Selasa, 18 Julai 2017

Masih lagi Cheat Diet


Hari minggu hari makan-makan 
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Benarlah kata orang,  jangan sesekali mencuba,  dah tercuba pasti ingin lagi dan susah tinggal. 

Begitu juga saya insan lemah ini sekali tercheat diet asyik Cheat sahaja. 

Maka jika anda masih kekal dalam diet sihat mohon jangan senangnya termakan makanan tidak sihat. 

Ini atas alasan sekali cuba memang payah tinggal.  Lebih-lebih lagi jika anda dah terlalu asyik dengan makanan mudah dapat dan enak. 

Hari Sabtu baru-baru ini saya seperti biasa pada hari minggu ialah hari bersukaria bersama keluarga. 

Dari menikmati sarapan pagi lewat di The Coffee Bean &  Tea Leaf Di East Coast Mall,  kami menikmati makanan tengah hari di Pizza Hut  dan kemudian manisan tu Tong Fak Fu. 

Tidak cukup kek,  Ice blended manis berkrim turut saya nikmati. 

Balik rumah masakan ibu pula saya makan dengan puas. 

Hari ini saya berpuasa Syawal untuk hari ke 5, insyallah jika berjaya habiskan puasa ini pada hari ini tinggal satu hari untuk puasa sunat Syawal yang masih berbaki. 

Ketika ini beratur penuh promosi makanan dari Secret Resepi buy 3 cake Rm20 sempena ulang tahun ke 20 Secret Resepi pada 20 Julai ini,  tidak cukup itu Pizza Hut dan Domino's juga membuat promosi Pizza diskaun besar-besaran.  

Namun yang tidak sabar di tunggu bermula hari ini The Fish Manhattan turut membuat promosi untuk Fish and chips serta grill fish menu utama mereka. 

Saya dan adik saya sudah berkira-kira untuk ke The Fish Manhattan. 

Minggu ini juga penuh open house dan destinasi makan bersama keluarga akan saya tujui. 

Harapan dan doa moga selepas Syawal diet sihat saya lebih tegas dan menjadi. 

Jika anda juga sama seperti saya,  marilah kita mula bina kesedaran,  maklumlah berapa tahun sahaja lagi usia mula memasuki 40an,  sudah masa untuk menjaga kesihatan terutama dalam pemakanan seharian. 

Untuk mereka yang masih mengharungi proses TSW atau Topical Steroid Withdrawal,  mohon bersabar.  Jika anda semakin sembuh dan pulih jangan ambil kesempatan menikmati makanan tidak sihat dengan mudah.  Bimbang susah untuk anda berhenti dan kembali ke pangkal jalan nanti. 

Selamat berpuasa sunat untuk anda yang berpuasa. 

Terima kasih. 




Rabu, 12 Julai 2017

Bahagia


Buah-buahan tempatan dan oren yang enak
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Kata bijaksana jika kita bersyukur dengan apa yang sedikit maka yang besar akan menyusul. 

Kebahagiaan dan rasa gembira bukan datang dari insan lain dan harta benda namun datang dari hati. 

Namun ada kajian mengatakan makanan dan warna juga mampu membuatkan anda lebih bahagia. 

Jika anda stress dan tertekan tentu anda inginkan coklat,  kek atau desert,  dengan kata lain benda manis dan menarik hati. 

Ada sesetengah individu ketika stress inginkan benda masam atau pedas. Ini berpandukan pada kegemaran masing-masing.

Namun ada sesetengah individu ketika stress mereka inginkan buah-buahan segar dan semangkuk salad penuh warna warni. 

Lebih-lebih lagi jika anda telah lama tidak menikmatinya. 

Sepanjang melayari setiap muka buku membaca perkongsian status dan ilmu yang di baca. 

Jika anda masih bujang,  amat penting untuk anda menitik beratkan persefahaman termasuk dari segi cara masakan kegemaran. 

Ia beriman dan bertanggungjawab itu sudah tentu. 

Namun bayangkan jika anda seorang yang berusaha keras untuk berdiet dan si dia seorang yang suka makan namun kurus dan sering terasa apabila anda tidak menikmati makanan ketika menemaninya.

Membaca keluhan beberapa isteri yang tertekan terpaksa memasak masakan suami dan tidak larat lagi untuk memasak masakan untuk diri sendiri yang lebih sihat,  akhirnya terpaksa makan masakan menu kegemaran suami antara perkara sukar  untuk beliau kekal menjaga diet dan kesihatan. 

Itu belum kira niat mendidik bakal anak yang bakal lahir dalam ilmu pemakanan terutama suami kegemarannya makanan segera sama ada di luar mahu pun masakan di rumah. (tidak termasuk segala sos,  kicap dan MSG). 

Ingatlah bercinta dan berkahwin amat berbeza.

Terasa kuat stress itu apabila membaca setiap keluhan masing-masing baik lelaki mahupun  wanita.

Sebagai manusia biasa,  ada perkara yang anda sendiri harus tahu utamakan mana yang paling penting dan mana yang boleh dididik. 

Jika anda masih dalam peringkat perkenalan atau sedang bercinta lebih baik anda berterus terang dari awal supaya ini tidak menjadi isu. 

Bahagia boleh di pupuk walaupun pada berlainan bangsa dan jenis menu makanan sekali pun. 

Buang ego anda.  Buang kedegilan anda walaupun apa yang anda pertahankan itu betul. 

Cuma kuatkan semangat anda untuk kekal dalam trek anda.

Ia agak tertekan melihat muka pasangan anda yang muncung dan masam apabila anda tidak ingin turut serta menjamah makanan kegemaran mereka. 

