Selasa, 17 Januari 2017

Tempat Makan Best Di Kuantan Part 34 :- The Blossom Chinese Restaurant, Swiss Garden Hotel Kuantan


Bahagian hadapan restoran ini

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Artikel ini adalah Sambungan link di bawah. 


Tempat Makan Best Di Kuantan seterusnya ialah The Blossom Chinese Restaurant yang terletak dalam Hotel Swiss Garden Beach Resort Kuantan. 

Jika anda pengemar masakan Cina ini adalah antara restoran yang patut anda cuba. 

Kaunter pembayaran dan pertanyaan 
Berada di dalam Hotel Swiss Garden Beach Resort Kuantan,  The Blossom adalah restoran yang strategik jika anda inginkan tempat yang sesuai untuk meraikan hari lahir atau menikmati makanan eksklusif dengan harga berpatutan

Menuju ke ruang makan 
Restoran yang luas dan berpenghawa dingin serta layanan perkhidmatan bertaraf bintang dan pelbagai menu menarik pasti membuatkan anda dan keluarga gembira menikmati makanan di sini.

Ruang makan yang luas

Menu The Blossom Chinese Restaurant 

Seperti restoran eksklusif lain,  terdapat pelbagai menu masakan Cina yang di tawarkan di sini.

Ia di masak oleh chef Melayu beragama islam dan staf disini juga beragama islam.

Antara menu disini

Terdapat pelbagai menu masakan Cina dari dim sum,  Mee,  bihun,  kuew tiaw,  masakan panas lain,  lauk pauk,  nasi goreng dan sebagainya yang amat enak dan di hidangkan dalam plate yang cukup besar dan sesuai dinikmati sehingga 2-3 orang. 

Pilihan menu menarik 
Harga di sini dikategorikan murah bagi hotel bertaraf 4 bintang dan masakan yang di hidangkan dalam plate yang besar.

Saya sekeluarga menempah 4 jenis menu berlainan dan kesemuanya tidak habis dimakan kerana plate atau hidangan yang amat besar walaupun rasa makanan di sini amat enak sekali.

Antara menu disini
Berkesempatan menyambut hari jadi anak saudara saya Irfan disini minggu lepas,  kek coklat Brownies turut di tempah di Cafe di bawah.

Ia beli satu kek percuma satu kek.  Kek ini dimasak fresh dan sungguh sedap dan murah.

Harga kedua-dua kek ini hanya dalam RM90.


Kek Brownies Chocolate yang di tempah di Cafe Swiss Garden Beach Resort Kuantan 
Di bawah ini adalah antara menu Yang ditempah dan dinikmati oleh kami.

Ia terdiri daripada nasi goreng dan Mee wantan yang kaya dengan pelbagai makanan laut,  dari ikan,  udang dan sotong.

Nasi goreng yang enak dan kaya limpahan udang dan sebagainya 

Mee pilihan kakak saya.  Ia dalam mangkuk yang cukup besar. 

Menu yang dipilih oleh kami berharga lingkungan rm22-rm26 sahaja untuk satu hidangan.

Nasi goreng yang sedap juga dalam portion yang banyak 


Menikmati pilihan saya 
Ini adalah kali ke 2 kakak dan adik saya serta anak saudara saya datang ke sini.

Saya mengetahui keenakan menu disini daripada kakak saya sendiri dan saya ke sini untuk merasai keenakan hidangan di sini.


Kusyuk menikmati hidangan

Perkhidmatan disini juga memuaskan.  Malah ketika kami meraikan hari jadi Irfan terdapat satu pasangan mat saleh juga menikmati hidangan di restoran ini juga keluarga kaum cina di meja berlainan. 

Kek coklat Brownies yang sedap dan ditempah di GARDEN terrace Swiss garden hotel 

Perkhidmatan yang pantas,  rasa yang sedap memang berbaloi dengan harga yang di bayar. 

Teh cina disini diberi percuma dan terdapat pelbagai pilihan teh cina.  Kami memilih teh bunga. 

Kaya dengan pelbagai makanan laut
Betapa banyaknya makanan laut di dalam hidangan saya sehingga saya tidak mampu untuk menghabiskan hidangan ini termasuk makanan laut yang enak  sedangkan saya terkenal dengan kuat makan terutama masakan Cina kerana banyaknya hidangan dalam satu pinggan besar ini.

Saya bergambar bersama Irfan dan Ilham
Selesai menikmati hidangan dan meraikan hari jadi Irfan,  Irfan dan Firdaus sempat bergambar di luar pintu restoran bersama kek yang tidak habis dinikmati. 

Irfan dan Firdaus bergambar bersama kotak kek Brownies coklat yang ditempah di Cafe di bawah 
Jika anda masih tercari cari tempat makan menarik dan sedap juga tempat untuk meraikan hari istimewa saya mengesyorkan anda memilih restoran The Blossom Chinese Restaurant  Di Swiss Garden Beach Resort Kuantan  ini. 


Terima kasih. 

Sambungan link di bawah 






Jumaat, 13 Januari 2017

Pengalaman Menggunakan NEUTRAX


Neutrax Original 
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Bagi anda yang mengamalkan minyak kelapa dara sebagai supplement harian,  mungkin anda boleh memikirkan untuk menambah atau menukarkan supplement minyak kelapa dara anda kepada NEUTRAX Original keluaran FGV. 

Neutrax ialah minyak kelapa dara fermented (diperam @ ditapai).  Ia dikatakan mempunyai kuasa penyembuhan dan anti oksida yang berkali ganda berbanding minyak kelapa dara biasa. 

Kebanyakan yang mengamalkan Neutrax berpuas hati
Saya pernah menggunakan Neutrax ketika mengharungi ekzema 2 tahun dahulu. 

Proses 'healing crisis', Neutrax menyebabkan timbul ruam-ruam di tepi bibir saya,  sehingga menyebabkan luka pecah pecah. 

'healing crisis' ini berlaku dalam 2 minggu penggunaan. 

Selain membantu menguruskan krisis proses topical steroid withdraw.  NEUTRAX turut membantu melawaskan pembuangan,  menguatkan usus dan antibodi juga dikatakan mampu mengurangkan berat badan. 

Ramai di kalangan sahabat Group kesihatan saya mengamalkan Neutrax dan amat gembira dengan keberkesanan produk Neutrax ini. 

NEUTRAX ORIGINAL diperbuat daripada Ekstrak kelapa asli. 

Menggunakan teknologi terkini di makmal moden di San Francisco,  Neutrax diperbuat hanya dari kelapa terbaik terpilih. 

Segala lemak yang baik terdapat dalam sebotol Neutrax ini. 

Untuk anda yang menghadapi masalah penyakit auto imun termasuk asma,  gout,  resdung,  arthritis atau masalah kulit seperti stretchmarks,  jerawat,  kurap,  parut atau sebagai. 

Amalkan 2 sudu besar sehari
Anda hanya perlu mengamalkan Neutrax 2x sehari sahaja. 

Rasa dan bawa Neutrax agak masam dan rasanya agak kemasaman kesan pembentukan bakteria baik hasil proses penapaian dan peraman. 

