskini Blog?.  Pengalaman penulis.  Talian Internet 24 jam menyebabkan sifat tertangguh untuk mengemaskini Blog semakin menjadi-jadi.  Jumlah kuota Internet unlimited itu menyebabkan keselesaan untuk bila-bila masa boleh menulis itu menjadi langsung tiada masa dan matlamat tetap bila wajib menulis.  Hasilnya Internet kuota yang dibeli dalam satu hari lebih digunakan bersungguh berbanding Internet Free dan unlimited.  Apabila anda harus membayar dan tahu ada limit dan masa tamat.  Anda akan berusaha untuk mendapat hasil dari jumlah yang anda keluarkan. Masa untuk anda mengira kos dan Budget Internet anda dari sekarang. 

7. Tidak perlu tetapkan apa yang wajib ditulis hari ini.  Tulis apa sahaja idea yang ada.  Pengalaman penulis apabila ada banyak kategori dalam Blog dan Blog mengenai pengalaman memudahkan untuk penulis menulis apa sahaja yang terlintas di fikiran. Agak sukar jika terlalu banyak syarat dan fikiran yang menyusahkan anda dalam menulis.  Tulis dan ikut sahaja rentak jari jemari anda.  Anda tidak pernah tahu artikel mana paling disukai pembaca dan tentu sahaja lain pembaca lain minatnya. Tiada artikel sempurna di dunia ini.  

8. Jadi diri sendiri adalah paling utama.  Dengan menjadi diri sendiri anda tahu dan yakin menulis. Anda tidak perlu terikut dengan individu lain.  Anda tidak peduli pandangan mereka yang tiada kena mengena dengan minat dan matlamat anda. Anda tahu kenapa anda menulis.  Anda anda Target dan impian.  Butakan mata,  pekakkan telinga. Statistik dashboard Blog anda cukup membuktikan perkembangan dan progress Blog anda.  Pedulikan mereka yang mengeji namun ambil kritikan membina sebagai rujukan untuk membesarkan pengaruh Blog anda untuk seterusnya. 

9. Blog adalah medan paling percuma untuk pengiklanan anda yang kekal lama. Tidak kira walaupun Blog anda berdomain blogspot sekali pun,  paling utama ialah kandungan artikel yang anda kongsikan.  The lorry,  start up popular itu juga bermula dari Blog berdomain blogspot.  Jangan sesekali berfikir hanya kerana anda blogspot anda tidak mampu pergi jauh. Tiba masa anda sendiri akan kembangkan dan besarkan Blog anda menjadi Website professional. 

10. Katakan apa sahaja.  Blog sudah tidak relevan. Orang sudah tidak membaca Blog.  Blog baru muncul berjuta setiap hari. Ramai sudah punyai Blog. Abaikan. Anda berada dalam rentak anda sendiri.  Tidak kira bilion yang muncul sekali pun.  Target dan sasaran anda hanya anda Yang tahu. Katakan apa sahaja. Paling penting anda harus kekal positif dan fikirkan  kembali kenapa anda mulakan dan serius mengenai Blogging. Tanpa matlamat,  anda pasti akan berhenti. Maka matlamat dan tujuan Blogging harus anda tahu mulai saat ini supaya ia membantu anda kuat untuk terus berblogging. 

11. Paling mudah untuk menulis ialah idea.  Idea hanya akan datang melalui pengalaman dan pembacaan.  Cari ilmu dan jumpa mereka yang berpengaruh dan berpengalaman.  Banyak yang akan anda belajar dan tulis serta kongsikan.  Tidak perlu tetapkan hanya belajar itu sahaja tidak berminat dengan perkara ini.  Buka minda anda mengenai banyak perkara.  Ini zaman dunia digital.  Anda banyak perkara dan ilmu baru muncul. Positif dalam menerima perubahan.

12. Jujur. Kejujuran dalam menulis boleh dirasakan. Inilah yang dilakukan ketika menulis artikel ini.  Tidak perlu malu. Apa yang anda lalui ialah apa yang akan menentukan anda pada masa akan datang. Anda wajib tahu kenapa anda bersungguh berblogging.  Dan sebab paling kuat akan menentukan kekuatan anda untuk terus kuat berblogging. Rahsia paling mudah untuk kekuatan itu apabila anda sendiri melihat hasil dari penat lelah anda berblogging menunjukkan tanda.  Setiap perkara mengambil masa.  Begitu juga Blog.  Beri masa.  Kejayaan itu akan datang sendiri kepada anda. 

Tiada apa yang berguna jika anda hanya tahu memberi alasan dan masih belum berusaha menulis. 

Tulis dan tulis.

Lama-lama ia akan menjadi aktif. 

Bukti telah banyak di depan mata. 

Terima kasih. 




Makan Untuk Sihat


Antara hidangan mudah dan berkhasiat 
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Baki 2 bulan lagi ke tahun baru 2018.

Masa untuk anda menanam azam selain untuk kerjaya, ilmu juga kesihatan. 

Antara perkara agak sukar dilakukan ialah mengubah diet atau pemakanan ke arah lebih sihat. 

Berikut antara cadangan yang boleh dilakukan kebanyakan oleh kita. 

Latih lidah dan selera anda,  jangan hanya ingin makan semua benda sedap sahaja. 

Belajar lakukan perkara-perkara berikut :-

1. Cukuplah anda membeli roti komersial yang kaya bahan pelembut dan gula proses itu.  Sesekali anda boleh membeli roti Sihat yang mungkin kurang enak dari segi rasa.  Namun lebih baik anda memasak sendiri sekali sekala.  Chapati antara makanan paling mudah dibuat.  Tepung atta, air,  garam dan minyak sapi asli.  Siap anda boleh terus canai kecuali anda ingin ia lebih lembut dengan membiarkan doh anda naik dalam beberapa jam.  Jika anda ingin cepat tidak perlu tunggu dan buat sahaja chapati anda.  Cicah sahaja madu asli atau makan sahaja juga sedap.  Pilihan lain makan capati anda dengan salad.  Memang enak. 

2. Bau biskut komersial keluar sahaja dari pembungkusan memang enak.  Memanggil untuk dinikmati.  Namun ingat ia sungguh bahaya untuk kesihatan dan membuat anda akan ketagih. Berbeza sekali dengan biskut sihat yang dijual di kedai organik atau biskut natural yang lebih Semulajadi. Kuatkan iman anda,  nikmati buah manis untuk mengurangkan ketagihan anda ketika rakan atau ahli keluarga anda menikmati biskut komersial enak di depan anda. 