Namun tentu anda cukup bijak dalam menangani isu ini. 


Masih dalam mood ingin berpuasa sunat Syawal,  saya mengucapkan selamat berpuasa juga pada anda.

Jangan lupa doa banyak-banyak.

Pada yang bujang dan belum berpunya,  ini masanya untuk anda masukkan doa antaranya seperti mengelakkan isu diatas. 

Terima kasih. 



Selasa, 11 Julai 2017

Makeup


Bergambar di Majlis Perkahwinan adik lelaki saya baru-baru
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Makeup dan wanita sukar dipisahkan. Ia umpama sahabat karib.  Jika tiada lipstik atau Makeup penuh kata orang sekurang-kurangnya ada bedak di pipi juga pelembap bibir. 

Itu kata-kata yang sering dibaca di mana sahaja. 

Sebagai insan yang pernah menjalani pengalaman Topical Steroid Withdrawal (TSW)  yang sering saya kongsikan di Blog ini,  saya akui Makeup komersial mengandung kesan sampingan sendiri kepada tubuh dan tidak digalakkan untuk di guna pakai setiap hari. 

Ingin saya tegaskan disini.  Pengalaman saya bekerja dan sebelum melalui proses TSW saya memang seorang yang rajin bermakeup dan mencantikkan diri. 

Itu hobi dan kegemaran saya.  Namun tidaklah setiap hari saya bermakeup kecuali untuk perjumpaan bersama pelanggan atau event dan mesyuarat tertentu. 

Terkenal suka bergaya itu memang sifat semula jadi saya,  namun saya tetap menyesuaikan tempat dan pakaian sesuai atur cara yang saya pergi.  Ada waktunya ke pejabat saya hanya memakai pelembap bibir dan cermin mata sahaja dan ada waktunya jika saya bermakeup saya hanya bermakeup nipis sahaja kecuali ia memerlukan saya untuk bermakeup lebih tebal. 

Kembali kepada tajuk asal,  terutama kepada anda pembaca yang mengikuti Blog ini sebagai follower saya yang setia mengikuti kategori ekzema atau TSW di Blog ini. 

Untuk info anda kebanyakan gambar dan wajah saya memang langsung tanpa Makeup termasuk pelembap bibir. 

Saya memang telah lama meninggal semua itu. 

Malah ketika mengambil gambar dalam mempromosikan tempat Makan Best kebanyakan wajah saya 100% bersih tanpa solekan malah tanpa pelembap bibir. 

Seingat saya hanya untuk artikel tajaan tempat Makan Best Di Kuantan untuk Rimbunan Oriental Cafe sahaja saya bermakeup sedikit tanpa Foundation bagi menghidupkan keceriaan untuk artikel tajaan tersebut.

Namun sebagai manusia biasa minat dan kecintaan itu sukar untuk padam.

High heel dan pelbagai jenis kasut adalah kegemaran saya semenjak kecil.

Maka tidak pelik ia kekal antara kegemaran saya ke hari ini termasuk accessories.

Anda tidak perlu pelik,  jika anda lihat beberapa artikel ke belakang,  saya pernah menulis ketika menyambut Aidilfitri pada tahun 2014 dan 2015 saya kekal bermakeup walaupun ketika itu saya sedang menjalani TSW pada stage pertama di 2014 dan 2015 saya dalam proses untuk sembuh sepenuhnya.

Sebagai antara rujukan pengalaman TSW untuk Blog,  saya bukan idol Perfect untuk itu.

Qisya Khadeeja tak akan mungkin akan menjadi sempurna untuk selamanya.

Ia hanya kekal menjadi diri sendiri dan tentu sekali berazam untuk menjadi lebih baik dari hari ke hari tanpa paksaan dan kerelaan diri.

Jika anda inginkan idol dan motivasi,  anda harus cari insan yang boleh memotivasikan anda.

Saya berada di track saya sendiri dan jalan pilihan sendiri.

Pandangan dan prinsip saya tak akan mungkin sama dengan insan lain.

Sebagai Blogger anda boleh membaca Blog saya pada bila-bila masa,  dan sebagai manusia yang dianugerahkan pemikiran oleh Allah,  pilih sahaja yang baik untuk di ikuti.

Selamat Hari Raya dan selamat menunaikan puasa sunat Syawal dari saya untuk anda.

Ingat tiada sesiapa memaksa anda untuk memilih,  anda sendiri yang memilih.

Jangan salahkan insan lain terutama anak,  atau suami mahupun keluarga atas apa keputusan anda.

Apalagi menyalahkan Blogger atau insan lain yang berkongsi ilmu dan pengalaman di Facebook dan Group.


Terima kasih.







Buat dan Alasan


Bukan mudah fokus menu sihat
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Antara perkara paling sukar bukan sahaja antara memilih yang mana pilihan hati sama ada cinta,  pakaian,  kasut mahu pun accessories namun termasuk menu sihat yang ingin di nikmati. 

Bayangkan ada 2 menu kegemaran yang di masak bukan dengan cara sihat dan satu lagi menu biasa kurang menyelerakan namun sihat.  Agak sukar memujuk hati agar fokus hanya pada yang sihat,  terutama jika rupa dan bahan pun kurang menarik hati. 

Namun itulah pengorbanan. 

Bukan senang untuk berkorban namun atas pengorbanan itu insyallah hasilnya pasti menggembirakan. 

Syawal yang telah masuk pertengahan bulan,  namun saya sendiri seperti kebanyakan individu lain,  masih sukar untuk berada dalam track menjaga diet seharian. 

Kuih raya dan kek raya masih banyak di luar dan di dalam peti. 