Untuk khasiat dan manfaat penuh Neutrax Original ini anda boleh menggunakan carian Google.

Terdapat banyak review dan  ramai Blogger yang turut di gunakan untuk mengreview produk Neutrax ketika Neutrax Original mula-mula diperkenalkan di pasaran.

NEUTRAX mudah didapati di farmasi terkemuka seluruh Malaysia. 

Selamat mencuba dan terima kasih. 


Rabu, 11 Januari 2017

Produk Zai's BEAUTY Formula


Jus nilamsani dan tamusari dari Zai Beauty Formula

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Kerap ditanya mengenai produk Zai BEAUTY Formula. 

Ingin saya tegaskan produk ini tidak lagi berada di pasaran. 

Produk Zai Beauty Formula di asaskan oleh YM Dr. Tunku Zaidar. 

YM Dr. Tunku Zaidar telah memilih untuk bersara dan tidak memasarkan lagi produk Zai BEAUTY Formula ini. 

Malah,  YM Dr Tunku Zaidar tidak memberi keizinan untuk penggunaan nama jenama beliau dan formula beliau kepada mana-mana individu atau syarikat. 

Semenjak September 2007,  banyak saya pelajari mengenai produk ini. 

Produk Zai Beauty Formula menggunakan teknik pernapaian memakan masa berbulan dan bertahun. 

Ia menggunakan madu dan diambil dari ratu lebah tinggalan moyang Tunku. 

Ratu lebah mati akan ada ganti ratu lebah lain. 

Madu itu digunakan dalam teknik pernapaian. 

Teknik penapaian ini pula bergantung pada ilmu falak. 

Dalam ilmu falak di raja.  Setiap bunga berkembang pada malam berlainan mengikut tarikh Purnama tertentu. 

Ekstrak cahaya bunga juga perlu diambil pada malam malam tertentu mengikut cahaya bulan. 

Ilmu falak juga digunakan berdasarkan tarikh lahir individu sesuai dengan bunga apa yang berkembang pada masa itu. 

Setiap tumbuh tumbuhan yang digunakan dalam produk Zai Beauty Formula di tanam di ladang Zai sendiri untuk memastikan keselamatan dan kesegaran. 

Setiap pelanggan Zai BEAUTY Formula dididik dari asas tentang bahan-bahan kimia bahaya di dalam produk kecantikan. 

Malah buku kesihatan keluaran Persatuan Pengguna Pulau Pinang turut disertakan dan dijual. 

Semenjak menulis mengenai Zai BEAUTY Formula saya kerap mendapat What apps dan dihubungi oleh ramai bekas bekas pengguna produk Zai BEAUTY Formula yang masih ingin dan mencari produk ini. 

Malah ada yang memohon saya menjual dengan harga berkali ganda produk ini agar mereka boleh mendapatkan ia. 

Ingin ditegaskan disini.  Tunku Zaidar tidak lagi memasarkan produk ini. 

Beliau hanya membuat produk ini untuk kegunaan sendiri. 

Jika ada lebihan stok dari produk yang dihasilkan YM Tunku Zaidar akan menjual ia di kalangan sahabat beliau dan juga pelanggan setia Zai BEAUTY Formula yang telah Tunku Zaidar anggap sebagai sahabat. 

Produk ini adalah limited. 

Syampu dan beberapa produk juga telah dihentikan pembuatannya. 

Maka adalah mustahil untuk saya menjual untuk sesiapa pun yang meminta saya menjualnya walau di beri pulangan berkali ganda. 

Bagi anda yang terdesak dan ingin memiliki produk ini. 

Saya hanya boleh menasihati dapatkan sahaja produk Semulajadi lain di pasaran.

Asas utama YM Tunku Zaidar pernah memberitahu beautician Zai BEAUTY Formula yang turut disampaikan kepada saya

"produk itu boleh makan tak?  Jika boleh makan,  boleh isi pada tubuh ". 

Ayat yang sama saya pernah baca dalam salah sebuah buku keluaran Persatuan Pengguna Pulau Pinang. 

Ingati pesanan ini

Produk Zai Beauty

Dan Zai's BEAUTY Formula

Adalah produk yang sama sekali berlainan. 


Terima kasih. 



Selasa, 10 Januari 2017

Bagaimana Kekal Menulis


Gambar lama bertahun tahun dahulu yang baru saya gunakan dalam artikel terbaru sebelum artikel ini 

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Bukan mudah untuk Blogger terus menulis. 

Bukan mudah juga untuk punya idea menulis. 

Satu perkara penting untuk memudahkan anda menulis,  tak perlu rasa terbeban dan rasa susah untuk menulis setiap satu artikel. 

Tidak perlu terdesak mencari kesempurnaan. 

Ia,  memang gambar menarik itu satu bonus.  Itu kenyataan. 

Supaya anda tidak membuang masa sehingga menunggu waktu tidak kunjung tiba untuk artikel terbaru,  guna sahaja gambar yang ada. 

Mengambil gambar baru yang lebih cantik dalam bekas seramik yang lebih menarik memang menjadi idaman hati agar artikel nampak berseri. 

Namun,  membuang masa memikirkan bila gambar itu ingin diambil akan merugikan mood menulis dan idea yang ada. 

Itu antara alasan mengapa saya langsung tidak kisah menggunakan gambar dalam simpanan saya walaupun gambar itu kurang menarik dan telah tersimpan bertahun lama. 

Apabila kita terlalu mengejar kesempurnaan. 

Tunggu sehingga semua perkara cukup. 

Masa anda akan terus menjadi penunggu. 

Berhenti menjadi penunggu. 

Tulis dan gunakan  apa yang ada. 

Blog Saya bukan Blog fotografi. 

Blog Saya mengenai konten.

Info dan pengalaman berguna untuk pembaca. 

Saya mahu isi dan coretan serta Info yang saya rekodkan di Blog ini dihafal dan diingati serta diamalkan. 

Itu tujuan utama Blog ini. 

Itu alasan kenapa ia mudah untuk saya menulis tanpa terlalu memikirkan agar artikel Blog ini harus terletak indah dengan gambar yang sempurna. 

Apabila ada idea.  Saya catat di dalam diari telefon bimbit saya. 

Apa bila saya tidak punyai gambar.  Saya akan geledah setiap draft di dalam Blog dan album lama saya asal ia boleh digunakan hanya sebagai syarat. 

Saya terpaksa kreatif untuk tujuan ini. 

Harus diingatkan gambar cantik penting untuk menarik pembaca tapi jika ia melewatkan artikel anda ditulis dan dipaparkan,  itu akan melemahkan semangat. 

Sekali anda berhenti menulis terutama dalam tempoh yang lama. 

Tiong dan semangat menulis itu seakan lari. 

Untuk mengurangkan risiko tersebut,  kurangkan kemalasan dan alasan anda. 

Gunakan sahaja apa yang ada. 

Itu cara saya untuk mengurangkan tekanan atas diri saya sebagai Blogger. 

Bagaimana cara anda? 

Itu alasan saya,  bagaimana saya terus kekal menulis. 