3. Ia coklat 99% cocoa memang nampak sihat dan mengurangkan risiko tinggi gula berbanding coklat 55% koko.  Namun realiti kebanyakan coklat hatta 99% tetap punyai minyak refine atau sayuran  RBD yang digunakan dalam pembuatan. Seboleh-bolehnya kurangkan menikmati coklat walaupun ia dikategorikan coklat sihat 99% kandungan koko.  Minum sahaja coklat panas koko asli jika anda teringin coklat. 

4. Nikmatilah buah-buahan dalam satu hari Sekurang-kurangnya sebiji.  Jika anda biasa menikmati epal dan oren,  masa untuk bertukar ke buah-buahan tempatan lebih kerap.  Antara paling mudah dan senang didapati pisang,  jambu batu dan buah naga. 

5. Jika anda Stress dan tertekan nikmati buah pisang di pagi hari supaya mood anda lebih ceria dan bersemangat. Pisang mengandungi vitamin B9 yang bagus untuk meningkatkan mood baik dan membantu tidur lebih lena. 

6. Jika anda masih Stress,  nikmati Yogurt dan kekacang.  Ia mengurangkan rasa Stress anda.  Pisang jangan dilupa.

7. Ramai takut minum teh hijau atas kandungan kafein.  Jangan risaukan kandungan kafein.  Terdapat lebih banyak kebaikan pada teh hijau termasuk meningkatkan metabolisme badan dan boleh mencergaskan otak anda. Tambah madu atau gula asli ke dalam minuman teh hijau anda untuk gandaan khasiat 10x ganda teh hijau anda. 

8. Berpuasa sunat amat dituntut.  Jangan anda berpuasa untuk kurus tetapi untuk agama dan kesihatan anda untuk beribadah.  Puasa menyihatkan badan dan menguatkan organ dalaman tubuh selain mencergaskan otak. Amalkan berpuasa sunat. Ketika bersahur dan berbuka hanya pilih makanan sihat.  Makan untuk hidup bukan hidup untuk makan. 

Perkara seringkas ini sewajarnya mula diamalkan terutama jika anda telah memasuki usia 30an.

Jangan tunggu sehingga 40an untuk berubah.

Jika anda bermula awal seawal belasan tahun adalah lebih baik. 

Ingat tubuh anda satu-satunya yang akan anda gunakan sehingga akhir hayat.

Ia tidak boleh dibeli dan ditukar ganti. 

Terima kasih. 



Lulur Dan Minyak Kelapa


Original Body Scrub dari bahan asas utama ialah beras pulut susu

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Nusantara terkenal dengan beras dan pulut sebagai makanan rasmi.  Sama ada beras biasa mahupun beras pulut. 

Malaysia,  Indonesia,  Thailand dan Filipina antara negara Asean Nusantara yang menjadikan nasi atau pulut bahan makanan asasi mereka. 

Malah beras dan beras pulut ini terkenal sebagai bahan kecantikan kulit sebagai bedak sejuk,  susu beras,  sabun susu beras dan lulur badan. 

Malah berlulur turut dijadikan antara perkara wajib untuk bakal pengantin perempuan yang ingin berkahwin. 

Seiring Masa lulur dan bedak sejuk semakin dilupakan.  Sedangkan cuaca dunia dan cuaca Nusantara sendiri semakin panas. 

Krim dan mandian komersial mengambil tempat,  membuang lulur,  bedak sejuk dan mangir tertinggal jauh. 

Namun,  seiring zaman milenium dan kesedaran Milenia kepada bahan semula jadi dan kesan sampingan bahan kimia yang semakin merosakkan tubuh,  kesihatan malah alam sekitar,  semakin ramai golongan beralih ke bahan lebih sihat dan alami, malah ada golongan yang lebih percaya pada bahan tradisional yang lebih dekat kepada gen dan darah serta keadaan muka bumi tanah air sendiri. 

Original Body Scrub diilhamkan dari bahan-bahan kegemaran Nusantara zaman berzaman. 

Anda boleh tambahkan teh, kopi,  kunyit,  limau nipis bila-bila sahaja untuk menjadikan ia mandian harian anda. 

Anda hanya perlu guna dalam jumlah yang cukup sedikit.  Satu sudu besar sahaja dan direndam dahulu beberapa jam sebelum digunakan. 

Original Body Scrub digalakkan digunakan pada waktu malam sebelum tidur. 

Sapukan minyak asli di tubuh anda. 

Pilihan minyak asli termasuklah minyak zaitun,  minyak almond,  minyak Avocado,  minyak jojoba dan sebagainya.

Namun pilihan paling sesuai digunakan sesudah menggunakan Original Body Scrub ialah minyak kelapa asli atau minyak kelapa dara. 

Mengapa minyak kelapa atau minyak keluar dara lebih disyorkan? 

Ini atas asbab lulur terutama dari bahan asas beras pulut lebih sesuai dan zaman berzaman di pakai di tubuh seperti minyak kelapa yang lahir dari tanah Nusantara. 

Malah minyak kelapa dara adalah antara minyak terkenal di Filipina dan negara Nusantara lain. 

Anda boleh sahaja menggunakan minyak argan dan minyak zaitun sekali sekali di tubuh anda,  dan lihat kesesuaian dengan kulit dan tubuh anda. 

Untuk mengurangkan Bau minyak kelapa atau minyak kelapa dara yang mungkin tidak enak bagi anda dan insan sekeliling,  anda boleh menambah minyak pati atau essential oil dalam botol kecil minyak kelapa dara anda.

Anda juga boleh membeli minyak pati atau essential oil di mana sahaja asalkan ia 100% asli dan dari bahan selamat. 

Minyak kelapa dara juga turut dijual di farmasi,  Online dan cosway. Sila pilih minyak kelapa dara organik dan unrefined. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Original Body Scrub anda boleh merujuk semua artikel mengenai Original Body Scrub di 




Untuk pertanyaan dan pembelian Original Body Scrub anda boleh whatapps ke 

016 276 2636 

Jika anda sukar mendapatkan minyak pati atau essential oil,  sila whatapps sahaja nombor diatas untuk pertanyaan lanjut. 


Terima kasih. 




Produk Ketiak Hair Gone, ini Perkara Penting anda Perlu Ambil Tahu


Hair Gone Antara produk yang mendapat sambutan memberangsangkan 

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Seiring cuaca yang lebih kerap panas berbanding sejuk di Malaysia.

