Selasa, 2 Februari 2016

EKZEMA / TSW : Menu Makanan Pilihan Di Luar

Jika anda sedang melalu fasa TSW , nikmati lebih banyak masakan sayur lemak dan sayur kampung serta tempoyak sebagai probiotik asli. Pilih Nasi yang kurang berproses berbanding makanan lain.
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang.

Ini adalah perkongsian pengalaman saya seterusnya dalam menjalani PROSES TOPICAL STEROID WITHDRAWAL (TSW) atau melawan EKZEMA TANPA KRIM STEROID dan ubat-ubatan yang mengandungi STEROID.

Jika anda adalah pengidap EKZEMA dan merancang untuk melakukan proses TOPICAL STEROID WITHDRAWAL (TSW) , ini antara pengalaman saya supaya anda tidak terkejut atau stress apabila anda telah nekad untuk berhenti menggunakan krim steroid  juga pil-pil alahan dari klinik termasuk suntikan yang lebih cepat sembuh dan reda jika anda tersilap makan sesuatu.

Jika anda masih baru dalam mendalami proses TSW, saya menasihati anda untuk membaca dari artikel permulaan mengenai TSW di dalam blog ini yang telah dikhaskan bawah label atau kategori Ekzema / Tsw.

Artikel ini adalah artikel sambungan dari tajuk sebelumnya di link ini ANTARA PILIHAN KEK ORGANIK TERBAIK

Baiklah bagi anda yang menjadikan blog saya ini sebagai rujukan dalam perjalanan anda menempuh TSW antara makanan yang paling mudah dan sihat untuk di masukkan ke dalam diet jika anda menikmati makanan diluar ialah nasi.

Tidak kira ia nasi putih yang dikatakan diproses sehingga membuang segala khasiat galian dan sebagainya dan hanya tinggal semata-mata karbohidrat dan tinggi gula, percayalah nasi adalah jauh lebih baik dari roti dan biskut serta pizza atau makanan lain yang bergoreng serta pasta yang diproses kegemaran anda itu.

Pilih nasi bersama lauk sayur-sayuran masak lemak jauh lebih baik kerana santan sebenarnya mempunyai lemak yang menyihatkan. Malah menikmati santan mempercepatkan proses kesembuhan (healing process) TSW anda.

Jangan risau tentang masalah kegemukan kerana santan sebenarnya lansung tidak mengemukkan. Pastikan anda memilih masakan lemak dari sayur-sayuran kurang kandungan racun seperti pucuk paku masak lemak, jantung pisang masak lemak , umbut kelapa dan sebagainya.

Pilih tempoyak, budu, cencaluk yang melalui proses penapaian yang selamat untuk pilihan menu dalam makanan tengah hari anda. Saya pilih tempoyak kerana ibu saya berasal dari TEMERLOH, Pahang. Tempoyak atau produk yang melalui proses penapaian adalah sumber probiotik yang amat bagus. Pilih probiotik paling mudah didapati dan murah dalam setiap menu makanan harian anda.

Diet Nusantara dan diet paleo mengalakkan anda sebagai orang nusantara menikmati masakan nenek moyang kita dahulu. Oleh kerana arwah nenek saya mengemari dan selalu membuat tempoyak, saya memilih tempoyak antara menu wajib saya berbanding sambal belacan, cencaluk atau budu. Tentu sekali saya lebih mengikuti diet nenek moyang saya dalam proses penyembuhan yang lebih cepat, yang penting diet itu mestilah terbukti bagus dan berkhasiat.

Jika anda mengidamkan kuih yang manis, anda boleh pilih tapai pulut atau tapai ubi sebagai manisan anda. Tapai yang juga melalui proses penapaian adalah antara sumber probiotik yang baik dan amat bagus dalam kesihatan usus yang lebih sihat.

Jika anda perlu menikmati sajian petang atau malam dan anda ketika itu sedang mengharung TSW, antara pilihan menu anda yang boleh dicuba ialah sup kambing di restoran arab, nasi goreng di mana-mana restoran dan pastikan hanya letakkan sayur tanpa msg, anda juga boleh pilih nasi lemak tanpa ayam goreng dan hanya sedikit sambal dan timun sahaja. Anda perlu berkorban untuk penyembuhan yang lebih cepat.

Jika anda terpaksa menikmati sajian di restoran barat, pilih lamb atau kambing berbanding daging lembu atau ayam berhormon. Anda juga boleh memilih olio spaghetti yang dimasak menggunakan minyak zaitun, untuk rencah elakkan ayam atau udang atau makanan laut lain, hanya minta sayur-sayuran atau tambahan daging kambing atau lamb.

Jika terlalu sukar, pilih sahaja salad berserta minyak zaitun atau sedikit pasta tanpa tambahan sos didalam salad.

Jangan risau dan tertekan dengan pilihan makanan anda untuk masakan diluar kerana perkara ini hanya memakan masa setahun ke 3 tahun sahaja dan jika anda bernasib baik, dalam masa 9 bulan anda sudah boleh menikmati lebih banyak pilihan makanan diluar.

Selamat mencuba. Semoga artikel ini membantu anda.

Terima kasih.



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...