Kerepek dan muruku di kunyah setiap hari sehingga habis balang demi balang. 

Susah rupanya sekali kunyah untuk berhenti terutama jika anda telah lama tidak menikmati makanan enak,  yang pastinya hasil tangan dari orang lama yang terkenal keenakannya. 

Masih mencuba untuk memaksa diri memakan makanan sihat. 

Memaksa diri memasak sendiri walaupun hanya campak-campak. 

Menolak secara baik jemputan belanja makan dari seorang ke seorang yang lain. 

Belum kira mood memasak yang terpadam akibat tidak cukup bahan dan kepanasan serta cuaca. 

Ia memang halangan yang kadang kala menyebabkan anda kekal kalah dalam menjaga pemakanan. 

Ada waktu atau hari anda terpaksa enjoy,  namun ada hari juga anda harus fokus untuk cuba menikmati makanan sihat walaupun hanya untuk makan tengah hari atau mungkin makan malam. 

Saya sendiri masih berusaha memperkuatkan semangat untuk kembali menikmati makanan sihat. 

Semoga saya dan anda diberi kekuatan untuk berjuang untuk pemakanan yang lebih sihat. 

Insyallah. 

Doakan saya berjaya puasa enam untuk tahun ini. 


Terima kasih. 





Isnin, 10 Julai 2017

Syawal dan Kenduri



Bergambar bersama pengantin 

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Syawal masih belum berakhir dan seperti biasa bulan Syawal sering di pilih sebagai bulan untuk melangsungkan perkahwinan. 

Tidak terkecuali adik lelaki ke 8 dalam keluarga saya yang melangsungkan perkahwinan pada tarikh pilihan yang dikatakan cantik iaitu 7.7.2017.


Bergambar selepas akad nikah 
Oleh kerana perkenalan dan perancangan perkahwinan adik lelaki saya ini hanya berlangsung dan berlaku selama 3 bulan dari tarikh berkenalan,  maka majlis perkahwinan ini di langsungkan secara sederhana. 

Bergambar bersama ahli keluarga 
Cukup mudah apabila jodoh itu tiba,  begitu juga mudahnya majlis berlangsung. 

Saya seperti biasa hanya memakai baju kurung kapas @ cotton lama sahaja tahun 2012 dahulu dan tudung bawal. 

Agak beruntung,  walaupun saya bukan peminat baju kurung atau kain namun saya amat menghargai baju yang ditempah sendiri dan baju yang saya sukai pasti akan saya simpan elok. 


Bergambar selepas makan
Esoknya 8.7.2017 kenduri perkahwinan untuk semua undangan di adakan. 

Saya hanya memilih top dari Larney Official hadiah Aidilfitri dari sahabat karib saya Lyn  dipadankan dengan batik satin,  high heel glitter silver Dan beg raga dari Bali. Semua ini telah dibeli bertahun dulu namun baru di rasmikan.  Hanya top dari Larney Official sahaja hadiah Aidilfitri untuk tahun ini daripada sahabat tersayang. 

Realiti memang jimat banyak jika anda masih kekal dalam berat asal bertahun dulu.  Saya amat bersyukur untuk itu. 

Untung juga setiap accessories yang saya beli saya selalu pastikan ia bermutu dan boleh disimpan dan di pakai lama. 

Alhamdulillah sehingga hari ini setiap accessories saya tersimpan kukuh dan rapi. 

Paling istimewa kasut tinggi silver buatan tangan itu di beli lebih dari 5 tahun lepas namun kekal elok digunakan. 

Beg raga kesayangan saya yang di beli di Bali pada tahun 2007 itu ialah hasil belanja Manager bank saya iaitu bos saya ketika saya dan 3 lagi sahabat berserta Manager branch kami terpilih ke Bali untuk anugerah kecemerlangan dalam Sales. 

Itu adalah kali pertama saya menjejakkan kaki ke luar negara selepas bekerja. 

Alhamdulillah beg raga itu kekal elok tanpa sebarang kecacatan semenjak di beli. 

Saya amat menyukai beg ini. 

Begitu juga set accessories mutiara buatan tangan yang turut ditempah khas oleh saya hampir 10 tahun dulu juga masih kekal cantik seperti mula di beli. 

Saya selalu percaya setiap karya dan hasil tangan harus dihargai. 

Itu alasan mengapa saya amat mengemari sesuatu dari hasil tangan walaupun ia hanya dibeli bukan dari hasil tangan sendiri. 

Ini sahaja sedikit perkongsian mengenai minat dan kesukaan saya. 

Terima kasih. 



Sabtu, 8 Julai 2017

Hobi



Berfesyen juga adalah antara satu hobi



Blog sebagai hobi

Setiap individu punyai hobi,  sama ada membaca,  menulis,  menonton filem atau televisyen, tidur,  memasak,  mengemas,  berjalan atau sebagainya. 

Begitu juga Blogger, ada yang gemar memasak,  mencantikkan diri, berkongsi Info dan bercerita. 

Bezanya cara penceritaan sama ada ia mengenai kisah kehidupan atau pengalaman juga pendapat masing-masing. 

Blogging tidak mengambil masa yang lama untuk artikel berdasarkan tulisan pengalaman dan cerita yang dikisahkan dari asal pengalaman. 

Ia semudah anda yang kerap mengemaskini status facebook atau semudah anda berchating dengan kawan anda. 

Bezanya dari segi praktis.  Sebagai Blogger aktif sama ada sepenuh masa atau separuh masa,  kebiasaannya mereka pantas menaip artikel yang memang kepakaran mereka sendiri terutama jika artikel itu tidak memerlukan rujukan dan atas pengalaman sendiri. 