Alhamdulillah.  Semoga ia berterusan. 


Terima kasih. 



Khasiat Skrub Kopi



Lebih bagus anda menggunakan 100% kopi sebenar (gambar lama bertahun dahulu) 

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Sejujurnya Skrub Kopi amat mudah di buat sendiri.

Hanya bancuh kopi dengan air dan buat paste dan di sapu ke seluruh tubuh.

Pilihan lain campur sahaja serbuk kopi dan minyak pilihan anda seperti minyak zaitun atau minyak kelapa.

Pilihan lain tambah sahaja jus limau nipis dalam serbuk kopi anda dan jadikan paste.

Dengan segala pilihan bahan di atas Skrub Kopi anda siap untuk digunakan.

Atau untuk pilihan lebih baik anda boleh tambahkan hampas kopi atau serbuk kopi dalam bancuhan Skrub keluaran QK iaitu original Body Skrub yang dibuat secara tradisional oleh saya sendiri.

Artikel di link ini menerangkan dengan lebih terperinci cara bancuhan Skrub Kopi menggunakan original Body Skrub.

Skrub Kopi Untuk Selulit

Hanya what apps ke nombor

016 276 2636

Untuk tempahan dan maklumat lanjut.

Kita terus ke Info khasiat Skrub Kopi Untuk kecantikan dan tubuh.

1. Kopi dipercayai boleh mengurangkan Selulit terutama di bahagian punggung dan bahagian peha.

Rajinkan diri membelai bahagian ini menggunakan Skrub Kopi.  Kafein di dalam kopi dipercayai membantu mengurangkan masalah Selulit ini dengan melembutkan bahagian tersebut.

2. Kafein di dalam kopi jika disapu dan diurutkan ke bahagian tubuh akan mewujudkan rasa panas akibat tindak balas serbuk kopi dan urutan lembut di tubuh.

Rasa panas tersebut akan membantu tubuh merasa hangat dan mengeluarkan toksin sekaligus peluh dari tubuh.

Peluh yang dikeluarkan insyallah membantu membuang sedikit sebanyak apa yang tidak diperlukan oleh tubuh terutama jika anda konsisten dalam menjaga tubuh dan kesihatan.

3. Skrub Kopi juga dipercayai membantu menegangkan kulit dan bahagian tertentu.  Anti oksida yang tinggi di dalam kopi membantu mengurangkan radikal bebas dan menjadikan kulit lebih awet muda.  Kesan hangat pada tubuh membentuk tubuh yang lebih pejal.

4. Seperti Skrub lain,  fungsi Skrub Kopi turut membantu menanggalkan kulit mati sekaligus melahirkan kulit yang lebih sihat dan cerah serta cantik.

5. Dengan tambahan bahan anti oksida lain di dalam biji kopi.  Penggunaan yang konsisten dan betul terutama dengan tambahan minyak kecantikan akan menjadikan kulit anda lebih bercahaya dan berseri terutama jika anda turut menikmati makanan anti oksida lain.

Jika anda kehabisan stok Skrub anda.

Masa untuk anda bertukar ke skrub yang lebih Semulajadi. 

Terima kasih.


Skrub Kopi Untuk Masalah Selulit


Tambahkan sahaja lebihan hampas kopi anda dalam original Body Skrub 
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Perkongsian ini adalah untuk mereka yang menggunakan produk Original Body Skrub keluaran saya atau mereka yang berminat membeli juga sebagai alternatif kepada anda yang berminat untuk membuat Skrub Tubuh sendiri.

Ini cara membuat Skrub Kopi mudah anda.

Bahan-bahan

1 sudu besar original Body Skrub
Hampas kopi yang telah digunakan (lagi bagus jika ada sesudu air kopi)
(serbuk kopi)
Sedikit air untuk dijadikan paste

Cara-cara membancuh Skrub Kopi

Hanya gaulkan semua bahan bersama.
Pastikan tenggelam dan membentuk paste.
Simpan dalam peti ais.
Gunakan bila perlu.

Cara-cara Menggunakan Skrub Kopi

Jika paste anda kurang lembut,  basahkan badan dahulu.
Jika keadaan paste anda lembut dan sedikit berair gunakan pada tubuh kering tanpa perlu dibasahkan dahulu.

Sapukan pada tubuh dengan cara membulat.

Dibahagikan celahan dan pelipat sapu lembut dan perlahan seolah-olah di atas angin.
Ini bagi mengelakkan kawasan pelipat dan celahan melecet dan menjadi lebih gelap.

Biarkan 2 minit.  Mandi seperti biasa.

Jika anda memakainya pada waktu siang dan tidak keluar ke mana-mana.  Sapu minyak tubuh asli atau lotion anda.

Jika anda memakainya pada waktu malam.  Di galakkan anda menyapu minyak berbanding lotion ketika tubuh anda masih lembab.

Tutup bekas dan simpan dalam peti ais.  Gunakan bila perlu. 
Anda digalakkan memakai Skrub ini pada waktu malam. 

Simpan lebihan bancuhan Skrub itu kembali di dalam peti ais. 

Hanya tambah lebihan kopi anda untuk seterusnya dan tambahkan original Body Skrub ke dalam bancuhan Skrub jika perlu. 

Original Body Skrub lebih bagus direndam di dalam air lebih lama kerana beras pulut jika direndam lebih lama akan membentuk ceramic yang amat bagus untuk kesihatan dan kecantikan kulit. 

Anda tak perlu risau ia menjadi buruk dan berbau asalkan ia disimpan di dalam peti ais. 

Zara,  anak saudara saya bergambar bersama bancuhan skrub
Untuk anda yang risaukan masalah kulit atau parut di tubuh anak anda.

Original Body Skrub juga boleh digunakan untuk kanak-kanak 4tahun dan ke atas kerana ia seratus peratus dari bahan semula jadi.

Anda cuma wajib pastikan bahan-bahan asli yang dicampurkan dalam bancuhan Skrub anda contoh kopi asli tanpa campuran marjerin atau garam.  Pilih kopi asli 100%.

Skrub anda mestilah lebih lembut bermaksud anda perlu menyimpan dalam peti ais untuk masa lebih lama sekurang-kurangnya seminggu untuk di gunakan di atas kulit anak anda bergantung pada umur dan jenis kulit.

Sebarang pertanyaan anda boleh what apps dan hubungi saya di talian

016 276 2636

Untuk maklumat lanjut dan pembelian Original Body Skrub.

Semoga info ini membantu dan menggembirakan anda.

Pastikan anda menghabiskan stok original Body Skrub yang dibeli.

Amat rugi jika anda membeli dan tidak habis menggunakan original Body Skrub ini atas segala manfaat ia.

Terima kasih.



Jatuh dan Bangun


Antara produk hasil tangan dan idea saya

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Belajar menjual di sekolah untuk 2-3 hari ketika darjah 4 di kelas sendiri, kemudian berhenti, ditambah perangai kuat ponteng sekolah, saya berhenti menjual semenjak itu. 

Ketika tingkatan 3, saya belajar bekerja menjual kasut BATA,  di bandar Jengka ketika cuti sekolah selama sebulan dan ketika itu saya menggunakan gaji tersebut untuk membeli cermin mata. 