Produk Ketiak untuk mengurangkan peluh,  mencerahkan ketiak,  mengurangkan bulu dan menghilangkan bau badan semakin di cari dan diperlukan. 

Hair Gone ialah antara produk yang membantu mereka yang menghadapi masalah ketiak.  Baik dari segi bau badan, kuat berpeluh,  ketiak gelap dan sebagainya. 

Ingin di tegaskan disini.

Hair Gone Bahan asas utama diperbuat dari kapur. 

Kapur ialah bahan yang panas dan mengeringkan. 

Ia langsung tidak sesuai untuk mereka yang berketiak nipis dan sensitif. 

Mereka yang pernah menggunakan tawas ialah yang jenis ketiak nipis. 

Tawas adalah antara bahan tajam dari bahan alum. 

Mohon elakkan tawas dan berhenti menggunakan tawas jika anda masih menggunakan ia.

Tawas dengan kaitan alum.  Anda boleh membuat carian efek alum pada tubuh badan anda. 

Jika anda ingin berhenti menggunakan tawas namun tidak disyorkan menggunakan Hair Gone anda boleh menggunakan paste tepung beras yang di campur air untuk menggantikan Hair Gone.  Tunggu kering dan mandi. 

Setelah 3-5 tahun dan ketiak anda telah sembuh dan tidak sensitif,  barulah anda di benarkan untuk menggunakan Hair Gone. 

Untuk pengguna Hair Gone,  anda sama sekali tidak di syorkan menggunakan Hair Gone selepas mencabut bulu ketiak anda menggunakan penyepit terutama jika anda menanggalkan bulu hingga ke akar. 

Bulu ketiak yang baru ditanggal kadang kala menyebabkan luka yang tidak nampak di ketiak. 

Liang pori yang terbuka dan sedikit luka itu akan pedih dan lebih teruk luka jika di sapu Hair Gone. 

Pastikan selepas 2 minggu baru anda menggunakan Hair Gone kembali. 

Adalah disyorkan anda berhenti menggunakan penyepit penanggal bulu ketiak dan menggunakan Hair Gone sahaja untuk menanggalkan bulu ketiak anda.

Dengan menggunakan Hair Gone sebagai penanggal bulu ketiak,  ia sekaligus membenarkan anda terus menggunakan Hair Gone tanpa perlu menunggu hampir 2 minggu berbanding menggunakan penyepit bulu ketiak. 

Dalam proses pembuangan toksid dan toksin dari ketiak anda. 

Kebiasaannya ketiak anda akan lebih berpeluh.

Adalah di syorkan untuk anda mengelak sama sekali bedak talkum atau bedak bayi kerana ia mempunyai kesan sampingan bahan karsinogen yang bahaya untuk tubuh. 

Tahukah anda bahawa bedak bayi atau talkum telah di haramkan di kebanyakan negara Eropah atas faktor bahan 'talc' yang boleh mengganggu hormon dan dikatakan menyebabkan barah termasuk barah ovari?.

Anda boleh merujuk artikel ini mengenai bahan-bahan dalam bedak talkum yang dikaitkan dengan bahan penyebab kanser
Talcum Powder and Cancer

Tinggalkan bedak talkum dan bedak bayi itu. 

Sebagai alternatif lebih Semulajadi dan selamat guna sahaja tepung beras 100% untuk mengurangkan peluh di ketiak anda. 

Isi dalam botol seumpama botol bedak yang anda boleh dapatkan di mana-mana kedai yang menjual botol kosong seperti Mr Diy. Kemudian isi sahaja tepung beras sebagai bekalan anda ke mana-mana. 

Menggunakan deodorant terutama yang kaya bahan kimia hanya akan menyebabkan ketiak anda lebih gelap dan meningkat risiko penyakit lain di tubuh anda. 

Oleh kerana Hair Gone di perbuat dari bahan asas kapur dan panas,  jauhkan dari bahagian mata anda dan kanak-kanak bimbang termasuk mata. 


Untuk anda yang menjadi masalah ketiak dan inginkan penyelesaian masalah ketiak,  masalah bau badan,  masalah ketiak hitam,  masalah bau ketiak dan sebagainya. 

Anda boleh menggunakan Hair Gone sebagai salah satu usaha mengurangkan masalah ketiak ini. 

Sila whatapps  ke

016 276 2636 

Untuk pertanyaan dan pembelian Hair Gone. 

Sebelum itu sila baca setiap artikel mengenai Hair Gone di Blog ini di link di bawah untuk pemahaman yang lebih terperinci. 



Terima kasih. 











Ahad, 12 November 2017

9 Fakta Ringkas Makanan Yang Anda Perlu Tahu


Makanan yang kaya warna ialah makanan sihat 
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Ini Info makanan mudah yang paling senang diingati dan diamalkan.

1. Pilih makanan yang punyai pelbagai warna.  Jika anda tidak tahu pilih sahaja capsicum merah,  kuning dan hijau.  Pilihan lain kubis unggu.  Sayur-sayuran hijau adalah wajib.

2. Pilihan buah-buahan kuning juga bagus untuk mata,  ini termasuk pisang dan betik.

3.  Tomato dan lobak merah terkenal bagus untuk mata dan penglihatan juga kecantikan kulit yang sering terdedah kepada cahaya matahari.  Lobak dan tomato lebih tinggi khasiat jika dimasak.  Jangan lupa rebus atau masak sebentar tomato dan lobak anda.  Sekali sekala anda boleh nikmati tomato dan lobak merah mentah untuk enzim hidup dalam jus dan salad.

3. Pisang ialah buah-buahan paling mudah didapati,  murah dan kenyang.  Bukan sahaja sesuai sebagai pre workout meal ia juga amat bagus untuk sarapan pagi.  Paling penting jika anda merasa kurang bersemangat sebiji pisang cukup membantu merubah mood anda kepada lebih ceria.  Bukankah keceriaan itu cukup penting?.  Ini sekaligus membuktikan pisang boleh mengurangkan depresi dan Stress.

4. Jika anda sukar berdiet dan sentiasa berselera.  Masa untuk memilih pinggan dan alas meja serta hiasan berwarna biru.  Warna biru dikatakan mengurangkan nafsu makan dan membuatkan selera terbantut.  Jendela biru dan apa sahaja yang berwarna biru sebagai hiasan rumah akan mengurangkan nafsu makan anda dan membantutkan selera anda.  Segera tukar susun atur dan hiasan rumah serta ruang makan anda sekarang.  Jangan lupa beli piring dan pinggan berwarna biru.