Ia semudah menikmati air suam,  hanya mengambil masa kurang 5 minit. 

Dan jika dahaga lagi anda boleh tambah segelas lagi air suam. 

Umpama anda boleh menulis artikel seterusnya dalam lingkungan waktu sama. 

Bezanya pandangan pembaca dan follower masing-masing yang mempunyai pendapat masing-masing sama ada Blog atau penulisan anda ialah penulisan syok sendiri atau memberi manfaat kepada pembaca sekaligus memberi minat untuk pembaca terus mengikuti Blog anda sebagai bacaan utama mereka seterusnya menjadikan anda sumber inspirasi dan idola. 

Bernasib baik jika ada pembaca dan follower setia sudi mempromosikan Blog anda bukan setakat di Facebook, instagram, twitter atau Google malah dalam Group whatapps dan mulut ke mulut. 

Ramai yang suka memandang rendah penulisan yang bagi mereka amat mudah dan senang terutama bagi artikel pendek dan ringkas. 

Harus diingatkan masa yang melatih setiap penulis untuk tahu setiap rentak dalam penulisan. 

Tanyalah mereka yang tidak punyai bakat dan kesungguhan menulis,  untuk menulis artikel 100 patah perkataan mungkin langsung tidak terbuat. 

Seperti seorang penulis yang bukan minat pada menjahit,  untuk menjahit sapu tangan kecil mungkin mengambil masa berbulan atau langsung tidak disiapkan. 

Tidak bermaksud kita dapat menyiapkan sebiji kek coklat dalam 10 minit,  jiran sebelah anda juga sama. 

Setiap individu dilahirkan dengan kepakaran dan minat masing-masing yang di asah hari demi hari yang akan lahir dari passion diri sendiri. 

Jiwa penulisan hanya dibentuk setelah mengambil masa yang agak lama. 

Seperti kecintaan kepada bidang pilihan anda sendiri. 

Bezanya bernasib baik anda bukan sahaja menjadikan apa sahaja minat anda sebagai hobi malah boleh menjana pendapatan sampingan atau mungkin pendapatan yang tinggi untuk anda suatu hari nanti. 

Pilih satu hobi yang bagus dan memberi manfaat. 

Dan bermulalah sekarang. 


Terima kasih.




Khamis, 6 Julai 2017

Pentingnya Kemaskini Blog Sentiasa


Baru 2 hari artikel Khasiat White Fungus  ditulis, dan kini ia berada di paparan pertama carian Google dan di No. 2.  Tiada yang mustahil. 

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Saya selalu percaya usaha yang berterusan akan membuahkan hasil sama seperti pengorbanan yang anda lakukan. 

Sering membaca bagaimana kuasa SEO penting dalam memastikan artikel berada di Pages pertama carian Google,  dan keutamaan domain milik sendiri kadang kala membuatkan mati akal terutama jika anda menggunakan domain.  Blogspot seperti Blog ini. 

Namun,  jangan bimbang,  dunia teknologi dan Google tidak kejam untuk terus menghukum anda yang masih tidak mempunyai domain sendiri. 

Sebagai bukti,  saya menggunakan teknik rajin mengemaskini Blog dengan tajuk yang berdekatan dengan herba cina dalam minggu ini. 

Hasilnya banyak carian mengenai nama herba cina kini meletakkan banyak artikel mengenai herba cina di Blog ini di halaman Pertama carian Google walau baru beberapa hari di tulis. 

Maka ini alasan utama untuk anda tidak perlu bersedih jika hanya menggunakan domain.  Blogspot.

Kerajinan anda menaip artikel dan berkongsi Info serta maklumat, jauh lebih berkuasa meletakkan artikel anda di laman utama Google 

Rajin-rajinkan diri anda menaip mengemaskini Blog tanpa perlu bersedih dan berputus asa hanya atas alasan domain percuma dari Google yang kononnya di anak tiri kan. 

Saya banyak membaca artikel bahawa tiada satu pun manusia yang tahu algoritma sebenar yang digunakan oleh Google mahu pun facebook dalam meletakkan setiap artikel,  status atau iklan di halaman atau wall utama. 

Maka tidak perlu rasa putus asa dalam mengemaskini atau berkongsi status. 

Perkara negatif dan fikiran negatif langsung tidak mendatangkan apa-apa dari langsung anda tidak membuat apa-apa seiring zaman teknologi yang kebanyakannya boleh diperolehi manfaat secara percuma. 

Ingatlah jangan percaya apa anda baca dan lihat sehingga anda cuba sendiri.

Anda boleh punyai 100 sifu handalan,  jutaan kritikan dan pujian.

Namun yang menentukan ialah pandangan dan tindakan anda sendiri. 

Semoga artikel ini memberi motivasi untuk anda. 

Terima kasih. 



KHASIAT & KEBAIKAN BIJI TERATAI


Biji Teratai Kering yang di beli di kedai herba cina
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Sepanjang minggu ini saya akan bercerita dan berkongsi Info mengenai herba cina. 

Harus diingatkan ada herba cina juga herba sama yang digunakan oleh masyarakat Jepun dan Jawa. 

Untuk artikel ini,  Manfaat Biji Teratai yang amat mudah di beli dan di dapati di kedai herba cina menjadi pilihan untuk perkongsian ilmu herba kali ini. 

Seperti biasa sekali lagi saya ingatkan. Dalam amalan apa sekalipun bersederhana lebih baik. 

Tidak semua tubuh sama,  dan pastikan anda amalkan dengan ilmu. 

Herba Cina ada "Ying &  Yang". 