Tamat PMR,  terus saya memohon memasuki sekolah menengah Vokasional dalam jurusan pengurusan perniagaan kerana minat saya dalam berniaga dan bercita cita menjadi usahawan berjaya seperti saidatina Khadijah dan meninggalkan kelas Prinsip Akaun serta sahabat karib saya. 

Kembali belajar menjual produk bank dan mempromosi produk bank pada tahun 2004 sehingga saya bekerja sendiri dalam bidang insurans membawa saya bertemu ramai usahawan berjaya dan berstatus usahawan.  Semuanya bermula dari bawah. 

Di bidang perbankan ini juga saya dikurniakan sahabat handal yang baik hati dalam bidang mereka sendiri. 

Ada yang berjaya dan terus berjaya,  ada yang dahulunya berjaya kini jatuh,  ada yang masih struggle dan ada yang dulu jatuh kini berjaya dan ada yang berulang kali jatuh dan naik serta asyik berulang kali melalui pengalaman jatuh naik yang sama. 

Pada tahun 2009 saya berbuddy (menggunakan sistem buddy dalam group)  bersama agen saya Iffah Zaimi dan kami agak berjaya dalam sistem buddy tersebut dan Iffah berjaya mendapat trip melancong ke Luar Negara. 

Kami memutuskan untuk mencuba bidang lain,  Iffah dan saya memilih untuk berpisah dan kami mencuba pelbagai bidang dari MLM,  event dan hartanah.  Iffah berjaya menjadi antara agen popular dan kemudian menulis dan menjual ebook beliau iaitu ejen hartanah. 

Kemudian Iffah membina satu perniagaan baru dalam bidang atur cara dengan tagline EH EH Bazar dan tagline serta company beliau masih kekal sehingga kini. 

Saya percaya sahabat saya Iffah juga sama melalui turun naik perniagaan seperti yang kerap dibicarakan oleh beliau kepada saya. 

Yang pasti setiap usahawan berjaya ialah mereka yang berusaha sehingga berjaya. 

Saya juga seperti Iffah berniat untuk mula berniaga produk sendiri dan menanam impian memiliki syarikat sendiri. 

Produk pertama saya Crunch Flakes by QK pada mulanya mendapat sambutan agak menggalakkan. 

Dengan meletakkan produk crunchy flakes di pelbagai kedai makanan dan restoran ia laku keras untuk bulan bulan pertama.

Sehingga ada restoran yang terpaksa menelefon saya untuk menghantar stok baru segera supaya stok crunchy flakes tidak putus.

Ada tempat Crunchy Flakes by QK hanya terjual sebalang,  2 sahaja.

Setelah berbulan berniaga. Akhirnya saya hanya fokus kepada kedai yang jualannya laku sahaja.

Masuk tempoh 6 bulan jualan Crunchy Flakes mula menurun.

Saya berhenti mempromosikan ia di kedai makan atau restoran.

Mungkin harga RM10 ketika itu tidak sesuai diletakkan di kedai makan dan restoran sebegitu.

Saya mula mempromosikan Crunchy flakes di dalam blog lebih kerap.

Rezeki mempromosi  Crunchy Flakes 2 tahun lepas ketika permulaan  Crunchy Flakes di pasarkan akhirnya mewujudkan pembeli yang berminat hanya bermula dengan membaca Blog ini.

Ada yang membeli 2, 4,6,10,12 malah sampai 60 balang.

Kemudian seiring ramai yang mula berniaga pelbagai jenis makanan, permintaan Crunchy flakes menurun.

Saya mula memikirkan produk lain untuk di perkenalkan.

Jika dulu saya hanya mempromosikan di kedai makan,  Blog dan sesekali Facebook.

Saya merasakan saya harus mula membina database di kala ekonomi dikatakan merundum ini untuk di gunakan di masa akan datang.

Maka bermulalah strategi menambah pengalaman dan pengetahuan seterusnya.


Isnin, 9 Januari 2017

Pengalaman Menggunakan Minyak Habbatus Sauda

Minyak Habbatus Sauda Jenama  TIAF
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Mengenali minyak Habbatus Sauda bertahun dahulu serta membeli minyak berbotol-botol tetapi tidak pernah berpeluang menggunakan minyak ini sehingga ia expired (tamat tempoh).

Akhirnya pada tahun 2016 saya membeli minyak Habbatus Sauda Jenama TIAF dan berusaha untuk belajar menggunakan ia.

Mengenali khasiat minyak Habbatus Sauda terutama ketika aktif dalam Group kesihatan.

Minyak Habbatus Sauda adalah antara produk wajib dalam menjaga kesihatan khususnya bagi mereka yang mengalami isu usus bocor.

Isu usus bocor termasuk ekzema,  artritis,  SLE,  asma,  gout dan pelbagai penyakit lain yang punca utama ialah dari masalah usus.

Untuk anda yang sedang melalui proses topical steroid withdrawals (tsw),  produk ini adalah antara paling menjadi pilihan di dalam Group.

Saya tidak menggunakan minyak Habbatus Sauda ini ketika proses TSW.  Saya hanya mengunyah Habbatus Sauda biji setiap pagi.

Minyak Habbatus Sauda Jenama TIAF ini di beli oleh saya ketika Ramadan 2016 dan masih banyak sehingga hari ini kerana saya amat jarang menggunakan minyak ini dan turut memberi separuh kepada ibu saya dari jumlah asal di dalam botol ini.

Minyak Habbatus Sauda Jenama TIAF ini boleh di campur setitik dua di dalam minuman kopi bagi menggantikan minyak kelapa dara.

Saya belum mencuba minyak ini  di dalam minuman kopi kegemaran saya,  dan akan mencuba ia dalam waktu terdekat,  insyallah.

Untuk info dikatakan khasiat Habbatus Sauda dari minyak lebih cepat 5-8 jam di serap oleh tubuh berbanding Habbatus Sauda di dalam bentuk biji.

Bagi badan jenis panas dan mudah pening atau sakit kepala (migrain), sila sesuaikan dengan tubuh anda.  Bimbang 'healing process'  atau proses penyembuhan agak kuat dan menekan tubuh.

Jika ini berlaku di nasihatkan anda mengambil minyak Habbatus Sauda hanya beberapa titik atau semburan sahaja atau kekal hanya dengan mengamalkan Habbatus Sauda jenis biji sahaja.

Minyak Habbatus Sauda sesuai di sapu di badan dan sendi yang lenguh lenguh.

Sakit belakang,  gout dan sebagainya.

Ia cepat melegakan dan menyembuhkan.  Apa yang kurang enak bau minyak Habbatus Sauda ini amat kuat dan merosakkan bau pakaian sekaligus menjadikan bau badan tidak enak.

Untuk mereka yang sering kesejukan dan jenis badan mudah masuk angin,  menyapu minyak Habbatus Sauda amat membantu.

Anda mungkin harus banyak bersabar dengan bau minyak ini sahaja.

