Rabu, 3 Februari 2016

BUAT SKRUB BIBIR SENDIRI

pilih pelembab bibir dari produk organik untuk lebih selamat

Bukan setakat skrub wajah, skrub tubuh, kini bibir juga mempunyai skrub sendiri.

Tentu anda ingin bibir anda sentiasa kelihatan lembut dan merah , tetapi atas kekangan budget dan ingin produk yang lebih selamat anda tentu ingin mencari cara paling murah untuk menghasilkan skrub bibir sendiri.

Ini adalah antara bahan-bahan dan resepi untuk membuat skrub bibir mengikut pilihan anda dan pilih yang paling sesuai bagi diri anda.

Jika anda mempunyai bibir yang hitam dan kering, skrub bibir insyaalah boleh membantu merawat masalah anda ini.

Antara bahan-bahan yang boleh anda gunakan sebagai skrub untuk bibir anda adalah seperti berikut :-

Bahan-bahan Pilihan untuk SKRUB BIBIR

1. Minyak kelapa dara dan gula perang
2. Minyak zaitun  asli dan gula jaggery 
3. Serbuk kopi organik yang telah digunakan
4.Isi lidah buaya segar dan gula perang halus
5. Hampas ubi bit merah atau isi ubi bit merah bersama minyak kelapa dara
6. Hampas halia yang telah dikisar atau halia yang di tumbuk halus dan minyak zaitun asli 
7. Butter  atau mentega asli dari susu segar bersama gula perang
8. Madu dan sedikit hampas dari kelapa muda.

Cara-cara Membuat SKRUB BIBIR ASLI

1. Campurkan kedua-dua bahan pilihan anda dari senarai diatas.
2. Anda boleh pilih untuk menukar pilihan minyak kepada minyak zaitun atau minyak kelapa dara atau minyak pati mengikut kesesuaian anda sendiri.
3. Gula perang atau gula jaggery mestilah halus dan tidak terlalu kasar.

Cara-cara Menggunakan SKRUB BIBIR 

1. Pastikan bibir anda lembab.
2. Sama ada sudah dibasahi air atau dilumur minyak zaitun atau minyak pilihan anda atau jika anda tidak mempunyai minyak, anda boleh gunakan mentega asli , pilihan lain minyak sapi asli yang diperbuat dari susu lembu.
3. Lumur bancuhan ramuan skrub bibir pilihan anda dengan jari manis.
4. Gunakan hanya hujung jari manis, buat perlahan-lahan seperti atas angin.
5. Lakukan hanya 1-2 minit sahaja.
6. Basuh bibir anda.
7. Lap dengan kapas lembut.
8. Sapukan bibir anda dengan minyak zaitun atau minyak kelapa dara.
9. Setelah bibir kering, sapu madu.
10. Siap dan anda boleh terus melakukan aktiviti harian anda .


jika anda kerap menggunakan gincu dan pelembab bibir berwarna yang tinggi bahan kimia, ia akan menyebabkan bibir anda mudah kusam , kering dan gelap.


Info lain mengenai masalah bibir hitam dan kering

1. Bibir menjadi gelap kerana kering, pastikan anda minum cukup air putih untuk mengatasi masalah ini.
2. Antara punca bibir kering termasuk penggunaan penghawa dingin, pastikan anda kerap menyapu bibir dengan pelembab bibir organik, kurangkan penggunaan bahan kimia dibibir anda.
3. Penggunaan kerap gincu juga menyebabkan bibir mudah kering dan menjadi hitam, lakukan detoks sekali seminggu atau sebulan sekali dengan meninggalkan penggunaan gincu selama seminggu di dalam sebulan atau sehari dua dalam seminggu.
4. Jangan selalu mengigit bibir atau menjilat bibir, ia hanya menambahkan masalah kekeringan bibir.
5. Pastikan anda menyapu pelembab bibir atau minyak zaitun atau kelapa asli atau madu sebelum tidur dibibir anda untuk mengelakkan masalah kekeringan bibir anda.
6. Jangan terlalu berkasar ketika mencuci bibir anda atau melakukan perawatan bibir.


Selamat mencuba.

Semoga artikel ini membantu anda dalam menangani masalah bibir kering, hitam dan kusam.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...