Itu alasan mengapa jangan sewenang-wenangnya anda mencampur semua herba sekaligus. 

Mohon rujuk dan tanya pada yang lebih pakar. 

Untuk anda ini KHASIAT & KEBAIKAN BIJI TERATAI 

1.  Biji teratai di katakan amat bagus untuk jantung dan limpa. Ia membantu menguatkan jantung dan limpa. 

2. Membantu memberi tenaga kepada mereka yang sering keletihan. 

3. Mengurangkan gejala hipertensi atau sentiasa berdebar debar dengan cara menikmati air rebusan biji teratai. 

4. Jika anda sukar untuk tidur dan merasa tertekan,  biji teratai dikatakan membantu melegakan stress dan membantu tidur yang lebih lena. 

5. Biji teratai di katakan amat bagus untuk awet muda,  ia membantu mengurangkan kedut dan segala tanda penuaan.

6. Untuk mereka yang sering menghadapi masalah mata sering berair, mata tegang kering dan sebagainya,  dikatakan biji teratai turut membantu masalah ini. Dengan cara mengukus biji teratai sehingga lembut di dalam kain lembut kemudian di gunakan sebagai masker mata.  Wallhualam. 

7. Dikatakan juga sifat biji teratai tidak panas dan tidak dingin. Maka ia sesuai bagi kebanyakan tubuh. 

8. Sifat biji teratai ini juga turut membantu menghilangkan panas dalam badan serta mengeluarkan panas dan lembab dalam usus. 


Biji teratai seeloknya di rebus 2 kali untuk benar-benar empuk dan enak. 

Rasa biji teratai segar yang saya beli sedikit kelat atau pahit hamun lemak enak. (tunas dalam biji itu yang menyebabkan rasa pahit). 

Masih ada tunas berwarna hijau segar ( ada memanggil ia hati teratai)  di dalam biji teratai yang saya gigit walaupun telah di rebus lama.

Anda harus bijak melihat kualiti biji teratai yang dibeli. 

Belilah yang lebih natural atau tanpa sulfur jika anda mempunyai Budget lebih atau berjaya menjumpai kedai herba cina yang lebih kepada natural. 

Jika anda tidak berjaya mendapatkan yang lebih natural usah bimbang,  dikatakan bahawa sulfur yang digunakan tetap boleh di hilangkan selepas direndam dan di rebus. 

Harus diingatkan bahawa menikmati biji teratai dalam jumlah yang banyak boleh menyebabkan diare.

Setakat ini sedikit perkongsian mengenai biji teratai untuk anda. 

Semoga bermanfaat. 

Terima kasih. 






Selasa, 4 Julai 2017

Khasiat & KEBAIKAN White Fungus ( Kulat Putih)


White Fungus kualiti biasa ( kualiti sederhana) 
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Menulis mengenai minuman Herba Cina dalam artikel sebelum ini  Minuman Herba Detoks & Awet Muda

Antara bahan utama ialah White Fungus atau kulat putih. 

Kulat putih atau White fungus ini kebiasaannya di letakkan sebagai bahan utama dalam Lai Chi Kang. 

Satu masa dahulu saya ingatkan White Fungus ini sarang lebah dalam lai Chi kang,  apabila semakin dewasa baru saya tahu ia adalah White Fungus. 

Bagi golongan lain,  White fungus di gelar " sarang burung golongan miskin"  atas khasiat white fungus yang amat bagus untuk kecantikan kulit dan Awet muda. 

Berikut adalah antara KHASIAT &  KEBAIKAN WHITE FUNGUS untuk info bersama. 

1. White fungus atau snow fungus terkenal di kalangan kaum cina sebagai bahan awet muda untuk kulit.  Dipercayai jika sering menikmati White Fungus ini kulit akan lebih anjal dan Awet muda atas asbab kolagen yang diberikan oleh White Fungus ini kepada kulit.  Walau bagaimanapun tiada kajian sains yang dilakukan bagi mengesahkan perkara ini.

2.  Semenjak 2000 tahun lampau masyarakat Cina dan Jepun menggunakan White Fungus ini untuk kecantikan dan Awet muda tubuh.  Mereka percaya dengan menikmati White Fungus kulit akan lebih cantik dari segi komplikasi kulit dan mengurangkan kedutan serta masalah kulit termasuk jerawat dan bintik di wajah.

3. White fungus juga bagus untuk mengurangkan panas badan dan batuk kering juga sebagai tonik herba untuk tubuh.

4. White fungus juga dipercayai membantu mengurangkan kolesterol selain mempunyai sumber anti kanser.

6. Selain itu White Fungus membantu dalam membersihkan hati dan menjadikan hati bertambah kuat selain sebagai makanan anti radang yang bagus.

7.  Dikatakan jika anda rajin menikmati White Fungus kedutan atau garis kedutan di wajah akan berkurang dan konfleksi wajah juga akan menjadi bertambah muda.

8. White fungus juga dikatakan bagus untuk kesihatan rahim malah ada pendapat mengatakan White Fungus boleh mengurangkan risiko penyakit ini.

Untuk maklumat lanjut anda boleh merujuk artikel di link ini http://www.herbmuseum.ca/content/medicinal-benefits-snow-fungus

Tunggu apa lagi,  anda boleh dapatkan White Fungus atau snow fungus ini di kedai herba cina berdekatan anda dengan serendah RM3 sahaja sebungkus.

Hanya rendam sahaja White Fungus ini selama 2-3 jam dalam air panas dan anda boleh menikmatinya sebagai minuman lai Chi kang atau sup.

Selamat Mencuba.

Semoga perkongsian artikel ini memberi manfaat untuk anda.


Terima kasih.