Untuk info sepanjang saya menjalani proses TSW dan hanya menggunakan minyak kelapa dara (bau minyak kelapa dara jauh lebih ringan berbanding minyak Habbatus Sauda),  bau minyak kelapa dara itu walaupun telah dicuci berkali kali tetap melekat di pakaian.

Bau minyak Habbatus Sauda ini bagi saya lebih 5 kali ganda baunya.

Maka,  pastikan ketika anda menggunakan minyak ini anda tidak menggunakan pakaian kegemaran atau kesayangan anda.

Malah bau minyak ini jika di pakai di waktu malam mungkin melekat di alas tilam anda.

Anda pasti bijak dalam menyelesaikan isu ini.

Untuk mereka yang menghadapi masalah kulit dan sesuai menggunakan produk jenis minyak.

Minyak Habbatus Sauda adalah antara produk yang amat bagus untuk menyelesaikan pelbagai masalah kulit.

Isu kulit berjerawat,  berparut,  ekzema,  jeragat dan pelbagai isu lain,  insyallah boleh di pulihkan.

Terdapat pelbagai jenama minyak Habbatus Sauda di pasaran.

Pilih sahaja mengikut budget anda.

Anda boleh memilih minyak Habbatus Sauda perahan sejuk atau proses perahan panas.  Di dalam botol kaca atau di dalam botol plastik.

Pilihan saya ialah botol kaca.

Jenama minyak Habbatus Sauda TIAF ini dijual pada harga RM70 sahaja.

Anda boleh mendapatkan ia dari agen di seluruh Malaysia.

Ajar anak anda dan keluarga anda menikmati Habbatus Sauda dalam pelbagai menu masakan dan jadual harian mereka.

Habbatus Sauda ialah makanan sunnah@arab paling terkenal selain madu dan dipercayai meningkatkan antibodi tubuh dan membantu menyembuhkan pelbagai isu kesihatan termasuk kanser.

Antara artikel paling popular yang ditulis oleh saya mengenai khasiat Habbatus Sauda di link di bawah,  saya turut berkongsi pengalaman Habbatus Sauda di dalam artikel tersebut.

Khasiat Habbatus Sauda

Semoga info ini memberi manfaat kepada anda.

Terima kasih.



Jumaat, 6 Januari 2017

Skrub Tubuh Semulajadi yang Selamat


Skrub dari bahan asas beras pulut
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Terkenal semenjak dahulu kala,  lulur atau Skrub adalah bahan asli yang digunakan masyarakat Asia khususnya tanah Melayu,  Thailand,  Indonesia dan Filipina yang diperbuat dari bahan asas seperti beras khasnya di Malaysia dan Indonesia juga Thailand.

Beras pulut lebih terkenal penggunaan di Filipina dan juga Thailand.

Menggunakan kedua-dua bahan beras dan beras pulut,  hasilnya saya melihat kesan penggunaan beras pulut sebagai lulur lebih melembapkan kulit berbanding lulur yang di perbuat dari beras yang memberi kesan kulit yang kering.

Hal yang sama ketika bereksperimen menggunakan tepung beras dan tepung pulut bertahun dahulu.

Tepung pulut jauh melembapkan kulit berbanding tepung beras sebagai mandian selama saya mengamalkan bertahun tahun.

Untuk info,  mandian tepung pulut dan tepung beras ini saya pelajari dari beautician Zai Beauty Formula yang turut memberi info tepung pulut lebih melembapkan kulit berbanding tepung beras.

Info ini sekaligus membantu anda dalam menggunakan tepung ini sebagai Penganti Sabun mandian anda.

Untuk anda ketiadaan masa dan agak sukar untuk menumbuk,  mengisar atau menghasilkan Skrub homemade ada sendiri.
Usah risau.

Skrub badan asli ini dihasilkan untuk membantu mereka yang sukar mencari produk semulajadi yang selamat.

Skrub ini diperbuat dari beras pulut asli 100% sebagai bahan asas utama dan ditambah bahan lain untuk hasil terbaik.

Anda boleh mendapatkan Skrub ini dengan serendah Rm8.50 untuk 180gram.

Hubungi atau What apps

016 276 2636

Sekarang.

Skrub ini homemade dan hanya di proses dan dibuat atas permintaan.

Terima kasih.




Belajar Fb Ads


December 2016:-Kak SUZANA Baru-baru ini bercuti di Jepun sekeluarga 
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Bagi anda yang mengikuti Blog ini dari awal,  pasti tahu insan yang membawa saya ke bidang blogging ialah Kak SUZANA Mohd Ramli. 

Kak SUZANA Mohd Ramli ialah sahabat yang saya kenali ketika saya mencari rezeki di CIMB dan belia merupakan officer saya dan seterusnya muncul sebagai Penolong Pengurus Cawangan CIMB BANK yang terkenal dalam bidang 'referral' jualan. 

Ketika di CIMB BANK,  Kak SUZANA adalah antara paling top jualan produk bank dari segi referral sepanjang tahun.. Ia bermula dari tahun 2005 sehingga beliau mengambil VSS dan memberikan tumpuan kepada Multi Level Marketing (MLM)  atau kini semakin dikenali dengan Sajidah Marketing. 

Belajar membuat Blog dan kesedaran blogging yang dibawa oleh kak Sue akhirnya saya mula berblogging. 

Kak Sue juga pada permulaan perniagaan MLM ini turut menggunakan Blog sebagai medan utama memperkenalkan bidang Hai-o beliau.  Dari Blog beliau semakin dikenali dan kemudian menggunakan medan sosial media seperti Facebook dan instagram. 

Kini dari agen biasa,  Kak Sue kini berada di pangkat tertinggi dalam MLM di Sajidah Marketing (Hai-O)  dan muncul sebagai CDM yang berjaya. 

Antara teknik paling membawa kejayaan kepada Kak Sue bagaimana beliau mula memperkenalkan Hai-o di Brunei ialah Kak Sue mula belajar mengunakan FB Ads. 

Ketika menikmati sarapan pagi di Kuantan pada tahun 2014, kak Sue berkongsi info beliau mengeluarkan budget sebanyak RM1000 untuk iklan beliau sebagai agen Hai-o di Brunei menggunakan Fb Ads ini. 

Cerita Kak Sue target iklan itu ditujukan hanya kepada Brunei dan FB Ads itu muncul di Facebook mereka yang tinggal di Brunei seperti yang direkodkan oleh Facebook. 

Berduyun-duyun yang mula menghubungi dan semenjak itu,  Kak Sue makin popular dan jualan kumpulan dan agen Kak Sue di Brunei juga terus meningkat sekaligus menjadikan Brunei seperti rumah ke 2 Kak Sue.  Alhamdulillah. 

Saya masih ingat kata kata Kak Sue pada tahun 2014, Kak Sue keluar budget untuk iklan RM1000 sahaja tapi Kak Sue dapat pulangan RM10, 000.

Kini saya sendiri melihat ia lebih dari RM10, 000 pulangan itu. 

Facebook Kak Sue kini setiap hari meriah.. Di penuhi setiap jadual yang padat dari Johor ke Seluruh Malaysia,  Sabah,  Sarawak dan Brunei. 