5. Spinach atau bayam amat bagus untuk tulang dan zat besi. Nikmati sayur ini seminggu sekali.  Anda juga boleh menambah beberapa helai daun bayam dalam Smoothie kegemaran anda.

6. Saderi bagus untuk tulang.  Saderi juga enak ditambah di dalam Smoothie,  sup dan nasi goreng serta dibuat ulam.  Jangan abaikan tumbuhan berharga ini.

7. Telur makanan paling mudah untuk sarapan. Ia boleh dimakan begitu saja atau ditambah dalam menu lain.  Telur amat bagus untuk otak.  Rajin-rajinlah nikmati telur.  Pilih telur organik sebaiknya.  Protein di dalam telur membantu membentuk otot tubuh anda disamping menjadikan otak anda lebih sihat dan kenyang lebih lama.

8. Pilih roti tanpa tepung gandum walaupun roti gandum terkenal sekali pun.  Cuba belajar menikmati roti bijian tercambah yang jauh lebih baik untuk kesihatan berbanding gandum. Roti bijian tercambah atau Sprouted bread semakin terkenal untuk diet dan kesihatan sekaligus ia kini  semakin mudah didapati.

9. Selama ini mungkin anda hanya menikmati teh hijau kosong tanpa gula asli atau madu.  Tahukah anda bahawa teh hijau lebih berkhasiat jika di tambah gula asli seperti madu atau gula kabung,  malah dikatakan khasiatnya boleh meningkatkan 10x ganda berbanding di minum kosong..  Jangan lupa,  tambahkan jua daun limau kasturi atau limau kasturi untuk khasiat berkali ganda dalam minuman teh hijau anda.

Pelbagai perkara ringkas yang anda boleh lakukan dalam memaksimumkan diet terbaik untuk kesihatan anda.

Lakukan dahulu fakta Ringkas ini.  Dan anda boleh mulakan perkara baru lain selepas itu.

Semoga fakta ini bermanfaat untuk anda.

Anda masih belum terlewat untuk bermula dan menanam azam baru untuk diet anda pada tahun 2018 nanti.

Terima kasih.




Sabtu, 11 November 2017

Perjalanan


Rebranding untuk tagline Blog terbaru 

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Bermula dengan 

Journey of Fear & Joy 

Bertukar ke 

WALK IN MY STILETTOS 

kemudian kepada 

KEEP WALKING 

Dan kini 

BREAKING THE IMPOSSIBLE 

Menjadi tagline terbaru Blog ini. 

Dari warna coklat ke warna merah jambu dan kekal merah jambu untuk jangka masa lama kini pertukaran warna biru sesuai untuk fokus dan sasaran Blog untuk tahun-tahun seterusnya. 

Pelbagai perancangan untuk kategori dan artikel seterusnya insyallah akan cuba di laksanakan. 

Akan cuba sedaya upaya meningkatkan prestasi penulisan dan mengubah cara dan pandangan lebih jauh untuk penulisan akan datang. 

Tiba masanya seiring hampir 5 tahun blog ini mempunyai perkembangan yang jauh berbeza dari sebelumnya. 

Menghargai setiap pembaca dan masa yang diluangkan untuk mencari info dan motivasi di Blog ini,  Blog ini akan cuba seiring zaman dan dunia digital berkongsi pelbagai maklumat penting dan terkini untuk anda. 

Insyallah blog ini akan cuba lari dari kebiasaan sebelum ini. 

Seiring kemunculan jutaan Blog seperti cendawan lepas hujan,  diharapkan agar Blog ini akan terus kekal dan memberikan info terbaik dan tidak lari dari tujuan ia dibina. 

Perancangan terbaik insyallah akan di laksanakan untuk tahun 2018 dan tahun mendatang. 

Sebagai penulis saya berdoa dan berharap agar impian saya tujuan Blog ini terus aktif akan tercapai maksud dan sasarannya. 

Akan banyak masa digunakan untuk melakukan Research,  kajian dan pencarian ilmu untuk di kongsi di Blog ini. 

Semoga artikel jauh lebih berkualiti dari sebelumnya dapat diterjemahkan dengan paling ringkas,  mudah faham dan diterima ramai. 

Komen anda amat diperlukan untuk menambah baik cara penulisan dan kategori terbaru untuk Blog ini. 

Sebagai penulis dan pencari idea saya tentu mengharapkan sokongan dan idea dari persoalan anda. 

Sila tinggalkan komen di ruangan disediakan,  saya amat menghargai setiap komen anda. 

Blog ini bermula aktif dan berubah cara penulisan juga atas asbab komen yang membina termasuk ilmu penulisan dari Puan Guru Ainon Mohd yang dikongsi oleh beliau di Facebook. 

Sebelum 11.11 Menutup tirai,  dengan rendah diri sekali lagi saya ucapkan Jutaan terima kasih untuk anda yang terus setia menyokong Blog ini. 

Ketahuilah setiap kali membaca komen anda di Facebook,  mahupun di Group whatapps dan telegram memuji Blog Keep Walking Di Pelbagai status insan lain, ia sesuatu yang amat bermakna dan memberi semangat untuk terus menulis dan mencari Info untuk dikongsi manfaatnya bersama anda. 


Terima kasih. 






Produk Terbaru


Eksperimen ke 3 untuk produk terbaru akan datang 
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Terus berusaha eksperimen, Trial dan error.

Insyallah produk terbaru akan mula dipromosikan pada minggu hadapan.

Selaras dengan konsep makanan untuk kulit yang mengambil ilham Info yang pernah di Baca di salah sebuah buku keluaran Persatuan Pengguna Pulau Pinang,  hanya di galakkan makanan sahaja di sapu di wajah dan tubuh,  maka konsep ini di guna pakai untuk barisan produk pertama keluaran By QK.

Di masa ini hanya produk berunsur makanan sahaja di perkenalkan.  Perancangan masa hadapan 3 atau 5 tahun lagi hanya akan jelas seiring respon dari para pelanggan dan pengguna produk By QK Ini.

Pihak produk By QK akan cuba sedaya upaya mencari ilmu,  ilham dan membuat pelbagai eksperimen lagi untuk produk dari hujung rambut hingga hujung kaki.

Tentu sekali perancangan ini ada untuk produk seterusnya.

Istimewa untuk keluaran By QK ia hanya diperbuat dari bahan makanan.

