dari kiri pucuk asam gelugur, pucuk gajus, serai kayu dan sambung nyawa |
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang.
Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda yang ingin memulakan diet yang sihat dan ingin belajar menggemari ulam atau mencuba sayur organik tetapi kekurangan budget antara tips mudah dan pilihan ulam yang anda boleh dapati dengan harga dan kos yang murah.
Didalam gambar di atas terdapat 4 jenis ulam yang terdiri dari pucuk asam gelugur, pucuk gajus, srai kayu dan sambung nyawa.
Harga bagi seikat di pasar besar Kuantan hanyalah 70 sen seikat dan untuk 3 ikat hanyalah RM2 sahaja.
Amat berbaloi untuk kos ulam makan tengah hari anda untuk 4 hari, kecuali jika anda memang pencinta ulam.
Rasa setiap ulam berbeza, rasa ulam gajus agak pahit kelat, rasa pucuk asam gelugur masam seperti asam gelurgur, serai kayu dan sambung nyawa rasanya biasa sahaja bagi saya pahit lemak begitu. Dan untuk info anda saya hanya berjaya habiskan ulam gajus sahaja kerana saya dibesarkan menyukai kacang gajus. Ulam lain yang dibeli oleh saya ini akhirnya layu didalam peti dan tidak di nikmati. Sila jangan tiru perangai saya ini.
Ulam-ulaman seperti yang diketahui amat kaya dengan segala zat antioksidan dan penawar bagi pelbagai penyakit.
Belajar menikmati ulam didalam hidangan anda mulai sekarang sekalin sayur-sayuran hijau pilihan anda.
Saya akan berkongsi dengan anda tentang pelbagai khasiat ulam-ulaman dengan anda pada artikel seterusnya insyaallah.
Terima kasih.
1 ulasan:
Murahnya. Saya suka ulam2 ni. Cicah dengan sambal belacan atau budu memang sedappp! :)
Catat Ulasan