Kagum saya melihat kejayaan demi kejayaan beliau.

Kak Sue dan anak anak serta suami bercuti di Jepun Baru-baru inu

Malah beliau tetap punyai waktu memasak dan bercuti bersama keluarga. 

Bulan December 2016 yang lepas,  Kak Sue bersama suami dan anak-anaknya bercuti di Jepun yang terkenal dengan kos sara hidup dan barangan yang mahal. 

Bukan mudah untuk mengeluarkan duit pada ekonomi merundum ini kecuali insan yang bersungguh-sungguh bekerja kuat dan kini mencapai impian bergelar CDM pada tahun 2016.

Sempena tahun 2017 yang baru menjelma. 

Jika anda berminat memulakan bidang MLM dari serendah RM50 dan mendapat tunjuk ajar dari mereka yang bermula dari bawah dan punyai daya kepimpinan yang baik,  Kak Sue adalah antara insan yang paling disyorkan. 

Teknik jualan beliau tidak hanya memfokus produk mahal tapi juga produk serendah kurang RM30. 

Saya melihat bagaimana beliau membentuk kumpulan beliau sendiri termasuk kumpulan di Brunei. 

Hubungi Kak SUZANA Mohd Ramli di talian di bawah

016 845 3455

Dan mula membina kisah anda sendiri.. 

Untuk saya.. Masa untuk belajar mendalami FB Ads

TERIMA KASIH. 


Khasiat & KEBAIKAN Vanilla


Vanilla pod dan vanilla ekstrak 


Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Vanilla adalah antara perisa paling digemari di dunia selain coklat dan strawberi. 

Vanilla enak di tambah di dalam masakan dan minuman. 

Berikut antara KHASIAT dan Kebaikan Vanilla. 

1. Menambah aroma makanan dan minuman. 

2. Mengurangkan stress bagi mereka yang tertekan,  sama ada di minum atau sebagai aroma terapi kerana baunya yang nyaman. 

3. Amat bagus untuk konsentrasi terutama jika anda memerlukan pekerjaan yang memerlukan konsentrasi yang tinggi. 

4. Bagus untuk otak.  Amat sesuai ditambah di dalam minuman koko atau coklat kegemaran anak anda.

5. Menambah selera makan bagi mereka yang kekurangan selera termasuk kanak kanak. 

6. Tinggi anti oksida yang bagus untuk tubuh. 

7. Vanila juga turut digunakan sebagai sedaktif. 

8. Jika anda sukar tidur, minum air yang ditambah Vanilla dan gunakan minyak pati Vanilla untuk tidur yang nyenyak. 

9. Minyak pati Vanilla turut membantu dalam menurunkan tekanan darah. 

10.  Menghindari risiko kanser dan mengurangkan simptom PMS di kalangan wanita. 

11. Anti oksida seperti vanillin dan asid Vanilic membantu membuang toksin dan mencegah pengumpulan toksin. 

12.  Vanillin juga di percayai antara bahan anti radang dan berguna mengurangkan keradangan di dalam tubuh. 

13. Vanillin di dalam Vanilla juga dipercayai membantu  mengurangkan kadar kolesterol jahat di dalam tubuh. 

Pastikan anda mendapatkan Vanilla asli untuk khasiat Vanilla sebenar. 

Gambar di atas ialah gambar Vanilla pod dan vanilla ekstrak yang dibeli oleh saya secara online. 



Terima kasih. 






Isnin, 2 Januari 2017

Tanam Ubi kayu


Cuaca panas kering.. Hujan di akhir tahun.. Alhamdulillah pokok tetap hidup dan berbakti 
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Cuaca di Malaysia,  sekejap panas,  kering,  hujan dan tidak menentu tidak menjadi masalah untuk berkebun dan bercucuk tanam. 

Antara tumbuhan paling mudah di tanam ialah pokok ubi kayu. 

Alhamdulillah,  sahabat saya, Wan telah menghadiahkan batang ubi kayu untuk di tanam. 

Ibu saya yang rajin telah menanam batang ubi kayu itu dan akhirnya setelah 9 bulan,  ubi kayu itu di gali dan batang pokok ubi kayu di tanam kembali. 

Perkara yang menarik mengenai ubi kayu atau singkong dalam bahasa Indonesia ini kerana ia telah dikongsi acap kali di dalam setiap Group what apps sebagai bahan anti kanser dan agen penyembuhan kanser. 

Istimewa lagi jika pohon ubi kayu ini mula berdaun,  anda boleh memetik pucuk ubi kayu dan direbus untuk dijadikan ulam atau gulai lemak pucuk ubi kayu. 

Ada pendapat mengatakan memetik pucuk ubi kayu akan menyebabkan rasa ubi kayu itu pahit,  tetapi jiran kami mengatakan ia tidak benar,  malah pokok ubi kayu dan pucuk ubi kayu akan bertambah subur. 

Setelah bereksperimen ternyata pengalaman kami mengatakan mengambil pucuk ubi kayu tidak menyebabkan rasa ubi kayu pahit malah pokok ubi kayu makin subur termasuk pucuk ubi kayu itu sendiri. 

Untuk info,  tahun 2016 adalah tahun pertama kami tidak perlu membeli ubi kayu yang pada tahun 2015 mencecah Rm4 sekilogram. 

Ubi kayu ketika di kerat dari akar mestilah tidak menampakkan isinya.  Anda mesti menebang akarnya dah pastikan ubi kayu tertutup penuh bagi mengelak ubi kayu dari teroksida dan berubah warna (masuk angin). 

Ini alasan kuat mengapa ubi kayu harus dimakan segar selepas di cabut. 

Satu perkara yang saya belajar daripada ibu saya,  ubi kayu walau pun dikerat dari pohon dengan cermat (tertutup semua bahagian)  jika dijemur atau terkena matahari dalam jangka masa lama,  akan menyebabkan pening kepala atau sakit kepala jika memakannya bagi sesetengah individu.  Ia juga adalah perkara sama disampaikan oleh arwah nenek saya. 

Memang berbaloi menanam ubi kayu sendiri.  Tidak seperti tahun sebelumnya saya terpaksa mencari ubi kayu segar yang masih putih bersih di jual di luar,  kini cukup 6 bulan ke 9 bulan saya boleh menikmatinya bila-bila masa. 

Pokok ubi kayu tidak memerlukan penjagaan khusus.  Walau bagaimanapun ada pendapat mengatakan menanam ubi kayu menarik perhatian babi hutan kerana babi hutan boleh bau pokok ubi kayu dari jauh.  Wallahu'alam. 

Ubi kayu enak dinikmati secara rebus,  digoreng atau sebagai kerepek.  Memang sedap. 

Lebih beruntung anda tidak perlu pening kepala mencari ulam atau sayur jika anda kehabisan stok,  petik sahaja pucuk ubi kayu,  rebus dan jadikan ulam.  

Tak perlu risau mengenai semburan racun dan bahan tahan lain. 

Jika anda berada di bandar.  Tidak perlu risau.

