Selasa, 23 Februari 2016

APA ITU PROBIOTIK DAN PREBIOTIK

antara pilihan minuman probiotik , teh kambucha atau teh cendawan mekah serta beetkvass

Kebelakangan ini sering di war-warkan tentang kebaikan probiotik dan prebiotik.

Probiotik kini boleh didapati di dalam pelbagai jenis supplement yang dijual di farmasi dan makanan serta minuman penapaian semulajadi yang boleh diternak (dibela) dan dibuat sendiri.

APA ITU PROBIOTIK

Probiotik diringkaskan supaya mudah difahami ialah BAKTERIA BAIK yang terdapat pada usus, yang menjadikan USUS lebih kuat dan sihat.

USUS YANG KUAT dan sihat adalah amat penting untuk kesihatan keseluruhan tubuh, meliputi kecantikan kulit dan kesihatan fizikal kerana keseimbangan flora di dalam usus menghasilkan sistem penghadaman yang baik. Baiknya sistem penghadaman anda sekaligus ia akan menghalang penyakit yang berbahaya sekaligus menyembuhkan penyakit sedia ada yang terdapat dalam tubuh anda.

Di katakan penyakit itu bermula dari perut (usus). Usus bocor atau usus tidak sihat akan menghasilkan sistem penghadaman dan pencernaan yang lemah , sekaligus meningkatkan pengumpulan toksin yang berlebihan sekaligus melemahkan badan serta menjadi punca pelbagai penyakit.

Probiotik diperlukan untuk mewujudkan dan menyemai pembiakan bakteria yang baik serta menjauhkan pembiakan bakteria jahat.

Probiotik juga membantu menyerapkan nutrien berkhasiat kepada tubuh badan. Bakteria baik bukan sahaja membantu membunuh bakteria jahat tetapi turut membunuh patogen yang terdapat didalam usus.

Ekosistem usus terdiri dari beratus-ratus spesies bakteria yang terdiri dari bakteria baik dan jahat. Anda harus sentiasa memastikan bahawa usus anda kaya dengan bakteria baik.

Bakteria baik didalam usus akan di musnahkan jika anda kerap menikmati antibiotik, pil pencegah hamil, gaya hidup yang stress serta diet yang tidak seimbang dan tinggi gula serta bahan terproses.

Dengan berkurangnya bakteria baik, maka bakteria jahat akan lebih berleluasa dalam usus anda sekaligus meningkatkan risiko penyakit berbahaya dan menyebabkan sistem ketahanan anda menjadi lemah.

Antara probiotik popular ialah yogurt , kimchi, sup miso, tauhu, tapai, tempoyak, kefir, kambucha ,tempe , kimchi, sayur-sayuran jeruk yang melalui proses penapaian dan pelbagai lagi.

APA ITU PREBIOTIK 

PREBIOTIK secara ringkasnya ialah makanan kepada PROBIOTIK atau makanan kepada bakteria baik agar tumbuh lebih subur.

Contoh prebiotik ialah bawang putih , pisang , bawang bombay, sayuran hijau seperti brokoli dan asparagus , sayur-sayuran berwarna dan buah-buahan . Prebiotik atau makanan kaya serat yang semakin popular seperti gum arab atau manna adalah antara pilihan prebiotik terbaik untuk usus anda.

Adalah digalakkan agar ketika anda menikmati probiotik sebagai supplement kesihatan anda , anda turut menambahkan prebiotik untuk hasil yang lebih baik dan sempurna.

Pastikan anda mengetahui dengan jelas perbezaan PROBIOTIK dan PREBIOTIK.

Masukkan pelbagai jenis probiotik dan prebiotik dalam diet harian anda setiap hari untuk usus yang lebih sihat dan perlindungan tubuh badan yang lebih kuat.

Ingat, sayur-sayuran adalah prebiotik terbaik dan pastikan ia sentiasa ada dalam menu harian anda.

Selamat mengamalkan diet yang sihat.

Semoga artikel ringkas ini membantu anda dalam memahaminya.


Terima kasih.


Tiada ulasan:

It's Me

Foto saya

BLOGPRENEUR.  

Pencinta,  penjual dan penghasil produk dari bahan Semulajadi. 

Pengalaman perbankan, insurans & takaful. 

Sedang berusaha mengamalkan diet lebih sihat dan ilmu dalam pemakanan serta kesihatan juga keusahawanan. 

Founder Crunchy Flakes by QK,  Original Body Scrub, Hair Gone, Carboness Powder & BLACK SCRUB. 

Sebarang pertanyaan atau jalinan kerjasama sila email ke

qisyakhadeeja@gmail.com


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...