Isnin, 3 Julai 2017

Memilih Herba Cina


Kurma kecil natural Red date ini saya beli di kedai organik,  kurma merah besar di kedai herba cina atau singseh
 Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Selamat berpuasa sunat Syawal bagi anda yang sedang berpuasa. 

Untuk artikel ini sedikit perkongsian bagaimana pemilihan herba cina mengikut kesesuaian diri sendiri. 

Kebiasaannya saya lebih suka membeli longan dan kurma merah di kedai organik yang disimpan di dalam peti. 

Ini atas alasan bahan-bahan ini tidak tahan lama dan perlu disimpan di dalam peti ais.  Berbeza jika anda beli di pasaraya biasa yang jelas sekali agak kering dan lama. 

Dari pemerhatian saya dan pertanyaan saya ada beberapa kedai singseh yang turut menjual produk herba natural bukan organik. 

Ia masih di simpan di luar dan ada juga disimpan di dalam peti untuk tahan lama. 


Kedua-dua kurma ini disimpan di dalam peti ais (di kedai organik dan kedai herba cina) 
Ada sesetengah kedai herba cina yang mengambil dalam kuantiti yang banyak,  untuk lebih tahan lama sedikit sulfur di gunakan. 

Namun ada pendapat mengatakan sulfur ini hilang apabila herba ini direndam. 

Ada sesetengah kedai herba cina memang memilih dan membekalkan stok tanpa sulfur dan lebih natural,  kebiasaannya kedai ini hanya mengambil dan mengeluarkan sedikit stok sahaja. 

Itu penjelasan yang saya terima dari tauke herba cina atau singseh. 

Itu alasan mengapa ada perbezaan ketara herba cina di kedai berlainan. 

Saya melihat sendiri perbezaan White fungus berkualiti tinggi dan biasa.  Yang lama disimpan dan yang biasa. 

Namun sengaja saya beli White fungus biasa untuk mengurangkan Budget. 

Perbezaan ketara jua dari kurma merah kecil di kedai organik dan kedai herba biasa amat ketara dari segi kualiti,  wangi,  bau dan rasa. 

Kurma merah jenis besar yang dibeli saya di simpan di dalam peti ais di kedai herba tersebut juga jelas berbeza dari segi kualiti dan kesegaran malah rasa dan bau apabila direbus. 

Buah kurma merah besar itu masih berair dan seumpama mempunyai jus tersendiri amat berbeza dengan kurma merah kualiti berlainan. 

Bagi anda yang mengalami isu usus bocor atau isu usus lemah. 

Juga untuk anda yang sedang dalam proses penyembuhan,  anda di galakkan untuk mendapatkan bahan herba cina yang lebuh natural jika anda mempunyai Budget lebih.

Sila belajar melihat perbezaan setiap herba di kedai berlainan dan jangan hairan dengan sedikit perbezaan harga. 

Satu perkara yang perlu di titik beratkan.  Pastikan herba yang anda amalkan tidak lari 'yin dan yang'  yang sepatutnya.

Dapatkan ilmu dan pendapat dari singseh berpengalaman atau adunan yang biasa di amalkan sahaja jika anda tidak pasti. 

Semoga artikel ini membantu anda. 


Terima kasih. 




Ahad, 2 Julai 2017

Minuman Herba Cina Untuk Detoks dan Awet Muda


Minuman Herba Cina khas untuk detoks dan Awet muda
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Seminggu menikmati makanan berlemak,  tinggi kalori dan tidak sihat tanpa henti,  juga baki 3 minggu lagi sebelum habis Syawal terlalu banyak giliran rumah untuk dihadiri untuk pelbagai majlis antara alasan mengapa detoks satu perkara harus dan mungkin wajib dilakukan. 

Selain berpuasa enam dan mengawal pemakanan,  alternatif tambahan ialah menikmati minuman detoks. 

Jika sebelum ini saya kerap mencadangkan cuka epal sebagai antara bahan detoks paling mudah namun anda juga boleh mencuba minuman Herba yang tinggi khasiat dan mengenyangkan ini sebagai alternatif detoks dan Awet muda seterusnya. 


Bahan-bahan yang di perlukan 

Jika sebelum ini saya berkongsi resepi Remedi Menyejukkan Badan di Musim Panas,  resepi minuman ini hampir sama sahaja namun di tambah bahan lain. 

Telah lama mengetahui kewujudan kulat putih atau White fungus namun baru minggu lepas saya mengetahui nama sebenar bahan ini dan khasiatnya di Facebook Dr.  RIZAL salah seorang doktor dalam kalangan sahabat Facebook saya. 

Maka remedi detoks kali ini di tambah White fungus dan biji teratai.  Sebelum ini resepi air rebusan daun teratai dan akar teratai untuk membuang lemak juga turut di kongsi kan oleh saya di artikel Khasiat Teratai Untuk Tubuh

Untuk info white fungus atau kulat putih ini menjadi bahan dalam membuat lai chi kang.  Ia popular di kalangan kaum cina sebagai 'sarang burung orang miskin'  dan yang pasti khasiat utama kulat putih atau White fungus ini ialah fungsi kolagen yang menjadikan kulit gebu,  cerah dan Awet muda.  Faktor utama mengapa air rebusan detoks dan Awet muda ini wajib di tambah White fungus. 

Biji teratai bagus untuk usus dan juga untuk wanita.  Biji teratai membantu dalam pencernaan dan bagus untuk usus.  Malah biji teratai turut membantu dalam mengurangkan penuaan dini atau sumber untuk awet muda. 