Terdapat pelbagai tumbuhan lain yang anda boleh tanam di dalam pasu seperti cili,  lada,  capsicum,  lidah buaya dan pelbagai lagi. 

Tunggu apa lagi,  mula bercucuk tanam sedikit demi sedikit mulai sekarang. 

Ia menjimatkan kos dan yang utama menanam tumbuhan sendiri menjauhkan penggunaan racun yang menakutkan. 

Terima kasih. 


Sedikit Perubahan di dalam diet yang memberi banyak Impak pada Kesihatan


Jika anda sedang mengurangkan budget, dapatkan sahaja makanan natural,  tanpa perlu terlalu fokus pada organik 
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Awal tahun 2017 seperti awal tahun baru sebelumnya tentu,  ramai individu bermotivasi dan berazam tinggi untuk menguruskan badan dan menjaga pemakanan dan kesihatan. 

Pada bulan Januari,  kebanyakan pemilik gym akan gembira dengan kenaikan bilangan pelanggan mereka terutama pada minggu pertama. 

Selain bersenam dan ke gym,  ini antara perkara yang harus anda fikirkan untuk ditambah di dalam senarai azam baru anda. 



1. Kurangkan gula

Realiti semakin ramai menyedari bahaya gula proses. 

Tetapi sayang,  ramai yang masih tidak menyedari kehadiran gula tersembunyi. 

Belajar membaca label,  dan berhati hati dengan tagline tanpa gula di produk yang anda beli. 



2. Organik tidak semestinya selamat 

Melihat peningkatan barangan kecantikan berdasarkan tagline organik. 

Mohon jangan tertipu. 

Anda wajib membaca isi kandungan dan lihat apa maksud bahan tersebut. 

Mungkin anda boleh mencuba mengkaji bahan tersebut di Website terkemuka di alamat ini


Atau Google sahaja apa maksud bahan tersebut. 

Beli sahaja produk natural seperti Chia seed jika anda tidak mempunyai budget yang banyak untuk membeli produk organik. 

Gunakan sahaja tepung unbleached biasa jenama faeza atau bidara jika anda ingin mengurangkan kos membeli tepung organik. 



3. Berhenti membeli produk low fat

Tahukah anda bahawa kebanyakan produk low fat,  tinggi kandungan gula. 

Jangan takut kepada lemak baik,  lemak baik amat bagus untuk kesihatan. 

Susu dan yogurt adalah lemak baik.  Pilih sahaja yang asli atau 'natural'. 



4. Tambah lemak baik dalam diet anda

Tidak semua lemak adalah jahat. 

Lemak baik bagus untuk menambah kekuatan tubuh bagi mengelakkan tubuh sejuk dan mudah di datangi penyakit. 

Lemak baik juga dikatakan membantu dalam menguruskan badan. 

Untuk mengurangkan lemak di dalam tubuh anda memerlukan lemak baik untuk kesan lebih pantas. 

Antara makanan yang mengandungi lemak baik ialah santan kelapa asli,  minyak sapi,  mentega, minyak kelapa,  minyak zaitun,  ikan salmon dan pelbagai lagi. 

Pastikan beli yang asli atau pure dan tiada campuran lain. 



5. Ketahui info kesihatan terkini

Kajian terbaru sains menunjukkan minyak kelapa sawit terbaik untuk menggoreng dan memasak. 

Magnesium yang memperkuatkan tulang bukan kalsium. 

Vitamin D amat penting untuk tubuh dan sumber terbaik dari cahaya matahari.  Jangan terlalu takut pada cahaya matahari. 

Menikmati telur setiap hari sebiji tidak membahayakan kesihatan dan info terbaru kolesterol tidak sejahat yang di sangka. 

Sila baca link di bawah untuk maklumat kolesterol terkini




Ini sahaja sedikit perubahan yang anda boleh tambahkan di dalam senarai azam baru anda. 

Terima kasih 


Berapa Banyak Sourdough Starter yang perlu digunakan dalam Resepi @ Adunan?


Adunan chapati menggunakan Sourdough 
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Ini adalah sambungan artikel sebelum ini di link di bawah ini, 


Untuk anda yang masih baru menggunakan Sourdough Starter dan belajar memasak menggunakan Sourdough di dalam resipi,  berikut adalah nisbah Sourdough Starter yang kebiasaannya di jadikan ukuran di dalam resipi masakan yang menggunakan tepung. 

Ini nisbah yang biasa digunakan dan di kongsi di dalam Group Sourdough. 

1.  Puan Maisarah 
1/2 cawan Sourdough Starter untuk 3 cawan tepung 
Atau
3 cawan Sourdough Starter untuk 6 cawan tepung 

2.  Puan Haslina
6 sudu Sourdough Starter untuk 500 gram tepung

3. Puan Nihayah 
1/3 cawan Sourdough Starter untuk 3 cawan tepung 

Untuk info,  adunan chapati di atas saya menggunakan 2 sudu Sourdough Starter untuk 2 cawan tepung.. 

Ia naik 2 kali ganda dan rasa chapati saya agak masam kerana saya membiarkan adunan dari pukul 6 petang sehingga 7 pagi. 

Chapati saya menjadi amat gebu dan lembut. 

Rasa masam chapati adalah kerana kehadiran bakteria baik. 

Rasa chapati ini lebih masam dari rasa tosai dan idli. 

Jika anda pernah menikmati yogurt Arab asli yang amat masam,  chapati ini jauh kurang masam berbanding yogurt Arab dan tentu sahaja saya berjaya menghabiskan chapati ini. 

Selamat belajar memasak menggunakan Sourdough. 

Terima kasih. 







Mengenali Sourdough Starter Aktif dan Tidak Aktif



Starter yang telah aktif dan bertambah menjadi 2x ganda

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Ini adalah artikel sambungan dari artikel sebelum ini di link di bawah ini, 

Bagaimana mengaktifkan Sourdough starter anda?

Setelah anda 'feed'  atau memberi makan Sourdough starter anda.  Biarkan starter anda selama 3-6 jam bergantung kepada kenaikan starter anda.

Jika anda bernasib baik,  dalam 2 jam lebih sahaja starter anda akan bertambah dua kali ganda dan boleh di gunakan. 

Gambar di atas ialah hasil Sourdough starter yang telah di beri makan atau 'feed'.
Saya terpaksa memindahkan separuh dari Sourdough starter ke dalam bekas lain kerana bimbang Sourdough starter saya akan melimpah.

Untuk info,  jika Sourdough starter anda terlebih aktif ia boleh melimpah keluar botol.
Dan menjadi terlalu banyak.

Anda boleh melihat gambar jumlah Sourdough starter asal di artikel sebelum ini di link di atas.

Sourdough starter yang aktif akan naik menggelembung dan berbuih banyak
Anda boleh mengenali Sourdough starter yang aktif dengan hanya melihat pertambahan kenaikan yis dan buih buih yang kembang dan banyak.

Untuk info anda wajib menggunakan Sourdough starter aktif yang sedang berkembang dan berbuih banyak ini jika anda ingin membuat makanan yang menggunakan yis seperti roti,  donut,  pizza,  pau dan lain-lain sebelum Sourdough starter ini kembali  'berehat'  setelah kekenyangan di beri makan @ 'feed'.