Anda tidak perlu risau jika anda atau kanak-kanak mahupun anak anda tertelan atau termakan produk ini,  berbanding produk berasaskan bahan kimia lain ( Hair Gone bahan asas dari kapur makan,  ia satu-satunya bahan yang agak bahaya untuk kanak-kanak jika termakan atau termasuk mata).

Mencari ilham dan ilmu dari diary yang penuh Info semenjak remaja,  termasuk segala buku dan catatan simpanan juga buku terbaru dan Info perkongsian pelbagai pihak.

Pelbagai eksperimen di cuba untuk mendapatkan hasil paling terbaik,  baru ia dipersembahkan untuk di perkenalkan di Blog ini.

Untuk hari ini,  eksperimen ketiga dilakukan setelah hampir sebulan pelbagai idea dan eksperimen dilakukan.

Setiap bahan-bahan makanan yang sesuai ditanam di Tanah dan cuaca Malaysia ini,  disatukan  dalam satu produk dan disesuaikan untuk setiap bahagian tubuh.

Insyallah beberapa eksperimen tambahan akan dilakukan lagi untuk hasil terakhir agar ia memuaskan hati semua pihak.

Semoga ia dipermudahkan.


Terima kasih.





Pelaburan


Memasuki tahun 2018 segala perancangan mula disusun dan dikemaskini 

Pelaburan

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Realiti dalam belajar dan menambah ilmu. 

Ketika insan lain mungkin mengeluarkan duit untuk perkara lain. 

Anda harus mengeluarkan ia untuk pelaburan ilmu dan perniagaan anda. 

Ada yang menghabiskan beribu untuk menyertai bengkel penulisan. 

Juga mengeluarkan beribu untuk membeli buku-buku rujukan. 

Menghabiskan wang untuk membeli kuota Internet mendalami setiap bacaan Blog,  jurnal,  kajian dan sebagainya.

Segelintir mereka yang mula berniaga mengeluarkan banyak modal untuk pelbagai perkara dari kecil hingga besar. 

Itulah pengorbanan.  Terpaksa meninggalkan cinta untuk pelaburan seperti Saham @ Share,  digital currency @ mata wang digital seperti bitcoin dan euthereum (maaf belum di luluskan oleh Malaysia) dan pelbagai lagi sama ada makanan kegemaran mahu pun membeli belah pakaian dan bercuti. 

Ada waktunya duit cukup untuk bercuti namun masa tiada untuk menggali ilmu dan mengkaji. 

Kadangkala penulisan dihentikan sementara untuk mencari ilmu dan idea serta bahan lain untuk perkongsian ilmu dan pengalaman. 

Penulis sendiri ada waktunya mencari idea untuk penulisan dan produk serta perniagaan seterusnya selain ilmu dalam menulis dan membina Branding serta Start up. 

Banyak sebenarnya pengorbanan yang harus dilakukan dan kita hanya boleh memilih satu dua. 

Paling utama ilmu adalah Investment paling utama untuk diri. 

Pengalaman dalam mencari ilmu dan melihat sekeliling insyallah amat membantu dalam pelbagai perkara. 

Satu perkara yang wajib di pelajari,  cabaran itu membawa kita lebih waktu untuk berfikir dan mencari idea yang bagus untuk masa hadapan. 

Tanpa cabaran agak mustahil untuk kita melakukan sesuatu yang baru. 

Sedangkan membina Blog,  setakat design yang anda hanya perlu pilih dan masukkan kotak yang telah tersedia punya cabaran apakah lagi perkara lain. 

Dari satu cabaran ke cabaran yang lain adalah satu nikmat penggambaran yang sukar diterjemahkan. 

Semoga penulis sendiri diberi peluang menulis dan menterjemah ke bentuk paling mudah dihayati oleh pembaca sehingga setiap insan dapat merasai pelayarannya. 

Pelbagai perkara boleh dipelajari seiring masa dan apa yang kerap kita lakukan. 

Apa yang sering kita lakukan dan fikir itu akan menentukan siapa kita seterusnya. 

Tiada erti terlambat atau gagal. 

Paling utama anda tidak pernah putus asa dan berhenti mencuba. 

Memegang pesanan Puan Guru Ainon Mohd,  berlari dan fokus dalam trek sendiri. 

Tidak perlu ikut dan pandang pelari lain.  Bimbang tersadung dan tidak fokus. 

Jalan terus. 

Dalam Zaman millennium ini,  ikan pecut akan terus berlari,  ikan perlahan akan ketinggalan. 

Maka pecutan harus dilakukan namun dalam strategi yang betul. 

Diizinkan tuhan kita akan berjumpa rakan dan kumpulan kolaborasi yang betul,  anda hanya perlu buat apa yang anda perlu lakukan dari sekarang. 

Perkara lain serahkan pada Tuhan. 

Terima kasih 



Eksperimen


Eksperimen kedua untuk produk seterusnya.  Trial & Error itu biasa. 
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Kecintaan kepada makanan semenjak kecil. 

Pencinta produk Semulajadi semenjak remaja namun sering tertipu dengan iklan produk Semulajadi atas asbab langsung tidak tahu membaca bahan-bahan kandungan dan percaya 100% kepada iklan.

Masih segar di ingatan,  ketika menuntut ilmu keluar senarai nama produk yang mengandungi bahan anti kanser dari beberapa jenama popular di Malaysia,  saya berhenti menggunakan beberapa jenama tersebut namun tidak sangka jenama yang kononnya dari bahan Semulajadi dari negara seberang juga sama.

Begitu kehidupan,  banyak yang akan dilalui dan semakin dipelajari apabila rajin membaca dan memerhati serta memberi peluang memperbaiki diri dan menambah ilmu setiap hari.

Belajar banyak perkara dari buku dan pendedahan dari Persatuan Pengguna Pulau Pinang,  akhirnya minat pada produk tubuh dan kecantikan Semulajadi semakin kuat. 

Maka pelbagai produk tubuh hasil dari bahan makanan terutamanya diperkenalkan.

Namun tentu sekali ia bukan mudah seperti dijangka dan dilihat. 

Pelbagai ilmu dan eksperimen dijalankan. 
Ia ada ujian yang menggugat iman dan semangat. 
Eksperimen demi eksperimen. 

Paling penting misi dan impian di tunaikan. 

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah yang sentiasa memudahkan dan memberi jalan yang semakin lancar untuk produk seterusnya. 