Longan kering terkenal untuk menyejukkan badan.  Badan yang kaya toksin kebiasaannya sentiasa panas,  maka longan membantu mengurangkan panas dan mengurangkan toksin. 

Buah goji beri amat bagus untuk mata dan Awet muda. Kurma merah atau kurma cina tinggi khasiat dan menguatkan badan dan usus. Ciri anti oksidan dalam kurma merah antara sebab utama mengapa anda harus menambah kurma ini dalam air rebusan herba ini.

Untuk kali ini saya menggunakan kurma merah atau cina jenis besar yang amat manis dan juicy.

Anda boleh lihat 2 perbezaan kurma ini disini.

Jenis kecil dan jenis besar.

Perbezaan size kurma

Rasa kurma ini menambah kesedapan air herba ini.

Berikut adalah bahan-bahan dan cara menyediakan air rebusan ini.

Bahan-bahan

Kurma cina
White fungus
Biji teratai
Goji berry
Longan kering


Cara membuatnya

Rebus white fungus,  biji teratai dan Longan kering.

Rebus sehingga biji teratai lembut dan Longan kering kembang.

Masukkan kurma merah ketika air mendidih.  Tutup periuk.

Setelah sejuk tuang di dalam gelas dan tambahkan buah goji merah atau goji Berry.

Siap untuk di minum.


****Pilihan lain cara membuat yang lebih mudah.

Hanya rebus biji teratai sehingga lembut.

Masukkan bahan lain ke dalam termos berserta air suam.  Rendam 4-5 jam sehingga kembang.

Tambah sahaja biji teratai yang siap di rebus ke dalam termos sebelum diminum.

Jika anda suka manis,  boleh minum dengan madu atau gula kundur.

Siap untuk diamalkan. 



Selamat Mencuba resepi detoks mudah lagi enak serta mengenyangkan ini.


Terima kasih.




Sabtu, 1 Julai 2017

KISAH Aidilfitri 2017


Bergambar bersama Ibu Tersayang di hari raya Aidilfitri ke 2
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir dan Batin untuk semua pembaca Blog yang mengenali diri saya atau membaca Blog ini.

Ucapan ini juga untuk semua pelanggan saya sama ada dalam bidang insurans dan Takaful juga untuk mereka yang pernah dan menggunakan produk di bawah jenama Qisya Khadeeja. 


Syawal pertama di rumah ibu saudara 
Tidak seperti tahun lepas hanya satu hari saya beraya di Kuantan bersama keluarga,  tahun ini saya beraya di Kuantan lebih lama. 

Hari pertama keluarga saya merayakan Aidilfitri dengan tema warna kuning emas.  Saya memilih warna dasar kuning cair atau NUDE yang saya kira lebih sesuai dengan cuaca panas ketika ini. 

Mereka yang mengenali saya dengan lebih dekat pasti memahami saya lebih suka memilih fesyen dan warna yang sebati dan kena dengan jiwa dan personaliti saya berbanding mengikut trend yang mungkin tidak sesuai dengan jiwa dan diri saya sendiri. 

Bergambar bersama Keluarga 
Seperti biasa,  ada ahli keluarga yang beraya di rumah mertua masing-masing dan ada beraya di rumah keluarga kami. 

Bersiap dengan kadar sederhana,  saya hanya memilih batik bandung berlabuci (dibeli pada tahun 2009, namun dirasmikan pada tahun ini) dan di padankan dengan baju Ruffle yang simple  dan longgar serta tudung bawal sahaja.

Baju jenama Aina Hariz itu di beli saya di modvier Kuantan. 

Untuk tahun ini saya memilih imej dan fesyen 'back to basic'  Di mana campuran moden dan tradisi serta mengutamakan batik dalam fesyen Aidilfitri untuk kali ini. 

Tema warna Gold mustard 
Sesi bergambar bersama keluarga seperti biasa dan bersalaman di mulakan,  kemudian semakin ramai kaum kerabat kami datang beraya. 

Antara kaum kerabat terdekat 

Seperti biasa hari pertama Aidilfitri ialah hari raya untuk kaum kerabat terdekat dan keluarga.

Sesi bergambar bersama kaum kerabat ialah acara wajib.

Selepas solat zohor,  saya menukar baju raya Pink striking yang pernah di pakai Aidilfitri pada tahun 2012 dahulu.

Seperti anda lihat di kebanyakan gambar saya,  hanya hari raya sahaja hari saya memakai baju kurung atau tradisi,  itu antara alasan mengapa saya pada tahun 2014 dan seterusnya lebih suka memilih Style mix and match yang lebih sesuai dengan identiti dan mengelakkan pembaziran.

Baju raya tahun 2012 yang hanya di pakai sekali sahaja,  kini dii pakai kembali Aidilfitri 2017
Sebagai peminat shawl berbulu ostrich dari tudung Ruffle,  saya memilih bawal ini untuk hari raya pertama Aidilfitri di padankan dengan baju kebaya Pink striking tahun 2012 untuk aktiviti beraya seterusnya. 

Beraya di rumah adik ipar
Untuk info seperti biasa,  hari raya Aidilfitri ini saya menikmati pelbagai hidangan.  Termasuk kuih raya yang memang antara kegemaran saya setiap kali tiba Aidilfitri.

Raya pertama keluarga kami sempat singgah beraya di rumah bakal adik ipar kami yang bakal bernikah minggu hadapan.


Baju raya ke 2 dengan batik tahun 2005

Hari raya kedua Aidilfitri,  saya hanya memakai baju Pink lembut juga dari Aina Hariz yang di beli di modvier, di padankan dengan batik hijau yang ditempah pada tahun 2005. 