Sourdough starter yang aktif akan kembali berehat setelah kenyang.
Itu antara alasan kenapa anda harus memerhatikan pergerakan Sourdough starter anda.

Penurunan kadar Sourdough starter akan berlaku secara automatik setelah ia kenyang.

Anda harus bijak melihat dan menilai proses ini.

1. Terdapat kes Sourdough starter yang aktif selepas 2-3 jam,  masuk jam 4 ia telah kembali kenyang dan berehat atau tidur.

2. Kes Sourdough Aktif selepas jam 4 dan kembali tidur selepas jam 6.

3. Tiada masa tepat Sourdough Starter aktif dan kembali kenyang.

Anda boleh mengurangkan keaktifan Sourdough atau membiarkan Sourdough starter anda berehat dengan menyimpan Sourdough starter anda di dalam peti jika tidak digunakan.

Anda boleh terus menggunakan Sourdough starter yang sedang tidur atau berehat (setelah feed dan naik (aktif),  kemudian turun balik)  terus ke dalam resipi masakan yang tidak menggunakan yis seperti chapati,  lempeng,  cekodok dan sebagainya.

Kesimpulannya,  tidak perlu terkejut jika Sourdough starter anda melimpah keluar dalam waktu terdekat selepas anda memberi makan walaupun ia hanya mengambil masa sejam.

Juga tidak perlu panik bila melihat Sourdough starter anda kembali turun ke jumlah asal.

Semoga anda kini tahu antara beza Sourdough Aktif dan tidak aktif.

Dan perbezaan resipi yang menggunakan kedua-duanya.

Terima kasih.

**ini sambungan artikel seterusnya

Berapa nisbah Sourdough Starter yang digunakan di dalam adunan @ Resepi?



Ahad, 1 Januari 2017

BAGAIMANA Memilih Minyak Zaitun Terbaik? - ini 16 Ciri MINYAK ZAITUN TERBAIK


Minyak zaitun Nabali dari Pokok zaitun Palestin berusia sehingga 2000 tahun 
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Sempena hari pertama 2017 ini,  saya ingin berkongsi dengan anda

CIRI-CIRI MINYAK ZAITUN TERBAIK 

Dan Cara-cara memilih minyak zaitun terbaik. 

Saya pernah menulis artikel mengenai khasiat minyak zaitun di link di bawah :-


Tahukah anda terdapat terlalu banyak minyak zaitun tiruan di pasaran? 

Untuk mengelakkan anda terbeli minyak zaitun tiruan. 

Berikut ialah perkara-perkara penting yang perlu anda nilai sebelum membeli minyak zaitun.

1. Botol kaca

Kandungan bahan kimia di dalam plastik akan bertindak balas dan bercampur dengan minyak zaitun.  Anda tentu tahu bahaya penggunaan plastik yang semakin kerap di war-war kan pada masa kini. 

2. Botol kaca berwarna gelap

Cahaya matahari atau UV akan menembusi botol berwarna cerah sekaligus mengurangkan  khasiat minyak zaitun disebabkan proses oksidasi. 

3. Pilih bentuk cecair minyak bukan kapsul atau softgel 

Ia rasa minyak zaitun kadang kala membuat rasa kurang selesa untuk di telan secara terus.  Ini antara alasan ramai yang memilih minyak zaitun di dalam bentuk paling mudah ditelan iaitu kapsul dan softgel. 

Tetapi,  tahukah anda minyak zaitun akan kehilangan banyak khasiat disebabkan proses oksidasi semasa memasukkan minyak zaitun ke dalam softgel dan kapsul. 

Malah anda sendiri tidak tahu bahan kapsul dan softgel itu diperbuat daripada bahan apa. 

Pilih sesuatu yang diperbuat di hadapan mata anda sendiri.  Pilih 'real food'.  

4. Tahukah anda,  fakta mengatakan 1 sudu besar minyak zaitun  khasiat nya menyamai 30 biji kapsul minyak zaitun  500mg atau 15ml.

5. Minyak zaitun yang telah di gunakan sebagai minyak masakan dan telah terkena api atau panas suhu tertentu tidak sesuai untuk di minum kerana proses memasak telah mengurangkan banyak khasiat selain faktor lain. 

6. Minyak zaitun yang tidak ditapis (unfiltered Olive oil), hanya bagus digunakan dalam tempoh 6 bulan selepas buah zaitun di perah. 

7. Proses pembotolan

Minyak zaitun haruslah dibotolkan secara BETUL dan Tepat. 

Ia harus menggunakan gas nitrogen bagi mengekalkan khasiat kandungan minyak zaitun. 

Dikatakan kandungan khasiat minyak zaitun akan hilang selepas 3 bulan jika ia masih menggunakan cara manual (tanpa gas nitrogen).  

Ketika minyak zaitun terdedah kepada udara proses oksida berlaku.  Proses ini yang menyebabkan kandungan khasiat minyak zaitun berkurangan. 

8. Proses pembotolan yang betul. 

Pastikan anda memilih minyak zaitun yang melalui proses pembotolan moden kerana proses yang betul akan membantu mengekalkan khasiat minyak zaitun sehingga 2 tahun. 

9. Jumlah amalan minyak zaitun yang di syorkan. 
Adalah di syorkan anda mengamalkan 2 sudu besar minyak zaitun sehari. 
Ini bermaksud jika anda mengamalkan minyak zaitun dalam bentuk kapsul atau softgel anda perlu menelan 60 biji sehari.  
Bayangkan efek kapsul dan soft Gel pada tubuh dan pencernaan anda. 
   
10. Bonus untuk anda jika anda boleh mendapatkan minyak zaitun yang mempunyai :-

Sijil organik,  sijil Iso, produk dari pengeluar asal,  minyak zaitun dara (extra virgin),  standard premium atau ultra premium,  penerima anugerah antarabangsa  dan tentu sekali jenama antarabangsa. 

13. Minyak zaitun terbaik dikatakan dari tanah Syam.  Minyak zaitun Palestin adalah antara minyak zaitun terbaik dunia. Ia adalah kerana ia datang dari bumi yang berkah.

14. Lebih berusia pokok zaitun,  di katakan lebih tinggi khasiat minyak zaitun itu.  Pokok zaitun tertua di dunia di katakan berada di Palestin.  Ia berusia beribu ribu tahun.

Ia antara sebab penting mengapa sesetengah minyak zaitun dari Palestin berbeza harga atas usia pokok zaitun tersebut.

15. Andai anda tidak mempunyai budget membeli minyak zaitun Palestin.  Minyak zaitun dari tanah Arab yang berkah seperti Turki,  Tunisia,  Mesir juga boleh dipertimbangkan.

16. Faktor teknik perahan

Faktor utama dalam memilih minyak zaitun,  anda juga harus memikirkan tentang teknik perahan yang di gunakan.

Antara teknik perahan minyak zaitun yang popular ialah 'cold pressed',  musim seperti 'early harvest'.


Semoga info ini bermanfaat untuk anda. 

Terima kasih. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...