Asalnya produk lain dahulu ingin di hasilkan namun formula dan eksperimen masih kurang berjaya dan lebih banyak formula dan kesesuaian bahan dan jumlah kandungan masih belum ditemukan,  maka produk terbaru lain di hasilkan terlebih dahulu.

Alhamdulillah tuhan memberi ilham yang agak lancar untuk produk terbaru ini. 
Sekaligus insyallah memenuhi Target dan impian untuk produk seterusnya sebelum memasuki tahun baru 2018.

Unruk anda dan pengguna produk dari hasilan Semulajadi by QK sebelum ini,  beberapa produk baru akan muncul dalam minggu hadapan. 

Nantikan kemaskini terbaru di Blog ini,  Facebook dan instagram juga whatapps. 

Terima kasih atas kepercayaan anda kepada Blog ini juga produk hasilan by QK Ini. 

Saya menggunakan ia dahulu di tubuh saya sebelum ia lulus untuk dipasarkan. 

Terkenal sebagai berkulit sensitif, insyallah produk ini sesuai untuk semua. 


Terima kasih. 










Formulasi Produk


1st Eksperimen :- Hanya bahan-bahan terbaik untuk segala kandungan produk
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Setahun mula serius untuk mengetengahkan produk natural dan semulajadi sebagai bahan utama untuk produk kegunaan diri harian. 

Maka pelbagai ilmu di cari dari setiap sudut,  tidak sekadar membaca di buku atau di mana sahaja,  bercakap,  berbual dan mengenal segala sifat bahan,  belajar melalui pengalaman mereka yang lebih tua,  uji kaji dan eksperimen. 

Hasil pada diri dan tubuh sendiri. 

Akhirnya terhasil produk Semulajadi dari ilham diri sendiri. 

Menggunakan hanya bahan makanan bermutu tinggi.  Bergred premium dan semulajadi.  Itu prinsip  asas untuk produk pertama hasilan QK.

Ketika ini terdapat beberapa produk masih dalam eksperimen,  Try dan error selain dapatan kajian lain. 

Pengalaman belajar,  ada bahan makanan tidak sesuai pada musim tertentu seperti musim panas di Malaysia ini walaupun ia bahan dari tanah Malaysia juga. 

Ingin disesuaikan ia mestilah di pakai dalam dos tertentu dan masa tertentu sesuai kulit dan suhu badan individu. 

Eksperimen pada tubuh dan diri sendiri yang berkulit dan bersuhu sensitif mengajar banyak perkara. 

Sifu dan mentor yang ramai juga pelbagai rujukan turut membantu. 

Dengan pertambahan pengguna yang mula mempercayai produk natural, terutama anda yang menggunakan produk BY QK,  pihak by QK akan terus mencari idea dan mengetengahkan produk terbaru kami dari semasa ke semasa kepada anda. 

Untuk batch pertama produk tubuh dan kecantikan semuanya adalah dari bahan makanan. 

Atas dasar pengenalan dan mendidik maka produk by QK ketika ini masih menggunakan bekas kecil untuk trial set untuk setiap produk keluaran sehingga satu masa pihak QK akan mengemaskini pembungkusan dan label. 

Buat masa ini fokus by QK ialah kepada formula dan kandungan bahan juga untuk hasil terbaik untuk pengguna produk ini. 

Dalam proses ini,  kami memohon anda mendoakan kejayaan kami dan semoga kami terus berjumpa formula terbaik untuk produk-produk dibawah hasilan kami. 

Insyallah beberapa produk terbaru akan dihasilkan sebelum tahun baru 2018 ini dan diperkenalkan kepada anda. 

Produk yang turut boleh dipakai sesiapa sahaja baik anak kecil atau wanita mengandung. 

Tentu sekali mereka yang berkulit dan bertubuh sensitif,  malah mereka yang sakit. 

Doakan kejayaan pihak QK. 


Terima kasih. 




Khamis, 9 November 2017

Masakan Luar dan Masakan Rumah


Sama ada masakan luar atau di rumah yang paling penting ialah bahan-bahan yang jelas digunakan 

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Diet ialah pemakanan. 

Tiada siapa yang tidak berdiet di dunia ini. 

Sama ada diet sihat atau tidak,  realiti anda memang diet setiap hari. 

Perbezaan hanya diet anda ke laut atau tidak. 

Tidak kira sama ada anda tidak mengamalkan diet sihat atau ikut suka makan pada hari ini namun badan anda kekal kurus maintain tanpa sebarang penyakit anda akan terus kekal begitu selamanya. 

Realitinya apa anda makan akan kekal memberi kesan kepada tubuh sama ada cepat atau lambat. 

Pemakanan sihat termasuk pemikiran dan aktiviti adalah pengaruh kuat untuk kesihatan.

Selain pemakanan,  aktiviti,  emosi dan cahaya matahari juga amat penting kepada tubuh. 

Kulit sunburn,  cerah namun sunburn atau sedikit Tanned adalah trend kulit pilihan ramai selebriti sihat,  coach,  sifu dan usahawan sihat di zaman Millenium ini.

Makanan Yang memberi definisi warna kulit seperti lobak dan tomato semakin kerap di nikmati untuk mendapatkan warna Tanned kemerahan atau ke oren ini di samping sun batthing.

Malah semakin banyak kesedaran di kalangan mereka yang rajin membaca dan mencari Info bahawa sos,  kicap dan segala macam perasa dan pewarna yang menyedapkan makanan bukan sahaja memberi kesan kepada kesihatan malah otak dan emosi.

Ia bukan mengenai masakan rumah ialah masakan sihat.

Perkara utama ialah bahan-bahan apa yang anda gunakan untuk memasak di rumah.

Jika semuanya adalah segera dari sos dan sebagainya,  ia bukan sesuatu yang benar-benar sihat.

Berlainan jika anda menikmati Cafe sihat di luar yang semuanya di buat sendiri dari bahan natural tanpa campuran perencah atau sos komersial hanya 100% dari bahan segar ia sebenarnya lebih sihat jika anda bijak memilih Cafe yang mengamalkan cara penyediaan makanan sihat yang adakala lebih sihat dari masakan di rumah yang masih tidak mengamalkan penyediaan makanan dengan pilihan bahan jauh lebih sihat.

Namun realiti kehidupan di Malaysia untuk masa sekarang,  lebih banyak masakan luar yang lebih tidak sihat berbanding sihat.

Malah masakan di rumah walaupun tidak menggunakan bahan-bahan yang kesemuanya sihat namun Sekurang-kurangnya ia masih menggunakan minyak yang masih baru atau 2x guna dan tentu sekali sayur-sayuran dan bahan-bahan lain lebih di basuh bersih dan terjamin kebersihannya.