Batik hijau ini sebenarnya ialah kain batik bersama baju kebaya hijau nyonya yang menjadi kesayangan saya sehingga kini. 

Baju yang saya gemari saya akan simpan selama mana saya ingin simpan.  Malah ada baju raya saya pada tahun 2000 sehingga kini masih elok dalam simpanan saya. 

Tudung atau shawl dari tudung people juga di beli pada tahun 2012 namun baru kini dirasmikan oleh saya. 

Alang-alang membeli saya memang memilih sesuatu yang berkualiti dan tahan lama. 

Makan banyak di rumah ini
Ketika beraya di rumah keluarga adik ipar saya pada Aidilfitri kedua,  ia adalah antara rumah yang paling banyak makanan yang saya nikmati. 

Dari roti jala,  nasi putih,  kari daging kerbau,  nasi impit semua saya ulang berpinggan-pinggan.


Taktik untuk nampak lebih SLIM bergambar 
Juga seperti tahun lepas,  selfie raya untuk tahun ini saya abadikan di hari raya Aidilfitri kedua selepas puas menikmati hidangan. 


Selfie untuk Aidilfitri tahun 2017 ini
Hari raya Aidilfitri ketiga,  kami sekeluarga pulang ke kampung halaman menghadiri majlis pertunangan sepupu sekaligus berhari raya di kampung.

Hanya baju raya Aidilfitri tahun 2009 yang diperagakan oleh saya pada hari raya ketiga ini bersama bawal feather dari tudung Ruffle.

Bertahun tidak pulang ke kampung halaman,  rasa indah sungguh bergambar di kawasan kampung menghijau.

Raya ketiga kulit saya mulai kering dan ditumbuhi ruam serta eye bag yang teruk akibat tidak tidur lena beberapa hari,  kurang minum air dan tidak pantang makanan berminggu-minggu.  Kulit sensitif adalah perkara biasa jika tidak dijaga.

Namun itu bukan alasan saya harus berdukacita dan tidak mengambil gambar di dalam balutan baju raya Aidilfitri 'recycle'  ini. 

Bergambar di kampung halaman 
Istimewa baju raya Aidilfitri tahun 2009 ini ia adalah dari Thai Silk atau sutera Thai bercorak songket,  ia adalah antara baju raya yang saya suka atas alasan klasik,  sekaligus antara baju yang kekal menjadi simpanan saya ke hari ini. 

Sutera Thailand bercorak songket
Sesuai dengan tema back to basic,  modern vs traditional,  maka kasut raya juga saya pakai dari corak songket yang di simpan lama oleh saya semenjak tahun 2012 lagi. 

Kasut raya bercorak songket dibeli tahun 2012

Kasut ini ketika dibeli,  diberitahu oleh penjual sebagai hasil buatan tangan bukan buatan mesin,  mungkin itu alasan mengapa ia langsung tidak rosak walaupun telah lama disimpan. 

Selepas majlis pertunangan kami sekeluarga berhari raya ke Bandar Pusat Jengka atau bandar Tun RAZAK di Maran iaitu rumah ibu saudara belah ibu kami. 

Kami kembali ke Kuantan pada hari yang sama. 

Sempat selfie di dalam kereta  menuju ke bandar 
Hari raya Aidilfitri keempat saya dan adik perempuan saya ke bandar membeli kelengkapan dan mencari kain sebagai hantaran perkahwinan adik lelaki saya yang ke 7 pada minggu hadapan. 

Sayangnya kedai kain Jakel Kuantan tutup,  maka saya dan adik saya hanya menikmati makan tengah hari di The Coffee Bean &  Tea Leaf Di East Coast Mall,  Kuantan. 

Kenyang makan menu raya kita makan menu barat pula
Sempat window shopping,  saya tidak lepaskan peluang melawat kedai NHF salah sebuah kedai organik kegemaran saya di sini. 

Hanya sekadar melihat sahaja produk di jual disini,  antara yang menarik hati ialah teh khas untuk kesihatan mata. 

Namun harga RM26.90 Untuk 20 sachet agak lari Budget untuk saya,  maka saya sekadar melihat bahan-bahan dan meletakkan teh ini kembali. 

Jika anda juga ingin menjaga kesihatan mata dan pengemar teh anda boleh mencuba teh ini.

Teh ini berharga RM26.90 Untuk 20 sachet 
Hari Sabtu sekali lagi saya keluar membeli barang keperluan bersama ibu saya. 

Begitulah rutin hidup saya kerap keluar berpanas namun alhamdulillah,  kulit sunburn saya kekal pulih dan semakin pulih dari hari ke hari. 

Seperti biasa saya kerap menikmati masakan arab sebagai hidangan tengah hari di luar bersama ibu saya khususnya. 

Menikmati hidangan tengah hari di restoran Arab terkenal Kuantan 

Dengan diet pemakanan yang tidak sihat dan ke laut semenjak berbulan lepas dan sembuh dari ekzema tentu sekali saya menanam azam untuk kembali menjaga diet dan pemakanan saya sendiri. 

Namun lambakan makanan di hadapan mata memang sesuatu yang harus saya belajar kawal selepas ini. 

Di kesempatan ini saya mengambil peluang mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri  kepada semua,  Maaf Zahir dan Batin. 

Saya berdoa dan berharap semoga hari raya Aidilfitri tahun ini dan seterusnya adalah hari raya yang sentiasa di tunggu dan membahagiakan. 

Terima kasih atas segala kurniaan Allah kepada saya dan anda semua. 

Untuk bahagia dan gembira,  anda harus bersyukur dengan yang sedikit dahulu,  baru yang besar akan terus datang. 


Terima kasih. 






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...