Selasa, 23 Februari 2016

BLOGGER : PERTANYAAN DARI PEMBACA


antara email yang masih saya simpan, kebanyakannya telah dipadamkan

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang.

Saya sering mendapat mesej di whatapps terutamanya setiap hari dari pembaca blog saya ini juga dari ramai pembaca di pelbagai blog kesihatan tempat saya berkongsi ilmu juga pertanyaan mengenai petua rawatan semulajadi, produk sunnah & produk ZAI BEAUTY FORMULA yang telah tidak dijual lagi dipasaran atau orang ramai kecuali pelanggan yang telah dianggap sebagai sahabat oleh YM DR.TUNKU ZAIDAR.

Setiap soalan yang diterima dari whatapps malah panggilan telefon termasuk dari negara-negara jiran termasuk INDIA, INDONESIA , BRUNEI dan semestinya majoriti dari Malaysia.

Ada antara pembaca ini yang kerap menanya pelbagai soalan dan berpuluh-puluh perkara dalam sehari. Terima kasih kerana mempercayai saya mengenai ilmu-ilmu ini, tetapi saya memang jarang membalas whatapps dan pertanyaan anda kerana saya kerap dihujani oleh whatapps dari pelbagai golongan dan orang baru setiap hari.

Ia, diakui kadang kala hampir berminggu dan ada kes berbulan saya tidak membalas pertanyaan anda, tetapi pertanyaan anda saya akan cuba jawab dalam blog saya ini. 

Terima kasih kerana memberi saya idea untuk menulis di blog ini, dan ketahuilah saya kadang kala tidak punya masa dan agak penat untuk menaip di telefon bimbit dan telefon saya kekadang jem dengan beribu-ribu notification setiap hari belum lagi dengan beratus-ratus imej.

Saya berharap anda tidak tersinggung dan berasa hati dengan layanan saya dan "kelambatan balasan" untuk segala pertanyaan anda. Kadang kala mood saya yang tidak sesuai juga kebanjiran mesej-mesej menyebabkan saya tidak mampu membalas semua pertanyaan dan perkongsian sekaligus membuatkan saya terus terlupa. Maaf jika mesej anda tidak dibalas hingga 'keakhirnya'.

Sebagai seorang insan biasa saya tentu sekali ingin membalas semuanya, tetapi tenaga dan ruang tidak memberi peluang untuk saya membuat perkara itu. Saya berharap selepas ini anda akan lebih memahami perkara ini.

Jika anda benar-benar memerlukan jawapan segera, saya berharap anda boleh menggunakan kuasa 'google' untuk membantu menjawab pertanyaan anda tanpa perlu saya menjawabnya. Ia sekaligus menjimatkan masa anda daripada terus menunggu jawapan dari saya dan jauh memuaskan hati.

Sekali lagi saya mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih atas setiap pertanyaan termasuk kerajinan anda dalam menjadikan blog saya sebagai panduan untuk anda.

Terima kasih.





Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...