Dalam cuba memasak sendiri setiap hari,  ada waktunya ia lari dari kehendak diri.

Maka masakan luar atau masakan insan lain menjadi santapan.

Bukan semua insan di dunia ini tahu apa bahan-bahan yang mereka gunakan.

Namun jika anda terpaksa menikmati ia.  Makan sahaja.

Ilmu pemakanan sihat sebenar terlalu baru di dunia ini.

Paling  penting proses belajar dan mendisiplinkan diri ke arah pemakanan sihat harus dididik dari sekarang.

Agak sia-sia tahu banyak perkara namun anda tidak mengelakkan ia.

Semoga bermula hari ini kita semua berazam  dan bersungguh menjadi lebih baik dalam semua perkara yang kita hajati dan harapkan.


Terima kasih.







Sabtu, 4 November 2017

Penulisan Dan Media Sosial



Bermula dengan hanya 114 artikel,  menurun ke 103 artikel dan kenaikan 164 artikel pada tahun 2015 sempena baru mendapat akaun Adsense di pertengahan tahun 2015 kemudian menurun pada tahun 2016 dan naik mendadak pada tahun 2017. Apa yang penting jangan berhenti. Sama ada menulis,  mahupun berniaga juga diet sihat. Teruskan sahaja sehingga anda sendiri akan berjumpa rentak anda. 


Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Ramai yang punyai Blog. 

Namun tidak ramai yang konsisten. 

Ramai yang mampu berblogging untuk setahun atau 2 tahun. 

Namun realiti ramai berblogging hanya untuk sementara,  masuk tahun kelima Blog,  password dan user name entah ke mana. 

Begitu juga Facebook,  instagram dan Twitter. 

Ada waktunya medan itu menjadi kegemaran. 

Adakala Linkedln juga antara medan tempat anda asyik melayari Internet dan berhubung dengan insan lain. 

Malah ada yang aktif dalam Group whatapps dan telegram. 

Apa sekalipun,  walau apa medan keaktifan anda,  pesan Mentor,  jangan tersilap membina personal Branding sendiri. 

Personal branding bukan sahaja dibina di Facebook malah social media lain termasuk instagram, twitter,  blog Dan sebagainya. 

Malah di luar juga untuk artis dan personaliti,  personal Branding juga di ambil kira. 

Tidak kira siapa pun anda,  masing-masing punyai follower tersendiri terutama jika anda aktif berhubung dengan rakan-rakan media sosial dan follower anda. 

Setiap dari satu medan sosial mempunyai kelebihan dan kekurangan sendiri. 

Facebook lebih mudah dihubungkan dengan pelbagai komen dan status. 

Anda cuma perlu pastikan status anda lalu di wall rakan-rakan anda yang lain dengan teknik yang diajar oleh ramai sifu Facebook. 

Lebih banyak status yang dikemaskini oleh anda berdasarkan idea sendiri dan Share oleh ramai follower lebih tinggi peratusan status anda akan timbul di kebanyakan wall rakan-rakan Facebook anda. 

Facebook ads juga adalah antara iklan yang cepat menuju ke sasaran jika anda tahu sasaran sebenar.

Termasuk instagram sponsor (iklan di instagram) yang turut mensasarkan sasaran yang paling sesuai untuk mereka follow atau mengikuti anda. 

Dalam iklan yang berbayar dan kesan yang lebih pantas. 

Blog ialah medan yang memerlukan jangka masa lebih panjang. 

Lebih banyak artikel informatif dan bermanfaat yang di kongsi,  lebih mudah Blog anda berada di tahta Pages pertama Google. 

Namun ada teknik SEO yang perlu dipelajari selain artikel anda mesti penuh dengan informasi yang saling berhubung kait. 

Pernah rakan saya memberitahu ketika beliau pergi seminar Fb Ads,  sifu Fb Ads sendiri memberitahu,  "apa sekali pun,  Blog juga paling tahan lama". 

Ia Blog paling tahan lama jika anda terus aktif dan berada di Pages pertama Google. 

Jika anda tidak aktif dan artikel anda cukup penuh dengan maklumat lengkap tanpa Copy paste ia walaupun ia tidak dikemaskini bertahun ia kekal berada di Google, itu yang sering dibicarakan ramai. 

Lihat artikel pertama di Pages carian Google,  anda akan perasan ada Blog yang telah bertahun tidak dikemaskini namun kekal di tangga teratas,  atas keaslian artikel dan Info bermanfaat yang di kongsi di artikel tersebut. 

Banyak lagi kriteria yang menentukan mengapa sesebuah artikel itu berada di Pages pertama Google. 

Berapa lama seorang pembaca itu Kusyuk membaca artikel anda dan melayari Blog anda dan pelbagai lagi. 

Maka ia alasan kukuh di zaman Milenia ini,  tiada apa yang perlu dibuat sekadar sambil lewa. 

Pastikan ketika anda menulis bukan sekadar melepaskan batuk di tangga. 

Tulis sehabis baik. 

Anda mungkin asalnya tiada idea. 

Namun kekerapan mencuba dan menulis akhirnya akan membuahkan lebih banyak. 

Anda seharusnya mempelajari teknik menulis dengan Mentor yang popular di media sosial atau diluar. 

Jika anda tidak berkesempatan mengikuti kelas,  belajar melalui Blog dan Facebook status insan berpengaruh dalam penulisan juga amat banyak membantu. 

Konsisten,  tidak putus asa,  terus belajar adalah asas utama kejayaan dalam penulisan. 

Penulisan di zaman Milenia ini amat berpengaruh dan mempunyainya kuasa luar biasa. 

Tidak hairanlah 'storytelling'  dan status facebook dari mereka yang berpengaruh dan pandai menulis sentiasa di Share dan di tunggu. 

Sebagai penulis,  tidak cukup hanya berbekalkan semangat dan konsisten. 

Ilmu dan idea serta kaji selidik serta pertanyaan pendapat insan lain amat diperlukan. 


Terima kasih. 






Khamis, 2 November 2017

Tabiat Sarapan Pagi


Antara pilihan sarapan pagi sihat paling mudah

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Membaca artikel yang menerangkan betapa penting sarapan pagi sihat untuk memulakan hari termasuk dalam segala iklan di majalah dan kaca televisyen, ia mengajar kita betapa penting memilih sarapan pagi yang sihat.

Kini di beberapa artikel kesihatan doktor popular Holistic,  mereka lebih menggalakkan makan ketika lapar dengan kata lain sarapan pagi jika anda betul-betul lapar,  jika anda boleh menahannya dan tidak lapar ia lebih bagus kerana lagi lama anda membiarkan badan anda tidak bekerja  mengunyah atau menghadam lagi baik.

Kita tinggalkan sementara pendapat baru mengenai sarapan pagi itu,  fokus kepada sarapan pagi sihat terutamanya jika anda bangun pagi sahaja sudah lapar dan ketika menuju ke pejabat dan tiba di pejabat juga mudah untuk perut berbunyi jika tidak diisi. 

Agak tidak sesuai jika anda tinggalkan sarapan pagi dan ketika pukul 10.30 pagi waktu bekerja anda sibuk ingin menikmati makanan. 

Agak wajar untuk anda makan awal untuk mengelakkan perkara itu dan Stress sendiri. 

Kecuali anda bekerja sendiri atau suri rumah atau bekerja dari rumah anda sesuai untuk mengikut cadangnya artikel dan kajian terbaru mengenai waktu sarapan paling sesuai itu. 

Berbalik pada tajuk utama.  Tabiat Sarapan sihat. 

Sesungguhnya seperti insan lain ada waktu,  setiap dari kita ingin menikmati makanan di luar di kedai atau Cafe,  restoran atau warung. 

Bosan menikmati makanan di rumah dan inginkan kepelbagaian rasa dan pasti antara kita punya makanan kegemaran yang tidak tahu di masak atau malas dimasak,  maka lebih baik ia dibeli sahaja. 

Namun pastikan dalam seminggu itu lebih banyak yang baik dari tidak baik. 

Lebih banyak menu sihat dari yang kurang sihat. 

Antara menu paling mudah untuk sarapan sihat ialah nasi goreng penuh sayur-sayuran, (tengah hari anda boleh makan makanan lebih ringan), keledek goreng atau bakar juga rebus, Smoothie, roti gandum atau Sprouted yang di makan bersama Mentega atau Avocado,  telur goreng bersama sayur-sayuran atau buah-buahan bersama coklat gelap. 

Pastikan hari Isnin terutamanya anda menikmati makanan sihat ketika sarapan pagi kerana makanan sebenarnya turut membabitkan emosi dan semangat. 

Jika anda Stress jauhkan menikmati makanan kurang sihat walaupun ramai melakukan sebaliknya.

Agak sukar mengawal selera makan ketika Stress dan keinginan kepada makanan luar dan siap,  maka cuba elakkan Stress seboleh-bolehnya atau belajar bertenang,  tarik nafas dan menguruskan Stress dengan cara betul. 

Kebiasaannya sarapan yang sihat atau apabila kita bermula dengan diet yang sihat di pagi hari,  semangat untuk diet sihat untuk menu makan tengah hari,  petang dan malam akan lebih kuat. 

Ia permulaan pagi hari itu amat penting,  apabila semangat anda kuat dan anda gembira, kegembiraan itu akan membawa ke waktu seterusnya. 

Habit anda hari ini jika dibentuk terus terusan akan membantu anda mencapai azam,  diet sihat seterusnya. 

Terima kasih 




Rabu, 1 November 2017

Apakah Semua Jenis Gula JAHAT?



Cari gula Yang tidak di bleach, Non GMO,  tiada sulfur dan organik 


Apakah Gula Semuanya Jahat dan Tidak Bagus Sama Sekali? 

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Gula itu jahat.  Ia makanan kanser.  Ia penyebab banyak penyakit termasuk kulit berkedut dan otak cepat menjadi tua.

Itulah gula,  hatta gula Organic dari tebu asli asalkan ia bernama gula ia tidak bagus untuk tubuh. 

Makanan Yang kita nikmati kebanyakannya sudah mempunyai gula asli. 

Dari beras atau nasi, gandum,  buah,  barli dan segala macam lagi. 

Itulah gula,  bukan menyangkal Info diatas namun setiap yang dicipta oleh Tuhan  pasti ada kebaikan tertentu jika bijak mengetahui kegunaan dan Kebaikannya. 

Tahukah anda gula adalah makanan sihat dalam perubatan Yunani? 

Malah mencampuri gula dalam sesetengah makanan meningkatkan khasiat dan segala galian hampir 10x ganda dalam tubuh.  Bukankah ini sesuatu yang amat bagus untuk kesihatan dan tubuh anda. 

Malah kajian dari Dr Suri Roowi,  Saintis MARDI mengatakan dalam Facebook beliau bahawa  

Kajian menunjukkan bahan berkhasiat (yang mempunyai struktur C-conjugate) mempunyai aktiviti;
a. antioksidan yang kuat
b. antikanser dan melindungi hati
Bahan ini banyak didapati dalam.
a. kulit limau kasturi
b. daun belalai gajah
c. gula merah organik (molasses)

****Bagi mendapatkan penyerapan khasiat yang optimum, daun belalai gajah @ kulit limau kasturi perlu ambil bersama-sama sumber gula (contohnya madu) dan fiber yang mencukupi kerana bahan ini agak sukar dipecahkan dalam usus besar manusia

Dr Suri Roowi
Principal Scientist  & Deputy Director
MARDI

** Anda boleh follow Dr Suri Roowi di Facebook. 

Kajian terbaru beliau juga menunjukkan Teh Hijau yang terkenal sebagai minuman anti kanser di kalangan penduduk Jepun akan meningkat khasiat kepada 10x ganda jika di tambah gula asli seperti madu atau gula kabung (gula Putih tidak termasuk). 

Untuk lebih enak dan lebih khasiat anda boleh perahkan sekali limau kasturi ke dalam teh hijau anda sekaligus meningkatkan berkali-kali ganda khasiat untuk tubuh anda. 

Tidak kira apa pun diet anda,  anda harus tahu apakah makanan yang bagus untuk ditambah gula untuk meningkatkan penyerapan dan khasiat makanan itu sendiri. 

Gula yang telah di bleach sama sekali harus di jauhkan. 

Antara gula Semulajadi yang di syorkan termasuk madu,  gula kabung, gula nira,  raw cane sugar, gula kelapa, gula Molasses dan seboleh-bolehnya pilih yang organik tanpa racun,  tanpa GMO dan tanpa 'bleach'. 

Ini sahaja Info mengenai Khasiat dan Kebaikan Gula untuk anda. 

Terima kasih 






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...